Ada cakap nak bagi 50ribu dekat pakcik Hadi. Lepas Yusuf Azmi kali ni gilran Mk K Clique penuhi niat jumpa pakcik Hadi.

Berita


Sejak video seorang usahawan dan juga influencer terkenal didakwa biadap dengan seorang warga emas tular, ramai yang telah tampil menyuarakan rasa geram melihat video tersebut. Paling mencuri tumpuan adalah perkongsian penyanyi terkenal dari kumpulan K-Clique, iaitu MK K-Clique atau nama sebenarnya  Muhammad Hairi Amin bin Hamdan di ruangan IG story tempoh hari.

Pernah cakap nak beri RM50k. Dia yang marah menonton video tersebut telah menulis mahu memberi RM50,000 kepada pakcik tersebut selepas berasa geram apabila mengetahui yang warga emas berkenaan ditawarkan RM50 kerana berani ke depan.

Minta maaf terkasar bahasa. Sedar akan kesilapannya yang terbawa emosi, MK telah memohon maaf selepas itu dan mengakui berasa sesal setelah ditegur dan dinasihati peminatnya mengenai tindakan terburu-buru itu. Dia juga menerima pendapat yang memaklumkan ada cara lain yang lebih baik untuk membantu warga emas itu dari terus marah individu yang didakwa berlaku biadap terharap warga emas tersebut.

Bertemu dengan Pakcik Hadi. Menerusi aplikasi TikToknya, selebriti tersebut telah datang ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur untuk bertemu sendiri dengan pakcik berkenaan yang dikenali sebagai Pakcik Hadi bagi bertanya khabar dan berborak buat seketika.

Walaupun tidak kedengaran perbualan mereka, namun MK sempt menulis di ruangan kapsyen dengan mendoakan agar Pakcik Hadi sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dalam hidup. Kita tak tahu perjalanan hidup pakcik ni

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen di ruangan TikTok penyanyi itu dengan mengakui sebak tiap kali melihat video Pakcik Hadi di media sosial. Mereka juga turut memuji MK yang sudi menyantuni lelaki tersebut dan memberi contoh yang baik kepada masyarakat terutamanya anak muda.

Sumber: TikTok MK K-Clique

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.