Lisa AF2015 buat coretan isi hatinya selepas selamat mendirikan rumah tangga dengan Akhmal Nazri . Ternyata luahan dibuat meraih perhatian ramai

Artis

Pelakon dan pengacara Akhmal Nazri selamat mendirikan rumah tangga dengan bintang AF2015, Allyssa Joanne.Berita gembira itu dikongsi Akhmal menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, semalam.“31.12.2020. Ijab dan kabul. Alhamdulillah, selepas 4 tahun 15 hari, ku telah menemui Kunci Hatiku,” tulisnya.Dalam pada itu, Allyssa atau lebih mesra dengan panggilan Lisa membuat coretan isi hatinya menerusi platform media sosial yang sama.“Alhamdulillah Ya Allah untuk hari bahagia yang saya akan ingat sepanjang hayat. Kepada keluarga, terima kasih kerana merestui hubungan kami.“Tanpa sokongan keluarga, kami tidak akan berjaya hingga sejauh ini. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran sewaktu pandemik, kami sangat bersyukur kerana berjaya menanganinya.

“Sedih, ya memang ada sebab keluarga saya jauh dari mata. Mampu tengok menerusi panggilan zoom sahaja. Namun perancangan Allah adalah yang terbaik. Insya-Allah kami akan bertemu kembali dengan keluarga saya nanti.“Setelah empat tahun bersama, dengan pelbagai dugaan, akhirnya impian kami menjadi kenyataan. Di sebalik cabaran yang kami hadapi, saya bersyukur kerana pada akhirnya, kami akan kembali menemui satu sama lain“Dan untuk lelaki yang saya panggil suami…

Selepas segala dugaan macam roller coaster yang terbang dan menyelam dalam air, kita berjaya.“Saya harap awak akan menjadi suami yang baik, setia di sisi saya buat selamanya walaupun dengan kekurangan saya.“Moga awak pimpin saya untuk kita sama-sama buat yang terbaik untuk family kita. Saya juga berdoa supaya saya jadi yang terbaik untuk awak.“Walau tak sempurna, tapi janji saya pada awak adalah saya tak akan berhenti memperbaiki diri sehingga akhir hayat kita. I love you very much my husband, AKHMAL,” coretnya.Terdahulu, Akhmal telah melamar Lisa tahun lalu ketika mereka berkunjung ke kampung halaman bintang AF2015 itu di Bintulu, Sarawak.

5.2 Juta Tonton Oh My English! Musim Kedua

Oh My English! musim ketiga bakal menampilkan ramai pelakon baharu sebagai memberikan kelaianan. Program popular Oh My English!  (OME) mencatat sejarah apabila ditonton seramai 5.2 juta penonton pada musim kedua rancangan tersebut berbanding 3.6 juta pada musim pengenalannya.Naib Presiden Perniagaan Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, atas dasar itu juga pihaknya sangat komited dalam memastikan musim terbaharu rancangan itu menghidangkan pengisian yang lebih segar dan bermanfaat kepada penonton terutama sekali dikalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Alhamdulillah kejayaan OME ini diluar jangkaan dan ternyata program ini mempunyai pengikut luar biasa dan ia membantu menjadi alat bantuan pembelajaran Bahasa Inggeris di luar bilik darjah dengan berkesan malah menghiburkan.”Musim ketiga nanti akan penuh dengan kejutan dan kelainan dan tidak menumpukan kepada elemen jenaka dan pendidikan sahaja malah turut diselitkan dengan pelbagai nilai murni yang boleh dicontohi,” katanya kepada mStar Online.

Putri Yasmin ditemui selepas pelancaran OME musim ketiga yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdang dekat sini pada Rabu.Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching turut hadir bagi merasmikan musim terbaharu itu yang mendapat sokongan penuh daripada pihak kementerian.Ceria… Barisan pelakon Oh My English! bergambar bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdang.

Oh My English! musim ketiga bakal bersiaran bermula 18 Mei ini pada setiap hari Ahad pukul 9 malam di Astro TVIQ (610) dan Astro Maya HD (135).Tambahnya lagi, dua buah telefilem istimewa OME iaitu Oh My Ganu dan Hello America!  turut mencatatkan rating membanggakan apabila masing-masing memperoleh kira-kira 2.7 juta dan 2.5 juta penonton.Dalam pada itu, Putri Yasmin berkata, bagi memberikan kelainan pada musim kali ini, OME bakal menampilkan beberapa wajah baharu seperti Fauziah Ahmad Daud sebagai pengetua, Nadiya Nisaa, Rahim R2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle dan Sherry Alhadad.

Bukan sahaja barisan pelakon baharu malah jalan cerita yang lebih segar dan bermanfaat akan ditampilkan dalam memberikan maklumat berguna kepada penonton.”Kombinasi watak baharu, drama, jalan cerita yang lucu dan kandungan pengajian Bahasa Inggeris yang mantap pastinya akan menjanjikan pengalaman tontontan yang unik dan berbeza.”Malah topik-topik menarik selari dengan peristiwa dan situasi semasa seperti laman sosial, Piala Dunia dan juga Hari Kemerdekaan Malaysia akan ditampilkan kepada penonton,” jelasnya lagi.Fauziah Ahmad Daud dan Amyra Rosli bakal memeriahkan musim terbaharu Oh My English!

Tambahnya lagi, watak kegemaran dalam siri berkenaan seperti Jibam (Akhmal Nazri), See Yew Soon (Roax Tan), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa) serta guru mereka Mr Henry Middelton (Zain Saidin) dan Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah).Sementara itu, Putri Yasmin berkata, ramai selebriti popular tanah air turut membuat penampilan khas sepanjang musim terbaharu ini seperti Faizal Hussien, Hans Isaac, Rashidi Ishak, Waris dan Bront Palare.Selain menyaksikan OME di televisyen, peminat boleh juga melayari www.ohmyenglish.com.my bagi mendapatkan kandungan pengajian bahasa yang lebih mendalam meliputi pengajian kosa kata, tatabahasa, sebutan dan peribahasa.

Pengantin Lelaki Menyerahkan Tujuh Dulang Hantaran Berbalas Sembilan Dulang. Ayda Jebat Sah Bergelar Isteri Nabil Mahir Dengan Sekali Lafaz

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat sah bergelar isteri kepada pengacara, Nabil Mahir dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan secara sederhana di Masjid Al-Taqwa, TTDI, Kuala Lumpur kira-kira jam 3.28 petang.Pasangan itu dinikahkan Ustaz Rozimi Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (JAWI) dengan disaksikan bapa pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan  Wan Jean Basri Wan Othman.

Pada majlis  berkenaan, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.  Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.Terdahulu, Ayda dan Nabil mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu menerusi aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bakal Nikah Hari Ini, Sekali Ayda Jebat Dedah Apa Yg Berlaku

Pelakon Ayda Jebat, 28, akui berasa teruja apabila bakal bergelar isteri kepada pengacara Nabil Mahir, 32, hari ini.Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata perasaan gementar tetap ada tetapi masih dapat dikawal.“Gementar tu kurang sikit sebab lebih kepada perasaan teruja. Saya dah bagitau dekat Nabil nak jadi individu terakhir sekali masuk masa hari akad nikah.“Rasanya Nabil yang gementar sebab dia pihak lelaki kan?” katanya kepada Gempak.Sementara itu, penyanyi yang baru mengeluarkan single terbaru, Parah Parah menyatakan dia akan mengadakan sebuah majlis bersama peminat selepas keadaan pandemik C0VlD-l9 beransur pulih.

“Ayda dengan AJ Screamer memang tak boleh berpisah. Rancangan asal sepatutnya ada satu majlis resepsi untuk semua peminat.“Tetapi disebabkan pandemik ini, kami kena batal dulu buat masa sekarang. Nabil nak kahwin dulu.“Insya-Allah, nanti kalau semua dah okay, kami akan buat. Untuk hari ini, memang untuk keluarga terdekat sahaja,” katanya lagi.

Ayda dan Nabil dijangka akan disatukan pada pukul 3 petang di sebuah masjid di ibu negara.Majlis akah nikah pasangan sejoli ini akan ditayang secara langsung di akaun Youtube, Wuvv Show.Terdahulu, Nabil dan Ayda mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Bakal Tamatkan Zaman Bujang Tak Lama Lagi. Ayda Jebat Diraikan Sebelum Bergelar Isteri Esok. Sekali Ini Kata Kata Dari Ayda Jebat Buat Warganet Teruja.

Umum mengetahui pelakon, Ayda Jebat dan tunangnya Nabil Mahir bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka di sebuah masjid di ibu kota pada hari esok. Seperti biasa, sebelum bergelar isteri pasti akan ada sambutan yang dilakukan oleh rakan-rakan terdekat yang mahu meraikan momen gembira itu bersama.

Semalam, pelakon drama Cindai itu memuat naik satu foto di laman Instagram memaparkan dia sedang diraikan sebelum menamatkan zaman bujang dengan dipenuhi belon-belon serta perhiasan. Dapat dilihat, pemilik nama Nur Suhada Jebat ini sedang memegang sebuah kek dan memakai selempang yang bertulis ‘bride to be’.

Selain itu, Ayda juga memberitahu dia begitu sibuk dengan pelbagai persiapan menjelang hari bahagia sehingga tidak sempat untuk membalas pesanan mesej daripada kenalannya. “Thank you guys for the surprise! Awww! Sorry mana yang saya tak sempat nak reply whatsapp for now busy sampai tidur pun kadang satu jam je.

Doakan yang baik-baik for me dan @nabilmahir. Amin,” corentnya di kapsyen. Perkongsian momen indah yang dikongsi pelakon berusia 28 tahun itu disambut baik oleh warganet yang rata-rata turut sama mendoakan agar segala dipermudahkan untuk hari esok selain mengucapkan tahniah.Setelah hampir sembilan bulan mengikat tali pertunangan, mereka mengambil keputusan untuk bernikah esok. Tahniah diucapkan buat kedua-dua pasangan romantis ini. Semoga sampai ke syurga!Sumber: Instagram Ayda Jebat

Bakal Melangsungkan Pernikahan Di Masjid Pada 1 Januari. Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Dedahkan Fasal Persiapan Untuk Majlis Serta Plan Majlis Resepsi

Ayda dan Nabil bakal melangsungkan pernikahan di sebuah masjid pada 1 Januari depan.MENGHITUNG hari menantikan hari bahagia, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengakui semakin gementar untuk bergelar isteri kepada pengacara Nabil Mahir.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, dia juga sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan tidak pernah menyesali keputusan untuk berkahwin.”Alhamdulillah… semua persiapan berjalan dengan lancar tapi semakin nak dekat kahwin, ada sahaja kerja. Apa-apa pun, saya memang tak sabar dan rasa teruja.

Ayda tidak pernah berasa ragu-ragu dengan keputusan untuk berkahwin dengan Nabil.“Tak pernah pun rasa ragu-ragu sebab saya memang yakin dengan keputusan untuk berkahwin. Nak cakap soal bersedia galas tanggungjawab sebagai isteri itu, memang kena bersedia juga.

“Nak kata kita dapat laksanakan tanggungjawab itu dengan baik atau terbaik… masih tak tahu lagi sebab saya tak pernah lagi jadi isteri orang.”Cuma, saya harap kalau ada perkara yang saya atau Nabil tak tahu, nanti ada ahli keluarga atau ibu boleh nasihatkan kami untuk jadi terbaik,” katanya kepada mStar.Penyanyi lagu Tembrang itu ditemui ketika sesi rakaman sebuah program TV di Sri Pentas, Bandar Utama Damansara, Petaling Jaya, pada Khamis.

Menerusi laporan mStar pada 7 November lalu, Nabil dan pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Januari tahun hadapan.Dalam pada itu, pelakon berusia 28 tahun ini memberitahu dia tidak pernah mengimpikan sebuah majlis perkahwinan besar-besaran namun berharap hari bahagiannya dapat berjalan dengan lancar.

Menurut Ayda, majlis pernikahan mereka akan diadakan di sebuah masjid yang hanya dihadiri kurang daripada 50 orang manakala masih belum mendapatkan lokasi untuk resepsi.”Sebenarnya secara jujur, saya tidak ada simpan sebarang impian untuk majlis perkahwinan. Jadi, bila berlaku Covid ini tak boleh ada majlis besar-besaran… saya tak rasa terkilan.

Ayda dan Nabil masih belum tetapkan tarikh dan lokasi untuk majlis resepsi mereka.“Mungkin ada orang impikan nak buat majlis besar-besaran tapi terpaksa bersederhana. Tapi bagi saya, tak apa walaupun majlis kecil asalkan perkara wajib itu selesai dengan lancar.”Kami hanya akan buat majlis pernikahan sahaja di sebuah masjid yang hanya untuk tidak lebih 50 orang tetamu termasuk ahli keluarga dan rakan rapat.

“Manakala majlis resepsi, kalau ikutkan saya nak buat bulan Februari tetapi lokasi yang kami nak itu penuh. Tengok macam mana nanti, kalau tak boleh mungkin buat tempat lain,” ujarnya.Sebelum ini, Nabil mengikat tali pertunangan dengan Ayda pada 28 April lalu melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tular Di Media Sosial Apabila Prank Ayda Jebat Dikatakan Nabil Telah Tinggalkannya Di Tepi Jalan Hanya Kerana Sesuatu Ini. Dan Akhirnya Lebih Mengejutkan Lagi Respon Dari Sheila Rusly.

Bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun 2021, nyatanya ramai peminat yang tidak sabar menantikan penyatuan antara Ayda Jebat dan juga Nabil Mahir. Menjengah ke Instagram masing-masing, dua orang selebriti ini memang dikenali dengan perangai ‘gila-gila’ dan mungkin itulah yang membuatkan perhubungan mereka tampak serasi. Malah terbaru, mereka juga sempat membuat kemunculan dalam rancangan ‘Trek Selebriti’ yang dihoskan oleh Aliff Farhan.

Nabil kononnya tinggalkan Ayda Jebat tepi jalan sambil marah-marah

Kali ini, Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mensasarkan sebuah prank kepada Mama mereka iaitu Sheily Rusly. Kononnya, Nabil telah naik angin setelah mendapati Ayda berhubung dengan lelaki lain walhal tarikh perkahwinan sudah semakin dekat. Mengetahui kejadian itu, penerbit JS Picture berkenaan juga mula risau sebelum mengatakan akan menghantar bantuan ke sana. Dengan reaksi yang cukup resah, siapa sangka semuanya hanyalah gurauan semata-mata.

Puas hati bila Aliff kena prank…Biru muka kau

Disangka akan tergelak sekali, Aliff seakan-akan ‘terciduk’ kerana dimarahi pula oleh Sheila Rusly. Setelah berkali-kali menyakat orang dalam episod sebelum ini, akhirnya dia sebagai pengacara rancangan pula yang menjadi sasaran prank. Dalam pada itu, warganet juga berpuas hati selain berseloroh muka Aliff menjadi biru gara-gara terlalu gementar.

Ayda Jebat Mengimpikan Untuk Menghadiahkan Satu Benda Ini Pada Ibunya Sebelum Berkahwin. Akhirnya Tercapai.

Bakal mendirikan rumah tangga pada Januari 2021, penyanyi dan juga pelakon Ayda Jebat meluahkan rasa terharu kerana melaksanakan impiannya untuk membelikan sebuah rumah untuk ibu tercinta.

Ayda,28, telah berkongsikan berita gembira itu menerusi Instagram miliknya dengan foto memaparkan dia memeluk ibu tersayang dengan latar belakang sebuah rumah dua tingkat yang dibelinya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdullilah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya beritahu Nabil, ada benda yang saya mahu capai sebelum kahwin. Inilah antaranya. Buat mama bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah.”Difahamkan, kediaman dua tingkat itu terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Penyanyi lagu Pencuri Hati itu turut berkesempatan mendoakan para peminatnya supaya dapat membahagiakan orang tua, namun bukanlah sekadar dengan pemberian dalam bentuk harta benda semata-mata. Sekadar info, Ayda Jebat dan tunang, Nabil Mahir bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 nanti. Semoga dipermudahkan urusan Ayda dan pasangan!

Maklum Mahu Mengumumkan Tarikh Perlangsungan Pada Malam Semalam. Ayda Jebat Mohon Maaf Setelah Dia Tak Dapat Nak Umumkan Atas Satu Sebab Ini

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat memohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat berkongsi tayangan #BilaAydaJatuhCinta seperti yang telah diberitahu menerusi media sosial sebelum ini.Atas beberapa kekangan, penyanyi Mata itu turut merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang menantikan tayangan berkenaan yang sepatutnya dilancarkan pada Jumaat, jam 9 malam di saluran YouTube, Wuvv Show.

 Ini kerana episod tersebut antara lain difahamkan bakal mengenang fasa jalinan cintanya bersama tunang tersayang, hos Nabil Mahir selain keduanya bakal membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka.“Assalamualaikum and hi. Sorry, due to some issues, kami tak dapat tayangkan #BilAydaJatuhCinta 9 malam tadi.

“Maaf dan thank you kepada yang menunggu. Insyaallah hari ni (Sabtu). Terima kasih banyak.“Make sure to subscribe and on notification at our YouTube, WuvvShow. See you very soon,” tulis Ayda pada satu hantaran di Instagram.Terdahulu, pasangan selebriti ini telah berkonngsi akan membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka menerusi video episod pertama #BilAydaJatuhCinta di Instagram.

Video #BilAydaJatuhCinta difahamkan bakal bersiaran selama 10 episod menerusi platform sama.Sementara itu menerusi ruangan komen, para peminat yang sedia maklum mengenai perkara berkenaan masih tidak sabar untuk mengetahui hari bersejarah keduanya selain turut mendoakan agar urusan Ayda dan Nabil dipermudahkan.Foto: Instagram Ayda Jebat.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Ayda Jebat dan Nabil Mahir bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka. Dijangka akan mengumumkan tarikh perlangsungan pada malam ini.

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat dijangka akan mengumumkan tarikh bagi melangsungkan pernikahan mereka dengan tunangnya Nabil Mahir pada jam 9 malam ini.Menerusi laman Instagram miliknya, difahamkan pengumuman tersebut akan dibuat melalui saluran Youtube milik mereka Wuvvshow #BilAydaJatuhCinta episod pertama.

Insyaallah esok (hari ini) kita announce our special day bila. 1st episode #BilAydaJatuhCinta on Youtube Wuvvshow 9pm. Korang teka bila?,” tulisnya. Menurut Nabil, #BilAydaJatuhCinta akan ditayangkan sebanyak 10 episod istimewa yang memaparkan perjalanan kisah mereka menuju ke hari perkahwinan.

Posting itu dipenuhi dengan pelbagai komen daripada para peminat dimana rata-rata cuba meneka tarikh yang mereka bakal disatukan sebagai suami isteri selain tidak sabar menantikan hari bahagia tersebut.Terdahulu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat mengikat tali pertunangan dengan pengacara itu secara atas talian ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April lalu.

Masih Belum Halal Tapi Dah Buat Macam Dah Berkahwin. Ternyata Gambar Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Raih Perhatian Warganet Sanggup Kritik Perbuatan Mereka

Baru-baru ini, foto aksi mesra yang dikongsikan pelakon dan pengacara Nabil Mahir bersama tunangnya, Ayda Jebat sempena Hari Kebangsaan Malaysia Ke-63 di Instagram mengundang kritikan warganet. Foto berpelukan di hadapan hiasan tanaman berbentuk bendera Malaysia itu menimbulkan rasa kurang senang warganet yang menyifatkan tindakan pasangan itu kurang sopan kerana belum lagi mempunyai ikatan yang sah.

Warganet turut memberikan cadangan daripada berpelukan sebegitu adalah lebih baik jika pasangan itu cepat-cepat mendirikan rumah tangga untuk mengelak daripada sebarang ftnh. Warganet juga turut berasa hairan mengapa kebanyakan artis tidak terus bernikah sedangkan sudah mempunyai kewangan yang stabil.

Malah, ada warganet membandingkan mereka dengan pasangan penyanyi Syamel dan Ernie Zakrie yang masih menjaga batas antara satu sama lain walaupun baru mengikat tali pertunangan. Untuk rekod, Nabil sebelum ini, melamar pelantun lagu Temberng itu pada sambutan hari lahirnya yang ke-28 pada 17 Mac lalu. Kemudian, pasangan itu mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu.

Pasangan Tak Setia Dan Tak Jujur. Ayda Jebat Akui Terima Pelbagai Reaksi Dari Warganet. Akhirnya Ayda Jebat Tampil Buka Mulut Bongkarkan Semua Yang Berlaku.

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengakui rasa terharu selepas menerima pelbagai reaksi daripada para peminatnya di Instagram selepas selebriti tersebut meminta ramai untuk berkongsi kisah percintaan yang putus di tengah jalan.

Jelas penyanyi Mata itu lagi, dia berterima kasih atas perkongsian dan menyifatkan hubungan cinta yang terjalin perlu saling melengkapi. Jika tiada jodoh, mungkin ada insan yang lebih sesuai menanti selepas ini. “Post saya semalam berapi-rapi comment.

Saya baca semua yang korang luahkan. Sempat reply. Seriously terharu baca rintihan hati korang. Thank you for sharing. “tak setia, tak jujur semua berlaku dalam percintaan. Tak jadi dekat semua orang, tetapi kebanyakkan. Ingat, kalau nak pasangan kita baik, setia, tak tipu kita, jujur, tulus, maka kita pun kena jadi dan buat benda yang sama.

“Semoga semua baik-baik saja untuk kalian. Redha, banyak doa. Pasangan anda sebelum ni bukan yang terbaik buat diri kamu, tapi dia mungkin yang terbaik dan lebih baik bersama orang lain. Insyaallah yang bersesuaian dan yang terbaik buat dirimu akan hadir,” tulisnya. Ayda kini sedang menantikan detik bergelar raja sehari bersama tunangnya, Nabil Mahir. Pasangan sama cantik sama padan itu bakal disatukan pada 1 Januari 2021.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : MH

Ayda Jebat Mengimpikan Untuk Menghadiahkan Satu Benda Ini Pada Ibunya Sebelum Berkahwin. Akhirnya Tercapai.

Bakal mendirikan rumah tangga pada Januari 2021, penyanyi dan juga pelakon Ayda Jebat meluahkan rasa terharu kerana melaksanakan impiannya untuk membelikan sebuah rumah untuk ibu tercinta.

Ayda,28, telah berkongsikan berita gembira itu menerusi Instagram miliknya dengan foto memaparkan dia memeluk ibu tersayang dengan latar belakang sebuah rumah dua tingkat yang dibelinya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdullilah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya beritahu Nabil, ada benda yang saya mahu capai sebelum kahwin. Inilah antaranya. Buat mama bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah.”Difahamkan, kediaman dua tingkat itu terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Penyanyi lagu Pencuri Hati itu turut berkesempatan mendoakan para peminatnya supaya dapat membahagiakan orang tua, namun bukanlah sekadar dengan pemberian dalam bentuk harta benda semata-mata. Sekadar info, Ayda Jebat dan tunang, Nabil Mahir bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 nanti. Semoga dipermudahkan urusan Ayda dan pasangan!

Maklum Mahu Mengumumkan Tarikh Perlangsungan Pada Malam Semalam. Ayda Jebat Mohon Maaf Setelah Dia Tak Dapat Nak Umumkan Atas Satu Sebab Ini

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat memohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat berkongsi tayangan #BilaAydaJatuhCinta seperti yang telah diberitahu menerusi media sosial sebelum ini.Atas beberapa kekangan, penyanyi Mata itu turut merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang menantikan tayangan berkenaan yang sepatutnya dilancarkan pada Jumaat, jam 9 malam di saluran YouTube, Wuvv Show.

 Ini kerana episod tersebut antara lain difahamkan bakal mengenang fasa jalinan cintanya bersama tunang tersayang, hos Nabil Mahir selain keduanya bakal membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka.“Assalamualaikum and hi. Sorry, due to some issues, kami tak dapat tayangkan #BilAydaJatuhCinta 9 malam tadi.

“Maaf dan thank you kepada yang menunggu. Insyaallah hari ni (Sabtu). Terima kasih banyak.“Make sure to subscribe and on notification at our YouTube, WuvvShow. See you very soon,” tulis Ayda pada satu hantaran di Instagram.Terdahulu, pasangan selebriti ini telah berkonngsi akan membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka menerusi video episod pertama #BilAydaJatuhCinta di Instagram.

Video #BilAydaJatuhCinta difahamkan bakal bersiaran selama 10 episod menerusi platform sama.Sementara itu menerusi ruangan komen, para peminat yang sedia maklum mengenai perkara berkenaan masih tidak sabar untuk mengetahui hari

bersejarah keduanya selain turut mendoakan agar urusan Ayda dan Nabil dipermudahkan.Foto: Instagram Ayda Jebat.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral