Nekad duduk dengan mertuaa sebab laki sendiri tak mampu untuk sewa rumah lain. Tergamam bila dah duduk dengan mertua kakakkk ipar sanggup ambik kesempatan macam ni.

Kisah Rumah Tangga

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Assalamualaikum semua, saya tinggal rumah Mak mertua, dalam rumah ada adik suami, memang nak keluar bilik kena pakai tudunglah hari-hari, hari-hari saya rasa macam duduk Kat rumah orang, ada yang sama macam saya tak? Hehee… tak apalah jalani je hidup ni, nak menyewa gaji suami Tak cukup, terima aje lah.. ok sambung.

Saya anak first. Kak ipar saya nak saya jadi pengasuh anak dia 2 orang, sebab pengasuh lama dia naikkan rm.50, macam mana taknya pengasuh lama dia naikkan bayaran 50, hantar anak pukul 6, pukul 7 baru Datang ambik, so sekarang dia hantar Kat rumah mak mrtua saya, saya jaga anak dia 2 orang ada masa dia hantar anak yang tua tu sekali ada masa saya jaga 3 orang anak dia.

Dia bayar rm.600, bayar gaji lambat sangat, dah nak dekat 2 bulan baru bayar dia hantar anak dia samalah dengan dia hantar ke rumah pengasuh lama, dia Datang pukul 6 balik kerja mandi sebab time c0vid ni kan, makan terus tengok tv main FB golek gelebang bukan nak ambk anak dia dlu, mana boleh mcm tu kan.

kita sama-sama cari rezeki. Punyalah lama dia nak ambik anak dia, dah ni dekat mahgrib baru ambik anak dia, dahlah saya ada anak kecik juga nak mandi kan anak Saya lagi segala macam, dulu masa dia hantar rumah pengasuh lama hari Sabtu dia hantar rumah mak mertua Saya, mak mrtua saya yang jaga, sekarang Senin sampai Sabtu Saya jaga, saya sedih sangat dengan sikap dia.

Kadang pagi tu anak dia basah lencun pempers Tak tukar kesian anak dia. Lepas tu makan minum pagi petang kat rumh ni, siap balik kerja, mandi, baju dan kain batik k0tor dia tinggalkan je kat ruang tamu, last2 suruh saya cuci, dahlah baju anak dia saya cuci semua, cuci piring dengan cawan dia minum sorang pun Tak dapat, padahal saya dah bersihkan singki, kadang anak dia berrak dah pukul 7 tu tong cuci lah sendiri.

Ni saya tengah mnyusu anak saya dia sibuk panggil saya cucikan brak anak dia, kesian anak saya tengah menyusu anak saya baru nak lelap saya lepaskan susu menangis dia, kadang hari Tak kerja dia makan rumah Mak mrtua saya yelah mak dia kan…. Lepastu kadang2 Masa dia datang time cuti tu anak dia brak, pempers anak dia pun Tak reti dia buangkan Kat tempat sampah, padahal saya dah siapkan tempat sampah pempers anak2, dia letak Kat atas meja ruang tamu.

Saya sedih sy tak tau nak luahkan Kat siapa, takkan saya sampaikan langsung Kat dia, saya nak jaga hubungan ipar jugak, maaflah ayat berterabur dan panjang sangat, saya nak luahkan aja, saya tak tau nak luah Kat siapa, terimakasih admin.

Reaksi warganet.

Faeizah Abdul Karim – Kalu awk nak jaga ank sil tu, buat perjanjian hitam putih.. Hantar n ambil pukul brpe.. Kalu lambat sejam kena cas rm5.. Semua brg2 keperluan ank sil tu kena sediakan.. Dah buat hitam putih n biar bersaksi.. Ppe nti awk ada hitam putih nye.. Kalu xnak jaga ajak suami pindah.

Yaya Samarra – Jgn lembut sgt, nnti org pijak kepala. Manusia ni bkn bole tgok org baik sikit mula la amik kesempatan. Tak salah nk buat baik tp berpada2. Sesekali kena tegas. Tegur cara baik, tp klo cara baik pun tak jln, sungkupkan kepala dia dgn periuk..Haaa..tu mkn dia.

Siti Fadzilah – Susah jg..nk bersuara lebih3, nnt mk mertua pun terasa..yelah..ank dia kn .x bersuara,sakit hati..jln mudah,awak bgtahu,awak tak mampu jge ank dia..dan berdoa moga suami awak murah rezeki,dapat pindah rumah lain.

Azza Ra – baik awk cri kja sbgai pngasuh kt tmpt sepatutnya.. Bru awk tahu hrga stiap byrn yg sepatutnya… aduh jgn biar diri jdi hmba…kja kt taska.. dpt gaji berpatutan pkl 6 dn 7 tu dh kira ot.. byr lebih… sng la parent dpt awk jga ank dia.. sbb byrn tdk sepatutnya tu kesian la awk ni… sorry to say..sakit hati sy bca luahan kamu mngenai kak ipar ye..sedihnya.

Iza Mk – buat baik org pijak kepala, buat bdoh org mengata, buat cra sebenar minta betulkn keadaan org pulak buat fittnah..cmne.. mulut org.. org yg baik2 ni selalu je kene bli.. lama2 tgklh dia punye berontak tsnami pun kalah.

Bea Adawieyya Yulyulk – Nampak sangat Sis jadi “org gaji” depa..Kalau saya sound direct jer…Lantaklah depa nak kata apa,nak masam muka ke apa.Dah melampau sangat.Cuba dia hantar kat babysitter lain,ada dapat RM600?Bayar,bayar jugak.Tapi jgn jadikan org mcm khdam pulak.Even ipar sekalipun.Tak tahu malu gamaknya.

Liza Jutawan Tuan – Adat menumpang,nk luah serba salah tp better pindah sbb dh dpt duit mengasuh rm600 cukup utk byr sewa.. Dh duduk rumah sewa tulis siap² waktu mengasuh 8jam jika lebih cas rm10 setiap 1jam.. Settle.. Klu kak ipar xsetuju xyh jaga anak dia,ambik upah mgasuh anak jiran je,aman dunia.

Norhidayu M Nasir – Pelik suami nk kawen x tau tngjawab.Spatutnya sblm kawen dh pk cari rumah sendiri sewa x kisah la jnji kaselesaan isteri.Tt plk mcm x der mulut bgtau je la ada ank kecik x larat nk jga. Skylar Harley Alexis – Suruh up Kan gaji rm800..kalau Tak bagitahu Kat dia tolong cuci pingan mangkuk Dan pakaian anak dia sekali.kalau nak sekali pakej..minta harga mcm tu.Jaga dengan ikhlas..bukan jahat..tapi itu yg terbaik..kmu pun dpt belanja lebih..kalau Tak mampu,suruh dia Jaga anak sendiri.

Cik Puan Julieta – Buat baik berpada pada puan. Jangan sampai org ambik kesempatan di atas kebaikan kita. Ada manusia otak dia boleh fikir sendiri dan memahami stuasi org lain.. Ada manusia dia kira kepentingngan diri dia sja tanpa fikir kesusahan org lain.. Manusia jenis mcmni kita kena direct cakap terus terang bg dia paham… Ank itu tngjwp ibubapa sendiri.. Kalo x nak renyah pasal ank ank.. Jgn beranak.

PS Syahirah – Part sis cakap anak nak menyusu tu dia panggil sy rasa panas hati. Sis tolong reti beza eh mana yg lg penting. Anak sdiri kott nak menyusu nak tido. Tak perlu layan lagipun dia dah ada kat rumah. Dah luar waktu jagaan sis. Jgn nak tunjuk bagus semua benda kita nak buat utk orang sampai anak sendiri terabai.

Sy marah kat sis tau part sis tinggal anak sdiri smata nak g basuh berak anak dia. Sis tu kena berkeras dan cerdik sikit. Sis bukan hamba atau bibik kat rumah tu. Kalau dah gduh, senang nak keluar dari rumah tu. Tak guna nak jaga hubungan dgn ipar macam ni. Suami pun bangang. Nak mrah la sy macam ni. Haihh.

Sumber: KRT

Artikel Lain: Mengejutkan Bila 4 Pg Wanita Ini Ketuk Rumah Pengasuh Untuk Hntar Ank Dia. Bila Ckp Dah Tak Nak Jga Selamba Je Dia Tinggalkan Anknya Depan Pgar Rmah Pastu Terus Pecut Lari.

Foto sekadar hiasan. Saya seorg pengasuh. Saya jaga anak-anak kecik di rumah dan bekerja hampir dari pkul 4 pagi hingga 9 malam. Jadi sekiranya yang kerja di luar sana yang kata kerja waktu pejabat itu memenatkan, bayangkan kerja saya dengan menguruskan anak-anak sendiri dan anak-anak orang ni macamana penatnya.

Terima kasih Min sebab siarkan. Saya sudahpun berkahwin dan anak 3 orang anak lelaki yang semuanya sekolah. Cuma nak keluh sebab penat layan kerenah mak bapa yang hantar anak mereka ni. Saya tak kisah sekiranya bayaran dibayar pada masa sebab tujuan saya bekerja pun memang perlu duit, tapi kebanyakan mereka ini,da la bayar 2 bulan sekali, tu pun buat2 lupa yang bulan lepas tak bayar.

Memekik macam saya berkira duit. Tp pkul 4 pagi dah ketuk pagar rumah macam nak bagi runtuh alasan kena masuk ofis awal dan takut tersangkut jem. Tapi amik anak boleh terlupa sampai pkul 9 malam baru nak amik. Setiap hari pula tu.

Ingat saya tak ada suami ke? Tak ada anak ke? Pastu buat2 muka b0doh bila minta duit OT. Bila tegur, kata tunggu akhir bulan. Tapi bila minta pun tak nak bayar juga. Bila kata saya da tak nak jaga anak dia, boleh pulak pkul 7 pagi tinggal je anak dia di masa saya tgh sibuk layan budak2 makan pagi, di depan pagar rumah saya dan memecut kereta lari. Saya pun bukan jahat nak suh budak tu dok luar.

Tu belum lagi yang langsung xde bekal susu dan pampers anak. Dalam beg anak ada baju salinan je. Bila kol, selamba je suruh saya amik susu anak orang dan pampers anak orang. Saya sampai pakai pampers anak dan susu anak saya kot.

Tak kan saya nak amik hak orang lain. Bukan sekali dua buat, kadang-kadang sampai tiap-tiap hari lupa nak bekal susu dan pampers anak. Ni apa nama mak bapak mcm ni? Ni da nama bukan terlupa. Ni da nama ambik kesempatan macam rumah saya rumah kebajikan.

Belum lagi kes yang amik anak pkul 9-10 malam. Saya siap suap makan malam kami anak beranak kat anak dia sebab mak bapak dia selamba dating makan malam berdua lepas balik kerja siap-siap, baru datang buat muka bodh ambik anak yang menunggu berjam-jam yang da tidur. Pastu hantar anak pagi buta pkul 4 pagi dengan baju yang sama saya pakaikan malam semalam dengan pampers bocor.

Tahu tak tekanan para pengasuh ni macamana? Ni baru kt rumah sendiri. Klo di taska, lebih teruk rasanya. Saya nak kena jaga 11 budak yang perangai macam-macam dengan perangai mak bapak macam ni. Dengan anak-anak saya pun da jd macam pengasuh da sebab ada juga mak bapak drop anak pagi buta hari sabtu ahad sedangkan saya da bagitau awal-awal saya cuti sabtu ahad minggu ke dua dan ke empat. Saya tak kisah jika ber bayar, tapi meleleh airmata bila nak minta duit pun dah rasa diri macam pengemis.

Jgn kata awak yang keje ofis penat jaga anak yang 2-3 orang, sedangkan awak keje office kot. Sempat ada masa nak bersendiri. Dalam kereta. Dalam pejabat. Waktu lunch dengan kawan ofis. Saya yang setiap saat setiap minit dengan budak sampai nak masuk bilik air, berak tak abis sebab takut ada budak cederra kat luar tu macamana rasanya?

Kalau awak boleh kemurungan, jangan kata para pengasuh tak boleh murung. Kami manusia kot. Ada masa kami terpaksa naik suara juga. Berpada la. Fikir penat sendiri je tapi buat kami macam robot yang nak anak awak sentiasa dibuai dan dibelai. Anak saya pun saya tak sempat nak belai.

Saya bukan minta banyak. Saya minta di layan seperti manusia. Bukan sebab saya tak da pilihan sampai jadi pengasuh. Semuanya bermula sebab nak bantu rakan. Tapi pengasuh ni manusia. Nak ada kehidupan sendiri. Jika awak yang hanya ada 48 jam bersama dengan anak awak pun awak boleh jadi singa, apatah lg kami. Cuma xpernah nak naik tangan sebab anak sendiri pun kami tak pkul. Dan tahu rasanya jika orang pkul anak kita tanpa sebab.

Jgn kata “siapa suruh jadi pengasuh hanya kerana saya kata saya penat”. Apa pula perasaan jika orang kata kat awak “lenakali berhenti jadi mak budak” hanya kerana awak ngadu kata penat jaga anak? Sama je kan? Saya cuma minta difahami yang saya nak sedikit ruang untuk suami dan anak sendiri.

Sebab saya tak boleh suka-suka nak minta MC atau buat-buat sakit atau apply emergency leave mcm ibu kerjaya boleh buat diluar sana hanya nak waktu rehat. Kalo cuti rehat bekerja pun memang tak dapat, apatah lagi kata nak berhenti. Memang jauh panggang dari api la.

Jadi, tolong la. TOLONG. Masalah rumahtangga saya adalah saya tiada waktu da untuk diri sendiri, layan suami dan layan anak kerana mak bapak budak kat luar sana tak reti nak faham yang pengasuh yang bekerja 18 jam sehari ni pun manusia.

Luahan pengasuh ini ternyata mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka. Marsha Amin Hamid –Kini saya fahm knpa ada je kes anak kena ckik mti oleh pengasuh.. Salmiza Che Mansor –rsnya lebih bagus sis buat wassap group..

dan apa2 info berkaitan anak asuhan @ ibu bapa masukkan dalam group.. mention nama parent yang x bagi susu n pampers @ lambat ambik anak.. list kan jg nm2 orang yang lambat bayar upah bulanan.. lekatkan jadual pembayaran di depan pintu.. boleh tick siapa yang byr @ x bayar.. semoga allah murahkan rezeki kpd sis atas ihsan kpd anak2 yang terabai

Miza Sanusi –Ambil budak tu, bawa ke balai, bgtau polis mak ayah tinggal depan rumah, tunjuk bukti Wasap cakap dh tanak jaga, tapi parents tetap hantar, semua benda kena hitam putih sekarang ni, jgn la baik sgt, ni kadang tgk ada pengasuh letak harga seikhlas hati, memang kena ambil kesempatan la.

Buat hitam putih semua kena bayar on time, kalau OT kena bayar, jangan ganggu sabtu ahad, suruh la suami yang cakap dengan parents tu, biar diorang takut sikit, sebab tu orang cakap baik berpada2, berbaloi ke nak bertahan sampai rumah tangga tunggang langgang..

Afiza Yahaya –Mak saya pun mengasuh budak jgk, macam2 ragam doq ada, ada jenih yang antar anak x reti bagi mandi walau jam dah tghari!! Ada yang antaq anak umur dah 5@6 tahun sedikit bekalan makan untuk anak pun x di sediakan, dah laa bayar gaji 250/budak kalau nak di kira mkn lg brapa pengasuh nak dpt!!

Faiza Sharmira –Kesiannya.. Sebab tu saya tak nak jadi pengasuh.. Rsiko tinggi.. Kak benti ja keje ni.. Stress tu bhya.. Jaga family sendiri dulu.. Buat bisnes lain.. Insayaaallah rezeki Allah luas.. Biar bgi pengajaran sikit Pd mak bapak yang x hargai anak lgsung tu.. Macam2 ragammm doq ada!! Tp ada yang bagus memang bagus bab makan anak selalu di bekalkan kdg anak x mkn pun, segelintir laa mak pak jenih cemehhh tu memang akan buat halai balai jaaa.

Dayangsitihasmah –Buat group BS dengan mak bapa yang hantar anak. Sebelum nak buat group tu. Sis buat karangan siap2. Siapa xbawa perpers n susu anak akan di denda 1 pempers rm2. Makin besar saiz pempers makin besar lain harga dia. Xbawa susu anak akan di denda juga.

Bayar lambat saya akan bagi denda 1 hari rm5 mak bapa kira lah ye berapa kali lambat bayar. Saya nak mak bapa xbawa susu pempers anak tu. Bayar pada hari itu juga. Jika tak bayar pada hari itu juga. Sila ambil anak anda di balai.

Misal ye. Tak ada perubahan kepada mak bapa ni.. Jika sis tahu mane mak bapa budak ni kerja. Ni hati kena keras. Hantar ke tpt krj dia. Kepada mak bapa yang buat2 lupa anak ni. Jangan lupa nye. Saya caj duit makan malam rm20 1 kepala. Saya akan up muka2 mak bapa ni dekat fb nanti. Biar kena tular.

Sumber : Kisah Rumah Tangga Fans