Nekad untuk habiskan Rm1k dermakan lampin bayi dan tuala wanita unutk rakyat yang terjejas dengan banjir. Paling sebak bila penderma ni cuma harap doakan ibu dia sihat.

Berita

Nekad untuk habiskan Rm1k dermakan lampin bayi dan tuala wanita unutk rakyat yang terjejas dengan banjir. Paling sebak bila penderma ni cuma harap doakan ibu dia sihat.

Banjir yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia ketika ini sememangnya amat buruk. Ramai rakyat telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara selepas kediaman masing-masing dinaiki air  di paras bahaya. Susulan daripada itu, banyak  pihak-pihak bukan kerajaan (NGO) dan orang awam hadir memberikan sumbangan kepada mangsa banjir terutamanya dari segi barangan makanan, pakaian dan keperluan harian.

Bantuan untuk rakyat banjir

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Sharifah Hani Yasmin, dia telah menerima barangan berupa lampin bayi dan tuala wanita yang kesemuanya berharga RM1,000 untuk disampaikan kepada penduduk banjir.

Kawan tambah lagi 2 kotak

Lebih mengharukan Sharifah Hani Yasmin  adalah permintaan penyumbang tersebut yang hanya mahu didoakan keadaan ibunya yang sedang berjuang melawan penyakit strk. Tak lama selepas itu, rakan kepada insan berhati mulia itu telah menghubungi pengguna Twitter tersebut dan menambah lagi dua kotak penuh lampin bayi serta tuala wanita.

Ada penderma lain juga

Selain daripada itu, dia juga menerima sumbangan lampin bayi dan tuala wanita daripada beberapa orang individu yang turut sama mahu membantu penduduk banjir di negeri yang sedang dilanda musibah ketika ini.

Ada yang sudi tolong angkat barang masuk kereta

Ketika mereka tengah berusaha membawa masuk barangan sumbangan itu ke dalam kereta, seorang lelaki dikenali sebagai Encik Fuad telah datang menghampiri mereka dan membantun membawa kotak-kotak tersebut. Pertolongan murni mereka semua sangat dihargai oleh Sharifah Hani Yasmin dan pastinya barangan yang diberikan akan terus disumbangkan ke mereka yang memerlukan saat ini.

Sumber: Sharifah Hani Yasmin

Sudah 2 Hari Di Kuala Lipis Bersama 10 Biji Bot Dari KL. Ebit Lew Bawa Dan Beri Seribu Helai T Shirt Dan Telung Serta Duit Belanja Kepada Yang Memerlukan

Bila disebut nama Ebit Lew, ramai mengenali insan hebat ini yang tidak pernah kenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan walau di mana ceruk sekalipun.Bantuan yang dikirimkan tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu ‘hero’ ini akan turun membantu.

Menerusi perkongsian terbaharu, kali ini Ebit Lew tampil meredah banjir untuk membantu kesemua mangsa di Kuala Lipis, Pahang.Ya Allah sayunya hati. Dah 2 hari di Kuala Lipis bersama 10 biji 4×4 dan bot kami dari KL. Sampai sini banyak jalan putus.Setiap kali sampai ada lori atau motor dah 24 jam tunggu sebab nak undur tak boleh ke depan tak boleh. Syukur Allah permudahkan perjalanan kami.

Bawa seribu t-shirt dan telekung 1000 t-shirt. 1000 telekung. Makanan dan setiap yang terlibat banjir saya beri sedikit duit belanja tunai.Paling sayu tengok sekolah, balai polis, surau, kuil, kereta, motor, TNB, dan rumah-rumah. Bila tengok semua tnggelam ada yang tinggal bumbung jer.Ya Allah berat ujian orang Pahang kali ini. Ada tempat tak pernah banjir puluh tahun kali ini banjir teruk. Syukur dapat beri bantuan di tiga Pusat Pemindahan Banjir. Bagi semangat dan doa.

Tadi sempat juga lihat orang yang terkena banjir ibu dan anak yang hilang. Tadi ibunya yang sudah tiada telah ditemui. Semoga Allah hadiahkan keampunan dan syurga Firdaus buatnya. Polis, JPAM,JKM, Bomba, Tentera semua bersama-sama menyelamatkan dan membantu orang yang terlibat banjir.Sedih tengok ada nenek tua dah terbaring sakit tua. Baring jer dah tak nampak. Tiada sesiapa dah dalam hidupnya. Orang kampung khidmat untuk nenek tadi.Semua berebut nak bergambar tadi. Semua kata tengok ustaz pun dah rasa tenang. Syukur semuanya dari Allah. Ya Allah selamatkanlah negeri Pahang, Johor, dan semua negeri yang banjir – ebitlew.

Ustaz Ebit Lew Sanggup Cari Dan Bayarkan Rumah Sewa. UEL Kongsi Serba Sedikit Kisah Lima Beranak Makan Tidur Dalam Kereta

Pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew baru sahaja menziarahi seorang mgsa lnggar lari di Johor Bahru yang terpaksa dipotng tangannya semalam.Belum sempat ‘berehat’, pada hari cuti umum Krismas hari ini beliau terus ‘memecut’ dari Johor ke Pulau Pinang untuk menziarahi sebuah keluarga kaum India yang tinggal berhmpit di dalam kereta.

Katanya, kes sayu keluarga tersebut sampai ke pengetahuannya ketika berada di Johor semalam hingga membuatkan air matanya tertumpah.“Sedihnya lapan bulan makan tidur dalam kereta. Mandi di tandas awam. Kerja pengawal keselamatan (shift) malam bawa keluarga tidur dalam kereta.

“Rumah mereka dijilat api bulan empat. Semua musnh. Sedihnya rasa. Saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta,” jelasnya sayu menerusi satu hantaran di Faceboook hari ini.Akibat dihmpit kekangan, difahamkan Parameswari (isteri) pernah terpaksa menjalani tempoh berpantang selepas bersalin hanya di dalam kereta itu sahaja.

Dalam pada itu, walaupun sekadar sebuah ‘rumah’ kecil yang smpit, kedatangan Ustaz Ebit ke sana disambut meriah dengan gelak tawa si anak kecil.“Sampai saja tengok muka anak comel sangat. Ceria saja masa belikan kek, makan dengan mereka,” katanya.Difahamkan, kediaman asal mereka sebelum ini msnah dalam kebakaran dan sejak itu, sudah dua kali permohonan rumah baharu telah dibuat.

Bertindak atas rasa simpati, Ustaz Ebit menyediakan sebuah rumah sewa sebagai tempat tinggal mereka sekeluarga, manakala kosnya akan ditanggung buat sementara waktu.“Saya sewakan rumah cantik, selesa, ada tiga bilik. Saya akan bayar sewa rumah untuk sebulan sementara mereka dapat rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Sudah dua kali mohon semenjak rumah dijilat api. Tapi jika mereka terus ingin terus (tinggal) di situ (rumah sewa) pun saya akan terus bayarkan dengan gembira,” tambahnya.Seperti biasa, bukan sahaja sebuah rumah yang selesa ‘dihadiahkan’ buat mereka, malah kelengkapannya juga turut sama diberikan.

“Saya hadiahkan peti ais, mesin basuh, televisyen, pemasak nasi, dapur, kipas, katil saiz Queen satu, katil bujang dua, barang dapur dan duit belanja.“Tak berhenti Ganesh dan isteri cakap terima kasih. Mereka menangis terharu. Katanya kenapa banyak sangat ustaz. Mereka suka sangat tengok rumah baru, cantik dan selesa.“Gembira dapat tengok senyuman anak-anak. Doakan perjalanan nak balik ke Kuala Lumpur. Sudah empat hari di luar,” katanya lagi.Sumber: Ustaz Ebit Lew

Tak Dapat Menahan Sebak Lepas Dihadiahkan Gerai Mudah Alih. Ebit Lew Kongsi Kisah Peniaga Istimewa Ini Dalam Mencari Rezeki

NAMA pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam lapangan kerja kebajikan di negara ini.Terbaharu, perkongsian Ebit di Facebook mengenai bantuan yang dihulurkan kepada seorang peniaga Orang Kelainan Upaya (OKU) turut mendapat perhatian ramai.

Menurut Ebit, pertemuan dengan ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu di Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur menimbulkan rasa hiba dalam hatinya.”Tiada dua tangan dan tiada dua kaki. Kakak ini besarkan dua anak dengan berniaga kuih tepung pelita.

“Hantar ke sana sini. Tiada kedai. Sedap kuih pelita kakak ni buat. Kakak ini rajin sangat. Masa saya sampai kakak ni siapkan makanan nasi penyet ikan keli.”Sebak pula rasa bila dilayan begitu. Laju kakak ini ke sana sini,” ujarnya di Facebook.Dedah Ebit, wanita itu merupakan penerima bantuan duit bulanan zakat dan turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ebit turut sebak sewaktu bertemu wanita ini.Namun, atas inisiatif sendiri dia tetap mahu membantu dengan menghadiahkan gerai mudah alik untuk wanita itu.Sewaktu menyampaikan bantuan berkenaan, wanita itu juga gagal menahan air mata seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dihadiahkan kepadanya.”Saya terus belikan awning stall bergerak. Cantik. Bila saya bawa pada kakak ni dia terus menangis. Kuat juga menangis.

Ya Allah, ustaz… mahal, cantik sangat. Tak mimpi dapat begini. Tak sampai sejam kami dapatkan stall ini,” imbas Ebit lagi.Ujarnya, wanita itu akan berniaga di hadapan tasik di Sri Rampai.Selain kuih tepung pelita sebagai menu utama, wanita itu juga akan menawarkan juadah ayam penyet untuk pelanggannya.

Selain tepung pelita, wanita itu juga akan menjual ayam penyet tidak lama lagi.“Doakan buat akak ni ya. Jika siapa berdekatan bolehlah membeli dengan kakak ini,” ujar Ebit lagi.Posting yang disertakan dengan beberapa foto itu sehingga kini menerima lebih 200,000 tanda suka dan dihujani lebih 6,000 komen.Rata-rata warganet turut meluahkan rasa gembira atas bantuan yang disampaikan dan mendoakan kesejahteraan wanita itu serta Ebit sendiri

Pernah Dikritik Warganet. Ebit Lew Dedahkan Cara Dia Atasi Untuk Tenangkan Hatinya Tatkala Usahanya Dikritik Warganet

DI sebalik rasa kagum masyarakat terhadap kesungguhan dan usaha murni Ustaz Ebit Lew menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan di seluruh negara terselit kata-kata lukakan perasaan terhadap pendakwah terkenal itu.Kata-kata kurang enak seperti menunjuk-nunjuk serta merendah-rendahkan usaha dilakukannya antara komen biasa diterima Ebit setiap kali memuat naik gambar atau video bantuan diberikan di media sosial miliknya.

Bagaimanapun Ebit atau Ebit Irawan Ibrahim Lew, 36, berkata, meskipun adakalanya berasa sedih dengan pelbagai tudhan yang dia terima, dia sentiasa teringat akan pengrbanan Nabi Muhammad S.A.W. yang pernah diperlakukan lebih dahsyat berbanding apa dilaluinya dalam mengembangkan syiar Islam.

Ebit meluangkan masa bersama penduduk bagi mendengar keluhan mereka.“Orang buat macam-macam perkara kepada Rasulullah tetapi Baginda tidak pernah berhenti daripada terus melakukan kerja-kerja dakwah. Jadi buat apa nak krbankan apa saya lakukan hanya kerana kata-kata negatif daripada segelintir masyarakat.

“Saya sentiasa memaafkan mereka ini dan terus fokus membuat kebaikan dan menolong orang di luar sana,” katanya.Solat sunat, menangis kepada Allah antara amalan Ebit LewTambah Ebit, kebiasaannya, dia akan menyekat akaun pengguna yang tinggalkan komen negatif melampau kerana tidak mahu individu tersebut menjadi kritikan pengikutnya yang ingin mempertahankannya.

Dalam pada itu, Ebit memberitahu dia sentiasa mengamalkan solat sunat dua rakaat seperti Tahajud, Dhuha bagi melapangkan hati serta berdoa agar semua urusannya dipermudahkan Allah.Selesai solat sunat, Ebit memberitahu dia biasanya akan menangis kepada Allah dan meluahkan semua isi hatinya sekiranya berada dalam keadaan sedih sehingga tertidur.

“Allah sahaja tempat saya mengadu untuk permudahkan apa yang ingin saya lakukan. Menangis mengadu kepada-Nya. Insya-Allah selepas itu akan berasa lega dan lapang dada.”Segala apa yang ingin kita lakukan selepas itu Insya-Allah tiada masalah, dipermudahkan malah rasa lebih bersemangat,” ujarnya.

‘Jejak Ebit Lew’ mahu tarik lebih ramai buat kebaikan.Ebit memberitahu dia memuat naik kisah di sebalik kerja-kerja kebajikan dilakukan adalah semata-mata untuk mengajak lebih ramai individu berbuat kebaikan dan atas dasar itu juga dia bersetuju untuk terlibat dalam program Jejak Ebit Lew terbitan Astro.

Menerusi program itu juga kata Ebit, ia diharap dapat menarik lebih banyak pihak untuk membantu golongan memerlukan terutamanya di kawasan luar bandar.Ebit berharap program Jejak Ebit Lew dapat memberi inspirasi kepada orang lain.“Saya berasa sangat bersyukur dan gembira dapat berkongsi pengalaman dalam program ini dan diharap ia dapat menjadi contoh kepada orang lain untuk turut membuat kebaikan serta menjadi bekalan kita di akhirat kelak.

“Orang mungkin nampak saya banyak bantu orang ramai tetapi sebenarnya apa yang saya lakukan ini sangat kecil berbanding orang lain malah ada yang sudah habiskan seluruh hidup mereka untuk membantu orang lain… Sebab itu saya juga tidak mahu ketinggalan.”Begitu juga rakyat Malaysia yang lain… Apa saya lihat, masyarakat Malaysia ini semuanya baik hati dan ingin sama-sama buat kebaikan,” katanya.

Jejak Ebit Lew ialah sebuah program realiti berkonsepkan majalah memaparkan aktiviti amal kebajikan dan kisah di sebalik tabir perjalanan eksklusif Ustaz Ebit Lew yang turut berkongsi rasa dan cerita dalam menyantuni masyarakat memerlukan bantuan dengan penuh kasih sayang tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama sesuai dengan situasi masyarakat yang kini sedang berdepan dengan 1001 ujian akibat pandemik Covid-19.

Ia juga sebenarnya adalah kesinambungan daripada program Door To Door Ebit Lew yang pernah ditayangkan di Astro Oasis sebelum ini.Ebit mula terlibat dalam kerja-kerja kebajikan sejak berusia 12 tahun.Program itu juga tidak terikat dengan sebarang skrip mahupun babak-babak komersial kerana misi bantuan disampaikan bersifat spontan. Selain itu, terdapat juga di antara kes-kes yang diterima daripada permohonan secara bersurat serta menerusi emel yang turut disertakan dengan paparan aktif sahih di media sosial.

Bukan sekadar insan memerlukan, Ebit menjaga kebajikan hidupan flora dan fauna. Terbaharu, Ebit menyumbang 200 kilogram daging segar untuk bekalan makanan haiwan selepas menerima permintaan Zoo Negara yang mengalami kekurangan dana akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).”Ia adalah pengalaman yang paling tak dapat saya lupakan ketika memberi makan kepada harimau… Ngauman harimau membuatkan saya teringat-ingat masa nak tidur,” jelasnya.

Buat kerja kebajikan sejak usia 12 tahun.Sebenarnya, usaha Ebit membantu golongan memerlukan bukan perkara baharu, sebaliknya dia mula melibatkan diri dalam kerja kebajikan sejak usianya 12 tahun.Ketika itu kata Ebit, dia tidak mempunyai sebarang harta namun menggunakan kudrat yang ada untuk membantu golongan memerlukan.

.“Ketika itu saya ‘sumbangkan’ tenaga untuk membantu membuat tandas di kampung-kampung selain saya akan ditugaskan untuk memasak. Saya selalu berdoa kepada Allah agar permudahkan urusan saya dan dapat membantu orang lain ke mana sahaja saya pergi.

“Apabila saya sudah ada beberapa perniagaan, daripada situlah saya peruntukkan wang untuk tujuan ini. Saya selalu fikir, jika ada wang banyak-banyak pun kalau beli rumah kita hanya boleh duduk situ sahaja.”Sebenarnya tak perlu tunggu kaya pun untuk membantu orang kerana kaya itu bukan pada harta tetapi hati. Wang ini banyak mana pun tidak akan pernah cukup,” ujarnya.

Atas dasar itu juga kata Ebit, dia menasihatkan mana-mana individu yang ingin mula melakukan kerja kebajikan sebaik-baiknya mulakan dengan membantu ibu bapa serta ahli keluarga terlebih dahulu.Ini kerana katanya, jasa ibu bapa dan keluarga tidak boleh terbalas dan sedekah kepada mereka adalah lebih afdal sebelum memperluaskannya kepada orang lain dan masyarakat.

Antara bantuan yang dihulurkan Ebit dan dipaparkan dalam program Jejak Ebit Lew.“Saya juga selalu pesan kepada golongan muda yang masih tidak bekerja, buatlah kerja kebajikan, InsyaAllah, rezeki akan datang mencurah-curah selepas itu.”Allah akan hantar rezeki ketika kita menolong orang. Kalau kita kejar buat kerja baik, Allah akan bagi rezeki yang tidak pernah kita sangka,” katanya.

Paling penting kata Ebit, sebagai umat Islam kita perlu sentiasa bersangka baik terhadap semua musibah yang melanda kerana dalam setiap perkara yang berlaku itu ada rahmat di sebaliknya.Jejak Ebit Lew sebanyak 61 episod disiarkan setiap Isnin, pukul 9 malam menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) selain boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.Klip sedutan dan kompilasi paparan isi hati Ebit Lew dapat ditonton melalui kapsul Jejak Xtra Ebit Lew pada setiap hari Isnin, jam 6.55 petang.