Luah rasa tidak puas hati terhadap satu syarikat yang agak popular. Awal Ashaari dedahkan perbualan dirinya dan wakil dari syarikat berkenaan dan rupanya ini yang terjadi

Artis

Baru baru ini, Pengacara terkenal Awal Ashaari diketahui ramai dah beli rumah baru. Kalau tengok, sebelum ada beberapa video yang menunjukan perjalanan Awal Ashaari dan Scha Alyahya membeli rumah, perabot, pasang aircond dan ada buat renovate rumah berkenaan.Namun pada beberapa hari yang lalu, ada cerita kurang enak didengari. Melalui laporan portal Hot FM, Awal ada luah rasa tidak berpuashati di laman media sosial.

Awal Ashaari telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap satu syarikat perabot yang dilihat agak popular juga di laman media sosial.Menerusi Ig story, Awal ada muatnaik perbualan whatsapp di antara dirinya dengan seorang individu dari syarikat berkenaan.Jelas Awal, dia sudah beri wang kepada syarikat berkenaan, namun kerjanya masih belum siap dan tergendala.

Ini tulis Awal Ashaari: “If you think it is an amount that you cannot afford to pay, please communicate. Do not run away with your continued silence like this. It’s not nice, it’s not professional“.Menerusi perbualan itu, mesej Awal telah dibalas semula oleh individu berkenaan dan hanya berkata: “Okey Awal”.Setelah sebulan, ianya masih belum selesai

dan Awal menyatakan tiada perkembangan lanjut. Malah Awal sudah meminta lawyer mewakili dirinya menghubungi individu berkenaan namun gagal dihubungi.“Dah sebulan sejak last mesej ‘okey awal’. Sampai bila awak nak lari dari client awak ni. My lawyer pun tak dapat nak hubungi awak. Macam ni ke handle client. Lari dari masalah, lari dari duit client”.

Sementara itu, ada warganetyang bertanya apa sebenarnya yang terjadi sebab dia pun nak guna service dari syarikat berkenaan. Awal telah memberi respon bahwa dia dah bayar duit namun kerja masih belum lagi siap. Ini jelas Awal Ashaari lagi: “Dah bayar rumah tak siap. Nak discuss, tak bagi kerjasama, you decide”.

Syarikat berkenaan belum beri sebarang kenyataan berkenaan hal ini. Diharapkan semuanya dapat selesai dengan cara baik.Untuk pengetahuan, Awal Ashaari dan Scha Alyahya kini sedang menunggu anak kedua. Sudah tentunya mereka mahu rumah baru ini siap sebelum lahirnya anak kedua itu nanti. Semoga dipermudahkan.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Sumber: news-tel

Bila Berbadan Dua Memang Banyak Ragam. Awal Ashaari Dedahkan Hasrat Sha Alyahya Yang Dia Terpaksa Halang Sampaikan Awal Lali Dengan Sikap Scha

KUALA LUMPUR: Wanita sedang berbadan dua memang banyak ragam. Selain mengalami alahan, ada kalanya emosi kurang stabil hingga mempengaruhi mood. Begitulah keadaan dialami pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya yang kini sedang hamil empat bulan.Berkongsi keadaan isterinya, pengacara dan pelakon, Awal Ashaari mendedahkan Scha mempunyai perangai pelik apabila rimas dengan media sosial hingga pernah terdetik untuk menyah aktifkan.

“Jika dahulu selepas usia kandungan tiga bulan ketika mengandungkan Lara Alana, Scha sudah okay dan boleh keluar berjalan-jalan. Tetapi, kali ini, dia mengalami munth dan lenguh badan. Memang berbeza keadaannya.”Scha sangat rimas dengan telefon termasuk media sosial, sepanjang tempoh tiga bulan kehamilan. Malah, turut mempersoalkan mengapa perlu mengemas kini akaun media sosial setiap hari.

“Sebelum ini, Scha pernah melahirkan hasrat untuk ‘det0ks’ daripada media sosial. Pernah sampai satu tahap, Scha mahu memadam akaunnya, tetapi saya menghalangnya dan meminta membantu menguruskan media sosialnya itu,” katanya kepada BH Online.Bukan sahaja hilang minat dengan media sosial, malah pelakon drama bersiri Awan Dania itu tidak gemar bunyi bising.”Macam saya sendiri, apabila balik rumah akan tutup telefon bimbit kerana tidak mahu nada dering atau bunyi notifikasi mengganggu Scha kerana sangat sensitif. Cahaya skrin telefon pun tak boleh lihat.”Jika kami sekeluarga menonton televisyen, Scha akan tutup suara. Pada awalnya, saya terkejut dan kekok apabila menonton program tanpa suara. Lama-kelamaan saya sudah lali dan layan sahaja kehendaknya,” cerita pengacara Melodi ini.

Terdahulu, pemilik nama lengkap, Ahmad Awaluddin Ashaari ini mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua menerusi akaun Instagram dengan memuat naik foto yang memaparkan anaknya, Lara memegang alat pengesan kehamilan.Ditanya apakah reaksi Lara apabila mendapat tahu bakal mendapat adik, Awal berkata, anaknya sedang dalam fasa untuk menyesuaikan diri.”Lara kini sedang dalam proses nak sesuaikan diri. Dia seperti takut untuk berkongsi. Apabila teringat, dia akan tanya macam-macam. Antaranya, bila adik lahir, apakah saya dan Scha akan belikan mainan untuknya.”Adakah adiknya akan ada bilik sendiri dan sebagainya. Lebih melucukan apabila Lara tidak membenarkan kami meletakkan pangkal nama adiknya dengan huruf ‘L’. Dia rasa seperti tergugat dan bimbang seolah-olah kasih sayang terhadapnya akan berkurangan apabila ada adik.

“Bagaimanapun, doktor menasihatkan kami supaya sentiasa buat Lara rasa selamat dan disayangi. Apa yang kami buat adalah terus memanjakan dan menyayanginya,” ujar lelaki bersuia 39 tahun ini.Awal berkata, dia terpaksa mereka cerita mengenai bayi dalam kandungan bagi membuatkan Lara merasakan dirinya masih mendapat perhatian dan adiknya juga baik dan sayangkannya.”Kalau belikan Lara barang, kami akan cakap padanya yang hadiah itu adalah pemberian adiknya supaya timbul perasaan sayang terhadap adik,” kata Awal mengenai usahanya untuk memujuk anaknya itu.-bh

“Saya berdoa dipermudahkan proses hamil kali kedua” – Scha Alyahya selamat jalani operasi buang ketmbuhan

Scha bersyukur selamat menjalani operasi membuang ketmbuhan dalam rahim.PELAKON Scha Alyahya meluahkan rasa syukur selepas selamat menjalani operasi membuang ketmbuhan dalam rahim (endometiosis) di pusat perubatan, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.Menurut laporan Harian Metro, Scha, 37,  dia menyedari masalah yang dialaminya selepas mengalami sakit pinggang dan sakit perut melmpau ketika datang bulan pada Disember tahun lalu.

“Ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani operasi. Scha pernah menjalani operasi sama pada 2013.“Akibat ketmbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melmpau ketika datang bulan.”Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan,” katanya.

Pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya ini pernah menjalani operasi yang sama pada 2013 sebelum hamil anak sulung, Lara Alana.Dalam pada itu, isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini memberitahu dia kini sedang berusaha untuk hamil kali kedua.

Scha berharap dikurniakan cahaya mata kedua.“Meskipun ada penghidap sama boleh hamil, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak hamil lagi.”Jadi, saya berdoa selepas ini dipermudahkan proses untuk hamil kali kedua. Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk hamil, tapi sekurang-sekurangnya saya kena buang ketmbuhan ini dulu,” ujarnya.Pelakon drama popular Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! ini mendirikan rumah tangga dengan Awal pada 2012 dan dikurniakan cahaya mata, Lara Alana yang kini berusia enam tahun.-mstar

Scha Alyahya hamil anak kedua

SEMPENA menyambut ulang tahun kelahiran ke-39 hari ini, pengacara Awal Ashaari berkongsi khabar gembira apabila isterinya yang juga pelakon popular, Scha Alyahya hamil anak kedua.Awal berkata, tiada hadiah lebih bermakna pada sambutan hari lahirnya selain berkongsi kegembiraan itu kepada umum. “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

“Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua. “Kami bakal menimang cahaya mata kedua dan insya Allah, usia kehamilan sudah empat bulan,” katanya.Menurut Awal, dia memohon agar semua pihak agar mendoakan kesihatan dan keselamatan isteri dan anak yang bakal dilahirkan. 

“Doakan Mommy (Scha) dan bayi dalam kandungan sihat dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna. “Syukur ya Allah atas rezeki ini dan doakan yang terbaik buat kami sekeluarga,” katanya.Sementara itu, video berdurasi 38 saat itu memperlihatkan keterujaan anak sulung pasangan itu, Lara Alana yang berkongsi berita gembira mengenai  kehamilan ibunya sambil memegang kit ujian kehamilan.

“Mummy sedang hamil. Saya bakal menjadi kakak kepada adik saya nanti, insya Allah. “Saya akan menjaga adik lelaki saya nanti. Doakan keselamatan Mummy,” katanya.Bagaimanapun Awal mengusik Lara mengenai bagaimana dia mengetahui adik yang bakal dilahirkan nanti adalah lelaki. Secara spontan Lara menjawab, Awal yang memaklumkan perkara itu.

Awal Ashaari, Scha Alyahya menang saman

Awal Ashaari, Scha Alyahya menang saman.KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya berjaya dalam tuntutan saman menuntut ganti rugi RM345,305 terhadap syarikat pengedar minyak wangi, D’Haja (M) Sdn Bhd atas kehilangan hasil jualan minyak wangi ekslusif keluaran mereka.Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Shamsudin Abdullah membenarkan tuntutan saman itu selepas mendapati D’Haja yang dilantik sebagai pengedar dan penjual ekslusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon selaku defendan melanggar kontrak perjanjian ditandatangani bersama pasangan itu. Ketika membuat keputusan itu Shamsudin berkata, apabila pihak-pihak menandatangani sesuatu perjanjian, pihak-pihak tersebut terikat kepada perjanjian tersebut tanpa mengambil kira mereka membaca atau tidak dokumen tersebut.

Beliau berkata salah satu klausa tersebut dengan jelas menerangkan tugas dan tanggungjawab defendan iaitu perlu menjaga nama baik dan reputasi plaintif.”Apabila defendan menerima 20,000 botol minyak wangi daripada Eree International Sdn Bhd adalah menjadi tanggungjawab defendan untuk menjaga nama baik dan reputasi plaintif berhubung minyak wangi tersebut,”katanya.

Sehubungan itu, katanya untuk mencapai maksud tersebut defendan perlu memeriksa setiap botol yang diterima berada dalam keadaan baik.”Daripada keterangan dikemukakan, mahkamah mendapati defendan gagal melaksanakan tanggungjawab apabila mengesahkan mereka tidak memeriksa setiap botol diterima dengan alasan bukan tanggungjawab mereka dan bilangan botol yang banyak,”ujarnya.

Katanya kegagalan itu menyebabkan defendan mengalami kerugian kos pengeluaran, kos pemasaran, kos pelancaran dan kehilangan keuntungan daripada penjualan minyak wangi tersebut.Mahkamah turut memerintahkan defendan membayar faedah lima peratus setahun daripada tuntutan saman itu dibuat, ganti rugi am RM10,000 dan kos RM5,000.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tuntutan balas D’Haja dan memerintahkan Awal dan Scha membayar RM55,000 kepada defendan selepas mendapati plaintif memungkiri perjanjian dengan menjual sendiri minyak wangi itu ke Brunei.Awal dan Scha diwakili peguam Datuk M Reza Hassan manakala D’Haja selaku defendan diwakili peguam Datuk Hasnal Rezua Merican.

Pada 30 April tahun lalu Scha, 35, atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir dan Awal selaku plaintif memfailkan saman terhadap D’Haja (M) Sdn Bhd selaku defendan bagi menuntut ganti rugi tersebut atas dakwaan melnggar kontrak perjanjian berhubung penjualan produk minyak wangi yang dikeluarkan oleh pasangan selebriti itu.Dalam pernyataan tuntutan, pasangan suami isteri itu mendkwa mereka memasuki perjanjian dengan D’Haja untuk tempoh dua tahun bermula 11 Oktober 2016 hingga 10 Oktober tahun ini dan melantik syarikat berkenaan sebagai pengedar eksklusif bagi produk minyak wangi dikeluarkan mereka.

Kedua-dua plaintif mendakwa selaras dengan perjanjian itu, mereka memesan 20,000 botol minyak wangi daripada Eree International Sdn Bhd dan membuat pembayaran berjumlah RM310,000 kepada Eree International melalui dua pembayaran masing-masing pada 11 Oktober 2016 dan 11 Januari 2017 untuk kos pengeluaran 20,000 botol minyak wangi itu.

Mereka mendkwa pada 12 Februari 2017, defendan menerima 20,000 botol minyak wangi daripada Eree International bagi pihak pasangan suami isteri itu dan melalui pesanan penghantaran itu, defendan mengesahkan menerima 20,000 botol minyak wangi dalam keadaan baik dan teratur serta menetapkan harga jualan sebotol minyak wangi pada harga RM55.

Kedua-dua plaintif mendkwa defendan gagal untuk memastikan 20,000 botol minyak wangi yang diterima daripada pengeluar berada dalam keadaan baik dan teratur serta gagal memulangkan 3,215 botol minyak wangi yang dikatakan rosak kepada mereka selain gagal menyediakan rekod transaksi jualan selaras dengan perjanjian berkenaan.Dkwa plaintif, selepas didesak untuk memulangkan kesemua minyak wangi yang belum dijual, defendan memaklumkan kepada mereka terdapat 3,215 botol minyak wangi kononnya rosak dan dihantar semula kepada Eree International.-sh

“Jangan biar orang rosakkannya…” – Awal Ashaari

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Awal Ashaari menasihati mana-mana rakan artis yang ingin mengadakan sebarang kerjasama dalam perniagaan agar mendapatkan nasihat peguam terlebih dahulu.Ini kerana kata Awal, ia sebagai melindungi hak mereka selain mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku seperti mana yang sedang berlaku kepada dirinya.

“Apa yang boleh saya katakan sebelum terlibat dalam sebarang usaha niaga, lebih baik dapatkan nasihat peguam untuk melindungi hak kita kerana sebagai selebriti hanya reputasi yang kita ada.”Janga biarkan orang merosakkannya atas semua kerja keras yang kita lakukan,” katanya menerusi Instagram.

Awal berkata demikan selepas menerima banyak pertanyaan daripada rakan selebriti berhubung kes sebuah syarikat yang didkwa tidak mengikuti kontrak perjanjian pengedaran kedua minyak wangi ekslusif mereka iaitu Blue dan Maroon.Bekas pengacara program Melodi itu dan isteri, Scha Alyahya membuat tuntutan sebanyak RM345,305 daripada pihak terbabit selaku pengedar tunggal minyak wangi itu sejak dua tahun lalu.

Scha dan Awal mahu menuntut hak mereka.Kes itu yang di dengar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan disambung semula pada 15 November ini.Dalam pada itu, Awal berkata, ramai memintanya berkongsi tentang apa yang terjadi namun perlu menghormati mahkamah memandangkan kes ini sedang berjalan di mahkamah.

“Ramai yang tanya nasihat dan nak say kongsi apa yang terjadi, ada juga beritahu telah dihampiri untuk peluang perniagaan baru dan sebagainya.”Saya minta maaf, saya tidak berada dalam keadaan yang membolehkan saya memberi pandangan atau nasihat memandangkan kes ini masih dalam perbicaraan,” katanya.Tags/Kata Kunci:

Banyak pendapat negatif, Awal Ashaari tutup ruangan komen

PENGACARA Awal Ashaari bertindak menutup ruangan komen di semua foto ketika dia menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW 2018) yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya.Suami kepada pelakon Scha Alyahya itu menjelaskan perkara itu dilakukan bagi mengelak segelintir waragnet yang tinggalkan komen-komen negatif di ruangan itu. 

“Saya akan menutup semua komen pada foto-foto sekitar KLFW kerana saya tidak mahu memberi ruang kepada segelintir orang yang seronok menilai, mengkritik dan mengeluarkan kata-kata negatif serta membnci.”Anda boleh pergi ke platform lain. Terima kasih,” tulisnya di Instagram.

Antara komen warganet yang menyebabkan Awal tutup komen di foto KLFW 2018.Awal dan Scha antara selebriti yang hadir dan memberi sokongan terhadap beberapa pereka fesyen tempatan dan antarabangsa pada pertunjukan fesyen yang berlangsung selama seminggu di Pavilion itu.Bagaimanapun, foto-foto yang dimuat naik di laman sosial itu sering mendapat perhatian dengan pelbagai reaksi warganet

Awal dan Scha antara selebriti yang hadir beri sokongan di KLFW 2018.Segelintir warganet tidak menerima dan mengkritik penampilan dan aksi pasangan itu ketika berada di pentas peragaan.Sebelum ini, aktres penampilan Nabila Huda ketika di KLFW 2018 turut mendapat perhatian dan dikritik netizen.Nabila yang mengayakan fesyen ala 1950-an itu dikatakan memperlekeh pemakaian hijap apabila menggayakannya dengan baju sksi.

Awal Ashaari beri amaran pengurus artis larikan wang

PENGACARA dan pelakon Awal Ashaari memberitahu dia masih boleh bersabar dengan sikap seorang pengurus artis terkenal yang melarikan wang miliknya bagi sebuah projek sekitar dua tahun lalu.Awal berkata, dia masih ingin memberi peluang kepada individu itu melunaskan hutang tersebut secara baik namun dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya individu itu masih brdgil.

“Pada ketika ini tahap kesabaran saya masih ada kerana memikirkan dia adalah kawan dan pengurus kepada pasangan selebriti terkenal, jadi saya tidak mahu menutup periuk nasinya dengan mendedahkan namanya.”Tengok dulu dia nak bayar ke tak… saya masih berinya peluang tetapi kalau dengan menggunakan peguam pun tak jalan juga saya tiada pilihan selain membawanya ke mahkamah.

Awal bersama isteri, Scha Al-Yahya dan anak mereka, Lara Alana.“Dia pun saya tengok bukanlah susah orangnya, kehidupannya mengalahkan selebriti jadi rasanya tiada masalah untuk bayar wang saya,” katanya.Awal ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta kenderaan MPV Weststar Maxus bersama isteri, Scha Al-Yahya dan anak perempuan mereka, Lara Alana pada Isnin.

Bekas pengacara Melodi itu sebelum ini pernah mendedahkan di Instagram miliknya mengenai seorang individu yang enggan membayar wangnya dan meminta individu itu tidak melarikan diri.Menjelaskan lebih lanjut perkara itu, Awal berkata, selepas projek tersebut selesai dia meminta individu tersebut menyimpan terlebih dahulu wang bayarannya kerana mempercayainya selain mempunyai kontrak perjanjian.

Bagaimanapun kata Awal, individu itu mula memberikan pelbagai alasan apabila dia meminta wang miliknya sehingga dia terpaksa mendedahkan isu itu di Instagram.Beraya kereta baharu… Schawalara dilantik sebagai duta kenderaan MPV Maxus G10.“Memang kadang-kadang saya biarkan dahulu bayaran yang sepatutnya diterima kerana berpegang kepada kontrak dan atas dasar percaya kepada individu tersebut.

“Tetapi apabila kita baik dengan orang, mereka pijk pula kepala kita dan jujurnya saya memang tak sangka perkara ini terjadi. Ia kali pertama buat saya!”Ini saya sampai terpaksa guna Instagram minta duit saya. Saya pula macam peminta sedekah!,” ujarnya.Tambah Awal, sejak dia membuat pendedahan itu ramai dalam kalangan orang industri hiburan dan selebriti menghantar mesej kepadanya memberitahu pernah menjadi sasaran individu tersebut.

Schawalara bakal meraikan hari raya di Kuala Lumpur.Dalam perkembangan lain, Awal berkata, walaupun menjadi sasaran penpuan rakan sendiri namun dia tetap bersyukur kerana rezekinya dan keluarga bertambah murah.Malah kata Awal, dia sendiri tidak menyangka dia sekeluarga ditawarkan sebagai duta Maxus G10 selepas dia sendiri menggunakan kenderaan MPV itu sejak tahun lalu.

“Sejak ada Lara saya memang mencari kereta yang lebih besar dan tahun lalu saya beli kereta Maxus G10 dan pada awal tahun ini tiba-tiba dapat panggilan mereka ingin ‘upgrade’ kenderaan kami dengan model baru.”Ketika berjumpa dengan pihak pengurusan Weststar Maxus mereka sebaliknya menawarkan saya bersama keluarga sebagai duta.”Saya bersetuju kerana saya memang pengguna kenderaan ini dan ia memang bekualiti dan setanding dengan MPV daripada jenama mewah lain,” katanya.Tags/Kata Kunci:

Awal Ashaari Ke Mekah Selepas Empat Tahun Berhajat

Impian pengacara Awal Ashaari untuk membawa keluarganya mengerjakan umrah akhirnya terlaksana.PETALING JAYA: Pengacara Awal Ashaari tidak menyangka impiannya untuk ke Tanah Suci pada bulan Ramadan akhirnya terlaksana apabila dia bakal berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah pada 12 hingga 22 Jun depan.

Awal berkata, pemergian ke Tanah Suci turut disertai oleh isterinya, aktres Scha Al-Yahya dan anak mereka Lara Alana selain beberapa ahli keluarga yang lain.”Sebenarnya perancangan untuk buat umrah sudah dirancang sejak empat tahun lalu ketika saya dan Scha baru berkahwin.”Bagaimanapun hasrat itu sentiasa tertangguh kerana kesibukan terhadap komitmen kami terhadap kerja.

“Alhamdulillah rupa-rupanya Allah hendak bagi rezeki pergi ke sana pada bulan Ramadan,” katanya kepada mStar Online.Dalam pada itu, Awal berkata, perancangan untuk mengerjakan umrah dibuat pada saat terakhir dan tidak menyangka ada kekosongan untuk mereka sekeluarga.

Awal bersama isteri dan anaknya akan berangkat ke tanah suci Mekah.Kata Awal, dia menganggap ia sebagai satu rezeki apabila urusan tersebut dipermudahkan meskipun rancangan sebelum ini beberapa kali tidak menjadi.
“Kalau belum sampai tiba masanya pasti akan ada sahaja halangan tetapi apabila rezeki itu dibuka oleh Allah perancangan menjadi mudah.
“Alhamdulillah meskipun perancangan saat terakhir tetapi semuanya berjalan lancar dan kami sekeluarga tidak sabar untuk ke sana,” ujarnya.

Sementara itu, Awal berkata, ditetap akan membawa anaknya ke Mekah kerana enggan berjauahan terlalu lama selain dapat membawa Lara melawat ke tempat-tempat sejarah Islam di sana kelak.”Pembantu saya juga akan ikut, jadi ketika kami buat umrah Lara akan tinggal di bilik hotel sahaja dan hanya membawanya ke tempat-tempat bersejarah jika keadaan mengizinkan.
“Apa yang paling penting Lara ada bersama kami kerana saya dan Scha memang tidak boleh berjauhan terlalu lama dengan anak,” jelasnya.

Awal Ashaari Terasa Hati Dengan Scha Al Yahya

Awal memahami perubahan sikap Scha memandangkan isterinya itu sedang mengalami perubahan hormon sepanjang tempoh sembilan bulan mengandung.PETALING JAYA: Pengacara Awal Ashaari mengakui pernah berkecil hati dengan perubahan sikap isterinya, Scha Al-Yahya yang kini sedang mengandung anak sulung.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 32, berkata, bagaimanapun dia memahami perubahan sikap Scha memandangkan isterinya itu sedang mengalami perubahan hormon sepanjang tempoh sembilan bulan mengandung.

“Awal-awal dulu, adalah terasa sedikit dengan sikap Scha yang berubah-ubah, tetapi saya faham sebab perubahan itu berlaku.”Cuma rasa pelik, karakternya yang lasak dan agrsif sebelum ini telah berubah 100 peratus kepada wanita yang bersifat lembut dan feminin.”Malah Scha juga bertukar kepada seorang wanita yang penyabar. Tetapi apabila bercakap perkara ini dengannya, dia akan marah dan tidak percaya dengan apa yang saya katakan mengenai perubahannya itu,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Awal, dia juga teruja melihat perubahan Scha atau nama sebenar Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 31 malah berasa seperti berkahwin dengan wanita lain pula.Dalam pada itu, Awal berkata, dia dan Scha masih lagi belum membuat sebarang persiapan bagi menyambut kehadiran anak sulung mereka yang 

dijangka bakal dilahirkan pada bukan Jun ini.”Scha memang tak mahu membeli barangan bayi buah masa ini. Dia berasa lebih elok jika persiapan dibuat ketika usia kandungan sekitar lapan hingga sembilan bulan.”Selepas bersalin nanti, Scha juga mahu berpantang di kondominium ibunya sendiri kerana senang tidak perlu bergerak jauh berbanding rumah sendiri yang sana sini banyak tangga,” selorohnya.Dalam perkembangan lain, Awal kini sedang merancang untuk membuka sebuah kafe di sekitar Damansara dalam masa terdekat ini.