Teruk dikritik gara gara pertahankan Neelofa. Tak boleh berdiam akhirnya Mawar Rashid jelaskan maksud sebenar pasal komen dia pada Neelofa.

Artis

Nama pengacara dan usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa semakin hangat diperkatakan berikutan dengan beberapa dakwaan mengenai dirinya yang dipercayai tak patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. Bukan itu sahaja, setiap tanduk selebriti ini seolah-olah sentiasa diperhatikan oleh kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya pengguna media sosial.

Seperti yang kita sedia maklum, Neelofa, suami dan ahli keluarganya telah terpalit dengan beberapa dkwaan tidak patuh SOP seperti berkumpul untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, tidak patuh SOP ketika majlis perkahwinan serta merentas negeri ke Langkawi dan Negeri Sembilan.

Berikutan daripada i.su tersebut, seorang individu dikatakan telah mewujudkan satu petisyen berjudul ‘tidak patuh SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa Segera’ dengan tujuan menggesa pihak berkuasa mengenakan hkuman yang setimpal kepada Neelofa atas keslahan yang dilakukannya.

Difahamkan, petisyen tersebut telah ditandatangani lebih daripada 45 ribu orang. Tetapi berbeza pula dengan pendapat seorang pelakon tempatan iaitu Mawar Rashid yang tampil bersuara seakan tidak bersetuju dengan kandungan petisyen tersebut selain memb.ela nasib usahawan terkenal itu.

Bukan itu sahaja, menerusi komen yang ditinggalkan Mawar di satu portal hiburan, dia berpendapat Neelofa merupakan seorang insan yang telah banyak memperjuangkan Islam dan dia tidak sepatutnya dipenjarakan. Namun, komen tersebut telah dipadam selepas dipercayai mendapat kritikan daripada warganet.

Mawar Rashid Tampil Jelaskan

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid tampil meminta maaf terhadap pernyataannya sebelum ini, berhubung komennya pada ruangan komen Instagram, awal tadi. Jelas Mawar, wujud salah faham dan menerusi Instagram, ibu kepada dua cahaya mata ini mengambil pendekatan untuk memperjelaskan keadaan.

“Bertenang semua.. ada salah faham ni. And Mawar pun salah tak tulis bebetul dan ayat pun tak penuh sampai buat you all semua marah and marah Mawar. Sorry semua. “Baca balik statement Mawar, “Harap dapat diselesaikan dengan cara yang baik”

“Maksud Mawar kat sini, Kalau kena kompaun/dnda lagi, memang patut kena bayar. Dan kalau mahkamah dah ptuskan kena pnjara, Mawar respect keputusan mahkamah. “Cuma bila bercakap pasal “pnjra”, bunyi tu menkutkan. Mawar pun turut rasa takut lah. Sebab Mawar ni sejenis cepat kesian kat orang,” tulisnya.

Pelakon drama TQ Captain itu juga pada masa sama turut bersimpati terhadap pekerja barisan hadapan serta situasi semasa yang berlaku dalam negara akibat pandemik ketika ini. “Dan Mawar pun kesian & simpati juga kepada Frontliner, rakyat dan semua yang terlibat dalam C0VID 19 ni. Lagi2 hari ni dah almost 7K org positive dalam Malaysia.

Mawar lagi la risau ttg covid ni. “Dan Mawar tak bermaksud pun cakap sebab dia berjuang pasal tu, dia boleh tak patuh SOP.. yang salah tetap salah. Dan Mawar respect apa saja keputusan mahkamah untuk yang bersalah. “Sorry k sebab statement tak clear. Mawar mintak maaf. You guys semua take care k. Stay Safe. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin,” tulis bekas finalis Dewi Remaja 2015 ini lagi. Hantaran tersebut pantas menerima perhatian ramai dan masing-masing turut memberikan respon pelbagai.

Kredit : MH/OB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru Je Dikenakan Ikat Jamin Tentang Kes Pegi Beli Karpet Di Nilai. Sekali Lagi Neelofa Jadi Perhatian Ramai Bila Ada Yang Perasan Sesuatu Pada Purdah Neelofa.

Kuala Lumpur: Selebriti popular, Neelofa, 32, sekali lagi meraih ‘populariti’ apabila didakwa tidak memakai pelitup muka oleh warganet ketika hadir di Mahkamah Majistret, Seremban, Negeri Sembilan bersama suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, atas dakwaan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hari ini.

Menerusi gambar dirakam pihak media di perkarangan mahkamah itu jelas kelihatan niqab dipakai Neelofa yang menjadi imej terbaharunya sejak beberapa bulan lalu menampakkan bentuk hidung dan mulutnya.“Pakai niqab tak perlu pakai ‘mask’ (pelitup muka) ya?” Itu antara komen pengguna laman sosial di Facebook Harian Metro yang mempersoalkan penampilan Neelofa itu.

Sementara itu, beberapa pengguna laman sosial di hantaran yang dimuat naik di Instagram Harian Metro @hmetromy turut mempersoalkan perkara sama. “Pakai purdah pun kena pakai ‘mask’ juga ya Cik Kak,” tulis pengguna itu. “Lofa macam tak pakai ‘facemask’ jer tu…” tulis pengguna lain pula. “Pakai purdah tak perlu pakai mask eh? Dulu macam menteri/DG kata pakai pudah pun kena pakai ‘mask’” kata seorang pengguna lagi.

Pada masa sama, seorang lagi pengguna media sosial memuat naik keratan berita mengenai kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah yang disiarkan pada 22 Oktober tahun lalu.

Noor Hisham dalam satu kenyataan kepada media dipetik sebagai berkata, pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang mereka daripada dijangkiti.“Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kita diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam bermula pada 1 Ogos lalu. Ada dua jenis pelitup muka yang boleh dipakai untuk tujuan pencegahan iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.

“Pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak bergejala tetapi berada di tempat awam dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut syor WHO,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas kesalahan tidak patuhi SOP PKPB selepas pertduhan dibacakan hadapan Majistret Mahyun Yusoff. Mereka didakwa atas pertdhan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon sebelum memasuki premis kedai Naeem Carpet Sdn Bhd.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu kedai Naeem Carpet di No 219, Jalan 3/6, Kawasan Perindustrian Nilai 3, di sini, pada jam 4 petang, 2 Mei lalu. PU Riz juga didakwa tidak memakai pelitup muka di tempat awam iaitu di premis kedai sama dan pada tarikh serta waktu yang sama.

Terdahulu, Pengarah Kesihatan telah menasihati kepada wanita yang berniqab supaya memakai pelitup muka di tempat awam. Pakai juga pelitup muka walaupun berpurdah. Wanita yang berpurdah serta berniqab dinasihatkan tetap memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko dijangktiti C0VID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang mereka daripada dijangkiti. “Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kita diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam bermula pada 1 Ogos lalu. Ada duajenis pelitup muka yang boleh dipakai untuk tujuan pencegahan iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.

“Pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak bergejala tetapi berada di tempat awam dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut syor WHO,” katanya

Beliau berkata, pemakaian purdah satu lapisan tidak mencukupi untuk melindungi individu terbabit daripada dijangkiti. Justeru, beliau mencadangkan individu memakai purdah atau niqab untuk memakai pelitup muka perubatan atau fabrik tiga lapisan di sebalik purdah yang dipakai.

Neelofa okey, patuh arahan mahkamah – Peguam

SEREMBAN: “Neelofa okey saja. Kita kena patuh arahan mahkamah.” Demikian kata peguam kepada selebriti Noor Neelofa Mohd Noor, Haresh Mahadevan ketika mengulas pertdhan melibatkan anak guamnya yang didakwa ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam pertdhan dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusof di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis, Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Ismail mengaku tidak bersalah terhadap semua pertudhan dikenakan kepada mereka.

Majistret menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Neelofa, PU Riz mengaku tidak bersalah tidak patuhi SOP PKPB. Muhammad Haris berdepan dua pertuduhan dan dikenakan ikat jamin RM10,000 manakala Neelofa yang berdepan satu pertuduhan pula dikenakan ikat jamin RM5,000.

Pihak pendakwaan sebelum itu memohon jaminan RM20,000 dikenakan kepada kedua-dua tertduh. Dalam pada itu, ketika ditanya mengapa tiada pendakwaan melibatkan rentas negeri, Haresh mengakui tidak tahu mengenai perkara itu.

“Tak tahu kenapa tiada pertuduhan rentas negeri. “Hari ini tiada isu rentas negeri, tidak dibangkitkan. Hanya pertuduhan pada hari ini disebut,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah. Isu tidak patuhi SOP PKPB pasangan itu tular di media sosial apabila Neelofa dikatakan memuat naik gambar dan video berada di sebuah kedai karpet di Nilai pada 2 Mei lalu.

SATU petisyen yang menggesa selebriti sensasi Neelofa menerima hukuman setimpal atas kesalahan berulang kali tidak patuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditandatangani lebih 20,000 individu.

Tindakan selebriti itu kebelakangan ini menimbulkan kemarahan ramai sehingga warganet bersatu hati menyokong petisyen bertajuk tidak patuhi SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa Segera. Petisyen di laman web change.org diwujudkan seorang individu menggunakan nama Hentikan Double Standard itu turut menyenaraikan beberapa kesalahan yang dilakukan isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz.

Berikut senarai kesalahan yang di tulis dalam petisyen tersebut. Neelofa merupakan seorang selebriti yang telah banyak kali tidak patuhi SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik C0VID-19. Kesalahan-kesalahan telah dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard dikenakan terhadap beliau.

Berikut kesalahan-kesalahan tidak patuh SOP yang telah beliau dan keluarga beliau telah lakukan: 1. Majlis Perkahwinan Neelofa & PU Riz di Grand Hyatt – Mac 2021 (tindakan telah diambil). 2. Honeymoom di Langkawi – Mac 2021 (tiada tindakan undang-undang diambil)

3. Rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan tanpa sebab kukuh, sebaliknya ke kedai carpet – Mei 2021 (tiada tindakan undang-undang dikenakan) 4. Neelofa dan seluruh ahli keluarga berkumpul di rumah ketika hari raya Aidilfitri – Mei 2021 (tidak patuh SOP Aidilfitri, tiada tindakan undang-undang diambil)

Berdasarkan kesalahan-kesalahan berulang ini, kami desak Kerajaan Malaysia & Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk Neelofa segera ditahan tanpa kompromi sebagai isyarat jelas kepada Kerajaan untuk tidak amalkan undang-undang double standard kepada VVIP & orang kenamaan!

Dia juga menuntut tindakan wajar dikenakan kepada selebriti berusia 32 tahun itu. Azwan Ali antara rakan selebriti yang lantang mengkritik Neelofa. “Neelofa adalah seorang selebriti yang banyak kali tidak patuh SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik Covid-19.

“Kesalahan dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard (pilih kasih) dikenakan terhadapnya,” tulis individu berkenaan pada petisyen itu. Antara kesalahan yang disenaraikan dalam petisyen itu adalah majlis perkahwinannya pada Mac; rentas negeri ke Langkawi, Kedah; rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaharu video sambutan Aidilfitri bersama ahli keluarga pada 1 Syawal lalu.

PASANGAN selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pertuduhan ke atas kedua-dua mereka dibuat di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada pagi Khamis.

Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertdhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’. Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan jaminan RM20,000, namun peguamnya Haresh Mahadevan memohon jumlah yang lebih rendah.

Manakala Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam. Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Jun depan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.