Lepas pemergian Solihin abang ipar tampil bongkarkan cerita sebenar masa detik akhir sebelum Solihin hembuskan nafas terakhir. Rupa rupanya ini yang terjadi.

Artis

Peminat bola sepak terutama rakyat di Terengganu menerima berita sedih hari ini dengan pemergian bekas arkitek pasukan Terengganu City FC (TCFC), Muhammad Solihin Mahamad, 24. Muhammad Solihin telah menghembuskan nfas terakhirnya di hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) malam tadi akibat sakit jntung.

Abang ipar Solihin, Mohd Sayuzi Mansor berkata, Muhammad Solihin yang pernah mendapat tawaran menyarung jersi pasukan Liga Super Selangor musim lalu sebelum itu rebah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah ketika aksi persahabatan Selasa lalu.

”Pada malam Selasa lalu, Solihin rebah sebelum muntah dan pengsan di padang selepas kira-kira 20 minit beraksi mewakili pasukannya, Gong Parit FC menentang Tualang FC pada aksi persahabatan sebelum dikejarkan ke HSNZ Kuala Terengganu. ” Selama tiga hari dirawat di HSNZ, Solihin yang masih bujang tidak sedarkan diri sebelum menghembuskan nfas terakhirnya malam tadi dan disahkan akibat sakit jntung,” katanya ketika dihubungi.

Dapat tawaran dari The Red Giant

Mohd Sayuzi berkata, anak bongsu daripada lapan beradik sebelum itu ada menyatakan hasrat untuk menyarung jersi pasukan Liga Perdana atau Liga Super Terengganu kerana itu impiannya sejak kecil untuk mewakili pasukan negeri kelahirannya.

” Dia yang pernah membantu pasukan TCFC muncul juara Piala FAM 2018 selain pernah menyarung jersi pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan pada 2017 pernah menyuarakan impian untuk mewakili pasukan negeri. ”Pada tahun lalu solihin pernah menjalani sesi pemilihan dengan pasukan Terengganu FC II (TFC II), tapi tidak terpilih menyarung jersi pasukan itu.

”Pada tahun sama arwh juga mendapat tawaran bersama pasukan The Red Giant, namun tidak berminat untuk mewakili pasukan itu,” katanya. Mohd Sayuzi berkata, Solihin yang berasal dari Kampung Bukit Depu, selamat diuruskan pada jam 9 malam tadi di Tanah Islam kampung berkenaan.

Sementara itu bekas ketua jurulatih TCFC yang bertanggungjawab membimbing pemain itu pada 2018, Mohd Noor Derus berkata, Solihin adalah pemain utama pasukan sejak beliau melatih pasukan kelab dari Terengganu itu.

”Pemergian Solihin begitu dirasai kerana Solihin seorang pemain yang rajin dan berdisiplin, malah lebih mengharukan Solihin antara watak penting pasukan sehingga muncul juara Piala FAM. Pemergiannya satu kehilangan dalam sukan bola sepak,” katanya.

Terdahulu berita tentang pemergian Solihin dikongsikan di Laman Facebook Football Terengganu. ” Semoga ahli keluarga Solihin sabar dan tabah menghadapi ujian dan ditempatkan di dalam syurga Allah SWT bersamanya orang yang beruntung berada di sisiNya,” memetik kenyataan tersebut. ” Marilah kita sama-sama hadiahkan bacaan Al-Fatihah buat Solihin. Alfatihah”

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauais.pw/ via MediaViral

Bekas Pemain Terengganu Mohamad Solihin Pergi Menghadap Illahi. Mengejutkan Ini Punca Sebenar Pemergiannya Buat Warganet Terkedu.

Bekas pemain Terengganu City FC,Mohamad Solihin Mahamad telah pergi menghadap illahi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini sebentar tadi. Laman Facebook Football Terengganu memaklumkan, Solihin yang juga pemain Piala Presiden Terengganu Football Club pergi menghadap illahi selepas rebah sewaktu bermain bola baru-baru ini.

“Semoga ahli keluarga sabar dan tabah menghadapi ujian dan ditempatkan Solihin di dalam syurga Allah SWT bersamanya orang yang beruntung berada di sisiNya,” memetik kenyataan tersebut. Marilah kita sama-sama hadiahkan bacaan Al-Fatihah buat Solihin. Alfatihah

Sumber: Football Terengganu, PFA Malaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Perlwnan amal bantu legenda Terengganu

BEKAS bintang terkemuka negara yang pernah menyarung jersi Terengganu dan Selangor bakal berentap dalam prlwnan amal bagi mengumpul sumbangan buat dua bekas legenda bola sepak skuad Penyu, Mohd Fadali Jalil dan Rosli Ishak yang kini terlantar akibat sakit yang dihidapi mereka.

Presiden Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Negeri Terengganu (PBPBT) Mat Sedek Wahab berkata, perlawanan amal antara bekas pemain skuad Penyu dan The Red Giants itu bakal berlangsung pada 15 Ogos ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Katanya, atas rasa keprihatinan untuk membantu mengumpul sumbangan dana bagi meringankan beban dua bekas pemain Terengganu itu yang kini terlantar sakit, pihak persatuan bekas pemain negeri terpanggil untuk mengadakan bola sepak itu.

Beliau berkata antara bekas pemain kebangsaan yang bakal beraksi dalam program amal itu termasuk kapten negara, Rosdi Talib di samping Subri Sulong, Hairuddin Omar, Mohd Ashari Samsudin, Badrulhisham Abdullah, Anuar Jusoh, Norhisham Hassan, Mazuki Yusof, Nor Farhan Muhamad, Zairo Anuar Zailani, Othman Mat Khiar dan penjaga gol, Mohd Syamsuri Mustafa yang akan mewakili Terengganu.

“Manakala bekas pemain kebangsaan yang akan mewakili Selangor termasuk Azman Adnan, Malek Rahman, Nizaruddin Yusof, Tengku Hazman Raja Hassan, Azrul Amri Burhan, Hardi Jaafar, Shahrin Majid, Nazrulerwan Makmor, Ivan Yusof, Talib Sulaiman dan penjaga gol Azizon Kadir.

“Walaupun tanpa penonton, peminat setia yang bermurah hati boleh menyumbang ke dalam tabung berkenaan yang akan diletakkan di luar stadium tempat duduk berbumbung,” katanya.Mohd Fadali, 53 yang lebih mesra dipanggil Wek kini terlantar kerana masalah saraf dan jangkitan kuman akibat kncing manis manakala Rosli, 59 penyakit tidak boleh bergerak. “Fadali yang beraksi di posisi pertahanan pada era 90-an manakala Rosli di jentera pada era 80-an adalah watak penting dalam skuad Terengganu pada ketika itu,” katanya.

Bekas pemain bola sepak Terengganu terima bantuan Perkeso

KUALA TERENGGANU – Nasib bekas pemain bola sepak Terengganu pada era 90-an, Mohd Fadali Jalil yang kini terlantar sakit terbela apabila menerima pelbagai bantuan perubatan dan pemulihan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu hari ini.

Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin berkata, Mohd Fadali, 53, yang sakit saraf dan jangkitan kman akibat kencing manis serta hilang keupayaan kekal sejak Januari lepas menerima bantuan kerusi roda boleh laras, tilam angin serta lampin pakai buang.

“Hasil semakan kita mendapati caruman beliau semasa bermain dengan pasukan bola sepak Terengganu pada era 90-an dahulu melayakkan beliau memohon pencen ilat dan bantuan pemulihan. “Selain daripada yang diterima hari ini, Mohd Fadali akan menerima sebuah lagi kerusi roda, katil perubatan dan sebuah lagi tilam yang akan dibekalkan terus ke rumahnya oleh pembekal nanti,” katanya kepada pemberita ketika melawat Mohd Fadali di kediamannya di Kampung Bukit Besar di sini hari ini.

Farihah berlata, pada Februari lepas Mohd Fadali turut menjalani operasi implan yang bernilai RM13,700 yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak Perkeso. Dalam pada itu, Mohd Fadali yang juga bapa kepada lima anak itu melahirkan rasa syukur apabila pelbagai pihak tampil membantu beliau yang kini tidak lagi mampu bekerja dan mencari nafkah buat keluarganya.

“Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang membantu dan mendoakan kesihatan saya selama ini, saya rasa cukup gembira kerana ada yang tampil membantu dari segi kos perubatan,” katanya. Sementara itu, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah yang turut menyertai lawatan tersebut berkata,

kerajaan negeri akan meneliti bantuan yang boleh diberikan kepada bekas atlet di negeri ini yang berhadapan masalah kesihatan dan kewangan. “Salah satu inisiatif yang dapat kita bantu adalah melalui Tabung Darul Iman atau Skim Kad Sejahtera yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sekiranya diperlukan,” katanya. – Bernama

Peluang Terengganu FC tipis

Shah Alam: Peluang Terengganu FC untuk memburu tempat kedua terbaik Liga Super musim ini, disifatkan agak tipis oleh ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain. Nafuzi berkata untuk berada di tangga kedua, pasukannya perlu kekal menang untuk tiga lagi baki prlwnn selepas ini dan jelas Nafuzi perkara itu mungkin sukar untuk dilakukan pasukan Sang Penyu.

“Secara peribadi, bagi saya (untuk mendapat tempat kedua), kita harus menang setiap perlawanan. Sebab kalau kita menang, automatik kita berada di atas. “Pada perlwnn terakhir, kita dapat lihat kita di mana. Tapi sekarang kita sudah kalah tiga perlawanan dan saya rasa kita tidak boleh tercicir mata untuk itu,” katanya kepada pemberita selepas perlwnn Liga Super UiTM FC menentang Terengganu FC, semalam.

Jelasnya, pihaknya akur keputusan pasukan lain juga memainkan peranan untuk mereka terus optimis mengejar posisi tersebut. Skuad bimbingannya itu berada pada kedudukan kedua liga dengan mengutip 10 mata iaitu ketinggalan tiga mata dengan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menundukkan Sabah 4-0 pada aksi kelima Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu 29 Ogos lalu.

Namun, ekoran kekalahan ketiga pasukan hitam putih itu dengan UiTM yang berkesudahan 2-1 di Stadium UiTM, dekat sini semalam, masing-masing Terengganu kini di tangga keenam di bawah Melaka United, 10 mata. Sementara itu, UiTM FC kini selesa menghuni tangga ketiga Liga Super dengan 13 mata.