Mengejutkan bila ayah mertua selamba je intai dalam bilik bila tahu gadis ini baru habis mandi. Bila tanya sebab yang dia cakap mmg tak msuk akal. Terkedu bila isteri bagi tahu kat suami tergamak suami cakap macam ni.

Kisah Rumah Tangga

MENJALANI kehidupan rumah tangga di rumah ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah dalam hidup pasangan suami isteri. Si menantu, tidak kira lelaki mahupun perempuan perlu menyesuaikan diri dengan suasana baharu, mengikut acuan yang telah terbentuk sejak sekian lama di rumah ibu dan bapa mertua.

Meskipun berada dalam rumah, menantu perempuan khususnya perlu tahu menjaga batas dan adab, serta aurat terhadap adik-beradik dan ibu bapa mertua. Di bilik tidurlah merupakan satu-satunya privasi bagi kita, di mana kita bebas berbuat apa sahaja dan berpakaian ‘ikut suka’.

Namun lain ceritanya bagi seorang wanita yang tidak mahu dikenali, yang mengakui tertekan dengan sikap bapa mertua yang gemar masuk biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. “Saya sudah berkahwin hampir tiga tahun. Sekarang saya tinggal di rumah mertua saya. Saya ada masalah di mana ayah mertua suka sangat masuk bilik saya. Bilik saya baru siap dibuat, pintu tak dipasang lagi.

“Suami sibuk, tak sempat nak beli pintu, jadi saya hanya pasang langsir untuk tutup bilik. Yang saya tak suka, mertua suka sangat selak langsir suka-suka tanpa beri salam terlebih dahulu,” luahnya seperti yang dipetik menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga, hari ini.

Menurutnya, setiap kali langsir diselak, bapa mertuanya sering memberi alasan untuk mengambil anak yang berada di pegangannya. “Kadang-kadang dia dah nampak saya baru lepas mandi, dia tetap akan selak langsir semata-mata mahu ambil anak. Situasi begini sudah berlaku banyak kali. Pagi-pagi pun dia akan masuk ke dalam bilik dengan alasan mahu tengok cucu,” katanya lagi.

Tidak tahan dengan situasi sedemikian, dia menyuarakan hasrat untuk hidup ‘berpisah’ daripada keluarga suaminya. Namun hasratnya itu ditentang ibu mertua yang menghidap pelbagai jenis penyakit. “Kalau saya keluar, tak ada sesiapa yang akan jaga ibu mertua pula. Sekarang saya mengandung anak kedua dengan usia kandungan lapan bulan dan saya mengalami alahan yang teruk.

“Bila tengah hari, saya akan duduk dalam bilik sebab saya cepat pitam. Bapa mertua pula suka selak langsir bilik semata-mata mahu tahu apa yang saya buat dalam bilik. Saya rasa malu bila orang tengok saya berkemban,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, perkara itu sering diajak berbincang bersama suami, namun apa yang balasan jawapan yang diterima agak kurang memuaskan. “Saya tanya banyak kali pada suami, kenapa ayahnya buat begitu, suami hanya balas ayahnya anggap saya seperti anaknya. Tapi saya tak suka. Kami selalu brbalah tentang isu sama,” katanya lagi.

Letih dan tertekan dengan kerenah mertua, dia akhirnya nekad mahu tinggalkan rumah mertua dan memulakan hidup di rumah sendiri setelah bersalin dan habis berpantang. Namun dia bimbang yang ibu mertua atau bapa mertuanya akan berterusan menyatakan bantahan terhadap hasratnya.

“Ibu mertua pula suka masuk campur hal rumah tangga kami.Letih sungguh saya sampaikan hari-hari menangis. Apa patut saya buat?” soalnya buntu. Sementara itu, menurut kenyataan yang diterbitkan Bahagian Pengurusan Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor, syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu suami, ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa dan juga bapa mertua.

Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya keinginan para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.

Artikel Lain: Isteri Tinggalkan Ank Kejap Dengan Bapak Mertua. Tiba Tiba Isteri Terkejut Bila Tengok Ank Tak Pakai Seluar Dan Menangis. Bila Isteri Selak Seluar Ank Isteri Tergamam.

Tinggalkan anak dgn bapa mertua. Pelik anak tak berpampers dan menangis. Bila di selak seluar anak, aku terkedu

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Sebelum itu saya ingin minta maaf jika luahan saya ini mengandungi unsur unsur yang tak berapa sesuai dibaca. Saya seorang ibu muda yang mempunyai seorang anak yang berusia 1 tahun 8 bulan.

Perkara ini berlaku pada bulan puasa tahun lepas di mana suami ajak saya pergi ke KL atas urusan jual beli kereta. Suami mengajak ayah mertua sekali atas alasan supaya boleh bergilir gilir membawa kereta. Setelah sampai ke tempat yang kami ingin pergi, saya menolak untuk mengikuti suami berjumpa dengan orang tersebut sebab mengantuk dan memberikan alasan takde orang jaga anak.

Ayah mertua saya menyuruh saya agar ikut suami dan menawarkan diri untuk jaga anak saya iaitu cucu dia. Tempoh berjumpa dengan orang tersebut mengambil masa 1 jam lebih. Setelah selesai, saya dan suami ingin kembali ke kereta dan melihat anak saya sedang menangis.

Saya mengambil anak saya daripada ayah mertua dan melihat anak saya tak pakai pampers. Ayah mertua bagitahu yang anak saya buang air besar. Saya membaringkan anak saya dekat tempat duduk penumpang belakang lalu lantas menyelak seluar anak saya. Saya terkedu

Anak saya masa tu memakai baby romper yang jenis seluar pendek pada masa tu dengan jelas saya ternampak ada cairan merah berdekatan dengan alat sulit anak saya. Saya lap dengan jari sebab inginkan kepastian sama ada itu betul betul cairan merah atau bukan.

Dan ternyata, ya. Memang betul betul. Saya mula berasa berdebar dan tak sedap hati. Kebetulan berdekatan tempat parking ada kedai barang baby dan saya terus mengajak suami ke kedai tersebut atas alasan ingin beli pampers.

Bila dah masuk ke dalam kawasan kedai saya bagitahu suami apa yang saya nampak. Suami tak percaya dan berkata bahawa tu imaginasi saya sahaja. Saya mendiamkan diri dan sepanjang perjalanan balik anak saya tak berhenti menangis dan tak nak duduk kat dalam carseat.

Semenjak dari kejadian tu saya menjadi seorang yang sukar tidur malam, fobia bila anak menangis dan menjadi seorang ibu yang paran0id. Setahun dah berlalu dan setiap kali saya buka mulut pasal kejadian tu suami akan marah saya balik dan bagitahu yang saya sengaja memburukkan ayah dia.

Saya buntu dan setiap kali teringat akan kejadian tu saya akan menangis. Saya jadi takut untuk balik ke rumah keluarga suami sebab ayah mertua selalu bawa anak saya keluar jalan jalan naik kereta atas alasan anak berpeluh dan nak ambik angin.

Petang tadi saya buka mulut pasal hal tu dan suami marah saya dan mengatakan saya sengaja memburukkan ayah dia. Saya dah cuba berfikiran positif tapi tak boleh. Kalau betul ayah mertua saya tak berbuat apa2 kenapa ada cairan merah pada alat sulit anak saya?

Saya jadi tawar hati dengan sikap suami sebab ambil mudah dengan perkara macam ni. Saya terasa hati sampaikan saya ada terfikir nak berpisah dengan suami atas keselamatan anak saya. Saya share kat sini sebab saya nak minta pendapat warga KRT apa yang patut saya lakukan. Maaf sebab ayat saya tunggang terbalik. Saya tengah buntu.

Reaksi warganet

Nur Fadhilah –Sorry bab bab anak kalau saya, takde nak bagitahu suami dulu. Terus jumpa doc untuk buat pengesahan. Lepas tu. Baru lah bersemuka dengan husband dan ayah mertua, dalam kes puan ni. Zaman sekarang ni. Jangan kan ayah mertua, husband sendiri boleh bernfsu dengan daging sendiri! Nauzubillah min zalik.

Rahimah Binti Ismail –Jumpa dan bincang dengan doktor. Jangan senyap, walaupun perkara ni dah setahun berlalu. Jangan rosakkan masa depan puan dan anak puan. Mungkin masa baby dia tak trauma, tapi proses pembesaran dia akn terganggu dari segi em0si dan mental.

Minta maaf jika saya tersalah cakap, jika perkara ini berlanjutan tanpa sebarang tindakan, kemungkinan perkara ini akan menjadi perkara normal bagi ank anak yang sedang membesar. Saya harap puan faham maksud saya.

Nurfarahiyah Iwani –Puan, saya harap puan cepat bertindak, jangan biarkan persoalan itu terus menjadi persoalan. Puan kena bertindak. Kuatkan semangat. Ingat walau apa pun berlaku. Iya atau tidak. Ia tetap bahaya apatah lagi puan ada maklumkan ayah mertua puan ada bawa anak puan untuk jalan jalan kan.

Bagaimana dengann nasib anak puan. Masa depan dia.. Tak kan puan nak senyap kan je.. Kita sebagai seorang ibu patut melindungi anak kita. Bawa ke klinik atau hospital. Tak perlu lah tggu kepercayaan suami jika dia susah utk terima pandagn puan.. Bawa je sendiri. Bertindak sendiri. Kita ibu. Moga semua nya di permudahkan ye.

Sem Nomes –Sepatutnya suami mendengar, bukan dia tak kenal isteri dia jenis penipu atau tak, jenis suka burukkan orang atau tak. Zaman sekarang manusia tapi perangai syaiitan. tak payah dah balik rumah ayah mentua selagi dia hidup!

Norazlin Niza –Cukuplah mencemuh. Bagi suggestions solutions apa nak di buat. Bukan mengeruhkan lagi perasaan si ibu. Jauhkan anak dari suspek. Bawa anak ke hospital untuk check up… andai ada kesan koyakan lama masih boleh dikesan. Bila kes pasti benar dengan laporan doctor, ambillah tindakan sewajarnya (laporan polis)

Sumber Kisah Rumah Tangga via lamanmaya.pw

Artikel Lain : Wanita Ini Terlelap Lepas Sarapan Tiba Tiba Terasa Macam Diperhatikan. Mengejutkan Bila Dia Bangun Tengok Bapak Mertua Tengah Intai Dari Pintu. Akhirnya Ini Yang Terjadi Buat Wanita Ini Terkedu.

Salam admin. Mohon siarkan. Aku sebenarnya serba salah nak meluah. Fil aku bukanlah seorang yang waras. Dia dah jadi dari beberapa tahun yang lepas. First time aku jumpa dengan fil. Lepas pada perkahwinan. Dan aku memang sedia maklum tentang keadaan fil.

Fil aku ada sebut, eh macam kenal la. Teman berasmara i sebelum ni kan? Tersentak aku. Aku dah start feel awkward masa tu. Yelah kenal tak. Tetiba cakap macam tu. Tapi aku abaikan jelah. Sebab dia kan kurang waras. Tanggapan aku la.

Sebelum ni kami memang duduk sendiri. Tetapi baru baru ni, boleh dikatakan kami ada masalah kewangan dan terpaksa menumpang rumah mil buat sementara waktu. Aku tgh mengandung. Dah sarat. 2Kali. Aku tengah baring dalam bilik, tetiba fil aku datang terjah Terkejut aku dan Dia tanya aku soalan yang adik dah balik ke belum, aku jawablah tak tahu. Padahal orang lain ade je dekat ruang tamu.. Kenapa tak tanya orang lain? Ye aku tahu la aku menumpang but ni kan privacy aku.

Keesokannya, aku tertidur selepas brekfast. Aku masuk bilik. Aku baring last2 tertidur. Maybe penat sangat . Aku rasa diri aku diperhatikan, aku buka mata. Aku nampak fil depan pintu bilik, dia pegang pintu bilik. Dia nampak aku buka mata, dia cepat cepat tutup pintu dan pergi lain. Masa tu semua orang dekat dapur. Terus hilang penat aku, aku bangun. Aku ws suami aku, aku cakap ,kalau nak keluar tu susah ke kejutkan dulu.

Baju tidur malam malam tahu la kan, takde la mencolok mat sampai terbayang. Labuh memang la labuh. Kang terselak ke apa ke. Takkan nak tunggu something jadi baru nak alert. Baru nak jaga. Lagipun dalam rumah ni ramai. Adik2 ipar. Biras. Kak ipar. Abang ipar. Semua ada. Dah lah sorang2 kalau lalu, duk main ketuk ketuk pintu. Mmg terbukak la namanya. Nak tido malam pun, sampai rasa fobia.

Selagi dia tak balik selagi tu la aku tak tido. Nak2 pernah keluar cerita yang fil aku tu pernah nak buat something yang tak baik dekat anak perempuan. Sampaikan aku cakap dekat husband, if terjadi sekali lagi. Saya tak akan teragak nak balik rumah mak saya dan tak akan datang dah selagi awak tak sediakan rumah untuk kita. Buat masa ni, aku tak ada hebohkan dekat sape sape. Aku nak bgtahu husband pun serba salah. Yelah ayah dia kan.

Pelik Satu Hari Tu Suami Keluar Tanpa Pengetahuan Isteri. Sekali Dia Balik Rumah Bawa Mak Mertua. Rupanya Suami Mengadu Semua Hal Rumahtangga Kat Mertua. Mengejutkan Ini Tindakan Mertua Buat Laki Tu Terdiam.

Assalamualaikum. Terlebih dahulu ribuan terima kasih kepada semua yang bagi nasihat untuk confession aku yang dulu. Aku appreciate semua nasihat yang diberi. Aku ada baca comment yang suruh aku cerita apa yang jadi antara aku dengan suami kat keluarga mertua aku kan?

Sebenarnya family mertua aku dah tahu. Family aku je yang aku rahsiakan. Melainkan rumahtangga aku makin teruk, mungkin aku akan cerita jugak. Begini ceritanya. Lepas kejadian aku mintak untuk berpisah, walaupun suami dah tukar nombor phone dan banyak kali mintak maaf dengan aku. Aku still dengan silent treatment aku. Aku buat bdoh je kalau dia cakap dengan aku kat rumah. Aku buat macam dia tak wujud.

Sakit hati pulak bila aku teringat dia pernah keluar dengan Rina. Mesti duk bermesra terlentok lentok macam cacing. Sakit hati sampai setiap malam aku menangis. Aku ada terbaca comment yang mention pasal possibility yang suami aku dah terlanjur dengan Rina. Sebenarnya, mustahil sebagai seorang isteri, lepas suami kantoi tidak setia, kita tak fikir ke tahap tu. Tapi aku tak nak tanya suami aku sampai tahap tu.

Aku pernah terbaca, jangan digali sangat apa yang Allah tak bagi kita tahu. Biarlah aku tak tahu daripada hati aku makin hancur. Kalau dia dah sampai tahap tu, kuserahkan pada Allah. Itu dosa dia dengan Allah. Aku tak nak ambik tahu, sedangkan tahu dia tidak setia pun cukup pedih. Inikan pulak ke tahap tu.

One day tu, suami aku keluar entah ke mana. Aku tak tahu sebab memang dah berberapa hari aku tak bercakap dengan dia. Petang tu dia balik ke rumah bersama mak mertua aku. Aku agak terkejut jugak. Rupanya dia pergi rumah parents dia untuk cerita masalah antara kami. Dia cerita semua apa yang dia dah buat kat mak dia. Yang aku mintak untuk berpisah. Dia bawak mak mertua aku ke rumah untuk pujuk aku.

Tapi padan jugak lah dengan muka dia. Teruk kena marah dengan mak mertua aku. Ada part yang buat aku menangis teruk masa mak mertua aku marah kat dia. Lagi lagi bila dia ingatkan suami aku balik, macam mana dia beria masa nak kahwin dengan aku dulu. “Angah setiap kali nak menggatal lagi ingat sikit macam mana dulu masa awak nak kahwin dengan Sara. Sungguh sungguh nak kahwin tak menyempat ibu pesan suruh tunggu dia habis belajar dulu”.

“Setahun pun tak nak tunggu. Nak jugak kahwin. Dah kahwin ni tak ingat dah masa beria dulu? Nak kahwin sangat. Jaga anak bini tak reti.” Aku memang nangis teruk. Kenapa ya lelaki mudah lupa saat susah senang dengan isteri?kenapa mudah sangat terjerat dengan perasaan? Tapi hari tu aku pun kena marah jugak sebab tak cerita kat dia pasal kami. Masa aku cerita pasal kejadian aku dikasari mak Rina, mengucap panjang mak mertua aku. Sekali lagi laki aku kena marah.

Padan muka dia. Laki aku diam je. Tak berani dia nak membantah. Memang salah dia. Geram aku tengok muka diam. Diam diam pun sempat dia tidak setia belakang aku. Mak mertua aku siap mintak dengan aku nombor telefon si Rina. Aku ada lah bagi. Katanya nak ugut Rina untuk report polis.

Tapi aku tak tahu la dia call atau tak. Yang pasti mak mertua hari hari mesej aku tanya keadaan aku dan suami. Aku terharu ada, kesian pun ada. Aku kesian ada sebabnya. Aku rasa mak mertua rasa bersalah sebab sebenarnya dulu masa aku nak kahwin dengan suami aku, family aku tak berapa restu sangat. Bukan sebab tak suka kat suami aku, tapi sebab aku masih belajar.

Memang masa family mertua aku datang merisik, ayah aku dah cakap terus terang dia tak berapa setuju anak kahwin masa belajar. Tapi family mertua yakinkan ayah aku sebab suami aku masa tu dah kerja tetap. Beberapa kali jugak family Fikri datang berbincang dengan family aku sampai lah akhirnya ayah aku setuju.

Hence, bila jadi macam ni mungkin dia malu kat family aku. Lagi lagi masa aku tengah pregnant macam ni. Berkenaan si Rina pulak. Dia dah block aku kat facebook dan istagram. Satu je belum which is whatsapp. Ada satu kejadian, dia ada update satu status tentang “keberkatan rezeki” dekat facebook. Adik ipar aku yang tahu pasal kes kami ada tinggalkan comment yang agak pedas jugak.

“Kacau rumahtangga orang pun tak berkat jugak rezeki kak…” Terus lepas kejadian tu dia block adik ipar aku. Aku memang dia dah block dah. Cuma whatsapp je dia masih tak block. Aku pernah sekali je update story whatsapp aku yang aku tujukan untuk dia. “He wasn’t yours to get hurt by. He was someone’s else and you knew that. So why are you offended? What right do you have to be hurt when you were a part of the deception?”

Dan memang dia ada view story aku tu. Cuma langsung tak berbekas di hati dia. Makin rancak dia update kata kata sedih macam balu pemergian suami. Siap dibalasnya. “Kita adalah dua jsd yang saling mencintai, terpisah kerana takdir. Mungkin tidak bertakdir di sini, tapi ku doa takdir kita di sana…”

Memang gayanya aku yang tidak setia dengan laki dia. Mungkin dia masih tak tahu status dia hanya PELAKOR dalam rumahtangga aku. Aku screenshot semua tu dah siap siap aku buat satu folder yang aku namakan “Penyondol”. Aku tak tau lah macam mana orang lain hadap kejadian macam ni kalau sampai berulang kali.

Aku sekali ni pun, aku langsung tak boleh teringat balik. Memang menitis air mata. Tak boleh bayang suami yang tidur tepi aku duk bermanja dengan wanita lain selain aku. Nak je aku cekik. Ish geram betul. Teringat pnmpar mak kekasih gelap dia lagi lah aku geram. Memang aku jenis yang tak mlwn . Tak mungkin aku bercakaran dengan orang. Tambah lagi aku pregnant. Kalau lah aku seberani orang lain.

Bila teringat yang aku dengan berani pergi marah marah Rina, terjerit jerit kat rumah dia tu pun dah rasa macam bukan diri aku betul. Dek kerana kejadian ni, aku dah jadi macam terlebih curiga dengan suami aku. Aku langsung tak boleh tengok dia pegang phone. Tiba tiba aku jadi sakit hati. Lepas ni jangan harap lah aku nak jadi setenang aku yang dulu.

Now, aku dah faham perasaan isteri yang cemburu lebih kat suami. Aku dah tahu kenapa. Dan lepas aku baca semua cadangan dari confession aku yang lepas, aku nekad aku nak block nombor Rina. Walaupun agak berat jugak untuk aku buat sebab aku masih was was takut dia berhubung dengan suami aku, tapi untuk kebaikan hidup aku, suami dan anak aku, aku nak nyahkan dia dari hidup aku. Aku harap suami aku dah betul betul menyesal.

Walaupun luka dan sakit hati aku masih perit lagi, aku akan cuba. Lagipun adik ipar aku ada mengusik aku. Katanya kalau aku tak block tak memasal anak aku lahir nanti rupa si Rina. Ish sakit pulak hati aku. Pasal suami aku, aku cuba la untuk maafkan dia tapi untuk lupakan tu tak mungkin. Untuk jadi Sara yang dulu juga tidak mungkin. Jadi aku harap dia redha terima Sara yang baru. Doakan supaya keluarga aku bebas dari anasir jahat seperti Rina dan golongan sewaktu dengannya.

Reaksi warganet

Sofia Sulaiman – Sara… Saya pernah berada di tempat awak. Dari lubuk hati kite sebagai isteri, memang kite memaafkannya. Tapi untuk melupakannya sangat payah. Sakit dan pedih kerana terluka kita yang paham.. Orang yang pernah melaluinya sahaja yang paham. Saya percaya awak kuat Sara. Terus bangkit Demi anak.

Selagi mana awak mampu bertahan, pertahankanlah. Jangan mudah menyerah pada perempuan seperti tu. Betul, bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Beruntung awak punya mertua yang menyebelahi awak. Semoga suami awak sedar khilafnya. Saya doakan awak kuat Sara.

Eita Arif – Sara je yang kenal suami macam mane. Kalau rasa dia dah berubah dan layak untuk diberi peluang, berilah peluang. Perkahwinan pun masih baru. Dia pun masih melaksanakan tanggungjawab dia sebagai suami. Sujud pada Allah banyak banyak, semoga dipermudahkan dimasa depan urusan berdua. Supaya Allah lindungi keluarga Sara. Saya doakan Sara bahagia dengan cara sendiri. Enjoy dengan perjalanan mengandung ni. Sebab tak semua orang dapat rasa pengalaman ni.

Puan Zuera – Alhamdulillah mak mertua berada di pihak puan. Adik ipar pun sama. Beruntung. Ada baca kisah tu, keluarga mertua tak berpihak pada dia tapi berpihak pada kekasih suami. Bagus lah block Rina tu. Kalau tak block nanti puan sakit hati. Tengok dia sawan meroyan, pas tu bila puan tengok suami pasti teringat kisah mereka, gambar kat kereta, teringat kena tmpr dengan mak Rina… Patut block awal lagi demi kebahagiaan dan kenteteraman hidup puan… Sekarang fokus kat anak dalam kandungan… Jangan stress, hidup dengan bahagia…

Cik Rebbit – Sekurang kurangnya family mertua di tempat sis. Bukan hanya menambah minyak bagi dua dua tambah bercakaran. Pedih sis, pedih. Dah la kita tak cerita dengan family sendiri. Family dia pulak tau cerita, tapi tambah garam atas luka. Up status menyindir kita. Dah la lansung tak tanya khabar . Dr situ dah tahu dan paham siapa kita kat mata dorang. Semoga sis terus kuat. Sy doakan sis bahagia dengan suami dan anak..

Hanni Hanafi – Saya baca cnfession tt yang first. Dan yang ni pon saya baca. Saya rasa orang lain pon dah nasihat benda yang sama kot. First of all, sis sayang husband. Itu adalah kesalahan pertama. Semua orang wat silap. La ni mungkin masa dia. Esok lusa mungkin kita pulak. Jadi d sebab kan kesalahan pertama, abaikan apa yang dah jadi demi anak yang bakal lahir dan rumah tangga sis.

Blok si polan dari wasap. Memang itu pon tujuan dia up status tu. Untuk provoke sis supaya sis brbalah, supaya sis sentiasa curiga dan sakit hati. Tak perlu amik tau. Memang benda ni susah nak lupa. Biar masa yang ubat luka hati kita. Serah kan semua nya kembali pada Allah. Hati manusia Allah yang pegang. Dia jugak upaya untuk ubat luka hati kita. Lapangkan dada, lama2 nanti ok lah tu. Parut dan ingatan tetap akan kekal di situ untuk kita jadikan panduan di masa akan datang. Saya doakan ketenangan hati sis..

Cik Puan Ria – Part yang kata muka anak sama Rina tuh, teringat aku kat kawan satu tempat kerja dulu. Muka dia sama dengan kekasih bapak dia lepas lahir. Masa krisis tuh, mak dia tengah mengandungkan dia. Keluar keluar ja, muka sebijik sama. Mak dia dari lahir tak mengaku anak sampai diberi ke nenek untuk dijaga. Prents dia berpisah ya.

Dari apa yang diceritakan oleh kawan tuh memang sedih sangat. Kawan aku sendiri mengaku, dia agak nakal sikit sebab dari kecil takdak perhatian mak bapak. Pada aku dia memang kesian lah. Salah mak bapak, anak pulak jadi sasaran.

Last aku terserempak dengan dia kat pasar malam, nampak dia free hair. Setahu aku, masa kerja aku nampak dia pakai tudung je. Aku tak rapat sangat dengan dia. So aku tak tahu memang dia free hair ke atau tak sebelum nih. Tapi agak terkejut dan kasihan at the same time. Semoga benda tuh tak jadi kat confessor… Aamiin…

Sumber – Sara Aisyah (Bukan nama sebenar) via IIUMC