Luah hasrat nak jadi isteri kedua Shukri Yahaya sampai sanggup nak buat kerja rumah. Mengejutkan ini respon dari Tya Adnan bila wanita ni sanggup untuk jadi madu.

Artis

GARA-GARA penangan drama 7 Hari Mencintaiku 2, seorang wanita berani meluahkan hasrat untuk menjadi madu kepada isteri pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan. Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 28, menerusi Instagramnya memuat naik paparan skrin perbualan dengan wanita berkenaan yang berjanji untuk berkongsi kebahagiaan bersama.

Malah, wanita tersebut juga mengakui kini belum bekerja dan berjanji untuk melakukan kerja-kerja rumah jika mereka hidup bermadu. “Boleh minta nombor WhatApps, akak ada niat baik ni nak berkongsi bahagia dengan Tya boleh?

“Akak orang susah belum bekerja, nak kerja belum ada rezeki. Boleh bermadu dengan Tya sebab akak nak hidup dengan keluarga Tya. “Handsomelah suami Tya akak suka, akak boleh tolong Tya di rumah. Akak cuma nak ada suami yang boleh lindungi akak di dunia dan akhirat, nak sama-sama pergi umrah dengan Tya. Itu je maksud akak” tulis individu itu.

Sementara itu, Tya memberi reaksi terkejut dengan perangai pelik segelintir netizen yang semakin hilang sifat malu. Malah katanya, dia sudah pun menyekat akaun Instagram wanita berkenaan di laman sosial tersebut. “Aneh-aneh betul! Korang tolong DM (mesej peribadi) kakak ni sekejap, kasihan dia kesepian” ujarnya.

Tya mendirikan rumah tangga dengan Shukri Yahaya pada 20 November 2015 di Masjid Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena, 4, dan Maleew Miqayl yang kini berusia tiga bulan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media

Sumber: MSTAR

Shukri teruja nak dapat anak lelaki

PELAKON Shukri Yahaya, 32, menerima kejutan daripada isterinya, Tya Adnan apabila mengumumkan jantina anak kedua mereka adalah lelaki. Menurut Shukri, isterinya membuat kejutan itu di rumah bersama keluarga termasuk pengumuman serentak jantina bayi yang dikandung adiknya.

“Saya sendiri tak menjangkakan langsung bahawa cahaya mata kedua kami nanti adalah lelaki. Dalam majlis kecil yang berlangsung di rumah, ada dua kotak misteri dan isteri sengaja menukarkan kotak yang sepatutnya saya buka.

“Jadi, bila buka kotak itu saya nampak ada belon berwarna merah jambu sebagai simbolik bayi perempuan. Namun, bila saya belek nama di foto imbasan kandungan, tertera nama adik saya. Jadi, saya gembira sangat sebab bayi dalam kandungan isteri saya adalah lelaki,” katanya kepada Harian Metro.

Ujar Shukri, isterinya memang pandai menyimpan rahsia dan melarangnya untuk ikut ke klinik setiap kali melakukan pemeriksaan kandungan. “Kalau dia ada pemeriksaan, dia tak benarkan saya ikut. Kalau saya ikut pun, dia suruh tunggu di dalam kereta kerana dia nak beri kejutan kepada saya. Lama juga dia simpan rahsia,” katanya.

Kandungan Tya kini sudah masuk ke trimester ketiga, namun pasangan itu belum melakukan sebarang persediaan untuk menyambut kelahiran bayi mereka yang dijangka lahir pada Julai nanti. “Setakat ini, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya pun tak berani nak ambil risiko untuk keluar membeli barang keperluan bayi. Kalau keluar membeli sendiri, saya takut ada yang salah beli.

“Jadi, saya rasa biarlah semuanya reda sedikit dahulu, barulah kami akan keluar bersama kemudian mencari barang keperluan bayi,” katanya. Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Aaira Ameena, berusia empat tahun. Pada April tahun lalu, Shukri memaklumkan isterinya mengalami keguguran.

12 juta tengok Shukri Yahaya 

WAJAH 12 juta! Itu gelaran yang diberikan kepada pelakon Shukri Yahaya, 32, apabila drama 7 Hari Mencintaiku 2 lakonannya yang tamat bersiaran Isnin lalu mencecah 12 juta tontonan sepanjang 33 episod ditayangkan. Malah, dua lagi drama lakonan Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya sebelum ini turut mencatat jumlah sama iaitu 7 Hari Mencintaiku pada 2016 dan Andainya Takdir 2 (2018).

Shukri yang dihubungi menyifatkan kejayaan itu bukan pada dirinya seorang, tapi juga pelakon lain dan keseluruhan pasukan produksi. “Untuk jumlah tontonan 12 juta itu, saya berasakan ia rezeki. Bukan pada seorang saja, tapi pelakon lain juga. Kalau tanpa pelakon yang bagus untuk kedua drama iaitu Andainya Takdir dan 7 Hari Mencintaiku yang bagus dan boleh bawa watak masing-masing, takkan ada 12 juta itu.

“Pemilihan pelakon itu sendiri memainkan peranan. Contoh, kalau cerita itu biasa sekali pun, tapi kalau pelakon bagus yang dipilih, Insya-Allah cerita itu akan menjadi luar biasa. Kalau cerita itu bagus macam mana sekali pun, tapi tanpa pemilihan pelakon yang tepat, pun takkan menjadi juga. Jadi, keduanya perlu seimbang,” katanya kepada Harian Metro.

Mengenai kejayaan 7 Hari Mencintaiku 2, Shukri berterima kasih kepada penonton yang menyokong drama itu. “Tak sangka masih lagi menjadi fenomena selepas empat tahun untuk keluar bahagian dua. Rupanya masih ramai lagi peminat drama ini. Terima kasih kepada penonton dan penyokong drama ini. Syukur alhamdulillah dengan jumlah tontonan 12 juta itu,” katanya.

Ditanya sejauh mana kesudiannya berlakon jika drama terbitan Siti Rosmizah itu disambung kepada musim ketiga atau diadaptasi ke filem, Shukri bersedia jika skrip dan jalan cerita berbeza. “Kalau ada, Insya-Allah akan buat. Tapi kena tengok juga skrip harus ada jalan cerita lain. Maknanya bukan konflik sama semata-mata.

Nanti penonton pun akan bosan. Kalau skrip lebih bagus, lagi seronok kami pelakon nak buat,” katanya. Selain Shukri, drama arahan Jamal Khan itu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Siti Saleha, Liza Abdullah, Kazar, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan ramai lagi.

Shukri lega isteri dah ok

Kuala Lumpur: Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, 29, iaitu Tya Adnan, 25, dimasukkan ke pusat perubatan di Kajang akibat terkena jangkitan kencing tikus, kelmarin. Shukri yang popular dengan drama Tujuh Hari Mencintaiku itu ketika dihubungi berkata, keadaan Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan kini semakin stabil selepas menerima rawatan.

“Doktor mengesahkan dia terkena jangkitan kencing tikus, alhamdulillah selepas dua hari ditahan di wad, keadaan isteri semakin stabil. “Bagaimanapun, Tya terpaksa ditahan untuk tempoh tiga hari lagi kerana perlu dipantau doktor,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shukri, pada awalnya Tya mengalami demam yang berlarutan selama 10 hari. “Ketika itu, suhu badannya juga meningkat sehingga 39 ke 40 darjah Selcius. Pada waktu malam pula, demamnya semakin menjadi-jadi sehingga menggigil. Selain itu, badannya turut ditumbuhi bintik-bintik kemerahan,” katanya.

Shukri berkata, buat masa ini, Tya dijaga Shukri dan anggota keluarganya. “Mujur saya tidak terikat dengan penggambaran drama atau komitmen lain. Jadi, saya banyak meluangkan masa untuk bersamanya di hospital,” katanya. Menurut Shukri, dia juga bersyukur kerana anaknya, Aaira Ameena yang kini berusia tujuh bulan berada dalam keadaan baik dan dijaga ibunya.

Shukri hargai pengorbanan isteri

Shukri Yahaya mengaku keputusan meminta isterinya Tya Adnan tinggalkan kerjaya bagi menjaga anak mereka adalah keputusan tepat. Menurut Shukri, antara sebab utama dia meminta isterinya menjaga puteri sulung mereka, Aaira Ameena, 2, di rumah ialah kerana bimbang dengan kes membabitkan pengasuh.

“Ada banyak kes menyayat hati membabitkan kanak-kanak dan bayi yang dikasari dengan jahat oleh tangan tidak berperikemanusiaan. “Bayangkan anak kecil yang tidak berdosa dikasari hingga ada tergamak mengasarinya. Saya tidak dapat bayangkan mengapa manusia sekarang terlalu ekstrm melakukan perkara sedemikian.

“Alhamdulillah saya dikurniakan isteri yang sangat memahami pilihan saya yang memintanya untuk berhenti kerja dan menjaga anak. Bagi saya, cara ini lebih selamat dan kasih sayang antara ibu dan anak juga akan lebih erat,” katanya.

Menurut Shukri, dia mengaku tidak mampu membalas jasa isterinya yang sejak hamil memutuskan berhenti kerja dan mengasuh sendiri anak mereka. “Satu pengorbanan besar dilakukan demi memastikan anak kami membesar dengan selamat. Saya tidak tahu bagaimana untuk membalas pengorbanannya dalam memastikan kebajikan saya dan puteri kami terjaga.

“Sebenarnya sebelum kami berkahwin isteri ada kerjaya sendiri. Namun dia sanggup berhenti kerja bagi memberi tumpuan terhadap rumah tangga. “Alhamdulillah dia tiada masalah kerana turut menjalankan perniagaan secara dalam talian. Saya rasa cara itu lebih baik,”katanya.

Ditanya bila mahu menambah anak, Shukri berkata, dia sentiasa berusaha untuk mendapat anak namun belum ada rezeki. “Kami memang nak tambah anak lagi kerana mahu Aaira ada peneman. Insya-Allah doakan yang terbaik dan diharapkan saya timang anak kedua secepat mungkin,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shukri sekali lagi dipilih untuk musim kedua perlumbaan kereta Toyota Gazoo Racing bersama Datin Diana Danielle, Janna Nick, Aiman Tino, Nabila Razali, Wany Hasrita, Nabil Ahmad, Aqim Ahmad, Khai Bahar dan Shawn Lee.

Ditanya mengenai pembabitannya buat musim kedua, Shukri berkata, dia kini mempunyai dua hobi iaitu berlumba kereta di litar dan menunggang motosikal berkuasa tinggi. “Kedua-dua hobi ini dapat menghilangkan tekanan dan memberi saya satu kepuasan yang maksimum.

“Bagi saya peluang menyertai Toyota Gazoo Racing ini memberi saya pendedahan untuk menjaga kereta dengan lebih baik serta cara mengawal kereta sekiranya berlaku sesuatu perkara. “Namun, hobi mengikuti konvoi motosikal berkusa tinggi masih menjadi minat utama saya. Saya bersama rakan pernah ke Hatyai, Thailand, baru-baru ini,” katanya.