Mawar jalani rawatan dan kuarantin manakala Maryam masih aktif walaupun disahkan positif COVID19. Fizo Omar tanpa ragu buat perkongsian tentang keadaan anak dan bekas isterinya

Artis

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fizo Omar lega melihat perkembangan anak tunggalnya, Wan Maryam, 4, masih aktif biarpun disahkan positif COVID-19 pada 4 Januari lalu.Semalam, Fizo memuat naik video berdurasi lebih lima minit bagi menerangkan keadaan anak dan bekas isteri, Mawar Karim yang disahkan positif COVID-19. Mereka kini sedang menjalani rawatan dan kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Fizo berkata, Maryam tidak mempunyai sebarang simptom seperti dialami bekas isteri, Mawar yang mengalami batuk, sakit dada, sesak nafas dan hilang deria rasa.”Setakat ini, Alhamdulillah, Maryam masih aktif dan belum menunjukkan sebarang simptom. Sedikit sebanyak melegakan saya, namun ia tetap memberi kesan dan emosi yang mendalam kepada saya.

“Pandemik COVID-19 bukan seperti penyakit lain, kita boleh menziarah pada bila-bila masa. Sebaik Maryam disahkan positif, saya tidak dibenarkan langsung melawatnya. Jika ke hospital menghantar makanan atau barang, saya hanya dibenarkan meletakkannya di luar dan langsung tak berpeluang melihat Maryam.

“Luluh hati saya sebagai bapa apabila melihat video Maryam dibawa menaiki ambulans bagi menjalani kuarantin. Tetapi, agak lega kerana bekas isteri ada di sampingnya. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana jika Maryam sahaja yang didapati positif,” katanya kepada BH Online.Fizo berkata, dia akan membuat panggilan video setiap jam menerusi bekas isteri bagi memastikan Maryam berada dalam keadaan baik.

“Saya tak pasti Maryam mendapat jangkitan daripada mana, tetapi difahamkan bekas isteri mempunyai kontak rapat dengan individu yang dijangkiti.”Alhamdulillah, saya dan keluarga disahkan negatif. Perkara hendak terjadi, memang kami tidak boleh buat apa-apa, walaupun saya dan bekas isteri sangat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak akan membawa Maryam keluar jika berasakan tidak perlu.”Nasihat saya, tolong patuhi SOP. Anda tidak tahu bagaimana pedih melihat anak sendiri dijangkiti. Sukar diluahkan perasaan betapa saya risau,” kata Fizo yang kali terakhir berjumpa Maryam pada 28 Disember lalu.

Mawar Dan Maryam Sah Dijangkiti Covid 19. Ramai Warganet Yang Mendoakan Kesihatan Yang Baik Untuk Mawar Dan Maryam Termasuk Fizo Omar. Mengejutkan Sampai Macam Ni Sekali Komen Dari Fizo.

Semalam, usahawan dan bekas isteri Fizo Omar iaitu Mawar Karim ada berkongsi posting di akaun Instagram yang dipercayai telah dijangkiti virus Covid-19. Selain itu, wanita berusia 32 tahun tersebut turut menggunakan tanda pagar Covid-19, Covid dan Covid Fghters sebagai semangat untuk dirinya dan anak yang berusia tiga tahun.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini juga sempat memuat naik di Instastory memaparkan dirinya dijemput oleh pihak hospital yang memakai sut peralatan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk menaiki ambulans. Dalam masa yang sama,

Mawar juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang telah membantunya dalam hal ini. Berikutan itu, pengikutnya membanjiri ruangan komen dengan mendoakan agar Mawar dan Maryam dipermudahkan segala urusan dan terus kuat dalam menempuh dugaan ini.

Meskipun dia tidak memberitahu mengenai status dijangkiti virus tersebut, namun rata-rata warganet tetap mengambil berat dan mendoakan yang terbaik buat Mawar dan anaknya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Lama Meyepi Tiba Tiba Mawar Karim Muat Naik Status Beri Gambara N Dia Degan Maryam Dijangkiti Virus Covid 19. Rupa Rupanya Ini Keputusan Buat Warganet Terkedu.

Bekas isteri kepada pelakon terkenal Fizo Omar, Mawar Karim, menerusi satu foto yang dimuat naik di laman Instagramnya, memberi gambaran dia dan anaknya Maryam, telah dijangk1iti vi1us Covid-l9. Menerusi kapsyen yang diletakkan, dia dan anaknya perlu kuat menentang virus ini, dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mendoakan supaya mereka kembali sembuh. Tidak berakhir di situ, dia juga menggunakan tanda pagar Covid l9,sebagai semangat untuknya.

Malahan, Mawar sempat memuat naik 2 Instastory memaparkan dia dijemput oleh pihak hospital yang datang lengkap memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE). Pada masa yang sama Mawar, mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan petugas hadapan yang membantunya ketika itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : OHBULAN

Paparkan Dirinya Bersama Satu Tangan Lelaki Misteri Di Laman Instagramnya. Mawar Karim Tampil Beri Jawapan Sama Ada Sudah Temui Pengganti Atau Belum Sebenarnya

Pengusaha tudung terkemuka, Mawar Karim yang juga bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar baru-baru ini ada berkongsikan beberapa keping foto yang memaparkan dirinya bersama susuk tangan seorang lelaki misteri di laman Instagramnnya.

Namun, siapakah gerangan lelaki itu kekal misteri sehingga kini dan Mawar nampaknya hanya membiarkan peminat berteka-teki mengenai siapakah pemilik tangan tersebut.Dalam pada itu, Mawar turut menulis beberapa coretan sempena kedatangan tahun baru 2021, semalam.

“Wahai tahun 2021, saya mahukan lebih cabaran, berhubung dengan lebih ramai orang yang baik-baik, belajar sesuatu perkara yang positif dan menjadi lebih kuat. Selamat tinggal 2020.”Tidak lama kemudian, Mawar akhirnya tampil menjawab persoalan peminat sama ada dia kini sudah bertemu pengganti bekas suaminya iaitu Fizo Omar.

Malah Mawar turut diajukan soalan sama ada dia akan kembali bersama pelakon drama Adellea Sofea itu namun Mawar hanya menyifatkan soalan itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.Mawar dalam pada itu sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar sana yang memahami dan menyokong setiap perkara yang dilakukan olehnya.

Sekadar info, Mawar dan Fizo telah berkahwin pada November 2013 namun kecundang di tengah jalan. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.SUMBER : Gempak.Com

Warganet Tak Percaya Lepas Je Bergelar Duda Hot Akhirnya Fizo Omar Tampil Bongkarkan Punca Dia Lepaskan Mawar. Terkejut Dan Tak Sangka Ini Puncanya.

Ikatan perkahwinan Fizo dan Mawar yang hanya mampu bertahan selama 6 tahun, berakhir dengan perpisahan. Fizo yang ditemu ramah oleh melodi memberitahu ramai keluarga, kawan, media dan orang sekeliling, semuanya  terkejut dengan keputusan yang diambil.

Ini kerana, sebelum ini perkahwinan mereka yang kelihatan tiada apa-apa masalah. Fizo juga memberithau, dia tidak pernah bercerita kepada pihak luar sebarang masalah rumah tangga mereka. Media sebelum ini melaporkan, HILANG keserasian menjadi alasan dan punca rumah tangga pelakon Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim yang dibina selama enam tahun gagal diselamatkan.

Menurut Mawar, 30, mereka sudah cuba memperbaiki rumah tangga itu namun terpaksa mengorbankan kasih sayangnya demi kebahagian bekas suami sekeluarga.“Sudah tentu semua wanita sayangkan rumah tangga dan cuba sedaya upaya untuk selamatkan.

“Enam tahun tempoh perkahwinan ini, saya dan Fizo cuba (perbaiki hubungan) tapi saya redha. Mungkin sampai di sini sahaja saya cari keserasian dengan Fizo serta keluarganya. Saya korbankan kasih sayang saya untuk kebahagiaan Fizo sekeluarga,” kata Mawar kepada mStar.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Wan Maryam. Selain itu Mawar turut menafikan dakwaan kononnya rumah tangga mereka mula retak kerana harta, ego atau kehadiran pihak ketiga. “Saya dah cuba nak selamatkan. Kalau orang nak cakap… ia bukan kerana ego atau harta. Pihak ketiga pun tak ada,” katanya.

Hak penjagaan anak mereka iaitu Wan Maryam yang kini berusia dua tahun diberikan kepada Mawar. Menurut Fizo lagi, keputusan ini adalah hasil persetujuan bersama untuk kebaikan semua orang kalau dah takdir, kita tak boleh ubah. kalu dah takdir kita tak boleh ubah. Kalau kita nk hasil yang positif, tindakan kita kena positif 

Saya dan  mawar tiada sebarang  masalah..

Dalam pada itu, Fizo menganggap apa yang berlaku merupakan permulaan kehidupan dia dan bekas isterinya sebagai pasangan ibu bapa yang berpisah. Menurut Fizo, tiada berlaku pergaduhan antara dia dan Mawar namun ia terjadi disebabkan atas ketentuanNya. “Tiada pertelingkahan atau pergaduhan. Apa yang terjadi sudah ditentukan Allah,” ujarnya.

Isu anak mak

Menurut Fizo, dari dulu lagi dia memang dikenali sebagai anak mak. “Dari dulu saya menjaga mak saya, semenjak pemergian ayah saya”. “Mak saya single mother, dia ada penyait kencing manis, mata dia tak nampak”. “Macam mana mak saya mendidik saya dahulu, macam tulah saya akan mendidik Maryam untuk menjaga Mawar kelak”

“Saya korbankan kasih sayang saya untuk kebahagiaan Fizo sekeluarga,”-Mawar

Mengenai kenyataan Mawar sebelum ini, menurut Fizo, dia agak kurang jelas apa maksud Mawar tersebut. Dia juga percaya yang Mawar seorang wanita yang baik dan tidak akan memburukkan mak mertua dia. Mengenai hak penjagaan anak pula, buat masak sekarang Fizo tidak mahu memikirkan mengenainya lagi.” Saya tidak berhajat untuk flght penjagaan anak, cuma saya mahu hak yang adil dan sama rata

Pesan Fizo Kepada warganet..

Menurut Fizo, tiada isu pergaduhan, tiada keluarga campur tangan dalam urusan dia dengan Mawar. Jesteru itu, dia menyeru kepada warganet diluar sana untuk menghentikan sebarang spekulasi dan tuduhan yang tidak berasas kerana yang menjadi punca ialah mak dia. Menurut Fizo lagi, sedikit sebanyak ia memberi tekanan emosi kepada mak. Fizo juga percaya, dengan perpisahan ini, silaturahim antara mereka berdua akan lebih rapat lagi 

Saat Melafazakan talak.

Menurut Fizo lagi, ketika melafazkan talak, ia suatu saat yang cukup beremosi. Ia merupakan satu momen yang akan dia kenang. “Dengan penuh kasih sayang, saya melafazkan..” Ketika melafazkan talak, dalam hati Fizo, dia menganggap, perkara tersebut bukanlah satu pengakhiran, tapi ia merupkan satu permulaan buat mereka. Berikut temuramah penuh Fizo bersama pihak Melodi 

Allah Beri Saya Ketenangan

Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat warganet apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak. Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.Pasangan ini mendapatkan rawatan daripada Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arsat untuk memperoleh zuriat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Viral Network via TubeViral

Penampilan terbaru Mawar Karim yang mengejutkan dan menarik perhatian ramai.

Sebelum ini Mawar di pernah kecam tentang keluar rumah walaupun Edahnya belum habis. Bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim dihujani teguran warganet apabila keluar bersama anaknya, Wan Maryam ke sebuah pusat beli-belah semalam. Hal itu dikatakan warganet kerana Mawar masih dalam tempoh edah.

Foto bersuka-ria Mawar dan Maryam itu terus menerus mendapat respon kurang manis daripada pengguna media sosial. Wargamaya tersentak dengan cerita perpisahan pasangan romantik Fizo dan Mawar sah berpisah talak 1.

Mawar kelihatan sebak dan sedih di hari perpisahannya, walaubagaimanapun Mawar bangkit kembali dan nampak bersemangat dari hari ke hari, terutamanya dalam kerjayanya. Melalui perkongsian postnya di instagram, ramai warganet memberi kata kata semangat kepada Mawar, dan terispirasi dengan penampilannya. Mawar kelihatan lebih tenang, bahagia dan bergaya.

Antara komen-komen yang ditingalkan di entry Mawar:

thesweetnasim61, Allah dah tentu kan jodoh kita tenang tenang dulu pandang baik2 kalau sepi sebuk2 kan diri buat yang terbaik insyallah Allah akan dipermudahkan urusan kita ammin. idah.rahim.503, Luaran sahaja mawar nampak gembira tapi ddalam siapa yg tahu mawar npak loose weight hope mawar tabah dgn setiap ujian yg allah bagi sbb DIA tahu setiap yg d beri kita kuat dan bole melalui nyer dgn tenang kerana DIA selalu ade bersama2 kita d kala kesedihan.

thesweetnasim61,Tak apa tak ada suami . Janji kita kena kuat maju kan perniagaan ke perangkat yang tinggi buat yang terbaik jaga maruah diri kita buat terbaik jaga anak baik baik kita kena kuat maju kehadapan kalau kita dengar cakap 2 orang kita boleh tak waras, buat yang terbaik untuk diri kita sendiri ok.

syariezaas, Teruskan hidup.. Org tak pernah tempuh hidup mcm mawar_karim akan kata yg bukan2..sy pernah rasai..apabila suami lebih mementingkan — kita tahu hukum tp sebagai org tua lah patut lebih fhm situasi anak yg dah bekeluarga.. Bila kasih syg perlu dikongsikan, dan lelaki ni satu sikap ada yg tak pandai buat keputusan. Dia rasa serba salah antara ini dan itu.. Isteri pula perlukan lelaki yg tegas, tp bila lihat suami tu tetap dgn katanya kita yg makan hati.. Makin kita diam makin kita tak kenal diri dia.. Bila bersuara kita yg nampak burruknya.. Apa pun move on dan semoga berjaya.

Sebelum ini, Mawar di temui dalam pengambaran Nona bersama anaknya Maryam. Menurut mawar dia kuat kerana Maryam.“Jangan tunjuk yang negatif depan anak,tunjuk yang positif sahaja jangan down depan anak nanti dia pun turut down” – Mawar. Cerita tentang positif sahaja, tak perlu cerita negatif pesan Mawar

“Saya dan Fizo ada masalah sebelum ini terus terang saya katakan saya tak guna media sosial bercerita tentang masalah rumahtangga cukup saya dan Fizo sahaja yang tahu” – Mawar Karim. Pasaangan itu mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun.

Mawar dan Fizo berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada Rabu lalu. Kemelut rumah tangga mereka dihidu orang ramai apabila menyambut Aidilfitri secara berasingan. Perpisahan pasangan ini memang sangat tak disangka serta yang sangat menyentuh hati kita semua. Semoga kedua pihak dapat jalani kehidupan baru dengan aman serta bahagia.