Mengejutkan lepas je dh halal masa mlm pertama suami tknk dah sentoh bini. Waktu honeymoon pon suami buat tak tahuuuuu jerrr. Bila bini dok tanya baru bini dpt jawapan.

Kisah Rumah Tangga

Assalam Admin. Saya ada benda nak berkongsi. Tapi macam malu sangat nak cerita kat orang. Harap kalau bagitau kat sini ada lah yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa judge saya. Saya baru berkahwin 6 bulan lepas. Isunya di sini, suami tak nak sentuh saya. Selepas malam pertama kami, dia tak sentuh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak endah.

Bila saya tanya barulah saya dapat tahu. Rupanya suami geli dengan bulu roma pada badan saya. Katanya dia jijik. Tak sangka ada perempuan yang berbulu lebat macam saya. Saya memang berbulu di seluruh badan. Ya, seluruh badan! Saya sedih sangat. Saya memang dilahirkan macam ni. Apa saya boleh buat?

Bila saya jumpa doktor, doktor cakap saya takde masalah. Saya cuma ada sikit hormon imbalance yang mana hormon testosterone saya lebih sikit dari perempuan biasa. tapi doc kata tak lah sampai tahap teruk atau bahaya sebab dia kata kalau kes teruk perempuan tu memang dah macam lelaki dah – suara agak garau etc etc. Doc kata ini hirsutism tapi yang jadi kat saya ni adalah hirsutism paling minima.

Kalau hirsutism teruk ada yang sampai boleh jadi mandul tapi doc kata saya tidak. Masih normal dan memang tak ada apa masalah. Saya terangkan pada suami. Dia kata dia faham tapi dia tetap tak boleh buang rasa jijik tu. Kalau bahagian kaki dan bawah lengan memang takde masalah untuk saya nak cukur ke guna epilator semua.

Dan memang saya sentiasa pastikan bahagian yang perlu shave ni saya shave sentiasa. Leceh memang leceh tapi saya anggap semua ni pengorbanan untuk suami. Sayangnya, dia tetap tak pandang pun. Dan dekat bahagian lain macam mana? Belakang badan saya pun berbulu. Walaupun bulu halus lembut dan bukannya kasar bergulung, tetap nampak kat mata. Dan sebab tu suami jijik.

Saya pernah tanya tempat yang ada laser. Katanya boleh buat tapi bayarannya cecah puluhan ribu. Dan hasilnya belum tentu permanent walaupun iklannya kata permanent. Mereka kata kalau bulu banyak sebab hormon, cuma boleh buang je lah. Sebab selagi hormon tak balance memang takkan hilang bulu. Kalau pergi buang selalu entah berapa lagi lah kosnya.

Kalau saya berduit memang saya tak kisah. Tapi saya memang takde duit sebanyak tu. Dan sebelum kahwin saya dah resign kerja sebab suami tak bagi kerja. Dan lagi, suami pula hanya tahu complain tapi bila saya cakap dengan dia tentang kos takde pulak dia kata nak tolong bayarkan ke apa.

Saya tak faham perangai dia. Sebelum kahwin dia pernah nampak saya berlengan pendek dan nampak bulu roma lebat di tangan saya. Tapi dia tak kata apa. Di muka dan leher saya pun kalau duduk sebelah saya boleh nampak bulu roma halus. Dia nampak je selama ni tapi tetap teruskan masuk meminang dan kahwin dengan saya. Kalau jijik kenapa tak dari dulu jijik? Kenapa tiba2 nak jijik?

Bila saya persoalkan dia diam je. Tak kata apa. Maaf kalau terlalu open tapi orang yang dah pernah merasai hubungan intim mesti faham apa rasanya bila disentuh cuma sekali dan seterusnya tak dapat. Dan dengan hormon imbalance saya ni memang saya akui nafsu drive saya lebih tinggi dari perempuan biasa. Sungguh saya terseksa bila jadi macam ni.

Saya cuba tutup kekurangan yang satu ni dengan cuba untuk jadi isteri terbaik. Masak untuk suami, sediakan makan pakai dia, give up kerjaya untuk jadi suri rumah sepenuh masa supaya boleh kejar syurga dengan melayan suami. Akhirnya hampa.

Suami makan pun tak pandang muka saya. Lepas saya salam dia lepas solat atau bila dia pergi dan balik kerja takde pun dia nak cium saya. Jijik sangat agaknya. Saya geram macam mana pun alhamdulillah tak pernah lagi tinggi suara pada dia. Bila saya marah atau sedih dengan kata2 dia yang menghina fizikal saya ni saya sabarkan hati. Berendam air mata sorang2. Takpelah asalkan saya tak berdosa marah atau tengking dia bila saya terasa hati.

Sampai satu tahap saya terfikir, kalau suami nak tinggalkan saya, saya redha. Tapi ada ke lelaki lain yang sudi nak terima orang macam saya ni? Jijik sangat ke bila berbulu sedangkan Allah yang cipta saya macamni. Sudahlah selama ni memang rendah diri dengan keadaan fizikal saya ni. Bila dah kahwin suami menjauh atas sebab kekurangan yang satu ni, memang buat keyakinan diri saya ni hilang. Rasa terhina sangat.

Dulu saya ada terfikir masalah macamni akan muncul kalau saya kahwin sampai saya takut nak kahwin. Tapi bila suami tunjukkan kesungguhan nak kahwin dengan saya, saya ingat dia tak kisah dengan kekurangan saya ni. Walhal bukannya bulu roma saya ni panjang kasar bergulung macam beruk. Cuma kuantiti lebih banyak dari perempuan lain.

Salah saya ke? Tak sangka kerisauan saya jadi realiti. Sedih sungguh rasanya. Saya ingatkan dia sayang saya kerana diri saya. Tapi nampaknya dia lagi kisahkan fizikal saya dari hati saya dan segala apa yang saya telah buat dan korbankan untuk dia.

Saya tak pernah ambil kisah pun tentang betapa tak sempurnanya dia tu. Dia pun muka biasa2 saje. Kalau saya nak kutuk fizikal dia, macam2 saya boleh kutuk. Tapi pd saya semua tu tak perlu sebab saya memang sayangkan dia. Ikhlas cintakan dia. Dalam kebanyakan perkara dia memang calon suami terbaik. Maknanya bila hubungan jadi macamni memang salah saya lah agaknya. Memang berpunca dari kekurangan saya lah.

Dia tak ‘dapat’ dari saya mungkin dia boleh kahwin lain. Dapatkan dari perempuan lain. Tapi nasib saya ni macam mana? Adake lelaki yang boleh terima perempuan tanpa kisahkan fizikal dia? Saya pun nak ada zuriat sendiri. Nak merasai mengandung dan lahirkan anak sendiri.

Tapi kalau dia tak sentuh saya macam mana? Sampaikan saya pernah cakap dengan dia, saya tak kisah saya ni puas atau tak tapi sentuh lah saya sampai dapat anak. Lepastu nak tinggalkan saya ke apa silakan. Kalau saya ni berduit memang saya buat ivf je. Senang. Biar dia tak perlu sentuh saya yang jijik ni.

Yang paling saya risau adalah kalau parents saya tahu tentang ni. Mesti kecewa mereka. Serahkan anak pada lelaki yang mereka sangka dapat sayangi saya dan jaga saya sebaik mana mereka jaga. Tapi rupanya anak mereka ni menderita. Saya tak nak parents saya tahu saya tak bahagia. Tak sanggup nak tengok mereka tempuhi hari tua dlm keadaan yang risaukan saya.

Entahlah. Serabut kepala jadinya. Isunya cuma satu tapi meleret sampai mewujudkan isu lain. Sedih sangat rasanya. Agaknya kalau bulu ni adalah satu stigma negatif pada lelaki, sanggup ke diorang nak shave setiap 3 hari? Atau sanggup ke diorang nak wax sebulan sekali? Proses buang bulu ni makan masa, kadang2 sakit, penat. Entah lah. Saya tak tahu apa lagi nak buat.

Tulisan ini dikongsikan oleh seorang wanita yang sedih dengan keadaan rumahtangganya yang baru dibina hanya kerana keadaan fizikal semulajadinya dipandang jijik oleh suami.

Hairannnn Bini Senyap Senyap Bangonnnn Ke Toilet Kol Dua Pagi. Laki Acah Acah Tido Sebab Nak Tgk Apa Bini Dia Buat. Tergamam Laki Bila Intai Tgk Apa Yg Bini Dia Buat Dlm Toilet. Sampai Mcm Tu Sekali Bini Dia Buat.

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Hye krt…Aku pinjam fb kawan sebab aku tiada fb.. Hide profile ye..Macam ni.. Apa perasaan korang dapat bini yang rasa dia ni seorang yang bujang.. Tak mengaku diri tu dah berkahwin.. Selama ini,, aku hormat dia sebagai seorang isteri tapi dia langsung tak hormat aku sebagai suami.. Aku biarkan dia leka dengan media sosial sampai aku leka tanggung jawab aku sebagai suami..

Selama ni aku tak tahu pun apa yang dia post kat fb.. Sampai satu masa tu dia diviral kan sebab post perkara yang tak senonoh dalam fb.. Mula-mula tu aku tak percaya.. Lepastu aku pinjam fb kawan aku ni untuk stalk dia..Sampai hati dia.. Post pasal aib aku, keluarga aku min.. Dia memperburuk-burukan nama baik keluarga aku..

Bila aku scroll-scroll lagi aku jumpa gambar tak senonoh dia.. Bukan main lelaki komen.. Cakap hot la,, comel la.. Lepastu aku ternampak satu posting ni.. Posting dia lebih kurang macam ni “Like gambar saya sampai mencecah 500likes.. Nanti saya buat live pukul 2a.m”..Isteri aku ni memang selalu tidur lewat min.. Jadi aku tak hairan pun dari dulu.. Aku pun perati kan gerak-geri dia..

Aku pura-pura tidur sampai berdengkur.. Aku perhatikan dia perlahan-lahan bangun dari katil lepas tu pergi ke bilik mandi.. Aku pun ikut dia dari berlakang.. Sampai ke bilik mandi Aku dengar bunyi air je dalam tu.. Lepastu aku intai.. Korang tahu apa yang dia buat?? Dia buat live min.. Live secara tak berpakaian. Aku sergah pintu tu dengan tiba-tiba.. Dia terkejut.. Aku rampas hand phone dia lepastu aku ajak dia pergi keruang tamu..

Malam tu memang brbalah besar kami min.. Sakit nya hati aku dia buat macam ni.. Sim dia aku patahkan.. Hand phone dia aku pecahkan.. Tak sangka selama ni aku bekerja 2 shift siang dan malam,, ini kerja dia selama ini..

Aku sayangkan dia,, aku kutip dia sebab mak ayah dia buangkan dia lepas dia kantoi hisap benda terlarang dulu.. Patut lah berpisah dengan bekas suami sebelum ni.. Aku dulu memang tak percaya dia ni kaki bahan terlarang,, kaki lelaki dulu-dulu.. Malam tu jugak dia mengaku segalanya.. Dia mengaku pernah ada hubungan dengan beberapa orang lelaki termasuk kawan baik aku sendiri!! Dia mengaku dia pernah terlanjur dengan kawan aku sampai trbunting!! Tapi dia buang ank dalam kandungan tu.. Post di fb pasal dia keguguran..

Punca keguguran aku selalu push dia untuk kuruskan badan.. Aku ni tak pernah pun hina fizikal dia..Dia tu gemuk sangat min. Sampai 110kg berat dia..Tapi sampai hati dia tuduh aku atas punca keguguran tu.. Semua yang komen backup dia bagai aku ni suami yang dayus.. Elok lah dia keguguran masa tu.. Sebab aku tak nak bela anak bukan dari benih aku.. Awal pagi tu aku panggil mak ayah aku dan semua adik beradik aku datang ke rumah..

Aku panggil jugak mak ayah dia supaya datang ke rumah.. Bersaksi kan kedua-dua belah pihak,, aku lepaskan dia dengan talak 1..Aku suruh mak ayah dia ambik dia semula. Macam mana aku ambik dia secara baik dulu,, aku pulangkan balik dia secara baik.. Aku ceritakan segala-galanya depan keluarga kitorang.. Biarlah dia malu,, selama ini dia tak pernah pun malu post perkara yang tak senonoh dalam fb..

Aku pesan kat lelaki luar sana,, jangan biarkan isteri anda leka dengan media sosial.. Selalu check hand phone isteri anda.. Itu je yang aku nak pesan.. Sekarang aku on the way nak pergi court.. Semoga dipermudahkan urusan aku nanti..

Sumber KRT

Bini Terperanjat Tgk Ws Suami Dgn Adk Kandonggg Bini Sendiri. Terkejut Suami Sanggop Cek In Tido Sekatil Dgn Adk Kandongggg Bini Sendiri Masa Bini Tgh Saket. Akhirnya Ini Yg Terjadi.

Hide profile saya min. Saya isteri berumur 44 tahun, ada tiga orang anak. Bulan Ogos 2018, saya disahkan menghidap sakit payudara tahap empat. Hidup saya sejak itu keluar masuk hospital saja. Payudara sebelah kanan sudah dibuang. Chemo dah 16 kitaran.

Saya baru saja keluar dari hospital. Sekarang sakit saya dah merebak sampai paru-paru. Doktor bagi balik dengan oksigen dan ubat tahan sakit.  Saya tahu masa saya dah tak lama. Sepanjang duduk di dalam wad, saya dah nampak dah biasanya kanser tahap saya ini paling lama boleh tahan sampai raya ni je. Saya dan keluarga pun dah tandatangan perjanjian dengan doktor hospital untuk tidak selamatkan saya (tak buat CPR atau masuk tibu dalam mulut saya) jika keadaan saya semakin teruk.

Sejak keluar dari hospital, saya perasan suami selalu hilang pada waktu malam. Saya tak tahu berapa lama dah dia jadi begini. Mungkin semenjak dari saya duduk di hospital lagi sebab waktu itu yang jaga saya adalah anak perempuan kami. 

Selepas dua minggu di rumah dan perhatikan perangai dia, saya cakap dengan dia kalau dia nak kahwin dengan perempuan lain, saya benarkan. Cuma jangan kahwin sewaktu saya masih hidup saja dan saya nak tahu juga perempuan mana yang dia kacau itu. 

Dia tidak marah dan tidak juga menafikan. Mungkin dia nampak keadaan saya yang dah uzur. Mungkin dia berasa kasihan untuk bergaduh dengan saya.  Dua hari lepas, saya dapat amek sekejap telefon dia sewaktu dia masuk tandas. Betapa hancurnya hati saya terjumpa mesej ini. Saya cuba menghubungi nombor itu tetapi tidak dijawab. Saya gunakan kad sim anak saya call, barulah berjawab.

Terkejut saya apabila mendengar suara yang menjawab itu adalah suara adik perempuan saya sendiri. Yang lebih menyakinkan dia adalah adik saya apabila saya terdengar suara di belakangnya adalah suara mak saya yang berleter.  Saya terus tamatkan panggilan. Saya terkedu dan tak boleh cakap apa-apa. Adik saya janda muda, baru berumur 28 tahun, model tudung lagi. Mestilah orang berkenan. Tetapi kenapa yang berkenan itu mesti suami saya? 

Kalau saya serbu suami dengan adik, maruah keluarga saya hancur, maruah suami saya depan anak-anak pun habis hancur. Saya mungkin dah tak lama di atas dunia ini. Kalau saya diam, semua orang selamat. Anak saya takkan tahu perangai ayah mereka macam mana. Saya rasa macam nak minta kat Tuhan untuk cabut nyawa saya sekarang! Saya tak mahu susahkan sesiapa dan sudah bersedia untuk pergi. 

Saya nak tanya, kalau tuan puan duduk di tempat saya, tuan puan buat macam mana?

Pelik Lepas Nikah Isteri Berkurung Je Dalam Bilik. Suami Intai Senyap Senyap. Terkejut Suami Tengok Apa Yg Isteri Buat Tiap Malam Atas Kerusi Sendiri.

Tetap hidup berkurung dalam bilik, makan maggie, menganggur pula sampai berbulan-bulan lamanya. Mak pun dah mula bising. Selepas itu, aku nekad mahu berubah, tinggalkan duniawi (game je pun haha!) cari kerja, ubah life style, tak berkurung sangat dan berdoa juga agar mendapat isteri kaki gamer (kononnya!). Aku suruh mak berdoa juga. Haha!

Dapat kerja, aku bagi duit sikit pada mak, ayah dan adik beradik dan buatlah apa yang patut kan. Walaupun ia mengambil masa dalam dua tahun untuk berubah. Dipendekkan cerita, mak berkenan dengan seorang perempuan ini. Aku pun berkenalan dalam WhatsApp dan Facebook saja.

Comel dan lawalah juga orangnya. Dia nampak normal, tetapi bagi aku, macam jenis bosan sikit, tak banyak bercakap, cakap pun sepi-sepi. Entah apa kena dengan perempuan ini. Dipendekkan lagi cerita, kami pun berkahwin sebab masing-masing sudah boleh menerima diri masing-masing. (Menipu sangat!)

Selepas berkahwin, hish! Seganlah. Dia lagi segan kot? Asyik lari masuk bilik dia saja. Lepas itu, malam-malam, masing-masing buat kerja dalam bilik. Aku tak tahu dia buat apa tetapi aku dok berdota dalam bilik. Bosan kot kalau dah isteri pun mengurung dirinya dalam bilik?

Aku pula jenis bengap tak reti berkata-kata, sampailah satu ketika ada masa aku main Dota di depan TV. “Eh? Abang main Dota ke? Nickname abang ####$$$ ek?” tegurnya. Aku terkejut! Dia kata dia main game Dota juga. Rupanya malam kelmarin kami satu party kot main sama. Hahaha!

Tak pernah aku sangka orang rumah aku main Dota gak, satu party pula tu. Rupa-rupanya dia mengurung diri dalam bilik main game juga rupanya. Ceh! Aku ingatkan dia segan dengan aku bagai. Patutlah kadang-kadang terdengar ada jeritan “Noob!!!” di rumah.

Apa-apa pun selepas itu, kami sangat kamcing. Dia pun gamer juga rupanya dan kami pun mula rapat dan banyak topik nak dibualkan. Serius rasa heaven. Hahaha! Saya pun apa lagi, try la nak dapat rampage setiap game, dia punya happy perghh!

“Abang ni Pro la…” She is the best supporter. Haha! Apa-apa pun terima kasihlah pada mak yang mendoakan saya. Doa saya yang bertahun-tahun lepas itu pun Allah makbulkan. Ubah diri kita dulu, barulah perkara yang kita nak itu, datang dok? Haha” – Abang Gamer

SEPERTI KISAH DOTA 2 PELAMIN CINTAKU INI..

Siapa sangka, bermula daripada pertemuan di laman sosial tiga tahun lalu, dua insan yang juga ‘kaki game’ kini bergelar suami isteri. Bermula dengan sapaan ‘Hai, siapa di sini boleh ajar saya main Dota 2?’ membuatkan kehidupan Nurul Zayani Zulkiffli, 24, berubah selepas bertemu cinta hati, Muhammad Faeez Azmi, 29.

Menceritakan saat awal perkenalan, Zayani berkata, dia ingin mencuba bermain Dota 2 kerana tertarik dengan popularitinya. Namun, dia tidak menyangka terdapat begitu banyak maklum balas diterima di laman sosial itu.“Pada mulanya, ramai yang memberi respons tapi saya tertarik dengan jawapan daripada Faeez kerana dia bersungguh-sungguh menerangkan apa itu Dota 2.

Boleh dikatakan saya tak tahu langsung bagaimana permainan ini dimainkan dan hero di dalamnya. “Walaupun saya tanya dia (Faeez) macam-macam soalan, dia tetap sabar melayan kerenah saya. Dari situ kami bertukar nombor telefon dan berjumpa tiga minggu selepas itu,” katanya.

Mula rapat

Menurut Zayani, hubungannya bertambah rapat dengan Faeez selepas mula bermain ‘game’ itu. Bermula dengan hanya sekadar suka-suka, dia mula tertarik dengan permainan itu kerana selalu dibimbing dan mendapat tunjuk ajar daripada suaminya.

“Saya penulis blog. Jadi banyak masa dihabiskan di rumah saja. Saya terfikir daripada tak ada apa nak dibuat, lebih baik main Dota. Main punya main, tak sangka jadi ketagh dan saya tak sabar nak cuba main semua hero terutama ‘support’,” katanya.

Melihat kesungguhan Zayani mendalami hobi barunya itu, Faeez berkata, bibit percintaan bermula apabila dia mula mengajak isterinya ke kafe siber dua tiga kali seminggu. “Saya bekerja syif malam, jadi balik dari rumah terus ajak dia ke kafe siber berdekatan. Di situ saya mengajarnya bermain Dota 2.

Dari ‘ganking’ sampailah ‘positioning’, banyak yang dia belajar dan sentiasa sabar walaupun ramai yang memberi komen sinis. “Bagaimanapun, selepas berkahwin, kami kurang ke kafe siber dan banyak menghabiskan masa bermain Dota 2 di rumah,” katanya.

Ditanya mengenai perkahwinan, Faeez berkata, perkenalan itu tidak lama kerana selepas setahun mengenal hati budi, dia terus melahirkan hasrat menjadikan Zayani sebagai isteri pada Julai 2015. “Apabila kenang kembali, memang kelakar kerana daripada satu post, saya berjaya pikat hati perempuan yang kini tak pernah henti memberi semangat kepada saya.

Dari sudut lain, saya banyak diam dan dia seorang yang suka bercakap, jadi kami melengkapi antara satu sama lain. “Perkahwinan kami juga lain sedikit kerana barang hantaran bukan seperti yang biasa orang buat. Saya membelikannya tetikus, fon kepala dan ‘graphic card’ kerana tahu dia memang minat main ‘game’ serta komputer,” katanya.

Bertolak ansur

Mengenai kerja rumah, kata Zayani, ia tidak menjadi masalah kerana mereka boleh bertolak ansur, tidak seperti yang dikatakan oleh orang sekeliling dan ‘haters’ di laman sosial. “Saya faham dia penat kerja syif malam jadi kerja rumah memang menjadi tanggungjawab saya. Kalau saya masak, dia pula akan basuh pinggan. Kalau saya basuh dan jemur baju, dia angkat. Selepas siap, barulah kami akan main ‘game.

“Ada juga komen sinis di laman sosial mengatakan ‘suami balik rumah buka tudung saji ada CD game’ tapi saya tak pedulikan semua itu. Yang penting, hanya kami faham bagaimana menguruskan hal rumah tangga dan mereka (warganet) hanya buruk sangka semata-mata,” katanya.

Lebih menarik mengenai pasangan ini, mereka juga mempunyai bilik khas yang didekasikan untuk aktiviti ‘gaming’ dan dari situ hubungan mereka menjadi lebih akrab. “Kalau nak diikutkan, suami kerap mengajak saya bermain bersama kawan. Mula-mula saya hanya bermain perlwnn biasa (normal match) tapi lama-lama ingin cabar diri bermain ‘ranked’.

Berkat tunjuk ajar dia, saya dah boleh main tanpanya dan guna hero yang digemari. “Oleh itu, kami ada satu bilik khas untuk main ‘game’ dan memudahkan komunikasi antara kami. Kalau masing-masing tak sibuk, kami ‘membru’ makanan lazat di ibu kota dan isi masa lapang dengan berekreasi dan melancong,” katanya.

Sokongan ibu bapa, teman rapat

Menurutnya, walaupun ada yang tidak bersetuju dengan pilihannya bermain ‘game’, tidak kurang juga yang memberi sokongan kerana memahami minatnya. “Jujur saya katakan, walaupun terdapat banyak komen negatif, ada juga yang memberi sokongan. Ibu, ayah dan kawan rapat tak pernah halang minat saya kerana mereka tahu ia hanya sekadar hobi.

“Lagipun, alhamdulillah dengan kerjaya sekarang sebagai penulis blog, saya boleh buat duit untuk tampung keperluan lain walaupun suami sendiri boleh menampung sepenuhnya,” katanya. Menurutnya, dia dan suami banyak mendapat jemputan ke acara Dota termasuk ke ESL One Genting 2017, baru-baru ini.

“Saya dan suami sangat ‘low profile’ dan banyak menyembunyikan aktiviti harian (main Dota) daripada orang ramai. Tapi sejak tular di laman sosial tahun lalu, kami banyak mendapat jemputan ke acara Dota. “Kami berdua sekarang memang sukakan permainan ini jadi sudah tentunya peluang itu bagai bulan jatuh ke riba. Menonton prlwnan Dota 2 depan mata adalah impian semua peminat permainan ini,” katanya.

Sumber : HMetro & IIUMC