Lepas je Ellie Suriaty bagi komen tiba tiba Fasha Sandha pula tampil bagi komen pasal filem Syahmi Sazli. Sampai macam ni sekali Fasha Sandha komen.

Artis

Lepas je Ellie Suriaty bagi komen tiba tiba Fasha Sandha pula tampil bagi komen pasal filem Syahmi Sazli. Sampai macam ni sekali Fasha Sandha komen.

PENCAPAIAN Mael Totey The Movie (MTTM) yang berjaya mencipta rekod tersendiri turut menarik perhatian pelakon terkenal Fasha Sandha dengan memuji karya pengarah muda iaitu Syahmi Sazli. Akui Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, dia sangat terhibur dengan jalan cerita dan lawak bersahaja Mael yang dilakonkan oleh Syahmi.

Fasha berkata dia tidak menilai daripada sudut pembikin atau penghasilan yang sempurna namun menghargai filem itu yang menghiburkan penonton dalam keadaan pandemik Cov1id-19. Fasha kongsi pendapatnya mengenai filem MTTM di laman sosialnya.

“Sejujurnya saya dan keluarga amat terhibur dengan MTTM sebab itu saya ada kongsikan di Instagram baru-baru ini. Bukan mudah tau nak buat orang ketawa dan saya amat terhibur dengan lawak bersahaja karakter Mael tu sendiri. Saya tak pandang daripada sudut film maker dan aspek penghasilan yang sempurna.

“Jika karya itu dapat membuatkan kita terhibur dan ketawa, saya hargai. Yelah… dalam keadaan pandemik ni, ada orang yang stre3ss. Sekurang-kurangnya cerita ringan ni dapat membuatkan kita gembira,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu pernah memberi ulasan percuma mengenai filem tersebut di Instagram miliknya. Menerusi laporan mStar pada Ahad lalu, MTTM berjaya mengutip sebanyak RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari di Astro First sekaligus menjadikan ia filem paling laris mengalahkan Polis Evo dan Hantu Kak Limah.

Filem yang menampilkan pelakon istimewa antaranya Asif Suhaimi, Yoe Parey, Bedul dan Yatin itu mendapat kritikan daripada pengarah dan penerbit Ellie Suriati yang menilainya daripada aspek teknikal pembikinan. Ellie ketika ditemu bual dengan mStar pada 12 November lalu berpendapat kejayaan filem MTTM itu tidak boleh dijadikan penanda aras untuk sesebuah karya kreatif.

Dalam pada itu, Fasha yang juga pelakon drama Dua Takdir Cinta ini enggan mengulas mengenai kritikan Ellie kerana beranggapan setiap orang berhak menyuarakan pandangan. “Saya tidak mahu komen mengenai isu Ellie Suriati yang memandang daripada sudut lain. Bagi saya, setiap orang berhak memberi pandangan masing-masing.

“Saya hanya meletakkan diri sebagai penonton yang sangat terhibur dengan filem itu. Ini bukan kali pertama saya kongsi pendapat fasal movie yang saya tonton. “Selalunya apabila saya tonton movie yang best, memang saya akan kongsikan dengan pengikut terutamanya karya tempatan,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar | MEDIAVIRAL

Filem Terbaru SYahmi Sazli Baru Je Pcah Rekod Filem Polis Evo Sekali SYamsul Yusof Tampil Bagi Komen Macam Ni. Mengejutkan Selamba Je Dia Komen.

Kuala Lumpur :Pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengakui peminat dan penonton filem tempatan mempunyai cita rasa tersendiri. Ia berikutan kejayaan filem Mael Totey The Movie (MTTM) yang mencapai kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari.

Syamsul yang juga pelakon filem Munfik bagaimanapun berkata, tidak semua pengkarya harus mengikuti konsep dan genre filem arahan Syahmi Sazli itu. “Di negara kita sekarang ini penonton ramai, ada kehendak dan kemahuan sendiri. Jadi, dalam isu filem MTTM, dia ada pengikut tegar yang mana kita tahu filem itu menggunakan dialek Kelantan.

“Tapi, dengan kejayaan filem itu tak bermakna semua pengkarya filem harus ikut konsep dan genre MTTM. Contohnya saya yang lebih kepada filem berat, ada pengikut tersendiri. Begitu juga dengan filem abang Mamat Khalid pun sama ada pengikutnya tersendiri,” katanya. Menurut Syamsul, kejayaan filem MTTM itu harus diberi perhatian dan penghormatan.

“Bagi saya, pencapaian MTTM bagus untuk industri filem dan persaingan sihat dalam kalangan penggiat industri filem tempatan. Saya ucapkan syabas pada pengarah kerana membawa sebuah karya yang baru, segar dan santai dalam masa sama ada mesej tersendiri.

“Walaupun disampaikan secara santai dan dari teknikal filem tidaklah setinggi seperti filem berbajet besar, namun kita harus beri penghormatan dan tabik kepada pengarah selaku pengkarya muda yang berani menghasilkan filem ringan tapi ada penonton tersendiri,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Lepas Dikritik Teruk Oleh Ellie Suriaty Tentang Filem Syahmi Sazli Sekali Syamsul Yusof Pula Tampil Beruara. Tergamam Sampai Macam Ni Sekali Syamsul Yusof Bagi Komen.

Dilabel sebagai filem yang tidak mencapai standard sebenar, pengarah filem Mael Totey The Movie (MTTM), Syahmi Sazli akhirnya tampil bersuara. Syahmi ketika dihubungi Gempak berkata, dia tidak terasa hati atau terguris dengan kata-kata pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar yang seakan mengkritik karyanya.

Menurut Syahmi, dia akui filem MTTM menggunakan modal yang sedikit dan jenis kamera juga tidak seperti yang dipakai oleh kebanyakan pengarah atau produksi filem besar di luar sana. “Ada betulnya juga apa diperkatakan.

Saya tidak menggunakan kamera yang mahal dan canggih seperti filem lain, sebaliknya itulah yang saya selalu guna untuk kandungan YouTube saya. “Tak mengapa, ini permulaan, saya akan buktikan dalam karya-karya saya akan datang.

“Saya ambil kata-kata itu secara positif,” katanya. Jelas Syahmi lagi, biarpun begitu, terdapat beberapa pendirian yang perlu dia pertahan dan teruskan. “Dari segi teknikal ya saya akui, tapi bila dakwa bentuk karya itu sendiri tak capai standard filem, itu saya tak setuju.

“Bagi saya semua pengarah ada karya kreatif masing-masing. Jadi saya takkan ubah cara saya berkarya. “Selain itu dakwaan mengatakan jumlah tontonan MTTM dipengaruhi populariti juga perlu dilihat dari sudut yang positif.

“Saya rasa popular itu perlu untuk pembikin filem. “Kita nak jual filem mestilah kena ada followers, kena tahu siapa audience kita, apa yang mereka minat. “Business is business,” katanya. Terdahulu, Ellie Suriaty Omar meluahkan pandangannya terhadap filem MTTM menerusi sebuah video di YouTube.

Jelas Ellie, industri tidak boleh meletakkan MTTM sebagai benchmark karya kreatif yang sempurna terutama dari segi teknikaliti. “Kalau kita sebut teknikal kerja sebagai penghasil fiem, ia tidak mencapai, namun kerana ia popular dan ada fanclub sendiri, mestilah dia berjaya,” katanya.

Dalam pada itu, pengarah terkenal tanah air Syamsul Yusoff terus memberi kata-kata semangat kepada Syahmi untuk terus berkarya. Sekadar info, sehingga kini, MTTM telah memecahkan rekod apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan.

Bukan saja itu, kutipan MTTM juga kini berada di tempat kedua filem terlaris di Astro First selepas Polis Evo. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Apam Pink Media

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Syahmi Sazli Akhirnya Tampil Bersuara Selepas Filemnya Dikatakan Tidak Mencapai Standard Sebenar. Syahmi Memberi Komen Soal Kata-Kata Pelakon Ellie Suriaty Omar Itu.

Dilabel sebagai filem yang tidak mencapai standard sebenar, pengarah filem Mael Totey The Movie (MTTM), Syahmi Sazli akhirnya tampil bersuara. Syahmi ketika dihubungi Gempak berkata, dia tidak terasa hati atau terguris dengan kata-kata pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar yang seakan mengkr1tik karyanya.

Menurut Syahmi, dia akui filem MTTM menggunakan modal yang sedikit dan jenis kamera juga tidak seperti yang dipakai oleh kebanyakan pengarah atau produksi filem besar di luar sana.

“Ada betulnya juga apa diperkatakan. Saya tidak menggunakan kamera yang mahal dan canggih seperti filem lain, sebaliknya itulah yang saya selalu guna untuk kandungan YouTube saya. Tak mengapa, ini permulaan, saya akan buktikan dalam karya-karya saya akan datang.  Saya ambil kata-kata itu secara positif,” katanya.

Jelas Syahmi lagi, biarpun begitu, terdapat beberapa pendirian yang perlu dia pertahan dan teruskan. Dari segi teknikal ya saya akui, tapi bila dakwa bentuk karya itu sendiri tak capai standard filem, itu saya tak setuju. Bagi saya semua pengarah ada karya kreatif masing-masing. Jadi saya takkan ubah cara saya berkarya.

“Selain itu dakwaan mengatakan jumlah tontonan MTTM dipengaruhi populariti juga perlu dilihat dari sudut yang positif. Saya rasa popular itu perlu untuk pembikin filem. Kita nak jual filem mestilah kena ada followers, kena tahu siapa audience kita, apa yang mereka minat. Business is business,” katanya.

Terdahulu, Ellie Suriaty Omar meluahkan pandangannya terhadap filem MTTM menerusi sebuah video di YouTube. Jelas Ellie, industri tidak boleh meletakkan MTTM sebagai benchmark karya kreatif yang sempurna terutama dari segi teknikaliti.

“Kalau kita sebut teknikal kerja sebagai penghasil fiem, ia tidak mencapai, namun kerana ia popular dan ada fanclub sendiri, mestilah dia berjaya,” katanya. Sekadar info, sehingga kini, MTTM telah  memecahkan rekod apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan.

Bukan saja itu, kutipan MTTM juga telah memecah rekod Astro First yang sebelum ini dipegang oleh filem Hantu Kak Limah. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Terima Banyak Sangat Kritikan Daripada Warganet. Akhirnya Sampai Satu Tahap Tu Syahmi Syazli Lakukan Sesuatu Ini Sehingga Mengaitkan Dengan Tindakan Syamsul Yusof Mengenai Isu Yang Tular Baru Baru Ini.

Pengarah filem Mael Totey The Movie (MTTM), Syahmi Syazli mengakui sering berdepan kritikan dan penilaian negatif segelintir warganet. Namun, bagi Syahmi, dia mengambil pendekatan untuk tidak membalas atau melayan komen negatif bagi sebaliknya mengaibaikannya. “Komen negatif itu banyak, terutamanya sekarang apabila filem saya mula ditayangkan. Semakin luar kerjaya, semakin besarlah kritikan.

“Saya takut saya down, jadi saya ambil sikap buat tak tahu. Skip saja! Sebab lagi ramai lagi yang menulis komen-komen positif. “Dunia sekarang tanpa sempadan kita tak boleh buat apa pun, mesti akan ada juga yang tidak senang dengan kita. Buat itu salah, buat ini salah. Jadi tak payah hiraukan,” katanya kepada Gempak sebentar tadi.

Tambah Syahmi, komen negatif muncul daripada sikap iri hati dan tidak senang melihat kejayaan individu lain. “Saya tak faham kenapa perlu menulis komen negatif. Mungkin mereka tak boleh tengok kejayaan orang lain dan memang asal daripada sifat iri hati. Tak boleh tengok orang lebih sikit.

“Apapun, saya suka dengan tindakan balas Syamsul Yusof apabila berdepan dengan warganet yang melampau. Terus ambil tindakan undang-undang! “Bagi saya, tak perlu balas. Nanti kita pula yang jadi sama level dengan mereka. Buat saja tak tahu. “Kita sukar nak bendung sebab media sosial itu percuma, keluarkan modal air liur je untuk menghukum dan menghna orang,” nasihat Syahmi lagi.

Sementara itu, Syahmi memanjatkan rasa syukur atas kejayaan filem pertamanya MTTM yang berjaya meraih kutipan mencecah RM700,000 selepas hari pertama tayangan. MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. 

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul. Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Mari kita semua sokong usaha pengkarya seni dalam menghiburkan.- Gempak

“Setidaknya Kesianlah Krew Berpanas & 4 Orang Istimewa Tu” – Halus Je Syahmi Syazli Jawab Bila Ada Tonton Mael Totey The Movie Secara Haram!

Baru dua hari ditayangkan di Astro First, filem pertama arahan YouTuber, Syahmi Sazli iaitu Mael Totey The Movie (MTTM) telah menjadi perbualan ramai. Malah, ada dalam kalangan mereka menganggap MTTM sebagai satu fenomena luar biasa kerana berjaya meraih kutipan mencecah RM700,000 selepas hari pertama tayangan.

Namun, dalam pada ramai yang rancak melanggan MTTM menerusi saluran Astro First, masih ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan dengan menontonnya secara haram. Menerusi pemantauan Gempak di beberapa posting Instagram Syahmi, ada warganet yang secara berani mengaku menontonnya di saluran tidak sah.

Namun, apa yang peliknya ramai juga yang meminta maaf selepas menonton filem tersebut. Berkemungkinan mereka ‘tersentak’ dengan beberapa dialog Syahmi mengenai sikap penonton yang suka menyokong cetak rompak. “Saya mohon maaf dan minta halal jika tengok yang cetak rompak. Kalau perlu bayar saya boleh bayar kerana kualiti cerita sangat baik, ikhlas dari saya,” kata seorang pengguna Instagram menerusi ruang komen.

“Rasa bersalah dan menyesal terutama filem ini penuh pengajaran dan unsur dakwah. “Saya dengan rasa rendah diri menyesali perbuatan mohon produksi Syahmi Sazli,” kata seorang lagi individu. Tidak melatah dengan permohonan maaf tersebut, Syahmi sebaliknya menasihatkan orang ramai supaya tidak mengikuti perbuatan tersebut

{“subsource”:”done_button”,”uid”:”1DEA82C7-4EAF-43A3-B091-5898B8E2AB96_1603526222179″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”,”source_sid”:”1DEA82C7-4EAF-43A3-B091-5898B8E2AB96_1603526222192″}

Buat anda semua, marilah sokong karya anak muda yang cuba mengubah landskap filem tanah air ini. Tonton dahulu dan lihat bagaimana pengarahnya, Syahmi Sazli mengangkat martabat Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam filem ini. Sebab itulah ramai yang serba salah selepas menonton MTTM secara haram. 

Untuk rekod, MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Mari kita semua sokong usaha pengkarya seni dalam menghiburkan.- GEMPAK

Syahmi Sazli sedia dikritik

“Nak kritik tiada masalah, tapi yang jadi masalahnya mereka selalu kritik dengan bahasa yang kesat,” kata YouTuber popular dan pelakon Syahmi Sazli mengenai kemungkinan filem pertamanya berjudul Mael Totey The Movie bakal menerima kecaman hebat. 

Syahmi, 25, atau namanya Muhd Syahmi Sazli yang juga pengarah filem itu berkata, secara jujurnya  dia sudah bersedia untuk menerima kecaman terhadap filem sulungnya yang akan ditayangkan menerusi Astro First bermula 22 Oktober ini.

“Sebelum buat skrip pun saya dah tahu orang akan kritik filem ini kerana ceritanya dibuat tanpa ikut standard piawaian sebenar sesebuah filem. Pelakon saya golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan waktu berlakon ada yang tak tengok kamera, tak ikut skrip dan tak ingat nama watak. Sudah pasti ia mengundang kritikan dalam kalangan golongan profesional. Maknanya sebelum penggambaran  saya dah sedia dikritik kerana menyajikan benda yang orang tak pernah tengok,” katanya kepada Harian Metro.

Syahmi yang menghasilkan drama pendek membabitkan golongan ini sehingga menjadi fenomena di YouTube berharap mendapat kritikan yang membina untuk kebaikan kariernya yang baru bermula. “Tiada masalah kritikan untuk saya baiki kualiti filem dan itu saya terima. Sekurang-kurangnya saya tahu apa kelemahan yang boleh saya baiki. Tapi yang ini (pengkritik filem Youtuber) jenis suka keluarkan kata-kata kesat dan itu yang bahayanya. Saya tak boleh buat apa-apa dan akan ambil pendekatan pekakkan telinga sahaja,” katanya.

Mael Totey The Movie memulakan penggambaran pada 12 Julai lalu dan menelan kos sekitar RM400,000. Selain Syahmi, barisan pelakon utama lain ialah Asif Suhaimi, Yoe Parey, Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Yatin dan Bedul. Pelakon pembantu lain pula terdiri daripada Catriona Ross, Husyairi Hussin, Daler Yusof dan Kamarool Yusoff. Ditanya sasaran kutipan pula, Syahmi berkata, dia tidak memikirkan soal itu.

“Itu soal kedua kerana sememangnya sasaran saya pada tahun ini ialah maju ke hadapan. Impian saya nak beralih arah dari YouTube dan masuk TV atau pawagam Itu tujuan utama saya. Apabila filem ini dapat masuk Astro First, itu satu kejayaan yang sangat besar buat saya sebagai orang yang bukan bermula dalam bidang ini. Sekiranya ada rezeki untuk filem seterusnya, barulah saya sasarkan berapa kutipannya pula. Untuk kali ini, dapat masuk Astro First pun dikira kejayaan besar,” katanya.-HMETRO