Lepas kena sound padu dengan Akim tiba tiba model vietnam ni bersuara lagi tak mahu datang ke Malaysia. Tak sangka sampai macam ni sekali yang jadi.

Artis

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan vokalis Akim & The Majistret, Akim Ahmad menjelaskan beberapa babak dalam video muzik lagu Rampas terpaksa dipotong kerana tidak bersesuaian dengan lirik. Ini sekali gus menafikan dakwaan seorang individu di Twitter kononnya isterinya, penyanyi Stacy, cemburu dengan babak-babak terbabit.

Dalam beberapa kemas kini di Twitter, Akim berkata, lagu berkenaan, yang liriknya ditulis oleh Stacy, didedikasikan khas untuk ibunya yang pergi menghadap illahi pada 2018. Konsep asal dirasakan tidak sesuai dan atas sebab itu, beberapa babak membabitkan individu yang dipercayai influencer dari negara luar itu terpaksa dibuang.

“Dengan MV yang pada aku agak sensitif dan keterlaluan, aku rasa tak sesuai untuk aku keluarkan. Jadi aku ambil keputusan untuk tukar semua konsep MV kepada yang boleh ditonton untuk semua. “Aku dah kehilangan ibu aku, kalau aku keluarkan MV yang keterlaluan pada pandangan mata orang Asia macam aku ni,

apa pula pandangan kekecewaan yang akan aku dapat dari ayah aku? Aku tak nak kecewakan ayah dan keluarga,” tulisnya. Tambah Akim lagi, dia hanya dimaklumkan tentang jalan cerita video muzik itu pada hari penggambaran berlangsung.

“Jalan cerita MV tu yang diberitahu masa hari penggambaran MV tu. Jadi bila dah edit, rasa tak kena jalan cerita dengan maksud lagu. “Jadi aku mintalah untuk keluarkan scene yang tak kena. Ini bila kita dah bagitahu jalan cerita sesebuah lagu tu dah dibincangkan, tapi tetap nak buat sesuatu atas sebab “art” sebab nak kepuasan keinginan sendiri dalam berkarya, ” ujarnya.

Akim sebelum itu membalas ciapan seorang individu di Twitter dengan nama pengguna @jadeyanh, yang mendakwa dia terbang ke Malaysia untuk satu penggambaran video namun babak membabitkan dirinya tidak digunakan. “Kelakar, saya terbang ke Malaysia untuk penggambaran video muzik namun babak membabitkan saya tidak dimasukkan kerana isteri penyanyinya cemburu,” itu yang ditulis individu berkenaan. Video muzik Rampas setakat ini sudah menerima lebih 12 juta tontonan.

Letih Hadap Kritikan warganet, Model Vietnam Tak Mahu Lagi Datang Ke Malaysia

Tiada angin tiada ribut, Akim Ahmad tiba-tiba saja terpalit dengan tudhan melulu seorang model wanita dari Thailand di Twitter hari ini. Individu terbabit mendakwa lakonannya menerusi muzik video muzik ‘Rampas’ yang dikeluarkan sekitar 2 tahun lepas telah dipotong gara-gara sikap cemburu isteri penyanyi tersebut, iaitu Stacy. Tidak mendiamkan diri, Jade Anh menerusi Twitter turut memuat naik video paparan mesej bersama seorang individu yang menguruskan projek itu.

Akim mengaku tukar jalan cerita MV…tapi bukan sebab isteri cemburu

Walau bagaimanapun perkara tersebut dinafikan oleh Akim sendiri menerusi status Twitternya siang tadi. Penyanyi berusia 30 tahun itu tampil menjelaskan bahawa pihaknya memang ada membuat penukaran jalan cerita MV tersebut dengan

membuang semua lakonan influencer kacukan Jerman-Vietnam terbabit. Semuanya demi menghormati lirik lagu berkenaan yang ditujukan khas buat ibunya, Aminah Baharu. Paling mengecewakannya, isu berikut dibangkitkan pada hari ulang tahun perkahwinannya yang ke-5 bersama Stacy. Letih Hadap Kritikan Warganet, Model Vietnam Tak Mahu Lagi Datang Ke Malaysia 2

Tak sangka dikritik teruk sebab throwback saja…tak mahu datang Malaysia lagi. Menerusi status terbaru di Twitternya, Jade Anh kecewa dengan sikap warganet tempatan yang membuat kecoh sedangkan itu cuma sekadar status throwback saja. Sambil menyatakan rasa letih terhadap persepsi negatif daripada ramai pihak, model ini turut berkata yang dia takkan ke Malaysia lagi selepas ini.

Akim dan Stacy berkahwin pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan seorang seorang cahaya mata perempuan, Eshaal, 2. Pasangan ini turut mempunyai anak angkat bernama Bella, 7. Stacy memeluk Islam di pejabat Agama Islam Johor Bahru, Johor pada 24 Ogos 2015

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber: Twitter jadeyanh & Kosmo

Influencer Dari Vietnam Dedahkan Dia Digugrkan Dari Muzik Video Rampas Kerana Stacy Cemburu. Sekali Tak Boleh Duduk Diam Akim Tampil Pertahankan Isteri.

Sejak semalam tular di media sosial Twitter mengatakan seorang influencer Vietnam dikenali sebagai Jade, yang kesal apabila babak melibatkan dirinya di dalam sebuah video muzik diptng gara-gara sikap cembvru isteri vokalis terlibat.

Walaupun Jade tidak menyatakan nama vokalis dan isterinya, namun warga Twitter mengaitkan bebenang ditulis model kacukan Jerman – Vietnam itu ditujukan kepada Akim dan Stacy. Menerusi bebenang tersebut Jade yang juga seorang model itu berkata, dia terkejut apabila pihak produksi memberitahu semua babak melibat dirinya terpaksa dibuang kerana isteri vokalis tersebut tidak menyukainya.

Bagaimanapun bebenang tersebut telah menarik perhatian Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret dan bertindak membalasnya. “Pandai eh dik? Siapa yang kecewa sangat ni?,” tulisnya. Dalam pada itu Akim turut membuat penjelasan di akaun peribadi Twitternya mengenai dakwaan yang dibuat Jade.

Akim berkata lagu Rampas didedikasikan khas buat ibunya dan berasakan muzik video tersebut tidak sesuai untuk dikeluarkan. “Rampas tu, tulisan khas atas pemergian orang yang paling aku sayang, ibu aku. Dengan MV yang pada aku agak sensitif dan keterlaluan, aku rasa tak sesuai untuk aku keluarkan.

Jadi aku ambik keputusan untuk tukar semua konsep MV kepada yang boleh ditonton untuk semua. “Termasuk keluarga aku anak-anak aku, cikgu aku, kawan ayah aku, kawan ibu aku, kawan-kawan aku, sebab aku masih berpegang pada adat dan budaya timur aku, sebab aku…. Anak Ahmad….

“Aku dah kehilangan ibu aku, kalau aku keluarkan MV yang keterlaluan pada pandangan mata orang asia macam aku ni, apa pulak pandangan kekecewaan yang akan aku dapat dari ayah aku? Aku tak nak kecewakan ayah dan keluarga,” jelas Akim.

Akim mengakui jalan cerita untuk muzik video tersebut memang sudah diberitahu sebelum penggambaran tetapi selepas diedit dia mendapati jalan cerita tidak sesuai dengan maksud lagu. “Iye betul, tapi jalan cerita MV tu yang diberitahu masa hari penggambaran MV tu.

Jadi bila dah edit, rasa tak kena jalan cerita dengan maksud lagu. Jadi aku mintaklah untuk keluarkan scene-scene yang tak kena,” tulis Akim menjawab pertanyaan seorang warga Twitter. Dalam pada itu Akim turut marah kerana kontroversi ini berlaku pada hari ulang tahun perkahwinannya.

“Hari ni anniversary aku, kau kacau family aku? Kau rasa kau siapa s*al?”, tulisnya marah. Tambah Akim lagi, jalan cerita muzik video Rampas juga sudah dibincang tetapi kononnya atas nama ‘seni’ idea yang dirasakan kurang sesuai itu tetap diteruskan pihak tertentu (tidak dinyatakan).

SUMBER: GEMPAK

Stacy seronok duduk rumah

TIADA apa yang lebih membahagiakan seorang wanita selain dapat menguruskan keluarganya dengan baik. Itulah dirasakan penyanyi Stacy Anam, 30. Mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, pemuzik dan komposer, Akim Ahmad pada 2016, ibu dua anak ini berkata, masanya sekarang memang banyak dengan keluarga.

“Sejak penularan wabak Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula, saya memang di rumah sepenuh masa bersama suami serta anak-anak.

“Terasa seronok juga bila sepenuh masa bersama keluarga terutama melihat dan melayan karenah mereka. Bella, 8, dan Eshaal, 3, kedua-duanya paling gembira. “Maklumlah, membina kerjaya dalam industri seni ini waktu kerjanya selalu tak menentu. Ditambah, saya dan Akim pula masing- masing sentiasa sibuk, katanya.

Menurut Stacy atau Ummu Syaikhah Stacy Anam, sejak ‘berkurung’ di rumah sangat mengeratkan hubungan kasih sayang kami sekeluarga. “Setiap hari, ada saja aktiviti menghiburkan. Malah, saya dan suami lebih banyak masa untuk berbincang mengenai perancangan masa depan.

“Apatah lagi, kami masih aktif dalam kerjaya seni dan ada syarikat pengurusan bakat. Maka, perancangan baharu harus difikirkan berikutan tak tahu bila pandemik ini akan reda, katanya. Ujar Stacy, apa yang pasti dia juga semakin menggilap bakat dalam penulisan lirik lagu. Katanya Akim banyak membantu dan sangat memberi sokongan.

“Sekarang, saya memang semakin berminat menulis lirik lagu. Apatah lagi, ada beberapa karya dihasilkan secara bersama dengan Akim. “Malah, yang pasti lagi hubungan kami bertambah erat. Masa bersama untuk berbincang dah banyak termasuk kami berpeluang bertukar pendapat dalam pelbagai perkara menjurus keluarga dan kerjaya, katanya.

Meraikan Aidilfitri secara sederhana, Stacy berkata fokus utama lebih kepada anak-anak terutama, Bella yang berjaya puasa penuh tahun ini. Katanya dia tidak menggunakan pendekatan ‘paksa puasa’, tetapi Bella sendiri tekad berpuasa penuh dengan rela hati. Sebagai ibu, hanya mampu mengucap syukur. Menurut Stacy, dia dan Akim lebih gemar memberi sokongan. Malah, mereka sepakat melayan apa saja kehendak Bella seperti memasak makanan kegemarannya setiap hari.

Hadiah buat isteri – Akim & The Majistret

BERMULA sebagai band projek pada 2014, eksperimentasi kumpulan Akim & The Majistret berhasil apabila berjaya melangkah jauh sekali gus mampu mencipta, jenama sendiri. Dianggotai lapan pemuzik iaitu Akim Ahmad selaku penyanyi, Wan (dram), Freddy (gitar utama), Gjie (gitar kedua), Zimi (gitari ketiga), Fairuz (bass), Afiez (keyboard) dan Rajwan (digital dram) menjadikan mereka sebagai band terunggul dengan muzik yang dibawa.

Tidak dinafikan dari awal kemunculan menerusi lagu Mewangi, Akim & The Majistret seolah-olah menjadi kegilaan baru anak muda menerusi lagu yang dibawa. Antaranya, Potret, Obses, Lagu Untuk Laila, Stereotype dan Rampas. Terbaru, kumpulan ini yang juga pemenang Anugerah Juara Lagu dan Persembahan Terbaik pada AJL 30 tampil dengan single terbaru berjudul Yang Satu.

Menurut Akim, lagu berentak pop balada itu diberi suntikan new wave reggae hingga menjadikan ia sebuah lagu yang mesra telinga. “Single sebelum ini, Rampas dan Ladida bukan bergenre balada. Jadi, untuk single baru ini kami bersepakat untuk meletakkan unsur yang lebih ‘mellow’ dan berentak balada.

“Bagi kami, inilah lagu yang dinantikan pendengar dan peminat muzik kami. Lagi pun, agak lama juga rentak sebegini tidak diperdengarkan kepada mereka,” katanya. Lebih manis, Akim berkata, lagu itu juga dicipta dan ditujukan buat isteri tercinta, Stacy.

“Lagu ini mengisahkan seseorang yang mendambakan kasih sayang yang ikhlas daripada kekasihnya. Bagi dirinya, hanya pasangannya saja yang memahami segalanya mengenai dirinya. “Secara peribadi, lagu ini adalah untuk isteri tercinta. Dialah Yang Satu dalam hidup saya. Sebab itu, saya memilih untuk melancarkan lagu pada majlis sambutan hari jadinya, Ahad lalu.

“Inilah hadiah yang paling bermakna saya berikan buat isteri tercinta. Saya berharap Stacy menghayati setiap baris ayat dalam lagu ini,” katanya. Lagu itu adalah ciptaan bersama Akim yang menggunakan nama pena Hang Nadim dengan Zimi (Laq). Hang Nadim juga menulis lirik lagu ini.

PROJEK BERSAMA STACY

Akim yang turut mencipta lagu terbaru isterinya iaitu Khyal berkata, mereka akan lebih kerap bekerjasama dalam lagu. “Sekarang lebih aktif buat lagu dengan Stacy. Kami memang buat bersama di rumah. Sekarang, kami juga sedang dalam rangka menyiapkan beberapa lagu untuk artis di bawah syarikat kami seperti Hafiz Zainal, Sharul Kamal dan Sevendays.

“Lagu mereka dalam pembikinan. Pendek kata, memang seronok bekerjasama dengan isteri. Dulu memang sukar nak bekerjasama sebagai komposer, tapi apabila dapat buat sekali, baru sedar kami ada keserasian. “Jiwa kami lebih dekat. Dulu mungkin saya tak percaya dengan kebolehannya. Jadi, apabila hasilnya menjadi, bertambah sayang padanya,” katanya.

Selain bekerjasama dalam penciptaan lagu, Akim berkongsi dalam perancangan menghasilkan album duet dengan Stacy. “Perancangan ini sudah lama sebenarnya. Jadi, kami ingin realisasikan juga. Buat masa sekarang sudah ada dua lagu. Mungkin akan keluarkan single dulu dalam Oktober ini. “Lagu dan lirik ciptaan kami. Ia sebuah lagu cinta dan ada elemen rancak atau medium tempo,” katanya.

FOKUS KELUARGA

Keputusan Akim untuk bekerjasama dengan Stacy antara lain memudahkan mereka memberi fokus kepada keluarga dan perkembangan dua anak yang semakin membesar. “Kami berdua penyanyi dan masa memang tidak menentu. Apabila masing-masing sibuk, ia menjadikan kehidupan berkeluarga tidak efisyen.

“Disebabkan itu, kami mengambil pendekatan dengan cara ini. Apatah lagi anak semakin membesar. Bella sudah darjah satu, Eshal pula sudah berusia dua tahun dan mereka perlukan perhatian. “Kalau kami balik lambat, rasa bersalah pula. Sesekali okey, tapi bukan selalu. Jadi, apabila wujudnya kerjasama ini, masa kami banyak dihabiskan bersama di rumah,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan menambah cahaya mata, Akim berkata belum terfikir ke arah itu. “Dulu bercita-cita nak anak ramai macam pasukan bola. Tapi, apabila fikir balik, saya berasakan sudah cukup bahagia sekarang. “Saya nak tengok anak membesar. Nak memberi fokus kepada perkembangannya. Jadi, soal tambah anak, nanti dululah,” katanya.

‘Puasa penuh, baru dapat telefon’ – Stacy

Penyanyi, Stacy berkongsi gelagat anaknya, Bella Deluna yang kini berusia lapan tahun yang berpuasa penuh semalam. Stacy, 30, atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam berkata, dia bersyukur apabila pendekatan yang digunakan berjaya.

“Alhamdulillah, ini pertama kali dia berpuasa penuh. Sebab saya ‘ugut’ tidak mahu berikan telefon ketika cuti sekolah jika tidak berpuasa penuh. “Saya tengok dia relak saja. Walaupun banyak kali juga dia bertanya sudah jam berapa. Apa yang kelakar dia siap cakap boleh pngsan. Malah, dia juga hampir buka awal. Tapi, dia lari masuk dalam bilik sebab takut terbatal puasa,” katanya kepada Harian Metro.

Stacy yang muncul dengan single Aku Kau Dan Muzik duet bersama suaminya, Akim Ahmad berkata, Bella juga bersemangat untuk berpuasa penuh. “Dia semangat sebab nak berlwan dengan rakan di sekolah. Dia pun tidak mahu kalah,” katanya.

Ditanya adakah dia menjanjikan hadiah tertentu jika anaknya dapat berpuasa penuh, Stacy berkata tidak mahu berbuat sedemikian. “Saya tidak boleh berjanji bukan-bukan. Sebab dia akan bertanya banyak kali. ” Jadi, apa saya buat adalah dengan memberikan telefon pada hujung minggu,” katanya.

Menerusi Instagram Story hari ini, Stacy turut memuat naik gelagat Bella ketika bersahur. Video itu memaparkan Bella yang duduk di meja makan masih dalam keadaan mengantuk. Kedengaran suara Stacy yang memintanya untuk makan.