2 kali dah pernah gagal dalam perkahwinan. Sekali ini nasihat Nabila pada Neelofa dah jadi isteri orang buat ramai yang sebak.

Artis

BERTAHUN-tahun menjaga dan menjadi rakan serumah, kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila mengakui berasa sebak dan terharu saat adiknya itu diijabkabulkan pada pagi, Sabtu. Menurut Nabila, 37, dia terlalu gembira melihat Neelofa akhirnya menemui kebahagiaan yang dicari selama ini iaitu bergelar isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz.

“Sudah tentu saya berasa sebak dan terharu bila lihat adik saya yang sudah bertahun-tahun saya jaga, jadi housemate… akhirnya dia jumpa kebahagiaan yang dicari selama ini. Majlis akad nikah Neelofa dan PU Riz yang bertemakan rona putih.

“Perasaan itu timbul sebab akhirnya dia boleh bahagia macam orang lain dan kawan-kawan dia serta adik-beradik yang lain,” kata Nabila kepada mStar selepas selesai majlis akad nikah pasangan tersebut. Neelofa yang berusia 32 tahun sah menjadi isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.43 pagi, Sabtu di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan mengikut SOP dan bertemakan rona putih dihadiri seramai lebih kurang 150 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan terdekat dan selebriti. Paling penting, kena sentiasa ada untuk satu sama lain. Selebriti yang turut memeriahkan majlis akad nikah pasangan Neelofa dan PU Riz iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Hanna Delisha bersama suami, Izara Aishah, Shalma Aina dan Datuk Rizalman.

Dalam pada itu, Nabila yang juga baharu sahaja bernikah dengan Engku Emran pada 19 Mac lalu turut memberi pesanan kepada pasangan pengantin tersebut. Neelofa akhirnya temui kebahagiaan bersama PU Riz. Nabila berharap Neelofa dan PU Riz akan menempuh alam perkahwinan dengan penuh kesabaran serta sentiasa ada untuk satu sama lain.

“Kepada pasangan pengantin, banyakkan bersabar… kena tempuhi alam perkahwinan dengan penuh kesabaran. Tapi apa sahaja masalah yang anda berdua akan hadapi, jangan putus asa. “Paling penting, kena sentiasa ada untuk satu sama lain… susah senang bersama,” ujarnya.

KAKAK kepada pengacara Noor Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor selamat bergelar isteri kepada usahawan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat. Pasangan itu dinikahkan oleh adik Noor Nabila, 36, iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandung mereka kira-kira pukul 10 pagi di sebuah masjid di Kuala Lumpur.

Pasangan ini bergambar bersama anak-anak mereka Engku Aleesya dan Jebat. Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan berpisah pada 9 Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia dua tahun setengah

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber: TRENDINGSANGAT

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sejak Dari Awal Perkenalan Keluarga Memang Sayang Sangat Dengan Engku Emran. Noor Nabila Tampil Bongkarkan Detik Pengenalan Dia Dengan Engku Emran.

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Noor Nabila dan Engku Emran yang telah selamat diijabkabulkan pada 19 Mac lalu dalam majlis tertutup yang cuma dihadiri oleh saudara dan kenalan rapat sahaja. Mengungkap kembali detik perkenalan Noor Nabila dan Engku Emran ini, Nabila dikatakan mula mengenali suaminya itu pada ogos tahun lalu.

Tambahnya lagi, dia dan suami banyak persamaan dan keserasian itulah menjadi penguat cinta mereka hingga ke alam perkahwinan. “Kami berdua berkongsi pengalaman hidup yang agak banyak persamaan. Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini.

“Jadi, masing-masing sudah matang dan sudah tahu apa yang diinginkan dalam membina mahligai ini. Insya-Allah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” katanya. Meskipun hanya berkenalan tak sampai setahun dan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, Nabila berkata dia mempunyai alasan kuat untuk kembali bergelar isteri.

“Keluarga saya sangat menyayangi suami sejak dari awal saya perkenalkannya. Tiada istilah serik dalam mencari kebahagiaan. “Saya bersyukur kerana saya dan Jebat Jayden dipertemukan dengan Emran dan Aleesya pada waktu yang tepat. Pasti ada sebab yang Tuhan sudah aturkan buat kami,” katanya.

Tambah Nabila, dia menyifatkan Emran memiliki sifat penyayang dan romantis, justeru tiada alasan untuk menolak jodoh yang sudah ditakdirkan. “Dia sangat penyayang, menyayangi dan menghargai saya. Dia ada dengan saya pada masa saya memerlukan nasihat dan teman untuk berkongsi. Dia juga seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya sendiri,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :   HARIAN METRO via www.ohtular.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jadi Menantu Kesayangan Dalam Keluarga Engku Emran. Ibu Saudara Emran Dedahkan Mengapa Ibu Engku Emran Suka Sangat Dengan Noor Nabila.

Engku Emran kini gembira menemui pilihan hatinya untuk menjadi teman hidup. Emran yang pernah berkahwin dengan artis Laudya Cynthia Bella ini diketahui berkahwin buat kali ketiga. Terdahulu, Emran berkahwin dengan pelakon Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya.

Memilih Noor Nabila untuk menjadi teman hidupnya seperti merupakan pilihan yang tepat untuk Emran. Baru saja berkahwin, Nabila nampaknya telah menjadi menantu kesayangan keluarga Emran. Perkara ini dinyatakan oleh ibu saudara Emran,

yang merupakan seorang chef terkenal Malaysia, Puan Sri Shariffa Nisa Binti Syed Hamid atau lebih mesra dipanggil Nisa Bakri. Nisa Bakri juga nampaknya memuat naik banyak gambar pada saat perkahwinan mereka berdua. Dia juga memuji kelebihan Nabila yang suka memasak.

Bila satu hati satu jiwa #sukamasak. Welcome to our family beautifull Nabila Khan,” tulisnya di Instagram story.Isteri bekas Timbalan Ketua p0lis Diraja Malaysia itu juga mengatakan bahawa Aleesya sangat beruntung mendapat ibu baru.

“My beautiful growing up cucu Aleesya. You are so very blessed,” tambahnya. Bukan itu sahaja, menerusi muat naiknya, Nisa juga berkongsi foto pengantin lelaki dengan ibu bapa Emran.

Nisa juga mengatakan bahawa Emran adalah seorang anak yang sangat penyayang dan penuh perhatian terhadap ibu bapanya. Kini ibu bapanya juga bernasib baik kerana mempunyai menantu seperti Nabila, yang penyayang dan sederhana.

“Seorang anak yang sangat prihatin kepada ibubapa @narmeukgne , mashaaAllah. Menyerlah cahaya kasih sayang pada kedua mempelai ini @noornabila , isteri yang punyai sifat loving, genuine and she sangat simple orangnya. Yang Ibu sangat suka, Nabila suka masak,

hehehehe…. gemuklah suami nya dengan masakan lazat lazat. Shukur Alhamdulillah.. they are loving couple may this marriage reaches the highest heavens,”- katanya. Dalam muat naik sebelumnya, Nisa juga mendedahkan bahawa dia sangat gembira kerana Nabila kini menjadi anggota keluarganya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Sumber : Murai my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru Semalam Bekas Suami Kahwin Lain Sekali Tiba Tiba Peminat Bongkarkan Laudya Cynthia Bella Juga Sudah Ada Pengganti. Rupanya Ini Individu Tersebut.

DI saat hari bahagia pernikahan Engku Emran dan Noor Nabila pada pagi Jumaat, nama bekas isteri Engku Emran, pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella turut menjadi perhatian warganet.Menurut laporan Liputan6, rata-rata warganet mendoakan agar Laudya cepat dipertemukan jodoh dan memulakan kehidupan berumah tangga sekali lagi. Terbaharu, pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu digosipkan bercinta dengan pelakon senegara, Dimas Beck.

Laudya dan Dimas sebelum ini pernah menjadi ahli kumpulan muzik, Bukan Bintang Biasa (BBB) yang turut disertai Raffi Ahmad, Ayushita dan Chelsea Olivia. BBB ditubuhkan oleh komposer terkenal, Melly Goeslaw pada tahun 2006. Maka tidak hairanlah, Laudya dilihat begitu akrab dengan Dimas seperti mana yang digosipkan warganet.

Namun begitu, selepas 15 tahun berkawan, kedua-duanya pernah tampil menjelaskan bahawa hubungan mesra di antara mereka tidak lebih sekadar sebagai seorang sahabat baik. Laudya berkahwin dengan Engku Emran pada 8 September 2017 namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan berpisah pada Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, Laudya tidak dikurniakan cahaya mata. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : tehtraikkaw.com

Gosip Cinta Dah Tersebar Sampai Ke Indonesia. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Laudya Cynthia Kongsikan Hadis Di Laman Ig. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.

GOSIP cinta membabitkan kakak kepada pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dengan usahawan Engku Emran turut menjadi perbualan hangat warganet di negara seberang. Rata-rata media Indonesia memantau Instagram bekas isteri Engku Emran iaitu Laudya Cynthia Bella bagi melihat reaksi pelakon popular itu berhubung khabar angin tersebut.

Menurut laporan DetikHot, sehingga kini Laudya masih lagi tidak memberi sebarang komen mengenai gosip membabitkan bekas suaminya itu. Hasil tinjauan di laman Instagram mendapati Laudya hanya berkongsi hadis mengenai takwa dan mempromosikan jualan telekung di laman sosialnya itu.

“Teman-temanku… selamat berjuang agar kita selalu bertakwa. Semoga Allah bersihkan hati kita kerana letak takwa di dalam hati. Foto terbaharu dikongsi Engku Emran di Instagram jadi perbualan warganet Indonesia. “Selamat beribadah di hari Jumaat teman-temanku yang baca ini,” tulisnya pada hantaran terbaharu yang dimuat naik di laman tersebut.

Bagaimanapun, pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan ini bertindak menghadkan komen-komen yang diterima daripada pengikut. Laudya berkongsi mengenai ilmu agama di laman Instagram. Laudya Cynthia Bella sebelum ini sering mengelakkan diri daripada mengulas mengenai hal peribadi termasuklah isu rumah tangga.

Laudya berkahwin dengan Engku Emran di Kuala Lumpur pada 8 September 2017 dan mengadakan majlis resepsi di Bandung, Indonesia. Pada Jun 2020, Laudya Cynthia Bella mengumumkan sudah berpisah dan ikatan perkahwinannya dengan Engku Emran berakhir.

Reaksi Sharnaaz

Pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi yang melibatkan bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran. Ketika dihubungi Gempak, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata itu adalah hak Nabila jadi lebih baik untuk dia tidak mencampuri urusan berkenaan.“Saya tak nak komen apa-apa. Itu hak Nabila,” katanya secara ringkas.

Sebelum ini, sebuah portal hiburan mendakwa kakak kepada usahawan Neelofa itu sudah bertunang dengan Engku Emran iaitu bekas suami kepada bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Chintya Bella. Baru-baru ini, Engku Emran didakwa berada di rumah Nabila ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi yang juga disertai ahli keluarga yang lain.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan berpisah pada 9 Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia dua tahun setengah

Ramai Yang Terkejut Bila Engku Emran Muat Naik Foto Dalam Kereta Dan Nampak Noor Nabila Ada Sekali. Warganet Nak Komen Tapi Ini Yang Enku Emran Buat.

Khabar angin tentang hubungan cinta antara kakak selebriti terkenal Noor Neelofa, iaitu Noor Nabila dengan usahawan Engku Emran bertiup semakin kencang. Ia berikutan akhbar Harian Metro pada 11 Mac 2021 melaporkan bahawa Nabila belum bersedia membuka mulut tentang kisah itu, namun tidak pula menafikannya.

Malah pada 12 Mac 2021, Engku Emran melalui Instagramnya telah memuat naik satu hantaran. Foto yang dikongsikan itu menunjukkan skrin sentuh di dalam kereta memaparkan lagu yang sedang dimainkan. Namun menariknya, pantulan daripadan skrin tersebut menunjukkan kelibat Nabila berada di dalam kereta berkenaan.

Engku Emran sekadar menulis ringkas di ruangan caption:- “Choppy until you came along” Bagaimanapun ruangan komen untuk perkongsian tersebut telah ditutup. Hmm, nampaknya memang ada ‘sesuatu’ antara mereka. Kami di Hot FM mendoakan semoga berita baik akan disampaikan oleh kedua-dua mereka ini.

Untuk rekod, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. Namun perkahwinan itu berakhir pada Julai 2020. Engku Emran pula pernah dua kali mendirikan rumahtangga bersama selebriti terkenal Erra Fazira, dan juga selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Bagaimanapun, kedua-dua ikatan perkahwinan berkenaan berakhir dengan perpisahan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : hotfm