Menari sakan buat mv lagu raya terkejut rupa rupanya Dato Aliff Syukri masuk rumah A Aida tanpa izin untuk mv tu. Sekali ini respon dari A Aida buat warganet terkedu.

Artis

PENERBIT drama, Datuk A. Aida terkejut tatkala menonton sebuah muzik video (MV) hari raya dengan aksi seorang usahawan kosmetik berjoget riang dengan menggunakan lokasi dikenali. Selepas diamati betul-betul, sah, itu rumah persinggahan A. Aida iaitu Tuah D’Manggis di Janda Baik, Pahang yang digunakan oleh Datuk Seri Aliff Syukri untuk penggambaran MV lagu berjudul Lala Raya tanpa izinnya.

Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 51, mendakwa ahli perniagaan itu masuk tanpa izin dan melakukan penggambaran di beranda dan belakang kediaman tersebut. “Tadi pengurus saya call… dia tanya tahu tak yang Aliff guna rumah saya di Janda Baik itu untuk MV lagu raya dia. Memang saya terkejut la apabila tengok MV itu, sebab saya tak tahu apa-apa.

Aliff dan beberapa penyanyi serta penari latar merakam MV tersebut di belakang rumah percutian milik A. Aida.

“Saya tanya pekerja saya macam mana Aliff boleh masuk rumah itu dan siapa benarkan dia masuk. Kata pekerja saya, Aliff memang beritahu nak datang untuk tengok tempat. “Ketika itu tak ada siapa dekat situ… malah pekerja saya kata, Aliff panjt untuk pergi ke beranda rumah saya tu. Itu dah kira masuk tanpa izin! Aliff menggunakan rumah itu tanpa pengetahuan dan izin saya,” katanya kepada mStar.

Hasil pemeriksaan mStar pada MV lagu nyanyian Aliff yang dilancarkan di YouTube pada Isnin itu jelas menunjukkan beberapa scene dia bersama beberapa penari latar berada di beranda dan belakang rumah tersebut. Dalam pada itu, penerbit drama Andainya Takdir ini memberitahu Aliff tidak pernah menghubunginya untuk meminta izin sedangkan mereka saling mengenali antara satu sama lain.

Jelas Aida, dia sememangnya tidak membenarkan sebarang rakaman atau penggambaran di rumah percutiannya itu kerana ia eksklusif untuk produksi miliknya iaitu A. Aida Production sahaja. “Yang saya sakit hati, dia langsung tak hubungi saya… bukannya dia tak kenal saya dan dia tahu itu rumah saya! Dah la tak minta izin, tak ada langsung letak kredit penghargaan nama resort saya itu.

“Saya memang tak beri mana-mana produksi jalani penggambaran di rumah itu sebab memang eksklusif untuk produksi saya sahaja. Saya mahu jadikan tempat itu eksklusif. “Sebelum ini, ada beberapa produksi minta izin nak guna rumah itu tapi saya tak benarkan. Tapi dia boleh senang-senang masuk tanpa izin! Saya nak Aliff beri penjelasan mengenai perkara ini,” ujarnya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Siapa Sangka Datuk A Aida Merupakan Selebriti Pertama Yang Dapat Suntikan Vaksin. Rupanya Ini Sebab Dia Dapat Keistimewaan Tersebut.

Siapa sangka, penerbit popular Datuk A Aida menjadi artis tempatan pertama di Malaysia apabila selesai menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech menerusi proses vaksinasi di Dewan Sri Seroja, Putrajaya hari ini. Menurut laporan Harian Metro, pemilik nama Zaidah Awang itu disuntik berikutan keanggotaannya dalam pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berpangkat Kolonel Bersekutu.

Penerbit berusia 51 tahun itu berkata, dia tidak takut untuk disuntik selepas mendapat tahu namanya ada dalam senarai bagi menerima vaksin Covid-19. “Apabila nama tersenarai untuk mendapat suntikan vaksin hari ini, saya okay dan tidak ada apa perlu ditakutkan. Bagi saya, takut itu subjektif dan setiap orang berbeza pandangan.

“Malah kalau ada fikir apabila kena vaksin nanti akan mti, apa boleh dicakap adalah mti itu memang pasti dan bila-bila saja. “Tak perlu suntik pun kalau sudah ajal akan mati juga. Cumanya, apabila kita mengambil suntikan vaksin sekurang-kurangnya dapat meningkatkan imunisasi badan kita,” katanya.

Cumanya, apabila kita mengambil suntikan vaksin sekurang-kurangnya dapat meningkatkan imunisasi badan kita,” katanya kepada Harian Metro. Sebelum ini, pelakon dan anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin bersama suaminya Sirhan Wahab menerima suntikan vaksin Covid-19 buat kali kedua di Emirates Field Hospital, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada Januari lalu.

Sasha mereka menerima suntikan vaksin Sinopharm yang kedua itu selepas 21 hari mengambil suntikan pertama. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : HMETRO ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Penat Jaga Badan Tapi Bila Ada Yang Tawarkan RM20 Juta Pada A Aida Dia Sanggup Tolak. Tergamam Ini Alasan Padu Yang Dia Bagi.

Enggan berkongsi kasih dan dimaduk4n, A Aida mendakwa dia sanggup menolak “lamaran” bernilai RM20 juta daripada seorang lelaki yang ingin menjadikannya isteri nombor dua. Kata penerbit drama popular itu, sememangnya dia akan menolak lamaran sedemikian kerana enggan mengambil risiko untuk jatuh hati pada seseorang yang berstatuskan suami orang.

“Sejujurnya, memang betul ada beberapa lelaki nak masuk meminang. Sampaikan ada seorang tu ingin melamar dengan buat transaksi wang RM20 juta ke dalam akaun saya sekiranya bersetuju berkahwin dengan dia. “Tapi dia bukanlah orang bujang sebaliknya lelaki yang sudah berkahwin, dan dia mahu menjadikan saya sebagai isterinya yang kedua.

“Justeru, saya terpaksa menolak lamarannya itu secara baik,” katanya ketika ditemui pada majlis Mikaseries by Zoey Rahman di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur hari ini. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang itu berkata demikian ketika ditanya siapakah gerangan yang berjaya menambat hatinya selepas kembali solo sejak tahun lalu.

Dia mendakwa kejadian dilamar itu baru saja berlaku, iaitu sekitar tiga bulan lalu. Katanya lelaki berkenaan berhasrat untuk menambah nilai wang tawarannya jika jumlah yang ditawarkan itu masih belum mencukupi.

Rasa tak layak bermadu

Bagaimanapun, tawaran berkenaan tetap ditolak Aida kerana yakin lelaki yang kaya-raya bukanlah kriteria calon suami yang dicarinya. “Lebih selesa untuk berkawan saja sekarang, tapi dalam pada berkawan tu juga saya menjadi semakin terbiasa menjalani rutin kehidupan sekarang, pergi pejabat, balik rumah tulis skrip dan berehat tenangkan fikiran cari ilham di beranda.

“Namun, jika berjodohan, saya tak cari lelaki kaya pun. Cukuplah jika dia boleh membimbing saya dunia dan akhirat,” katanya. Penerbit Andainya Takdir itu sebelum ini pernah berkahwin empat kali. Perkahwinan pertamanya ialah dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng, pada 1994 dan rumah tangga mereka berkekalan selama sembilan tahun.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 23, dan Wan Azevanatassha, 18. Aida, 50, juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis, namun butiran mengenai perkahwinan keduanya itu tidak dijelaskan.

Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan seorang lagi anggota polis, Sufian Sulaiman, pada 2007, namun berpisah enam tahun kemudian. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 12. Dan 18 Jun tahun lalu, Aida rasmi berpisah talak satu selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ariff Aziz.

Bagi Aida, tidak wajar untuknya menjadi isteri nombor dua selepas bersusah-payah dia ‘memasang badan’. “Macam mana pun, saya bagitau pada dia, saya tak rela dan tak suka bermadu sebab tak rasa layak dimadukan.

“Penat saya jaga badan, boleh kalah anak dara sebab pergi ke gim setiap hari. Takkan saya nak bermadu. “Tapi kalau terjumpa lelaki bertubuh sasa atau sado, saya tak menolak, dia tak ada wang pun tak apa,” katanya sambil tertawa.

A Aida nak ‘sado’ sampai tua

“KALAU boleh apabila berusia 60 tahun nanti pun saya mahu kelihatan ‘sado’,” kata penerbit drama, Datuk A Aida, 49, yang kini giat melakukan senaman di gimnasium bagi mendapatkan bentuk tubuh sasa dan ‘six pack’.

Aida berkata, dia mahu mendapatkan semula bentuk tubuh ketika zaman remaja. “Kalau nak tahu sejak remaja lagi saya memang suka ke gimnasium. Kemudian, saya berhenti tapi kembali aktif sejak beberapa tahun ini. Fokus saya sekarang mahu mendapatkan semula bentuk tubuh ketika remaja,” katanya.

Aida berkata, dia mengambil inspirasi daripada selebriti Hollywood yang kebanyakannya mengamalkan cara hidup sihat. Menurut Aida, bentuk tubuhnya ketika remaja adalah seperti watak Lara Croft dalam filem Tomb Raider lakonan Alicia Vikander. Jadi, tidak ada masalah untuk dia mendapatkan semula bentuk badan begitu semula.

“Saya tidak mahu apabila umur kian meningkat, badan pun menggelebeh,” katanya. Aida berkata, bentuk tubuh dimiliki sekarang membuatkan dia lebih yakin selain penampilan yang tampak lebih menarik. Dalam masa sama, Aida mahu memberi inspirasi kepada wanita supaya mementingkan penjagaan tubuh dan kesihatan.

“Saya bukannya nak dapatkan tubuh seperti lelaki tapi lebih kepada bentuk ideal wanita. Apabila kita berpakaian pun kelihatan cantik dan terletak saja. “Selain itu saya tidak mahu dijangkiti penyakit. Doktor memaklumkan bersenam dan menjaga pemakanan adalah ubat segala penyakit. Jadi, saya tak nak ada bp tinggi, kencing manis dan lain-lain.

Itu yang doktor selalu pesan. Alhamdulillah, sampai sekarang saya sihat. Paling penting juga, apa saya buat sekarang ini memberi inspirasi kepada orang lain termasuk dua anak perempuan saya. Ramai rakan artis wanita dan lelaki yang mahu ikut sama dan saya menjadi jurulatih mereka,” katanya.

Aida turut berpesan kepada wanita lain bahawa penjagaan kesihatan dan bentuk badan sangat penting. “Untuk wanita, mari kita sama-sama jaga badan. Jangan apabila usia makin meningkat, kita tidak ‘fit’. Seperti kelapa, makin lama makin banyak santan. Begitu juga wanita. Walaupun berusia, tapi badan mantap dan sihat. Biar kita ada kelebihan di situ,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : trendingsangat.pw via MediaViral

A Aida tetap bayar gaji

PENERBIT terkenal, Datuk A Aida tetap membayar gaji kakitangan dan tenaga produksi yang bekerja dengan syarikatnya, A Aida Production Sdn Bhd. A Aida berkata, walaupun semua penggambaran ditunda sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, dia perlu bertanggungjawab.

“Kalau ikutkan dalam keadaan sekarang, penebit antara yang paling terkesan sebab semua projek terpaksa ditunda. Fikir macam mana nak bayar gaji. “Tapi, saya tidak boleh pentingkan diri. Saya ada 61 kakitangan dan tenaga produksi. Mereka semua ini pekerja tetap dalam syarikat saya. Jadi, apa pun yang berlaku gaji tetap perlu dibayar,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut A Aida, dia turut menyambut baik usaha daripada beberapa persatuan kreatif tempatan yang ingin membantu pekerja belakang tabir. “Macam artis dan penggiat seni lain termasuk tenaga kerja belakang tabir ada persatuan yang sudi membantu. Bagi saya, mana yang betul-betul memerlukan itu memang patut dibantu. “Saya sokong usaha persatuan dan berharap, perkara ini dapat meringankan beban semua pihak. Sebaiknya, berhenti menuding jari kepada pihak tertentu,” katanya.

A Aida berhabis lebih RM100,000 beli kamera baru

Kuala Lumpur: Penerbit terkenal, Datuk A Aida sanggup berhabis RM146,980 semata-mata untuk membeli tiga kamera baharu bagi kegunaan penggambaran drama, Bidadari Salju yang bakal ditayangkan di slot Akasia, TV3 pada Disember nanti.

Malah, A Aida, 50, berkata dia juga melabur banyak untuk babak bermain bola sepak yang menggunakan khidmat lebih 20 pelakon extra membabitkan remaja dan berbadan sado. “Saya fikir agak lama juga tidak buat drama di slot ini. Ditambah pula, drama adaptasi ini jalan cerita berbeza dengan yang lain dan saya mahukan sesuatu yang baru bukan saja dari segi ‘shot’, tapi juga ‘look’ drama ini. Kebetulan, pengarah, Riza Baharudin ada kepakaran itu. 

“Apabila dia cakap nak gunakan tiga kamera, saya tak fikir panjang dan terus buat tempahan. Semuanya demi drama ini agar hasilnya nanti lebih menarik dan berkualiti. “Dalam masa sama, drama ini ada babak bermain bola sepak. Justeru, saya berasakan ia perlu diberi perhatian dan bukan sekadar ‘penggambaran’ biasa saja. Jadi, saya dan pasukan berbincang untuk mencari pelakon extra yang sesuai dengan babak itu.

“Saya buat uji bakat dan menetapkan kriteria kena remaja dan sado. Bagi saya, pemain bola perlu kelihatan ‘fit’ barulah nampak ‘real’. Takkan saya nak ambil yang boroi pula kan. Memang tak sesuai,” katanya. Sementara itu, Riza berkata itu kali pertama dia akan mengarah menggunakan tiga kamera.

“Ini kali pertama saya dapat ‘shoot’ menggunakan tiga kamerra. Sebelum ini satu atau dua kamera saja. Ada sebab saya nak gunakan tiga kamera. Ini kerana, kalau pengkarya luar, mereka menggunakan enam sehingga tujuh kamera.

“Mereka gunakan banyak teknik kamera untuk mendapatkan lebih banyak ‘sht’ dan reaksi untuk setiap babak. Alhamdulillah, saya tahu dan ada kelebihan di situ untuk memudahkan kerja semua orang dan mencantikkan hasil kerja.

“Sebenarnya saya saja uji Datuk dengan buat permintaan tiga kamera, tak menjangka pula dia bersetuju. Tapi, apabila dah bagi, saya kena buat yang terbaik. Saya kena tunjuk yang lebih baik,” katanya. Drama terbitan A Aida Productions itu menampilkan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai watak utama.

A Aida sah pisah kali keempat

HANYA sembilan bulan. Itu jodoh penerbit drama Datuk A Aida, 49, dengan pelakon Ariff Aziz, 30, yang disahkan sudah berpisah pada 25 April lalu. A Aida yang mengumumkan perpisahan itu dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini berkata, perpisahan kali keempatnya itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur, Selangor.

Katanya, perpisahan adalah jalan terbaik buat dia dan Ariff selepas tiada lagi persefahaman antara mereka. “Saya sudah memfailkan perpisahan sejak 4 April lalu di bawah seksyen 47 iaitu meminta kebenaran mahkamah untuk berpisah secara baik.

“Saya anggap jodoh tak panjang. Lagipun soal ajal dan jodoh adalah rahsia Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui dan saya reda dengan ketentuan ini. Siapa yang mahu berpisah, tetapi tertulis jodoh saya bersama Ariff sampai di situ saja,” katanya.

Apabila ditanya mengenai punca perpisahan, A Aida enggan bercerita tetapi mengakui lebih tenang dan bahagia untuk solo kembali. “Tidak perlu saya kongsikan punca perpisahan ini. Apa yang boleh saya katakan, rumah tangga kami memang ada masalah.

“Kami sudah tidak mampu lagi untuk bersama, jadi perpisahan adalah jalan terbaik. Saya juga sudah tidak tinggal sebumbung dengan Ariff sejak 21 Mac lalu,” katanya. A Aida juga menegaskan sudah tiada keperluan untuk dia dan Ariff kembali bersama.

“Saya tidak nafikan berkahwin dalam keadaan yang agak tergesa-gesa membuatkan saya tidak sempat untuk mengenali dia secara mendalam. Saya juga tidak lihat jalan untuk kembali bersama dengannya lagi. Kami pun sudah lama tidak berhubung,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi bekas suami A Aida, Ariff bagi mendapatkan reaksinya tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas WhatsApp. Pasangan itu berkenalan sejak 2015 ketika menjalin kerjasama dalam beberapa projek drama terbitan A Aida Productions.

Melihat budi baik, sikap bertanggungjawab dan sempurna pegangan agama, Aida terbuka hati menerima lamaran Ariff. Pada 4 Julai tahun lalu, Ariff membuat kejutan dengan melamar Aida di sebuah restoran Arab di ibu negara dengan memberi sebentuk cincin. Pasangan ini bernikah pada 21 Julai tahun lalu. Tarikh itu dipilih sempena ulang tahun kelahiran Aida yang juga ibu kepada tiga cahaya mata. Ia juga perkahwinan kali keempat buat A Aida.

A Aida & Ariff takkan rujuk

“PELUANG kedua? Kenapa aku rasa nak muntah ni?” tulis bekas suami kepada penerbit Datuk A Aida iaitu Ariff Aziz di Instagram Story miliknya yang seolah-olah enggan merujuk semula. Bagaimanapun teks dan video yang menggambarkan hubungan mereka tidak akan kembali pulih sudah dipadam.

Ariff menerusi foto baru yang dimuat naik di Instagram menjelaskan adalah lebih baik berdiam diri daripada bercakap buruk mengenai orang lain. “Bercakap benar dan tak cakap buruk mengenai orang adalah asas dalam kehidupan. Bercakap satu benda buruk mengenai orang akan menunjukkan berjuta kali keburukan kita.

“Kita mesti hidup dengan asas hidup yang baik. Pepatah Melayu ada menyebut berdiam lebih baik daripada bercakap yang bukan-bukan,” tulisnya. Sementara itu, A Aida ketika dihubungi bagi meminta komen mengenai tindakan keterlaluan Ariff yang memuat naik status terbabit memilih untuk tidak mengulas.

“Saya tidak mahu ulas apa-apa lagi. Ramai yang bertanya, saya tiada komen,” katanya. A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 48, dan Ariff Aziz, 30, melangsungkan pernikahan pada 21 Julai 2018 dalam satu majlis di Hotel Dorsett Grand di Subang Jaya, Selangor. Bagaimanapun mereka berpisah pada 25 April lalu selepas sembilan bulan bersama.