Lama menyepi tiba tiba Mira Filzah kongsikan pengalaman vaksin di ppv. Ramai yang ucapkan tahniah sebab tak potong barisan.

Artis

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah berkongsi pengalamannya menerima suntikan AstraZeneca pada hri Sabtu lalu. Pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman itu memuat naik sebuah video ketika berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menerusi Instagram miliknya.

Rakam pengalaman ambil vaksin di PPV

Menurut isteri kepada Wan Emir Astar itu, dia baru sempat berkongsi perkembangannya beberapa hari selepas suntikan setelah pulih dari demam. “Alhamdulillah, hari Sabtu lepas Mira selesai ambil dos pertama Vaksin AstraZeneca. Baru hari ni rajin nak post sebab baru baik demam!” ujarnya.

Dalam pada itu, bintang drama The Maid itu turut berkongsi pengalaman sebelum, semasa dan selepas suntikan di PPV bekenaan. “Proses keseluruhan sangat efisien, Mira sampai lebih kurang 11.35 pagi macam tu, habis dekat jam 1 petang juga tapi tak terasa lama sebab kita sentiasa bergerak dari satu kaunter ke kaunter lain,” katanya lagi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Mira kerana tidak memotong barisan untuk mengambil suntikan vaksin seperti sesetengah golongan kayangan lain.

Tak feeling2 kayangan

Terdahulu, Mira pernah meluahkan rasa kecewa kerana ramai rakyat yang degil dan tidak patuh SOP dengan merentas negeri walaupun masih belum divaksin.

Sumber: Instagram Mira Filzah

Wan Emir Kenang Pemergian Bapa Yang Dah 5 Tahun Pergi Menghadap Illahi. Terkejut Bila Wan Emir Dedahkan Ini Tindakan Mira Filzah Untuk Pujuk Dia Tak Bersedih.

Kehilangan bapa tersayang secara mengejut sememangnya satu perkara yang tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila. Hal ini diakui sendiri oleh suami kepada aktres terkenal, Mira Filzah, Wan Emir Astar apabila memuat naik gambar bapanya iaitu Datuk  Wan Mohammad Khair-il Anuar yang pergi menghadap illahi 5 tahun lalu dalam kejadian helikopter trhmpas.

Wan Emir mengakui begitu sedih pada hari ini kerana genap 5 tahun bapanya pergi tinggalkan mereka semua pada 5 Mei 2016. Dia juga memaklumkan tersentuh melihat foto bapanya serta foto dirinya sewaktu kecil ketika baru bangun dari tidur dan meniru gaya arwh.

“Tersentuh hati melihat gambar sewaktu saya kecil, yang baru sahaja bangun daripada tidur, tidak lari reaksi daripada mengikut reaksi Papa sewaktu dia bangun tidur. Seolah-olah jiwa diri ini dari kecil lagi, sudah terikut jejak langkah jiwa yang akan dirindui..” tulis Emir.

“Papa, he’s a loving, wonderful father..” saya berkata kepada @mfmirafilzah isteri tersayang, sambil dia mendakap dan memujuk saya dari terus bersedih. Tak mampu untuk mengelak, mengenangkan kasih dan rindu kepada Papa, lebih-lebih lagi pada malam sebelum 5 Mei. Ketagihan peluk erat Papa, kemanisan senyumannya, kemurnian akhlaknya.

Tersentuh hati melihat gambar sewaktu saya kecil, yang baru sahaja bangun daripada tidur, tidak lari reaksi daripada mengikut reaksi Papa sewaktu dia bangun tidur. Seolah-olah jiwa diri ini dari kecil lagi, sudah terikut jejak langkah jiwa yang akan dirindui..

5 tahun sudah pemergian Papa. Di sebalik senyuman kami sekeluarga, ada rindu dan kesedihan yang tak dapat diubati, kerana kesan kasihnya kepada kami terlalu besar. Syukur diberikan nikmat Islam dan Iman, kerana itulah kami berpegang kepada doa dan amalan sebagai hadiah/pengganti untuk Papa. Dan kami selamanya bersyukur kepada-Nya atas Papa sebagai pinjaman yang sempurna ini kepada kami. Allahumagh firlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu anhu. Jaga dia untuk kami, Ya Rabb. Emir Sayang Papa.. tak terkata.16 Jan 1960 – 5 Mei 2016