Malam lepas dh nikah tu isteri tiba tiba cakap nk buat benda ni mlm pertama. Berani dia minta buat bnda tu sampai ibu ayah dia dengar pun sakit kepala dgan perangai ank sendiri.

Kisah Rumah Tangga

FOTO SEKADAR HIASAN.

Assalamualaikum. Sebenarnya luahan aku ni biasa je dalam kalangan masyarakat dalam dunia ni. Tapi aku nak cerita jugak supaya bg orang sedar the reality of life. Aku Ain (bukan nama sebenar) umur baru 27 tahun dan dah 2 tahun kahwin. And aku jugak degree students dekat UM , grad tahun 2012.

Dan pernah kerja di Petronas MTBE Gebeng, Kuantan selama 2 tahun masa bujang as a secretary. So lepas aku kahwin aku decide nak berhenti kerja and ikut suami aku balik Gombak sebab dia and family org Gombak. Bos aku tak bagi sbb dia cakap skrg peluang kerja payah. Besides, beliau suruh bakal suami aku waktu tu jadi weekend husband macam dia.

Tapi aku bertekad berhenti jugak. Sebab bagi aku apa guna kahwin kalau duduk jauh. Kedudukan isteri paling baik adalah di samping suami. Aku pikir kerja tu biarlah. Lepas kahwin nnt aku pun boleh cari. Kalau kerja jauh jauh pun sampai bila. Satu hari nnt still kena berhenti jugak sbb takkan suami aku kena kerja Kuantan pulak.

So kami kahwin dan aku officially jadi surirumah. Mulanya mak bapak mertua aku ada sound suami aku. “Taknak ke suruh Ain tu kerja?” “Tak susah ke kamu kerja sorang?” “Cukup ke duit belanja kamu hari hari?” “Ada degree sayang la x guna” and so onnn. Yes! Old people mindset. Jawapan suami aku mudah je. “Biarlah dia taknak kerja. Rezeki Allah tu tetap ada. Bukannya tak elok dia tak kerja.” (Huuuu i love you huband).

Semua suami aku cerita lepas tu sbb dia taknak aku dengar. Masa tu rasa bersalah tuhan saja yg tahu. Rasa mcm time tu jugak aku nk pegi update resume mintak keje mana2. Haha. Tp suami aku bijak. Pandai pujuk hati aku yg sedih. Mak aku sendiri pun bising aku tak kerja. Aku tahu niat dia baik. Dia taknak anak dia ni menyusahkan orang. Asyik makan hak orang je. Tapi aku ckp kat mak aku, aku mmg takde hati nak kerja. Aku suka duduk rumah dan jd isteri yg baik. So what can they say.

Tapi masalah org sekeliling lah. Sepupu sepapat, kawan, aunty india sebelah rumah, tukang cuci toilet, masyarakat pribumi, ahli jkkk kampung, baik belah aku dan suami sama je semua. Sibuk sangat dok condemn aku jd housewife degree. Siap berubah riak muka lg. Serius aku tersentap dan terasa hati. Aku tak terfikir jd mcm ni masa nk berenti kerja dulu. Apa hina sangat ke aku tak kerja? Teruk sangat ke wanita sekarang duduk rumah aje?

Come on lah. Allah tak marah pun kau jadi housewife. Tu kerja mulia. Lepas tu n sampai la sekarang ni mak ayah mentua and mak aku takde dah nak mempersoalkan aku yg x kerja. Sebabnya sekarang aku jd tailor. Duduk rumah ada tempahan org jahit baju so aku jahit. Yes dari aku belajar kt UM lg aku dh pandai menjahit. Tapi aku la pulak, tengok kawan2 dlm FB semua berkerjaya ada jugak rasa iri hati.

Tapi seriously, bila dapat tengok wajah suami aku balik kerja n aku pulak dapat sambut dia, dia pun hari2 x pernah lupa peluk aku, pastu tengok makanan dah siap atas meja habis hilang perasaan iri hati tu. Ye betul tu semua kerja iblis setan la nk bg kita sedih, dengki bagai. Suami aku pulak paling aku tabik dalam dunia ni. Dia lagi la. Pegawai kerajaan. kawan keliling pinggang dok tanya wife kerja apa. And dia konfidennya jawab aku housewife.

Aku ada tanya dia tak menyesal ke kahwin dgn housewife. Dia cakap tak. Bagi dia buat apa kerja dgn gaji ciput, pastu kerja tah apa2. Ulang alik kerja jauh pulak. Pegi siang balik malam pastu kerja rumah terbengkalai. Dunia sekarang bukan macam dulu.

Hectic lain macam. Dia taknak macam tu. Aku salute dia. Dia hormat keputusan aku n at the same time dia tahu apa yg dia nak. And paling penting aku dengan suami sampai sekarang makan pakai cukup. Dia siap boleh belanja aku beli jubah jubah mahal. Yelaaa Gaji org keje gomen gred 41 berapa la sangat dgn cengkaman kos sara diri sekarang.

Aku tahu dalam hati dia pun mesti susah hati aku tak kerja. Susah hati aku dok sorang kt rumah. Cuma dia je yg x cakap. Anak pun takde lg nak buat teman. Suami cakap hari ke hari aku jd makin x suka keluar rumah. Aku pun sedar. Kawan2 masa uni pun aku tak contact.

Aku jd anti-sosial. Yes tu adalah kesan jd housewife ye. Pada korang yg sukakan kehidupan yg hectic, sibuk, mencabar penuh onak duri; housewife job is not for you. Kawan aku suami je. Ke hulu ke hilir dia je aku ada. Aku ada mintak kerja. Tp belum ada rezeki. Tp aku x kesah pun kalau x dapat sebab bagi aku serve suami lagi penting dari segalanya. Tu syurga aku lepas Allah. So moral of the story, nak cakap dekat semua, memang tak semua benda yg kita rancang kita akan dapat. Kun fayakun. Aku lepaskan career aku tapi aku dapat suami yg MasyaAllah sangat baik dan supportive.

Kami cuma bergantung pada rezeki Allah. Sebab tula aku rasa kewangan kami yela ada masa2 dia kering jugak. Tp most of the time rezeki kami tak pernah sempit. aku dulu ada impian nak kerja lagi best sbb yela kerja petronas gaji sedap. Berangan nak up lg kerja lain. Tup tup lain jadinya bila kahwin. Tapi takdir Allah tetapkan, sapa la kita nak tolak. Semuanya bersebab.

So org luar tolong la jangan tanya kenapa kawan korang ada degree tp jd housewife. Benda tu menyedihkan. And sensetif. Kalau dengar ckp housewife please sokong cakap benda baik2. Suami cakap kawan dia berlambak wife dorang yg kerja best2 belajar tinggi2 pun akhirnya pilih jadi housewife jugak. Apa apa pun, majulah housewife untuk masa depan rumah tangga yang bahagia. Sekian.

Masa Malam Pertama Suami Paksa Bini Untuk Bersama. Lepastu Muka Suami Puasss Tapi Sesuatu Berlaku Pada Bini. Bini Tergamam Sampai Mcm Tu Sekali Yg Suami Buat Kat Dia.

Aku adalah seorang isteri, berusia 31 tahun dan berkahwin 14 july tahun lepas atas dasar paksaan keluarga. Sekarang aku mempunyai dua orang putera kembar yang ku lahirkan june yang lalu secara operation. Sebelum aku lanjutkan cerita, aku perkenalkan suamiku dengan nama Man dan. Dia merupakan bekas teman lelaki semenjak dibangku sekolah menengah lagi.

Kami bercinta selama 7 tahun (2002-2009) dan mengakhiri hubungan atas sebab tiadanya kesefahaman. Selepas kami mengakhiri hubungan, aku tidak lagi mendengar apa-apa berita tentangnya. Kami membawa haluan hidup masing-masing. Aku sangkakan kami tidak akan berjodoh kerana semenjak kami putus, dia tidak lagi pernah menghubungiku.

Tahun demi tahun berlalu aku jalani hidup sendiri dan pada 2015, aku menerima miscall dan kiriman whatsapp dari nombor yang aku tidak kenali. Memandangkan aku takut ada kepentingan, aku pun tanya siapa gerangan orang yang teks dan miscall aku.

Berkali kali wasap sampai naik menyampah juga time tu. Rupa-rupanya dia adalah bekas pakwa aku yang telah tinggalkan aku 6 tahun lalu dan kini, dia muncul kembali. Aku tidak tahu dari mana dia dapat nombor hp kerana setahu aku aku telah tukar nombor dan tak pernah beri sesiapa pun nombor aku.

Tahu yang dia yang whatsapp, aku pun tak reply msg dia. Tetapi Man bukanlah jenis orang yang berputus asa, walaupun aku buat tak tau msg dan tak jawab panggilannya namun dia tetap berusaha. Sehinggalah hujung 2015, tiba-tiba dia senyap. Tiada lagi whatsapp, tiada lagi panggilan yang aku terima darinya. Aku sangka dia telah jemu dan menyerah. Aku bersyukur kerana tidak lagi diganggu.

Kronologinya ialah, suatu hari mak ayah aku terjumpa dengan Man di sebuah pasaraya. Memandangkan Man merupakan bekas teman lelaki yang cukup ok dengan mak ayah aku, mereka pun bertukar-tukar nombor telefon dan disitulah mereka bersekongkol untuk rancangan menyatukan kami berdua.

Tanpa sepengetahuanku, Man menyatakan hasrat untuk kembali dan seterusnya melamar aku pada kedua ibubapa dan mak ayah tentu sahaja menerima lamaran Man apa lagi dia dianggap baik oleh kedua orang tuaku.Justeru itu aku kehairanan, bila sahaja aku duduk lepak bersama mak ayah, mereka asyik memuji-muji bekas teman lelaki aku dan berkias-kkias denganku. Aku buat tak reti kerana aku anggapnya sebagai gurauan sahaja.

Hari demi hari nama Man makin menjadi-jadi disebut oleh mereka berdua. Aku jadi cuak dan marah namun mereka tetap sahaja memuji dan menyuruh aku kembali pada Man. Aku bingung, kenapa mereka semakin egresef hari demi hari bercerita pasal Man?

Dipendekkan cerita pada april tanpa sepengetahuanku, keluarga Man datang ke rumah untuk merisik seterusnya melamar. Ketika tu aku tiada di rumah kerana keluar bersama adik beradik aku.. Apakah ini rancangan mereka? aku tidak tahu. Aku terkilan kerana lamaran diterima tanpa mendapat persetujuanku terlebih dahulu. Sungguh aku terkilan kerana mereka semua membelakangi aku.

Beberapa minggu selepas itu aku dipaksa bertunang dengan Man, aku cuba menolak tetapi mak aku merayu dan menangis mendesak aku menerima sahaja pinangan Man. Katanya, inilah bakal suami yang tepat untukku. Ya Allah, aku nak tolak tapi tak sampai hati nak lukakan hati mak aku yang berharap aku segera mengakhiri zaman bujang.

Akhirnya dengan terpaksa aku menerima pinangan Man dan kami bertunang tetapi kami tidak pernah berkomunikasi di mana-mana media sosial, berjumpapun aku enggan kerana terlalu marah atas apa yang berlaku.

Akhirnya aku bersetuju tetapi aku memberi syarat pada mak ayah. Kami hanya melangsungkan majlis serba sederhana dan tiada rakan-rakan aku yang akan dijemput di majlis nikah kami. Bukan aku tidak mahu menjemput dan menghebahkan pada kawan-kawan tetapi pernikahan aku adalah pernikahan paksa dan tidak membahagiakan aku. Biarlah aku dan keluarga terdekat sahaja yang tahu.

Julai 2017, aku dinikahkan tanpa aku redha. Jadilah kami suami isteri tetapi aku tidak boleh menunaikan tanggungjawab sebagai isteri Man.Aku Belum bersedia menyerahkan diri pada Man yang kini sah menjadi suami aku. Pada mulanya Man bersabar tapi lama kelamaan dia mula menuntut hak sebagai seorang suami.

Kami hanya bersama sekitar bulan 9. Aku menunaikan tanggungjawab secara terpaksa. Selepas dari itu aku harap sangatlah yang Man tidak lagi menuntut apa-apa denganku. Aku juga berniat untuk berpisah, tetapi…. aku tak tahu bagaimana cara untuk aku minta dilepaskan. Lagipun mak ayah pasti tidak setuju dan akan marah jika hasrat ini aku beritahukan pada mereka.

Aku akui, sepanjang berkahwin dia banyak bersabar denganku dan terus memujuk agar aku menerimanya sebagai suami.Walaupun kami bersama cuma sekali, aku tidak menyangka yang aku akan mengandung benih Man suamiku. Aku mulanya tidak sedar dan fikir, alahan dan hilang selera makan hanyalah disebabkan aku demam dan tidak sihat.

Namun aku mengalami alahan teruk, muntah-muntah dan akan pening bila terhidu bau masakan. Akhirnya aku ambil keputusan pergi klinik. Dalam hati aku tak hentinya berkata “ya Allah, apa lagi ujian yang melanda aku?”Apabila doktor sken, aku disahkan mengandung 2 bulan. Tentu sahaja Man paling gembira kerana bakal mendapat zuriat. Aku? ya, aku cukup marah pada Man kerana rasanya aku belum bersedia lagi untuk mengandung.

Tetapi kemarahanku tidak lama pabila aku dipujuk kakak aku agar menerima anak itu. Sebagai seorang bakal ibu, hari demi hari aku merasa semakin menyayangi anak yang ada dalam kandungan aku.Hasrat untuk aku berpisah dengan Man mungkin terbatal dek kerana adanya anak ini.

Aku tak mahu anak aku kehilangan kasih sayang seorang ayah. Aku ambil keputusan akan bertahan dengan perkahwinanku walaupun aku terpaksa korbankan perasaan. Aku tak sangka aku akan melahirkan bayi kembar. Cuma aku perasan, pada usia kandungan 4 bulan ia membesar bagaikan mengandung 6 bulan. Aku checkup di klinik dan pada mulanya doktor tak dapat sahkan apa-apa. Perkara ini hanya aku tahu bila kandunganku berusia 5ke6bulan.

Ya Allah, aku sedang mengandung bayi kembar rupanya. Dan pada 13jun tahun ini aku selamat melahirkan dua bayi lelaki. Walaupun secara operation, aku terima asalkan kedua bayi aku selamat dilahirkan. Sepanjang proses kelahirannya suami aku Man setia menemani terkecuali di bilik bersalin.

Sekarang, usia kedua baby aku sudah pun 3 bulan. Oh ya, aku lupa nak bagitau mengenai man, dia bekerja di kapal yang memerlukan dia berada di atas kapal berbulan lamanya. Sekarang aku uruskan bayi kembar ini bersendirian tanpa suami. Walaupun ada keluarga yang memberi bantuan dan menyokong, tetapi ia tidak sama jika adanya suami di sisi.

Alhamdulillah sebelum aku melahirkan, Man rela mengambil cuti walaupun dia sebenarnya tidak dibolehkan bercuti. Hanya dua minggu setelah baby kami lahir, dia kembali bertugas. Sampai sekarang, aku bertahan dalam perkahwinan ini hanya kerana anak, aku berharap, suatu hari hati ini akan terbuka untuk menerima Man yang kini telah pun menjadi suami dan ayah kepada kedua putera aku.Jika ada pendapat dan tips untuk aku boleh mencintai suami, aku hargai dan banyak-banyak berterimakasih.Aku harap hati aku akan cepat terbuka untuk mencintai suamiku.