Neelofa terima surat terbuka dari bekas kekasih PU Riz. Mengejutkan bekas kekasih PU Riz bongkarkan sesuatu. Ini reaksi Neelofa saat terima surat terbuka itu.

Artis

Tak sampai sebulan berita tentang pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa bersama dengan PU Riz yang sebelum ini hangat diperkatakan di laman sosial, timbul pula cerita lain. Baru-baru ini, seorang gadis yang dikatakan bekas kekasih kepada PU Riz bernama Amal Syahmina telah memuat naik satu foto menerusi ruangan Instagram Story miliknya mengatakan:-

Secara kebetulan, Neelofa sebelum itu turut memuat naik foto atau video menunjukkan stokin yang baru dibeli.

Namun, pada 24 September Amal telah tampil menulis sepucuk surat terbuka untuk dirinya dan orang awam yang  mengambil berat tentangnya. Menurutnya, surat berkenaan ditulis supaya dirinya dapat meneruskan hidup seperti biasa selepas banyak perkara yang tidak benar telah berlegar di ruangan sosial. Selain itu, Amal menyatakan ia adalah kali terakhir dirinya memberi kenyataan selain mahu membersihkan namanya.

Menerusi surat tersebut, Amal mengakui bahawa dia bersalah kerana menuduh seseorang yang berniat untuk berubah menjadi lebih baik. Namun, menjadi seorang manusia biasa itu, dia berhak untuk berasa sedih. “Some of you are coming at me and dissing me, telling me I am not good enough. This, this is where it has to stop. You weren’t the one in a relationship with him for 5 years, you weren’t the one who grew so close to my family, and most importantly, it wasn’t you who had promised my family and me that you would marry me.”

“What is meant to you will find its way to you. I only want to wish everyone well from now on. I want a fresh start, for my own good. I am going to be happy for myself, for them. I don’t regret knowing him. He was a part of my life that made me who I am. But now, it’s time to let go. I deserve my best, he deserves his best. We’re just not each other’s best. Redha.”

Bagaimanapun, ruangan komen pada gambar berkenaan telah ditutup namun menerusi laman Twitter, ramai yang memberi sokongan terhadap gadis itu dan tidak kurang juga terdapat individu yang memuji kecantikan dan kebijaksanaan yang dimiliki.

Sumber :HotFM

Kecoh Neelofa Pakai Baju Sedondon Dengan PU Riz. Akhirnya Neelofa Dan PU Riz Tampil Bongkarkan Hubungan Mereka. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Hubungan Mereka Selama Ini.

Keberadaan pelakon dan pendakwah bebas PU Riz di majlis perkahwinan adik Neelofa pada Ahad mencetuvskan spekvlasi warganet. Lebih menghairankan apabila PU Riz tampil mengenakan baju Melayu sedondon dengan keluarga Neelofa.

Malah, menerusi Instagram Stories kakak Neelofa, Noor Nabila, kelibat kedua-duanya sedang berbual-bual sempat dirakamkan dan disertakan emoji ‘love’. Tampil menjawab spekvlasi tersebut, kata PU Riz keberadaannya di majlis tersebut sekadar untuk memenuhi undangan untuk membacakan doa.

“Ni depa nak pekena, saya cuma diminta dia (Neelofa) untuk membacakan doa saja,” jelasnya kepada Gempak. Terdahulu, desas-desus mengenai hubungan rapat Neelofa dan PU Riz pula diperkatakan warganet apabila kedua-duanya sering dilihat bersama sejak Ramadan lalu.

Namun, perkara itu dinafikan kedua-duanya dan menyifatkan mereka berjumpa atas dasar kerja. Neelofa sebelum ini pernah mengundang PU Riz untuk menjayakan program bacaan 99 Nama Allah sekitar tahun 2018. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Tergamam Neelofa Muatnaik Gambar Yang Mendedahkan Aurat Di Ig Nya. Mengejutkan Ini Tindakan Neelofa Tak Lama Selepas Itu.

Hos dan ahli perniagaan berjaya, Neelofa ada memuat naik kembali foto yang telah disunting baru menerusi Instagram, baru-baru ini. Malah difahamkan, ruangan kapsyen juga turut diubah menerusi foto yang merakamkan aksinya yang sedang berposing dengan teropong.

“When you’re looking for love and beauty in each other and ( swipe ) Allah Almighty blessed you with more than what you asked for,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, ada peminat yang perasan akan perubahan foto tersebut yang mana ia telah disunting kembali pada bahagian lengan figura asal Kelantan itu.

Malah, ada di antara mereka yang memuji tindakan yang diambil Neelofa.

Terdahulu, penampilan bekas hos program MeleTop itu yang dikatakan sudah mula kerap mengenakan ‘inner’ dan stoking selain bertudung menutupi dada menerima respon positif ramai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : MH

Sama Sama Doakan Semua Dapat Jodoh Yang Baik. Akhirnya Setiah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Terjawab Semuanya Tentang Hubungan Pu Riz Dan Neelofa. Rupanya Ini Hubungan Mereka Selama Ini.

“Orang bertudung… kita hargai usaha murni untuk menutup aurat,” demikian jawab pendakwah bebas dan pelakon PU Riz ketika diasak pertanyaan adakah Neelofa punyai ciri-ciri wanita idamannya. Tambah PU Riz lagi, dia lebih memandang tinggi golongan wanita yang berusaha untuk menjaga aurat dan maruah tidak kira apa juga latar belakang keluarga dan kerjaya.

“Mana-mana wanita yang berusaha untuk menutup aurat dengan baik kita hargai. Kita tak mahu ada kontroversi apabila membuat kerja-kerja agama. “Hubungan saya dan dia (Neelofa) atas dasar kerja. Saya sudah lama bekerjasama dengannya untuk beberapa program dan Alhamdulillah berjaya.

“Kita bekerja sahaja, pergi kemana-mana dengan dia pun untuk menyampaikan dakwah dan tidak membabitkan soal hati dan perasaan. Kita tengok ini satu usaha dakwah sahaja. “Jadi saya tak rasa ada apa-apa yang pelik. Kita menyeru orang untuk buat benda baik bukan melalaikan…

“Maka sama-samalah doakan semua mendapat jodoh baik dan paling penting mengutamakan agama. Sesungguhnya agama akan membantu kita,” jelasnya. Kata bintang filem Ada Apa Dengan D0sa itu, dia tidak boleh menghalang atau menutup mulut mana-mana pihak untuk mengaitkannya dengan Neelofa.

“Kalau warganet nak cakap apa, saya tak ada kuasa nak kawal apa yang mereka nak perkatakan. Apa yang pasti saya buat untuk akhirat. “Sebelum ini pun saya pernah bekerjasama dengan Lisa Surihani dan ramai lagi artis lain. Kita membantu sesama orang seni. Mana saya mampu saya nasihatkan, kalau tak saya minta orang lain tolong nasihatkan.

“Kalau boleh saya nak buat benda-benda maaruf sahaja dan mengingatkan kita tentang Allah,” ujarnya. Ditanya tentang status terkini dirinya, jawab PU Riz secara umum bukan caranya untuk bercinta sakan. “Belum kahwin lagi… Girlfirend-girlfriend tak ada dalam agama. Kalau nak kenal dengan seseorang tiada masalah. Kita tak ada nak mengorat, bukan stail kita,” tegasnya.

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan PU Riz menjalinkan hubungan rapat dengan personaliti popular Neelofa sejak Ramadan lalu. Dalam perkembangan lain, filem lakonannya Ada Apa Dengan Dosa bakal ditayangkan di 70 pawagam seluruh negara bermula 10 September ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : GEMPAK

Ada Yang Pertikai Soal Rezeki. Neelofa Tampil Beri Nasihat Untuk Masyarakat Umum Untuk Ubah Mentaliti Diri Masing Masing

Pelakon dan pengacara, Neelofa menyifatkan setiap individu di muka bumi ini mempunyai perjalanan hidupnya yang tersendiri. Menurut Neelofa, Allah telah mengurniakan rezeki buat seseorang itu dalam pelbagai cara dan sebagai manusia kita tidak patut mempertikaikannya.

“Janganlah kita suka mempertikaikan rezeki orang lain. “Ada orang, belajar tak cemerlang, alam pekerjaan top employee, business jual benda biasa je, tapi sebab usaha, boleh cecah juta-juta. “Nyanyi okay, tapi sebab atittude dan rezeki dapat lagu yang best, lagu jadi meletop. Begitulah,” tulisnya.

Kenyataan tersbut dikongsikan oleh pengacara program Next To Neelofa itu menerusi akaun Twitter miliknya. Melihat pula di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Neelofa itu selain turut berharap agar kita semua belajar untuk mengenal erti bersyukur.

Terdahulu, program Next To Neelofa kini telah pun memasuki episod ke-7 yang menampil chef tersohor negara, Chef Wan sebagai tetamu undangan. Next To Neelofa boleh ditonton pada setiap Khamis jam 9.00 malam eksklusif di Astro Ria (123) dan Ria HD (104). Sumber: Twitter Neelofa

Neelofa Dedah Aktres Wanita Sanggup Tolak Pelawaannya Yang Satu Ini. Ramai Tak Sangka Ini Sikap Sebenar Aktres Tersebut

Biarpun sering menjalin kerjasama dengan pelbagai jenama fesyen antarabangsa, pengacara, pelakon dan usahawan popular, Neelofa, 31, masih mengekalkan hubungan baik dengan pereka fesyen tempatan. Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor ini masih mengingati momen awal ketika dia mula menceburkan diri dalam dunia hiburan.

“Hampir 10 tahun saya dalam industri. Di awal pembabitan, saya sendiri yang yang mengetukpintu butik pereka fesyen tempatan, meminjam busana, buat ‘follow up’, hantar balik sehinggalah zaman sekarang, saya mempunyai penata gaya sendiri.

“Mereka pula yang mengambil tanggungjawab tersebut. Jadi, hubungan dan kerjasama saya dengan pereka tempatan sudah lama berlaku. “Secara tidak langsung, saya memahami daripada mana mereka datang, usaha mereka dalam keinginan untuk meletakkan jenama masing-masing di tahap tersendiri,” katanya Gempak.

Neelofa ditemui majlis pengumumannya sebagai duta rantau Asia Tenggara yang pertama untuk jenama kecantikan antarabangsa Lancome di One Utama, Petaling Jaya pada Jumaat. Memahami usaha pereka fesyen tempatan dalam menaikkan jenama mereka, Neelofa tidak memandang rendah dengan segala inisiatif yang telah dilakukan.

“Malah ada di antara majlis antarabangasa, saya kenakan busana persalinan rekaan pereka fesyen tempatan juga. Bezanya kalau jenama antarabangsa, ia hanya ‘sample model’ sahaja yang mana ia tidak boleh diubah-ubah. “Tapi, jika saya mengenakan busana pereka tempatan, kita boleh sesuaikan baju yang nak dipakai bergantung dengan majlis apa yang ingin dihadiri.

“Jadi janganlah kita tidak memandang terus mereka… Setiap majlis konsepnya berbeza-beza. Usah pandang rendah atau abaikan kerana kita tidak tahu bila kita perlukan khidmat mereka,” katanya. Neelofa memberikan respon terhadap sesuatu pereka fesyen terkenal tempatan, Rico Rinaldi yang terkilan dengan sikap angkuh seorang pelakon yang menolak pelawaan untuk menjadi wajah rasmi sempena kempen Hari Raya Aidilfitri 2021.

Dedah Rico, pelakon wanita terbabit menolak pelawaannya dengan angkuh dan menegaskan hanya mengambil tawaran untuk jenama antarabangsa sahaja. Sebelum ini, Neelofa pernah menjadi wajah bagi koleksi Rico Rinaldi Summeraya 2018.

Jangan lupa saksikan program terbaru yang dihoskan olehnya, Next To Neelofa setiap hari Khamis, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 124). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program bual bicara ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.

Neelofa wajah rantau Asia Tenggara

Pengacara popular, Neelofa dilantik sebagai duta rantau Asia Tenggara Lancome sekali gus menjadi individu Malaysia pertama yang mewakili jenama produk kecantikan Perancis itu. Neelofa ketika ditemui berkata, dia mengaku terharu dan bersyukur atas pelantikannya itu serta berpeluang membawa imej wanita muslim berhijab di mata dunia.

“Jenama ini banyak menyokong kerjaya saya sejak lima tahun lalu. Sudah lama saya menyimpan impian untuk bekerjasama dengan jenama yang mengutamakan kebahagiaan, cita-cita dan menjalani kehidupan sepenuhnya dengan indah serta bermakna. “Saya tak sangka diberi berpeluang menjadi wanita Malaysia pertama dilantik sebagai duta Asia Tenggara bagi produk ini.

“Ini satu tugas yang besar dan tanggungjawab baharu yang perlu saya galas. Susah nak percaya apabila berjaya sampai ke tahap ini.  “Mewakili wanita Muslim berhijab bersama produk antarabangsa ini boleh dianggap sebagai jihad kecil saya. Diharapkan jalinan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta Asia Tenggara Lancome di Damansara, hari ini.

Menurut Neelofa, pemilihannya sebagai duta boleh dianggap sebagai satu kejayaan buat negara kerana selama ini wajah produk antarabangsa itu sering ditawarkan kepada negara luar. “Sebelum ini mereka sering tampil dengan wajah dan duta baharu dari Jepun, Korea dan China. Selalunya wakil daripada Asia Tenggara tidak dipandang sangat.

“Tapi siapa sangka akhirnya wakil daripada Malaysia dipilih menerusi satu proses yang panjang. Ini satu kebanggaan buat kita. “Insya-Allah, buat kali pertama dalam sejarah produk ini juga akan tampil dengan kempen Hari Raya Aidilfitri 2021. Sebelum ini mereka tidak pernah anjurkan kempen Aidilfitri di Malaysia. Kempen ini juga akan diperkenalkan di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura,” katanya.

Neelofa bercerita tentang PU Riz, banyak memuji – “Saya pilih dia sebab…”

Cerita kononnya selebriti Neelofa menjalinkan hubungan istimewa dengan Pencetus Ummah (PU) Riz bukan sesuatu yang baru khususnya dalam kalangan warganet. Namun menurut Neelofa, dia sudah mengenali Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail sejak tiga tahun lalu dan mereka sering bekerjasama dalam program dakwah namun tidak mendapat perhatian.

“Ramai orang yang tidak mengetahui sebenarnya saya dan ustaz Haris (Riz) sudah lama bekerjasama sejak tiga tahun lalu. Saya banyak membuat program yang melibatkan Haris dan juga ustaz Tarmizi. “Tapi orang tak fokus sangat program tersebut sebab ia tidak melibatkan media tapi hanya untuk peminat saya serta mereka yang terlibat dalam Neelofa hijab,” katanya kepada mStar.

Neelofa tampil dengan program terbaharu berjudul Next To Neelofa. Neelofa ditemui ketika sidang media program Next To Neelofa di Alexis, Bangsar Shopping Central, Kuala Lumpur pada Jumaat. Bercerita lanjut tentang keperibadian Riz, bekas pengacara program MeleTOP ini berkata, jejaka itu dianggap sebagai seorang pendakwah muda yang baik, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.

“Bagi saya dia seorang anak muda yang sangat bijak, ada latar belakang agama selain seorang pendakwah yang bagus. “Dia boleh tarik orang untuk mendengar tazkirah. Tak semua orang ada tarikan itu,” kata Neelofa lagi.Hubungan mereka dikatakan semakin rapat sejak Ramadan lalu apabila pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu sering menjadi imam solat tarawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa.

Tetamu jemputan juga berkongsi cerita eksklusif dan ia merupakan sesuatu yang berbeza

Kisah itu turut menjadi tular di Twitter sehingga menimbulkan persepsi kononnya mereka mempunyai hubungan istimewa. Dalam pada itu, pelakon drama popular Red Velvet itu menjelaskan hubungan mereka kelihatan rapat disebabkan Riz kini banyak terlibat dalam menguruskan Pertubuhan Kasih Neelofa.

“Sekarang ini penglibatan dia lebih banyak dalam pertubuhan Kasih Neelofa. Saya dah biasa kerja dengan dia dan ustaz Tarmizi. Tapi jadual ustaz Tarmizi sudah padat dan Haris pula lebih flexible sebab tengah belajar. “Saya pilih dia sebab nak seseorang yang ada platform dalam bidang seni dan boleh jadi jurucakap supaya tiada salah memandangkan, saya tiada latar belakang ilmu agama Islam yang luas,” ujarnya.

Episod pertama Next To Neelofa menampilkan selebriti terkenal Datuk Hans Isaac. Berkongsi mengenai perkembangan terbaharunya, Neelofa mengakui dia berasa gemuruh untuk mengendali program bual bicara berjudul Next To Neelofa yang menampilkan tetamu undangan yang terdiri daripada personaliti ternama tanah air dan figura berpengaruh dalam bidang masing-masing.

“Memang rasa berdebar dan kecut perut juga. Perasaan itu berbeza dengan mengacara program MeleTOP. Tapi Alhamdulillah, untuk episod pertama pada malam Khamis, saya rasa bersyukur dan berpuas hati. “Setiap episod ada vibe dan energy yang berbeza. Tetamu jemputan juga berkongsi cerita eksklusif dan ia merupakan sesuatu yang berbeza. Tujuan program ini untuk memberi kata-kata positif dan inspirasi kepada penonton,” ujarnya. Rakaman program istimewa yang berdurasi selama 60 minit sepanjang 12 buah episod ini juga akan bersiaran pada setiap hari Khamis, pukul 9 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).