Mengalir air mata pengantin baharu lepas dapat tahu mereka terkena dengan individu ini. Perkongsian ini secara tak langsung raih perhatian

Viral

Rasa teruja untuk memiliki kereta terpakai membuatkan seorang abang sanggup menaiki bas dari Perak ke Melaka untuk berurusan mengenai jual beli kenderaan tersebut. Bagaimanapun,seperti yang dikongsikan menerusi aplikasi Tiktok,ia berakhir dengan nasib malang apabila abang menjadi individu kena tipV atau scm oleh individu yang kononnya mengaku sebagai pemilik kereta

Alia berkata,kejadian berlaku pada 11 Januari lalu dan hanya beberapa hari selepas abangnya berusia 25 tahun berkahwin pada 6 januari.KAta gadis itu lagi,abangnya tertarik dengan iklan menjual kereta terpakai di laman sosial FB yang menawarkan model satria Neo berharga RM9000.”Abang selama ini hanya pakai motosikal selain sebuah kereta Kancil. Pernah juga ada kereta lain tetapi dijual semula kerana sering mengalami masalah.”Kereta Kancil tu pula abang bercadang untuk bagi kat mak untuk kegunaan keluarga bila beli kereta second hand (terpakai) tu,” katanya kepada mStar.



Kereta yang dijual oleh individu kononnya sebagai pemilik pada harga RM9,000.Lebih mesra disapa Alia, katanya, dia menemani abangnya bersama seorang rakan menaiki bas dari Teluk Intan dan tiba di Ayer Keroh di Melaka pada lewat petang dengan perjalanan mengambil masa kira-kira tujuh jam.”Setibanya di sana terdapat seorang lelaki yang dikatakan diupah oleh ‘penjual’ tu untuk menjemput kami di Melaka Sentral sebelum dibawa ke sebuah bengkel berdekatan.”Di luar bengkel tersebut, kami ditunjukkan dengan kereta seperti yang diiklankan, malah dibenarkan untuk test drive (pandu uji) sebelum abang betul-betul berminat untuk membeli.

“Penjual tu minta kami untuk membayar separuh daripada harga jualan terlebih dahulu. Bagaimanapun, kemudian penjual tu bertukar fikiran dan mahu kami untuk menjelaskan bayaran penuh terlebih dahulu,” ujar pelajar Tingkatan Lima itu.Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, mereka mula berasa curiga apabila mahu mendapatkan rekod dan butiran pendaftaran berkaitan kereta itu.”Masa tu la dia kata kereta tu sudah diperiksa oleh pihak itu dan pihak ini. Malah, lelaki berusia 30an itu menganggap kami seolah-olah tidak mengetahui urusan jual beli kereta.

“Dalam rasa curiga tu juga, duit RM9,000 telah pun diserahkan. Entah bagaimana, kami seperti ikutkan saja apa yang disuruhnya, macam kena pukau,” tambahnya.Laporan polis yang dibuat oleh abang Alia.Alia berkata, mereka kemudian kembali ke bengkel dari bank untuk berjumpa lelaki berkenaan bagi mengambil kunci kereta namun kelibatnya tidak kelihatan.”Bila kami masuk pejabat di bengkel, alangkah terkejutnya kami apabila lelaki di dalam pejabat itu adalah pemilik bengkel dan juga pemilik kereta Satria Neo yang sebenar tetapi mengakui mahu menjualnya pada harga kira-kira RM15,000.

“Pemilik Satria Neo tu beritahu dia didatangi seorang lelaki, iaitu orang yang sama berurusan dengan kami, dan memaklumkan bahawa rakannya iaitu kononnya kami dari Teluk Intan mahu membeli kereta tu. Sah! Abang terkena”Kami cuba hubungi lelaki yang kononnya pemilik kereta tu, tapi gagal. Mesej pun tak dapat. Abang hanya tergamam dan air matanya mengalir. Semuanya berlaku dengan sekelip mata,” ujarnya sambil menambah abangnya membuat laporan polis berhubung kejadian di Melaka, pada malam yang sama.

Sedih sekali,Alia bersama abangnya dan seorang lagi rakan pulang ke Teluk Intan dengan menaiki bas.Memandangkan hari telah lewat untuk pulang ke Teluk Intan, katanya, mereka kemudian mengambil keputusan untuk bermalam di sana sebelum pulang keesokan paginya.

Menurut Alia, duit untuk membeli kereta itu adalah simpanan hasil titik peluh abangnya bertahun-tahun kerja sebelum hilang kerja akibat pandemik Covid-19 dan baru saja mendapat tawaran kerja sebagai pekebun pada bulan ini.”Esoknya kami pulang menaiki bas dengan sehelai sepinggang. Kasihan abang… baru je kahwin, nak beli kereta tu sebab mahu buat kejutan untuk isteri, bawa jalan-jalan”Perkongsian saya ini untuk menyedarkan masyarakat supaya lebih berhati-hati dan jangan terlalu mudah percaya dalam urusan jual beli bagi mengelakkan daripada dit1pu,” katanya.

Pegawai Ini Sanggup Tangguh Majlis Kahwin Demi Tugas. Tindakan Pegawai Polis Ini Secara Tak Langsung Mendapat Pujian Dari Menteri Pengangkutan

Baru baru ini,tindakan seorang pegawai polis iaitu Ahmad Zaim yang menangguhkan perkahwinannya demi tugas mendapat pujian Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Menteri Pengangkutan tersebut memuji AHmad Zaim Nasreen Musa yang sepatutnya melangsungkan pernikahan bersama pasangan,Mas Ayuvita Azizul pada Ahad (17 Januari) di Gemas,Negeri Sembilan.

.”Demi tugas, demi negara, anggota keselamatan kita sedia berkrban apa saja.”Anggota keselamatan, Ahmad Zaim Nasreen bin Musa sepatutnya meraikan hari bahagia beliau dengan pasangannya, Mas Ayuvita binti Azizul di Felda Palong 8, Gemas, Negeri Sembilan hari ini 17 Januari 2021.

“Namun demi tanggungjawab kepada negara, Ahmad Zaim menangguhkan hari bahagianya. Satu pengrbanan yang amat besar,” tulis Dr Wee di laman Facebook pada Ahad.Beliau turut memuat naik gambar Ahmad Zaim yang memegang nota bertulis ‘sepatutnya hari ini saya nikah 17.01.21’.Dalam pada itu, Dr Wee turut menzahirkan penghargaan terhadap pada petugas barisan hadapan di atas pengrbanan mereka.”Hargailah jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan negara kita,” tulisnya lagi – THE STAR

Viral Tok Kadi Ni Bawa Kanta Masa Nak Akad Nikah. Sekali Individu Ni Dedahkan Rupa Rupanya Sebelum Ni Ada Lagi Benda Lain Dia Minta Rupanya.

Alam perkahwinan adalah satu fasa yang baru buat diri anda dan pasangan. Dari situlah semua tanggungjawab bermula sebagai seorang suami dan isteri. Untuk pengantin lelaki, waktu yang paling mendebarkan pastinya ialah akad nikah. Ianya kerana bermacam kesilapan boleh terjadi sewaktu momen tersebut seperti tersalah sebut nama, gagapp, atau salah menyebut jumlah mas kahwin.

Semuanya dilakukan untuk menghalalkan wanita yang dicintai itu. Waktu itu adalah saat yang paling dinanti-nantikan buat anda dan pasangan. Sejak dulu lagi, banyak ragam dan situasi melibatkan tok kadi yang sangat mencuit hati sekali gus tular apabila dikongsi di laman media sosial.

Baru-baru ini, jurugambar dikenali sebagai Mohamad Firdaus turut melihat satu kejadian yang tak disangka-sangka sewaktu merakam gambar sekitar majlis pernikahan kliennya di Permatang Rawa, Pulau Pinang.

First time dapat tok kadi sempoi yakmat…siap keluarkan kanta pembesar check cincin emas. Berbeza dengan pengalaman menguruskan majlis nikah klien sebelum ini, Mohamad Firdaus gagal menahan rasa terhibur apabila terakam gelagat tok kadi yang tiba-tiba mengeluarkan kanta pembesar sewaktu sesi akad nikah.

Ia malah digunakan untuk memeriksa cincin pernikahan yang dibawa oleh pengantin lelaki sebelum diserahkan kepada bakal isterinya. Wanita beritahu tindakan tok kadi yang juga kawan ayahnya. Dulu ada pengantin menipu bagi emass tlruan.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Facebook bernama Siti Zulaikha ini pula, dia menjelaskan tujuan sebenar mengapa tok kadi tersebut melakukan spot check hingga sedemikan rupa. Ujarnya, dahulu pernah ada kejadian pengantin yang tidak telus dengan memberikan cincin tiruan. Malah dia juga sebelum ini pernah menyuruh pengantin buktikan resit terlebih dahulu untuk pastikan kualitl tulen atau tidak.

Reaksi Orang Ramai

Betul dah tok kadi buat cm tu. Tok kadi tu check mas kawen tu dlm sijil tulis cincin takut2 yg betul2 bawa tu bukan pulak…klo kess cmtu jd sah ke x eh nikah tu? Ada sapa2 tahu x? Tp yg sis tahu x kisah pon x nak bg emas nk bg berlian pon boleh asalkan msa akad tu sebut cincin berlian bukan cincin emass. Cuma klo kess tlpu cmtu akadnya jd cemana.

Klu setakat tok kadi yg cek ok lg, tp de yg smpai sume senasak sedara laaa duk main timbang cincin tu nk th tulen ke x.. penuhh mak pak sedara duk bgilir menimbang cincin. Kdg2 ada org buat cincin sebagai mas kawen… Tu yg tok kadi cek betul2… Mas kawen xleh buat maln2 ye. Jgn sampai tok beli mesin mcm dkt arrahnu tu hah, berzaman nak akad nikah nye.

Kredit : KisahDunia/FBFirdaus

Boleh Pula Wali Tersasul Sebut Nama Kembar Pengantin. Penganin Perempuan Siap Bagi Isyarat Kat Datuk Lepas Salah Sebut

Bagi mereka yang mempunyai kembar, terutamanya nama pula dekat-dekat, sudah tentu seringkali menimbulkan kekeliruan kepada orang lain bukan? Nak ‘diseru’ kembar A, tersasul pula memanggil kembar B sehingga kadang-kadang menimbulkan situasi yang mencuit hati.

Namun, bagaimana pula kalau ‘kesilapan’ itu berlaku pula semasa majlis akad nikah sedang berlangsung? Sudah pasti huru-hara jadinya apabila si wali tersilap pula menyebut nama pengantin.Begitulah pengalaman lucu yang dikongsikan oleh seorang wanita ini ketika majlis akad nikahnya berlangsung dimana walinya tersasul pula menyebut nama kembar perempuannya sewaktu hendak diakadkan.

Menerusi posting yang dimuat naik Amira Farra di akaun Twitter @efficiancee, dia telah berkongsi sebuah klip video semasa suaminya berdepan dengan wali semasa melafazkan akad nikah.Apa yang menghiburkan hati, walinya yang merupakan datuknya sendiri telah tersasul pula menyebut nama adik kembarnya yang mempunyai nama yang agak serupa iaitu Amira Sara. 

Panik dengan kesilapan tersebut, pengantin perempuan laju sahaja ‘mengipas’ tangannya untuk memberi isyarat kepada si datuk bahawa dia tersalah menyebut nama pengantin perempuan.Aduhai, naya Pak Karim. 

Jelas wanita itu, datuknya itu sudah pun berusia 84 tahun dan dia tersasul menyebut nama adik kembarnya, Amira Sara disebabkan rasa ‘nervous’ dan keliru kerana mereka berdua duduk bersebelahan antara satu sama lain. 

Walau bagaimanapun, akad nikah tersebut diulang semula dan masing-masing hanya tersenyum lucu dan kembali tenang meneruskan majlis itu.Perkongsian lucu yang dimuat naik olehnya itu berjaya tular dan meraih perhatian warganet. Rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dan berjenaka dengan situasi tersebut. Tak kurang juga ada yang memuji reaksi ‘chill’ pengantin lelaki walaupun hampir sahaja ‘dinikahkan’ dengan orang lain. 

Baru Baru Ini Ramai Pasangan Pengantin Yang Tidak Mahu Lepaskan Peluang Untuk Bernikah Sebelum PKP. Termasuklah Juga Pasangan Pelajar Tingkatan 5 Ini Dan Ini Komen Dari Warganet.

Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya mengimpikan untuk berumah tangga dan mempunyai cahaya mata. Tambahan pula, akhir-akhir ini ramai pengantin mengambil keputusan untuk berkahwin secara last minute sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bermula 13 Januari 2021.

Seperti video seorang gadis muda dikenali sebagai AmyraHanifah di laman TikTok, berkongsi foto-foto hari bahagianya bergelar seorang isteri. Apa yang lebih menarik perhatian adalah umur pengatin itu sendiri. Itulah kalau dah jodoh kan?

Mendapat lebih 91k tanda suka, video tersebut menceritakan gadis muda berusia 17 tahun ini, menerima lamaran bakal suaminya. Namun, dia ketika itu sempat memberikan alasan masih bersekolah dan belum mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan pada 22 Februari nanti.

Tanpa berfikir panjang, gadis tersebut menerima lamaran lelaki itu dan berkongsi beberapa keping foto mereka selepas sah bergelar suami isteri. Tambahan pula, gadis ini sempat menerangkan dia masih lagi ke sekolah walaupun sudah berkahwin.

Tidak berakhir di situ, menerusi kapsyen yang digunakan pada video tersebut, gadis ini sempat memberikan pesanan kepada warganet supaya tidak ‘menghebohkan’ perkahwinan mereka.

Pada masa yang sama, seorang wanita dipercayai ibu kepada gadis tersebut, sempat meminta supaya warganet mendoakan yang terbaik buat anaknya.Menjengah ke ruangan komen, warganet sempat ‘bergurau’ dengan menceritakan pengalaman mereka yang masih bujang. Tidak berakhir di situ, terdapat komen yang menarik perhatian, apabila seorang guru turut mengeluh pelajarnya sudah ramai mendirikan rumah tangga tetapi dia masih bujang dan sedang mencari calon.Sumber: AmyraHanifah

Pasangan Ini Memilih Untuk Berkahwin Di Usia Muda. Ramai Warganet Terkejut Dengan Keputusan Pengantin Ini Yang Memilih Untuk Disatukan Pada Umur 15 Tahun.

Perkahwinan merupakan satu ikatan suci yang sememangnya menjadi satu tanggungjawab andai kita berkemampuan. Walau bagaimanapun, jika jodoh sudah sampai, tiada apa yang dapat ditolak ole kedua-dua pasangan. Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, wanita yang menggunakan nama akaun @hariafiqah1 telah memuat naik video perkahwinan satu pasangan muda.

Menurut wanita itu, anak saudaranya yang juga pengantin perempuan baru sahaja berumur 15 tahun dan pasangannya menginjak usia 17 tahun.Pasangan tersebut menggunakan busana berwarna biru gelap dan dilihat sepadan ketika berjalan beriringan. Dalam kenyataan sumber juga, majlis perkahwinan ini telah berlangsung Tanah Merah, Kelantan.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan pelbagai maklum balas. Ada diatara mereka tidak kisah dengan perkahwinan tersebut kerana dilihat dapat mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku dan ada juga yang berasa kurang senang memandangkan mereka masih lagi dibawah umur. Walau bagaimanpun, kebanyakkan daripada mereka mengucapkan tahniah diatas perkahwinan itu dan mendoakan agar pasangan tersebut sama-sama bertolak ansur dalam hubungan memandangkan masing-masing masih muda lagi.

Sumber: hariafiqah1