Minta hantaran sampai berbelas ribu tapi kerja rumah satu pun tak pandai buat. Mengejutkan bila satu hari tiba tiba laki buat ini pada isteri dia. Dia sendiri pun terkedu dengan apa yg dia cuba buat pada isteri sendiri.

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum and thanks admin. Perkenalkan diri nama saya Zarul (Bukan Nama Sebenar). Lately zarul perasan hantaran jadi hot topic. Let me share my experience. Zarul dah kahwin almost 5 years. Kahwin dengan pilihan hati yang juga bekas graduan tempat sama dan sama-sama suka.

Jadi lepas grad dapat kerja tetap terus kawin. Wife zarul ni memang cantik dan sejuk mata memandang. korang tahu berapa hantaran kahwin zarul dengan isteri ? RM15K serba satu. Mak ai senak pancrease zarul mula-mula bila fikir mana nak cekau RM15K nak buat hantaran. Tu baru hantaran, belum lagi duit-duit lain nak dirikan masjid ni. Siang malam zarul kerja, buat 2, 3 kerja juga masa nak kawin tu. Siang zarul keje dekat ofis, gaji masa tu tak jejak RM2,500. Nak bayar duit rumah, duit kereta, nafkah ibu ayah, duit belanja sekolah adik-adik lagi.

Zarul anak sulung, bawah adik-adik masih belajar. Seorang masa tu tengah buat degree, lagi 3 adik sekolah menengah. Fahamkan sebagai zarul sulung, besar oi tanggungjawab zarul. Ayah ibu pon dah tua, walaupun diorang tak minta duit, tapi sebagai anak lelaki sulung, itu tanggungjawab.

Malam zarul tolong member jual burger dekat area rumah sewa. selain tu ada juga buat business online, nak buat side income. Penat jangan cakap la, Allah je yang tahu. Tapi fikir balik, tangungjawab tu. So dari situ dapat la juga kumpul duit buat kahwin.

Hampir setahun lebih, zarul dan isteri selamat diijab kabulkan. Happy dia, hanya orang yang dah kawin je faham. So kami jalani hidup sebagai suami isteri macam biasa. Duduk rumah sendiri, yang zarul beli masa bujang, walaupun tak habis bayar lagi. Kira wife zarul ni cuci kaki je masuk rumah. Zarul taknak duduk rumah dengan parents, taknak timbul masalah. Almaklumlah baru-baru kawin ni kan.

Bila dah duduk serumah, baru lah tahu isteri zarul ni, satu keje rumah apa pon dia tak reti buat. Maklum lah dia anak orang berada. Semua bibik sediakan. Aduh! Bayar RM15k satu kerja pon tak tahu. Balik kerja, tengok rumah macam kapal karam, pinggan penuh singki.

Masak jangan cakap lah. Memang tak la kan. Zarul sedih lah, suami mana yang tak sedih, kau kerja bukan main penat siang malam nak kumpul duit kahwin mahal-mahal, tapi dapat wife satu benda pon tak pandai buat. Zarul balik kampung mengadu kat ibu, tapi zarul yang kena tarbiah balik. Sebab kan sayang wife zarul tu, so zarul ambik inisiatif untuk ajar isteri zarul tu kerja-kerja rumah. Zarul dulu sekolah asrama penuh. So siapa yang sekolah asrama tu faham macam mana kemas nya kami orang ni. Haha.

First step, zarul ajak sama-sama wife zarul ni kemas rumah.Ajak taw bukan suruh. So kat sini, wife zarul tu takla rasa macam hamba kan. Lagi pon kerja rumah ni semua sebenarnya tugas suami, bukan isteri! Lama-kelamaan isteri zarul pandai la berkemas. Bersih cantik sikit rumah. Sejuk mata memandang balik kerja.

Bab masak? Setiap hujung minggu zarul dan wife cuti. So kat sini zarul ajak wife zarul masak. Dari sesimple lauk sampai lah yang pada dia payah. Zarul gigih pasang wifi kat rumah, so biar isteri zarul ni boleh google jer ape yang dia nak masak.

Mula-mula masak memang lah, hangus lah, masin kedaung lah. Tapi lama-lama pergh..! Kalah master chef. So kat sini, bukan alasan tak pandai masak. Tapi rajin or tak Semua ada kat internet tu. Google jer la. Kat sini zarul nak pesan kepada suami-suami, bakal suami, kita ni sebagai pembimbing keluarga bukan setakat ketua keluarga. Isteri itu amanah dan anugerah yang paling bernilai. Kalau isteri tak tahu, ajar bukan kau herdik, kaki tangan naik. Dan jangan sesekali rasa menyesal dengan perkahwinan korang, sebab setiap yang berlaku tu telah ditulis dan terselindung berjuta hikmah dari-nya.

Lagi satu, jangan bising kalau duit hantaran mahal lah, tak macam zaman mak, nenek korang. Hello..! Ni dah tahun apa dan kau kene lah selari dengan zaman sekarang. Ingat kerja rumah semua tu tanggungjawab suami, isteri hanya perlu melayan suami sahaja. Jadi kalau wife korang tu tak reti buat kerja rumah sebenarnya bukan masalah. Tu kan kerja korang. Bukan kerja isteri.

Hargai lah isteri korang. Mungkin ada yang kurang mana-mana, manusia takda yang sempurna. Sebab tu kahwin tu untuk saling melengkapi. Btw, sekarang dah masuk 5 tahun usia perkahwinan kami, dan semakin bahagia. Sekarang zarul tengah tunggu kelahiran anak sulung kami. Doakan kebahagian kami berkekelan. Next time zarul akan share lagi nasihat untuk kebaikan bersama. okey!

Isteri Tengah Sarat Mengandung Tengah Pagi Tu Beriya Dia Menangis. Suami Pula Tidur Tak Ingat Dunia. Mengejutkan Rupanya Isteri Menangis Sebab Malam Tadi Dia Tak Puas.

Ini kisah aku yg seorang rider biasa, dan juga seorang suami . Semalam isteri aku yang sarat mengandung menangis sebab aku terlelap awal dan guna bantal dia. Biasalah , orang mengandung . Kadang mereka ni tidur 2 jam sahaja sebab skit badan yang teramat sangat.

Aku tak rasa , tapi aku tahu yang mengandung takda yang senang . Subuh ni puas aku pujuk isteri aku , dia tak henti mengalirkan air mata sambil badan gerak gerak kemas rumah. Satu malam dia tak dapat tidur. Nak buat macam mana , aku letih sangat .

Sampai tidur sampai tak perasan dia struggle nak tidur . Puas aku tawarkan nak beli macam macam . Semua dia geleng. Nak suap makanan pun dia geleng. Beg , baju , kasut , semua dia taknak . Sepanjang kami kahwin , tak pernah dia mintak aku belikan barang kehendak dia .

Aku buntu , aku mesej kakak aku , mak aku, tanya macam mana nak pujuk . Akhirnya isteri aku yang penat mengemas dan tak cukup tidur tu pun rehat kat sofa. dia termenung.. aku tanya dia , sayang nak apa ? dia pun bersuara . urut , dan bantu dia tidur . aku cakap okay.

dia terus tersenyum riang . bagaikan anak kecil yang baru dapat gula gula. hati aku sebak . Isteri aku suri rumah . Tapi sebelum kahwin , dia bekerja dalam bidang perubatan . Masa aku kenal dia , dia masih freehair . Tak tahu jalan arah mane nak tuju , dan sentiasa keseorangan . Takda mak ayah .

Lepas kenal , aku mintak kawan kawan perempuan aku bantu dia dari segi semangat. Sampai dia bertudung dengan sendiri. Tak sampai setahun, kami kahwin . Dia pun buat keputusan jadi suri rumah . Dia selalu dengar orang sekeliling dia tanya , tak takut ke bergantung sepenuhnya kat suami?

Dia cuma senyum. Dia cakap tak. Dia yakin dengan aku. Aku cakap kat dia, kalau nak kerja atau nak sambung belajar , bagitau je. Aku izinkan. Dia cuma jawab tanggungjawab dia kat aku. Takpelah , dah itu dia nak . Tapi aku tak miss tanggungjawab aku . Aku sediakan dia tempat tinggal .

Aku belikan pakaian dia. Setiap hari aku tanya dia nak makan apa . Aku akan belikan sebelum pergi kerja, tak nak dia lapar kat rumah. Aku tak kesah sangat dia masak ke tak . sebab bagi aku , kami makan bersama pun aku dah cukup bahagia. InsyaAllah cukup je rezeki kami hari hari .

Dia kan amanah aku. Isteri aku rajin kemas rumah . Kadang kadang aku suruh dia rehat dia tak mau . Aku tak nak orang ingat kami ni hidup berprinsipkan tradisional , tapi isteri aku tetap berkeras dengan tanggungjawab dia .

Kadang kadang technician atau posmen datang rumah masa aku takde , dia akan kol aku sampai dapat. Kalau tak dapat , dia tak keluar pun ambik barang tu. Dia cakap , dia takut keluar takde izin. Lurus? Tak . Bila buat lawak , isteri akulah paling over.

Dia suka baca buku inggeris , mcm encyclopedia mcm tu. Dia lagi pandai dari aku , dan lagi pandai dari kawan kawan dia. sebab dia lah aku hafal nama nama constellation stars yg dia selalu kongsi. Aku cuma rider yg tak minat membaca mat..

Tapi dia tetap berkeras cakap , open minded is open minded.. tanggungjawab is tanggungjawab.. tak sama . Kalau suami tak izin keluar , kenapa nak keluar ? Dia pulak tanye aku . Takpelah.. Biarlah orang nak kata kami old fashion … atau tak bahagia .

Tapi sebaliknya , rezeki itu cukup. walaupun dia tak bekerja . Dan setiap hari balik kerja , kami berkongsi cerita antara satu sama lain . Dia cerita buku dia , aku cerita pasal bos aku. Berbalik hal pagi tadi , kenapa aku sebak ? Aku sebak sebab aku ambil hak dia sebagai isteri .

Aku ambil tempat tidur dia. Dia tak mintak pun benda lain . Akhirnya urutan dan tidur jugak dia mahukan . Kadang aku tak faham kenapa lah isteri aku nak dengan rider mcm aku . Ikutkan dia boleh ada masa depan yang cerah dgn pemikiran dia yang minat belajar tu .

Aku tahu kita tak boleh ramal apa akan jadi. mungkin besok bangun tidur , hati aku berubah . Dia tak takut , tapi walaupun aku cintakan isteri aku sangat harini.. Aku tetap takut. disebabkan takut tu , aku buat akaun bank atas nama isteri aku. aku langsung takde hak kat akaun tu.

Tiap bulan aku akan masukkan duit dalam bank tu. Sebagai backup . aku takut apa apa jadi kat aku .. sebab aku cuma rider yang takde epf atau socso mahupun insurans. aku pun bukan orang kaya. sekurangnya kalau apa2 apa jadi , aku tahu aku tak tinggalkan dia mcm tu je ..

Isteri aku takde media sosial , bukan aku suruh dia tutup ke apa . Memang dia tak minat . Dia cuma subscribe the star online supaya tak miss berita apa yang jadi. Kadang lepas dia habis kemas rumah , dia baca buku . atau search wikipedia kat laptop .

Susah jugak aku nak adapt dengan bahasa kamus dia pada awalnya , tapi aku tak kesah lah. Asalkan dia tak layan page KRT . musically pun dia tak tahu apa benda . apetah lagi artis artis malaysia . Kadang dia terbaca pasal artis kat the star , dia tanye aku tu siapa , kenapa dia masuk news .

Aku acah jela aku pun tak kenal . Nak buat mcm mana , aku kenal pun sbb news feed aku dah terkeluar benda benda mcm tu. Bila aku baca suami suami yang layan isteri diorang macam sampah . aku rasa nak menangis je.. mungkin aku ade soft spots untuk para isteri ni .

Lagi lagi yang buat isteri mereka macam hamba , makan pula hasil pekerjaan isteri. Alahai , isteri ni amanah untuk kita .. jagalah diorang sebaiknya . Mereka takkan melwan kalau kita bagi sepenuhnya nafkah yang patut kita bagi . Kecuali kes kes yang memang isteri tu bersalah. Aku taktahu lah .

Aku rasa sedih sangat bila tengok isteri aku tiap hari jaga rumah . Tapi dia selalu tersenyum macam anak anak bila aku bukak pintu rumah . Aku sedih pasal dia , dia pulak tak rasa sedih pun . Hai isteri , ketaatan kau memang tak terhingga . Semoga kita bahagia begini sampai ketua ..

biarlah kita tak kaya pun , asal kan kita mampu untuk makan tiap hari .InsyaAllah kalau aku ade rezeki lebih , lepas ni aku akan cuba untuk dapatkan kerja yang ade epf atau socso. Demi amanah aku yang tunggu kat rumah .. Aku plan nak bawak isteri aku jalan jalan tiap minggu .

Pegi tasik je .. itupun dia dah happy macam dapat emas . Lepas ni aku taknak dah ambik tempat tidur isteri aku . Broken sangat hati tengok . Tapi penat jugak nak pujuk.. satu malam kot dia menangis. hm… aku pulak tidur tak sedarkan diri. Adoii..

Bersabarlah wahai isteri isteri diluar sana . Kalau tak bagitau nak apa , kami suami takkan faham . aku tulis ni pun sbb aku nak luahkan je kesedihan aku . aku cari cari kerja tak dapat .. walaupun aku ade diploma . inilah hakikatnya graduan sekarang… doakan aku berjaya .. sekian.