Ada warganet yang tanya tentang zuriat pada Mira Filzah lepas nampak baby bump. Sekali selamba je Mira Filzah boleh bagi respon macam ni.

Artis

Pelakon yang kini semakin bahagia dengan rumah tangga yang baru dibina, Mira Filzah mengakui dirinya tidak lepas daripada pertanyaan mengenai bilakah dia dan suami, Wan Emir akan menimang cahaya mata pertama. Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman,28, berkata, berita gembira seperti itu pasti akan dikongsi kepada semua terutama peminat setia apabila dikurniakan rezeki anak kelak.

Dia yang sebelum ini pernah tular kononnya kelihatan ‘babyy bump’ di bahagian perut menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak bermakna apa-apa buat ketika ini. “Saya cakap baru lepas makan. Saya tak sedar pun. Baju yang dipakai itu jika dilihat dari tepi dalam keadaan ‘tie in’ akan nampak lain. Tak ada apalah.” ujar Mira.

Pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini turut memberitahu bahawa populariti yang dikecapinya kini masih sama sewaktu dia masih bergelar bujang. Menurut Mira, peluang kerjaya dalam bidang lakonan masih ‘lebat’ sehinggakan kadang-kadang dia terpaksa menolak kerana jadual yang terlalu padat.

“Kerjaya selepas kahwin, masih sibuk. Alhamdullilah, tawaran masih ada. Kadang-kadang terpaksa tolak. Tawaran menjadi duta pula semakin banyak. Murah rezeki selepas kahwin. Saya banyak fokus menjadi duta tahun ini sebab duta ini selagi orang mahu, tawaran ada. Duta pula lebih besar. Jadi saya fokus itu.”

Ketika ditanyakan penerimaan suami tersayang terhadap kerjayanya sebagai pelakon meskipun sudah bergelar isteri, Mira menjelaskan bahawa pasangannya itu sangat memahami tuntutan kerja yang perlu dilunaskannya. Perkembangan terkini, Mira kini terbabit dalam sebuah penggambaran drama terbaru yang mengambil tempat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

SUMBER : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kongsi Gambar Berbaju Kurung Berona Merah Hati Di Instagram. Ada Warganet Tampil Beri Nasihat Kat Mira Filzah

Terbaru, Mira Filzah yang merupakan pelakon dan pengacara telah berkongsikan beberapa keping foto yang memaparkan dirinya sedang berbaju kurung berona merah hati di laman IG miliknya. JIka dilihat menerusi kapsyen yang dibuat oleh Mira Filzah, dia menyatakanbaju tersebut dipakai bagi tujuan penggambaran sebuah program yang akan disiarkan pada bulan Ramadan.

Difahamkan beliau sekadar menggayakannya kerana mahu mempromosi sebuah jenama, ruangan komen foto tersebut dihujani reaksi-reaksi yang baik selain ramai memuji kejelitaan yang dimiliki Mira.Bagaimanapun, terdapat satu komen yang turut menarik perhatian ramai apabila seorang individu menegur berkenaan aurat pengacara yang mengendalikan program Nona itu. Semoga Mira terbuka untuk menerima setiap teguran dan nasihat daripada individu ini yang bukan sahaja memberi peringatan buat pelakon yang popular menerusi drama Cinta Si Wedding Planner itu, bahkan buat dirinya sendiri.

Lama Menyepi Setelah Memasuki Alam Perkahwinan. Mira Filzah Buat Perkongsian Yang Ramai Tak Tahu Sejak Dia Mula Berkahwin

Macam yang kita semua sedia maklum, berikutan pelaksanaan PJP menyebabkan pelbagai sektor yang terjejas termasuklah industri bidang seni sehingggakan segala aktiviti hiburan mahupu penggambaran terpaksa ditangguhkan.Menurut Mira Filzah yang merupakan pengacara dan pelakon yang masih dalam fasa pengantin baru,bagi Mira Filzah tempoh berkvrung di rumah adalah momen terbaik untuknya dan suami,Wan Emir Astar utuk kenal lebih dalam.

Selepas sahaja berkahwin,Mira sempat berkongsi kemahiran barunya iaitu semakin mahir membuat kek. Mira juga mengatakan dia suka mengemas rumah kerana sebelum ini dia jarang berbuat sedemikian kerana sibuk dengan urusan kerja.

Kata Mira Filzah,“I think I improve a lot in terms of my baking skill. Sebenarnya kemahiran memasak dan membuat kek ni berbeza. kalau masak lauk-pauk, lebih senang sebab hujung-hujung nanti kita masih boleh adjust rasanya.“Tapi kalau baking, kalau dah siap kita rasa tak sedap, ia dah tak boleh diubah. Sekarang Mira suka mengemas. Dulu sebelum kahwin, jarang dapat mengemas sebab jadual kerja yang terlalu padat. Berbeza sekarang, Mira belajar untuk lebih organize,” katanya.

Mira Filzah mengatakan dia sanggup menghabiskan masa sepanjang tempoh PKP dengan memasak, Mira berkata jika sibuk dengan penggambaran dia tidak memasak kerana penat.“Sebenarnya waktu PKP ni, Mira suka memasak mungkin sebab seharian di rumah. Sebelum ni kalau terikat dengan penggambaran, selalunya Mira takkan masak sebab penat. Jadi sekaranglah masanya untuk memasak selalu supaya skil tu tak dilupakan.“Memasak ni kan macam latihan. Practice makes perfect. Kalau kita rajin, insyaAllah pasti Mira akan lebih mahir pada masa depan,” katanya.

Penampakan Baby Bumb Dan Ramai Peminat Syak Mira Filzah Hamil. Ini Jawapan Sekilas Dari Mira Filzah Tentang Hal Tersebut

Siapa sahaja yang tidak mengenali pengacara dan pelakon popular, Mira Filzah yang pernah mengejutkan orang ramai dengan perkahwinannya. Tak dinafikan memiliki keperibadian lemah lembut serta rupa paras yang manis menjadikan Mira Filah anatara pelakon yang digemaari ramai.

Baru baru ini,lain pula kisahnya apabila foto yang dikongsikan Mira di IG telah jadi perhatian ramai khusunya para pengikutnya. Baru sahaja berkongsikan beberpa foto di ig,perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang memuji penampilan pelakon ini. Ternyata gambar yang dikongsi mengundang persoalan daripada para pengikut dan peminatnya.

Mereka mendakwa melihat tubuh badan Mira Filzah sudah semakin berisi berbading sebelum ini. Malah tidak kurang juga ada yang menyentuh mengenai ‘baby bump’ pelakon ini yang dikatakan jelas kelihatan. Walaupun begitu, Mira telah memberi respon terhadap satu komen seakan menafikan perkara tersebut. Tetapi para peminat seakan tidak percaya sebaliknya mendoakan yang terbaik buat Mira Filzah.

Perkongsian Wan Emir Secara Tak Langsung Raih Perhatian Ramai. Suami Kepada Mira Filzah Dedahkan Ibunya Telah Terima Gelaran Datuk

Macam yang kita ketahui , bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 hari ini,mak mertua kepada Mira Filzah iaitu Datin Mastura Yazis menerima Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P>M>W) yang membawa gelaran Datuk.

Datuk Mastura merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu menerima Darjah Kebesaran daripada YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almrhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Dan Berita gembira itu dimaklumkan oleh anak sulung Datuk Mastura yang juga suami kepada kepada Mira Filzah iaitu Wan Emir Astar di akaun Instagram sebentar tadi.Menerusi perkongsian itu, Wan Emir mengucapkan tahniah kepada ibunya. Wan Emir turut mendoakan agar perjuangan dan usaha ibunya sebagai pemimpin dirahmati Allah.

Mira Filzah Dikatakan Gedik Melampau. Sekali Suami Dia Tampil Balas Balik Komen Warganet. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Komen Dari Suami Dia.

Lakonan pelakon Mira Filzah di dalam epsiod pertama The Maid semalam telah mendapat pelbagai reaksi daripada penonton terutama sikap dan aksi mengada-ngada atau gediknya. Menerusi satu entri InstaStory di Instagram salah seorang penonton drama tersebut, aksi manja Mira itu dilihat berlebihan dan lucu.

“Gedik dia tak boleh bawa bincang sey, lain macam!” tulisnya.Menerusi entri itu warganet itu memuat naik foto Mira ketika The Maid sedang ditayangkan di televisyen.Entri tersebut telah dimuat naik semula atau repost oleh suami Mira iaitu Wan Emir Astar ke InstaStory IGnya yang turut akui terpaksa berdepan dengan perangai isterinya sendiri di rumah.

“Ini baru lakonan, realitinya…siapa kene menghadap tiap-tiap hari…(emoji angkat tangan),” tulisnya. Mira turut lakukan repost posting yang sama dengan menambah emoji hati tanda cinta.Semalam, The Maid telah menjadi trending di Twitter dan mendapat respon yang sangat baik dari penonton.

The Maid merupakan siri original Gempak terbaharu yang ditayangkan setiap hari Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).Bagi yang terlepas, drama ini juga boleh distrim menerusi On Demand bagi pilihan yang lebih fleksibel. Setiap episod baru boleh mula ditonton di platform ini pada hari yang sama bermula jam 10 malam.

Manakala, platform Gempak turut menayangkan 5 minit pertama drama bermula 10 malam, dan diikuti dengan video pengakuan eksklusif The Maid hanya di seluruh platform Astro Gempak. Jadi ikuti Gempak sebagai portal rasmi akan membawakan video-video eksklusif menerusi gempak.com.

Karya yang mendapat sentuhan daripada pengarah filem pecah panggung ‘Bikers Kental’, iaitu Helmi Yusof dan terbitan oleh Michael Ang itu akan bersiaran selama setengah jam sebanyak 10 episod. Selain Mira Filzah, The Maid turut dibintangi pelakon hebat seperti Norman Hakim, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Norman Hakim, Ieda Moin, Nadya Shahera, Zarina Zainoordin, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham, dan pelakon baru semakin meningkat naik, Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka memb3nci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Hampir 4 Bulan Kahwin Mira Filzah Buka Mulut Tentang Kehamilah Buat Warganet Teruja. Rupa Rupanya Ini Yang Mira Filzah Dedahkan.

Pelakon popular Mira Filzah memberitahu tidak mempunyai sebarang perancangan untuk hamil selepas hampir empat bulan mendirikan rumah tangga bersama dengan suaminya, Wan Emir Astar. Sebaliknya, Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah tidak menolak andai sekiranya dikurniakan rezeki kehamilan dan cahaya mata awal sejurus berumah tangga.

“Tak ada apa-apa khabar baik pun lagi (hamil). Sejujurnya saya tak merancang pun dan cuma pada ketika ini, apa yang boleh kami katakan, berserah sahaja pada rezeki. “Sekiranya ada rezeki untuk hamil, saya pun tak menolak dan ikut sahaja apa yang sudah tertulis, insya-Allah,” katanya kepada MH.

Imbas kembali, Mira telah mendirikan rumah tangga bersama Emir pada 3 Ogos lalu. Dalam perkembangan lain, Mira telah menerima anugerah Nona Influencer Award di Nona Superwoman Award 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), anjuran majalah Nona, Jumaat lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : MH

Mira Filzah Dedahkan Dirinya Sedang Belajar Nak Kenali Suami Tapi Kena Kritik Dengan Warganet. Terkedu Sampai Macam Ni Sekali Respon Warganet Pada Mira.

Sudah lebih dua bulan melayari bahtera alam rumah tangga, Mira Filzah mengakui banyak perkara yang dirinya perlu peIajari dan perbaiki. Mira berkata dia kini lebih memberi fokus dalam aspek pengurusan masa. Mahu menikmati masa berdua dengan suami, Mira berkata buat masa ini dia hanya terbabit daIam program Nona dan hanya akan memberi tumpuan pada karier lakonan akhir tahun ini.

“Pastinya status bergeIar isteri ini sentiasa membuka ruang untuk saya belajar selok belok rumah tangga dan menguruskannya sebaik mungkin. “Pengurusan masa saya pun lebih teratur dan banyak perkara dapat dibuat sekali gus menjadi pengaIaman berharga.

“Saya sudah makIumkan kepada pengurus untuk tidak mengambil apa-apa tawaran berlakon buat seketika,” katanya. Dalam pada itu, Mira memberitahu dia kini menghabiskan masa bersama suami dan sedang belajar untuk mengenaIi suaminya, Wan Emir Astar dengan lebih mendalam. Kata Mira lagi, dia kini mempunyai banyak masa untuk menguruskan rumah tangga.

“Biar ada tempoh untuk saya betul-betul kenal dan belajar mengenali suami dengan lebih mendaIam. Jadi, sementara ada ruang senggang ini, saya hendak menghabiskan masa bersama suami. Banyak juga urusan saya dan suami hendak berpindah dan membuat dekorasi rumah baharu. “Kami usahakan sedikit demi sedikit. Selain itu, saya juga lebih banyak masa memasak untuk suami. Saya hendak uruskan makan pakainya,” katanya.

Komen Warganet:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Rotikaya

Muat Naik Video Buat Kek Dengan Emir. Sekali Tiba Tiba Ramai Pulak Yang Sekolahkan Mira Filzah. Rupa Rupanya Ini Yang Warganet Perasan Dalam Video Tu.

Mungkin minggu ini minggu yang paling sibuk kepada makcik bawang, yela dengan macam isu nak kena selesaikan. Neelofa baru dirisik oleh PU Riz lagi. Pasti ramai yang rindukan dengan pasangan merpati dua sejoli, Mira Filzah dan Wan Emir bukan? Untuk tidak menghampakan harapan peminat,

Mira sekali lagi menampilkan suaminya Wan Emir Astar dalam video tersebut namun dalam content yang berbeza. Jika video pertama adalah tentang Knowing Each Other Challenge, video kedua pula merakamkan detik-detik manis mereka sebagai suami isteri memb4kar kek bersama-sama.

Rata-rata yang menonton video tersebut memuji keserasian pasangan berkenaan susulan Mira dilihat lebih banyak bercakap berbanding suaminya sekaligus menunjukkan mereka saling melengkapi. Bagaimanapun terdapat juga individu yang memberi komen terhadap masakan tersebut. Berikut komen-komen dari warganet yang sempat admin ‘printscreen’

Sementara itu, ada juga warganet yang menyokong Mira Filzah Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook.

Sumber : EmirAmirah / hotfm

Baru Je Hampir 2 Bulan Nikah Mengejutkan Bila Tiba Tiba Mira Filzah Dedahkan Itu Bukan Yang Sebenarnya Dirancang Berlaku. Rupa Rupanya Ini Tarikh Sepatutnya Mira Filzah Diijabkabulkan.

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai pasangan yang gusar tentang perancangan mereka untuk mendirikan rumahtangga. Ada yang terpaksa membatalkan ataupun menunda ekoran tidak mahu menjadi punca penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh negara ketika ini.

Tetapi lain pula bagi pelakon dan pengacara Mira Filzah yang mempercepatkan majlis pernikahan serta persandingannya bersama dengan jejaka pilihan hati Wan Emir Astar. Menurut Mira menerusi laman Instagram Story miliknya, beliau sepatutnya diijabkabulkan pada hari Rabu, 21 Oktober. Namun, susulan beberapa faktor, mereka terpaksa mempercepatkan majlis tersebut kepada 3 September 2020 selain masih bersyukur dengan ketentuan Ilahi.

“21/10/2020 was actual date of Nikah. And somehow because of this and that, tarikh nikah dipercepatkan pada 3/9/2020. Indeed, Allah is the best of planners,” tulisnya Dalam hantaran yang sama, Mira turut memanjatkan kesyukuran kepada yang Esa selain berkongsi sepotong ayat Al-Quran.

Apa-apa pun, masih belum terlambat untuk slamber media mengucapkan tahniah buat Mira dan semoga perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke syurga.. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HOTFM

Kehidupan Lepas Kahwin Jadi Tumpuan Buat Ramai Yang Tak Senang Duduk. Sampai Ada Yang Sound Setepek Pada Mira Filzah. Sekali Ini Respon Mira Filzah Buat Orang Ramai Terkedu.

Memiliki rupa paras manis dan berbakat besar, Mira Filzah diakui merupakan salah seorang pelakon wanita yang digemari ramai. Selain berlakon, dia juga aktif dalam mengacara program-program di kaca televisyen. Walau bagaimanapun, ada yang tidak berpuas hati apabila kehidupannya selepas berkahwin sering menjadi tumpuan peminat dan media tempatan.

Di Instagram Story, Mira Filzah memuat naik mesej kritikan yang diterimanya daripada seorang individu. Individu tersebut meluahkan rasa kurang senang apabila berita mengenai perkahwinan dan kehidupan selepas berumah tangga artis berkenaan tersebar meluas. Malah, individu ini turut mengkritik mutu lakonan Mira Filzah yang dianggap biasa-biasa sahaja.

Jelas Mira Filzah, apa yang dikongsikannya menerusi ‘Ask Me Questions’ adalah cara dia berhubung dan berkongsi pendapat dengan para peminat. Dia juga tidak pernah ditemu bual berkenaan soalan-soalan tersebut. Tambahnya, dia merasakan tidak adil apabila ada yang menghkm mereka berdasarkan artikel-artikel yang dibaca sedangkan jawapan berkenaan diberi berdasarkan soalan yang ditanya para peminat di ruang peribadinya sendiri.

Ujar Mira Filzah, jika selepas ini ada lagi artikel berkenaannya diambil daripada Instagram Stories, dia menyarankan agar orang ramai tidak mempedulikan berita tersebut. Pelakon ini sendiri tidak pernah minta artikel berkenaan dirinya diterbitkan namun tidak sesekali menyalahkan media kerana itu adalah kerja mereka.

Sumber: Mira Filzah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : OHBULAN

Baru Je Kahwin Mira Filzah Dah Banyak Berubah. Mengejutkan Rupa Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Dia Berubah Bila Lepas Kahwin.

PELAKON dan pengacara Mira Filzah, 27, yang mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar atau Emir, 30, baru-baru ini mengakui secara automatik rajin memasak disebabkan suaminya seorang yang kuat makan.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, dia bukanlah handal memasak, tetapi mahu memikul tanggungjawab menjaga suaminya serta rumah tangga sebaiknya. “Saya secara automatik jadi sangat rajin (selepas kahwin). Rajin ini dan rajin itu. Tanggungjawab diri sendirilah. Saya kena lakukannya kerana ia tanggungjawab saya sekarang untuk menjaga rumah dan suami.

“Selalu masak sebab Emir suka makan. Taklah handal sangat masak, tapi masak itu senang, cari di Google dan YouTube saja, insya- Allah jadi. Selain itu buat panggilan video dengan emak untuk resipi ringkas. “Sebelum ini jarang masak. Sibuk dan duduk rumah sendiri tak berbaloi masak untuk satu orang. Adalah masak sekali-sekala,” katanya.

Pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu turut mengakui dia banyak memanfaatkan masanya meningkatkan kemahiran memasak sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. “Sewaktu PKP, saya kerap memasak. Saya rasa PKP benar-benar membantu saya untuk meningkatkan kemahiran memasak saya,” katanya.

Pada 3 September lalu, Emir dan Mira sah bergelar suami isteri di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, jam 8.58 malam. Pasangan itu dinikahkan bapa Mira, Badioezaman Ab Khalik. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media

Sumber : HM

Mira Filzah Baru Je Habis Honeymoon Dengan Suami. Sekali Mengejutkan Abah Mira Filzah Tampil Bongkarkan Sesuatu Tentang Mira Filzah. Warganet Tergamam Sampai Macam Tu Sekali Abah Mira Filzah Cakap.

Pada 3 September lalu, pelakon Mira Filzah selamat diijabkabul dengan pasangannya, Wan Emir Astar. Walaupun sudah seminggu berumah tangga, rata-ratanya masih menanti perkembangan pasangan kesayangan ramai ini

Di Instagram, Mira Filzah kongsi beberapa keping foto dia dan suami sedang ‘honeymoon’ di Langkawi. Rata-rata teruja melihat pasangan ini dan tak sabar menantikan Mira dan Emir Junior. Abah Mira tegur pasal pakaian.

Sempena hari jadi Abah, Mira Filzah telah berkongsi wassap masej teguran dari Abah mengenai pakaian beliau yang di lihat kurang sopan. Berikut sebahagian masej dan nasihat yang di kongsi bersama peminat. “Jeans tu ketat and ur blouse at ur thigh Kalau baju sampai aras lutut is not that bad. At any event when it will be published on media, try to avoid those outfit.Possibly becoz its shining and enhance the look” tegur Abah Mira Filzah

Sangat menghargai teguran tersebut, Mira meluahkan perasaan sayang tidak terhingga kepada Abah beliau sempena hari jadi 56 tahun “Abah is a very unique man. He don’t talk much. But he has his own ways to express his love and care. Thank you for all the love and care since 2nd April 1993 Abah. I love you so much. You’re irreplaceable. Happy 56th Birthday first love! May Allah protect you always, every second, every minute, every hour of every day. *hugs” tulis Mira Filzah

Tidak pasti pakaian mana yang di tegur oleh Abah Mira, tapi hasil carian ada beberapa gambar Mira yang mengenakan pakaian seluar jeans sebelum ini

Apa-apa pun, Mira telah pun mempunyai suami dan imam yang mampu menegru dan membimbang beli mencari arah syurga.

Berikut sedikit info mengenai suami Mira Filzah

Nama sebenar Wan Emir iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang kini berusia 30 tahun. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki. Emir bekerja sebagai seorang arikitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri. Kalau korang stalk Instagram dia, boleh check out di @wanemirastar. Dia adalah anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

artikal by: http://trendingsangat.pw/

Baru Je Bernikah Mira Filzah Muatnaik Sesuatu Di Laman IG Nya. Tak Sangka Wan Emir Macam Ni. Warganet Tergamam Dengan Apa Yang Dimuat Naik Mira.

Semenjak mendirikan rumah tangga, pelakon, Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar dilihat sering berkongsi momen mereka bersama di media sosial. Terbaru, Mira ada memuat naik beberapa buah video di ruangan IG Story memaparkan dirinya sedang menyediakan masakan untuk makan malam.Pada masa sama, Emir juga dilihat sangat ringan tulang membantu isterinya itu ketika di dapur.

Dalam pada itu, pelakon drama, Biadari Kiriman Tuhan itu meluahkan rasa gembira melihat Emir makan dengan penuh selera. “Yeay habis tulisnya,” tulisnya.Malah, Emir juga turut memuji masakan yang disediakan oleh isteri tercinta itu. “Seriously, deliciously good!” kongsinya.

Menjengah pula di laman Twitter, rata-rata warganet dilihat begitu teruja selain turut memuji pasangan tersebut yang saling bantu membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah. Malah, mereka turut mendoakan semoga pasangan pengantin baru itu kekal bahagia hingga ke jannah.

Sumber: Instagram Mira Filzah & Wan Emir Astar

Kredit:MediaHiburan

Mira Filzah Muatnaik Gambar Pergi Bulan Madu. Tapi Wan Emir Pulak Yang Jadi Buah Mulut Warganet. Rupa Rupanya Ini Yang Warganet Nampak Dalam Gambar Tersebut.

Selamat diijabkabulkan minggu lalu, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar kini sedang menikmati bulan madu mereka di Langkawi. Malah, Mira juga tidak lokek berkongsikan momen romanstis mereka di Instagram untuk tatapan peminat.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah gambar pasangan itu apabila ramai yang terkejut melihat gambar Wan Emir dari dekat apabila kelihatan rambutnya seolah ada helaian berwarna putih. Apa yang tidak sedapnya apabila ada yang mengata rambut suami kepada bintang popular itu sudah beruban dan apabila pasangan itu bergambar bersama seperti anak dan bapa.

Meskipun ramai yang mengata mengenai rambut Wan Emir, namun ada yang mempertahankan dengan mengatakan bahawa rambut beruban adalah perkara biasa.  Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka yang mengutuk sebenarnya dengki kerana Wan Emir berjaya menawan hati Mira Filzah.

Kata warganet lagi, jangan menghina seseorang daripada paras rupa dan usia kerana apa yang paling penting adalah seseorang lelaki itu boleh membimbing dan menjaga Mira Filzah.

Sumber: rotikaya