Nekad cuma nak try je tapi lama lama sampai sanggup buat benda tak elok. Suami jadi curiga itu ank siapa bila dapat tahu isteri hamil. Tergamam bila tiba tiba laki sendiri buuat iiini bila tau bini pernah buat dengan lelaki bujang.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan carian google. Assalamualaikum wbt semua… Kisah aku ni nak dikatakan berat ke tidak, tak tahu lah. Cuma aku tak tahu pada siapa aku boleh mengadu dan bercerita. Ia tentang aib sendiri tapi hati macam nak pecah untuk bercerita.

Kisah berlaku 3 bulan lalu bilamana kisah aku selingkuh (aku isteri) dengan lelaki lain kantoi dengan suami sendiri. Keselingkuhan aku bukan sekadar bermadah mesra, tapi sehingga aku melakukan perbuatan terkutuk. Aku tahu semua itu memang salah aku, aku tak mampu sorok dari pengetahuan suami sehingga aku mengaku telah buat benda tu dengan lelaki bujang tersebut.

Kami tidak bercinta, tetapi lebih kepada ‘test market’. Aku hampir 40 tetapi mungkin seorang yang petite dan berperwatakan lebih muda menyebabkan lelaki tersebut cuba2 untuk ‘test market’. Ya, dia bujang dan early 30. Aku tahu dia ada girlfriend, tapi pada aku, tak kisah lah. Aku bukan nak serious pun dengan dia.

Dia selalu kacau2 aku di tempat kerja sehingga kami berani berjumpa di luar. Walaupun aku selalu ingatkan dia yang aku dah tua, dia kerap cakap aku tak seperti itu pun. Ya, itu semua ayat syaiitan yang menghasut. Aku hanyut dengan pujian.

Di rumah, aku miliki 3 orang anak, seorang suami yang setia walaupun sedikit baran. Tidak romantik, selalu meninggikan suara, sukar di bawa berbincang. Kami telah kenal lama sebelum berkahwin dan perkahwinan kami cecah 10 tahun.

Okay berbalik pada kisah aku kantoi, mula aku cuba menidakkannya tapi setelah didesak aku mengaku dan merayu untuk tidak memperbesarkan hal ini. Maksudnya, aku taknak dia belasah lelaki tersebut kerana bukan salah dia seorang (salah aku jugak) dan taknak aib aku tersebar dan menyebabkan emosi aku dan anak2 terganggu.

Di saat itu, hari2 aku menangis, merayu, memohon ampun dari suami dan juga solat taubat. Suami turut nangis berhari2, emosi terganggu tambah2 dia ada event penting ketika itu, berat badan nya susut teruk, aku pun terpalit sama. Emosi terganggu teruk, mata bengkak berhari2. Aku betul2 insaf dengan perkara ini.

Nak di jadikan cerita, ketika dan saat itu, aku dapat tahu diriku mengandung. Aku yakin ia adalah anak suami ku walaupun mula2 suami ragu. Tapi aku yakin sebab aku memang tak benarkan lelaki itu ‘buang dalam’.

Lelaki berkenaan juga sedar atas kesilapannya mengganggu isteri orang dan takut dengan suami. Saat itu kami betul2 putus hubungan walapun 1 tempat kerja. Dia block aku, aku block dia. Simple. Tapi suami tetap tak nak lepaskan dia pada mulanya.

Kami berdua tidak berhubung langsung selepas itu, tapi aku tidak dapat lari dengan berurusan di tempat kerja cuma tidak kerap kerana tempat kami berlainan laluan. Jadi kami berhubung atas hal kerja sahaja. Suami dalam masa, lama kelamaan sanggup memaafkan aku, dengan syarat aku berubah dan tidak mengungkit kisah tersebut lagi. Dia tak sanggup melepaskan aku demi kasih sayang dan anak2. Dari hari ke hari berdoa tentang kebaikan suami dan doakan hubungan kami terus erat dan dirahmat1 Allah.

Tetapi malangnya, dalam aku cuba berubah, bila ada dan ketikanya jika kami bergaduh berkenaan hal lain, mesti suami akan menyelit tentang kisah tersebut. Kadang2 aku rasa hilang pedoman sebab seolah dituduh masih berhubung dengan lelaki tersebut. Demi Allah, aku dah bertaubat dan tak pernah lagi ulangi hal itu.

Suami seakan2 mereka2 cerita tentang kami yang mana mengatakan ada dengar kami berjumpa lah, berhubunglah, dan cakap ingin bawa aku jumpa dengan lelaki tersebut. Aku bingung. Aku memang tidak buat lagi dan berjanji dengan diri sendiri untuk berubah. Aku tak tau kenapa dia masih curiga dengan aku. Sedangkan boleh dikatakan di ofis pun aku jarang bercakap, berhubung dengan lelaki tersebut.

Suami pun dah kerap hantar dan jemput aku ke tempat kerja. Aku tak sedikit suruk handphone atau password, jadi mudah untuk suami check senyap2 sekali pun. Aku dah tak takot. Tetapi suami masih rahsiakan password sendiri. Dengan alasan ada urusan dengan informer ( lelaki scandal aku ). Wallahualam, aku cuba berfikiran positif, malas nak panjang2 cerita.

Aku jadi tertekan, tambah aku tengah berbadan dua. Emosi terlalu sensitif. Suami masih lagi dengan sikap baran. Kadang cakap hal simple pun boleh tinggi suara. Puas aku pujuk hati, merajuk pun tak guna sebab tahu takkan di pujuk. Aku mengadu pada Allah sahaja, mohonkan kesabaran yang tinggi dan lapangkan dada untuk menerima ujian ini.

Aku bangun tengah malam menangis meratap dengan Allah je kekuatan aku sekarang. Bila asal bergaduh aku mula takot, takot akan dipersalahkan. Tak pernah lagi bergaduh suami yang salah, kebanyakan salah nya datang dari aku. Aku la yang derhaka, aku la nusyuz, aku la isteri berd0sa.

Tapi bila dalam keadaan macamni, nanti suami mula la buat tuduhan tentang ‘lelaki’ yang dulu. Janji tak nak ungkit, tapi mesti terungkit jugak bila bergaduh hal lain. Kadang2 aku confuse, kenapa masih tak lepaskan aku kalau rasa tak percaya kan aku lagi, dalam masa yang sama seksa perasaan aku macamni?

Suami memang dari dulu macam ni. Jika dia yang buat salah, kita jugak yang akan nampak bersalah. Kita jugak akan dituduh nusyuz atau derhaka. Jadi di mana hak kita sebagai seorang isteri jika tak boleh bersuara dan hati tidak dipelihara. Kalau dulu mungkin kita banyak memendam. Ingatkan bila hikmah issue kantoi selingkuh ni boleh merubah kami berdua, tapi suami tetap begitu.

Aku cuba berdoa agak dia berubah, sentiasa berlembut hati.. tapi kadang aku kalah. Aku rasa ingin berpisah jika terus begini. Rela hidup sendirian sebab daripada terus dilabel isteri derhaka.. Sebab apa sahaja yang aku buat, tidak nampak baiknya di mata dia. Mula la kata dia kejut aku, aku tak sedar lah, aku tak nak layan dia lah.

Wallahualam. Demi Allah, kalau aku sedar, aku akan bangun. Tapi kalau tak bangun or paling tu, aku berani cakap, memang aku tak sedar. Tapi dia takkan percaya semua tu. Aku tak minta banyak, aku tau aku bukan isteri yang baik, berusaha untuk jadi baik. Tapi tak boleh kah aku mendapat hak aku sebagai seorang isteri? Bantu lah aku… Perlukah aku berpisah sahaja untuk kebahagiaan diri ku? Bukan sebab lelaki lain, tapi demi untuk tidak terus dilabel derhaka dan ingin hidup bahagia..

Perkongsian Zarine mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Asma Aini –Jangan nak nampakkan salah suami je kak. Setakat tak dipujuk, panjang karangan akak. Sakit hati dia lagi teruk. Bukan benda yang ringan kak. Semoga taubat akk dan kita semua diterima.

Fahrin Ahmad –Meh nak bgtau fakta. Sebagai lelaki, aku nampak ending dia kemana wpun suami kau cakap blh terima kau. Malas nak bgtau, faham sendirilah ending dia. Lambat atau cepat.

Ti Ni –Masih bertuah kau sbnrnye. Aku janda 14thn jaga anak sorg2. Tanggapan org kt janda teruk padahal takde skandel ke apa. Laki kau marah kt kau logik la sbb kau buat salah. Minta ampun byk2. Dia jaga aib kau jugak tu.

Encik Fazil –Kes berat… nauzubillahiminzalik,sampai buat benda terkutuk. Bukan janda,bukan ank dara tpi msih status isteri org. Dan suami msih menerima, elok jumpe kaunseling dan tukar tempat kerja supaya suami tidak mngukit kisah silam.

Cari punca dia.tu je blh bgi pendapat.harap confessor bertaubat dan mginsafi ketelanjuran tersebut,sbb kalau aku pun amat ssh nk menerima,nk kembali baik macam dlu mgkin takde peluang,tpi gagahkan juga demi anak2. Lgi2 mslah ni bru dan mngandung pulak,memang jdi pertikaian,benih siapa?

Fydd Arsat –Kak… sori aku ckp kasar sikit. Ko sakit setakat tak kena pujuk.. laki ko sakit sbb dapat bini gatal nak test market bagai. Yang ko buat tu bukan benda kecik22. Ko punya selingkuh ni bukan level biasa222. Byk isteri2 kat luar tu suami tak reti memujuk pun, panas baran, tp dorg nak berjalan lalu lalang depan org lelaki pun dorg segan.

Anak2 ko kalau tau perangai mak diaorg macam gini pun, segan diaorg nak pandang muka ko kak… klu naik mahkamah, hak jagaan pun ko tak dapat kak… cuba bwk2 bersyukur. Ko tak hilang anak.. ko tak hilang suami… laki ko izinkan lagi ko teruskan hidup macam biasa… dah terbukti ko berkelakuan tak senonoh dibelakang, adakah ko berharap dilayan macam permaisuri lg.

– Zarine (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Suami Bersama Dengan Isteri Lepas Balik Kerja Dan Terus Biarkan Isteri Kat Katil Macam Tu Je. Satu Hari Tu Kantoi Rupanya Suami Ada Perempuan Lain. Akhirnya Ini Yang Terjadi Pada Isteri Buat Suami Terkedu.

Assalamualaikum. Semoga hati ini kuat untuk menceritakan kisah pahit yang pernah terjadi dalam hidup saya. Kisah ini berlaku selepas saya berkahwin dengan lelaki yang saya cintai. Kini saya sedang cuba membina hidup baru bersama anak. Kisahnya begini.

Saya merupakan seorang isteri dan seorang surirumah kerana suami tidak membenarkan saya bekerja walaupun saya ada lepasan ijazah. Suami saya berkerja di ibu kota sebagai jurutera. Kami berkahwin selepas kami mengenali satu sama lain hanya selama 3 bulan.

Suami ajak saya kahwin sebab pada waktu itu dia sudah mampu nak tanggung saya, dia berusia 29 tahun sekarang dan saya masih berumur 25 tahun. Lima bulan selepas kami berkahwin, suami sudah menunjukkan sifat sebenarnya iaitu terlalu kuat cemburu dan panas baran.

Dia cemburu buta sehingga tidak membenarkan saya keluar dari rumah ketika dia keluar bekerja, malahan kunci kereta saya diambil. Suami akan membenarkan saya keluar, dengan syarat dia mesti ikut sekali. Suami seakan tidak mempercayai saya.

Saya tiada langsung menaruh hati kepada orang lain selain suami saya. Saya akur dan masih menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Menjaga dia seikhlas hati. Selepas beberapa minggu, suami menjadi sangat panas baaran sehinggakan apa sahaja yang saya buat adalah salah dimata dia. Suami seakan membenci saya.

Setiap hari selepas pulang dari kerja, suami mencari saya. Memaksa saya untuk melayan keinginan. Pada permulaan, saya akur kerana tidak mahu drhaka pada suami kerana melayan suami yang sudah halal tidak berdosa. Tetapi lama kelamaan, saya dilayan seperti binatang, dipaksa oleh suami sendiri sedangkan saya tidak rela. Saya dikasari jika tidak ingin melayan kemahuannya. Hancur hati saya melihat perubahan orang yang saya sayang. Dia seakan membenci saya.

Dia bukanlah lelaki yang saya kenal seperti sebelumnya. Masakan saya langsung tidak disentuh seperti sejak mula mula kahwin dulu. Dia kerap makan diluar. Saya bertanya dengan lembut pada suami. Kenapa buat saya macam ni? Suami hanya membalas dengan kata kata kesat, mengatakan yang saya layak diperlakukan sebegini.

Saya ni jijikk seperti bnatang, kata suami. Apa dosa saya? Kami tidak lagi solat bersama, kerana selalunya saya yang ajak suami solat. Tapi kini, suami tidak lagi menjadi imam. Tiada kucupan didahi saya lagi selepas solat.

Suami tidak tidur bersama saya lagi. Kami tidur di bilik berasingan. Dia hanya akan menduri saya selepas pulang dari kerja dan tingggalkan saya seperti seorang perempuan langganan di atas katil. Nafkah masih diberi suami, namun saya tidak langsung menggunakannya.

Di waktu siang semasa suami bekerja, saya hanya menghabiskan waktu membuat cookies untuk dijual kerana saya terlalu bosan di rumah. Suatu hari, rahsianya terbongkar apabila saya terbaca mesej suami saya dengan wanita lain .

Wanita itu merupakan kawan lama di sekolah menengah suami saya. dan suami mempunyai hubungan dengan wanita itu di belakang saya. Suami saya tidak setia dengan saya. Perit hati rasa, hidup saya seakan kosong, tiada makna. Saya tiada sesiapa untuk meluah rasa kecuali kepada kakak saya yang tinggal berkilometer jauhnya.

Saya membuat keputusan untuk minta dilepaskan. Tetapi saya belum beritahu suami. Kerana saya disahkan mengandung 2 bulan. Saya pada waktu itu tidak pasti sama ada itu adalah khabar gembira atau tidak. Saya terlalu sedih kerana benih ini wujud bukan kerana cintanya suami saya pada saya. Saya ingin lari, jauh dari suami saya kalau boleh. Saya buntu, saya sayangkan anak dalam kandungan ini kerana inilah cahaya mata kami berdua. Tapi tiada hak saya untuk minta berpisah disaat benih suami yang saya kandung.

Saya menahan semua ni, menelan rasa sehingga pada suatu malam, kesabaran saya sudah sampai penghujungnya. Saya mengetuk pintu bilik suami, sambil membawa cincin pernikahan kami berdua. Saya ingin memulangkan cincin tersebut, kerana saya ingin dia melepaskan saya, meminta agar suami faham akan permintaan saya.

Suami mengatakan “Pergi lantakk kau nak buat apa apa pun.” Suami mengambil cincin saya dan suruh saya keluar dari rumah. Dia tidak melepaskan saya tapi meminta saya untuk keluar dari rumah. Saya tidak pasti jika talak jatuh sebab saya sedang mengandung.

Kandungan saya sudah mencecah 5 bulan pada ketika itu. Suami lebih menyayangi wanita itu dari saya dan anak. Saya akur untuk tinggalkan rumah. Saya mengemas barang saya, usah terbayang perasaan saya waktu itu. Saya dihalau suami saya sendiri. Lelaki yang berjanji akan mencintai saya sehingga hujung nyawanya. Saya mengosongkan almari saya. Yang tinggal di almari saya hanyalah pakaian yang diberi oleh suami, telekung hantaran dari suami dan album perkahwinan kami. Saya redha.

Ini lah jalan penceritaan saya. Saya buntu, tidak tahu kemana. Duit di tangan masih ada. Di dalam akaun, berbaki hanya RM2500++. Saya nekad untuk memulakan hidup baru. Saya kemudian tinggal di rumah kakak, sementara saya cari rumah lain kerana bimbang mengganggu keluarga kakak. Saya nekad untuk berniaga kerana keadaan saya tidak sihat atas alahan yang saya alami hasil pembawaan anak dalam kandungan.

Kakak saya sudi meminjamkan saya wang modal untuk berniaga nasi lemak setiap pagi dan di waktu petang, saya mengambil upah kerja di kedai dobi. Pendapatan saya hanyalah lebih kurang Rm1500, alhamdulillah masih cukup untuk saya sara anak.

Saya bercadang untuk pulang ke rumah bapa apabila saya sudah bersedia. Ibu saya sudah pergi buat selamanya kerana sakitt dua tahun lalu. No telefon saya sudah ditukar namun, suami masih cuba untuk menghubungi saya melalui kakak saya tetapi kakak tidak melayannya.

Namun dia tetap memberi nafkah setiap bulan. Namun saya tidak menggunakannya malah saya memulangkan nafkah tersebut pada akaun bank suami balik. Saya mampu hidup tanpa wang suami kerana saya taknak menyusahkan suami lagi.

Saya juga tidak tahu tentang keadaan suami saya dengan wanita itu, Apa yang saya tahu, selepas anak saya dilahirkan, saya akan failkan perpisahan. Saya masih sayangkan suami saya. Saya rela dilepaskan untuk lihat dia bahagia. Bagi saya, tiada makna erti perkahwinan jika tiada rasa sayang.

Doakan saya semoga dipermudahkan segala urusan saya dan anak saya. Saya ingin menjalani hidup baru bersama permata hati saya yang bernama Nur Natasha yang bermaksud cahaya kekuatan, moga Natasha kuat seperti saya suatu hari nanti. Cinta tak bererti kita harus memiliki, kadang kadang cinta bererti kita harus melepaskan.

Terima kasih sudi mendengar luahan hati saya. Buat suamiku. Wahai suamiku, terima kasih kerana telah menjaga Saya dan menyayangi Saya walaupun dalam tempoh yang singkat. Anak dalam kandungan ni adalah hadiah paling bermakna untuk Saya walaupun abang benci kami berdua. Saya redha. Saya nak abang bahagia bersama dia. Saya sedar siapa diri Saya. Saya janji akan jaga anak kita sebaiknya. Ampunkan dosa Saya. Jangan cari Saya lagi.