Mula mula hanya buat benda terkutuk dlm kereta sewa sampai lah satu hari berani untuk check in hotel sama sama. Sehingga lah satu hari ini yang terjadi pada gadis ini.

Kisah Rumah Tangga

Salam admin. Saya nak berkongsi cerita utk followers page ni untuk dijadikan teladan dan pengajaran. Confession ini agak panjang namun saya harap sudilah admin approve confession saya ini. Saya mengenali H pada pertengahan tahun 1999, di mana kami adalah classmate di satu kolej. H muda dari saya 2 tahun, kerana dia lepas SPM terus masuk ke kolej tersebut, tapi saya masuk awal setahun sebab sebelum tu saya ambil sijil sebelum melanjutkan diploma.

Persahabatan kami macam biasa, kadang2 buat group assignment sama2. Kebetulan masa tu saya sudah ada BF yg sudah 4 tahun bersama (kami couple since form 3). Sikap H agak ann0ying (pada pandangan mata saya dan classmate lain). Maybe sebab dia ada rupa dan anak cikgu (pada zaman tu anak cikgu adalah anak orang berada). Dijadikan cerita, kami agak rapat pada penghujung Semester 1. Saya agak senang bekerjasama dgn H bila berbual dan menyiapkan assignment bersama2. Selepas habis exam, kami dan rakan2 sekelas buat BBQ tepi pantai berhampiran kolej. Dari situ kami mulai mesra dan banyak ambil gambar bersama2.

Bila tiba cuti semester, saya mula rasa sesuatu. Adakah saya mula merindui dia? Kebetulan waktu itu hubungan saya dgn BF saya agak goyah kerana saya mula dapat menghidu hubungan menduakan dia melalui email2 dan surat yg tidak berbalas. Masuk Semester 2, persahabatan saya dan H semakin rapat. Dan sekali lagi masih bekerjasama dalam group assignment. Pagi2 breakfast sama2 sebelum masuk kelas, tengahari atau petang akan lepak di gerai dalam kampus sambil berborak. Malah kami join badan beruniform yg sama, join perkhemahan bersama2, keluar ke bandar bersama2 tapi tak pernah berdua, ramai2 dgn kawan2.

Manakala perhubungan saya dan BF berakhir dan semestinya saya bersedih, kerana saya cuba mempertahankan hubungan yang masuk tahun ke 5 tapi tiada kesungguhan dari pihak sana. H mengetahui perpisahan kami, dan cuba menceriakan saya dgn jenaka2 sewaktu kami keluar utk buat group assignment. Dia ada menyatakan, “Tak usah bersedih, kalau dia tak menghargai awak, ada orang lain yg menghargai awak..”

Dari hari tersebut, saya menyedari H memandang saya dgn pandangan yg ‘lain’. Cara dia berbual dgn saya, kata ganti nama bertukar. Jika awal2 dulu dia memanggil saya dgn panggilan “kak” kerana jarak umur kami, tapi kini dia memanggil saya dgn nama sahaja. Kemudian kami cuti pertengahan semester selama seminggu. H menghantar saya balik di stesyen bas di bandar. Dan berjanji akan menunggu saya di situ selepas cuti berakhir.

Hampir tiap2 malam H menghubungi saya melalui telefon. Pada waktu itu, kami tiada handfon. Hanya telefon rumah yang jadi penghubung. Macam2 yg kami borakkan, berjam2. Saya sedar saya mula merindui H. Saya mula perasan sikapnya tak ann0ying macam dulu. Ada kelembutan dalam berbicara. Dia pandai membuai hati saya dgn kata2 dan sikapnya yg agak romantis, walaupun pada waktu itu kami masih lagi berkawan.

Seperti yg dijanjikan, dia menunggu saya di stesyen bas. Tak dapat saya gambarkan, betapa rindunya saya pada dia walaupun hanya seminggu terpisah. Kami pulang ke kolej bersama2. Oh ye, untuk pengetahuan, kami duduk di hostel yang sama. Blok kami berhadapan, hanya terpisah dengan dewan makan di tengah2. Bilik H tak menghadap blok saya. Tapi dia selalu lepak di bilik kawannya yg berhadapan bilik saya. Kadang2 dia menjerit memanggil nama saya dengan harapan saya keluar ke balkoni bilik. Malam2 dia akan lepak menyanyi sambil kawan main gitar. Kadang2 dia jerit nama saya dari bawah. Rupanya dia keluar dan belikan makanan untuk saya, dan suruh saya turun ambil kat koridor bawah.

Banyak lagi ‘sweet things’ yang dia lakukan untuk tarik perhatian saya. Dalam kelas, kadang2 saya rasa diperhatikan. Bila saya toleh, dia sedang merenung saya dgn pandangan yg romantis. Tak keruan hati ini dibuatnya. Kadang2 dia menyelitkan nota dalam buku saya, yang membuatkan saya tersenyum sendiri. Saya akui hati saya dah jatuh padanya, tapi saya cuba menafikan kerana saya masih luka dgn perpisahan bersama ex BF saya. Sehinggalah pada suatu malam, sewaktu itu saya balik rumah pada weekend. Sewaktu itu bulan puasa. H menelefon saya dan meluahkan perasaannya pada saya. Dia nak kami ke hubungan yg lebih dari kawan. Dia berjanji akan membahagiakan saya dan menyayangi saya sepenuh hati.

Dia juga akan berusaha untuk memastikan hubungan kami hingga ke jinjang pelamin. Sudah tentulah saya gembira dengan pengakuan dia. Meskipun saya hanya biasa2, tua 2 tahun dari dia, tapi dia tetap memilih saya meskipun ramai lagi classmate kami atau gadis2 dari course lain yang lebih cantik dari saya. Mulai dari detik itu, rasmilah kami sebagai pasangan kekasih. Hubungan kami dapat dihidu oleh classmate dan juga lecturers. Sebab kami tak ramai, dalam 25 orang sahaja dalam kelas. Dan kami agak rapat juga dgn lecturers. Ada kawan2 yg menyenangi hubungan kami, malah ada juga yg tidak, sebab sikap H yg bagi mereka agak ann0ying. Bagi mereka yg tak rapat dan jarang berborak dgn H, mereka akan merasakan H memang agak ann0ying.

Tapi bagi kami yg selalu bersama2 dgn H, dia sebenarnya agak easy going dan kelakar juga orangnya. H juga mula memperkenalkan saya kepada ahli keluarganya. Dia membawa saya ke rumahnya untuk bertemu ibu dan bapanya. Adik2nya excited dengan kehadiran saya, kerana H ramai adik beradik lelaki. Bila hadir seorang “kakak”, mereka amat gembira. Tapi tidak pada ibu dan bapa H. Saya perasan riak tidak senang pada air muka ibu dan bapa H. Mungkin sebab kami masih terlalu muda waktu itu (H 19 tahun saya 21tahun). Dan saya tahu kekurangan diri saya, dimana saya tak cantik dan berkulit agak gelap (kerana saya banyak join aktiviti luar sejak sekolah dan kulit mudah sunburn).

Memang tipikal untuk seseorang ‘bakal ibu mertua’ yang menginginkan bakal menantu yang cantik dan berkulit cerah untuk dipadankan dengan anaknya yang ada rupa. Tapi saya cuba memaniskan muka bila berhadapan dengan ibu bapa H. Ibunya pernah bertanya, kenapa H tidak memilih gadis lain yg lebih cantik? H tahu ibu bapanya tidak menyenangi perhubungan kami, namun dia tetap mempertahankan saya. Bila dah bercinta, walaupun hari2 jumpa dalam kelas, kami tetap meluangkan masa berdating di luar. Faham2lah bila bergelar students, dengan duit yg tak berapa nak ada, kami berdating dgn cara students. Kadang2 kami menyewa kereta pergi jalan2 tepi pantai.

Satu petang, kami ke pantai dengan 2 orang rakan kami yang juga merupakan pasangan kekasih. Kira double date la tu. Kami bergambar bersama2. Bila kawan saya bergambar dengan kekasihnya, mereka berpelukan. Trpengaruh dengan perlakuan kawan kami, entah kenapa saya merelakan H memeluk saya dari belakang sewaktu kami bergambar bersama2.

Sy4itan telah mula memainkan peranannya. Berdebarnya hati saya kerana itulah pertama kali saya dipeluk oleh seorang lelaki yg bukan mahram. Di dalam kereta, H duduk bersama2 saya di seat belakang. Sekali lagi, sy4itan menghasut kami agar lebih ‘daring’. H mula mencium pipi saya. Berdebar dan menggigilnya saya, tapi saya tak menolak kerana sewaktu itu hanyalah rasa cinta yang menguasai diri. Saya hnyut dalam pelukan dan ciuman H. Dari pipi ke seluruh muka, hinggalah bibir kami bertemu dan itulah ciuman pertama yg sangat manis dan mengasy1kkan. Saya akui saya agak naif, membenarkan H bertindak melebihi batasan. Tapi bila cinta mengatasi segalanya, dan nafsu sebagai anak muda melonjak2 ingin disayangi dan dibelai, perbuatan kami mula melebihi sempadan yg sepatutnya.

Kami mula menyewa kereta, keluar malam 2 couple. Bila rakan saya dan kekasihnya di depan, saya dan H memadu kasih di seat belakang. Sepanjang malam kami berpusing2 dari bandar ke pantai, dari pantai ke kawasan kampung. Kadang2 lajak ke daerah sebelah. Asalkan kami boleh bergilir2 memadu kasih. Dari ciuman dan pelukan, H sudah mulai berani menyentuh tempat yang tak sepatutnya disentuh. Saya juga tidak menghalang, malah merelakan. Loveb1tes merata2 di tubuh saya. Hanya leher saya tak bagi, sebab takut roomate atau family saya nampak. Jahat kan saya? Pada Allah Yang Maha Melihat tak takut pula?

Dari kereta, kami beralih ke fasa yang lebih advance. Kami sudah mula berani check in hotel. Mulanya beramai2. Dari 2 couple menjadi 3 couple. Kami check in 3 bilik. 1 bilik utk couple yg first, 1 bilik saya dan kawan saya dan 1 bilik lagi H dan kekasih kawan saya. Kami masih belum berani untuk check in bilik yang sama. Ye, silapnya disini. Dimana jika anda tersalah pilih kawan. Berkawan pula dengan mereka yg ‘advance dan berani’. Kita pun dari senaif2 orang jadi berani mengikut perkara yg salah. Terpngaruh untuk mencuba bila lihat kawan2 lain berani melakukan perkara yang bukan2 meskipun tahu benda tu salah. Tapi itulah bila nafsu beraja di hati. Segalanya sudah di luar akal fikiran yang waras.

Sewaktu check in, kami bertukar bilik pada tengah malam. H cuba untuk menyetubuhi saya, tapi tak berjaya. Mungkin kerana saya terlalu takut hingga tak dapat memberikan kerjasama. Meskipun tidak ada seurat benang di tubuh kami tapi dara saya masih belum dapat dib0losi oleh H. 2-3 kali kami check in, dimana saya dan H sudah mula berani check in tanpa rakan2 yg lain. Namun begitu juga hasilnya, masih lagi terjaga dara saya. Saya tahu H amat menginginkan saya, seperti mana saya juga menginginkan dia. Dosa pahala kami tolak ke tepi. Dalam jiwa saya hanya H seorang.

Satu malam, kami keluar beramai2. Tak silap saya dalam 5 orang. Hanya saya dan H sahaja yg couple. Yg lain adalah rakan2 kami. Kami menghabiskan masa di pusat karaoke dgn menempah 1 bilik. Faham2 lah bilik karaoke gelap. Masa kawan2 menyanyi, H lebih senang memeluk saya dan mencium2 saya tanpa rasa malu di hadapan kawan2 kami. Gelora nafsu membuak2 tapi kami tahankan saja. Selepas pulang dari pusat karaoke, kami check in di sebuah hotel berhampiran kerana jam sudah 1 pagi. Kami check in 1 bilik utk girls (3orang), dan 1 bilik utk boys (2orang). Sewaktu saya mahu tidur, tiba2 pintu bilik diketuk. Kawan kami mengatakan dia mahu lepak di bilik kami, dan menyuruh saya ke bilik mereka kerana H menunggu saya.

Saya pun melangkah ke bilik H dengan debaran di dada. Sebab saya tahu apa yang kami sama2 inginkan. Setibanya di bilik, bermulalah adegan2 dua manusia yang dikuasai hasutan sy4itan, dimana malam itu berakhirlah perjuangan saya mempertahankan dara saya. Bukan tiada penyesalan, bukan tak tahu bahawa ziina itu sebesar2 dosa. Bukan tak terbayang wajah ibu bapa tapi nafsu dan cinta mengatasi segalanya. Benda ‘sedap’, sekali tak cukup. Perlakuan hiina kami berulang hampir setiap minggu. Malah kami pernah check in 1 malam, melmpiaskan nafsu sepuasnya dan esok balik ke rumah masing2. Bila pandang wajah ibu dan bapa, saya rasa amat berdosa tapi bila bersama H, segalanya entah ke mana.

Hampir 3 bulan aktiviti kami berterusan. Ada saja kesempatan, kami mencari peluang melepaskan rindu dan keg3rsangan. Tapi Allah takkan membiarkan hambaNya terus dalam dosa. Satu malam, saya dipanggil oleh warden, mengatakan pihak atasan kolej hendak berjumpa. Saya dibawa ke pejabat pihak atasan dalam debaran mengg1la.Setibanya di pejabat, saya tengok H ada disitu, bersama2 beberapa pegawai kolej. Saya tak tahulah H sudah lama atau baru saja sampai. Tapi H memberikan saya satu pandangan bahawa kami sudah kantoi. Kami tak dibenarkan bercakap malah kami disoal-siasat dalam sesi yang berasingan.

Saya tak tahulah bagaimana aktiviti kami bocor ke pihak atasan. Saya dipaksa menceritakan apa yg berlaku antara saya dan H, dan siapa lagi partner in cr1me yg terlibat. Tak berhenti2 pegawai kolej beristighfar bila saya menyatakan kami sudah beberapa kali berziina. Seorang pegawai menyalin semua pengakuan saya di atas kertas. Dari jam 9 malam, sesi soal siasat berakhir jam 12 tengah malam. Tak dapat saya gambarkan perasaan saya ketika itu, takut, cuak, menyesal. Semua ada. Bila saya selesai memberikan keterangan, saya lihat H dah tak ada dalam pejabat itu. Mungkin dia sudah dilepaskan balik ke hostel.

Malam itu, saya tak dapat melelapkan mata. Perasaan saya bercampur-baur. Pihak atasan mengatakan akan memanggil ibu bapa kami dan kemungkinan besar kami akan dibuang kolej. Esoknya, saya bertemu H dan dia menceritakan bagaimana dia dipanggil seawal jam 6 petang. H memberitahu, ada informer dari hotel yang kami check in memberitahu pihak kolej tentang aktiviti kami. H disoal secara keras, berbanding saya yg disoal secara psikologi hingga menyebabkan saya berterus terang tentang semuanya. H cakap, dia cuba menafikan, tapi telah diberi amar4n oleh pihak kolej. Bila melihat saya dibawa ke pejabat malam itu, H tahu rahsia kami akan terbongkar sebab dia tahu saya jenis tak pandai berbohong, lebih2 lagi bila saya di psiiko oleh pihak atasan.

Rupanya H di tahan hingga jam 2 pagi, setelah pegawai kolej mengambil keterangan saya dan memaksa H mengaku apa yg telah lakukan selama ini. Patutla saya lihat H tiada, rupanya sesi dia belum berakhir. Kami buntu. H cakap, apa yg terjadi, kita hadapi sama2. Tentang cinta dia pada saya, tetap utuh dan dia akan pertahankan walau apapun keputusan pihak kolej. H mencadangkan agar kami bernikah, kerana dia ingin bertanggungjawab ke atas saya. Dia takkan membuang saya begitu sahaja. Dia akan memberitahu ibu bapanya untuk menghalalkan hubungan kami.

Dia juga mahu saya memberitahu ibu bapa saya keputusan kami untuk bernikah. Berita kami sudah mula tersebar, tapi kami hanya mendiamkan diri. Macam2 versi, ada yang mengatakan kami ditngkap khlwat. Terasa malu kerana seperti semua mata memandang kami dengan pandangan penuh kehiinaan. Beberapa hari selepas dipanggil pihak atasan kolej, ibu bapa saya datang. Ibu bapa H juga datang tapi dalam sesi yang berlainan. Keruhnya wajah ibu bila membaca pengakuan yg saya catatkan. Saya tak tahu nak letak muka dekat mana. Maafkan saya cerita terhenti buat setakat ini kerana dah agak panjang saya menulis. Jika ingin sambungan saya akan cerita selanjutnya nanti. Salam.

Baru Kahwin Dua Bulan Dah Disahkan Mengandung Dua Bulan. Lepas Isteri Bersalin Terkejut Tengok Ank Rambut Kerinting Dan Berkulit Gelap. Tak Sama Macam Ayah Dan Mak Dia. Akhirnya Terbongkar Segala Perbuatan Isteri Selama Ni.

Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia, mohon admin hidekan profil aku, aku bernikah tahun lepas, isteri aku seorang perempuan yang cantik, lemah lembut, reti masak, pandai jaga makan minum aku, hormat mak ayah aku, pandai mengaji, pandai solat, serba serbi pandai.

Selepas 2 bulan nikah, isteri aku disahkan hamil 2 bulan ada ke patut? Bila malam pertama je aku dah tahu memang dia pernah disentuh, bila aku tanya kenapa boleh jadi macam ni? Pertama dia tak mengaku, aku paksa dia mengaku akhirnya dia pun mengaku. Dia cakap masa aku pergi ke umrah dia pernah terlnjur dengan seorang lelaki yang dia kenal di media social dan masa tu kami sudah pun bertunang.

Dan aku tanya berapa kali? Dia cakap dah banyak kali sampaikan tak terkira. Dan masa aku dah balik dari umrah pun dia masih berhubung dengan lelaki itu. Allahuakbar. Sejak malam tu aku dah mula berubah, aku tak boleh terima dia buat macam ni kat aku, aku tak pernah sentuh mana mana perempuan, tapi kenapa ini yang aku dapat.

Sejak malam pertama kami bernikah tu, aku jadi benci tengok dia, walau dia cuba ambil hati aku, tapi hati aku dah hncur berkeping keping. Aku selalu bayangkan bila bersama dia, macam tu lah dia bersama orang lain. Jangan salahkan aku sebab dia lah aku jadi macam ni.

Aku tak sangka perempuan sebaik dan sesolehah dia rupa rupanya sudah rosak. Jangan salahkan aku kalau aku berfikir seperti ini sebab masa aku nikah, isteri aku sudah bukan perawn. Selepas kami nikah, adalah aku sentuh dia dalam 3 kali je, tu pun selepas dia buat pengakuan memang aku rasa jiijik nak sentuh dia. Dah 3 kali sentuh je takkan dah hamil? 2 bulan nikah, 2 bulan juga dia hamil? Tak masuk akal kan?

Jangan jangan masa nikah dengan aku dia memang dah hamilkan anak orang lain. Aku ada tanya dia, kenapa hamil terlalu awal? Orang lain ke hamilkan dia? Dia menangis kata kata tu anak aku, katanya dia nak berpisah lepas lahirkan anak, sebab aku tak hargai dia.

Aku tak hargai dia? Kalau dia hargai aku, dia tak akan layan lelaki lain di saat kami sudah pun bertunang. Kenapa min? Aku jaga dia sebaik mungkin. Aku tak pernah buat benda jahat, aku hormat dia, aku nak jaga kesucian dia, tapi ini yang dia balas kat aku. Aku sedih campur kecewa.

Nak berpisah dia tu tak mungkin sebab aku nak dia jadi pasangan aku sampai bila bila sebab hanya dia seorang sahaja wanita yang aku cinta. Tapi kenapa dia buat semua ni? Ya Allah Walaupun dia buat semua ni min, aku masih layan dia baik, nafkah zahir dia memang aku bagi, cuma nafkah batin je aku tak bagi sebab bila bersama dia, aku terbayang bayang dia akan bersama orang lain. Aku jadi trauma.

Bukan aku tak pernah nak sentuh dia. Tapi bila nak sentuh, aku teringat benda tu. Bukan senang aku nak dapatkan dia, ayah dia tak berapa nak suka aku, yelah aku kerja biasa biasa je. Walaupun kerja gov gred aku renda takat spm je. Sedangkan mereka semua keluarga terhormat. Mak ayah dia dah balik haji berkali kali. Isteri aku khatam al quran berkali kali. Mereka dari keluarga yang hebat. Kaya raya dan terhormat.

Sedangkan aku. Hanya lelaki kampung yang datang ke kota hanya untuk mencari rezeki. Aku tahu aku salah sebab buat dia begini. Tapi aku cuba lupakan semua ini. Lagi lagi bila dia mula sarat dan nak bersalin. Rasa sayang aku pada dia mula nak kembali. Aku nak cuba lupakan kisah silam dia.

Yang jadi masalah min, lepas isteri aku melahirkan anak, anak tu kulit gelap, rambut keriting dan rupa anak tu tak sama macam aku. Lagi lagi aku ni berkulit cerah isteri aku pun sama, rambut kami lurus tapi anak itu kulit gelap rambut dia keriting.

Aku cuba bersangka baik, aku cuba sayang anak tu dan anak tu pun manja dengan aku. Panggil aku daddy, sayang aku, jadi penghibur dan pengerat kasih sayang kami. Tapi aku masih rasa tak selesa. Lagi lagi bapak mertua selalu siindir siindir kenapa rupa anak tu lain? Katanya pak mertua mesti keturunan saya rupa macam tu sampai cucu dia lahir jadi macam tu. Allahu aku terpaksa telan hinaan itu.

Isteriku pun sekarang sudah tidak bekerja. Sebab aku nak dia duduk rumah jaga anak. Nafkah dia pun aku tunaikan. Aku dah mula mula nak sentuh dia cuma aku masih curiga dengan anak itu, anak perempuan yang dibinti nama aku.

Perlu ke aku senyap senyap buat test DNA? Kalau terbukti anak aku. In sha Allah aku terima kalau sebaliknya? Ada kah aku boleh jadi wali anak itu, macam mana dengan surat lahirnya yang di bin nama aku? Aku buntu. Aku taknak berpisah tapi aku tak tahu nak buat apa. Aku masih sayangkan dia. Cuma aku rasa tak selesa macam ni. Keluarga aku semua tak tahu pasal ni. Mak ayah aku sayangkan anak tu. Tolong aku…

Reaksi warganet

Khairul Hamdi – Buat lah.. Bayangkan berapa Tahun nak HIDUP dalam tanda tanya. Sebab awak sendiri yang tahu, yang rasa. Berkenaan pasangan sendiri.. Wallahua’lam ( Moga Allah ampunkan d0sa perbuatan terkvtuk isteri) aminn  Tuan seorang pemaaf, moga syurga buat tuan Aminn 

Mashitah Mashi – Anak saya yang no2 berkulit gelap. Yang sulong putih melepak. Yang no 3 pun tak segelap yang no2. Anak anak saya ketiga tiga muka tak seiras. Cuma yang samakan mereka cuma tanda lahir… Saya dan husben kulit tak gelap pun. Ok dekat sini boleh nampak tak. Warna kulit tu tak semestinya ikut mak ayah… Memang susah nak terima sebab dalam tempoh bertunang dia boleh buat perangai macamtu. Ini awak tak lunaskn nafkah batin dia. Tak takut ka kalau dia cari orang lain secara diam2? Fikir sebaik mngkin…

Nur Ain Rahim – Ye, nak yang terbaik buatlah DNA test. Lepas tu senang nak cerita soal harta keturunan dsb. Disebabkan awak lelaki yang baik, mungkin itulah ujian untuk awak. Sabar, ujian Tuhan takkan sama. Jika isteri nak berubah dan insaf terimalah dia dan jangan sia siakan. Siapa kita untuk menepis semua ujian Tuhan, jadi berusahalah baiki rumahtangga sebaiknya. Walaupun mungkin suatu masa keputusan dna menyatakan anak itu bukan anak awak sekalipun, layan dia dengan baik. Dia tak salah dalam hal ni.

Mohd Firdaus Makhtar – Yang terbaik adalah dna test. Ianya menjawab teka teki selama ini. Makin lambat buat, makin terabai nanti tanggungjawab atau kasih sayang yang sepatutnya awak bagi. Tidak adil bagi mereka. Jika sebaliknya, awak telah teran1aya dan TIDAK ADIL bagi awak juga.. Rujuklah kepada pakar. Yang salah tetap salah, mohon kuatkan iman untuk hadapi semua ini. Kepada Jabatan Warganet, jika didapati bersalah, hendaklah semua pihak ambil teladan dan pengajaran dari kisah ini… We cannot always be nice all the time and back up benda yg x betul..

Enk Wonderland – Bias betol commentar kat cni. Kalau laki buat benda terkutvk time bertunang, suruh si isteri maafkan sebab si Suami dah Insaf. Tapi kalau si isteri yang buat benda terkutvk komen kritik si isteri tu. Patutnya kena adil la.. Siapa yang buat benda terkvtuk tu dan kh1anat pasangan kena kritik la tak kira perempuan mahu pun lelaki. Kpd tt, check je dna. Xsalah pon. Yang penting kalau dah decide nak teruskan perkahwinan, kalau boleh jangan mengungkit isu ni. Sebab tt dah decide untuk terima kekurangan si isteri.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Sungguh tabah si suami. Moga segala urusannya dipermudahkan. Apa pula kata anda.