Video mesti tak panjang jodoh tu, terima komen negatif, hanya disebabkan banyak dugaan masa majlis sehinggakan kek 5 tingkat tumbang

belum lagi reda tentang jatuh nya kek bertingkat tingkat, sekarang pentas pusing plak problem.. haishhh kesian kat alha alfa min tengok.. sabar ye alha. hal tentang pentas pusing ini turut dikongsi oleh Alha Alfa di Instagram milik beliau.

Untuk merancang sebuah majlis perkahwinan itu tidak mudah buat pasangan pengantin apatah lagi pelbagai perkara perlu difikirkan. Tidak kisahlah ia majlis besar atau kecil kerana perlu juga merancang agar dapat mengelakkan masalah berlaku.

Bagaimanapun, baru-baru ini hanya disebabkan satu kek mewah di majlis perkahwinan Datuk Alha Alfa yang ‘tumbang’ dia menerima pelbagai kata-kata tak elok. SEBENARNYA BANYAK KISAH YG BERLAKU KETIKA PERSIAPAN PELAMIN #ALHAALINDREAMS DR @NASGREATIDEA_WEDDINGS ..

MACAM2 DUGAAN TAPI SY SELALU PERCAYA, JIKA SUATU KEINGINAN KITE TU TAK DAPAT DIPENUHI 100% TU,..MAKSUDNYA ALLAH AKAN TARIK N BAWA KEDEPAN DGN REZEKI YG LEBIH LAGI INSHA ALLAH… STAGE BERPUSING YG KAMI TEMPAH BEBERAPA BULAN SEBELUM MAJLIS MAMPU MENAMPUNG BERAT SEBIJI KERETA,..

TETAPI DI HARI SETUP DAY TU..COMPANY BERKENAAN LARI N MELENYAPKAN DIRI…XPE AWAK BOLEH MAKAN DUIT TU..SY HALALKAN..JADI, BAGUSNYA ABG @NASGREATIDEA_WEDDINGS DALAM MASA BEBERAPA JAM SEBELUM MAJLIS BELIAU GIGIH CARI DAN MENCARI SEHINGGA BERJUMPA DGN ENGINEER YG SANGGUP

BUATKAN STAGE PUSING TU LAST MINIT..TETAPI TAK MAMPU MENAMPUNG BERAT SAYA N ISTERI,.JADI PERLUKAN BANTUAN MANUSIA UTK PUSINGKAN..😂🙏🏻 SORRY KALU KAMI BERAT..AHHAHA..ITULAH NAMANYA BELUM NAK MERASA MAJLIS YG PERFECT..SEMOGA ALLAH PERFECTKAN KEHIDUPAN KAMI SELEPAS KAWEN..

Sebenarnya banyak kisah yg berlaku ketika persiapan pelamin #alhaalindreams dr @nasgreatidea_weddings .. macam2 dugaan tapi sy selalu percaya, jika suatu keinginan kite tu xdapat dipenuhi 100% tu,..maksudnya allah akan tarik n bawa kedepan dgn rezeki yg lebih lagi insha allah…

stage berpusing yg kami tempah beberapa bulan sebelum majlis mampu menampung berat sebiji kereta,..tetapi di hari setup day tu..company berkenaan lari n melenyapkan diri…xpe awak boleh makan duit tu..sy halalkan..jadi, bagusnya abg @nasgreatidea_weddings dalam masa beberapa jam sebelum majlis beliau gigih cari n mencari sehingga berjumpa dgn engineer yg sanggup buatkan stage pusing tu last minit..

tetapi xmampu menampung berat SAYA N ISTERI,.jadi perlukan bantuan manusia utk pusingkan..😂🙏🏻 sorry kalu kami berat..ahhaha..itulah namanya belum nak merasa majlis yg perfect..semoga allah perfectkan kehidupan kami selepas kawen..kes kek jatuh tu..

pada plan asalnya di stage berpusing tu lah akan ditempatkan kek tu..so kawasan lebih luas n kukuh..tapi disebabkan berat sy n wife pun xleh nak pusing secara automatik..kami mengambil keputusan utk biarkan kek tu kat sudut tu..sbb mmg berat n takut nak angkat dah..

yes kek tu bawah kek betul yg lain atas tu structure glass 😊 dalam video nampak sy n sahabat berlaga siku sbb nak hug..nampak seperti ditolak 😂 tapi impian kami kononnya nak hold supaya xjatuh kedepan..rupanya tumbang kebelakang..alhamdulillah roboh time tu..

kalau roboh kedepan..jenuhlah kami nak pilih mana intan mana kaca..tiberrr💃🏻💃🏻💃🏻 ada yg kata tu tnda xberkatlah..tanda xpanjang jodohlah..xpelah doa2 kalian tu allah sahaja yg mendengarnya..sy syukur di uji dgn ujian yg ringan macamtu sedangkan org lain lebih teruk lagi..kalau secara positivenya,

sy happy sbb setiap kali bercerita pasal wedding sy,sy akan teringat kek tumbang tu..😂😂 pada “owner” atau company yg buat kek tu jgn lah mntak ganti rugi pada @nasgreatidea_weddings , mari jumpa sy,..sy langsaikan sbb salah sy berenti n bergambar kt situ..😊 terima kasih atas semua team yg terlibat..cukup sempurna bg sy.. memory terindah hingga hujung nyawa..❤️

Antara Komen WARGANET:

Namun terbaru, jurusolek dan usahawan terkenal ini tetap positif dengan apa yang berlaku malah kapsyen panjangnya dilaman Instagram membuatkan warganet memuji sikap humble Datuk Alha Alfa. Disamping berkongsikan video dekorasi majlis perkahwinannya, Datuk Alha turut berkongsikan dugaan lain yang juga dihadapinya.

Alhamdulillah… baik betul dato…

Bagaimanapun, warganet memberikan respon positif dan mendoakan yang baik-baik saja buatnya dan isteri. Semua majlis ada dugaannya… Sini pun ada video yang kek jatuh tu, kalau ada yang belum tengok huhu. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media

Video kek musnah dibawah

Sumber: Datuk Alha Alfa via HCL

Video kek kahwin Alha Alfa 5 tingkat musnah jatuh berderai di majlis persandingan.

Usahawan dan juru mekap profesional, Datuk Alha Alfa berkongsi peristiwa kek perkahwinan dalam rekaan bertingkat di majlis persandingannya runtuh secara tiba-tiba sewaktu acara mengambil gambar di atas pentas berjalan.

Jelas pengusaha kosmetik ini, dia tidak menyimpan perasaan marah, sebaliknya menyifatkan insiden tersebut sebagai memori yang bakal terpahat selamanya. “Takpelah rezeki takat tu je..sy xmarah pun hehehe beratus kali depa mntak maaf walupun dalam perancangan nak pacak kek tu tgh2 rumah..hahah hbis berderai semuanya, ape pun abg @nasgreatidea_weddings mmg superb kek tu.

“Tak apa kek boleh carik,..kenangan yg terjadi tu memory selamanya..sorry yg xdapat merasa kek tu..syukur xde org kat belakang kalau tak jenuh berjahit muka nanti,” tulisnya. Tambahnya lagi, kemungkinan kek tersebut agak berat sekali gus ia tak mampu ‘ditanggung’ meja lalu menyebabkannya runtuh.

“Kek ni punya berat maybe meja yg support tu pun dah menyerah diri dah tggu masa je bergegar skit paammmm!! habisss~ macam manusia jugak..emsem camne pun hati rapuh jugak…tqsm pada semua yg hadir semalam..sy dah isteri amat menghargai. Mintak ampun mntak maaf jika ada kekurangan dari pihak kami..love u guys #alhaalindreams,” jelasnya lagi. Dalam pada itu, warganet memuji tindakan positif Datuk Alha dalam menangani masalah berlaku dan mendoakan agar pernikahannya kekal hingga ke syurga.

Komen Warganet:

@minyasmin: Ya ampunnnnnnn, waktu lalu sbelah kek kaca 19 kaki tu time min perform pun dah seriau hahah tau je lah min kalah tgah perform dah srupa org kerasukkan hahah takut out of control tersengol dek pungkoq. Nasib baik tak terlanggar tapi akhirnya tertumbang juga.. aduhai sayangnya tapi xpe ada rezeki lain boleh je buat balik tu ya. Apapun mmg gempak habis wedding of the year tadi malam tu @alhaalfa

@nuex_rosli: Beautiful wedding and sangat memorable dengan show macam anugerah Definitely worth our time and a great pleasure to be there @alhalafa! tahniah and till jannah dengan Alin!

@sarahadila_ positive nya dato’ ni. Patutla ramai orang suka. rezeki dato’ kat tempat lain tu. yang penting, wedding dato’ still wedding of the year.

Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa selamat bernikah dengan pasangan, Noor Azlin Ismail pada 28 September lalu di Taiping. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber: Instagram Datuk Alha Alfa Dan Media Hiburan

Video:

Datuk Alha Alfa sah bergelar suami 

DENGAN sekali lafaz, jurusolek dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa, 31, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Noor Azlin Ismail, 23, hari ini. Memakai busana berwarna putih, Alha bersama pasangannya dinikahkan oleh jurunikah, Roziman Tajuddin yang mewakili abang Noor Azlin pada majlis yang berlangsung dalam suasana meriah di sebuah hotel di Taiping.

Kira-kira 200 tetamu memeriahkan majlis pernikahan itu terdiri daripada anggota keluarga dan teman rapat pasangan berkenaan.Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran termasuk senaskah al-Quran, mas kahwin RM1,000 dan seutas rantai tangan kepada pengantin perempuan.

Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 29 September tahun lalu dan memilih hari ini sebagai detik penyatuan mereka sebagai suami isteri.Alha yang ditemui selepas selesai majlis akad nikah berkata, beliau bersyukur selamat diijabkabulkan dengan pasangan dalam majlis yang berlangsung sederhana dan berjalan lancar.

“Alhamdulillah majlis berjalan lancar sebagaimana dirancang dan ikatan pernikahan ini adalah lambang cinta kami selepas bercinta selama lebih lima tahun.Kami bersyukur dengan semua perancangan yang diatur Allah dan Alhamdulillah inilah harinya kami disatukan,” katanya.

Mengenai perancangan anak, Alha berkata beliau menyerahkan semuanya kepada rezeki malah berharap dan berdoa supaya segera menimang cahaya mata.Pada majlis pernikahan itu, Alha memakai busana Melayu putih rekaan Dzulclassique, manakala busana Noor Azlin pula adalah rekaan dari Embun Klasik Bridal Boutique.

Selesai majlis pernikahan, majlis diteruskan pula dengan resepsi daripada pengantin perempuan di lokasi sama bermula jam 11 pagi sehingga jam 4 petang.Alha Alfa ialah penaja utama Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 22 September lalu.

Tampil bergaya pagi raya bersama Alha Alfa

Selain bergaya dengan busana raya, pastinya Aidilfitri lebih berseri dengan sentuhan tatarias bagi menaikkan seri wajah lebih segar. Biar hanya dengan solekan ringkas sudah cukup menampakkan wajah kelihatan berbeza berbanding hari biasa, sekali gus menyerikan tatarias apatah lagi ketika berkunjung ke majlis rumah terbuka.

Bagaimanapun ada masanya untuk mendapatkan hasil mekap memukau memerlukan teknik yang perlu dipelajari di samping penggunaan produk yang sesuai untuk tona kulit. Sempena lebaran ini, jenama kosmetik tempatan, Alha Alfa Cosmetics tampil dengan dua koleksi set kombo mekap edisi Aidilfitri iaitu matte dan glow.

Bagi pengasas jenama berkenaan yang juga ahli perniagaan dan jurusolek profesional, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali Alha, berkata koleksi mengetengahkan lima kod warna berbeza.Dua set kombo itu merangkumi primer, bedak asas, bedak tabur dan penyembur mekap atau setting spray.

“Koleksi soul matte ini lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak memberikan ilusi solekan sempurna. Mudah diguna sekali gus membuatkan wajah segar, licin menutupi cela bekas jerawat, jeragat atau tona kulit tidak serata.

“Bagi yang menginginkan solekan menyerlah seperti artis Korea, koleksi glowing (soul glow) ini lebih sesuai untuk menampakkan tatarias mempesona sebagai penyeri mekap untuk hari raya,” katanya. Alha Alfa Cosmetics kini membawakan 20 episod Alha Alfa Night Live yang disiarkan di Facebook rasmi ALHA ALFA setiap Khamis selama satu jam, mempamerkan demonstrasi solekan, kupasan isu semasa dihoskan sendiri oleh Alha.

Slot malam tadi menyiarkan episod lima menampilkan Rusdi Ramli dan Amy Mastura sebagai episod terakhir yang dijayakan pada Ramadan. Alha berkata, bagi solekan biasa hanya memerlukan masa 20 minit asalkan seseorang itu tahu mengaplikasikan teknik, penggunaan warna sesuai dan membuat kontur wajah.

About ApamPink 1065 Articles
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah-ertikan, kami tidak akan bertanggungjawab. JIKA ANDA SUKAKAN SALAH SATU ARTIKEL, JANGAN LUPA SHARE...