Lepas nekad untuk tinggalkan hot fm. Kali ni Shuib buat keputusan untuk lepaskan sepahtu pulak. Rupa rupanya ini punca buat warganet terkedu.

Artis

PENYAMPAI radio dan pelawak, Shuib mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia seni termasuk penglibatannya dalam kumpulan Sepahtu. Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, keputusan itu dibuat bagi memberikan sepenuh tumpuan terhadap perniagaannya yang semakin berkembang maju.

“Saya memang dah buat keputusan untuk berehat seketika daripada industri hiburan termasuk komitmen dengan kumpulan Sepahtu sekali. “Keputusan ini dibuat bukan disebabkan kontroversi yang melibatkan diri saya sepanjang tahun lalu.

“Sekarang tumpuan saya adalah untuk fokus pada perniagaan dahulu dan saya pun tak boleh nak cakap tempoh masa berapa lama saya akan berehat nanti,” katanya kepada mStar. Shuib juga telah membuat pengumuman untuk mengundurkan diri sebagai penyampai radio Hot FM pagi Isnin.

Shuib akan bersiaran untuk segmen Geng Pagi Hot (GPH) buat kali terakhir pada Jumaat ini. “Sukar sebenarnya untuk saya melepaskan kerja di sini tapi ia agak susah untuk saya fokus pada bisnes pula (kalau masih bergelar penyampai radio).

“Sebab kita tahulah kerja penyampai segmen pagi, seawal 4 pagi dah bangun dan kadang-kala sampai petang masih berada di stesen radio. “Macam mana saya nak fokus pada bisnes… sebab itu saya terpaksa ambil keputusan ini.

“Bila saya buat pengumuman nak berhenti, baharu saya tahu ramai juga yang suka dengar celoteh saya di Hot FM, saya hargai semua itu,” katanya. Sementara itu, isteri Shuib, penyanyi Siti Sarah Raisudin, 37, berkata dia sentiasa menyokong keputusan yang dibuat suaminya.

“Saya memang sentiasa menyokong keputusan yang dibuat oleh suami. Kalau dia dah buat sesuatu keputusan itu, lagi-lagi melibatkan perkara besar macam ini maknanya memang dia dah fikir habis-habisanlah tu. “Setahu saya ini bukan kali pertama dia pernah cakap dia nak berhenti dan sekarang dia memang dah betul-betul nekad.

“Sebagai isteri, saya akan ikut sahaja apa yang dia mahu lakukan,” ujar Sarah. Shuib menyertai Hot FM pada bulan Februari 2019. Sebelum itu, dia terlebih dahulu menyertai Sinar FM selama dua tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya. Shuib juga merupakan anggota kumpulan Sepahtu yang turut dianggotai oleh Jep, Rahim dan Pak Ya.

Niat Dah Baik Bagi Sumbangan Toto Pada Penduduk Yang Terjejas Dengan Bajir. Sekali Selamba Je Individu Ni Komen Macam Ni Buat Ramai Yang Marah.

Pelakon dan Pelawak yang terkenal Shuib Sepahtu telah mengambil peluang untuk menderma kelengkapan kepada penduduk yang terjejas banjir yang telah terjejas dengan teruk di Negeri Pahang berupa tilam dan toto.

Seperti yang kita semua ketahui setiap tahun apabila musim tengkujuh telah sampai, beberapa buah negeri yang berada di dalam lingkaran musim tersebut akan mengalami banjir yang teruk dan tahun ni negeri pahang telah terjejas teruk.

Shuib Sepahtu yang telah menyumbang bersama bubblebee iaitu francais minuman yang terkenal miliknya yang menyumbang tilam dan toto untuk kegunaan penduduk yang terjejas banjir yang telah dipindah ke beberapa tempat pemindahan. Usaha sebegini yang diharapkan daripada golongan artis supaya lebih banyak rakan2 artis yang sama2 menolong mereka yang terjejas banjir yang terjejas di beberapa tempat lain selain negeri pahang.

KOMEN WARGANET :

Kita mengharapkan usaha yang murni dari Shuib Sepahtu dan team boleh memberi insprirasi kepada orang lain yang berkemampuan untuk menyumbang. Diharapkan kepada mereka yang terjejas dengan banjir itu banyakkan bersabar dan tabah menghadapi dugaan musim tengkujuh ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Ig ShuibSepahtu

Lepas Teruk Dikritik Gara Gara Adegan Yang Shuib Buat. Akhirnya Shuib Tampil Bersuara Jelaskan Apa Maksud Sebenar Yang Dia Cuba Nak Sampaikan.

Berikutan lsu mengenai adegan lawak yang dikupas oleh seorang penceramah Akhi Fairuz semalam, pelawak Shuib Sepahtu tampil memohon maaf secara terbuka melalui laman sosial Instagram miliknya. Bagi menjernihkan suasana, permohonan maaf tersebut telah dimuat naik menerusi sebuah rakaman video berdurasi 55 saat sebentar tadi.

“Saya dengan rendah diri nak mohon maaf kepada mereka-mereka yang terasa hati, kepada mereka-mereka yang merasakan babak itu tidak patut dilakukan. “Tapi sebenarnya saya nak bagitahu ikhlas daripada hati saya semasa saya melakukan babak itu saya takde maksud apa-apa.

“Takde nak melcah atau apa-apa, saya hanya nak buatkan orang ketawa sahaja. Takde niat apa-apa. “Kalau katalah dengan video tu ada orang terasa hati saya minta maaf banyak-banyak inshaa allah saya takkan buat lagilah benda-benda macam tu,” ujar ahli kumpulan Sepahtu itu.

Menurut pelawak berusia 36 tahun itu, sewaktu melakukan babak tersebut dia tidak berniat untuk melcah tetapi hanya mahu membuat penonton ketawa. Justeru itu, dia memohon maaf jika ada pihak yang terguris atau terasa hati dengan lakonannya itu dan berkata bahawa dia tidak akan mengulangi perkara itu pada masa akan datang.

Terdahulu, penceramah tersebut menegur adegan Shuib yang sedang mengukur kelapa di dalam sebuah rancangan komedi yang diberi nama Sepahtu Reunion. Adegan tersebut dianggap tidak elok dan ia dikatakan sudah menjadi satu normalisasi dalam kalangan masyarakat dimana isu sebegitu kini dianggap normal.

Kredit : OMM

Bakal Mengadakan Sidang Media Bagi Menjelaskan Isu Yang Pernah Tular Sebelum Ini. Siti Sarah Dan Shuib Tampil Jelaskan Punca Mereka Membuat Sidang Media Tersebut

Pasangan suami isteri selebriti, Siti Sarah dan Shuib bakal mengadakan sidang media bagi menjelaskan kontr0versi melanda susulan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rsuah Malaysia (SPRM) dalam membantu siastan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang hram pada awal Oktober lalu.

Siti Sarah berkata, dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.“Sebenarnya saya masih tidak boleh berikan sebarang kenyataan. Tapi, Insya-Allah dalam masa terdekat akan selesai. Sikit saja lagi. Kami akan buat sidang media termasuk pihak SPRM,” katanya.

Siti Sarah yang ditemui pada majlis pelancaran single duet bersama Hazama, Terakhir Buat Teman berkata, sepanjang perkara itu hangat diperkatakan dia dan suami hanya berfikiran positif selain sabar dengan ujian diberikan.

“Sebenarnya tahun ini banyak mengajar saya erti sabar. Ia memang sabar yang luar biasa. Namun, saya sangat bersyukur kerana dalam apa keadaan yang terjadi tahun ini terhadap kami, tapi Allah meletakkan kita di tempat yang paling baik. Alhamdulillah.

“Dalam apa juga keadaan, kami sentiasa positif. Shuib seorang yang sangat tenang. Kami tahu di mana kami berdiri dan tahu dalam apa juga dilakukan, Allah ada bersama,” katanya.Mengenai pelbagai spekulasi yang timbul, Siti Sarah berkata, dia tidak mampu menghalang warganet untuk berkata-kata.

“Sebenarnya saya tidak boleh buat apa-apa mengenai orang yang buat spekulasi. Walaupun belum diberitahu apa-apa, dia sudah buat spekulasi sendiri, saya tak dapat nak buat apa-apa mengenai itu. Namun, mereka harus tahu sekiranya mereka tersalah bual ia sudah jatuh ftnah. Kalau sudah ftnah, dosa itu macam mana?” katanya.

Siti Sarah mengakui, apa yang berlaku membuatkan dia semakin kenal erti persahabatan.“Dalam keadaan sekarang terutama apabila perkara ini terjadi, terus terang saya cakap saya tahu siapa yang betul-betul berkawan dengan kita sebab kawan atau dia dekat dengan kita sebab ada kepentingan. Perkara ini Allah tunjuk.

“Saya sangat bersyukur sebab Allah jadikan perkara ini. Mungkin untuk buat pembersihan juga pada orang sekeliling saya sebelum kita nak pergi lebih jauh,” katanya.Terdahulu, pada 1 Oktober Harian Metro melaporkan pasangan selebriti suami isteri dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.

Kemudian, syarikat rakaman dan pengurusan Indigital Music memaklumkan artis mereka, Siti Sarah hanya menemani suaminya hadir ke ibu pejabat SPRM.Dalam satu kenyataan lain juga, peguam yang mewakili pasangan itu iaitu, Muhammad Fadhli M Sutris menafikan khabar angin anak guamnya itu ditahan reman SPRM.

Pelakon dan pelawak, Shuib mengakui ada individu yang seolah-olah berasa kurang senang dengan kehidupan yang dilaluinya kini.Jelasnye kepada MH, dia rasa lebih terkilan apabila pihak berkenaan merupakan orang yang tergolong dalam kalangan individu yang sering berada di sekelilingnya.

“Tak semua orang suka kalau kita berjaya. Kawan kita pun tak semua yang suka kita. Tapi itulah hukum alam, adat dalam berbisnes.“Bila kita berada di bawah orang mencuck-cuck, bila kita berada di atas, ada yang nak jolok-jolok, nak suruh jatuh,” katanya jujur.

Shuib berkata demikian sebagai mengulas apa yang dimaksudkannya terhadap satu entri di Insta Stories baru-baru ini yang meluahkan rasa kecewa terhadap seseorang.Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Shuib memilih untuk pendam sahaja hal berkenaan.

“Saya suka simpan sendiri. Ada benda lebih baik simpan sahaja sebab saya bukan suka berbalah.“Biarlah Allah buat kerja, kita rileks sahaja sebab lambat laun orang itu akan sedar yang dia tak patut buat begitu,” katanya lagi.Shuib ditemui sewaktu pelancaran cawangan kelapan Bubble Bee di Senawang, Negeri Sembilan. Ia merupakan cawangan pertama yang dibuka di luar Lembah Klang.

“Saya sasarkan sebanyak 100 cawangan sebelum penghujung tahun ini, insya-Allah. Bagaimanapun, ia bergantung kepada situasi juga.“Saya tak sangka sambutan yang diberikan oleh pembeli di luar Lembah Klang cukup luar biasa.“Malah saya difahamkan, sampai ada yang sanggup beratur selama tujuh jam”, katanya yang turut memperkenalkan rakan kongsinya di cawangan tersebut Nik Ruasma Nik Ahmad Ruzi pada sesi berkenaan.

Anak Bongsu Nak Adik. Siti Sarah Jelaskan Perancangannya Dengan Bersyarat Susulan Permintaan Yang Dibuat Oleh Anaknya Meraih Perhatian Warganet

Masih ada beberapa minit sebelum Sepahtu Reunion Live 2020 bersiaran secara langsung. Ketika itu Shuib sedang bersedia untuk menjadi pembuka pentas. Tiba-tiba matanya terpandang pada sang isteri, Siti Sarah yang duduk di kerusi hadapan.

Di dalam dewan yang masih suram, mata mereka saling berpandangan. Shuib tersenyum dan melambai kepada Sarah. Dia cuba membuat isterinya ketawa dengan mengenyit mata dan bermain sorok-sorok. Kemudian terdengar jeritan daripada pengurus pentas, 30 saat lagi untuk bersiaran langsung. Shuib kembali mengambil tempatnya.

Tanpa perlu penonton dan tidak pula berselindung, mereka ini umpama pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Kemesraan dan kasih sayang mereka jelas dan ikhlas. Dan sebaik sahaja rancangan tamat, Shuib menuju ke arah isterinya dan mencium dahi Sarah.Melihat situasi mereka bersama, Gempak terus meminta izin untuk menemu bual dan bertanyakan soalan tentang anak bongsu mereka, Ariq Matin yang menginginkan adik seperti yang dikongsi Sarah di Instagram miliknya.

“Sebenar-benarnya kalau ditanya saya memang inginkan anak lagi. Kalau ikutkan jarak umur mereka dekat-dekat, 9 tahun, 7 tahun dan 5 tahun. Berbeza dua tahun antara mereka. Sekarang ni yang bungsu jaraknya dah jauh sangat.”Jadi kalau ada rezeki memang teringin nak ada cahaya mata lagi. Di rumah pun ada anak adik ipar dan saya pun macam seronok bila ada budak-budak ramai di rumah,” kata Shuib memulakan bicara.

Tambah Shuib, suatu ketika dulu dia tidak begitu menyukai kanak-kanak dan perkara tersebut turut diakui oleh isterinya, Siti Sarah.”Shuib ni dulu bukannya suka budak. Nak pegang budak pun dia tak tahu, budak umur 5 tahun pun dia tak pandai nak pegang. Tapi sejak mempunyai cahaya mata sendiri, dia dah jatuh cinta dengan budak-budak,” ucap Sarah.

Diusik dengan pertanyaan sama ada Siti Sarah sudah bersedia untuk hamil lagi, dia tampak sedikit gelisah.”Saya takut sebenarnya. Saya takut melalui pertukaran hormon terutamanya selepas bersalin nanti. Saya boleh handle everything, Insya-Allah. Cuma bila tiba masa pertukaran hormon, itu yang bukan mudah dan itu yang menakutkan.

“Tambahan pula kebetulan setiap kali Sarah bersalin, Shuib selalu tidak ada bersama kerana dia terikat dengan penggambaran filem dan macam-macam kerja lagi.”Tapi kalau ada rezeki, Sarah akan demand. Sarah akan demand supaya dia ada bersama. Kita buat kontrak supaya dia ada di rumah dan kalau dia tak ada, nanti dia kena saman,” kata Sarah ketawa dalam nada berseloroh.

Tambah Sarah, jika rezeki telah ditetapkan dia masih sanggup melalui semua proses kehamilan dan melahirkan cahaya mata mereka tetapi masih lagi dengan syarat bahawa Shuib mesti ada bersama di sisinya. “Kalau ikutkan masa awal-awal kahwin dulu memang kita merancang untuk mempunyai empat orang cahaya mata, tapi itu semua perancanganlah. Semuanya terletak pada rezeki daripada Yang Maha Esa,” kata Shuib.

“Saya tahu Shuib mahukan anak lagi dan saya pernah tanya pada dia sama ada mahu tak ambil anak angkat, tapi dia tidak mahu kerana dia tahu tanggungjawab mengambil anak angkat sangat besar.”Satu kita fikirkan bila mereka dah besar, tentang haram halal, aurat anak perempuan, anak lelaki dan aurat sendiri, jadi banyak tanggungjawab yang perlu dijaga biarpun berada di dalam rumah sendiri,” sambung Sarah.

Menurut Sarah lagi, mereka memang sudah mempunyai beberapa orang anak angkat tetapi tidak tinggal bersama mereka.Ditanya tentang tanggungan anak-anak tersebut, Sarah tersenyum tetapi tidak mahu melanjutkan lagi perbualan mengenai anak-anak angkat mereka.

“Biarlah ianya menjadi rezeki mereka dan rezeki kami. Bukan sesuatu perkara yang membebankan dan rasanya tak manis untuk dibualkan,” kata Sarah tersenyum dan mengakhiri bicara kami.Perkahwinan pasangan romantis Shuib dan Sarah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin. Kredit Gambar: Instagram Siti Sarah Raisuddin

Sebelum Ini Heboh Bila Shuib Memberi Hadiah Jam Tangan Kepada Naim Daniel. Ini Komen Naim Daniel Selepas Dikaitkan Dengan Shuib Gara Gara Isu SPRM Tempoh Hari.

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel enggan memberi komen lanjut terhadap isu pemberian jam tangan oleh pelawak yang juga penyampai radio, Shuib Sepahtu pada sekitar Februari lalu. Memandangkan Shuib sedang dalam siasatan dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) berhubung penggubahan wang haram, Gempak telah menghubungi Naim untuk mendapatkan sedikit komen.

Ditanya sama ada mahu memulangkan kembali jam tersebut ataupun tidak, Naim enggan memberi komen lanjut dan hanya mendoakan kebaikan buat Shuib dan isterinya, penyanyi Siti Sarah. “Berkenaan hal ini, saya tak mahu komen apa-apa sebab kita pun tak tahu lagi bagaimana penghujungnya nanti.

“Saya hanya pandang ke hadapan dan mendoakan supaya urusan Shuib dan Sarah dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya. Terdahulu, Shuib telah menghadiahkan jam tangan kesayangannya kepada Naim ketika penyanyi itu hadir ke konti radio Hot FM untuk ditemu bual selepas memenangi tempat pertama dalam Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34). Menerusi laporan Gempak pada 2 Oktober 2020, Shuib menganggap penahanannya selama hampir 24 jam di SPRM adalah sebahagian daripada ujian dan cabaran dalam perniagaan.- Gempak

Naim Daniel dapat jam Shuib

PELAKON yang juga penyanyi lagu Sumpah, Naim Daniel menerima hadiah jam tangan daripada pelawak yang juga penyampai radio, Shuib Sepahtu. Naim ketika dihubungi berkata, dia bersyukur dan berterima kasih kepada Shuib yang sanggup melepaskan jam tangan kesayangannya itu.

“Saya sendiri pun tak sangka akan terima hadiah daripada Abang Shuib. Katanya, dia selalu tengok saya bagi hadiah kepada peminat setiap kali buat persembahan di mana-mana lokasi. “Jadi, dia ambil semangat saya itu dan buat kejutan dengan memberikan jam tangan kesayangannya kepada saya. Memang saya rasa sangat gembira dengan hadiah ini,” katanya kepada Harian Metro.

Naim menerima hadiah itu pagi semalam ketika hadir ke konti Hot FM untuk ditemubual selepas kemenangannya di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34). Selain itu, Naim kini sedang menyiapkan lagu baru untuk penyanyi, Siti Sarah yang juga isteri kepada Shuib.

“Insya-Allah, saya kini sedang siapkan lagu untuk Kak Sarah berjudul Sudah. Sebenarnya, ada rasa sedih juga kerana sepatutnya susunan muzik untuk lagu ini disusun oleh Lok U. “Namun, Allah lebih menyayanginya dan Insya-Allah, ia akan disiapkan selepas ini dengan susunan muzik oleh pengkarya yang lain,” katanya. Terbaru, Naim kini hadir dengan single baru berjudul Sembah hasil ciptaannya bersama komposer, Ikkie.-HMETRO

Kes masih dalam siasatan. Kini Syarikat minuman Bubblebee Sdn Bhd umumkan cawangan yang ditutup buat masa sekarang disebabkan sesuatu ini.

Syarikat pengeluaran air minuman Bubblebee Sdn Bhd menamatkan usahasama di empat cawangan ekoran terkait dengan siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasvah Malaysia (SPRM). Kata Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee, Datuk Ismail Abdul Rahman, biarpun kes masih dalam siasatan namun ia memberikan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan tersebut. 

“Walaupun kami sendiri tidak pasti tentang kebersalahan rakan usahas ama cawangan kami ini kerana kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa, tetapi yang jelas siasatan ke atas rakan usahasama ini mendatangkan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan kami dengan teruk sekali. “Sehubungan dengan itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan usahasama dengan kesemua rakan usahasama yang menguruskan empat cawangan berkenaan,” ujarnya dalam satu kenyataan. 

Salah seorang daripada ahli lembaga pengarah Bubblebee, Shuib turut dipanggil bagi membantu siasatan baru-baru ini. Sementara itu, empat cawangan yang terletak di Ampang, Senawang, Sentul dan Sungai Buloh akan ditutup untuk sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.

Syarikat Bubblebee ditubuhkan pada hujung tahun 2019 dengan menghimpunkan beberapa usahawan yang pakar dalam bidang masing-masing terutamanya dalam industri minuman, penghasilan madu lebah, dan pemasaran. 

Melalui daya kreatif dan kepakaran pemasaran pasangan selebriti Shuib dan Siti Sarah, Bubblebee kini bukan sahaja minuman, malah jenama perniagaan yang dikenali ramai yang menjadi igauan pengusaha untuk menjadi rakan kongsi atau francais . Sehingga kini, Bubblebee mempunyai 17 cawangan iaitu 11 cawangan merupakan milik penuh manakala enam cawangan lagi dibuka secara usahasama.- Gempak

Isu Shuib dan Siti Sarah hadir ke ibu pejabar SPRM. Peguam yang mewakili pasangan selebriti itu akhirnya menjelaskan punca mereka hadirkan diri dan harap semua mohon maklum

Putrajaya: Peguam yang mewakili pasangan selebriti, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah iaitu, Muhammad Fadhli M. Sutris menafikan khabar angin anak guamnya itu ditahan rman Suruhanjaya Pencegahan Rsuah Malaysia (SPRM). Dalam satu kenyataan rasmi, Muhammad Fadhli berkata sebarang komen mengenai kes itu memang tidak dapat dikongsikan buat masa sekarang kerana boleh mengganggu proses siasatan.”Ingin kami tekankan sekali lagi bahawa kehadiran anak guam kami hanyalah untuk membantu proses siasatan pihak SPRM sahaja. Anak guam kami sudah memberi kerjasama penuh dalam membantu siasatan terbabit.  

“Tiada sebarang tngkapan mahupun permohonan remn dibuat terhadap kedua-dua anak guam seperti dilaporkan beberapa media sebelum ini. Kesemua kenyataan yang bertentangan dan tular adalah tidak benar sama sekali.”Tujuan kenyataan kami ini adalah bagi menjawab sebarang khabar angin mahupun berita tidak sahih dan spekulasi yang tular di media sosial mahupun berita-berita yang diterbitkan di media cetak sejak kehadiran anak guam kami di pejabat SPRM pada hari Khamis lepas,” katanya.

Tambah Muhammad Fadhli, sebarang komen berkenaan kehadiran dan sebab mengapa mereka hadir di pejabat SPRM tidak dapat didedahkan buat masa ini memandangkan ia masih berada di dalam peringkat siasatan SPRM.”Seperti yang sudah kami nasihatkan dan untuk menghormati proses perundangan negara, anak guam mahupun pihak pengurusan mereka tidak digalakkan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara terbabit.  

“Perkara ini amatlah penting bagi mengelakkan sebarang gngguan terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak SPRM,” katanya.Terdahulu, Harian Metro melaporkan pasangan selebriti itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang hram, pada Rabu lalu.

Difahamkan, pasangan berkenaan masing-masing berusia 36 tahun hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.Selain pasangan itu, difahamakan terdapat beberapa individu termasuk seorang usahawan terkenal turut dipanggil memberi keterangan.-metro

Persoalan tentang jam tangan yang dipakai Shuib menjadi bualan orang ramai. Warganet bongkarkan harga jam tangan Shuib dan harganya melangkaui 4 juta

Tak dinafikan, sejak berita Shuib memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) terkait isu penggubhan wang hram atau Macau Scm, pelawak ini terus menjadi perhatian ramai. Antaranya adalah spekulasi yang mendkwa kereta mewah milik Shuib telah dis1ta (SPRM). Meski demikian, kesahihannya belum dapat dipastikan.

Belum reda isu tersebut, kini jam tangan yang pernah disarungkan Shuib pula menjadi perbualan ramai. Makcik Kiah tak kata Soeb ni terlibat macau scm yeee. Cuma dengan gaya hidup mewah yang di tonjolkan Ib sefamili, maka…Daripada beberapa foto yang tersebar, Shuib dipercayai memakai jam tangan jenama mewah termasuk Rolex, Audemars Piguet dan Richard Mille.

Perkongsian itu menunjukkan harga seutas jam mewah itu dianggarkan sekitar RM60,000 hingga RM4 juta.Menerusi pemerhatian Gempak, rata-rata ‘tntera bwang’ mula membuat spekulasi dengan tinggalkan pelbagai jenis komen.Posting tersebut sehingga kini telah menerima lebih 200 komen dan hampir 160 shares.

Terdahulu media melaporkan pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, adalah antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang hram.Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi semalam.

Sementara itu, pihak syarikat pengurusan Shuib Sepahtu mengesahkan pelakon dan pelawak itu memberi keterangan kepada SPRM.Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM, manakala isterinya, Siti Sarah sekadar menemani suaminya.Siasatan kes berkenaan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM.sumber via transforma