Menyaksikan sendiri pesakit COVID19 hembuskan nafas terakhir. Pesakit tahap 4 ini cerita detik menyedihkan yang dia pernah saksikan sepanjang dia berada di wad

Berita

“Saya takut dengan keadaan pengurusan orang yang sudah tiada jika saya hembuskan nafas terakhir disebabkan virus ni. Pengurusan berlainan,anak anak dan suami,sanak saudara tak boleh nak dekat. Anak-anak tak dapat cium saya jika saya pergi.”kata Wan Noreen yang berada pada tahap 4 jangkitanCOVID19 dan ditempatkan di wad krtkl selama 5 hari.

Begitulah kata-kata seorang bekas pesakit covid19 yang meluahkan rasa takut ketika berhadapan dan selepas disahkan positif virus itu pada penghujung Disember lalu.Kata Wan Noreen Wan Hasan,situasinya agak teruk malah disahkan berada pada tahap 4 dan hampir sahaja memasuki tahap 5 yang bila bila masa sahaja boleh dimasukkan ke Unit rawatan Rapi ataupun dipanggil ICU.

Diimbas kembali saat dijangkiti virus berkenaan,Wan Noreen berkata dia mula mengalami simptom pada 24 Disember iaitu demam,sebelum keadaan kesihatannya bertambah teruk tiga hari kemudian.”Tiga hari lepas tu rasa menyucuk dan sesak nafas mula berlaku, sikit demi sedikit hidung berdarah. Tergerak hati untuk buat swab test, sebab doktor yang saya jumpa tu mengatakan saya ada simptom Covid-19.

“Oleh kerana saya mempunyai anak-anak, jadi saya terus buat. Masa tu nak pergi jumpa doktor lagi sebab saya rasa tak sedap badan. Saya call doktor tu, then doktor tu cakap tak perlu masuk ke klinik, terus drive thru di klinik untuk melakukan saringan,” ceritanya kepada mStar.Disahkan positif Covid-19, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata dia kemudian menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di daerahnya, namun dia dimaklumkan perlu menunggu kerana terlalu ramai pesakit.

Antara perkongsian Wan Noreen di Facebook mengenai pengalamannya ketika berhadapan dengan virus Covid-19, baru-baru ini.Namun menurut Wan Noreen, memandangkan dia ketika itu sudah pun mengalami sesak nafas yang teruk, lantas suaminya terus menghubungi ambulans untuk dibawa ke hospital.

“Di hospital, doktor periksa jantung dan sebagainya, semua bacaan dah tak cantik. Kemudian ambil darah dekat nadi, sakit. Lima hari saya di wad kritikl… mereka memantau saya. Sehari, empat lima kali ambil darh.”Doktor maklumkan kepada mereka dah masukkan saya dalam senarai ke ICU, jika oksigen tak boleh bantu, terpaksa gunakan alat bantuan pernafasan.

“Pesakit yang keluar ICU, mereka akan dipantau di wad kritikal. Bila buka oksigen, serius menggelupr sebab di ICU bergntung dengan alat bantuan pernafasan. Tengok orang hembuskan nafas depan mata… mayt terus masuk dalam beg berzip.”Kemudian bila doktor scan saya, paru-paru kanan dah ada darh beku. Kuman dah merebak,” ujarnya.

Selepas mengalami gejala demam, Wan Noreen disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian calitan (swab) pada hujung Disember lalu.Lima hari ditempatkan di wad kritikal, Wan Noreen dipindahkan ke wad biasa dan akhirnya dibenarkan pulang pada 10 Januari lalu, selepas berusaha nyawa selama 11 hari di hospital.

Turut berkongsi pengalamannya di Facebook, Wan Noreen berkata perkongsian tersebut bagi menyebarkan kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya virus Covid-19, selain terharu melihat pengrbanan para petugas perubatan.”Semasa saya berada di hospital, frontliners bertungkus lumus jaga pesakit Covid-19 dengan sebaik mungkin. Hari-hari mereka bagi kata semangat kepada pesakit. Dengan staf yang tak cukup, berlari dari wad sana ke wad sini.

“Bila saya tengok muka mereka, saya cakap ‘awak pun kuat semangat jaga kami’. Mereka dua orang sahaja jaga 28 katil. Itu belum part ada nurse ni berlari tukar tong oksigen.”Boleh bayangkan dengan pakai full PPE, dengan angkat tong hitam besar sedepa tu, cepat-cepat tukarkan dan pasang supaya saya masih bernafas. Saya betul-betul terharu dengan pergrbanan mereka lakukan terhadap pesakit,” ujarnya yang merupakan pekerja di sektor swasta.

Menurut Wan Noreen, sudah tentu badannya merasai perubahan yang ketara selepas dijangkiti virus maut itu, selain dia kini terpaksa mengambil ubat-ubatan untuk jangka masa panjang bagi memastikan keadaannya pulih sepenuhnya.”Pergerakan saya terhad… kerja rumah yang dulu saya rasa boleh buat, sekarang bila cuba buat, saya cepat penat. Dukung anak pun rasa tak larat. Jadi suami saya sekarang bantu dari A-Z.

Ubat suntikan mencarikan darh yang perlu diambil setiap hari oleh Wan Noreen.”Saya perlu berehat untuk pulih. Doktor dah berikan tempoh selama 5 bulan bergntung pada keadaan saya. Saya perlu ambil injection cairkan darh setiap hari. Saya masih berehat dan belum mula bekerja lagi.

“So guys, Covid-19 ni is real. Dan ada di mana-mana je. Saya ingatkan saya dah jaga habis-habisan untuk elak dari kena virus ni. Tapi tak tahu dari mana datang, sebab saya pergi kerja balik kerja, ambil anak saja.”Dengar la perintah kawalan, jangan ambil mudah. Kalau dah terlampau ramai, frontliners dijangkiti. Siapa akan jaga rakyat?,” ujarnya lagi.Nak macam-macam info? Join grup Telegram m