Teruk kena kritik dengan warganet sebab pakaian menjolok mata, Nadia Brian tampil bersuara

Pelakon dan usahawan cantik, Nadia Brian tidak melatah dengan pandangan segelintir pihak menyifatkan dirinya semakin menjolok mata selepas berpisah. Malah, Nadia, 32, berlapang dada dengan komen negatif yang dilemparkan terhadapnya namun pada masa sama berharap agar netizen mendoakan yang baik-baik berbanding menulis komen negatif. “Terima kasih kepada yang mendoakan, sudah tentu saya mahu menjadi lebih baik.

“Soal menjolok mata, ini diri saya dan sudah pasti saya nak berubah ke arah lebih baik. Apapun, doakan yang terbaik, saya tak ada niat jahat, tidak sakitkan hati sesiapa. Sebagai manusia, kita doakan baik-baik berbanding kutuk-mengutuk,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik M Store Lab di Lalaport, Kuala Lumpur pada Selasa. Susulan daripada imej terkininya, Nadia akui ada mendapat kiriman mesej dan komen-komen berbaur gangguan tak elok daripada warganet.

“Saya ada tengok beberapa selebriti yang bertindak ke atas warganet yang celupar dan saya puji ia satu tindakan yang bagus. Selagi tidak melampau, kita okey sajalah. “Tapi masih ada juga komen yang melampau di media sosial saya, ada yang celupar tapi selalunya ia milik akaun palsu. “Alhamdulillah kontroversi lama orang sudah semakin lupakan tapi kebanyakan warganet yang celupar itu menjurus ke arah gangguan tak elok.

“Zaman sekarang, ramai artis dan selebriti mendapat gangguan tak elok, bukan sahaja perempuan tapi juga lelaki. Cumanya bagi saya malas nak ambil peduli,” tambahnya yang bakal muncul dengan drama bersiri Barista Misi Terpaling Sulit bergandingan bersama Sherry Alhadad dan Kamal Adli. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.