Naik Bumblebee edar laptop kepada penduduk. Syed Saddiq raih perhatian wargamaya selepas dia edarkan 50 laptopkepada pelajar sekitar Muar

Berita

Baru baru ini, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meraih perhatian wargamaya apabila menaiki motosikal jenis skuter bagi mengedarkan sejumlah komputer riba pada penduduk kampung.Menerusi laman sosial Instagram, Saddiq berkongsi foto menaiki motosikal miliknya sendiri yang diberi nama ‘Bumblebee’ untuk tatapan umum.

“Sampai lagi Laptop untuk orang Muar. Saya naik motor saya “Bumblebee” untuk sampaikan laptop dari kampung ke kampung. Let’s do this!” tulis Saddiq sebagai kapsyen.Pada hujung Disember tahun lalu, Saddiq menerusi #BotakChallenge melancarkan kempen mengutip sumbangan membeli 100 buah komputer riba berjumlah RM200,000.Hasil daripada kempen itu, 50 laptop yang berharga RM1,500 setiap satu telah diedarkan oleh beliau sendiri kepada pelajar-pelajar di sekitar Muar yang memerlukan komputer riba.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian kepada bekas Menteri Belia & Sukan itu kerana terus berjuang untuk penduduk kampung.Malah, ada yang turut berpendapat warga Muar cukup bertuah dan beruntung memiliki seorang wakil rakyat yang cergas, rajin dan prihatin.

Terbaik YB. Demi pemuda negara kita,” puji seorang wargamaya.“Mantap YB. Suka tengok YB gembira menyumbang laptop pada orang Muar. Kalaulah Sabah ada macam ni,” luah seorang wargamaya.“Untung orang Muar dapat YB yang prihatin dengan nasib rakyat,” ujar seorang wargamaya.“Tahniah YB. Sepatutnya YB lain pun patut buat benda yang sama untuk rakyat masing-masing,” komen seorang wargamaya.Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 22,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Tak Menyangka Hasil Kutipan Berjaya Mencapai Jumlah Yang Ditetapkan Dalam Tempoh 3 Jam Sahaja. Syed Saddiq Menerangkan Bahawasanya Sumbangan Ini Akan Disalurkan Kepada Satu Golongan Ini

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang diasaskan oleh YB Syed Saddiq telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM51,145.92 dalam tempoh sehari.MUDA dalam satu kenyataan memberitahu, kempen #TolongBantuMahasiswa ini adalah adalah hasil kerjasama antara parti MUDA dan Pertubuhan Solidaritas. Sasaran awal mereka hanyalah mahu mengumpul RM50,000, namun mereka tidak menyangka hasil kutipan berjaya mencapai jumlah yang ditetapkan dalam tempoh tiga jam lebih sahaja.

“MUDA dengan Solidaritas akan membuat kutipan untuk mahasiswa yang terkesan. MUDA juga akan membuka talian komunikasi dengan semua mahasiswa yang terjejas dan akan bantu sedaya-upaya mencari jalan penyelesaian. Hubungi kami dengan segera. #TolongBantu”

Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu mahasiswa yang terjejas dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam. Selepas pengumuman KPT dibuat, rata-rata mahasiswa kurang senang dengan arahan tersebut kerana banyak urusan yang perlu dilakukan ekoran mereka sudahpun membayar rumah sewa dan tiba di pusat pengajian.

Memetik kenyataan MUDA, proses pembayaran sumbangan kepada para pelajar yang memerlukan akan bermula pada hari ini. Buat anda yang terspit dan memerlukan bantuan kewangan, boleh hubungi nombor yang tertera dalam gambar di bawah.

Dikatakan Halau Pelajar Untuk Mendaftar. UITM Beri Kenyataan Berkaitan Isu Tersebut Dan Ini Keadaan Yang Sebenarnya Yang Berlaku Dan Harap Pelajar Semua Maklum

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Universiti Teknologi MARA (UiTM) menafikan kenyataan yang mendkwa institusi pengajian tinggi awam itu telah menghalau pelajar susulan penangguhan pendaftaran secara fizikal yang berkuat kuasa hari ini. Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan kekeliruan yang berlaku adalah disebabkan salah faham berikutan sumber yang tidak tepat diperoleh para pelajar.

Menurutnya, UiTM telah mengeluarkan surat pekeliling berhubung arahan penangguhan pendaftaran para pelajar yang jelas menyatakan bahawa penangguhan itu dibuat semata-mata untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan para pelajar terpelihara.“Meskipun penangguhan pendaftaran secara fizikal dikuatkuasakan, ini tidak bermakna para pelajar yang mendaftar akan dihalau malah para pelajar diberi pilihan sama ada untuk pulang atau tinggal di kolej.

Jadi, saya tegas menafikan kenyataan yang mengatakan bahawa kita menghalau para pelajar seperti yang didkwa. Malahan kita mendekati para pelajar yang telah mendaftar lebih awal untuk membantu mereka susulan arahan penangguhan ini,” katanya.Bagaimanapun, Mohd Azraai berkata pihak universiti akan menjalankan siasatan terperinci berhubung aduan dan rungutn pelajar yang tular di media sosial bagi memastikan perkara itu tidak berlaku.

“UiTM tidak akan mengambil mudah dengan sebarang isu yang dibangkitkan kerana dalam suasana semasa, kita amat memahami sebarang kemungkinan, kesulitan dan kekeliruan yang timbul,” katanya.Sehubungan itu, beliau menyeru pelajar yang berhadapan dengan masalah seperti yang telah berada di kampus yang ingin pulang dan tidak pasti apa yang hendak dibuat supaya berhubung dengan bilik gerakan di kampus masing-masing bagi mendapat bantuan sewajarnya.Menyentuh isu yang mendkwa UiTM tidak menanggung segala kos penginapan para pelajar sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, beliau berkata kenyataan tersebut bukan kenyataan rasmi UiTM.— BERNAMA

Sanggup Botakkan Rambut Demi Orang Muar. Syed Saddiq Sempat Berseloroh Orang Ramai Akan Memanggil Dia Dengan Satu Gelaran Ini Dan Ini Punca Dia Botakkan Kepala

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya mengotakan janji untuk membotakkan kepala selepas kutipan dana kempennya mencapai sasaran.SEBAGAIMANA yang dijanjikan, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya membotakkan kepalanya selepas berjaya mengumpulkan wang berjumlah RM200,000 bagi menjayakan kempen ‘1 Keluarga, 1 Laptop’ di daerah tersebut.

Ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz diberi ‘penghormatan’ untuk mencukr rambut beliau yang disiarkan secara langsung di Astro Awani, sebentar tadi.Mantan Menteri Belia dan Sukan itu malah melebihi sasarannya dengan mengumpulkan RM383,000.

Dana tersebut akan digunakan bagi membeli komputer riba untuk pelajar yang kurang bernasib baik di parlimennya.Syed Saddiq juga sempat berseloroh dengan mengatakan selepas ini orang ramai tidak akan memanggilnya sebagai ‘Yang Berhormat’ tetapi sebagai ‘yang botak botak’.

Syed Saddiq mengumumkan kempen untuk mengumpulkan RM200,000 dalam masa lima hari, pada 26 Disember lalu.Penyerahan komputer riba kepada pelajar yang kurang bernasib baik akan diadakan di Dewan Serbaguna Hajah Hasnah di Muar pada Khamis.

Ada Kesan Pada Muka Sebelah Kanan. Warganet Syak Muka Syed Saddiq Kena Sesuatu Dan Rata Rata Nasihatkan Dia Untuk Terima Rawatan Sewajarnya

Perkongsian foto terbaharu di media sosial Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengundang prihatin wargamaya.Mana tidaknya, biarpun hanya berkongsi foto selepas beriadah pada waktu pagi, kesan cakaran pada muka sebelah kanan beliau menjadi tumpuan ramai.

Dalam foto berkenaan, bahagian pipi beliau kelihatan bergores panjang hingga ke paras dagu, difahamkan telah dicakar oleh kucing peliharaan beliau sendiri.Melewati ruangan komen di akaun Twitter beliau, rata-rata tinggalkan komen yang mencuit hati dengan nasib yang menimpa Syed Saddiq.

“Apahal pipi calar tu YB? Kena cakar dengan kucing ker? Mesti oyen dia yang buat,” tulis seorang pengguna, @AronOsman.”Berline muka dibuatnya. Hantar kucing tu pergi market!” tulis @pedoqpop berseloroh.Tidak kurang juga yang turut menasihati beliau agar mendapatkan rawatan sewajarnya bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kulit muka.Seperti ramai sedia maklum, Syed Saddiq antara ahli politik yang mencintai haiwan dan memiliki beberapa ekor kucing kesayangan antaranya yang bernama Toby.

Baru Tamatkan Perkhidmatan Sebagai Pendidik Bulan Ogos Lalu. Perkongsian Syed Saddiq Raih Perhatian Bila Dia Buka Cerita Susulan Sakit Ibunya Datang Kembali

Mengagumkan sekali semangat kental ibu kepada empat anak ini. Baru sahaja tamatkan perkhidmatan sebagai pendidik pada Ogos lalu,Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz sememangnya seorang pejuang. Meskipun knsr payudara yang berjaya diatasinya kira kira tujuh tahun lalu kini kembali datang,namun wanita hebat ini tabah menghadapi ujian dengan ceria di samping keluarga tersayang.

Kisah perjuangan Sharifah Mahani menghidap sakit tersebut mula mendapat perhatian umum apabila anak keduanya yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan perkara tersebut di media sosial miliknya. Menerusi posting bertarikh 27 Julai itu, pemuda berusia 26 tahun berkenaan memuatnaik gambarnya di samping ibu tersayang di sebuah hospital.Kongsi Syed Saddiq yang ketika itu menghadiri persidangan parlimen, dia terpaksa tinggalkan persidangan tersebut lebih awal kerana mahu pulang ke Johor untuk bertemu ibunya.

“My mum is a f1ghter. In 2013, she won the bttle against the disease. 2 weeks ago, we found out that the disease is back. Tomorrow mama will be going through her oper4tion to remove the disease cells. Saya harap rakan-rakan boleh doakan untuk kesihatan mama. Stay strong ma. I will be there with you all the way.”

Perancangan Allah SWT adalah yang terbaik. Seminggu selepas Sharifah Mahani selamat menjalani operasi untuk membuang sel tersebut di dalam badan, dia kemudian diraikan dalam satu majlis persaraan setelah lebih 30 tahun bertugas sebagai guru. Jadi, lepas ni bolehlah ibu Syed Saddiq dapat banyak berehat.

Biarpun baru seminggu menjalani prosedur operasi tapi Sharifah Mahani tetap gigihkan diri menyertai majlis persaraan berkenaan. Lebih istimewa, dia tampil menawan dalam persalinan songket kuning dan bertudung polos kelabu bak penampilan seorang puteri! Dari riak wajahnya, terpancar sinar bahagia walau kesakitan yang ditanggung hanya Tuhan yang tahu.

“Selamat bersara mama. She has served as a teacher for 38 years. She’s not just my mum, but my teacher. Minggu lepas baru lepas operasi, berentap lawn sakit tu, hari ni dah kembali sebagai ‘Queen of the day’ untuk majlis persaraan. I love you ma.38 tahun mama berkhidmat sebagai seorang cikgu. Sekarang mama sudah berumur 60 tahun dan officially seorang pesara. I cannot ask for better parents than mama & abuyah. They dedicate their bl00d, swe4t & tears in making me a better person. I can only wish that I can match them as a responsible parent to my children in the future. InshaAllah.”

Mengikuti perkembangan Syed Saddiq, pemuda ini memang gemar berkongsi kisah dan aktiviti keluarga tercinta. Jelas terbukti betapa Syed Saddiq mengutamakan ibu bapa dalam segala hal kerana mereka inilah yang telah banyak berkorban demi kejayaan Ahli Parlimen Muar itu sehingga ke hari ini.

Buat ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani… semoga terus tabah dan kuat mendepani hari-hari mendatang. Kecekalannya sudah pasti memberi inspirasi kepada seluruh wanita.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Sumber : Nona

Dua Kali Jalani Ujian COVID19. Syed Saddiq Selamba Buat Satu Perkongsian Kuarantin Di Rumah Sambil Pakai Gelang Pink

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menunggu hasil ujian saringan COVID-19 sambil menjalani proses kuarantin di rumahnya. Menerusi laman sosial Twitter, Saddiq memuat naik sekeping foto sedang membaca bagi mengisi masa lapang sewaktu menjalani kuarantin selama dua minggu itu. 

Difahamkan, Saddiq menjalani dua ujian saringan iaitu pada 26 September dan keputusannya adalah negatif. Kemudian dia mengambil lagi satu ujian saringan semalam dan sedang menunggu keputusan. “Kembali ke rumah dari Sabah. Alhamdulillah keputusan ujian COVID pada 26hb adalah negatif. 

“Ambil lagi satu ujian pada 29hb dan kini sedang menunggu keputusan. Tolong doakan semua baik baik sahaja.“Saya geng gelang pink. Masa lapang, masa membaca. Bangsa yang membaca, Bangsa yang berjaya,” tulisnya menerusi satu kicauan. Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji tindakan bekas Menteri Belia dan Sukan itu yang mengikuti langkah SOP yang telah ditetapkan. 

“Saya berdoa agar keputusan kedua juga negatif. Take care bro,” kata seorang wargamaya.“Terima kasih kerana menjalani proses kuarantin sendiri,” komen seorang wargamaya.“Moga dipermudahkan semuanya. Nanti YB share lah buku apa yang di baca tu,” pinta seorang wargamaya.

“Saya doakan YB sentiasa dalam keadaan sihat sentiasa dan baik sahaja..amin,” doa seorang wargamaya.“Warganegara yang baik, pemimpin belia,” puji seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, kicauan tersebut telah mendapat hampir 3,000 ulang kicau dan 10,000 tanda suka daripada warga Twitter. -gmpk

Syukur Dapat Tempat Dan Biasiswa Oleh Satu Universiti Di Luar Negara. Syed Saddiq Dedah Lanjut Pengajian Dan Pelbagai Reaksi Daripada Pengikutnya

Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran di akaun Twitter berserta gambar beliau bersama surat tawaran diterimanya dari universiti berkenaan petang semalam dan mendapat pelbagai reaksi dan ucapan tahniah daripada pengikutnya.“Alhamdulillah, saya mendapat tempat dan biasiswa di National University of Singapore untuk mengikuti program Lee Kuan Yew’s Senior Fellowship in Public Service,” katanya.

Beliau berkata, berita itu disimpan sejak Jun lalu tetapi disebabkan kelasnya akan bermula hari ini, ia dikongsikan dengan rakan-rakannya.“Sebagai orang muda, ada banyak yang perlu saya belajar lagi untuk meningkatkan kebolehan saya untuk berkhidmat.“Saya menolak menyambung pengajian di peringat Master di Universiti Oxford sebanyak dua kali disebabkan politik. Akhirnya, saya diberikan peluang untuk memantapkan kemahiran dasar awam sambil memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kerana memberikan peluang berkenaan dan akan terus berkhidmat kepada rakyat.Sebelum ini, Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu memohon untuk mendaftarkan parti baharunya minggu lalu dan mengasaskan gerakan lain, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Syed Saddiq merupakan bekas ketua Pemuda Bersatu (Armada) sebelum parti itu memilih untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH), sehingga kini beliau terus memilih untuk menyokong bekas Pengerusi Bersatu dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding bersama Muhyiddin Yassin.-sh

Orang Muar Bagi Petai Percuma. Tetapi Tindakan Yang Dilakukan Oleh Syed Saddiq Ini Meraihh Perhatian Warganet Apabila Dia Buat Di Sebaliknya

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali meraih tumpuan warganet apabila video terbarunya viral. Menerusi rakaman berdurasi 15 saat yang dimuat naik di Twitter itu, Syed Saddiq pada awalnya telah menerima seikat petai daripada beberapa individu secara percuma.Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah tindakan Syed Saddiq yang masih cuba membayar pemberian itu.Biarpun pembelian itu ditolak beberapa kali oleh penjual petai tersebut, namun Syed Saddiq masih cuba memasukkan duit ke dalam poket individu terbabit sebagai tanda penghargaan.

“Cara dia letak duit dalam poket memang klasik, tersenyum saya,” kata seorang warganet.“Petai tu bukanlah Syed Saddiq nak sangat tapi lebih kepada sesuatu yang dia boleh bagi pada orang kampung,” kata seorang lagi warganet .“Pakcik sedekah, makcik sedekah, YB sedekah, Alhamdulillah,” kata seorang lagi pengguna Twitter.-gmpk

Jodoh Syed Saddiq sebelum pilihan raya

MUAR: “Insya-Allah, kita doakan sebelum pilihan raya.” Demikian jawapan ringkas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ditanya mengenai jodohnya. Bagaimanapun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu masih berteka-teki calon isterinya.“Kita doakan sebelum pilihan raya, itu sahaja saya boleh cakap,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Dalam perkembangan lain, Syed Saddiq mendedahkan beliau pernah berjumpa dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dua kali selain turut menghantar mesej selepas kejatuhn Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu.

Beliau menjelaskan, pertemuan itu menyentuh mengenai perbincangan peruntukan kepada Parlimen Muar yang ditarik dan usaha menyelamatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

“Saya tak nak kerana politk, jambatan silaturahim tertanaam terus. Lagi satu saya sebagai anak muda, masih terhutang budi kepada Tan Sri. “Ya, saya tidak bersetuju dengan apa yang berlaku tetapi sebagai anak muda, saya tidak boleh sombong, tidak boleh uu, tidak boleh saya kata sentiasa betul, kadang kala saya pun salah. Tetapi perbezaan politik itu perlu diraikan,” katanya.

Tanpa memperincikan tarikh pertemuan itu, Syed Saddiq berkata, ketika itu beliau masih ahli Bersatu dan Ketua Armada dan sedang mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan parti. “Komunikasi (dengan Muhyiddin) sentiasa ada, saya hendak kekalkan (silaturahim) sampai bila-bila,” katanya. Pada 28 Mei lalu, keahlian lima pemimpin Bersatu termasuk Syed Saddiq terhenti serta-merta kerana tidak mengikuti perlembagaan parti.

Empat yang lain ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah. – UTUSAN ONLINE