Mertua selalu tuduh menantu rampas ank lelaki darinya. Raya pertama lepas je mertua call tengok muka suami tengah tahan nangis. Petang tu terus tak jadi nak balik beraya. Rupanya sampai macam ni mertua cakap pada suami.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Aku Mimi, sudah berkahwin, ada seorang anak. Aku ceritakan sikit latar belakang aku. Aku berkahwin atas restu kedua pihak. Walaupun pada mulanya, memang ada konflik antara ibu dan bakal ibu mertua aku (mertua aku marah mak aku tanpa usul periksa dan salah dari anak diaorang sendiri which is tunang aku masa tu) tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Setelah berkahwin, suami memilih untuk tinggal sementara dirumah mertua memandangkan suami masih tak dapat kerja tetap dan ada bilik kosong yang selesa untuk kami. Suami aku hanya ada 3 beradik, jadi aku fikir tak susah lah untuk aku serasi dengan semua orang. Tapi, setelah 3 bulan berkahwin, mak mertua aku mula gunakan kuasa veto as “queen”. Hampir semua yang aku buat, tak kena. Dia bentak aku. Dia marah. Dia panggil aku untuk “berbincang” tapi isinya cukup buat aku rasa terhina.

Dia pesan supaya aku menjaga penampilan diri suapaya suami aku tak cari lain sebab katanya dekat luar tu ramai lagi orang cantik cantik dari aku, sedangkan aku sakit waktu tu, seminggu aku tak dapat bangun dan urus diri. Kalau kami keluar, dia akan whatsapp suruh balik cepat atau pesan siap siap balik nanti kena tolong dia kemas rumah, mop lantai dan sebagainya.

Dia pernah ketuk pintu bilik aku pukul 6.30 pagi sebab nak suruh aku tolong dia siapkan sarapan dekat dapur. Dia pernah bukak pintu bilik aku tanpa minta izin, sedangkan dia tahu aku dengan suami ada dalam bilik. Dia ambil hadiah hadiah kahwin aku mana yang dia berkenan dan mahal mahal tu untuk kegunaan dia dekat rumah juga tanpa izin. Time aku balik rumah mak ayah aku, dia selalu whatsapp kadang suruh balik dan sebagainya.

Pernah juga dia whatsapp aku dan suami, marah marah katanya toilet dalam bilik kiteorang, kotor sampai geli nak guna. Aku pelik, sebab sebelum aku keluar aku mesti pastikan bilik air cuci dan bersih. Bila tanya bapak mertua aku, dia snap gambar toilet. Rupanya, ada kesan rambut yang terlalu sikit je.

Kalau nak cerita, banyak lagi benda lain yang dia buat. Dia pernah tolak aku time pregnant, dia pernah tepis tangan aku bila nak bersalam. Dia pernah, berpaling muka dari pandang aku. Dia pernah hina keluarga aku, dia hina aku. Banyak. Terlalu banyak.

Semua nie berlaku, bila dia terasa hati dengan suami aku. Sedangkan punca dia terasa hati tu pun, sebab dari sikap dia sendiri. Mak mertua aku jenis sayang anak tak bertempat pada pandangan aku. Bila anak dia salah, sehabis boleh dia akan usaha untuk menafikan.

Jadi, bila dia geram atau nak marah, dia akan lepaskan pada aku. Beberapa tahun, aku cuba senyapkan sendiri. Tahan, pendam. Mak mertua aku demand semua hak dia sebagai ibu kepada anak lelaki. Jadi, aku banyak makan hati.

Keluarga aku pun banyak beralah bila sesuatu tu berkait dengan family mertua aku. Aku tak tahu lah kalau kalau dalam tak sedar, mak ayah aku sedih dengan sikap kami yang nampak macam lebihkan family in law aku. Ampunkan saya, mak ayah..

Akhirnya, kami pindah rumah lepas berlaku satu kejadian yang lebih teruk. Aku tak boleh cerita dekat sini. Nanti confessions nie jadi terlalu panjang. Terbaru, hari raya pertama baru nie. Aku dengan suami memang dah maklum awal pada keluarga mertua yang raya tahun nie kami akan beraya dengan keluarga aku. Memandangkan kami semua duduk dalam satu negeri, tak jadi masalah lah untuk kami berulang.

Nak dijadikan cerita, suami aku kena kerja shift malam, malam sebelum raya dan malam hari raya. Jadi agak penat lah. Hari raya pertama, lepas habis shift habis kerja dalam pukul 7 pagi, suami aku terus bersiap dan gerak balik rumah mak ayah aku, sampai dalam pukul 8.30 pagi. Kami siap siap untuk solat, bermaafan, bergambar, makan semua. Jadi dalam pukul 1 tengahari dah settle.

Aku suruh suami aku rest dulu sebelum balik rumah parents dia. Sebab aku taknak kalau balik sana nanti, dia tidur je. Macam takde function lah kan raya tidur je. Hahaha. Dah la nak berziarah tak boleh sangat. Jadi aku pilih untuk dapatkan kualiti masa yang baik.

Walaupun mungkin sekejap, tapi biar berbaloi. Dalam pukul 4 petang suami aku bangun dan kami terus bersiap. Tengah kami bersiap, bapak mertua aku call. Suami aku angkat, tapi dia diam je. Sambil mata merah tahan nak menangis. Suami aku suruh aku keluar bilik sekejap sampai dia selesai bercakap.

Aku keluar sambil siapkan bekalan untuk family mertua aku. Bila suami aku keluar dari bilik, dia cakap jom dan “tak jadi balik Putrajaya..” aku lagi lah musykil kenapa pulak dah. Kan nak raya dengan family dia. Dia tak jawab apa apa, tapi aku dapat hidu macam ada sesuatu yang jadi. Isteri kan ada 6 senses. Haha.

Rupanya, masa call tu dia kena marah dengan bapak mertua aku. Macam macam ayat suami aku dapat. Tanya bila nak sampai, tanya kenapa sekarang baru nak siap dan akhirnya dia cakap “tak payah balik”. Korang bayangkan apa perasaan kitaorang, terutama suami aku.

Dia punya excited nak balik dengan penat penat tu, dia ada juga cakap dengan aku waktu nak bersiap tu yang dia tak larat sebenarnya, tapi takpe lah. Kita balik je. Sekali, bila dapat call tu, boleh pulak dia kena marah. Aku pun tak faham mana silap kami.

Bukan ke semua dah maklum yang tahun nie turn keluarga aku? Bukan ke suami aku dah maklum akan balik petang petang sikit memandangkan suami aku kerja? Aku diam. Aku tak kata apa melainkan aku terkejut dan cakap, “Ehh, bukan dah tahu ke kita raya dengan mak ayah saya tahun nie?”

Aku tak puashati, malam tu aku tanya kakak ipar aku apa masalah sampai nak marah marah mengamuk ngamuk macam tu. Rupanya, sebab diaorang fikir kalau smpai lewat nanti akan kelam kabut dan sekejap je dapat spend time. Allahu. Menggigil aku tahan marah. Astaghfirullah.

Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Selalu sangat jadi kejadian macam nie terutama bila kami dari rumah mak ayah aku. Aku penat sangat. Berat aku turun mendadak since selalu stress dengan benda benda macam nie. Mak mertua aku jenis nak sempurna semuanya dan terlebih touching tapi garang. Haha. Dia suka cakap aku dah rampas kasih sayang anak dia dari dia. Dia kata aku nie dah jauhkan anak dia dari dia. sedih aku.

Selama aku belajar, ibu tu ada kedudukannya yang tersendiri dan batas pada anak lelaki. Isteri pun sama. Ibu, takkan boleh jalankan tanggungjawab seorang isteri, begitu juga seorang isteri selamanya takkan boleh naik taraf setinggi ibu. Aku tak pernah terfikir nak rampas anak lelaki orang dari ibunya.

Aku sampai dah tak tahu apa cara lagi nak buat atleast ada baiknya tentang aku pada pandangan dia. Aku pernah bagi dia kuih yang aku buat sendiri sempena birthday dia, terima kasih takde, apa takde. Yang ada, dia tanya aku, “guna santan kotak ke? Boleh rasa santan kotak tu..” kau rasa??

Hahaha. Penat sangat aku nak melayan. Bukan aku tak pernah belikan hadiah atau tanya kabar dia, tapi setiap kali buat baik ada je yang tak kena. So, aku stop membazirkan masa dan duit aku untuk buat dia bahagia pada sangkaan aku tu.

Aku dah dapatkan kaunseling, nasihat dan pandangan dari asatizah dan ulama ulama untuk diri sendiri. Aku cuba perbaiki, so biasanya aku akan okay sikit. Tapi nanti ada je kejadian aneh lagi. Aku sebut aneh sebab logik akal, tak perlu marah, tak perlu terasa, dan benda yang sedia maklum kita inform awal awal.

Tapi, untuk side dia, dia berhak untuk marah sebab dia ibu dan syurga suami aku dibawah tapak kaki nya. Mak mertua aku jenis demand semua hak dia sebagai ibu kepada anak lelaki. Jadi, aku banyak makan hati. Keluarga aku pun banyak beralah bila sesuatu tu berkait dengan family mertua aku.

Aku tak tahu lah kalau kalau dalam tak sedar, mak ayah aku sedih dengan sikap kami yang nampak macam lebihkan family inlaw aku. Ampunkan saya, mak ayah.. Aku buntu. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi dah. Aku rasa nak lari jauh jauh, penat nak hadap semua nie.

Aku kuat pertahankan rumahtangga aku nie, sebab suami aku sendiri. Dia sangat memainkan peranan. At least, dia boleh bezakan mana betul mana salah tapi masih lagi menghormati ibu dia. Itu aku syukur sangat sangat. Ujian aku nie, taklah teruk mana. Paling tidak suami aku, masih menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang suami dan ayah yang baik untuk keluarga kecil kami dan anak yang baik walaupun macam tak pernah dihargai.. huhu. Aku kena bersyukur part nie. Alhamdulillah

Korang doakan aku dan keluarga supaya kami jumpa jalan keluar dan selesaikan masalah nie cepat cepat. Aku ingat, bila dah habis Ramadhan, kami akan berbaik bermaafan tapi tak sempat bermaafan, terus kena balik. Hahaha. Aduhai. Moga cepatlah pelangi indah itu tiba :’)

Mana yang baik, jadikan pedoman. Yang buruk, jadikan ikhtibar. Semoga kita, tidak mengulangi kesilapan yang sama pada anak anak dan menantu kelak sebab kita tahu betapa sakitnya disakiti dan dibuat begini. Aku pegang satu benda je since dah jadi mak nie, memang Syurga tu terletak pada kaki ibu tapi kita belum tentu dah jadi syurga sebenar untuk anak anak dan dekat alam brzakh nanti, kita pula yang perlukan doa anak anak.

Bayangkan kalau kita pergi menghadap illahi, anak anak taknak doakan kita. Dekat akhirat nanti, anak anak pula tuntut segala benda yang kita tak jalankan dengan baik. Nauzubillah. Takutnyaaaa. Astaghfirullah. Jadi, kita nie sebenarnya hidup saling memerlukan. Betul la setiap ujian tu sebenarnya, satu pengajaran berharga untuk kita. Hanya iman yang menentukan ia jadi jalan ke Syurga atau ke Nraka. Sekian… Aku minta maaf kalau ayat aku kucar kacir, terima kasih admin, jika tulisan aku nie disiarkan.

Rafizah Fiza – Pernah baca pepatah ni, dapat ibu mertua yang baik ni rezeki, bukan semua orang boleh merasa. Sabar la sis, insyaAllah berkat doa nanti ibu mertua awak akan berubah. Adini Adham – Hmm. Ignore je, buat biasa. Bukan je ibu mertua, siapa siapa pun yang ada kerenah macam ni, ignore kan je. Jangan layan kerenah mengarut. Kita pun ada hati dengan perasaan. Jaga hati dengan perasaan kita dulu.

Ignore tu bukanlah sampai abaikan diaorg. Tak bagi balik, tak yah balik. Kalau kita bagi, dia banyak songeh. Tak yah bagi dah. Tak perlu susah susah fikir. Nanti diaorang yang akan mula fikir sendiri. Ismi Sha Asri – Dapat mentua yang bagus bagus adalah nikmat yang tak mampu diungkap kata kata.

Kalau situasi sis ni pon dah berebut anak tahap macamtu. Macam mana orang yang bermadu tu ye? Mungkin ayah mentua awak kena bagi madu. baru mak mentua awak nak sibuk kat ayah awak pulak. Dah tak perlu sibuk nak berebut suami awak. Hahahaha

Sherry Azmi – Benda macam ni memang kuasa kat tangan suami. Kalau dia dapat rasional dan realistik, maka perkahwinan tu akan selamat. Tapi kalau laki tak rasional, memang ke laut dalam lah. Pak mentua aku camni gak. Sekali dengan ipar kaki hasut. Tapi laki aku maintain relaks, mana dapat buat dia buat. Mana tak, dia buat tak tau je. Ko ugut la macamana pun kat dia, masuk nerka la, anak drhka la, dia tak heran.

Ejue Mohd Amin – Hmm macam macam cara awak dah buat tapi tak jalan gak kan?. Kalau saya jadi awak, last last ignore je. Dia nak cakap apa, nak buat apa, buat taktau je. Takyah layan. Kalau dia cakap jangan balik, takyah balik. Biar dia rindu anak dia. Takyah nak terasa hati ke sedih ke apa sebab dah tau perangai mak dia lagutu. Kalau dia tak suka awak masak, awak takyah masak. Dia nak cakap awak pemalas ke apa ke biar dia cakap.

Kadang kadang orang camni lagi kita melayan, lagi kita nak please dia, lagi menjadi jadi perangai dia. Tapi at the same time sentiasa berbuat baik. Cumanya berpada pada. Janganla dia hina awak pun awak diam je. Orang camtu kena kasar sikit. Kalau kita diam je lagi dia buat. Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !

Sumber: Mimi (Bukan nama sebenar) via IIUMC, edisimedia

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Apam Pink Media

Sumber : ALL HMT

Hampir 18 Tahun Kahwin Duduk Dengan Mertua. Mak Kat Kampung Susah Nak Jenguk. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Dapat Ws Dari Mak Buat Wanita Ini Terkedu.

Gambar sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Maaf kalau kisah yang saya nak cerita ini akan menyinggungkan mana-mana pihak. Kisah ini terjadi dalam keluarga saya sendiri, terjadi pada kakak sulung. Kakak saya telah berkahwin selama 18 tahun.

Dia kini tinggal di rumah keluarga mertuanya sejak dia berkahwin. Sehingga sekarang, dia tidak pernah beraya bersama kami sama ada raya puasa mahupun raya haji. Mak dan ayah sudah terlalu lama memendam rasa. Sebelum ini mak masih mampu bersabar sekian lama.

Katanya tidak mahu bising sebab tidak mahu kakak dan suaminya bertengkar. Tetapi Allah sedang menduga mak kali ini. Setelah 18 tahun memendam rasa kecewa dan kesabaran sudah tiba di penghujungnya, mak luahkan segala kekecewaan pada kakak melalui WhatsApp.

Kakak hanya membaca mesej tersebut tetapi tidak memberikan sebarang jawapan balas. Saya tahu mak tidak mampu lagi menahan kekecewaan dan mak sudah kehabisan kata-kata apabila soalan yang sama sering diaju pada mak setiap kali tibanya hari raya.

Orang di sekeliling akan bertanya, kenapa dan mengapa begitu, kenapa kakak tak balik, ada selisih faham ke? Kalau orang tidak tahu, merka akan menganggap mak yang buat masalah sehingga membuatkan kakak enggan balik beraya. Hakikatnya tidak.

Setiap kali kakak bersalin, mak akan pergi melawatnya. Kakak kata nak buat perniagaan, saya dan mak belikan barang permulaan perniagaan untuk dia. Semua kami lakukan sebab kami sayang pada kakak. Kakak memang tinggal bersama mertuanya.

Adik beradik suaminya memang kerap balik ke kampung. Seminggu sekali mereka akan balik ke kampung mereka. Tetapi apabila kakak balik ke Kuala Lumpur, dia akan terus ke rumah ipar-iparnya walaupun mereka selalu berjumpa.

Kakak hanya akan datang ke rumah mak pada sebelah malam dan balik pada awal pagi atau tengah hari. Bila hari raya, kakak akan pulang pada tengah raya atau hujung raya. Itu pun hanya semalam sahaja. Datang dalam jam 10 malam, siang jam 10 pagi atau 2 petang dah balik.

“Kakak balik tengok mak, seperti orang makan kenduri atau melawat kawan saja. Tiap kali nak balik rumah mak, kakak akan bagi alasan duit tak ada, suami sibuk. Tetapi bila ke rumah ipar-iparnya, tak ada masalah pula,” luah mak. Bukannya kami tak tahu kakak selalu ke rumah ipar-iparnya.

Tetapi kakak tidak pernah singgah rumah mak walaupun jarak rumah ipar-ipar ke rumah mak sangatlah dekat. Mak tahu semuanya tetapi mak pendamkan rasa kecewanya sebab tak nak kakak bertengkar dengan suaminya. Teringat peristiwa tahun lalu bila kakak sms mak kata nak datang ke rumah.

Allah, semangat terus mak start enjin kereta beli barang masak. Mak masak banyak lauk pauk, gembiranya seorang ibu bila anaknya mahu balik. Tetapi tiba-tiba kakak beritahu yang dia tak jadi datang. Mak menangis dan tak bercakap dua hari. Sedih sangat-sangat tengok mak pada masa itu.

Tetapi mak masih bersabar. Tetapi raya kali ini, mak mungkin tewas dengan kesabarannya sendiri. Mak kecewa bila mendapat tahu kakak balik ke sini tetapi terus ke rumah ipar-iparnya. Itu pun saya yang ternampak di Instagram iparnya yang kakak ada di sini.

Bila saya tanya kakak sama ada dia ada di sini atau sebaliknya, baru dia kata dia ada di sini. Saya rasa, kalau tak ditanya, mungkin kakak akan terus balik ke rumah dia seperti kebiasaannya. Masa ini Allah menguji mak. Mak sudah terusik sangat-sangat lalu menghantar mesej melalui WhatsApp pada kakak.

Mak luahkan kekecewaannya pada kakak. Namun kakak tetap tidak membalasnya. Keesokannya kakak mesej kata nak jumpa mak tetapi mak tak balas dan terus padamkan telefon bimbit. Kemudian mak call saya dan minta saya sampaikan pada kakak.

“Beritahu kakak, anggap saja mak sudah tiada, tak perlu datang tengok mak kalau hanya sekadar datang makan kenduri,” katanya sambil menangis sebelum menamatkan panggilan. Saya menangis, saya tahu mak kecewa kerana sudah 18 tahun lamanya dia memendam.

Saya tahu mak mampu bersabar lagi tetapi tekanan dari orang sekeliling yang selalu bertanya tentang kakak. Kini saya sedang cuba mendamaikan mak dengan kakak tetapi saya tidak tahu nak mulakan dari mana. Saya akan cuba juga.

Tetapi di satu sudut lain, mak mungkin berjaya mendidik kakak menjadi seorang isteri yang taat pada suami walaupun saya tahu jauh di hati kakak, dia pun kecewa dengan keadaan yang berlaku tetapi dia tidak mampu bersuara. Saya harap, kisah kakak saya ini dapat dijadikan sebagai pengajaran untuk semua anak dan menantu.

Kepada para suami, jika kamu benar-benar menganggap mertua itu seperti ibu kamu, kamu tidak akan sanggup membuat mertua kamu seperti ini. Jangan jadikan alasan syurga isteri di kaki kamu sehingga sanggup memperlakukan isteri seperti itu.

Jangan jadi suami yang hanya mementingkan diri. Anggaplah mertua itu seperti ibumu, nescaya kamu tidak akan sanggup berbuat seperti itu kepada mertuamu. Cuba letakkan diri kita di tempat mertua, apa yang kita akan rasa jika anak-anak kita pula buat perkara yang sama pada kita bila mereka sudah berkahwin kelak?

Ingat kifarah dari Allah.Kepada para isteri pula, jika kalian melalui situasi yang sama, saya harap kalian bersuaralah. Memang syurga pada suamimu dan harus taat padanya. Tetapi ingatlah jasa seorang ibu. Tidak salah kamu beranikan diri meluahkan apa yang kamu rasa pada suami.

Bukan dengan niat nak menentang suami tetapi dengan niat mahu suami tahu apa yang kita rasa. Jika kamu hanya berdiam diri, suami akan menganggup kamu bersetuju dengan apa yang berlaku. Meluahkan bukan bermakna kita mahu bersikap kurang ajar.

Luahkan isi hati kita dengan cara yang paling lembut pada suami. Sentiasa berdoa pada Allah agar suami kita memahami perasaan kita. Jikalau kamu sudah puas meluahkan, tetapi suami masih bersikap begitu, jangan berhenti berdoa pada Allah,

solat tahajud dan solat hajat pada Allah agar melembutkan hati suami kita Kepada para mertua yang mengalami nasib yang sama, saya doakan agar acik semua bersabarlah dengan dugaan Allah ini. Saya yakin, seorang anak tidak akan pernah melupakan ibunya.

Cuma mungkin merekaj juga tersepit dengan keadaan. Sentiasa doakan mereka,Walaupun anak kita sudah tua, seorang ibu tetap meliaht anak itu seperti kanak-kanak. Saya tahu naluri seorang ibu yang sangat rindukan anak dan cucunya.

Kalau boleh, seorang ibu mahu meluangkan sepenuh masanya bersama anak dan cucu. Berdoalah kerana doa seorang ibu tiada hijabnya.Doakan saya berjaya menyatukan kembali mak dan kakak. Rajuk seorang ibu tidak akan lama. InshaAllah.

Bini Hamil Tapi Bukan Dari Benih Suami. Suami Nak Taknak Terpaksa Terima Sebab Mak Mertua Bagi Dia Sesuatu Yang Tak Dapat Dia Nak Tolak. Akhirnya Ini Yang Berlaku.

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan. Hi assalamualaikum. Bila orang tengok isteri aku ini baik, bertudung labuh seperti ustazah tetapi, belum sampai 7 bulan berkahwin, dah beranak. Senang cakap, aku ini menjadi pak sanggup.

Aku tinggalkan dia selama 3 hari untuk beri ruang diri aku berfikir. Tudung besar dia hanya untuk berlakon sahaja. Demi ibunya, aku terima dia seadanya. Ibunya juga merayu rayu utk terima anaknya bg ttup aib dan mulut jiran setempat. Kata2 ibu dia buat aku lemah,xdpt tolak dan rela jd pak sanggup.

Aku tak nak tahu kisah dia sebelum kahwin. Walaupun bayi tu bukan dr benih aku, tetapi aku anggap mcm anak aku sendiri. Aku jaga dan besarkan dia sebab dia tidak bersalah. Dan aku xpernah sesekali bertanya pada isteri siapa lelaki tu, dan mengapa pilih aku jd pak sanggup. Selepas isteri bersalin, kami berpindah.

Bermulalah kucar kacir kehidupan aku. Dia surirumah, tetapi: Rumah macam tongkang pecah. Kalau tidur depan TV, tilam itu kalau aku tak angkat, memang di situlah selama seminggu. Satu bilik penuh dengan baju yang tak berlipat.Tak nak memasak.

Kuat cemburu. Aku pergi kerja pun dia tak bagi guna perfume dan tak bagi aku sterika baju. Maka terpaksalah pergi keja dengan baju comot.Tak nak sembahyang.Keluar rumah tak nak tutup aurat. Apa yang paling buat aku malu ialah bilamana jiran-jiran menegur suruh aku menasihatkan isteri sebab mereka malu tengok.

Sudah puas aku berikan nasihat tetapi tak jalan. Selepas dua tahun, rezeki aku lebih. Sebelum pergi kerja, aku kemas rumah, basuh baju, sidai baju. 100% rumah aku kemas. Makan, hari-hari beli di luar. Settle satu masalah. Hari-hari kami brbalah sebab sikap cemburunya.

Dia tak izinkan aku pergi ke rumah mak sebab cemburu dengan bekas kekasih aku. Padahal, aku bercakap dengan bekas kekasih pun tidak sebab dia dah kahwin dan menetap di negeri lain. Terpaksa pergi rumah mak secara diam-diam sebab tak nak brbalah dengan isteri.

Aku dah slowtalk baik-baik suruh ubah pakaian, tutup aurat, tak jalan juga. Dah marah pun sama juga.Opss..sebelum terlupa aku buat bisnes dapat sub kontrak. Bulan tu aku dapat keuntungan lebih Aku bagi isteri RM3,000, suka hatilah dia nak beli apa. Aku tak kisah. Aku belikan mak aku gelang emas harga RM2,000. Masa nak beri pada mak, isteri ada temankan sekali. Mak bukan main gembira suka tengok hadiah itu.

“Kau belikan mak gelang, untuk isteri ada beli sekali tak?” tanya mak. Belum sempat aku jawab, isteri dah buka mulut. “Isteri dia tak penting, mak lagi penting. Kalau dia dah beli mak gelang, habislah duit. Bila habis duit, saya tak dapatlah beli barang kemas,” katanya menyebabkan wajah mak terus berubah. Mak letak balik gelang itu ditangan aku dan suruh berikan pada isteri. “Mak dah tua, untuk apa mak pakai emas? Tak ada sesiapa pun nak pandang mak,” kata mak sambil senyum tetapi air mata mak dah bertakung.

Tak cukup ke RM3,000 yang aku beri? Gelang RM2,000 saja. Sedih hati aku bila tengok wajah mak. Rumah pun aku tak kemas lagi. Aku dah mampu upah orang. 4 kali seminggu datang kemas. Selepas setahun berlalu, isteri kantoi ada jantan lain.

Isteri beri alasan yang mereka hanya berkawan saja, tidak lebih dari itu. Kawan dia boleh makan suap-suap tangan. Jantan itu sebenarnya adalah bekas teman lelaki yang membuatkan dia bunting dulu. 4 bulan lepas, kami bergaduh dan dia keluar dari rumah, duduk dengan teman lelaki dia.

Anak-anak dia tak nak jaga, semuanya diserahkan kepada aku termasuklah anak aku yang sulung itu. Kini kami dalam proses berpisah. Aku tak tahu dimana silapnya aku sebagai suami. Semua kemahuan dia aku dah turutkan. Tetapi aku gagal mendidik dia menjadi isteri yang solehah.

Ternyata aku ini hanya tempat persinggahan dia sewaktu dia dalam keadaan sesak. Mungkin dia akan lebih bahagia bersama teman lelakinya yang juga merupakan suami orang. Aku tanya, apa silap aku, kekurangan aku sebagai suami? Duduk rumah cuma jaga anak sahaja.

Yang lain semua aku upah orang buatkan. Duit belanja kereta dia pun aku bagi. Kalau bab batin, seminggu 3 kali aku bagi. Dia nak kebebasan, nak lepak sampai tengah malam dengan kawan-kawan. Dia bosan duduk rumah sebab aku suruh solat, suruh tutup aurat. Aku dah buat sehabis baik, aku dah jalankan tanggungjawab sebagai suami. Jika kebebasan yang dia mahukan, daripada aku terus menambah dosa, lebih baik kami berpisah. Bekas kekasih aku kini berstatus ibu tunggal.

Pemergian suami. Mak suruh aku kahwin dengan dia tetapi aku tolak sebab serik dan tak nak perkara lama berulang. Sekarang aku fikir nak besarkan tiga orang anak aku. Aku jarang online, banyak k0rbankan masa dengan kawan-kawan semata-mata untuk dia. Balik kerja jam 5 terus duduk di rumah tak keluar. Aku terima ketentuan Allah. Aku bukan nak mengaibkan bekas isteri sebab korang pun tak kenal aku. Aku nak luahkan perasaan, nak legakan hati. Kepada yang nak kata ini cerita rekaan, terpulanglah. – dunia kini.

Jangan lupa like, follow dan share page Apampink gaisss! Semoga yang membaca ni dimurahkan rezeki selalu dan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua 🙂

SUMBEr – penajalanan