Nak saman orang yang guna nama daging harimau menangis. Sekali individu ini dedahkan rupanya nama tu belum dapat kelulusan buat warganet terkejut.

Artis

Ibu kepada selebriti popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed diminta agar tidak mendahului Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) bagi jenama ‘Harimau Menangis’ oleh Syarikat Noor Khan Enterprise miliknya.

Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, MyIPO menerima permohanan wanita itu untuk mendaftarkan jenama Harimau Menangis pada November tahun lalu dan masih lagi dalam proses pemeriksaan.

“Sehubungan itu, jenama Harimau Menangis yang dipohon beliau belum lagi diluluskan dan belum menjadi hak beliau. “Permohanan beliau sama ada diluluskan ataupun tidak, bergantung kepada hasil pemeriksaan dan pertimbangan oleh MyIPO,” ulasnya.

Tambahnya lagi, permohonan Noor Kartini akan diproses dimana sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Selain itu, Mohd Roslan juga berkata cap dagangan bererti apa-apa tanda yang boleh dinyatkan secara grafik untuk membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perniagaan dengan perniagaan lain.

Sumber: Kosmo! Online (Ahmad Mustakim Zulkifli)

Kecoh Tentang Isu Jenama Daging Harimau Menangis Ibu Neelofa. Sekali Ini Penjelasan Dari Peguam Buat Warganet Terkedu.

Mendaftarkan hakcipta dengan menggunakan penggunaan ayat harian?
Boleh atau tidak? Misalnya ibu kepada Neelofa yang hendak mendaftar trademark atau cap dagangan ‘Daging Harimau Menangis’. Apa kedudukan undang-undang?

Perkataan harian seperti. Kambing bakar, ayam panggang. Bolehkah didaftarkan secara brand, logo dan nama oleh seseorang sehingga orang lain tidak boleh gunakan? Bermaksud selepas ini kalau ada peniaga yang berniaga menggunakan Daging Harimau Menangis, bolehkan disaman kerana ingkar hak cap dagangan?

Saya rujuk satu kes, di mahkamah. Kes ini memang seakan-akan dengan situasi ini. Supaya kita mudah faham kedudukan undang-undang. OOI SIEW BEE & ORS v. ZHU GE KONG MING SDN BHD [2020] 1 LNS 261. Al-kisah, Defendan dalam kes ini iaitu Zu Ghe, adalah peniaga barangan sembahyang orang Cina. Defendan telah mendaftarkan cap dagangan suatu jenama dengan tulisan Huan Zhai Jin.

Plaintif-Plaintif juga adalah penjual barangan sembahyang orang Cina. Dalam kes ini, perkataan Huan Zhai Jin yang membawa maksud “bayar hutang/duit atau emas”, memang ada dalam kertas-kertas tulisan cina yang digunakan untuk dibakar sewaktu upacara sembahyang.

Defendan telah mendaftar cap dagangan ke atas perkataan ini dan menyebabkan Plaintif tidak berpuas hati.Plaintif menyatakan yang adat membakar kertas-kertas sembahyang, bagi tujuan membayar hutang iaitu Huan Zhai Jin memang telah wujud sejak zaman Dinasti Tang lagi.

Jadi Defendan tidak bolehlah mempunyai cap dagangan kepada perkataan ini kerana ini menurut Plaintif perkataan ini bukanlah yang direka Defendan tetapi ianya perkataan am dan merupakan hak milik pedagang yang menjual barangan sembahyang Cina.

Plaintif juga mendakwa selaras dengan Seksyen 45, AKTA CAP DAGANGAN 1976. Mereka adalah pihak yang terkesan dan terkilan dan mereka boleh memohon mengenepikan cap dagangan tersebut. Pasal Defendan punya hal, sekarang semua peniaga barangan sembahyang Cina tidak boleh menggunakan perkataan ini. Marahlah peniaga lain.

Perkataan am ini, kalau diberikan hak cap dagangan memang sangat mengelirukan. Contoh macam sejadah, tasbih. Kan hari-hari kita guna. Kalau ada orang yang dapat hak cap dagangan, peniaga yang sekian lama berniaga sejadah hendak guna perkataan apa sewaktu memasarkan produk mereka.

Begitulah juga dalam kes Daging Harimau Menangis, setelah sekian lama peniaga-peniaga produk daging bahagian menjual menggunakan nama ini. Bagaimana kesannya kepada mereka? Tambah pula dari sudut saman-menyaman ini, kalau pemilik nama Daging Harimau Menangis tidak izinkan nama ini digunakan. Bagaimana?

Apakah kesannya kepada peniaga-peniaga kecil yang tidak mampu hendak menanggung kos melantik peguam dan lain-lain untuk menghadap kes saman yang difailkan.

Kita sambung cerita Huan Zhai Jin di atas. Jadi tidak berpuas hati Defendan pun mencabar cap dagangan yang didaftarkan di mahkamah terhadap Defendan. Ceritanya sebenarnya, sebelum ini Defendan yang memulakan saman terhadap peniaga-peniaga yang guna hak dagangnya ini tetapi kalah di mahkamah kerana mahkamah berpendapat itu bukan hak eksklusif Defendan dan orang lain boleh berniaga barangan ini dengan menggunakan perkataan Huan Zhai Jin.

Jadi hendak menamatkan cerita supaya selepas ini Defendan tidak hak lagi ke atas nama Huan Zhai Jin ini, itulah yang Plaintif minta satu perintah mahkamah membatalkan dan menghapuskan hak dagang Defendan. Dibawah Seksyen 14, Akta ini sesuatu permohonan boleh ditolak atas beberapa sebab, antaranya:

1) Sesuatu cap atau sesuatu bahagian cap tidak boleh didaftarkan sebagai suatu cap dagangan- (a) jika penggunaannya mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai atau akan berlwan dengan undang-undang;

Atas alasan ini Plaintif pun meminta agar pendaftaran hak dagang Defendan dibatalkan dan dihapuskan dan juga bahawa Plaintif adalah pihak yang terkilan dalam pendaftaran hak dagang ini. Ini keputusannya, mahkamah berpendapat perkataan Huan Zhai Jin adalah perkataan am yang digunakan oleh orang ramai.

Oleh itu Defendan tidak boleh ada MONOPOLI terhadap perkataan ini dan Defendan tidak boleh mendaftarkan cap dagangan ke atas perkataan ini. Kalau hendak berniaga, biarlah ada toleransi. Jangan ada sikap hendak kaut semua.

Yang hendak mendaftar itu, kedudukan kewangannya Alhamdulillah senang tetapi yang turut berniaga secara kecil-kecilan menggunakan perkataan yang sama itu, mungkin tidak sama rezekinya. Bakal susah nanti bila ada sikap MONOPOLI.

Jadi beri ruang pada yang lain. Biar sama-sama untung. Jangan kita halang atau kita kecilkan peluang yang lain. Kalau sudut pemasaran pun, si ibu ini tidak perlu daftar cap dagangan, si ibu ini sudah mendapat sambutan daripada pembeli. Berbezalah dengan peniaga-peniaga yang tidak dikenali yang sama-sama berniaga guna nama “Daging Harimau Menangis ini. Hendak marketing pun susah, tambah pula kalau nama pun sudah di ‘booking’ orang.

Oleh Nor Zabetha

ASAL USUL NAMA HARIMAU MENANGIS

Selalu kita dengar dan nampak orang share resepi Daging Harimau Menangis kan? Korang tau tak asal usul nama harimau menangis ni? Dengar cerita, “harimau menangis” ni sebenarnya ialah bahagian daging lembu yang dipanggil batang pinang atau dalam bahasa omputih tu tenderloin lah.

Tapi ada juga yang cakap tu bahagian striploin. Bahagian daging ni lah yang paling lembut dan paling sedap tapi susah nak dicapai oleh mulut harimau disebabkan oleh kedudukannya dicelah tulang belakang lembu. Jadi menangislah harimau tu sebab tak dapat nak makan bahagian ni . Wallahualam .Tapi ni khas untuk daging lembu je tau. Kalau daging kangaroo tak panggil harimau menangis tau.EH! Cerita ini tiada kaitan dengan orang yang masih hidup atau sudah pergi menghadap illahi. hehe.

Cap Dagang jenama ‘Harimau Menangis’ belum lulus, jangan dahului MyIPO – KP

KUALA LUMPUR – Permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’ oleh Syarikat Noor Khan Enterprise masih di peringkat pemeriksaan, kata Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Datuk Mohd Roslan Mahayudin.

Justeru, beliau berkata jenama yang dimohon pemilik syarikat itu, Noor Kartini Noor Mohamed belum diluluskan MyIPO dan menjadi hak eksklusif beliau. Mohd Roslan memaklumkan pemohonan Noor Kartini bagi mendaftarkan jenama itu diterima MyIPO pada November tahun lepas dan kelulusannya bergantung kepada hasil pemeriksaan serta pertimbangan agensi tersebut.

“Sehubungan itu, Noor Kartini diminta untuk tidak mendahului keputusan MyIPO dengan mendakwa bahawa jenama ‘Harimau Menangis’ telah didaftarkan sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif beliau. “MyIPO akan memproses permohonan beliau seperti biasa iaitu sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sejak semalam, tular di media sosial usahawan itu mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’ bagi produk keluarannya telah didaftarkan dan beliau mempunyai hak eksklusif ke atas cap dagangan nama tersebut. Dakwaan usahawan itu, yang merupakan ibu selebriti Neelofa, mendapat perhatian warganet yang rata-rata menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama resepi masakan berasaskan daging ‘Harimau Menangis’ dalam produk mereka.

Datin Noor Kartini Namakan Produk Daging Harimau Menangis.Warganet Luah Rasa Kesal Dan Ramai Berasa Kurang Senang

Sejak hujung tahun lepas, resepi masakan daging harimau menangis yang cukup popular di Thailand telah tular selepas ibu kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mengeluarkan produk tersebut.Mendapat permintaan tinggi, daging harimau menangis keluaran beliau  mulai disebut-sebut selepas videonya memasak resepi terbabit dimuat naik ke Instagram.

Namun begitu, menerusi muat naik daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @azrulhaqim, dia meluahkan rasa kesalnya apabila Kartini didakwa telah membuat permohonan trademark Daging Harimau Menangis sebagai nama produk keluarannya.

Hal ini membuatkan orang ramai mulai berasa kurang senang dan beranggapan bahawa tindakan sebegitu ‘membnuh’ peniaga-peniaga kecil yang turut sama mengeluarkan produk makanan Daging Harimau Menangis.

Selain itu, menerusi perkongsian satu video yang diperoleh daripada Instastory ibu Neelofa ini, dapat didengar beliau memaklumkan nama resepi tersebut telah dipakai untuk produk keluarannya dan individu lain tidak boleh menggunakan nama sama.

Perkara tersebut membuatkan warganet bengang susulan video terbabit dibuat dalam keadaan gelak ketawa dan seolah-olah meminta orang lain yang mengeluarkan produk seperti itu menggunakan nama lain dan bukan lagi Daging Harimau Menangis.

Walau bagaimanapun, ada warganet yang memuat naik permohonan Kartini dipercayai berkenaan trademark Daging Harimau menangis itu dan memaklumkan permohonan baru sahaja dibuat.Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak beliau berhubung kontroversi yang tular di media sosial terutamanya di Twitter.Perkongsian tersebut hanya dimaklumkan daripada sebelah pihak dan kesahihan dakwaan ini masih belum dapat dipastikan sebetulnya.

Lepas Kecoh Pasal Neelofa Dan Pu Riz Kali Ni Penampilan Terkini Neelofa Pula Jadi Bualan Ramai. Kongsikanfoto Nampak Dahi Sekali Ini Respon Win Dari Warganet.

Sebut sahaja nama Neelofa, pasti semua mengenalinya. Bukan sahaja hebat mengacara, malah sangat komited dalam menguruskan perniagaan miliknya. Sebelum ini, selebriti berusia 32 tahun itu mengambil keputusan untuk mengenakan penampilan berniqab yang menutup seluruh mukanya kecuali bahagian mata sahaja.

Namun baru-baru ini, menerusi Instagram peminatnya lofa.sg terdapat beberapa video dikongsi semula memaparkan Neelofa memakai purdah pula dimana menampakkan bahagian dahinya. Selain itu,  juga ada berkongsi cerita mengenai pemilik nama Noor Neelofa Mohd Nor itu yang kini mula mempelajari bahasa Arab dan tafsir al-Quran.

Bagaimanapun, cerita itu mengundang warganet bagi memberikan pelbagai reaksi dimana rata-rata bertindak untuk menegur penampilan selebriti tersebut dengan mempersoalkan bahagian kening Neelofa. Nak berubah biar kerana Allah. Kening dah macam lukis pakai pensel

Kata tak lukis kening dah? Selain itu, ada juga warganet yang memberi komen mengenai dahi Neelofa yang kini terdedah dan tidak lagi ditutup. Dulu nampak mata je? Sekarang dah nampak dahi pulak? Walaupun sering mendapat kecaman, namun kadang-kala berdiam adalah kunci kejayaan. Kita sebagai hambaNya juga perlu berusaha memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Luahan hati PU Riz? adakah beliau sudah pun redha?

PU Riz tetap berdiam diri tanpa sepatah jawapan, hanya memuat naik petikan hadis yang dipercayai berkaitan dengan ujian yang ditempuh. – Foto IG PU Riz KUALA LUMPUR: Terus membisu tanpa sebarang sepatah jawapan, pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail, 25, hanya menggunakan media sosial untuk berkongsi isi hati.

Hingga kini, hanya selebriti popular, Neelofa sahaja meleraikan tanda tanya dengan menafikan pelbagai andaian dan tuduhan yang hangat diperkatakan mengenainya dan PU Riz seperti tular dalam laman sosial, sejak Sabtu lalu.

Hari ini, pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta itu memuat naik perkongsian mengenai sabda Nabi Muhammad SAW yang menyentuh perihal sunnah menerusi akaun Instagram (IG). “Ada kalanya, diri kita akan kukuh dan kuat iman. Ada kalanya, kita lemah dalam iman.”Sesiapa pada kala lemah, dia berpegang kepada sunnah, maka dirinya akan diberi hidayah.

“Tetapi, apabila seseorang mengambil selain daripada sunnah, maka binsalah dirinya. Letaklah sepenuh kepercayaan kepada-Nya,” kongsinya.Namun, terbit tanda tanya di kalangan warganet, apakah petikan hadis yang dikongsi itu mewakili persoalan hati pada saat diuji, ketika ini.

Dalam perkongsian itu, PU Riz memuat naik sekeping gambar berserta sepotong ayat dalam bahasa Arab bersama terjemahannya yang bermaksud, sentiasa yakin dengan setiap perkara yang diaturkan Allah. “Ketahuilah bahawa Allah SWT akan menyelesaikan segalanya satu hari nanti dengan cara yang tidak pernah anda bayangkan,” kongsinya.

Bagaimanapun, perkongsian itu dipadam selepas beberapa jam. tapi mereka berdua tiada pun istihar putus tunang, mungkinkah akan teruskan pertunangan ini? semuga semuanya baik2 sahaja. lagi pun ada berita terkini tentang wanita yang kononnya buat cerita Lofa terkena minyak pengasihlah,m transfer duit ratus ribu hingga juta lah. sudah pun secara rasminya memohon maaf

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://apaceritatv.com.my/adkah-lofa-kecewatebal-betul-keningfaham-tk-fungsi-purdah-tu-warganet-dah-berbunyi/

Lepas Kecoh Kes Neelofa Dengan Pu Riz Kali Ni Kecoh Pula Pasal Neelofa Muat Naik Video Macam Nak Menggoda. Kata Dah Berniqab Tapi Muat Naik Video Macam Ni Pulak.

Tak Ketinggalan, Neelofa Lancar Misi Bantuan sasaran Banjir. Neelofa melalui Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) yang diasaskannya, melancarkan tabung membantu sasaran banjir di negeri terjejas terutama Kelantan, Pahang dan Johor.

Melalui perkongsian di media sosial, Neelofa merayu orang ramai yang prihatin dengan nasib sasaran banjir menghulurkan sumbangan dengan melayari www.kasihneelofa.org. Selain itu, Neelofa meminta sasaran banjir dapat memberi maklumat termasuk rakaman video dan gambar agar bantuan boleh dihantar kepada mereka.

“Saya akan semak mesej langsung yang diterima dan cuba usahakan kutipan melalui sumbangan dihulur orang ramai. “Kami akan cuba beri bantuan sebaik mungkin kepada mereka yang memerlukan,” katanya melalui Instagram Story.

beliau ada upload 2 video yang macam make up guna contact lens? gaya slow motion itu, warganet anggap nak menggda siapa? pendapat warganet ada yang suka dan tak suka? Jap.. Aku tanya.. Jangan marah.. Tapi bila berniqab boleh la buat mata menggoda mcm tu? Soalan aku ni sebab aku nak tau.

Tak boleh kalau bukan lopak… kl lopak semua boleh..Nak goda2 orang awam nak buat apa.. silap2 jadi sumber aktiviti dlm bilik air je.. ewwwww..God tok laki dpt gak pahala.. Dia ni nak berubah tapi tetap tak boleh nak lepaskan apa yg dia suka.Buat2 video yang tak bersesuaian dengan penampilan.m Padahal tahu benda2 sebegini haram hukvmnya tapi masih still buat.

Susah nak husnuzon.m Apa lopa buat semua x kene ek. .. Erm nasib laa badan. Klo hajah bole je u..Tp pelik gak kate nk tutup kecantikan dlm mase same tunjuk2 Ape pn thank u tlg sasaran banjir.. sibuk je nak hukvm Neelofa. Dia kenal ke dgn uolss? lebih baik tengok dan baiki diri sendiri yang sah-sah tak sempurna.

Sian lopa..buat baik pon kena kritik..lofa antar la ke terengganu jugak..terengganu teruk jugak tu. merepek repek je lopak ni. perangai mcm budak umur 21 tahun yg malu malu. tpi dia dah tua lah kan. tk sesuai cam nk acah acah tarik tarik tudung ala ala malu malu gitu. tak sesuai dah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @apam pink media

Hubungan Dengan Ibu Dah Tak Ngam Lepas Tular Tentang Gosip Tu. Sekali Status Terkini Neelofa Ditujukan Untuk Ibu Buat Warganet Terkedu.

Umum mengetahui, bekas pengacara ‘Meletop’ iaitu Noor Neelofa, telah memaafkan seorang gadis selepas individu tersebut didakwa menyebarkan ftnah terhadapnya dan PU Riz, baru-baru ini. Jelasnya lagi, kemaafan tersebut ikhlas datang dari hatinya.

Meskipun kontroversi ‘ftnah’ tersebut sudah berakhir dengan permohonan maaf secara terbuka, segelintir warganet dipercayai masih tertanya-tanya mengenai hubungan Neelofa dengan kesemua ahli keluarganya. Maklumlah, keluarganya juga didakwa terpalit dengan kontroversi yang melanda.

Cerita pasal syurga

Sebelum ini, rata-rata warganet mendakwa kontroversi yang berlaku terhadap Neelofa berpunca daripada keluarganya sendiri. Mereka juga mendakwa, keluarga Neelofa sepatutnya bertenang dan menunggu keputusan daripada tuan empunya badan terlebih dahulu sebelum membuka ‘cerita’ kepada umum. Ekoran daripada itu juga, warganet mendakwa Neelofa jarang memuat naik foto mahupun video bersama keluarga tercinta lebih-lebih lagi bersama ibunya iaitu Datin Noor Kartini.

Sehubungan dengan itu, Neelofa telah memuat naik perbualan Whatsapp di antara dia dan ibunya di Instagram Story. Posting tersebut menunjukkan hubungan Neelofa dengan ibunya dipercayai masih sama seperti biasa dan mereka berdua berbicara mengenai surah Al-Insan iaitu surah manusia.

Love and respect her 

Bukan itu sahaja, Neelofa turut memuat naik kata-kata indah yang berkaitan dengan ibu di Instagram Storynya. Kata-kata yang dikongsikan itu membawa maksud  ‘tiada cinta yang lebih hebat di dalam dunia ini melainkan cinta ibu, jadi sayangilah dan hormatilah ibu’. Neelofa turut ‘tag’ ibunya di posting tersebut.

Sumber: Neelofa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Tular Individu Yang Sebar Berita Tak Berasas Tentang Neelofa Dan PU Riz Nikah Di Kelantan. Akhirnya Individu Ini Tampil Buat Permohonan Maaf Baru Baru Ini

Baru baru ini, pembantu peribadi Neelofa giat mencari individu yang bertanggungjawab menyebarkan ftnah terhadap majikannya. Susulan daripada itu, individu tersebut sudah berjaya ditemui dan telah diserahkan kepada peguam bagi tindakan selanjutnya.Terbaru, individu dikenali sebagai Syamira Safiyayang bertindak menyebarkan ftnah terhadap Neelofa telah tampil membuat permohonan secara terbuka.

Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Cik Neelofa serta pembantu peribadi beliau di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020.Jelas gadis itu, segala kenyataan yang dikeluarkan olehnya adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Jelasnya lagi, dia sama sekali tidak berniat jahat untuk mencemarkan nama baik mana-mana pihak.

Saya juga amat kesal kerana tindakan peribadi ini menimbulkan rasa malu, sedih dan membawa kesusahan kepada mereka.Susulan daripada itu, dia sekali lagi memohon maaf kepada pihak Neelofa dan akan bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi. Terdahulu, Syamira telah didakwa kenyataan yangtidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz. Namun, segala kenyataan tersebut telah disangkal oleh Neelofa menerusi satu kenyataan media.

Teori Yang Individu Ni Buat Kononya Neelofa Ada Masaalah Ni. Sekali Tak Lama Berdiam Diri Ini Respon Dari Neelofa Buat Ramai Yang Terkejut.

Semenjak 26 Disember lalu, nama Noor Neelofa dan PU Riz antara yang menjadi pencarian tertinggi di semua media sosial disebabkan masalah yang sedang melanda bakal pengantin ini. Namun disebabkan satu kejadian yang tidak tahu puncanya, ada gosip mengatakan kononnya mereka sudah putus tunang.

Tetapi daripada pihak Neelofa, beliau tetap meminta peminat untuk terus mendoakan hubungan mereka. Dalam masa yang sama ketika isu tersebut sedang hangat diperkatakan, muncul pula satu teori yang ditulis oleh seorang individu yang mengatakan kononnya Neelofa mempunyai penyakit Narcissistic Personality Disorder atau dalam bahasa mudahnya ialah tidak mahu orang lain lebih daripada dirinya dan cuba untuk mencari perhatian umum.

Teori tersebut telah dianggap sebagai teori ‘Mastika’ oleh sesetengah warganet yang beranggapan bahawa ia tidak logik sama sekali. Disebabkan itu, pengacara terkenal tersebut telah memuat naik satu twit berkenaan isu itu. Ramai warganet memberi pendapat bahawa Neelofa perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berkenaan kerana ia bagaikan satu ftnah besar buat dirinya.

Apa pun, kita doakan sahaja semoga hubungan Neelofa dan PU Riz baik-baik sahaja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HOT.FM

Kecoh Pasal Status Hubungan Neelofa Dengan Pu Riz. Kali Ni Tersebar Pulak Gambar Lama . Mengejutkan Bila Tengok Pu Riz Ada Komen Macam Ni Kat Gambar Tu.

Tak perlu dihuraikan lagi, pasti ramai sudah mengetahui tentang hubungan antara pengacara Noor Neelofa dan tunangnya, iaitu PU Riz yang kini seperti sedang dilanda bdai semenjak kisah mereka tular di media sosial mulai 26 Disember.

Secara tiba-tiba, nama Neelofa dan PU Riz trending di aplikasi Twitter selepas ramai warganet membuat ‘siasatan’ berkenaan Instagram story yang dimuat naik oleh adik-beradik Neelofa iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan juga Ameera Khan.

Permulaan kisah ini berlaku apabila mereka bertiga memuat naik satu Instagram story yang sama, disusuli memadam semua foto ketika majlis pertunangan Neelofa dan PU Riz serta tidak lagi mengikuti pendakwah tersebut di laman Instagram. Kemudian, ibu kepada Neelofa iaitu Noor Kartini turut memadam foto bersama Neelofa ketika majlis tersebut yang diadakan pada 1 November lalu.

Warganet mula membuat spkulasi sendiri berkenaan hubungan mereka yang mengatakan kononnya PU Riz merupakan seorang yang judgemntal apabila kebanyakan adik-beradik Neelofa tidak memakai tudung. Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang terlalu rajin sehingga mend3dahkan semula tentang kehidupa lama PU Riz ketika belajar di sebuah universiti tempatan.

Adik Kandung Pu Rizz

Dalam masa yang sama, warganet menjumpai beberapa komen yang ditinggalkan di satu akaun Instagram milik seorang gadis dikenali sebagai Shafira Ismail Norbat. Komen yang ditinggalkan oleh PU Riz berbunyi teguran kepada gadis tersebut dan itu membuatkan warganet berasa musykil tentang maksud yang tersirat.

Tetapi selepas disiasat oleh warganet, gadis tersebut merupakan adik kandung PU Riz sendiri. Kini, muncul semula beberapa keping gambar yang tidak sepatutnya dibincangkan di media sosial iaitu gambar tak elok yang dikatakan mirip seperti PU Riz.

Namun, ada beberapa warganet memberi pandangan tersendiri mengenai kisah yang melanda selebriti terhangat ini yang mana adik-beradik Neelofa tidak sepatutnya membuka ruang untuk warganet membawa mulut. Bagi mereka, ahli keluarga Neelofa sendiri yang membuka pekung apabila ada masalah yang melanda dan ia membuatkan warganet berasa tertanya-tanya tentang apa yang sedang berlaku.

Apa pun, kita sebagai orang luar jangan terlalu mudah membuat spekulasi sendiri dan menduh sana sini. Biar la pihak Neelofa dan PU Riz sendiri yang menyelesaikan masalah mereka ini, kita tidak perlu masuk campur dalam urusan mereka.

Berikut beberapa fakta menarik tentang Pu RIZZ  yang tidak semua tahu.

1. PU Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail merupakan peserta program realiti Pencetus Ummah Musim 4 pada 2016. 2. Berumur 24 tahun, PU Rizz lahir pada tahun 1995 di Selangor, Malaysia. 3. PU Rizz sebelum ini pernah menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 2002 namun hanya sempat belajar selama setahun saja dek pergolakan yang berlaku di negara itu.

4. PU Rizz kini memiliki Diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang. 5. Dek kerana memiliki raut wajah yang tampan, PU Rizz kini bergelar pelakon apabila pernah menghiasi beberapa drama seperti Selafaz Cinta Ustaz, Air Mata Di Bumi Matador dan Lelaki Kiriman Tuhan.

6. PU Rizz bakal muncul dalam filem pertamanya yang berjudul Ada Apa Dengan Dosa tahun ini berganding dengan penyanyi, Wanna Ali. 7. PU Rizz juga pernah tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH).

Fakta Menarik

Pelajar jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, meskipun hanya bertahan selama setahun kerana terpaksa pulang ke Malaysia selepas perang yang berlaku di sana.

Sering diundang Neelofa sebagai pendakwah dalam majlis ilmu anjuran pengacara dan usahawan terkenal itu. Gemar bermain futsal. Instagram miliknya yang menggunakan nama @pu_rizz sehingga kini mengumpul lebih 90 ribu pengikut.

“Bagi Anak Lelaki, Ibu Adalah Nombor Satu.” PU Riz Akui Banyak Hal Ikut Kehendak Ibu Menjadi, Tak Kisah Dilabel ‘Anak Mak’

Isu anak mak bukanlah benda baru dalam masyarakat kita. Baik orang biasa mahupun selebriti turut mengalami situasi tersebut. Ada yang kurang gemar dilabel sedemikian, tak kurang yang bangga. Demikian juga dengan selebriti bernama PU Riz ini. Dia mengakui tidak kisah andai dilabel sebagai ‘anak emak’. Menurut Riz, sepanjang dia menuruti kesemua kehendak ibunya, hampir semua perkara yang dlakukan berjalan lancar.

“Banyak benda yang saya ikut kehendak ibu saya, ia menjadi. Bukan diberi rezeki yang sedikit tetapi melimpah ruah. Dalam hal sambung belajar ini pun, saya mahu penuhi permintaan ibu. “Saya masuk dunia seni pun atas restunya. Jadi apa salahnya saya penuhi hasratnya yang mahu saya berjaya dalam akademik.

menegaskan akan tetap mendahulukan pendapat dan pandangan ibunya membabitkan soal jodoh, walaupun dalam waktu sama dia sudah mempunyai kekasih hati kelak. Dia juga tidak kisah andai kenyataan diberikan itu akan menyebabkan ada pihak mengajuknya ‘anak mak’ selepas ini.

Ibu nombor satu

Kata bekas peserta Pencetus Ummah itu, andai ibunya tidak bersetuju dengan pilihan hatinya dia akan akur. “Bagi anak lelaki ibu adalah nombor satu. Malah taraf seorang ibu sangat tinggi di sisi Allah. Al-Quran juga menyebut ibu lebih berbanding bapa.

“Bagi seorang isteri pula suami adalah nombor satu. Bagaimanapun andai bernikah nanti saya sedaya upaya mewujudkan keluarga yang hidup dalam suasana beragama,” katanya. Dia yang mula dikenali menerusi program realiti, Pencetus Ummah (PU) musim keempat ini juga mula berjinak-jinak dalam dunia bisnes apabila membuka restoran miliknya, Food Station yang beroperasi di Jalan Tun Sambanthan, KL (berhadapan dengan Nu Sentral) yang sudah sudah beroperasi sejak dua tahun lalu.

Mahu teruskan legasi ayah

Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail rupa-rupanya mahu meneruskan legasi bapanya yang lebih dahulu menceburi dunia perniagaan. “Bapa menjadi mentor saya dalam apa yang dilakukan termasuk selok belok dunia perniagaan. Saya percaya dalam hidup ini, kita perlu lakukan sesuatu yang dapat memberi jaminan masa depan. Ada juga pendapatan tetap saya setiap bulan.

“Dunia seni masih saya cintai dan berjalan macam biasa. Cuma saya melihat prospek perniagaan makanan ini khususnya boleh dikembangkan dengan baik. Kalau sebut fasal makan ini semua orang perlukan makanan. Pilihan makanan di luar sana memang macam-macam.

Anjur ceramah agama di restoran. Bercerita lanjut mengenai restoran miliknya, premis makanan itu menyediakan lebih 500 lauk pauk Melayu, Thailand dan Barat. “Sejak dari awal lagi, saya memang tak lepas tangan menguruskannya. Sibuk mana pun, saya akan cuba bahagi masa untuk restoran ini. Dari awal mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia hinggalah beroperasi sampai sekarang, saya akan ambil bahagian.

“Saya turut berusaha mencari tukang masak terbaik sampai pergi ke Kelantan. Banyak juga kos yang dilaburkan termasuk mengubah suai semula restoran ini kerana ia diambil dari sebuah kedai lama yang diuruskan pihak lain,” katanya.”Hidayah Itu Sesuatu Yang Perlu Di Cari”Pu Rizz. Malah Riz turut menganjurkan ceramah agama di premis berkenaan dalam menyuntik elemen kerohanian sambil menjamu selera.

PU Riz  batal rakaman program TV sepanjang Januari

“PU Riz sudah membatalkan semua rakaman program TV sepanjang bulan Januari. Beliau tidak dapat dihubungi,” kata sumber berkenaan. Neelofa akui sukar untuk fahami apa yang sebenarnya berlaku. Usaha Astro AWANI untuk mendapatkan kenyataan daripada bekas peserta program Pencetus Ummah itu juga tidak berjaya.

Sejak dua hari lalu, kami menghubungi telefon bimbitnya selain tinggalkan pesanan di aplikasi WhatsApp serta di akaun Instagram peribadinya yang diikuti oleh 589,000 pengikutnya. Bagaimanapun, tiada sebarang maklum balas yang diperoleh daripadanya. Pada Ahad, Neelofa mengeluarkan kenyataan media menafikan segala dakwaan tidak berasas yang dilemparkan ke atas dia dan PU Riz.

Neelofa menegaskan, keluarga dia dan PU Riz kini dalam proses membincangkan mengenai masa depan mereka berdua. Jelitawan berusia 31 tahun itu juga menafikan dakwaan terkena buatan minyak pengasih selain menyelar pihak-pihak yang membuat tudhan dia memindahkan sejumlah wang yang besar jumlahnya pasa PU Riz.

Astro AWANI pada 1 November lalu melaporkan, Neelofa menerima kunjungan keluarga PU Riz bagi menyempurnakan majlis merisik. Kedua-dua mereka difahamkan sudah merancang untuk berkahwin sekitar Mac 2021.

Sumber foto: Instagram Shakira, Twitter, Instagram Neelofa