Lepas je kena sound padu dengan Ustazah Asma terkedu ini yang terjadi kepada mv lagu baru Ayda Jebat dekat youtube. Mengejutkan sampai macam ni sekali warganet buat.

Artis

Sejak melangsungkan perkahwinan, satu demi satu kontroversi melanda pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Suhada Jebat atau lebih dikenali sebagai Ayda Jebat bagaikan tiada noktah. Terdahulu, dia dan suami dikritik oleh warganet kerana mempamerkan kemesraan antara mereka berdua secara keterlaluan di laman sosial, bahkan ada menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang negatif.

Baru-baru ini, muzik video (MV) lagu Parah Parah nyanyiannya pula ditegur oleh seorang pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun yang menyifatkannya sebagai negatif dan kurang sopan. Nama pe­nyanyi dan pelakon Ayda Jebat sekali lagi menjadi kontroversi dan bualan warganet selepas vi­deo muzik single terbaharunya, Pa­rah Parah ditegur Ustazah Asma’ Harun.

Menerusi Facebook pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ semalam, beliau telah memuat naik satu nukilan panjang lebar buat Ayda Jebat sebagai satu bentuk teguran lembut berke­naan video muzik lagu tersebut yang disifatkan sebagai keterl4luan.

“Ini satu musibh ummah yang parah, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin prah, kalian menghasilkan sebuah video muzik yang menampilkan pe­nyanyi dan penari iringan yang separuh tak berbaju, dengan rentak dan lenggok tarian yang tak sopan seperti tarian lch, maaf ia sungguh memalukan!” tulisnya.

Menurut pendakwah itu lagi, beliau mengakui agak terkejut dengan video muzik lagu tersebut kerana memberi gambaran kurang baik buat seorang wanita Islam. Ini disebabkan pemakaian serta gerakan dalam video muzik itu yang boleh dianggap serta berpakaian agak mencolok mata.

Bagaimanapun, Ustazah Asma’ tetap husnuzon (bersangka baik) dengan beranggapan bahawa penyanyi tersebut silap percaturan dalam bahagian penari iringan memandangkan Ayda tidak memakai pakaian yang keterl4luan.

Pakaian Ayda dalam video klip Parah.

“Namun, saya tetap meletakkan sangkaan bahawa mungkin juga kamu tersilap untuk percaturan kali ini, terutamanya bahagian penari iringan, kerana penampilan kamu sendiri yang tidaklah keterlaluan,” ujarnya. Sebelum mengakhiri penulisan tersebut, Ustazah Asma’ turut memohon ribuan kemaafan andai apa yang disampaikan mengguris mana-mana pihak.

Ustazah Asma’ juga sempat menitipkan pesanan kepada para penggiat seni agar lebih berhati-hati dalam berekspresi lebih-lebih lagi berkaitan dengan tak sopan atau adegan kurang manis untuk diperlihatkan. Jika sebelum ini para peminat memuji dan menyamakan MV lagu berkenaan bertaraf internasional, namun selepas teguran terbabit, MV itu kini meraih lebih banyak ‘dislike’ berbanding tanda suka di saluran YouTube.

Walaupun jumlah tontonan meningkat sehingga 3.162 Juta tontonan, tapi  Menurut warganet, rata-rata mereka datang untuk tengok sendiri video tersebut selepas membaca artikal berkenaan teguran dari Ustazah Asma di media sosial

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati penyanyi berusia 29 tahun itu selain ada juga yang meminta Ayda memadam MV berkenaan sebelum situasi menjadi lebih ‘parah’. Awak muslim, lebih baik padam sebelum jadi lagi parah

Reaksi Ayda Jebat, Nabil

Sementara itu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat enggan mengulas lanjut berhubung teguran dan kenya­taan yang dibuat ke atasnya.“Saya tak nak komen panjang. Takut salah cakap sebab isu ini sangat sensitif. Terpulang kepada penerimaan sesiapa yang menonton,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Dalam pada itu, suami Ayda, Nabil Mahir yang bertindak sebagai pengarah video muzik berkenaan turut mengambil pendekatan sama apabila menyerahkan sepenuhnya kepada penonton untuk mengadili apa yang ditonjolkan dalam video yang dikatakan tak sopan itu.

“tak sopan itu subjektif. Video tersebut lagunya rancak dan perlu disesuaikan dengan muzik dan tema yang dibangunkan untuk video itu. Sebagai pengarah video muzik dan suami kepada Ayda, saya hanya boleh katakan, terpulang kepada penerimaan masing-masing,” ujar Nabil.

Sebelum ini, nama Ayda yang popular menerusi single Temberang sering menjadi bualan apabila kerap kali berkongsi vi­d­eo mesra bersama suaminya, Nabil dalam media sosial miliknya. Muzik video Parah Parah nyanyian Ayda mula disiarkan menerusi platform YouTube sejak 29 Disember 2020 dan sehingga semalam telah mencatat lebih 1.8 juta tontonan.

Video muzik berdurasi 3 minit 51 saat itu memaparkan beberapa segmen tarian oleh Ayda bersama kumpulan penari wanita yang berpakaian kurang sopan dan me­lakukan tarian menjolok mata. ‘Sudah basah kehujanan’, begitulah yang boleh diungkapkan tentang keadaan pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu ketika ini. Saban hari, ada sahaja yang tidak kena dengan empunya diri.

Apa pun yang berlaku, harap Ayda menerima teguran-teguran berkenaan dengan hati yang terbuka! Ambil yang baik dan buanglah yang keruh. Ayda bertunang dengan pengacara dan pelakon, Nabil Mahir pada April tahun lalu sebelum selamat diijabkabulkan pada 1 Januari 2021.

Dicium mesra Nabil Mahir, Ayda Jebat dedah suami suka manja2 sehari suntuk!

Pasangan pengantin baru, Ayda Jebat dan Nabil Mahir kerap kali menunjukkan kemesraan mereka kepada umum terutamanya di media sosial. Walaupun perkara tersebut tidak salah dan halal kerana masing-masing sudah bergelar suami isteri, namun perlakukan tersebut dilihat kurang manis jika ditonton para remaja dan kanak-kanak.

Sayang betul dekat isteri. Sebentar tadi, Ayda jebat sekali lagi memuat naik adegan mesra mereka di IG story dengan memaparkan suaminya mencium pipi dalam tempoh waktu yang agak lama. Di juga sempat tinggalkan kapsyen dengan mengatakan suaminya gemar menciumnya hampir sepanjang hari dan bertanya kembali sama ada suami-suami diluar sana juga seperti ini ataupun tidak.

Sebelum ini, video pasangan tersebut bermain Lego telah mendapat pelbagai komen nakal daripada netizen selepas melihat keduanya berwajah seperti kurang tidur. Mereka juga kerap kali diusik dengan gurauan suami isteri apabila pernah memaklumkan mahu mempunyai anak seramai 13 orang selepas apabila sudah bernikah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Muzik Video Baru Ayda Jebat Dah Sampai 1.5 Juta Tontonan Tapi Ramai Yang Kritik. Ustazah Asma Tampil Berani Tegur Dengan Cara Baik

Tak dinafikan sejak kebelakangan ini nama Ayda Jebat menjadi bualan warganet susulan beberapa perkongsian mesranya bersama suami iaitu Nabil Mahir yang dilihat kurang manis untuk dipertotonkan kepada pihak umum.

Tetapi lain pula kes kali ini, terkini muzik video lagu terbaru Ayda Jebat yang berjudul P4rah P4rah pula menjadi topik perbualan di media sosial. Baru baru ini,menerusi FB pendakwah terkenal iaitu Ustazah Asma Harun,beliau telah memuat perkongsian buat Ayda Jebat sebagai satu bentuk teguran lembut berkenaan muzik video lagu tersebut yang dilihat agak keterlaluan.

Kata pendakwah tersebut,beliau akui agak terkejut dengan muzik video lagu tersebut yang memberi gambaran kurang baik buat seorang wanita Islam. Ini kerana disebabkan pemakaian serta gerakan yang boleh dianggap tidak sopan serta berpakaian kurang enak dipandang.

“Ini satu Musibah Ummah yang P4RAH, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin P4RAH, kalian menghasilkan sebuah video klip muzik yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang agak kurang sopan, dengan rentak dan lenggok tarian yang kurang enak untuk ditonton, maaf ia sungguh memalukan !” Jelasnya

Beliau turut menzahirkan rasa dukacita apabila melihat seorang wanita Muslimah beradegan seperti itu memandangkan ketika ini negara diuji dengan pandemik Covid-19 dan sudah berada di akhir zaman.Walau bagaimanapun, Ustazah Asma’ tetap husnuzon dengan beranggapan bahawa penyanyi tersebut silap percaturan dalam bahagian penari iringin memandangkan ayda Jebat tidak memakai pakaian yang keterlaluan.

“Namun saya tetap meletakkan sangkaan bahawa mungkin juga kamu tersilap untuk percaturan kali ini, terutamanya bahagian penari iringan, Kerana kamu sendiri penampilan yang tidaklah keterlaluan.” Menurutnya. Sebelum mengakhiri penulisan tersebut, Ustazah Asma’ turut memohon ribuan kemaafan andai apa yang disampaikan melukakan mana-mana pihak.

Tambahnya, tujuan asalnya adalah untuk menegur mana yang tidak elok untuk dipertontonkan dan sama sekali bukan untuk memalukan sesiapa kerana beliau sendiri meminati karya penyanyi tersebut.“Maaf saya lakukan teguran ini secara terbuka, saya lihat sudah ramai yang menegur dan mengkritik video klip tersebut secara terbuka, bahkan di kalangan fans kamu sendiri mereka rasa tidak senang, teguran di media sosial kamu sendiri juga tidak diendahkan, bahkan dijawab dengan tidak rasa bersalah.” Tulisnya.

Ustazah Asma’ juga sempat menitipkan pesan kepada para penggiat seni supaya lebih berhati-hati dalam bereksperesi lebih-lebih lagi berkaitan dengan adegan kurang manis untuk diperlihatkan. Beliau berharap supaya pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia serta pihak-pihak berwajib dapat memainkan peranan dalam hal tersebut kerana bimbang jika tidak dibendung ia akan menjadi satu perkara yang normal pada masa akan datang.

Heboh Tentang Perkongsian Ayda Jebat Tentang Sikap Nabil Mahir. Sekali Ini Komen Ayda Jebat Berkenaan Hal Tersebut

Ternyata aksi dan gelagat manja yang dikongsikan pasangan selebriti yang baru mendirikan rumah tangga iaitu Nabil Mahir dan Ayda Jebat undang rasa kurang senang dalam kalangan warganet. Majoriti anggap perkongsian yang dibuat Ayda di IG Story tentang sikap suaminya yang suka mencium pipi berulang kali selain suka bermanja dengannya sebagai sesuatu yang tidak wajar dikongsi hingga mengundang rasa meluat.

Dan baru baru lagi, Ayda turut dedahkan sikap pelik suaminya yang suka menghidu bau ketiaknya terutama ketika waktu lapang. Kata Ayda ketika dihubungi, dia tidak mampu mengawal sikap warganet yang tidak henti mengkritik namun dia ingin memohon maaf sekiranya tindakannya itu dirasakan tidak manis

“Salahkah saya memuat naik sesuatu yang positif dan turut disokong oleh ramai pasangan suami isteri yang turut menerima layanan sama meskipun ada diantaranya sudah berkahwin lebih 20 tahun. Mereka begitu suppotif dan mendoakan agar kebahagiaan saya dan Nabil terus berkekalan.

“Daripada perkongsian saya itu, ada juga pasangan yang berasa sedih dan cembu-ru apabila mengatakan suami mereka tidak romantik selepas berkahwin malah nak minta bergambar bersama pun tidak mahu. Jadi saya harap janganlah melihat apa yang dikongsikan dari sudut yang negatif dan tidak sopan sebab saya hanya ingin menunjukkan rasa bahagianya bercinta selepas kahwin.

“Ada rakan-rakan dan peminat beritahu saya, masa awal-awal bercinta saja indah, tapi selepas kahwin tiada sudah momen bahagia itu.Tapi saya bersyukur sebab menerima layanan yang baik selepas berkahwin. Saya hanya berkongsi sikap Nabil yang manja dan tidak dibuat-buat. Bagaimanapun saya ingin memohon maaf sekiranya ada pihak berasa kurang senang melihat kemesraan kami. Saya tak mampu nak menjaga perasaan semua orang,” katanya.

Bagi Ayda, apa yang dikongsikan mengenai sikap Nabil adalah perangai sebenar suaminya.“Saya sedar memiliki pengikut daripada pelbagai lapisan umur di laman sosial Instagram. Jadi segala perkongsian yang dimuat naik, saya akan pastikan ia tidak keterlaluan.“Namun jika ada yang beranggapan sebaliknya, anda perlu mengubah mentaliti dan jangan terlalu berfantasi.

“Tapi lihat perkongsian ini sebagai sesuatu yang p0sitif serta doakan agar kemesraan ini berkekalan dan anda sendiri turut mengimpikan layanan seperti ini,” katanya.Terdahulu pasangan ini selamat diijabkabulkan dalam satu majlis sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur 1 Januari lalu.

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mendedahkan ada pengikut Instagram memintanya berpisah dengan Nabil Mahir.Menurut Ayda, dia menerima mesej berbaur bi4dap tersebut dalam bentuk Direct Mesej (DM) yang mahukannya berpisah dan berkahwin dengan pelakon Zul Ariffin.

Paparan mesej oleh warganet menggunakan nama @amir_akrhonian itu dikongsikan Ayda menerusi InstaStory miliknya semalam.“Berpisah jelah suami awak tu. Lagi baik kahwin dengan Zul Ariffin,” tulis individu berkenaan.Dalam entri tersebut, Ayda yang popular menerusi lagu Temberang melahirkan rasa terkil4n dengan mesej yang diterima. Dia tidak menyangka masih wujud lagi individu sebi4dap itu.Sebelum ini pernah timbul g0sip mengatakan wujud cinta lokasi membabitkan Ayda dan Zul selepas drama Rindu Awak 200% yang bersiaran menerusi TV3 pada 2014 lalu.

Bila Dah Tinggal Sebumbung Baru Tahu Perangai Sebenar. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Ayda Jebat Tampil Bersuara Bongkarkan Perangai Sebenar Nabil Mahir Buat Warganet Terkedu.

Ada-ada sahaja cerita menarik tentang pasangan pengantin baru ini. Ayda Jebat dan Nabil Mahir selamat bernikah pada 1 Januari 2021 yang lalu. Kisah pasangan suami isteri banyak mendapat liputan media, manakan tidak kedua-duanya merupakan selebriti popular di Malaysia.

Terbaru Ayda sempat berkongsi perangai pelik Nabil yang ramai tahu. Hal ini baru disedari oleh Ayda selepas tinggal sebumbung bersama suaminya. Ayda berkata kepada Mingguan Malaysia, Nabil merupakan seorang yang sangat teliti.

“Nabil ini menghidap kecelaruan obsesif kompulsif (OCD). Jadi dia sangat teliti terutama melibatkan kebersihan. Ada satu cerita, saya ini di rumah memang akan pakai stokin. “Bila di rumah sendiri, saya akan letak stokin dalam sinki (ada dua sinki). Tetapi bila pindah hidup bersama, saya jadi biasa untuk letak sahaja stokin dalam sinki. Jadi, Nabil terus ‘bising’.

Walaubagaimanapun, Ayda menganggap ia suatu kemanisan rumahtangga. Dari situ dia dapat belajar mengenali suaminya dengan lebih baik. Sementara itu, Ayda berkata dia menangguhkan majlis persandingan ke satu tarikh yang belum dipastikan. Kamidoakan segalanya dipermudakan buat kalian berdua.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!  

Sumber : murai

Baru Je Beberapa Hari Dirikan Rumahtangga Dah Ada Individu Yang Minta Ayda Jebat Berpisah Dengan Nabil Mahir Dan Kahwin Dengan Zul Ariffin. Sekali Nirespon Dari Ayda Jebat.

Meski baru mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu, namun pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat sudah menerima mesej peribadi daripada seorang pengguna Instagram yang memintanya berpisah dengan suami, Nabil Mahir dan berkahwin dengan pelakon Zul Ariffin.

Penyanyi lagu Parah Parah itu menerusi satu hantaran di Instagram Story memuat naik kapsyen yang terkilan dengan mesej yang dihantar individu berkenaan. “Ada lagi orang macam ni,” tulisnya ringkas disusuli emoji beserta tangkap skrin yang dihantar pemilik akaun terbabit.

Pemilik akaun itu meminta Ayda berpisah dengan Nabil dan berkahwin dengan Zul yang dirasakan lebih baik. “lepaskan jelah suami awak tu…Lagi baik kahwin dengan Zul Ariffin,” tulis individu berkenaan. Sebelum ini pernah timbul gosip mendakwa wujud cinta lokasi di antara Ayda dan Zul selepas drama gandingan mereka, Rindu Awak 200% disiarkan TV3 beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, baik Ayda dan Zul, kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya menyifatkan hubungan mereka tidak lebih dari rakan selebriti. Sementara itu, menerusi entri Ayda di Instagram, dia dan suami kini sedang menikmati momen indah bulan madu di Langkawi.

Suami jadi imam ketika bulan madu, Ayda Jebat terharu

PETALING JAYA – Penyanyi Ayda Jebat meluahkan rasa terharu apabila suaminya mengimamkan solat mereka berdua ketika berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah. Menerusi InstaStory yang dimuat naik Ayda dalam Instagram miliknya, jelas memaparkan suaminya, Nabil Mahir selesai mengimamkan solat jemaah mereka berdua.

“Saya sungguh bertuah memiliki kamu dalam hidup saya,” tulis Ayda dalam video berdurasi lima saat tersebut. Nabil ketika baharu sahaja selesai mengimamkan solat jemaah bersama Ayda. Terdahulu, majlis resepsi perkahwinan sebelah pihak lelaki yang dijadualkan berlangsung pada 9 Januari lalu di Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat saban hari.

Sebelum ini, dengan hanya sekali lafaz pasangan itu sah bergelar suami isteri selepas selamat dinikahkan pada pukul 3.28 petang di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur 1 Januari lalu. Foto: Instagram Ayda Jebat

Baru Je 7 Hari Bergelar Suami Nabil Mahir Tak Percaya Ini Yang Terjadi Pada Dia Dan Ayda Jebat. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Yang Terjadi.

Pada 1 Januari lalu, pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat selamat diijabkabulkan dengan pengacara Nabil Mahir. Ia dilakukan dengan sekali lafaz dalam majlis serba sederhana di Kuala Lumpur. Pasangan itu dinikahkan Ustaz Rozimi Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (JAWI).

Majlis dengan disaksikan bapa pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan  Wan Jean Basri Wan Othman. Pada majlis  berkenaan, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga. Namun apa yang menjadi perhatian ketika majlis itu adalah penampilan Nabil yang kemas tanpa jambang. Sinonim dengan imej berjambang sebelum ini, Nabil berkata dia mencukur licin jambang pada hari bahagianya itu bagi memenuhi permintaan isterinya.

“Dari awal dia memang suka kalau saya cukur licin jambang. Cuma kalau nak diikutkan, saya lebih suka simpan, nampak lagi macho dan ‘garang’. Tapi demi hari bahagia kami, saya okay sahaja tampil sedemikian,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya adakah dia akan menghalang isterinya dari terus aktif dalam bidang seni. Bekas hos program HLive! itu berkata dia akan menyekat punca rezeki Ayda selagi Ayda tahu menjaga batas dengan statusnya kini bergelar isteri.

“Saya tidak halang asalkan dia tahu beza baik dan buruk, termasuk dalam soal pemakaiannya. Tak naklah seksi sangat,” sambung Nabil,” katanya. 7 Hari Bergelar SUAMl, Nabil Tak Percaya Dia dah Bernikah Dengan Ayda Jebat

Genap tujuh hari mendirikan rumah tangga, Nabil dilihat ada memuat naik bersama ahli keluarganya yang dirakam sewaktu majlis pernikahannya. Nabil berkata dia seakan tidak percaya sudah disatukan dengan kekasih hatinya.

“Pejam celik dah seminggu bergelar sebagai suami isteri. Masih macam tak percaya kita dah kahwin. Tak percaya boleh 1 lafaz je. Ye la kan saya ni kaki tersasul je,” tulisnya. Perkongsian Nabil itu mendapat perhatian warganet yang tidak henti-henti mengucapkan tahniah di atas perkahwinannya itu.

Warganet Juga Tak Percaya ini yg Berlaku

Serta mendoakan rumah tangga yang dibina akan berkekalan hingga ke syurga dan segera dikurniakan cahaya mata. Meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya berjalan dengan lancar meskipun dalam situasi pandemik COVID-19.

Ayda menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat dan orang ramai yang mendoakan kebahagiaannya. “Alhamdulillah, walaupun kini kita berada dalam norma baharu, syukur majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar se­perti yang dirancang.

“Di sebalik pandemik Covid-19 yang membataskan ba­nyak perkara, kami memilih untuk melangsungkan yang wajib dulu.Terima kasih buat semua yang mendoakan,” katanya. Dalam pada itu, Ayda berkata dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai ister.

Dan tidak menolak seandainya cepat dikurniakan cahaya mata. “Ini adalah perkara baharu dalam hidup kami sebagai suami isteri. Saya dan Nabil percaya akan ada banyak dugaan serta cabaran yang bakal ditempuh. “Jujurnya, kami sudah lama impikan saat ini dan juga sudah bersedia untuk menimang zuriat secepat mungkin, insya-Allah,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber RotiKaya

Bakal Tamatkan Zaman Bujang Tak Lama Lagi. Ayda Jebat Diraikan Sebelum Bergelar Isteri Esok. Sekali Ini Kata Kata Dari Ayda Jebat Buat Warganet Teruja.

Umum mengetahui pelakon, Ayda Jebat dan tunangnya Nabil Mahir bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka di sebuah masjid di ibu kota pada hari esok. Seperti biasa, sebelum bergelar isteri pasti akan ada sambutan yang dilakukan oleh rakan-rakan terdekat yang mahu meraikan momen gembira itu bersama.

Semalam, pelakon drama Cindai itu memuat naik satu foto di laman Instagram memaparkan dia sedang diraikan sebelum menamatkan zaman bujang dengan dipenuhi belon-belon serta perhiasan. Dapat dilihat, pemilik nama Nur Suhada Jebat ini sedang memegang sebuah kek dan memakai selempang yang bertulis ‘bride to be’.

Selain itu, Ayda juga memberitahu dia begitu sibuk dengan pelbagai persiapan menjelang hari bahagia sehingga tidak sempat untuk membalas pesanan mesej daripada kenalannya. “Thank you guys for the surprise! Awww! Sorry mana yang saya tak sempat nak reply whatsapp for now busy sampai tidur pun kadang satu jam je.

Doakan yang baik-baik for me dan @nabilmahir. Amin,” corentnya di kapsyen. Perkongsian momen indah yang dikongsi pelakon berusia 28 tahun itu disambut baik oleh warganet yang rata-rata turut sama mendoakan agar segala dipermudahkan untuk hari esok selain mengucapkan tahniah.

Semoga yang baik2

Setelah hampir sembilan bulan mengikat tali pertunangan, mereka mengambil keputusan untuk bernikah esok. Tahniah diucapkan buat kedua-dua pasangan romantis ini. Semoga sampai ke syurga!

Sumber: Instagram Ayda Jebat

Bakal Melangsungkan Pernikahan Di Masjid Pada 1 Januari. Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Dedahkan Fasal Persiapan Untuk Majlis Serta Plan Majlis Resepsi

Ayda dan Nabil bakal melangsungkan pernikahan di sebuah masjid pada 1 Januari depan.MENGHITUNG hari menantikan hari bahagia, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengakui semakin gementar untuk bergelar isteri kepada pengacara Nabil Mahir.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, dia juga sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan tidak pernah menyesali keputusan untuk berkahwin.”Alhamdulillah… semua persiapan berjalan dengan lancar tapi semakin nak dekat kahwin, ada sahaja kerja. Apa-apa pun, saya memang tak sabar dan rasa teruja.

Ayda tidak pernah berasa ragu-ragu dengan keputusan untuk berkahwin dengan Nabil.“Tak pernah pun rasa ragu-ragu sebab saya memang yakin dengan keputusan untuk berkahwin. Nak cakap soal bersedia galas tanggungjawab sebagai isteri itu, memang kena bersedia juga.

“Nak kata kita dapat laksanakan tanggungjawab itu dengan baik atau terbaik… masih tak tahu lagi sebab saya tak pernah lagi jadi isteri orang.”Cuma, saya harap kalau ada perkara yang saya atau Nabil tak tahu, nanti ada ahli keluarga atau ibu boleh nasihatkan kami untuk jadi terbaik,” katanya kepada mStar.Penyanyi lagu Tembrang itu ditemui ketika sesi rakaman sebuah program TV di Sri Pentas, Bandar Utama Damansara, Petaling Jaya, pada Khamis.

Menerusi laporan mStar pada 7 November lalu, Nabil dan pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Januari tahun hadapan.Dalam pada itu, pelakon berusia 28 tahun ini memberitahu dia tidak pernah mengimpikan sebuah majlis perkahwinan besar-besaran namun berharap hari bahagiannya dapat berjalan dengan lancar.

Menurut Ayda, majlis pernikahan mereka akan diadakan di sebuah masjid yang hanya dihadiri kurang daripada 50 orang manakala masih belum mendapatkan lokasi untuk resepsi.”Sebenarnya secara jujur, saya tidak ada simpan sebarang impian untuk majlis perkahwinan. Jadi, bila berlaku Covid ini tak boleh ada majlis besar-besaran… saya tak rasa terkilan.

Ayda dan Nabil masih belum tetapkan tarikh dan lokasi untuk majlis resepsi mereka.“Mungkin ada orang impikan nak buat majlis besar-besaran tapi terpaksa bersederhana. Tapi bagi saya, tak apa walaupun majlis kecil asalkan perkara wajib itu selesai dengan lancar.”Kami hanya akan buat majlis pernikahan sahaja di sebuah masjid yang hanya untuk tidak lebih 50 orang tetamu termasuk ahli keluarga dan rakan rapat.

“Manakala majlis resepsi, kalau ikutkan saya nak buat bulan Februari tetapi lokasi yang kami nak itu penuh. Tengok macam mana nanti, kalau tak boleh mungkin buat tempat lain,” ujarnya.Sebelum ini, Nabil mengikat tali pertunangan dengan Ayda pada 28 April lalu melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tular Di Media Sosial Apabila Prank Ayda Jebat Dikatakan Nabil Telah Tinggalkannya Di Tepi Jalan Hanya Kerana Sesuatu Ini. Dan Akhirnya Lebih Mengejutkan Lagi Respon Dari Sheila Rusly.

Bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun 2021, nyatanya ramai peminat yang tidak sabar menantikan penyatuan antara Ayda Jebat dan juga Nabil Mahir. Menjengah ke Instagram masing-masing, dua orang selebriti ini memang dikenali dengan perangai ‘gila-gila’ dan mungkin itulah yang membuatkan perhubungan mereka tampak serasi. Malah terbaru, mereka juga sempat membuat kemunculan dalam rancangan ‘Trek Selebriti’ yang dihoskan oleh Aliff Farhan.

Nabil kononnya tinggalkan Ayda Jebat tepi jalan sambil marah-marah

Kali ini, Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mensasarkan sebuah prank kepada Mama mereka iaitu Sheily Rusly. Kononnya, Nabil telah naik angin setelah mendapati Ayda berhubung dengan lelaki lain walhal tarikh perkahwinan sudah semakin dekat. Mengetahui kejadian itu, penerbit JS Picture berkenaan juga mula risau sebelum mengatakan akan menghantar bantuan ke sana. Dengan reaksi yang cukup resah, siapa sangka semuanya hanyalah gurauan semata-mata.

Puas hati bila Aliff kena prank…Biru muka kau

Disangka akan tergelak sekali, Aliff seakan-akan ‘terciduk’ kerana dimarahi pula oleh Sheila Rusly. Setelah berkali-kali menyakat orang dalam episod sebelum ini, akhirnya dia sebagai pengacara rancangan pula yang menjadi sasaran prank. Dalam pada itu, warganet juga berpuas hati selain berseloroh muka Aliff menjadi biru gara-gara terlalu gementar.

Ayda Jebat Mengimpikan Untuk Menghadiahkan Satu Benda Ini Pada Ibunya Sebelum Berkahwin. Akhirnya Tercapai.

Bakal mendirikan rumah tangga pada Januari 2021, penyanyi dan juga pelakon Ayda Jebat meluahkan rasa terharu kerana melaksanakan impiannya untuk membelikan sebuah rumah untuk ibu tercinta.

Ayda,28, telah berkongsikan berita gembira itu menerusi Instagram miliknya dengan foto memaparkan dia memeluk ibu tersayang dengan latar belakang sebuah rumah dua tingkat yang dibelinya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdullilah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya beritahu Nabil, ada benda yang saya mahu capai sebelum kahwin. Inilah antaranya. Buat mama bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah.”Difahamkan, kediaman dua tingkat itu terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Penyanyi lagu Pencuri Hati itu turut berkesempatan mendoakan para peminatnya supaya dapat membahagiakan orang tua, namun bukanlah sekadar dengan pemberian dalam bentuk harta benda semata-mata. Sekadar info, Ayda Jebat dan tunang, Nabil Mahir bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 nanti. Semoga dipermudahkan urusan Ayda dan pasangan!

Maklum Mahu Mengumumkan Tarikh Perlangsungan Pada Malam Semalam. Ayda Jebat Mohon Maaf Setelah Dia Tak Dapat Nak Umumkan Atas Satu Sebab Ini

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat memohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat berkongsi tayangan #BilaAydaJatuhCinta seperti yang telah diberitahu menerusi media sosial sebelum ini.Atas beberapa kekangan, penyanyi Mata itu turut merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang menantikan tayangan berkenaan yang sepatutnya dilancarkan pada Jumaat, jam 9 malam di saluran YouTube, Wuvv Show.

 Ini kerana episod tersebut antara lain difahamkan bakal mengenang fasa jalinan cintanya bersama tunang tersayang, hos Nabil Mahir selain keduanya bakal membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka.“Assalamualaikum and hi. Sorry, due to some issues, kami tak dapat tayangkan #BilAydaJatuhCinta 9 malam tadi.

“Maaf dan thank you kepada yang menunggu. Insyaallah hari ni (Sabtu). Terima kasih banyak.“Make sure to subscribe and on notification at our YouTube, WuvvShow. See you very soon,” tulis Ayda pada satu hantaran di Instagram.Terdahulu, pasangan selebriti ini telah berkonngsi akan membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka menerusi video episod pertama #BilAydaJatuhCinta di Instagram.

Video #BilAydaJatuhCinta difahamkan bakal bersiaran selama 10 episod menerusi platform sama.Sementara itu menerusi ruangan komen, para peminat yang sedia maklum mengenai perkara berkenaan masih tidak sabar untuk mengetahui hari bersejarah keduanya selain turut mendoakan agar urusan Ayda dan Nabil dipermudahkan.Foto: Instagram Ayda Jebat.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Ayda Jebat dan Nabil Mahir bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka. Dijangka akan mengumumkan tarikh perlangsungan pada malam ini.

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat dijangka akan mengumumkan tarikh bagi melangsungkan pernikahan mereka dengan tunangnya Nabil Mahir pada jam 9 malam ini.Menerusi laman Instagram miliknya, difahamkan pengumuman tersebut akan dibuat melalui saluran Youtube milik mereka Wuvvshow #BilAydaJatuhCinta episod pertama.

Insyaallah esok (hari ini) kita announce our special day bila. 1st episode #BilAydaJatuhCinta on Youtube Wuvvshow 9pm. Korang teka bila?,” tulisnya. Menurut Nabil, #BilAydaJatuhCinta akan ditayangkan sebanyak 10 episod istimewa yang memaparkan perjalanan kisah mereka menuju ke hari perkahwinan.

Posting itu dipenuhi dengan pelbagai komen daripada para peminat dimana rata-rata cuba meneka tarikh yang mereka bakal disatukan sebagai suami isteri selain tidak sabar menantikan hari bahagia tersebut.Terdahulu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat mengikat tali pertunangan dengan pengacara itu secara atas talian ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April lalu.

Masih Belum Halal Tapi Dah Buat Macam Dah Berkahwin. Ternyata Gambar Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Raih Perhatian Warganet Sanggup Kritik Perbuatan Mereka

Baru-baru ini, foto aksi mesra yang dikongsikan pelakon dan pengacara Nabil Mahir bersama tunangnya, Ayda Jebat sempena Hari Kebangsaan Malaysia Ke-63 di Instagram mengundang kritikan warganet. Foto berpelukan di hadapan hiasan tanaman berbentuk bendera Malaysia itu menimbulkan rasa kurang senang warganet yang menyifatkan tindakan pasangan itu kurang sopan kerana belum lagi mempunyai ikatan yang sah.

Warganet turut memberikan cadangan daripada berpelukan sebegitu adalah lebih baik jika pasangan itu cepat-cepat mendirikan rumah tangga untuk mengelak daripada sebarang ftnh. Warganet juga turut berasa hairan mengapa kebanyakan artis tidak terus bernikah sedangkan sudah mempunyai kewangan yang stabil.

Malah, ada warganet membandingkan mereka dengan pasangan penyanyi Syamel dan Ernie Zakrie yang masih menjaga batas antara satu sama lain walaupun baru mengikat tali pertunangan. Untuk rekod, Nabil sebelum ini, melamar pelantun lagu Temberng itu pada sambutan hari lahirnya yang ke-28 pada 17 Mac lalu. Kemudian, pasangan itu mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu.

Pasangan Tak Setia Dan Tak Jujur. Ayda Jebat Akui Terima Pelbagai Reaksi Dari Warganet. Akhirnya Ayda Jebat Tampil Buka Mulut Bongkarkan Semua Yang Berlaku.

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengakui rasa terharu selepas menerima pelbagai reaksi daripada para peminatnya di Instagram selepas selebriti tersebut meminta ramai untuk berkongsi kisah percintaan yang putus di tengah jalan.

Jelas penyanyi Mata itu lagi, dia berterima kasih atas perkongsian dan menyifatkan hubungan cinta yang terjalin perlu saling melengkapi. Jika tiada jodoh, mungkin ada insan yang lebih sesuai menanti selepas ini. “Post saya semalam berapi-rapi comment.

Saya baca semua yang korang luahkan. Sempat reply. Seriously terharu baca rintihan hati korang. Thank you for sharing. “tak setia, tak jujur semua berlaku dalam percintaan. Tak jadi dekat semua orang, tetapi kebanyakkan. Ingat, kalau nak pasangan kita baik, setia, tak tipu kita, jujur, tulus, maka kita pun kena jadi dan buat benda yang sama.

“Semoga semua baik-baik saja untuk kalian. Redha, banyak doa. Pasangan anda sebelum ni bukan yang terbaik buat diri kamu, tapi dia mungkin yang terbaik dan lebih baik bersama orang lain. Insyaallah yang bersesuaian dan yang terbaik buat dirimu akan hadir,” tulisnya. Ayda kini sedang menantikan detik bergelar raja sehari bersama tunangnya, Nabil Mahir. Pasangan sama cantik sama padan itu bakal disatukan pada 1 Januari 2021.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!