Mudah kena tapi mudah sembuh. Ibu ini cerita pengalamannya jaga anak positif covid di hospital dan ini sebab yang ramai tak tahu

Berita

Hari ni 9hb, genap sebulan ibarat mimpi buruk apabila anak sy, Zhafril Adam disahkan #covidfighter. Sekarang baru ada masa dan kekuatan untuk menulis sedikit pengalaman sy tentang pandemic ni.Sewaktu KKM call bagitahu second swab test anak sy Positif , waktu tu rasa nak terduduk, terus menangis. Tak sangka sebab 1st swab kami sama sama Negetive . Masa ni dah 10 hari kuarantin di rumah. Bayangkan dah elok elok nak habis kuarantin, 2nd swab test pulak sangkut. Rasa lembik dunia berprang dengan perasaan. Kenapa bukan sy, kenapa anak yang kena. Macam macam soalan dtg masa tu. Anak yang tak mengerti apa apa, bagaimana nanti dia bersendirian kuarantin di hospital jaga diri makan minum sendiri? Waktu tu macam macam bermain di fikiran. Bngkak mata tak usah cakap time ni. Adam adalah anak yang sejak lahir tak pernah admit sakit apa apa, jadi bayangkan perasaan sy time tu?Merayu dekat KKM agar ibu boleh teman. KKM benarkan dengan syarat ibu harus swab sample semula dan bermula kiraan hari dengan 0 semula. Takpe. Sy buat demi anak.Jam 12.30pm Ambulans sampai, sy mintak mereka off siren supaya taknak jiran jiran takut atau cemas. Sepanjang 1 Jam lebih perjalanan ke Hospital, dalam ambulan sy lemah lembik. Dari pagi tak makan apa. Takde tenaga. Tapi anak sy mcm dah redha. Seolah mengerti dia akan diambik ambulan dan dibawa ke hospital. Seolah mengerti yang virus ni terlalu bahaya. Masa ni semua orang dah tau. Ada yang menyalahkan ada juga yang simpati. Takpe sy paham. Mentality orang kita tak boleh nak halang. Lagi pon covid ni sakit baru. Masih dalam penyelidikan.1.30pm sampai lah kami di Hospital. Terus dibawa ke satu bilik dan di kuarantin. Bermulalah episod ‘kurungan’ kami di suhu yang terlalu sejuk selama 10 hari  Kejap kejap makanan sampai, kejap kejap makanan sampai, makan tidur jela keje nya time ni  Petang tu juga KKM datang rumah buat sanitizer satu rumah.Hari kedua, Adam dah start mengadu sakit tekak. Doctor datang cek darh dan suhu akan pantau semua progresif anak. Macam biasa covid ni takde ubat. 100% bergntung kepada kekuatan sistem imuniti badan. Kalau demam doc akan bagi ubat demam/tahan sakit. Itu sahaja. Anak takde lagi swab sebab dah memang positif, tapi sy diswab untuk kali ketiga takut positif kerana kebolehjangkitan untuk sy kena adalah sangat tinggi sebab jaga anak yang positif.
.
Bila anak dah mula sakit tekak segala remidi dan petua sy buat untuk kuatkan antibodi anak. Rutin setiap pagi sebelum gosok gigi akan sy bagi dia kumur air garam selama 3 minit. Selepas gosok gigi, madu akan sy suapkan. Tengahari waktu makan, sy bagi vitamin C. Malam sebelum tidur, perahan lemon+madu adalah wajib. Semua tips yang sama juga sy buat untuk diri sendiri untuk kuatkan antibodi sy juga untuk melawan virus bahaya ni supaya tidak dijangkiti. Petua orang lama juga perlu diguna pakai sebab covid ni masih belum jumpa penawar hanya pencegahan.Masuk hari ke 4, Anak bagitahu tekak dah tak sakit. Demam tiada, badan masih aktif. Doc bagitahu budak memang mudah kena tapi mudah sembuh juga kerana selepas 10 hari badan akan hasilkan satu antibodi yang baru. Cuma dalam masa 3-8hari tu badan kena strong untuk lawn. Alhamdulillah syukur Adam kuat. Tapi jaga orang positif covid 19 ni sangat sangat particular. Kerana sy tidak dipakaikan pakaian PPE pun, semua tahu kan PPE costing sangat mahal. Dan hanya kakitangan hospital sahaja yg diberi. Jadi risiko sy terdedah kepada virus adalah sangat besar dan tinggi. Maka setiap 10 minit pegang sudu kena basuh tangan, sanitizer tangan. Setiap kali dekat dengan anak sanitized tangan, bagi anak sesuatu sanitized lagi. Masuk toilet sanitized lagi, pegang benda sanitized lagi.. Pegang barang sanitized lagi.. Naseb lerr tak kecut tangan dek sanitized je setiap 10 minit. Jenuhh oii 
.
Swab ke 3, result sy Negetive juga. Alhamdulillah. Masa tu ready for swab ke 4. Masa ni dok pk jangan laa sangkut lagi. Dah tak sanggup nak nak sambung bercuti dalam ni  Almost 20 hari dah waktu tu kuarantin campur dekat rumah lagi. Mana tak tepuu  Dengan sejuk nya level level koreaaa. Suhu 16’c tak boleh adjust, Selimut 4 dok bantai, sweater pakai, mask 24jam, tangan pakai glove. Gigih tau p order kat shoppe tak tahan sejuk punye pasal.. Stokin dah macam berpantang tak pernah bukak. Serik menahan sejuk yang tak tahan maklumlah kita ni org kg  Ambik drah sampai lebam urat, cek jantung, swab lagi semua sy kena ye sebab mereka risau sy positif. Alhamdulillah semuanya OK. Sehari sebelum balik, swab yang terakhir dijalankn. Dengan harapan result kali ni Negetif baru dilepaskan keluar. Cuak betul time ni  Sebab result keluar bergntung result swab test sy.Dan… hari ke 9, Alhamdulillah.. my last result still Negetive. Doctor kata baru laa boleh disharge esoknya.Esok nya disharge dan baru laa KKM akan datang ke rumah untuk cabut gelang pink. Baru laa tamat proses kuarantin dan bebas.Masa tu feeling dapat bebas tu macam terlepas dari tali gntung tau leganyaaa .Benda ni satu benda baru dan pengalaman baru utk sy. Sy post sini tulis sini simpan sini biar jadi kenangan yg sy pernah ada pengalaman tentang covid ni. Biarpun kebolehjangkitan untuk sy kena lagi tu adalah tinggi. Sy seorang yg sangat sangat risaukan covid ni, menjaga sop, tapi Tuhan kasi juga sy untuk rasa melalui anak. Tapi mungkin juga, kalau benda ni tak jadi, tak mungkin sy dpt ilmu pasal covid ni sbb sy bukan ada basic dalam bidang medic. Hanya pengalaman guru sy.

Sy sangka sy tak kuat, kenapa sy diuji begini, tapi ternyata sangkaan Allah tu lagi tepat untuk hambanya. Siang malam berdoa agar anak sembuh dan sy dijauhkan dari virus ini waktu tu. Kekuatan mntal fizikal memang kena sgt sgt kuat time ni. Org sekeliling pun tak perlu nak menyalahkan sebab benda ni terlalu halus. Puas kita berjaga tapi tuhan pilih juga untuk lalui ujian ni siapa kita nak tolak? Sampai skrg sy puas fikir dekat mana anak kena sbb 1st swab Negetive. Sampai sekarang masih tak jumpa jawapan. Tapi Alhamdulillah setiap ujian Allah tu pasti ada hikmahnya.  Redha dan terima. Orang cakap sy kuat, berjuang seorang membesarkan anak. Tapi sejujurnya sy tak kuat pun. Kekuatan sy semua dari pertolongan Allah. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan sy melainkan pertolongan Allah. Semua dari Allah.
Terima Kasih untuk semua barisan fronliners staff KKM, nurse di Jempol & Hospital Rembau. Menjaga kami tanpa sebarang perasaan geli dan jijik. Doktor, nurse layanan sangat baik & ramah. Tengok la mereka layan anak sy dengan baik sampai sanggup duduk mencangkung nak cek anak  Walaupon mereka sendiri penat, panas berlapis lapis sy saksikan mereka memakai pakai baju PPE dan berdepan dengan ‘musuh’ yang tak nampak dek mata kasar tapi layanan tu takde double standard langsung pun. Semoga segala amal ibadah korang dikira sebagai jihad ke jalan Allah s.w.t. Terima kasih juga sahabat, teman teman yang tak putus mendoakan anak sy sembuh waktu tu melalui pm, whatapps, & dm. Hanya Allah yang mampu membalas atas doa kalian. Sumber: Fb Nazra Azza

Segala Andaian Yang Dibuat Orang Ramai Sebenarnya Tidak Betul. Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sebagai Pesakit COVID19 Semasa Dikuarantin Di MAEPS

Untuk pengetahuan, Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Kisah lelaki ini yang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Beriko Rendah (PKRC) mendapat perhatian ramai apabila dia berkongsi pengalamannya sepanjang berada di situ.Menariknya, segala andaian yang dibuat orang ramai sebenarnya tidak betul. Keadaan di pusat tersebut sangat teratur dan tidak sesak seperti mana yang disangkakan.Ikuti kisah perjalanan seorang lelaki yang dikenali sebagai Alfifie Chan berkongsi pengalamannya di tahan di pusat kuarantin selepas disahkan positif Covid-19. Katanya, orang ramai boleh jadikan ceritanya ini sebagai satu aura yang positif untuk mengetahui situasi yang sebenar.

Apa perasaan bila saya tau saya positive? Saya rasa apa yang saya rasa sama dengan orang lain; rasa bersalah dan concern pasal orang lain. Those yang rapat. Takut diorang infected.Ini merupakan soal jawab yang ditanya di Instagram mengenai pengalaman dikuarantin di MAEPS, Serdang pada 7 Januari lalu. Tujuan thread ini untuk menyebarkan positif kepada orang ramai dan menunjukkan perkara yang sebenar.The condition inside the centre. Menakutkan ke? Tak pun. Selesa and bersih. Tengok la sendiri. Yang gntung-gntung kain putih kat katil tu sebab lampu on 24 jam. So silau. Haha.Basic necessity; Toilet. Ada 6 toilets in total dalam hall ni. Setiap toilet ada around 4-6 cubicles. So far tak pernah lagi beratur or tunggu untuk masuk.Condition inside one of the toilet cubicles. Clean and well maintained. Selesa nak buat business and mandi. Jangan la expect cam tandas kat hotel.

“We help each other. Because we are in this together.”How they served the food? Food will be sent to each bed. We help each other. Because we are in this together. Ramai yang tolong petugas untuk agihkan makanan.Kenapa katil kat MAEPS rapat-rapat? Boleh ke share facilities yang sama?Haaa. Saya jelaskan based on apa yang diorang bagitau. Kalau ada doktor atau yang lebih arif nak add on, silakan. Harap korang faham.Duk sekali dengan foreigner ke? Kenapa diorang asingkan foreigner dengan local? Haaa. Ini based on pemahaman saya kenapa perlu diasingkan.Nurse yang buat announcement ni sangat sempoi dan suntik sedikit keceriaan dalam dewan. Lawak giler. Syima patut dinaikkan pangkat!Panas ke dalam dewan tu? Sejuk sampai boleh beku. Hahaha. Selesa serious.Kipas ke aircond? Tak seperti yang orang gambarkan. Kat sini pakai aircond on 24 jam. Sejuk and selesa. Sakai jap tengok aircond dia ni. HahaBila orang baru admitted, pintu ni akan dibuka dan sound effect mantap. Macam dalam movie. Saya panggil ni pintu Maze Runner. Sorakan tu untuk bagi semangat pada yang baru masuk supaya diorang tak rasa takut. What a spirit in here.Nak charge phone camne? Ada guys charging station all around this hall. So far takde kes lagi and I hope memang takde la. Alhamdulillah.Ingatlah bahawa pesakit positif Covid-19 bukan penjnyh untuk orang pulaukan mereka kerana sakit ini datang dalam keadaan tidak dijangka. Moga pesakit-pesakit ini diberikan kesihatan yang baik dan doakan Malaysia bebas Covid-19 suatu hari nanti.

16 Sekeluarga Termasuk Seorang Kanak Kanak Berusia 2 Tahun Di Johor Disahkn Positif COVID19. KKM Tampil Jelaskan Berkenaan Isu Ini

Sehari selepas pemergian warga emas, salah seorang saudara perempuannya didapati positif Covid-19, kata sumber itu. 16 sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Labis, Segamat, Johor disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri perjumpaan di Lembah Klang.Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua mereka tinggal di sebuah rumah yang sama di Labis, dan telah mengunjungi ahli keluarga lain di zon merah di Kuala Lumpur dan Selangor antara 17 dan 25 Disember.Difahamkan, perjumpaan keluarga itu turut dihadiri seorang warga emas berusia 60 tahun yang pergi buat selamanya akibat wabak itu pada 3 Januari.Individu yang sudah tiada menghidap sakit diabetes dan tekanan drah tinggi, mula menunjukkan simptom selepas kembali ke Segamat.16 sekeluarga itu turut pulang ke Segamat pada hujung Disember untuk melawat wanita itu.Dia dihantar ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan sebelum meninggal dunia.Sehari selepas pemergian warga emas, salah seorang saudara perempuannya didapati positif Covid-19, kata sumber itu.”Pengesanan kontak dan tindakan susulan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan mendapati bahawa 16 anggota keluarga warga emas itu menghidap Covid-19.”Mereka dikuarantin sementara ada yang ditahan di hospital untuk rawatan yang diperlukan,” katanya. – The Star.

Pengantin Perempuan Disahkan Positif COVID19. Pasangan Ini Sanggup Sarung PPE Dan Teruskan Perkahwinan Di Pusat Rawatan

Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.

Wanita Ini Sanggup Botakkan Kepala Semata Nak Taja Majlis Perkahwinan. Lebih Menarik Sekali Ini Yang Kawan Dia Buat Lepas Kantoi Dan Siap Ada Yang Nak Derma Wang Sebab Lakonan Menjadi

Toni Standen (kanan) turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.LAIN manusia lain ragamnya.Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia mempunyai sakit teruk atau knser terminal.Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.Perbuatan itu berjaya membohongi rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi.Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu pembohongannya.Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula.Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. – Daily Star.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.