Makan ubat susutkan berat badan. Wanita buka cerita pengalaman pahit kaki tangan kebas tak mampu pijak tanah.

Keselamatan Kesihatan

Masyarakat kita mudah mempercayai bahawa ubat atau suplemen tambahan yang diiklankan melalui media sosial mampu menyelesaikan masalah mereka dalam masa singkat. Walaupun banyak kempen kesedaran sudah dibuat, kemahuan untuk nampak cantik akhirnya membuatkan ‘mata tertutup’ daripada membayangkan kesan buruk pada kesihatan.

Mulut dah tak boleh bercakap… Kaki tangan dah kebas pijak tanah pun tak rasa

Seorang wanita berkongsikan pengalaman pahitnya selepas mengamalkan ubat menurunkan berat badan di TikTok. Menurutnya, organ dalamannya hampir rosak ditambah pula mulutnya sudah sukar untuk berbicara. Dia terpaksa menggunakan kerusi roda kerana tangan dan kakinya berasa kebas setiap kali cuba menjejak ke tanah.

Alhamdulillah sembuh dalam masa seminggu… Yang nak makan ubat macam tu stoplah sayanglah organ korang

Wanita itu akhirnya dimasukkan ke pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan. Namun selepas itu, dia meminta izin untuk pulang bagi berubat secara secara tradisional pula. Berkat kesungguhannya itu, dia beransur pulih dalam masa seminggu. Sebagai seorang testimoni yang kurang bernasib baik, pemilik video itu menasihati warganet agar menghentikan pengambilan ubat sedemikian serta-merta.

Saya pernah makan lepas tu jantung laju gila… Terus stop sampai sekarang

Rakaman berdurasi 15 saat  tersebut telah menerima 900 ribu jumlah tontonan sejak dimuat naik kelmarin. Meninjau ke ruangan komen, rupa-rupanya ada juga warganet lain yang terpaksa berdepan dengan kesan buruk mengamalkan ubat-ubatan seperti itu.

Sumber: TikTok MasturinaDania

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.