Masa malam lepas nikah tu isteri nekad tinggalkan suami tidur kat bilik sorang sorang. Satu hari tu suami nekad buat sesuatu sebab tak tahann sngat. Mengejutkan bila tiba tiba isteri bisik sesuatu kat suami buat dia terkedu.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca, aku disini hendak berterima kasih kepada admin jika confession aku ini disiarkan. Harap semua sihat dalam waktu pkp ini. Terus terang, aku adalah seorang lelaki yang telah berusia 33 tahun. Bekerja sebagai jurutera disebuah syarikat perkapalan oil and gas yang agak terkemuka dalam negara. Pernah mendirikan rumah tangga, dan tidak berjaya untuk bertahan lama.

Kisahnya bermula pada usiaku 29 tahun, aku dikenalkan oleh sedara kepada seorang wanita yang tinggal berdekatan dengan daerah kerja ku. Wanita itu sewaktu itu telahpun berusia 31 tahun. Dan ketika itu aku suka melihat dia. Dan kami bertukar no telefon.

Macam kebiasaan lelaki, aku yang mesej dia dulu waktu malam selepas habis kerja. Aku ingin mengenali dia. Dia pun memberi layanan agak baik untuk ku ketika itu. Dan kami mula mengenali hati budi masing masing. Perkenalan kami dibawa hinggalah 1 tahun dan kami rasa kami dah tak fikir nak terus berhubung sebegini. Kami cuba mendekati hubungan halal dan dia pun bersetuju untuk bawakan aku berjumpa ayah dan ibunya.

Ayah dan ibunya agak lanjut usia, dan amat warak. Ini adalah suatu perkara yang positif kerana aku rasa anaknya mesti juga taat kepada perintah Allah swt. Pabila aku berjumpa dengan keluarganya dan menyatakan hasrat untuk menikahi anaknya, si ayah bersetuju. Si ibu tak berkata apa.

Lantas mereka pun berkata jika serius, sila bawa keluarga ku berjumpa keluarganya untuk berbincang. Dan aku bersetuju. Selang 1 minggu selepas itu, aku pun membawa keluargaku berjumpa dengan mereka. Dan perbingcangan terus berlaku.

Ketika sesi perbincangan itu berlangsung, aku tidak berada dalam rumah tersebut, aku hanya diluar minum air dan berborak bersama sedaraku. Pabila selesai, ibu aku ajak pulang dan selesai kami bersalam, semuanya balik.

Ketika di rumah ku, ibu aku bertanya, aku mampu ke? Kerana mereka meminta hantaran 30k. Terkejut aku tak terkata pada waktu itu. Aku pun terus menelefon kekasihku dan bertanya dia pun mengiyakan, aku pun berkatalah, tak kan sampai 30k untuk sebuah perkahwinan. Dia pun berkata, itu adalah keputusan ibu bapanya. Dia hanya mampu menuruti sahaja.

Kerana sayang yang muncul dalam diri aku, aku tidak membantah, aku setuju dan aku pun jelaskan kepada ibuku untuk bersetuju sahaja. Dan ibuku pun nyatakan persetujuanku kepada pihak keluarga sana. Aku pun cuba dapatkan 30k untuk perkahwinan ni dengan bekerja keras, simpan duit dan keluarkan separuh saham dari ASB dan buat pinjaman kecil dari koperasi dalam 10k, akhirnya selepas 3 bulan aku berusaha, ianya mencukupi.

Lalu aku pun nyatakan kepada kekasihku ianya sudah cukup, dan aku serahkan wang kepada ibuku untuk dihantar pula kepada mereka. Selesai penghantaran wang, 1 tarikh diletakkan untuk kami bernikah, dan kesemua perkara nikah juga ditanggung oleh aku untuk pakaian pengantin, tok kadi dan lain lain.

Aku agak terkilan, aku dah beri 30k seperti dipinta, tapi yang perkara lain lain masih lagi aku yang perlu tanggung. Tapi tak mengapa, kerana sayang aku turutkan lagi. Hinggalah ke hari pernikahan kami, kami telah pun sah bersuami isteri, isteri aku pula tiba tiba dia berbisik, malam ni aku tak dapat tidur bersama dia. Aku fikirkan dia datang bulan. Aku senyapkan saje.

Kami bersanding dan makan beradab tidak seperti aku jangkakan. Kerana isteri aku langsung tak nak bercakap dengan aku waktu itu. Dan malam tu, memang benar, aku tidur di bilik pengantin, dan isteriku tidur dibilik lain. Aku jadi hairan.

Pabila selesai majlis semuanya, aku nak bawa isteri keluar dari rumah mertua dan pergi ke rumah yang aku sewa, tetapi sebelum aku nak packing barang barang ayah mertuaku panggil dan beritahu aku sesuatu. Dia cakap, yang duit hantaran aku yang aku beri 30k, ada baki 25k lagi untuk kami. Dia gunakan 5k sahaja untuk majlis kami, yang lain lain dia tanggung dengan wang pencen dia. Dan dia nyatakan dia dah serahkan wang tersebut kepada isteriku.

Jadi dia minta aku dapatkan rumah sewa atau beli ruamh jenis landed. Supaya dia boleh datang menjenguk kami pada masa akan datang. Ayah mertua aku adalah pengguna kerusi roda. Dia tak mampu berjalan sendiri. Jadi dia mohon aku sewa atau beli rumah teres landed.

Dilema aku terjadi dan memuncak ketika aku bawa isteri ke rumah sewa ku rumah sewa ku adalah apartment di tingkat 2. Si isteri masih lagi tak nak tidur denganku. Dan dia masih nak berasingan. Bila tanya kenapa, dia cakap masih dalam bulan.

Bila aku bertanya tentang 25k yang si ayah dia pulangkan, dia terus cakap jangan tanya pasal wang tu, dan terus marahkan aku. Aku diamkan dulu. Diteruskan cerita seminggu selepas tu aku suruh dia tidur dengan aku. Aku masih lagi teruna dan tidak sentuh dia setelah seminggu berkahwin, dan dia masih lagi tak nak, dia tiba tiba ubah topik mengajak aku pergi honeymoon, dan tempat honeymoon dia sendiri cakap dia nak ke Maldives.

Aku masih lagi turutkan kerana mungkin di Maldives dia nak tidur dengan ku. Aku selesaikan urusan passport tiket dan booking hotel di Maldives dan duit aku untuk belanja di Maldives memang tak cukup. Dia suruh aku meminjam sedangkan aku cakap, 25k tu ada pada kau, dan gunakanlah sedikit untuk kegunaan disana nanti. Tapi dia berkeras tak nak. Lalu aku sediakan juga duit tambahan dengan meminjam pada sedara mara.

Sampai di Maldives aku dimarahi lagi oleh isteri kerana dia cakap hotel panas, aircond hotel tak sejuk. Dan itu menjadi alasan dia tetap tak nak tidur sekatil dengan aku. Aku disuruh tidur di sofa bilik, manakala dia tidur seorang di atas katil.

Selesai honeymoon, kami balik Malaysia dan aku pun bekerja seperti biasa. Sehinggalah pada suatu hari, aku balik keje jam 8 malam, aku sampai dirumah isteri ku tiada dirumah. Makanan untuk aku pun tiada. Bila aku telefon dia, dia cakap dia balik rumah mak dia sekejap, rumah mak ayah dia hanyalah sebelah daerah tempat aku keje. Dan aku pun tunggu lah dia balik rumah kami. Sampai ke esok tetap juga dia tak balik. Bila telefon tak diangkat. Aku wassap tak balas, hanya bluetick sahaja.

Esok masih sama dan tak balik balik, bawalah ke lusa pun sama. Lantas hari ke empat aku pergi ke rumah mak dia. Bila sampai disana, dia ada diluar rumah terus dia lari masuk ke dalam bilik bila nampak aku. Apa dia nampak aku ni hantu ke nak lari?

Bila aku jumpa mak ayah dia, mak ayahnya minta maaf kepada aku, kerana merka tak tahu kenapa anak mereka tak nak tinggal dengan aku. Aku betul betul terasa hati. Dia langsung tak keluar bilik untuk jumpa aku. Hinggalah suatu hari selepas dia tinggalkan aku selama 2 minggu dia call aku dan nyatakan, bahawa dia tak menyayangi aku selama ini. Dia cakap dia cuba sayang aku setelah sah bernikah, tapi dia tetap kata dia tak boleh lakukan dan tak boleh sayangi aku. Lantas dia ajak aku untuk berpisah dengan baik.

Aku mulanya tak nak. Tapi lepas dipaksa banyak kali, aku cadangkan untuk sama sama pergi kaunseling rumah tangga dulu. Dia terus marahkan aku. Dia cakap itu takkan berlaku dia tak nak kaunseling dia cuma nak berpisah. Aku pun dah tercabar banyak kali pun aku bersetuju. Tapi dengan syarat, pulangkan wang aku semula 25k tersebut. Dan kita berpisah cara baik. Dia terus bersetuju, tapi dia cakap dia pulangkan 5k dulu dan kami proceed untuk berpisah.

Malam tu juga dia transfer 5k untuk aku. Dan esoknya dia dah ke pejabat agama daerah untuk berpisah dan buat alasan kepada pejabat agama mengatakan aku yang mengabaikannya. Bila aku tahu alasan itu, aku terus balas balik ke pejabat agama, aku baru berkahwin dengannya 2 bulan, taklik pun tak berlaku, macam mana aku pula yang mengabaikannya?

Aku teruskan ke episod mahkamah. Disana hakim bertanya kami kenapa nak berpisah, aku cakap aku tak ada sebab. Si dia terus cakap aku ni tak sesuai jadi suaminya dan macam macam fitnah dia tabur demi perpisahan ini berlaku.

Aku terus lawan hujah dia. Dan aku jelaskan kepada hakim ini adalah fitnah. Dan aku terus tanpa ragu ragu nak juga berpisah kerana dia dah fitnah aku dalam mahhkamah syariah ini. Hakim tunda kes dan suruh kami cari jalan berdamai, setelah sebulan menanti, tetap tiada jalan pendamaian. Kami kembali ke mahkamah dan hakim izinkan aku untuk lafazkan talak. Aku pun lepaskan dia dengan jatuhan 1 talak.

Setelah selesai proses berpisah aku minta maaf dengan keluarganya. Dan dia langusung tidak meminta maaf dengan aku dan keluargaku. Selama ini aku berkahwin dengan orang yang cuma ambil kesempatan terhadapku. 3 bulan perkahwinan yang hanya sia sia. Duit aku lagi 20k. Dibuat senyap. Nak dituntut mahkamah, aku memang tiada hitam putih.

Aku cuma dapat konklusikan, perkahwinan aku hanyalah sia sia, duitku 30k dibazirkan begitu sahaja. Kelakian ku dicabar dan hidupku terhadap perkahwinan penuh dengan dilema. Aku jadi takut untuk berkahwin lagi. Walau ibuku pernah nak kenalkan aku dengan orang lain. Bagi aku mungkin ini dugaanku. Jadi aku terima. Mungkin tiada jodoh lagi buatku. Biarlah aku keseorangan. Terima kasih dan Assalamualaikum.

Reaksi warganet

Noniey Carena – Aku pernah kenal dengan orang yang rapat dengan aku terkena sebijik macam tt.. Aku siap pergi ke mahkamah syariah tengok perbicaraan diorang. Bekas isteri dia memang berlakon depan hakim siap fitnah lagi dia.. Memang drama habis.. Aku ingt dalam drama tv je ada cerita macam ni, sekali dah tengok depan mata baru aku percaya. Now dengar pulak cerita tt, so memang wujud lagi species perempuan macam ni dekat Malaysia. Semoga tt tabah. Lambat laun perempuan tu akan dibayar setimpal dengan perbuatan dia..

Mariatul Shima – Sekadar perkongsian dan pandangan. Sekiranya berlaku perpisahan tebus talak seperti yang dilakukan oleh confessor… Make sure ada backup document atau penyerahan tebus talak tersebut dilakukan di mahkamah. Banyak kes sebegini berlaku hari ini.. Wake up… Jangan musnahkan hidup anda hanya disebabkan seorang perempuan dik… Move on… InsyaAllah ada jodoh yang lebih baik menanti…

Irnaini Aqna – Wey, sapa buat awak macam nie? Ya Allah.. Sampai hati perempuan itu permainkan perasaan siap dapat pakej difitnah lagi.. Jahatnya dia.. Asal nampak kerja o&g ja, ingat kaya pastu boleh demand sampai 30k.. 🙄 Takde langsung ke sifat dia untuk menghargai usaha awak bagi halal kan hubungan kalian? Mudahnya dia cakap takde perasaan selepas bernikah.. Geramnya lahaii!! Sabarlah ya.. InsyaAllah, moga selepas ini hati awak beransur sembuh dan dipertemukan dengan seorang gadis yang pandai menghargai, tidak materialistik dan yang paling penting ikhlas utk kenal diri awak dan keluarga..

Azie Azam – Tak semua perempuan tu sama, harap awak tak berdendam dengan isteri, pernah dengar seorang kawan abang dia kena macam ni, dah 20 tahun dulu, belas2 ribu jugaklah, alasan berpisah, mandul, baru kawin tak sampai sebulan, teruskan berdoa, baguslah berpisah awal, takde anak, buatnya teruskan perkahwinan, sebulan mintak 10 k, memang susah jadi laki, kalah artis maintenance dia ni.

Sumber – Ahmad (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Semoga segala urusan Ahmad dipermudahkan kelak.

Suami Senyap Senyap Buat Benda Tak Senonoh Ni. Lepastu Ajar Bini Buat Benda Bukan Bukan. Bini Pun Ikutkan Je Apa Yang Suami Suruh. Terkejut Satu Hari Suami Tiba Tiba Halau Bini Keluar Dari Bilik.

Ni kisah benar aku. Usia aku lewat 20an. Bekerja di bahagian pendidikan. Baru tahun lepas (2019) aku dilepaskan atas alasan “Tiada kesefahaman” sedangkan baru 2 hari sebelum tu dia ‘bersama’ aku. Alasan yang aku tak boleh terima langsung tapi aku setuju. Tak nak fight di mahkamah pun sebab walaupun aku fight, akan datang jadi sama juga.

Aku dan K kenal melalui keluarga. K tua atas aku setahun. Kenal sebab family family yang kenalkan. Singkat je kenal sebab tahu dia baik dari family kan. Tengok family K baik. First jumpa dengan family. Second jumpa lepas 8 bulan masa K ajak bertunang.

Aku terima sebab K anak yang baik. Walaupun kerja dia tak tetap masa tu, aku terima sebab tahu K berusaha jadi lebih baik. Family aku pun terima sebab K cakap elok elok dia nak kukuhkan diri. Walaupun aku jenis perempuan yang jaga maruah diri, aku masih terima walaupun K mengaku dia pernah terlanjur sebelum ni. Cuma bagi aku, tak apa selagi K dah berubah. K kata dia tak pernah tinggal solat. Walaupun lepas terlanjur tu, dia menyesal menangis nangis lepas tu. Kata dia la.

Lepas setahun, kami berkahwin. Aku bahagia. K lelaki yang baik. Solat tak pernah tinggal. Bila ada masa, dia jadi imam aku. Ajak mengaji. Aku tak nampak kurangnya K sikit pun. Cuma sikit sikit K mula ceritakan kehidupan dia.

Pada 3 bulan pertama, aku dapat tahu K pernah ada anak luar nikah tapi dia minta perempuan tu gugurkan. Aku terkejut. Sebab selama ni K tak pernah cakap. Tapi dalam merajuk aku pun, aku tahu tak patut sebab hal lama.

Tu lama lama tahu perbuatan K pernah bersama bekas bekas dia. Tak pernah miss buat benda tak senonoh kat fon, video bukan bukan. Walaupun dengan bekas yang muda baru lepas SPM dia pernah couple dulu pun, dia pernah buat macam tu. Tapi atas alasan DIA NAK BERUBAH DAN DAH BERUBAH, aku lupakan.

Tapi lama lama aku perasan aku agak insecure sejak tu. Bila aku check history phone K, penuh laman tak senonoh walaupun malam yang sama kami baru bersama. Aku kata kalau tak puas atau apa apa, bagitahu. Tapi alasan K. DIA DAH TERBIASA TENGOK walaupun dia puas. Nanti dia berhenti la tengok.

Sebongok bongok perempuan, tak ada siapa pun rela suami dia tengok badan perempuan lain kan even perempuan tu dia tak kenal. Cuba kalau kita perempuan tengok badan lelaki lain, kalau suami tak jeles memang something wrong la kan.

Dan K masih solat macam biasa. Tak tinggal solat. Sampai 1 tahap aku check mesej mesej lama facebook dia, penuh dengan mesej tak senonoh dekat ramai gadis. Aku mesej sorang sorang pakai facebook aku mintak maaf atas perbuatan dia. Bila aku cakap dekat K, dia kata benda lama. Jangan ungkit. Dan aku pun turut je. Diam. Sikit pun tak pernah bagitahu sesiapa.

Aku mengaku aku betul betul sanggup berkorban jadi isteri solehah. Pindah negeri, habiskan elaun kerja yang lama dekat negeri asal, pindah ikut dia. Bila pindah tak dapat kerja pula. Duduk dengan family dia sedangkan ada je rumah sendiri. Alasan kena temankan family dia sedangkan family dia ramai je kat rumah tu. Jenis family mertua biasa la. Dengan kita cakap elok elok. Kata kita menantu yang baik.

Tapi bila sesama dieorang, ada je benda bukan bukan kita kena. Tapi aku diamkan. Adat menumpang. Busuk ke wangi ke, jadi isu. Aku pun buat macam orang menumpang la. Masakkan untuk dieorang, basuhkan baju walaupun ada je bujang dalam rumah tu, sidaikan baju semua. Kemas rumah. Takpe lah penat sikit.

Sanggup jaga bila suami sakit (dia senang dapat sakit sikit), masakkan dia bila 2 3 pagi dia lapar sedangkan lauk ada je. Dia nak makan meggi ke apa ke. Masakkan la. Keperluan batin dia walaupun benda aku tak pernah cuba, dia ajar bukan bukan. Aku turutkan sebab isteri kan. Ikut je la apa suami nak. Aku bukan mengungkit tau. Cuma rasa sebak bila semua yang aku buat ni nampak tak berbaloi pun bagi dia.

Sampai 1 hari, K kata dia nak keluar kejap dengan family, tinggalkan aku dekat rumah. Bila K balik. Dia kata, kemas baju, balik rumah mak abah awak. Perghh wey. Hahahaha orang yang takda hati dan perasaan je yang tak nangis. Apa salah aku kena tiba tiba ni. Tapi aku terus jadi tawar hati. Aku kemas. K. Kau baik. Sikit pun tak ada salah kau dekat aku. Tapi apa salah aku sebenarnya. Kenapa tak bincang dengan aku dulu.

Aku balik juga sebab orang dah halau kan. Family aku bengang . Aku cakap tak apa. Orang dah taknak. Dia pun tak ada apa apa kan aku. Dia pulangkan aku sempurna tubuh badan. Lepas 1 minggu, aku dapat surat perpisahan atas alasan tiada kesefahaman. Aku call mahkamah. Kata aku jauh. Tak dapat datang tarikh lafaz talak. Jadi aku setuju je dengan semua apa yang diputuskan.

Pegawai tu kata tak nak tuntut apa apa nafkah ke. Aku kata tak ada. Kami tak ada anak dan aku dah dapat kerja aku balik. Lagipun dia dah taknak. Aku taknak paksa. Sekarang pun sejujurnya aku dah move on lepas 2 bulan kami pisah dulu. Cuma aku terfikir, aku terima kesilapan dia dari sebelum kahwin. Aku terima kekurangan dia. Cerita hal dalam kain aku taknak mention sebab aib dia aib aku juga.

Sekarang aku dapat kerja aku semula, aku pun dah move on, ada orang lain terima aku. Cuma tu la. K baik. Solat tak tinggal, semua elok. Tak pernah duakan aku selama mana pengetahuan aku tapi apa salah aku kena halau macam tu je?

Aku tahu adik beradik kau follow page ni (IIUMC). Aku harap mereka baca sebab bila family kau pun tak halang apa apa bila kau halau aku lepas korang keluar sama, maksudnya ada something yang korang sorokkan. Apa apa pun thanks ye K sebab jaga aku setahun lebih dulu. Aku cuma nak tegaskan. Sebaik mana lelaki tu jaga solat, belum tentu dia suami yang baik. Kalau ada salah isteri korang, bincang la. Please bincang okay.

Reaksi warganet

Norlaila Mohd Din – Pernah tak dengar tanda tanda solat tidak diterima ialah apabila pesolat kekal sebagai pendosa. Tidak bertaubat, menganggap kecik dosa yang dibuat.

Nya Ahmad – Kalau solat tak dapat cegah dia dari kemungkaran, maknanya solat dia tak sempurna. Dia kena cek balik kehidupan dia. Mungkin terlalu banyak benda yang tak senonoh yang dia buat. Pastu taubat,p astu still ulang balik benda tu. Tu salah satu tanda hati kotor. Taubat yang sebenar adalah bila kita tak buat dah benda tu dan berubah ke arah yang lebih baik.

Hazirah Hj Hamzah – Sebab ada pengalaman berkorban jiwa dan raga, sanggup berhenti kerja, pindah ikut ex-husband, sanggup terima orang yang lagi rendah level education, nak jadi isteri yang taat solehah. Tapi finally di buat macam sampah. Saya memang nekad takkan korbankan diri saya untuk sesiapa lagi dah!. Apa yang saya buat sekarang semuanya untuk kebahagiaan saya. Saling bekerjasama tak apa. Kalau bekorban untuk pasangan, itu bukan saya.

Deedee Nas – Pilihan keluarga tidak semestinya baik. Parents ni asal nampak baik sikit mula la cop anak org tu baik sangat boleh dibuat suami. Padahal orang tu boleh ja berlakon baik depan orang tua. Sebab tu harus berkawan dulu kenal betul betul sebelum kahwin. Memang betul solat ni cegah diri dari kemungkaran, tapi manusia jenis begini buat main. Lepas buat dosa besar dia solat, lepas solat malam tu juga buat dosa besar.

Dorg buat main dengan agama sendiri, dah mindset dalam otak buat dosa lepas ni boleh solat, atleast solat. Tak sedar diri tu golongan ni perosak agama sendiri. Ada yang ikut “fahaman” kepala otak sendiri. Tapi tak sedar dorang solat untuk apa? niat dorang? hati dorang yang sombong tu ada Allah ka? kalau ada Allah, khusyuk, dorang tak kan dekat kemungkaran.

Che Max Molex – Allah tegaskan dalam AlQuran solat dapat mencegah kemungkaran dan perbuatan keji. Sekiranya tiada efek dari perbuatan solat tak pernah tinggal itu sendiri, barangkali belum sempurna ia (solat) itu sendiri. Takkanlah Tuhan berbohong dalam ayatnya. Manusia yang berbohong dan hanya omong kosong. Oklah sis, tak payah sedih ok. Move on.

Umayraa Hamdan – Kalau ikut pengalaman aku lah. Pengalaman aku dengan jejantanzzz macam ni, diorang selalu fikir bila dah nikah, dapat ‘nikmat’ halal dan perangai lama boleh berubah. But sebenarnya, habit mereka takkan berubah dan dapat pula isteri tak tegas macam u. U ikut je semua yang dia nak, maksudnya tak dapat ubah dia slowly. Jadi memang dia rasa pernikahan tu tak de bawak apa apa erti untuk dia.

Some more, dia tak mampu pun nak bernikah. Mampu dari segi batin je. The rest he is nothing. Dia sendiri sedar diri dia dan lepaskan awak dengan cara elok. Sebelum dia buntingkan awak. Dia sendiri sedar dia tak mampu nak tanggung segala nafkah. Senang kata, pernikahan tu hanya untuk dia test je. Aku boleh berubah ke tak. Dia sendiri taknak berubah, mengharap pasangan untuk ubahkan dia. Anak yang baik kan katanya? Jenis pak turut. Takde pendirian, apa pun tak boleh buat. Better la u dah dilepaskan. Daripada terus menderita.

Sumber – Nur (Bukan nama sebenar) via IIUMC