Masa mlm pertama suami paksa isteri pakai purdah. Tak sangka suami ada niat pelik sampai membuatkan isteri terluka. Sampaikan ada satu malam suami terlalu geram dia gigit pipi isteri. Isteri terkejut rupa rupanya gara gara ini suaminya buat begitu.

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Nama saya Fatin. Saya sudah masuk 3 tahun berkahwin, tapi sepanjang perkahwinan saya, saya tak happy…Mungkin luaran saya happy tapi dalaman saya tak happy.. Kisahnya bermula hari pertama nikah di masjid, baru setengah jam akad nikah dia suruh saya buang makeup sedangkan waktu tu ramai tetamu, sedara mara dan waktu tu kami masih di masjid…saya malu nak buang sebab muka saya berjerawat.. Sedangkan di pernah hina saya muka jerawat…

Malam pertama tu saya dipaksa untuk memakai purdah. Saya enggan sebab saya belum bersedia nak pakai tapi dia tetap memaksa. Dan tiba2 dia mengamuk dan campak jaket dia terkena zip jaket dimuka saya… Luka bercairan merah. Terkejut saya dengan sikap suami saya pada malam pertama. Saya menangis diam2 sebab saya taknak ibubapa saya dgr..Nak elak keluarga nampak luka di muka, saya pakai jugak purdah ikut kata suami..

Beberapa bulan kemudian

Selepas saya disahkan mengandung, 3 bulan saya ditampar dan diterkap suami di rumah maknya. Sebab saya melawan cakap dia. Mak mentua saya hanya ckp2 je tak buat apa2 tindakan tp abah mentua saya memng bekeras dgn dia sbb buat sy macamtu. mungkin hormon mgandung saya kuat melawan dia masatu..selepas kejadian tu dia berjanji tak buat lagi..

Saya sudah pon bersalin, melahirkan anak sulung kami…Saya jadi sedih, hari petama sy lahirkan anak, disebabkan dia mmg jenis cemburu buta,, dipaksa saya memakai purdah sedangkan masa tu saya baru besalin,,nafas pon tak cukup. Saya besalin di hospital kerajaan,,jadi siapa yang cek saya sama ada doktor lelaki atau perempuan itu bukan kuasa saya..

Masa tu ada doc pelatih lelaki bersama doc perempuan dtg cek keadaan saya dan baby,, masa tu bukan waktu melawat dan suami sy ketika itu berada disitu dan doc minta suami utk beredar sbb nk periksa saya..doc tu tegur saya, dia kata ‘suami awk tak suka lelaki tgk kan, macamtu juga pesakit lain’. Tesentap saya..

lepas je doc tu cek, suami saya msg maki hamun saya ‘weh babi, sial apa nama doc perempuan tu?. Sial betul dia’. Saya cakap sy taknampak, tak perasan dia cakap saya perempuan bdh. Saya taktahula kalau iman sy tak kuat, sy dah meroyan dah…tapi alhamdulillah tak.

Lepas keluar hospital,saya berpantang dirumah mak sy..yang buat sy stress, dia tak bagi sesiapa pegang anak sy,,org dtg jenguk dia kurung sy dan anak didalam bilik. Mak sy ketuk byk kali tp dia tak bagi buka…1 masa tu sy tak tahan juga,,dia terkam saya, cekek leher saya dan gigit pipi sy sebab sy melawan..dan dia juga paksa saya basuh baju sedangkan dia tahu jahitan bawah saya tu masih belum baik sebab jahitan koyak…

Bila kami pindah rumah kami sendiri,,dia maki hamun sy, bila gado selalu menyalahkan ibubapa saya…Ada malam tu, dia balik mgkn dia ada sakit hati dgn sy pagi tu, dia tampar muka sy, sampai mata sy luka…ya Allah, sy bg dia peluang lagi, dan dia janji tak buat lagi..

Ok sekarang memang dia takde naik tangan dgn saya,,nampak perubahannya tapi effect pada saya…saya memang akan melawan dia, ckp kasar dan bila gado sy rasa benci ya amat sampai dah taknak tengok dia hidup…dia selalu ckp bila gado nk.lepaskan sy..saya jadi lagi marah,, baling2 brang dan apa saja…

Nak tanya warga KRT, mungkinkah saya ada sakit meroyan? Di sebabkan kisah silam yg sy pendam? mohon bantuan..sy bukan nk riak, tp sy solat tak tinggal, boleh mengaji dan buat ibadah sunat..tp bila dgn suami saya jadi sy benci dia…sy kesian pada anak yg masih kecik…terima kasih semua..

Sumber : Fatin via KRT / susu susu kurma.

About ApamPink 1311 Articles
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah-ertikan, kami tidak akan bertanggungjawab. JIKA ANDA SUKAKAN SALAH SATU ARTIKEL, JANGAN LUPA SHARE...