Mimpi jumpa lelaki berjubah putih. Doktor dedah suami alami mimpi aneh sebelum mengucap syahadah.

Viral

Wanita ini dipertemukan jodoh dengan seorang mualaf, tetapi suaminya itu telah terlebih dahulu memelvk agama Islam sebelum mereka mengenali antara satu sama lain. Begitulah kisah hubungan pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2015, seperti mana dikongsi menerusi video di aplikasi TikTok. Menurut wanita itu, Dr Siti Hajar Md Hanif, suaminya memelvk agama Islam enam bulan sebelum mereka berkahwin dan tahun ini merupakan tahun ketujuh bergelar mualaf.

Dr Siti Hajar (kanan) dan suami bernikah pada 20 Mac 2015.

Dr Siti Hajar yang berusia 35 tahun memberitahu, suaminya sebelum ini penganut Kristian, manakala ibu mentuanya beragama Hindu dan bapa mentuanya juga menganut Kristian. “Suami memelvk Islam bukan sebab nak berkahwin dengan saya. Masa tu kami belum kenal lagi. Tapi ia bermula pada usia suami 22 tahun selepas mengalami satu mimpi an3h. Masa tu suami merupakan pelajar tahun akhir di Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) di Kelantan. Dia mimpi nampak satu masjid yang sangat besar warna biru. Dia cuba berjalan ke arah masjid, tapi tak boleh melepasinya seperti di dunia yang lain sedangkan masjid di dunia realiti. Dia sebut nama Allah, dia akhirnya dapat masuk ke dunia realiti sebelum tersedar dari mimpi,” katanya.

Menurut Dr Siti Hajar, dua tahun selepas itu suaminya terdetik hati membuat keputusan untuk memelvk agama Islam, iaitu beberapa bulan sebelum mereka mengenali antara satu sama lain di tempat kerja. Namun katanya, dalam tempoh dua tahun itu, suaminya yang kini bernama Iskandar Chai Yoong Sang dan berusia 31 tahun sekali lagi didatangi mimpi an3h.

“Masa mimpi pertama, suami tak ambil peduli dan anggap mungkin sekadar mimpi. Tak lama kemudian suami mimpi lagi, kali ini berjumpa dengan seorang lelaki berjubah putih. Dia bermimpi melihat sejumlah orang beratur ke satu pintu besar, dan lelaki berjubah itu memaklumkan ia merupakan laluan beratur untuk orang Islam,” tambahnya.

Mengerjakan umrah selepas dua tahun berkahwin.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, suaminya ketika belajar sentiasa bergaul dengan masyarakat Melayu dan sentiasa menghorm4ti budaya dan ajaran agama Islam. “Suami selalu dengar laungan azan, dan akan ikut kawan-kawan ke masjid. Dia akan setia menunggu di luar masjid sampai kawan-kawan dia selesai solat. Dia juga belajar berpuasa apabila tiba bulan Ramadan sebagaimana kebanyakan rakan-rakannya,” katanya sambil menambah suaminya merupakan penolong pegawai perubatan.

Dr Siti Hajar (kiri) bersama ibu dan bapa mentua.

Dr Hajar berkata, dia tertarik dengan keperibadian suaminya yang begitu penyayang, mengambil berat terhadap dirinya dan menjalinkan hubvngan baik dengan keluarganya. “Malah sampai sekarang pun hubungan suami dan famili dia tetap baik. Walaupun perbezaan agama, mak ayah tak ada pandang atas bawah, tak ada bersikap r4sis,” katanya.

Bila suami masuk islam, saya perlu terima keluarganya yang bukan Islam. Saya terima mereka seadanya

Selepas dua tahun berkahwin, dia dan suaminya berpeluang untuk mengerjakan umrah di tanah suci Makkah pada Februari 2017. “Kami merancang untuk mengejarkan haji pada masa akan datang. Mungkin kami juga akan buat umrah lagi dan kali ini bersama anak-anak,” ujarnya sambil menambah suaminya boleh bertutur dalam bahasa Tamil, Mandarin, Kantonis dan Hakka selain bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Dr Siti Hajar (kanan) bersama ibu bapanya serta keluarga mentuanya semasa perayaan Tahun Baharu Cina.

Sebagai isteri kepada seorang mualaf, wanita itu berusaha yang terbaik untuk turut membantu suaminya mendalami ajaran Islam menerusi bimbangan guru agama. “Bila suami masuk Islam, saya perlu terima keluarganya yang bukan Islam. Saya terima mereka seadanya,” katanya.

Komen warganet:

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.