Majlis akad nikah di Selangor akan dilaksanakan secara sidang video sehingga 26 Januari. Pengarah JAIS terangkan lebih lanjut berkenaan hal tersebut

Berita

Bermula hari ini, majlis akad nikah di Selangor akan dilaksanakan secara sidang video semula sehingga 26 Januari depan.Menurut  Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, kaedah itu hanya dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin dan temujanji tarikh akad nikah oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau di Masjid Pengurusan.

Dilakukan oleh pendaftar, perlu ada wali dan dua saksi bersama pengantin.“Pegawai Tadbir Agama (PTA) setiap daerah akad menetapkan pelaksanaan majlis akan nikah berdasarkan temujanji yang telah diatur.”Tambahnya, perkhidmatan utama ditawarkan JAIS khususnya melibatkan urusan nikah, perpisahan dan rujuk hanya dijalankan secara dalam talian sepanjang tempoh PKP, lapor Sinar Harian.

Malah, ada 10 kaunter talian telefon dibuka di One Stop Centre di Aras Bawah, Bangunan Sultan Idris Shah untuk konsultasi perkhidmatan dan urusan temujanji.“Pelanggan boleh menghubungi talian 0355143600 atau 0355143400 sepanjang waktu pejabat dibuka (Isnin hingga Jumaat).“Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan juga boleh diemelkan ke info@jais.gov.my. Hotline Penguatkuasaan pula dibuka bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.”Untukk rekod, akad nikah di Selangor secara dalam talian diperkenalkan dalam tempoh PKP yang terdahulu pada 20 April tahun lalu.

Mula Hidup Susah Dan Tak Lama Kemudian Hidup Senang. Mengejutkan Sekali Suami Bawa Isteri Baru Masa Majlis Perkahwinan Anak Dan Ini Reaksi Isteri Pertama Dia

Assalamualaikum dan hai to all the readers. Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya buat semua. Aku dah gain 3 kg sejak sambut syawal ni. Hahaha. Ok back to the story, nanti melalut pulak mukadimah aku. Aku Dalila (bukan nama sebenar), berumur 26 tahun dan sudah berkahwin dan beranak dua. Hari ni bukanlah tujuan aku nak ceritakan tentang hal rumah tangga aku, peribadi aku, perihal hari raya,atau apa-apa sajalah. tetapi aku ingin meluahkan pada kalian tentang abah. Ya Abah. Tentang kerinduanku pada insan yang bergelar abah.

Abah aku seorang askar, abah kuat, abah gagah perkasa. Selalu waktu kecik, abah selalu bercerita pada kami pengalaman dia masa rekrut, pengalaman dia masuk hutan, pengalaman dia jaga sempadan, pengalaman dia semua best-best la bagi aku dan adik-adik aku ni.

Sampaikan kami 4 beradik berebut-rebut nak jadi askar macam abah bila kami besar nanti. Aku ingat lagi dulu, kami tak ada kereta, abah beli kereta corona secondhand buruk sebab katanya nanti senang aku dengan mak nak balik kampung, tak payah susah-susah naik bas lagi.

Masa aku 4 tahun, mak beranakkan adik aku, Dina. Masa tu ekonomi gawat, abah tak cukup duit, makanya terpaksa abah jual kereta kami demi menampung kelangsungan hidup. Dina pulak dilahirkan tak cukup bulan, Dina sakit kulit, merata-rata abah dengan mak bawak Dina berubat. Syukur Alhamdulillah sekarang Dina dh pulih dari sakit kulit dia dan dah membesar jadi anak dara yang cantik.

Selang dua tahun, mak beranak lagi. Kali ni adik aku kembar dua orang lelaki. Adam dan addin. Adam dengan addin rapat betul dengan abah. Tidur nak dengan abah, tengok tv nak dengan abah. Pendek kata semua benda nak kena ada abah. Abah pun memang pandai melayan anak-anak.

Tiap-tiap hari sabtu, abah pinjam kereta jiran, bawak kami pergi pasar malam, beli ayam goreng, popcorn. Nanti balik rumah, mak dah siap tanak nasik, abah akan suap nasik panas-panas dengan ayam goreng dan kicap kat semua anak-anak termasuk mak sekali. Abah suap nasik sedap sangat. Menambah-nambah kami semua makan.

Lepas makan nasik, masing2 akan ambik mangkuk sorang satu, nanti abah bahagikan sama rata popcorn yang beli kat pasar malam tadi. sebungkus seringgit harga popcornnya. Abah bahagi 4 bahagian pada anak-anak sama rata. Abah dengan mak kongsi makan berdua sebungkus. Alasan abah, budak-budak tak boleh makan popcorn banyak-banyak. Nanti sakit gigi. Betapa segala memori itu mengigit segenap hati..

Selepas Adam dan Addin 4 tahun, abah berhenti jadi askar, katanya nak balik kampung, nak cuba nasib berniaga kat kampung. Kami sekeluarga pindah, ke rumah yg tak siap wiring, tak ada lampu, tak ada kipas. Tapi adanya abah pada masa tu, kami rasa selamat.

Abah buat wiring sendiri, lama2 rumah yg kami diami semakin cantik. Abah rajin bertukang. Pagi-pagi abah berjual nasik lemak yang mak masak, jualan semakin hari semakin laris, menu pun semakin bertambah. Tiba-tiba, ada orang tak puas hati pada abah, seminggu berturut-turut nasi lemak jualan abah basi pada pukul 6.30 pagi, orang tak nampak abah bukak gerai. Abah takut ambil risiko, dia ambil keputusan nak berhenti berniaga, abah cuba nasib minta kerja masuk kerajaan semula. Alhamdulillah, abah berjaya dapat jawatan kerani kat sebuah universiti awam.

Dalam masa yang sama, abah tekad sambung belajar. Masa ni keluarga kami susah, abah sibuk belajar, abah selalu pesan pada mak dan anak-anak, jangan risau, abah buat semua ni untuk masa depan kita, untuk kesenangan kita nanti.

Walaupun hidup kami kais pagi makan pagi kais petang makan petang, kami bahagia. Sungguh bahagia. Petang-petang abah bawak kami sekeluarga beriadah di taman, hujung minggu abah kerap bawa kami mandi sungai. Bahagiakan kita waktu itu abah, walaupun tanpa wang ringgit..

Pada awal tahun 2013, aku dapat tawaran sambung degree, sekampus dengan abah, yang masa itu abah sedang dalam final year nak habiskan master. Aku bangga dengan abah, anak orang kampung yang repeat spm tah berapa kali, berjaya sampai ke tahap ini. Abah waktu ini pun dah bukan lagi kerani, abah dah jadi pensyarah part time di salah sebuah universiti awam jugak.

Long story short, kehidupan kami sekeluarga dah jadi sangat banyak berubah. Abah dah jadi orang berduit, entah kenapa aku rasa abah semakin menjauh dengan kami sekeluarga. Tahun 2014 aku kahwin, abah bawa kejutan di hari bahagia aku yang akan aku kenang sampai bila-bila. Abah bawa isteri muda dia. Yang muncul entah dari mana-mana. Yang kami tak pernah tahu akan kewujudannya. Yang umurnya 3 tahun muda dari abah.

Mak hampir rebah, tapi mak gagahkan diri sebab malu pada semua orang. Malu pada tetamu yang datang, malu pada semua. Aku dah rasa macam taknak kawin masa tu. Terkejut sedih marah, semua ada. Adik aku yang kembar baru umur 15 tahun masa kejadian.

Tiba-tiba kami semua berfikir.. Patutlah abah dah tak nak suap kami macam dulu-dulu lagi.. Patutlah abah selalu suruh aku dan Dina ambil lesen kereta cepat-cepat dengan alasan senang nak bergerak kemana-mana kalau dia outstation.. Patutlah abah selalu balik lewat.. Dan macam-macam lagi alasan yang menyiat-nyiat hati dan sanubari kami sekeluarga.

Mak kemurungan, hampir 3 bulan mak cuba nak lawan kemurungan mak, end up mak mengalah. Kalau betul dah itu jodoh abah, mak terima. Tapi mak cuma mintak abah adil. Mak tau abah mampu dari segi kewangan, sebab tu mak relakan. Kuat dan tabahnya mak.

Mak tiri aku cantik. Aku tak nafikan. Dia orang bekerjaya, berpangkat, Jauh berbeza dengan mak, seorang suri rumah yang bekorban masa dan tenaga jaga anak-anak. Tapi bagi aku dia tak patut. Tak patut hadir di saat ini. Umpama dia hadir di waktu dan masa yang salah. Dia juga ada tuduh aku guna-gunakan abah, sumpah anak dalam kandungan aku tak sempurna. Tapi tak apa lah, tu cerita lain kali, aku dah malas nak cerita pasal dia.

Sejak tahun lepas, abah makin berubah. Abah dah jarang balik rumah mak. Kadang-kadang aku drive jauh dari rumah aku ke rumah mak, harapan aku nak spent time dengan mak dan abah. Tapi selalunya aku hampa, hanya mak sorang sambut aku dengan senyuman di muka pintu. Aku sahut senyuman mak, dalam masa yang sama, hati aku cari abah.

Sekarang hampir 8 bulan aku tak jumpa abah. Facebook abah pun dah lama aku tak nampak. Aku whatapp pun dah tak berbalas, aku call pun dah tak berangkat. Raya ni pun aku cuba nak call abah tapi hampa. Hingga malam raya ke 3, aku bukak akaun fb fake, cuba search nama abah. Tuptup, ada! Ya Allah.. Rindunya aku pada abah.

Raya pertama abah tukar gambar profile, dengan isteri kedua dia, dan anak-tiri dia, 4 orang juga sama macam adik beradik aku ; 2 perempuan dan 2 orang lelaki. Rupanya selama ini abah block fb aku. Aku tak tau nak rasa sedih ke, marah ke, kecewa ke. Yang aku rasa sekarang hanyalah kosong.

Mungkin abah rasa abah dah jumpa pengganti mak dan semua anak-anaknya. Mungkin abah dah tak sayang kami, mungkin abah anggap kami merimaskan abah dan keluarga baru abah. Tetapi percayalah abah, kami merindui abah. Sangat-sangat rindu.

Abah ada bank in 2500 pada mak setiap bulan untuk segala perbelanjaan mak dan adik-adik, tapi mak cakap dah 7 bulan abah tak balik. Kenapa abah sanggup buat kami macam ni. Kadang aku rasa macam tak percaya. Benarlah orang kata, kebenaran itu menyakitkan.

Semoga suatu hari nanti, Allah satukan keluarga kita semula, dan kita bahagia macam dulu-dulu. Aku rindu abah suap nasik, rindu menyanyi ramai-ramai dalam kereta, rindu mandi sungai ramai-ramai. Benarlah, kadangkala kehidupan berduit itu yang merupakan ujian buat kita. Abah, raya masih bersisa. Abah baliklah, ila rindu nak cium tangan abah, nak peluk abah.

PS : admin EM berpendapat wanita diuji bila lelaki tidak punyai apa2 , manakala lelaki diuji bila ada segalanya. Sayang kenangan semasa susah dahulu dihapuskan oleh isteri muda yg tidak berhati perut. Inshaallah satu hari nanti abah anda akan kembali ke pangkuan keluarga

Dapat Isteri Labuh Dan Kuat Agama Tapi Suami Kurang Bab Agama.Sampai Satu Tahap Isteri Tak Kasi Suami Keluar Dan Ini Yang Suami Dia Buat

Assalamualaikum semua, Hari ini aku nak buka luahan hati kecil aku sebagai seorang lelaki. Ya, aku menaip ejaan dengan penuh bagi memudahkan mereka membaca luahan aku ini. Aku sudah pun berkahwin. Dan kemungkinan ramai yang mengkritik aku setelah apa yang aku luahkan. Aku jadikan ia sebagai satu pengajaran bagi aku dan semua. Aku berkahwin dengan seorang wanita. Baik orangnya. Bertudung labuh. Berpurdah. Sangat cantik di mata aku. Lagi lagi dia berlesung pipit di pipi gebunya itu. Setiap kali memandang ada iras iras juliana evans Itu bukan kisah yang aku nak ceritakan.

Kami bertemu di masjid kampung aku. Waktu itu bulan puasa 4tahun lepas. Dia pergi sembahyang tarawih di masjid itu begitu juga aku. Hati aku berkenan melihatnya. Aku senyum setiap kali dia terpandang aku, Tapi dia menjeling kepada aku. Lalu aku menyatakan hasrat aku untuk jadikan dia zaujah dunia akhirat aku. Aku ringkaskan saja. Punya lama aku mahu dapat si dia. Akhirnya Allah berikan aku jua dia kepada aku. Aku ni tak baik mana. Aku selalu minum, pergi kelab. Menjual barang tak dibenarkandadah sana sini. Tapi aku bukan kak1 perempuan. Sejhat jhat aku, aku belum lagi berziina. Kenaklan aku itu saja. Itu semua kerana aku salah pilih kawan.

Tapi itu dulu, Aku sudah pun bertaubat. Bulan demi bulan. Aku dinikahkan dengan si dia. Perkahwinan kami tahan selama 4 tahun sahaja. Dalam masa itu, aku tahu aku banyak buat kesalahan. Dia? Jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang isteri, Masakkan dia sungguh memberi aku selera bertambah. Kawan kawan aku yang rasa setiap masakkan dia. Penuh dengan memuji. Isteri aku memang pandai memasak. Membuat kuih kek dan sebagainya, Dan dia tidak pernah meninggikan suara dia apatah lagi lawan cakap aku.

Ya, banyak kali aku menngking dia. Tapi dia? Senyum dan memujuk aku. Sejuk hati aku. Sangat tenang melihat raut wajahnya. Dan selama perkahwinan kami. Setiap kali aku menngking dia hanya satu sebab saja. Dia tak kasi aku keluar melepak dengan sahabat aku. Yalah. Aku kenal kawan aku dulu dari dia. Itu kata aku setiap kali dia memujuk ku agar tidak keluar dari rumah. Dan sampailah satu tahap. Aku terlalu geram. Waktu itu dia sedang membkr satay yang diperapnya. Aku laju melulu ke pintu tanpa menoleh sikit pun pada dia.

Dia mencapai tangan aku dan menarik tangan aku. Ayat dia selalu ungkap pada aku “abang.. Sudahlah tu pergi keluar. Dah malam. Janganlah tinggal saya seorang abang. Temanlah saya malam ni”. Aku geram. Ya aku terlalu geram. Sampai aku memberontk kepada dia. Sambil malam itu aku mencabar dia. Ya Allah Kijam sangat aku terhadap isteri ku, Aku menyuruh dia letakkan tangan di atas pemnggang satay jika betul dia tidak mahu mengizinkan aku keluar. Lalu apa yang dia buat? Malam itu dia letakkan tangan dia di atas pemanggang itu.

Aku penuh memki hamn pada dia. Dan menyatakan dia tiada akal. Lalu aku pun pergi keluar seperti biasa pada malam itu. Tanpa Hiraukan kesakitan dia itu. Aku tidak mempunyai anak. Kerana aku rancang. Aku belum sedia mempunyai anak. Dan aku tak berapa suka budak². Aku pun balik waktu subuh. Ya, aku buat perangai lama aku balik. Ini semua sebab kawan. Aku melihat isteri aku tengah solat di bilik. Dalam keadaan sujud. Aku biarkan. Dan aku mandi lalu terus menjunam ke katil. Biasanya isteri aku lepas saja solat. Dia akan datang pada aku. Memberi segelas minuman air 30juz. Itu isteri aku buat sendiri.

Ya, dia seorang hafizah. Penghafal al quran. Aku tahu, aku tak layak. Sungguh aku tak layak buat dia. Dia bidadari syurga manakala aku ahli ner4ka. Dari segi nafkah, aku abaikan. Isteri aku jenis bukan suka meminta minta. Dia mahu, dia usaha. Jadi aku tahu dia ada duit. Ya duit dia menang pertandingan hafazan. Setiap kali dia lawan hafazan di mana mana. Jadi selama aku makan. Dia yang belikan. Duit aku? Aku minum, j0li sana sini dengan perempuan.

Aku menunggu dia datang menerpa aku. Tapi.. Tidak.. Aku sangka mungkin dia merajuk pada aku.. Aku pergi ke bilik satu lagi.. Aku membuka pintu. Ya Allah, Isteri aku tak gerak gerak dari sujudnya. Aku goyangkan dia. Akhirnya j4sad dia terjatuh tenat. Aku seakan tak percaya. Apa kah dia tinggalkan aku. Apakah dia sanggup tinggalkan aku. Ya Allah. Banyaknya kesalahan aku buat pada dia. Sampaikan dia sepatah pun tidak pernah ingkar cakap aku.

Itu saja kisah ringkas aku. Aku menaip dengan air mata. Aku tak sanggup taipkan apa kesalahan aku pada dia lagi. Aku tak sanggup tenanglah wahai istri aku. Tenanglah kau di sana. Assalamualaikum.

Sumber:kisahjalanan

Isteri Dapat Nafkah Sehari RM50. Isteri Selalu Berkira Dengan Keluarga Suami Tapi Suami Pula Sebaliknya. Ahir Sekali Ini Yang Suami Dia Buat

Saya merupakan seorang suami dan ayah kepada 3 orang anak. Isteri saya tak bekerja. Saya tak nafikan isteri saya sangat bagus dalam mengurus rumahtangga. Cuma, yang menjadi persoalan dan pertanyaan saya yang belum terjawab. Benarkah dalam kehidupan berumahtangga pada pandangan orang, pemberian saya pada isteri RM50 sehari itu seperti tidak memberi apa – apa?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera admin. Mohon post dan hidekan identiti saya ye. Saya nak lihat pandangan dan pendapat para pembaca dalam kalangan mereka yang berpengalaman di Facebook. Saya seorang suami kepada 3 orang anak dan isteri saya tak kerja. Nafkah dari segi duit belanja saya tak bagi setiap bulan tapi setiap hari., RM50 sehari. Paling kurang dalam 20 hari mesti bagi RM50, jika kerja saya full 31 hari, 31 hari tu la saya bagi RM50 setiap hari.

Duit rumah, bil api, bil air dan belanja dapur semua saya bayarkan. Termasuk dengan kereta, motor semua saya dah habis bayar, cuma belum ada rezeki nak beli rumah sendiri tapi masih mampu menyewa tanpa menumpang dengan mana – mana ahli keluarga. Persoalan saya di sini, betul ke RM50 tu tak cukup dan tak memberi nafkah pada pandangan korang?

Saya ni bergeIut setiap hari kerja untuk ubah taraf hidup, nak kukuhkan ekonomi, nak gapai impian memiliki rumah sendiri tapi isteri saya seakan tak nampak apa yg saya tengah usahakan. Dan yg paling buat saya s4kit hati, isteri saya terlalu berkira dengan keluarga sebeIah saya sehingga sanggup mengeluarkan kata – kata h1naan. Tapi jika sebeIah keluarga isteri, saya memang langsung tak berkira. Kalau saya buat sesuatu perkara kat keluarga isteri saya, memang boleh senyum sampai telinga isteri saya. Tapi, bila sebeIah keluarga kandung saya sendiri, isu kecil boleh jadi isu besar sampai tahap kesabaran saya hilang..

Saya sebenarnya dah banyak kali ajak isteri ke pejabat agama untuk kaunseIing tapi tak pernah dia nak pergi. Saya telah bagi terlalu banyak peluang kepada isteri saya, bukan sekali 2, bukan 10 atau 20 kali tapi dah tak terkira. Sampai 1 tahap, bila kesabaran saya dah hilang memang saya naik tangan untuk sedarkan isteri tentang sikap dia tapi masih tak ada perubahan dengan mulut dia. Saya pun dah malas nak pukuI ke atau cakap, jalan terakhir saya hantar isteri saya semula ke rumah orang tua dia tapi bila dah sampai dia pula tak nak turun. Saya pun tak tahu apa sebenarnya yang dia mahu..

Sambungan.. Saya nak jawab sedikit soalan dan pertanyaan dari pembaca dan pengomen yang budiman. Berkaitan RM50 sehari yang saya bagi pada isteri saya, pemberian itu adalah khas untuk diri dia. Segala barang dapur kering dan basah itu tanggungjawab saya. Jika isteri ada terbeli barang dapur saya akan gantikan semula duit dia walaupun dia tak minta. Terus terang saya katakan, isteri saya ni sangat bagus dalam mengurus rumahtangga, sangat bagus!

Cuma, yang menjadi persoalan dan pertanyaan saya yang belum terjawab. Benarkah dalam kehidupan berumahtangga pada pandangan orang, pemberian saya pada isteri RM50 sehari itu seperti tidak memberi apa – apa?