Mengejutkan lepas 10 tahun berpisah dgn Zila akhirnya Along Cham tampil bongkarkan sesuatu tentang bekas isterinya. Warganet tergamam dengan apa yang dibongkarkan.

Artis

Along Cham bersama anak lelaki tunggalnya, Ahmad Danial. PELAWAK Along (Cham) memilih untuk menghantar anaknya Ahmad Danial yang berusia tujuh tahun mendapat pendidikan agama di sebuah madrasah di Johor Bahru. Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 35, berkata, dia mahu anaknya kuat untuk berdepan segala cabaran yang bakal ditempuhi pada masa hadapan.

“Saya mahu dia dapat ilmu seimbang dua dan akhirat sebagai bekalan besar nanti. Along sentiasa mengingatkan anaknya agar menghorm@ti ibunya. “Kita tahu dunia sekarang penuh cabaran terutama apabila ada media sosial. Saya mahu dia kuat bila berdepan dengan masalah.

“Dia pun semakin membesar dan saya pasti satu hari nanti dia akan tahu sejarah perpisahan saya dan ibunya yang ada di internet. Saya nak dia kuat bila tahu perkara itu,” ujarnya kepada mStar Online. Along ditemui pada majlis pelancaran filem pertama Mawi berjudul Tiada Tajuk di Sogo pada Jumaat.

Tinggal kenangan… Along tidak menyimpan dendam terhadap Zila. Sementara itu, Along berkata, dia sudah memaafkan dan tidak menyimpan sebarang dendam terhadap bekas isterinya, Zila Seeron. Katanya, dia sentiasa menginggatkan anaknya bahawa wanita itu adalah ibu kandung dan wajib untuk dihorm@ti.

“Saya dah maafkan dia dan mulakan kehidupan baharu. Anak bawah jagaan saya tapi dia boleh datang bila-bila masa untuk tengok. “Saya pun sentiasa cakap dekat Danial apa pun yang berlaku syurga di bawah kaki ibu,” ujarnya. Along pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi yang juga bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Zila Seeron, 30 pada 23 Januari 2010.

Pada 13 Ogos 2016, isteri pelawak ini ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atastangkap basah. Pasangan ini kemudian mengambil keputusan bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber mstar

Dah Jumpa Calon Isteri, Along Cham Sedia Akhiri Zaman Duda

Selepas berpisah pada tahun 2016, pelawak Along Cham mengaku sudah bertemu calon pengganti. Kata Along ketika ditemui di majlis iftar anjuran Mawi World Entertaint baru-baru ini, pelakon filem Tiada Tajuk ini tidak berselindung dirinya sudah sedia untuk berkahwin semula.

“ Calon dah ada cuma untuk umumkan siapa orangnya, saya belum sedia lagi. Masih terlalu awal untuk diwar-warkan. Kalau boleh saya pun nak kahwin cepat. Insha Allah, doakan agar semuanya berjalan dengan lancar. Kalau jadi, saya pasti beritahu media,” katanya kepada Xtra.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad pernah berkahwin dengan bekas peserta program realiti Akademi Fantasia, Zila Seeron pada Januari 2010 dan berpisah pada Ogos 2016. Mereka memiliki seorang anak lelaki bernama Ahmad Danial, 8.

Wartawan lokasi: Najmi 

Saya tidak pernah halau isteri – Along Cham..

PELAWAK Along Cham menolak dakwaan menghalau isterinya Zila Seeron keluar dari rumah mereka. Sebaliknya kata Along, Zila atau Nur Azilah Seeron, 27, sendiri keluar dari rumah tanpa pengetahuan dan kebenaran daripadanya.

“Tiada istilah halau, saya tak pernah halau isteri saya tetapi biras (kakak Zila) ambil mereka (isteri dan anak) tanpa sebarang alasan dan pengetahuan saya. Sejak mereka keluar dan ambil anak, saya dapat tahu mereka tinggal di kampung isteri di Felda Lui, Negeri Sembilan. Tetapi saya pelik kerana anak langsung tidak menghubungi saya selepas itu,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Along, dia telah cuba untuk memujuk dan merayu Zila untuk pulang ke rumah bersama, namun rayuannya ditolak oleh isterinya itu. “Saya pergi ke rumah mertua di Lui untuk memperbetulkan keadaan. Saya juga turut merayu kepadanya untuk pulang ke rumah dan sama-sama berubah untuk kebaikan rumah tangga kami.

“Namun, apa yang saya dapat sebaliknya. Dia dengan egonya di hadapan ibunya (ibu mertua) telah menjatuhkan maruah saya. Dia juga memberitahu tidak mahu pulang ke rumah kerana mahu ‘release stress‘ di kampung dan minta saya berikan masa kepadanya.

“Tetapi dia telah berjanji dengan saya dan Danial (anak) supaya mengambilnya pada hujung minggu. Saya pulang ke Johor Bahru dengan berat hati. Niat saya ialah, saya mahu dia meredakan tekanan seperti yang dia minta,” jelas Along.

Fail nusyuz

Along atau Muhamad Nizamudin Ahmad, 33, mengakui dia memfailkan nusyuz terhadap Zila selepas mendapat tahu isterinya keluar hampir setiap malam ketika tinggal di kampung, tanpa kebenaran. “Hairan, bila dia kata tidak faham mengapa saya failkan nusyuz terhadapnya. Sedangkan ketika tinggal di rumah keluarganya di Negeri Sembilan, setiap malam dia keluar bersama kakaknya tanpa izin saya.

“Apabila ditegur, dia ‘provoke‘ saya supaya lepaskan dia menerusi telefon! Danial sendiri pernah bertanya kepadanya bila mama mahu pulang, tetapi dia beritahu anak kami yang dia mungkin tidak akan pulang. Danial terus campak telefon ke atas katil.

“Patut atau tidak seorang ibu cakap begitu kepada anak yang dikandungnya selama sembilan bulan 10 hari? Bila saya tegur, dia melenting dan terus minta jatuhkan talak. Saya mendiamkan diri selama ini kerana saya mahu menjaga aib dan mempertahankan rumah tangga kami yang telah dibina sejak enam tahun lalu,” ujarnya.

Hak penjagaan

Bagaimanapun menurut Along, dia terkilan apabila Zila mengungkit tentang hak jagaan anak sedangkan  persetujuan bersama telah dibuat di mahkamah. “Kenyataan dia membuatkan saya nampak jahat dan seolah-olah mahu memisahkan dia dengan anak. Tidak mengapa jika dia mahu burukkan nama saya, tetapi jagalah hati keluarga saya.

“Kenapa selepas berbulan-bulan baru dia beritahu rindukan anak? Ke mana perginya naluri seorang ibu ketika dia ‘provoke’ saya supaya lepaskan dia menerusi telefon?” kata Along. Tambahnya, di saat orang luar menuduh dirinya dan keluarga kejam kerana kononnya memisahkan kasih sayang seorang ibu dan anak, merekalah yang sebenarnya menjaga Danial dengan penuh kasih sayang.

“Tiada istilah ‘larang jumpa anak’ kerana dia tahu di mana rumah ibu saya. Sehingga hari ini dia tidak datang menjenguk Danial walaupun pada Aidilfitri baru-baru ini, sedangkan dia mendakwa terlalu rindukan anaknya.

“Wajar atau tidak seorang ibu memberi alasan tidak menjenguk anak kerana tiada wang?” katanya. Dalam pada itu Along berkata, dia berterima kasih kepada sahabatnya, Mawi kerana telah mengambil isterinya bekerja di butik mereka, UneQuein. “Lega hati ini, sekurang-kurangnya saya tahu isteri saya ada di tempat yang betul,” ujarnya.

Tidak Dibenarkan Lalu Red Carpet Majlis Anugerah, Krew Tampil Mohon Maaf Kepada Along Cham

Pelakon dan pelawak Along Cham mendedahkan dirinya tidak dibenarkan untuk melalui laluan karpet merah ketika Anugerah Skrin 2019 baru-baru ini. Menurut Along, ketika dia dihalang oleh seorang krew, penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi yang datang menyelamatkan keadaan.

“Cerita Red Carpet ASK 2019… Masa abang nak masuk menuju ke laluan red carpet ASK 2019 ni.. Krew ASK 2019 tahan dan dia check invitation card abang… Lepas tu dia arahkan abang untuk menuju ke laluan lain… Pastu Mawi jerit eh itu Along Cham kot kenapa tak bagi dia lalu red carpet?” tulisnya di sebuah entri menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Tambah pemilik nama sebenar Muhammad Nizamuddin Ahmad ini, namanya sudah tertera di kad jemputan tersebut. “Dengan spontannya krew ASK 2019 jawab “Ooo tak perasan pula.” Sedangkan dekat kad tu dah ada tulis details nya.

“Aduuhhh ape pun tahniah buat seluruh team filem Tiada Tajuk dan tuan direktornya @cahayaasmawi sebab tercalon untuk ASK 2019 untuk kali yang pertama,” tulisnya lagi. Hasil pemerhatian Gempak, tampil seorang krew ASK 2019 menjelaskan situasi sebenar kepada Along di ruangan komen.

Filem arahan Namron, One Two Jaga berjaya merangkul trofi Filem Terbaik di malam Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019). Selain itu, filem ini turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Dr. Rosdeen Suboh), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Zahiril Adzim) dan Lakon Layar Terbaik (Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq).

Drama bersiri Di Sisi memenangi lima trofi menerusi kategori Drama Terbaik, Pengarah Terbaik (Wan Afzam Wan Daud), Penyunting Drama Terbaik (Izar Masuri), Lakon TV Terbaik (Amin Masyur) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Ruzaidi Rahman).