Hilang punca pendapatan. Sebak bila lima beranak terpaksa duduk dalam kandang kambing selama 10 hari.

Viral

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, itulah peribahasa yang sesuai digunakan bagi menggambarkan satu situasi di mana sebuah keluarga terpaksa menjadikan kandang kambing sebagai tempat berteduh. Kisah meruntun hati ini, diceritakan menerusi satu hantaran di laman Facebook oleh Penang Kini yang meraih pelbagai respon daripada warganet yang turut bersimpati dengan nasib keluarga ini.

Tinggal di dalam kandang

Menerusi hantaran tersebut, keluarga ini difahamkan menetap di Kampung Teluk Ipil, Nibong Tebal, Pulau Pinang. ‘Kandang’ yang dijadikan rumah itu, didiami lima beranak ini 10 hari yang lepas, berikutan kegagalan untuk membayar sewa yang telah ditetapkan oleh tuan rumah.

Keluarga Azman bin Ahmad 46 tahun bersama isteri dan 3 anaknya sudah 10 hari tinggal di bangsal ini setelah diusir keluar dari rumah sewa setelah tidak dapat membayar sewa beberapa bulan. Berbicara lebih lanjut, keluarga ini terkesan berikutan pelaksanaan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan si bapa hanya berkerja sebagai tukang rumah. Susulan daripada itu, keluarga ini hilang punca pendapatan. Dia yang hanya bekerja sebagai tukang rumah ini cukup terkesan diwaktu PKP ini yang langsung tidak mempunyai pendapatan kerana tidak dapat bekerja.

Kandang serbang kekurangan

Apa yang lebih meruntun hati, apabila keluarga ini terpaksa ‘akur’ untuk menetap di rumah itu tanpa ada sebarang bekalan eletrik dan sumber air yang bersih. Jika dilihat foto-foto yang dikongsi, dapat dilihat keadaan kadang itu yang serba kekurangan dan sama sekali tidak selesa untuk didiami.

Rasa sedih melihat suasana bangsal kambing yang dijadikan rumah tiada elektrik dan air yang tidak terurus. Apatah lagi sekiranya hujan lebat sudah tentu habis basah lencun sekeluarga. Kisah keluarga ini turut mendapat perhatian banyak pihak, dan pihak berkenaan sudah tampil memberikan bantuan awal kepada keluarga ini.

Sumber: Penang Kini

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.