Masa suami buka hadiah kahwin selamba je ex bf hantar gambar berlaga pipi sebagai hadiah. Mengejutkan malam tu juga wanita tu bergelar janda suci.

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum. Nama aku Mira. Aku berumur 26 tahun-1992. Cerita sangat panjang sebenarnya. Namun aku ringkaskan sedikit. Hari di mana aku convo di sebuah IPTA, Aku diberitahu telah dipinang oleh seorang ustaz dan ibu bapa aku langsung menerimanya.

Aku hanya mampu menurut kan kehendak mereka kerana bagi aku pilihan dan restu dari ibu bapa adalah penting dan terbaik. Kami di didik dengan didikan agama sejak dari kecil lagi. Bahkan telah khatam dan hafal beberapa juz. Pernah juga buat part time untuk mengajar mengaji.

Entah kenapa, hati ini rasa gelisah, dan aku meminta pendapat dari ustazah. Dia menyuruh aku agar sentiasa minta petunjuk dari solat wajib selain solat sunat istikharah yang aku tunaikan. Waktu sangat pantas berlalu. Semua persiapan diuruskan oleh keluarga dan aku tidak dibenarkan membuat satu pun kerja dalam rumah termasuklah menyapu dan membersihkan katil aku sendiri.

Aku dihantar ke spa muslimah, salon muslimah (cuci rambut), manicure pedicure dan everything yang perlu sebagai persiapan bergelar raja sehari. Baju2 pengantin hanya aku sewa sahaja. Bukan tidak mampu beli, namun aku rasa adalah tidak penting menyimpan baju pengantin walaupun hanya sebagai kenangan.

Selesai akad nikah, barulah aku dapat melihat wajah suami aku. Rasa tiba tiba sahaja muncul dan rasa hiba itu ada. Aku peluk ayah dan ibu. Sungguh tak sangka. Selesai semua, suami bisik ke telinga, ”Cantiknya isteri abang”. Aku tersenyum bahagia. Majlis kami tidak sebesar mana namun semua tetamu berpuas hati dengan segala perjalan majlis haritu. Tiada karaoke, cuma kompang dan lagu lagu nasyid serta selawat bergema. Tazkirah selama sejam selepas asar. Semua berjalan lancar.

Pada malamnya, pakcik suami dikejarkan ke Hospital dan berada di wad kecemasan. So malam tu kami tidur di bangku hospital dengan inai yang merah di jari. Suami pegang tangan dan peluk bahu aku, ”Abang minta maaf”. Aku hanya membalas, “Its okay abang”.

Malam kedua, baru ada masa untuk kami berdua dan membuka hadiah perkahwinan yang diterima semasa majlis. Bahagianya menerima hadiah. Satu persatu bungkusan hadiah dibuka. Tiba ke hadiah yang diberi oleh sahabat baik ku, kotak kecil. Namun kad di atasnya tertulis (from Azmin to Mira).

Aku sangat kenal dengan kotak tersebut. Aku memang sangat pasti hadiah tersebut dibawa oleh kawan baik aku sendiri. Kening suami berkerut. Masakan tidak. Semua hadiah tiada nama melainkan ucapan sahaja yang tertera. Suami mula membuka, dan melihat beberapa keping gambar. (Gambar semasa camping di University dahulu, sebenarnya gambar bekas kekasih mencium pipi aku, tapi yang tu secara spontan.

Waktu tu juga kami break up. Dan beberapa gambar yang aku rasa kawan aku edit, kerana dia sangat pakar dalam hal tu. Aku tak rela pun masa gambar tu dia snap). Sehingga sekarang aku tak sangka kawan baik aku sendiri hancurkan masjid yang baru dibina. Suami aku sangat kecewa. Pipi aku pernah dicium tanpa aku rela, tapi aku tak pernah disentuh lagi.

Malam tu aku menangis merayu dan menjelaskan. Namun ego suami aku lebih tinggi. Dia sanggup lepaskan aku! Aku rasa travma, deprssed, lalu badan pun susut dengan mendadaknya. Beberapa bulan aku asingkan diri daripada keluarga. Namun keluarga dapat hidu akhirnya. Dan seperti dijangka mereka sangat kecewa dengan perkhabaran itu. Kerana bekas suami menceritakan yang lebih, yang aku tak buat.

And now, aku dah move on. I have my own money, my own car, keja di syarikat telekomunikasi. Bekas suami pun dah kawin dengan kawan baik yang tak baik dan sekarang mereka pun dah ada anak 1. Aku dapat berita anak tu bukan anak hasil dengan bekas suami. Tapi dia jadi pak sanggup. Tahniah dan terima kasih kerana menjadikan aku janda suci.

Dan aku mencari bakal suami yang mampu terima aku seadanya. Bagi lelaki yang masih bujang, tak pernah bercinta lagi, bukan suami orang, boleh membimbing, ego tak setinggi gunung everest, sila komen dan aku akan minta pendapat abang aku bagi sesiapa yang dia nak. Hahahha. Tq semua.

Reaksi warganet

Hazwani Wahid – Kawan baik dia tu perempuan. Dia kenal kotak tu memang kawan dia yang bagi. Tapi kawan dia sengaja tulis nama bekas kekasih dia ni. Tujuan untuk fitnah dia, dan letak pula gambar gambar dia dengan bekas kekasih. Bila nama lelaki of course lah laki dia nak tau apa yang ada dalam kotak tu kan. Gambar pulak tengah cium pipi. Terus kene talak. Kawan baik dia memang sengaja tabur fitnah sebab ada hati dengan bekas laki dia tu kot.

Lina Scarlet – Bekas suami marah pulak sis kena cium kat pipi, tapi suka pulak ambil sisa orang jadi pak sanggup lagi pulak tu. Dah ternyata dia bukan jodoh yang terbaik untuk sis. Dia sesuai dengan orang macam kawan tidak baik sis tu. Ngamla sangat sama sama membimbing sesama sendiri ke arah baik perangai sikit. Semoga sis mendapat jodoh yang lebih baik.

Tini Hamzah –Assalamualaikum adik. Alhamdulillah, Adik berjaya bangun dari kejatuhan. Sis melihat dari segi positif. Tahniah ya adik. Teruskan niat yang baik. Manusia jika terlalu ego akan mendapat yang sewajarnya. Lupakan yang lalu berjalan ke arah yang lebih baik. Sis doakan adik bertemu jodoh yg baik. Aamin. Supiah Supiah –Biar lah dia dengan hidup dia mungkin bukan itu jodoh adik mana tau adik dapat jodoh lebih baik dari dia. Semuga adik dapat jodoh yang terbaik.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Masa Kat Bilik Bersalin Wanita Ini Bisik Teresak Esak Dekat Doktor Yang Dia Dah Janda. Suami Dia Tinggalkan Dia Dan Bercuti Dengan Perempuan Lain Saat Dia Sedang Melahirkan Ank Mereka. Rupa Rupanya Ini Punca Dia Ditinggalkan.

Salam kepada semua pembaca..

Saya mohon baca confession ni dengan penuh kesabaran sebab cerita ni panjang sangat sebenarnya tapi saya ringkaskan (walau sebenarnya panjang jugak) Saya berkahwin pada tahun 2014. Suami saya yatim piatu. Last year saya disahkan mengandung masa tu saya baru kerja kat public listed company.

Diawal kehamilan suami selalu usap perut saya dan pesan kat baby, “make sure papa ada, baru keluar taw”. Pendekkan cite, saya turun cairan merah n doktor nasihatkan untuk bedrest sebab takut keguguran. Setelah berbincang dengan suami, saya berhenti kerja demi anak kami, suami suruh saya balik kampung sebab dia tak sempat nk hantar lunch everyday (doktor xbagi drive,masak). Masa tu kandungan 4bulan.

Dipendekkan cite masa kandungan 6 bulan saya ke KL ingat nak stay dengan suami smpai beranak tapi suami suruh saya balik sebab dia outstation. Instinct isteri tak pernah salah. Saya dapat rasa ada something wrong.

One day, saya jumpa bukti dia memang ada perempuan lain. Dia contact dengan perempuan tu melalui emel masa saya kat KL dengan kandungan 6 bulan. So dalam email tu sume tarikh yang dia pegi outstation sebenarnya dia pegi holiday dengan perempuan tu. Siap dengan panggilan future wife. Excited rindu nk jumpa.

Bayangkan perasaan saya masa tu mengandung 7 bulan and baca sendiri suami bermesra siap bawa pegi holiday. Sedangkan saya isterinya 3 tahun, susah senang bersama, tak pernah dia bawa kemana-mana sebab sebelum ni gaji saya lagi tinggi dari dia, saya yang bayarkan kereta dia, belikan motor untuk dia, bayarkan deposit rumah sewa semua. Betul sesetengah orang cakap, bila dah berkahwin, perempuan boleh redha dengan any situation, tapi bila melibatkan perempuan lain, hancur hati tu Allah je tahu.

Dah kantoi tu, saya emel perempuan tu cakap benda sebenar. Betina tu cakap dia xtahu tu suami orang, kalau dia tahu, dia sendiri angkat kaki. Dah kantoi tu, suami saya balik jumpa saya minta maaf and dia ckp, ‘Kalau saya keluar dengan H lagi, jatuh talak awak’.

Masa ni kandungan 8 bulan.Every weekend suami cakap nak pulang ke kelantan, saya tunggu tp tak pernah sampai. Ada je alasan kereta problem, hujan lebat sangat, demam, dan lain-lain. Everyweek ada je alasan tak de duit, so everyweek saya bank in tapi end up tak balik pun.

Duit yang sepatutnya saya guna untuk anak saya, saya korbankan asalkan saya dapat jumpa suami saya. Malangnya duit tu suami gunakan untuk betina tu. Masa berlalu dan due date saya tinggal lagi seminggu, banyak benda pelik yang jadi tapi saya cuba tutup mata dan anggap tu perasaan saya sebab hamil.

Tp اَللّهُ tak zalim. Ikhlas saya cakap, saya tak makan, tak tido dan hanya minum segelas susu je sehari sebab terlalu banyak makan hati menunggu suami. Saat orang lain mengandung, dibelai macam puteri, tapi saya, usahkan nak makan benda mengidam, nak tengok suami yang dirindui, nak dengar suara suami pn tinggal impian. Masa tu saya mintak dengan اَللّهُ satu je, izinkan saya peluk suami sebelum saya bersalin.

Saya tak contact family dia sebab suami cakap family dia tak suka saya dan banyak burukkan saya (sebenarnya dia dah plan sume ni sebab tak nak bagi kantoi). Tapi takdir Allah, 3 hari sebelum saya bersalin, kantoi segalanya. اَللّهُ buka pintu hati saya contact anak saudara belah dia. Maka terbongkarlah segalanya, seminggu lepas dia bertaklik yang akan jatuh talak sekiranya dia jumpa dgn betina tu, suami bawa betina tu balik kelantan jumpa family dia.

Dia cakap nak kawin. Dia cakap saya hamil anak orang lain,kuat main laki sebab tu dia nak kawin lain tapi at the same time suami duk contact saya macam takde pape yang jadi. Kalau dia senyap 3-4 jam, alasan dia g surau/masjid sebab dah insaf dengan ape jadi yang kantoi haritu, so, nk dekatkan diri dengan اَللّهُ.

Takdir اَللّهُ, lepas saya sekeluarga berjumpa family suami, n dengar segala fitnah dia taburkan dekat saya, malam tu suami balik kelantan, dia cakap kat family dia, dia balik nak rujuk dengan saya. Ktorg jumpa kat kedai makan masa tu.

Tu last dia suapkan sy, And Thank you اَللّهُ sbb saya boleh peluk dia sebagaimna yang saya minta. Sy tahu hati dia dah tak sayang saya. Cara pandang saya pun saya tahu,dia bukan suami saya yang saya kenal selama 3 tahun. Dia tak lafazkan pun nak rujuk.

Terlalu sakit hati, balik tu saya tidur dgn air mata tapi saya senyum sebab finally, lepas 2 bulan sy boleh tgk suami saya depan saya, saya boleh peluk dia,tq اَللّهُ. Pagi keesokkan nya saya keluar cairan merah tanda dah nak beranak. Ya اَللّهُ, anak saya dengar pesanan ayah dia. Dia tunggu ayah dia untuk keluar.

Family bawa saya ke hospital, saya masuk labour room suami datang, saya pujuk untuk rujuk time tu jugak. Dia cakap tak payah fikir, beranak dulu. Allahu, dalam hati kepala sy masa tu bukanlah anak tapi bertukarnya status dari isteri kepada janda.

Benda tu lagi sakit dari sakit bersalin. Suami duk main fon je masa dalam labour room. Alhamdulillah anak saya dilahirkan dengan mudah, kejap je dalam labouroom,”Doktor, saya dah janda” tu perkataan first yang keluar dari mulut saya berserta air mata. Esok nya terus discharge.

Tapi lepas 5 hari kat rumah, ada daging keluar rupanya uri tak habis and saya kena admit balik. Saya call nak inform saya kena masuk wad,tapi dia tak angkat tapi family dia call dia cakap, dia dengan perempuan tu. Suami contact saya macam biasa, panggil saya sayang tapi dia tak balik pun tengok saya. Yes saya tahu cara dia mmg tak sayangkan saya. Lepas beranak, saya pernah tak layan dia, dia ugut nk bahayakan diri.

Lps tu hari cukur jambul anak. Dia balik,dia datang dan sebelum balik tu dia dah promise dengan ayah saya nk rujuk nak duduk elok-elok n janji nak jaga saya macam dulu. Dan dia bersumpah demi Allah dah takde betina tu. Saya ingat dia betul-betul berubah,tapi bila sy check bag dia, saya jumpa dia ada fon lain yang still contact dgn betina tu n pada hari majlis anak tu, dia cakap kt betina tu yang dia dh lama lepaskan saya and takde pape dgn saya. Ya اَللّهُ, ape kau nak sebenarnya? Kau pujuk rayu tapi sebenarnya kau still ada setan tu.

Saya contact betina tu dia jwb simple “Padan muka xpndai jaga suami.” Sy halau suami masa tu jgk, and lepas tu sy contact sume orang yang rapat dengan suami masa tu. Astagfirullahalazim, ada orang emelkan video suami dengan betina tu duduk berasmara, siap gmbar tak berbaju. Masa tu saya dalam pantang 22 hari, saya terus g court. اَللّهُ je tahu perasaan masa tu. Tarikh masa tu bulan 5.

Sebelum ni, failkan atas sebab taklik lisan so susah nak menang. Now saya tuntut fasakh dia tak pedulikan saya dan anak. Dia berlakon tak habis2 konon dah takde hubungn tapi dia tak pedulikan pun saya dan anak. Nafkah dia bagi Rm100 je tu pn kadang2. Dia tak datang court tapi everyday contact saya walaupn saya block, dia akan email saya berlakon like nothing happen. Ape dia nak sbnrnya?

Doakan urusan court saya cepat selesai dan terus kuat. اَللّهُ je thu perasaan besarkan anak sorang-sorang, naik turun court dari mengandung sampai sekarang anak dah 5 bulan. Sebenarnya saya sangat heran ape dia nak sebab cara dia macam taknak tapi dia keep contact sy everyday duk panggil syg2 macam takde ape yang jadi sedangkan saya tahu semua yang dia buat belakang saya, until today. N yes dia tak datang court. Dia tak kawin pun dgn betina tu. Tapi dia still berhubung siap buat suprise lagi masa birthday betina tu. Anak kat kampung tak peduli.

Jujur saya cakap, saya sayang suami saya dan mengharapkan dia berubah walau ape yang dia dah buat adalah sangat-sangat melampau. Tapi, yes, mulut dia cakap dia dah berubah dan takde dah perempuan tu. But yup, action speak louder than word.

And kita pernah sebantal untuk 3 tahun dah cukup lama untuk saya cakap, saya kenal awak yang sayang sy macam mana. Dulu kita tak pernah gaduh teruk, sumua benda kita bincang elok, tapi lepas kenal betina ni,awak berubah. Dalam sekelip mata disebabkan perempuan yang awk knl melalui tinder,(Jan 2017) awak sanggup abaikan isteri dan anak yang awak excited dulu.

Saya doakan awak cepat kawin, hentikan benda tak senonoh. Its ok, saya terima, saya dan anak tak mampu bahagiakan awak. Tapi awak berbahagialah dengan cara yang halal dan berhentilah menyeksa hidup saya, tolong datang court lepaskan saya dengan elok. Awak mintak saya dengan family saya cara elok, so lepaskan saya dengan cara elok.

Dear H, Thanks for everything you’ve done to me and my baby!!! Now I am husbandless and my baby is fatherless. May Allah give you the best rewards for what you’ve done!Anak saya tak sempat kenal ayah dia sebab awak. TQ taw

Nak mintak pendapat, if korang kat tempat saya ape korang akan buat? Ikhlas saya cakap saya dah sangat penat dengan drama ni. Suami duk menyedap kat sana dan saya digantung tak bertali membesarkan anak yang baru lahir sorang-sorang. Btw, just fyi, anak saya keluar sebijik muka suami saya. Doakan saya terus kuat n dipermudahkan urusan.saya dah penat.-Penmerahpress

Oleh: Amy IIUMC