Mak hantar belajar mengaji dekat rumah orang sebelah. Mengejutkan bila nak balik tu tiba tiba ustaz tu pegang sesuatu pada badan adik sambil senyum.

Kehidupan

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Kalau kita dengar sahaja ustazah ataupun ustaz mestilah kita menyangka yang baik-baik sahaja. Alim, mempunyai personaliti yang baik, malangnya tidak semuanya sama seindah mana yang kita sangkakan. Saya ada sebuah cerita mengenai satu keluarga ini yang mengaku diri mereka ustaz dan ustazah. Nak dipendekkan cerita, mereka ni jiran baru di sebelah rumah saya.

Pertama kali mereka melawat rumah kami saya sudah merasa ada yang tidak kena dengan mereka. Pada hari pertama dia memasuki rumah kami, terus membahasakan dirinya ‘ana’ kononnya dia orang alim-alim. Terus menyatakan ingin membesarkan lagi rumahnya, tidak mahu kecil seperti rumah kami. Seolah-olah mengejek rumah kami yang tidak begitu besar itu. Tapi akhirnya indah khabar dari rupa, cakap je besar, habuk pun takda.

Pada mulanya kami sekeluarga sangat rapat, ayah aku sudah malas nak brbalah lagi dengan orang walaupun aku tahu ayahku panas baran orangnya. Semakin lama semakin rapat apabila ayah aku minta tolong dia hantarkan aku sekolah. Kebetulan anak dia juga sekolah sekali dgn aku.

Haish sebenarnya aku tidak mahu turun sekolah bersama dengan anak dia. Bab sekolah pula, dia hantar aku bukannya free bayar tambang lagi, sudahlah dia minta bayar bapak punya mahal, rm60 untuk seorang, padahal aku dengan anak dia sama satu sekolah. Adik-adik aku yang lain bapak yang hantar.

Bab mengaji lain pulak halnya, kami adik-beradik bapak hantar mengaji dengan dia yang kononnya ustaz tu. Mula-mula tu ok je, banyak jugaklah budak yang mengaji dia. Lama-kelamaan keluar sifat dia yang sebenar menyebabkan ramai yang berhenti belajar ngaji dengan dia.

Yang aku menyampah sangat bila dia puji anak-anak dia pandai mengaji dari kami semua. Dah tu anak pun sama perangai dia, kembang hidunglah. Apa lagi mestilah bangga riak takbur kena puji. Masing-masing belagak. Pastu perlekehkan kami beradik.

Tu perangai anak-anaknya. Perangai bapak dia lagi sakan. Pernah sekali dia ajarkan aku niat mandi hadas yang betul. Lepastu dia cakap “ni baru niat mandi hadas, belum lagi cara-cara nak puaskan suami ketika kita haid” sambil dia senyum dengan aku.

Korang bayangkan dia cakap macam tu dengan budak 15 tahun?? tidak masuk akal! Maccam ustaz ke korang tengok. Lepas tu aku dah takut nak dekat dengan dia, takut nak cakap dengan dia. Nak tengok muka dia lagi aku seram akan tetapi aku diamkan je tak berani nak cakap kat mama ayah aku.

Dah menjadi kebiasaan apabila selesainya mengaji mestilah kita bersalam dengan ustaz mengaji kan. So kami bersalamlah dengan dia, sempat lagi dia menepuk punggung adik aku dahlah depan anak dia buat. (Kami tiga beradik semua perempuan) Lepas dia buat tu sempat lagi di tersengih senyum. Aku tak faham ustaz jenis apa itu mana pergi nilai murni seorang ustaz. Manusia seperti inilah memalukan umat Islam kita.

Lama kelaman dia jadi semakin teruk dia control kami sekeluarga . Dia pernah nampak aku menunggang moto jalan-jalan area taman dan selepas itu sound ayah aku supaya jangan benarkan aku main moto termasuklah juga haritu di sound adik aku jangan main kat luar, duk rumah je mengaji. Sibuk duk jaga anak orang anak sendiri tak di jaga.

Haritu sukahati dia je nak sound ayah aku cakap tak nak ambik aku lagi sebab pernah satu kali tu aku balik lambat sebab aku ada PMR. Sejak haritu aku sanggup tunggu ayah datang pkul 5, lambat pun takpe. Dia ingat dia siapa, tambang ambik aku ayah bayar, kita orang mengaji pun bayar bukan free. Ayah pula baik sangat dengan family dia orang selalu bawak keluar makan, tapi sekali pun dia tak pernah cakap terima kasih.

Mana pergi adap seorang ustaz?? Dahlah haritu dia fitnah mama aku cakap mama aku larang kita orang mengaji dengan dia. Sebenarnya kita orang yang tak tahan mengaji dengan dia. Lepas tu, ayah aku dah tak harapkan dia lagi. Kami dah tak rapat. Ayah aku pun malas nak layan orang yang kononnya baik tapi pandai ambil kesempatan. Kami dah jarang bertegur.

Sejak dari itu kami selalu brbalah mulut dengan mereka, sampai hari tu dia mengungkit aku makan kat rumah mereka. Sampai macam tu sekali, aku tak sangka mereka sebusuk itu hatinya. Kalau aku tau dia mengungkit sampai macam ni, aku rela berlapar tunggu ayah aku balik kerja haritu.

Sejak kejadian itu, ayah aku dah simen kan penuh parking rumah kami. Tak ingin mengadap muka mereka lagi! Tapi Allah lebih sayangkan ayah aku, dia dulu pergi tinggalkan kami semua. Selepas ayah aku pergi, aku ingatkan dah habis drama orang sebelah rumah ni. Rupanya lagi teruk perangai mereka, dah keluar dah “tanduk”.

Malam tu aku dah dengar bunyi bising depan rumah. Tapi kami abaikan je. Tiba-tiba aku nampak tong sampah kami dah ada nun jauh di depan sana! Aku dah syak ini kerja sapa. Mana ada orang tak betul selain orang sebelah lah.

Aku tarik balik tong sampah masuk rumah. Sabar aku dah sampai hadnya. Mereka ni dah melampau, mengamuk aku bagai dirasuk syaitan!. Apa nak jadi, jadilah! Muncul bapaknya berjalan kaki balik dari surau. Dalam hati, “baguslah, bapak balik dari surau, anak jadi setan kat rumah”.

Bapaknya kata tong sampah kami busuk. Disuruhnya kami simpan tong sampah kat dalam. Angin selalu tolak bau tong sampah tu sampai rumah dia. Bodoh ke ape. Entah-entah gla ka apa orang tu ni? Nama pun tong sampah. Takkan nak bau wangi macam perfume pulak? Pastu hero pun datang lah tendang pagar rumah mereka.

Anak jantan dia warning kami jangan kurang ajar sangat. Mentang-mentanglah kami sekarang ni dah tinggal semua perempuan. Anak dengan bapak sama je cakap besar. Bapak borek anak rintik. Tak cukup dengan anak dia bini dia pulak tepekik depan rumah kami.

Yang bagusnya, elok je anak bini nya keluar bising-bising dekat kami, si bapak boleh masuk dalam rumah buat macam tak bersalah. Malaslah nak layan orang gla nanti kita sendiri pun gla. Nasihat aku janganlah terlalu baik dengan orang, jangan cepat percaya, sentiasa berwaspada dengan orang sekeliling. Tak semua orang baik, tak semestinya wajahnya alim dia baik, tak semestinya dia macam gangster dia jahat. Don’t judge by it cover.

Gadiis Ni Ingat Abg Tiiiri Dia Cuma Nk Tunjuk Kt Dia Lukisan Yg Lawa Lawa. Tetiba Sesuatu Berlaku Sekelip Mata Kt Ruang Tamu Yg Membuatkan Sampai Sekarang Gadiis Ni Masih Terasa.

Zaman kanak-kanak saya, bagi saya ada waktu gembira dan ada waktu duka… jika mahu diputarkan masa.. tentu saya tak ikut kawan saya main pondok-pondok. Peristiwa pertama yang kena pada saya apabila kawan saya tapi tak rapat sangat sebab dia lelaki dan dia panggil saya, dia tanya saya mahu gula-gula tak?

Saya kata okay boleh.. umur saya waktu tu baru 8 tahun tak faham apa.. Dia minta saya dekat dengan dia… dia sentuh saya, waktu tu saya tak faham tapi saya tak selesa lepas tu saya lari. Sejak dari itu saya memang tak pergi dekat dengan lelaki tersebut.. saya jadi benci dan menyampah.

Namun, saya masih berkawan dengan adik perempuannya, jika difikirkan semula inilah perkara terbongok yang pernah saya buat, sebab satu hari perempuan itu ajak saya temankan dia pergi main pondok-pondok. Saya ikut dia, kat situ ada dua budak lelaki menunggu, mereka kata nak main kena masuk dalam semak.. semak tu mereka bersihkan dan cantikkan macam pondok.. Saya kata tak mahu saya temankan sahaja.

Saya jadi takut.. kawan perempuan saya bagitahu dia tak nak main kalau saya tak join sekali. Akhirnya saya setuju… (tarik nafas ketika saya menaip ini, penyesalan yang paling hebat saya rasakan). Apabila perempuan itu selesai, tiba giliran saya..

Hanya sekali kemasukan sahaja sebab riuh dekat luar pondok.. rupanya budak perempuan itu panggil orang lain maklumkan sahaja tengah main dengan budak lelaki. Perkara ini sampai ke pengetahuan mak saya, patah riuk saya kena tibai dengan mak.

Mak saya sangat kecewa dia ibu tunggal, kami 3 beradik semua perempuan..mak mestilah bimbang bila perkara ini berlaku.. saya menangis dan meraung, saya jadi sasaran tapi malu sgt sebab ada orang sindir-sindir saya, namun nasib baiklah mereka yang membesar dengan saya ni kebanyakkan dah pindah, dan saya pun bukan tinggal di sana, sebab sambung belajar jadi tak adalah yang sebarkan sgt

Peristiwa hitam saya bukan berakhir di situ sahaja, kisah hitam saya yang betul-betul terjadi selepas mak saya berkahwin lain, saya dapat seorang kakak tiri dan seorang abang tiri. Ketika itu saya berumur 11 tahun. Waktu tu masih lagi mentah tak seperti sekarang budak-budak dah faham macam-macam. Saya tak faham pun sentuhan selamat atau sentuhan tak selamat. Abang tiri saya seorang baik, dia tak datang secara kasar dekat saya.

Ketika itu saya rasa seronok sebab saya tiada abang. Dia tunjukkan lukisan yang cantik, saya minta pada dia lukiskan sesuatu untuk saya. Ketika inilah dia ambil kesempatan pada saya. Seingat saya dalam 3 kali macam tu. Saya bongok sangat bongok tapi saya masih tak faham perkara itu adalah ‘sentuhan tak selamat’ ataupun disentuh secara terpaksa. Saya tak tahu pun itu adalah sentuhan jahat yang paling pahit, kawan abang tiri saya pun pernah sentuh saya.. peristiwa itu berlaku kat ruang tamu.

Apabila saya menginjak dewasa, mak saya masukkan saya ke sekolah agama. Di situ saya baru tahu tentang bersetubuh, tentang hukum dosa dan pahala. Waktu tu saya rasa jijik sangat diri saya, walaupun dah lama berlaku.. sebab abang tiri saya berhijrah dan pergi cari kerja luar.

Kadang-kadang aje balik, jadi kejadian itu berlaku setakat itu sahaja. Saya datang haid ketika tingkat 2, hari-hari saya jadi resah, saya takut saya mengandung sebab dah baligh (trauma, seakan-akan sperma masih ada dalam badan walaupun dah beberapa tahun berlaku).

Jika abang tiri saya pulang, kadang-kadang tiada orang lain di rumah saya akan pergi melepak kat kedai kopi depan rumah, nasib baik tauke suami isteri tak adalah kekok. Saya takut kalau saya bertembung dengan abang tiri dan kawan dia.. saya takut nak keluar dengan siapa-siapa.

Kalau dia ada depan mata, saya akan bergaduh dengan dia berlawan lidah, pernah sekali dia hampir nak kasari saya. Saya rasa benci dekat dia teramat sangat, sangat menyampah sehinggakan saya bernazar kalau dia pergi buat selamanya dengan dahsyat saya akan puasa satu hari. Memang dia dahh tak ada sekarang tapi sakit lain.

Selepas beberapa tahun, ketika berumur 19 tahun ada seorang lelaki jatuh cinta pada saya, selepas setahun dia mengorat baru saya terima cinta dia.. sebab saya rasa saya tak layak. Dia bernasib baik ditawarkan ke Mesir dan saya pula dapat tawaran universiti tempatan.

Waktu ini saya memang jaga peribadi, kami tak pernah berbicara perkara bernafsu. Hari- hari saya berdoa agar Allah jaga saya. Sebenarnya saya tak tahu pun wanita ada tanda ‘dara’. Ketika berada di Universiti baru saya tahu.. Waktu itu saya menangis teresak- esak, saya rasa sangat tidak adil, saya dah jaga diri tapi saya tetap rosak.. walaupun saya sendiri tak ingat tentang cairan merah yang berlaku. Tapi saya yakin saya sudah tiada dara.

Berbulan- bulan saya berfikir, akhirnya saya ambil keputusan putus dengan kekasih saya yang berada di Mesir. Dia pujuk saya, minta masa sebulan pada saya untuk dia balik dan meminang saya (kiranya nak bertunang). Sebab dia ada setahun lagi nak habiskan pengajian.

Tapi saya keraskan hati, saya rasa saya tak layak untuk dia, saya tukar nombor telefon dan sebagainya. Sejujurnya saya tutup pintu hati saya beberapa tahun. Dia cari saya tapi saya lari, lama-lama dia mengalah dan menganggap saya mungkin ada penganti. Iya itu yang terbaik untuk dia.

Kini, saya telah berkahwin dan memiliki 2 orang cahaya mata, suami saya pun tak tahu kisah saya ini. Saya berkenalan dengan suami, dia seorang yang nakal pernah melalui zaman remaja dengan bahan terlarang dan hampir nak tidur dengan perempuan lorong. Saya terima dia seadanya.. di sini saya berlakon menjadi seorang Muslimah yang menerima dia. Dia rasa bersyukur wanita yang baik (dipandangan dia) tidak kisah akan masa silam dia.

Waktu hampir kahwin saya pernah tanya suami, kalau awak kecewa dengan saya selepas kahwin macamana? Dia cakap dia sudah rasa bertuah sebab saya sudi kahwini dia. Ketika itu saya tawakal pada Allah.. peristiwa ketika berumur 11 tahun.. kali terakhir terjadi, tapi sejak itu saya jaga peribadi, bersentuhan pun tidak, berduaan pun tidak.. saya berdoa pada Allah agar Allah jaga aib saya. Alhamdulillah Allah pelihara diri saya dan sehingga kini suami tidak tahu saya wanita yang penuh peristiwa hitam. Doakan semoga aib ini kekal sebagai rahsia sehingga bilaa bilaa.