Mengejutkan kali ini TNB tampil umumkan sesuatu yang tarik perhatian rakyat. Rupa rupanya ini yang TNB akan bagi pada rakyat Malaysia.

Berita

KUALA LUMPUR – Lebih tujuh juta pengguna kediaman (Tarif A – Domestik) di Semenanjung Malaysia akan terus menikmati diskaun bil elektrik sehingga 50 peratus berdasarkan penggunaan elektrik bulanan dari 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020.

Pengurangan ini merupakan sokongan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terhadap usaha kerajaan bagi mengurangkan impak Covid-19 kepada rakyat dan langkah yang diambil kerajaan bagi membantu rakyat menyesuaikan diri dengan pemulihan semula ekonomi negara ketika ini.

TNB berkata, pengurangan ini adalah lanjutan daripada Diskaun Rangsangan Ekonomi untuk untuk bil elektrik yang diberikan bermula Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Menurut Ketua Pegawai Retail TNB, Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan, bagi menyokong usaha kerajaan ini, TNB juga turut meneruskan tiga inisiatif untuk manfaat pengguna kediaman sehingga akhir tahun ini.

Inisiatif itu adalah Pelan Bayaran Mudah (pilihan untuk pengguna membayar bil secara ansuran tanpa surcaj tambahan), pengecualian surcaj lewat bayar (bagi tempoh 18 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020) dan ketiga, penangguhan aktiviti pemotongan bekalan, kecuali permohonan daripada pengguna berdaftar dan arahan daripada pihak berkuasa.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web TNB (www.tnb.com.my/prihatin). Untuk sebarang pertanyaan, hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 atau e-mel tnbcareline@tnb.com.my atau kunjungi Kedai Tenaga berdekatan. – MalaysiaGazette

Diskaun bil elektrik diteruskan

Kuala Lumpur: Lebih tujuh juta pengguna kediaman (Tarif A – Domestik) di Semenanjung akan terus menikmati diskaun bil elektrik sehingga 50 peratus berdasarkan penggunaan bulanan bermula kelmarin hingga 31 Disember depan.

Ketua Pegawai Runcit Tenaga Nasional Berhad (TNB), Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, lanjutan diskaun itu bertujuan menyokong usaha kerajaan mengurangkan impak pandemik Covid-19 kepada rakyat dan langkah yang diambil bagi membantu menyesuaikan diri rakyat dengan pemulihan semula ekonomi negara ketika ini.

“Inisiatif lanjutan diskaun oleh kerajaan ini mengutamakan mereka yang memerlukan akibat pandemik Covid-19. “Ia juga sebagai lanjutan kepada Diskaun Rangsangan Ekonomi untuk bil elektrik yang diberikan bermula Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut Megat Jalaluddin, bagi menyokong usaha kerajaan, TNB akan meneruskan tiga inisiatif untuk manfaat pengguna kediaman sehingga akhir tahun ini. “Pertama adalah bayaran mudah iaitu pilihan untuk pengguna membayar bil secara ansuran tanpa surcaj tambahan.

“Kedua, pengecualian surcaj lewat bayar (bagi tempoh 18 Mac hingga 31 Disember depan seterusnya penangguhan aktiviti pemotongan bekalan kecuali permohonan daripada pengguna berdaftar dan arahan daripada pihak berkuasa.

“Tanggungjawab membendung penularan wabak Covid-19 adalah usaha kita bersama. Kita seharusnya mengambil berat dan prihatin antara satu sama lain dalam waktu sukar ini,” katanya. Katanya, berikutan lanjutan diskaun itu, pengguna terbabit akan menikmati diskaun 50 peratus bagi penggunaan elektrik 1 hingga 200kWj (RM43.60) dan 25 peratus untuk 201-300kWj (RM43.70 hingga RM77.00). Manakala, diskaun 15 peratus untuk 301 hingga 600kWj (RM77.10 hingga RM231.80), 10 peratus bagi 601-900kWj (RM232.35 hingga RM395.60) dan dua peratus bagi penggunaan melebihi 900kWj (melebihi RM396.17).

Lebih 80 peratus pelanggan terima diskaun: TNB

LEBIH 80 peratus pelanggan Tenaga Nasional Bhd (TNB) mendapat diskaun antara 15 dan 50 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan dari tempoh 1 April hingga 30 September 2020.

Ketua pegawai runcit TNB, Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, kadar yang diperkenalkan menerusi pakej PRIHATIN tersebut akan dinikmati oleh pengguna sektor kediaman B40 dan M40 TNB yang berjumlah 6.3 juta daripada keseluruhan lebih 7.5 juta pengguna dalam sektor kediaman.

Di bawah pakej PRIHATIN, syarikat utiliti tersebut menawarkan diskaun bil tenaga pada 50 peratus bagi penggunaan tenaga di bawah 200 kilowatt, 25 peratus antara 201 dan 300 kilowatt dan 15 peratus antara 301 dan 600 kilowatt.

Kerajaan juga memutuskan untuk memberi diskaun dua peratus kepada semua pengguna lain dalam kategori perdagangan, perindustrian dan pertanian spesifik serta pengguna domestik bagi penggunaan elektrik pada tempoh tersebut.

“Seramai 6.3 juta pengguna kediaman daripada 7.5 juta adalah pengguna di bawah kategori B40 dan M40. Dalam erti kata lain, 85 peratus daripada pelanggan Tenaga Nasional akan mendapat diskaun antara 15 hingga 50 peratus,” katanya dalam program berita Buletin Utama TV3, baru-baru ini.

Kerajaan menerusi TNB memperuntukkan RM530 juta untuk pemberian diskaun berperingkat itu bagi tempoh enam bulan. Selain itu, TNB turut memperkenalkan Pelan Bayaran Mudah yang ditawarkan secara automatik kepada lebih 7.5 juta pengguna sektor kediaman bagi menyelesaikan bil elektrik mereka yang tertunggak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.

Megat Jalaludin berkata menerusi pelan tersebut yang ditawarkan secara automatik, pengguna diberi kelonggaran untuk membuat pembayaran secara ansuran sehingga Disember tahun ini, sambil membayar bil semasa. “Bagaimanapun bagi pengguna yang ingin menjelaskan sepenuhnya (bil mereka) boleh saja berbuat demikian tanpa terikat dengan Pelan Bayaran Mudah. Tapi kita menggalakkan supaya pengguna menggunakan skim bayaran mudah ini yang telah disediakan,” katanya.

Beliau berkata untuk pelan berkenaan, pengguna boleh merujuk kepada bil sebenar semasa yang dikeluarkan TNB, yang terletak pada hujung sebelah kanan dalam kotak berwarna kuning. Di dalam bil sebenar semasa, jumlah bayaran penuh akan tertera disamping jumlah bayaran minimum ansuran sekiranya pengguna memilih skim berkenaan. Turut dilaksanakan, katanya, pengecualian surcaj lewat bayar sehingga akhir September dan penangguhan pemotongan bekalan sehingga 31 Julai depan.

Bekalan elektrik tidak dipotong hingga September

PENGGUNA elektrik antara 301 hingga 600 kWj akan menikmati diskaun tambahan lapan peratus bagi bil penggunaan elektrik bermula April hingga September. Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, bantuan tambahan itu menjadikan jumlah diskaun dinikmati golongan pengguna ini daripada dua peratus kepada 10 peratus.

Beliau berkata, kajian dilakukan Suruhanjaya Tenaga (ST) mendapati sebahagian besar pengguna elektrik yang terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ialah membabitkan pengguna dalam blok tarif 301 hingga 600 kWj dengan kadar tarif 51.6 sen/kWj.

“Kumpulan ini telah terkeluar daripada blok tarif berkenaan disebabkan oleh penggunaan elektrik yang lebih tinggi semasa PKP. “Mereka memasuki blok tarif berikutnya dengan kadar 54.6 sen/KWj yang menyebabkan bil elektrik melonjak naik, sekali gus mengalami pengurangan diskaun daripada 15 peratus kepada dua peratus.

“Bagi membantu pengguna termasuk dalam kategori itu, kerajaan memperkenalkan diskaun tambahan kepada pengguna elektrik dalam blok tarif antara 601 hingga 900 kWj dengan bil antara RM232.35 hingga RM395.60,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, jumlah pengguna yang akan menerima manfaat berkenaan membabitkan 916,000 pengguna atau 12 peratus daripada keseluruhan pengguna domestik. Katanya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersetuju menghentikan aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September ini.

“Pengguna tidak perlu bimbang kerana bekalan elektrik tidak akan dipotong sekiranya mereka menghadapi kesukaran memenuhi komitmen kewangan mereka. “Tatacara pengiraan TNB adalah teratur dan diluluskan ST. “Kerajaan berharap penjimatan melalui Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan ini akan dapat membantu meringankan beban rakyat dari segi perbelanjaan isi rumah,” katanya.

Diskaun bil elektrik RM1.67b

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Bhd memberi diskaun ke atas bil elektrik berjumlah RM1.67 bilion kepada tujuh juta pengguna domestik sehingga 31 Ogos lalu. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu, 83 peratus dimanfaatkan oleh pengguna domestik.

“Bagi sektor komersial, sebanyak RM181.7 juta diskaun bil elektrik yang meliputi 17 peratus daripada jumlah keseluruhan diberikan kepada 1.4 juta syarikat,” katanya dalam laporan Laksana ke-20 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (Penjana) yang dikeluarkan, semalam.

Pada Mac lalu, kerajaan mengumumkan pemberian diskaun elektrik yang termasuk di bawah pelaksanaan Prihatin bernilai RM250 bilion. Ia bertujuan meringankan beban rakyat Malaysia ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dilaksanakan bagi tempoh antara 1 April lalu hingga 30 September ini.

Tiga juta pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200kWh akan menerima diskaun 50 peratus manakala 1.5 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 201 kWh hingga 300kWh akan menerima diskaun 25 peratus.

Seramai 2.2 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 301kWh hingga 600kWh pula menerima diskaun 15 peratus. Kerajaan juga memutuskan memberi diskaun dua peratus kepada semua pengguna lain dalam kategori perdagangan, perindustrian dan pertanian spesifik serta pengguna domestik bagi penggunaan elektrik pada tempoh itu.

Sumbang RM250j diskaun elektrik

TENAGA Nasional Berhad (TNB) yakin pemulihan prestasi kumpulan secara beransur-ansur dapat dilihat pada separuh kedua tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, disokong kegiatan perniagaan yang semakin rancak selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, negara kini menunjukkan tanda positif untuk pemulihan ekonomi berikutan pembukaan semula sektor industri dan komersial ketika PKPP yang turut dicerminkan dengan peningkatan permintaan elektrik.

“Kami menjangkakan trend peningkatan positif ini akan berterusan dan kekal stabil pada separuh kedua tahun ini,” katanya dalam kenyataan, semalam. Menurutnya, keuntungan selepas cukai (PAT) menyusut 46.7 peratus kepada RM1.41 bilion pada separuh pertama tahun kewangan 2020 (1HFY2020) daripada RM2.65 bilion untuk tempoh sama tahun lalu.

PAT yang lebih rendah ini disebabkan kemelesetan ekonomi berikutan wabak Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta tukaran mata wang asing yang tidak stabil. “Pendapatan kumpulan menyusut 13.7 peratus kepada RM22.55 bilion daripada RM26.12 bilion pada tempoh sama tahun lalu berikutan pulangan yang lebih rendah daripada subsidiari dan Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) pada keadaan rebat RM520 juta berbanding keadaan surcaj RM1.79 bilion pada tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, jualan elektrik untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini yang terkesan berikutan penutupan premis perniagaan ketika PKP menyederhana ke 53,535.7 GWj berbanding 58,521.1 GWj untuk tempoh sama tahun lalu. Bagaimanapun, permintaan elektrik menunjukkan trend peningkatan dengan jumlah tertinggi dicatatkan pada 17,484 MW untuk Jun, 17,724 MW (Julai) dan 18,307 MW (Ogos).

Amir Hamzah berkata, walaupun berdepan keadaan mencabar, TNB komited menyokong usaha merangsang ekonomi yang dimulakan kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dengan menyumbang RM250 juta daripada RM2.6 bilion yang disalurkan kepada pengguna sebagai diskaun elektrik bagi bulan April-Disember 2020.

Selain itu, katanya, TNB turut menyumbang hampir RM28 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan kerajaan negeri bagi pembelian bekalan perubatan dan kelengkapan perlindungan diri bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Set janakuasa TNB bantu keperluan laksana PKP

SEJAK bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil langkah proaktif menyediakan 79 set janakuasa bergerak dengan pelbagai kapasiti di seluruh negara. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, set janakuasa mudah alih juga digerakkan dan berada dalam keadaan bersedia sekiranya diperlukan.

“Sistem bekalan elektrik ke hospital yang menjadi pusat perubatan bagi menangani wabak virus Covid-19 turut diperkukuhkan antaranya Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur. “Saya berkeyakinan penuh terhadap kesiapsiagaan bekalan elektrik di Semenanjung dalam menghadapi cabaran PKP berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu,” katanya dalam sesi lawatan ke Pusat Kawalan Wilayah Selatan dan Metro serta National Load Dispatch Centre di Ibu Pejabat TNB Bangsar, Kuala Lumpur, hari ini.

Shamsul Anuar menerima taklimat daripada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Turut hadir Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Ali Biju, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Zurinah Pawanteh, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Noor Afifah Abdul Razak dan Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Tenaga Ir Abdul Rahim Ibrahim.

Shamsul Anuar berkata, TNB berperanan penting ketika negara bertungkus-lumus menangani virus Covid-19. “Saya melihat persiapan yang dilakukan TNB dan saya yakin dengan usaha mereka, tentunya ketika rakyat Malaysia mematuhi perintah untuk berada di rumah, warga kerja TNB berperanan penting memastikan bekalan elektrik yang stabil dapat dinikmati semua. “Malah saya dimaklumkan TNB bersedia memastikan bekalan elektrik ke hospital, baik di bandar atau klinik kesihatan di luar bandar terjamin,” katanya.