Nenek kepada Zizan Razak hembuskan nafas terakhir pagi tadi. Zizan Razak kongsi berita pemergian dan sakit yang dialami oleh neneknya dan berharap semua doakan agar neneknya ditempatkan dalam kangan orang beriman

Artis

Zizan mendoakan agar roh neneknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.NENEK kepada pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak iaitu Zainoon Abdullah hembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.57 pagi, Ahad di Dungun, Terengganu.Berita sedih itu dikongsikan Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36 di laman Instagram miliknya.

“Al-Fatihah buat Zainoon binti Abdullah yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pukul 11.57 pagi tadi.”Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang-orang yang beriman juga dipermudahkan segalanya,” katanya.Zizan sempat menziarahi neneknya sehari sebelum pergi buat selamanya .Pelakon filem Abang Long Fadil itu juga memberitahu dia sempat menziarahi neneknya di sebuah hospital pada Ahad sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan takziah daripada warganet yang juga mendoakan agar nenknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.Menerusi laporan mStar pada 9 September lalu, Zizan memberitahu keadaan neneknya semakin sakit tua dan sedang didiagnos kerana disyaki hidap knser.Menurut Zizan, dia enggan memikirkan mengenai soal jodoh dan perkahwinan kerana keutamaannya kini adalah keluarga.

Foto kenangan Zizan bersama neneknya.Zizan berkata sebagai anak, fokusnya kini lebih terarah kepada keluarga, lebih-lebih lagi keadaan kesihatan nenek yang kurang baik.“Nenek sedang didiagnos kerana disyaki hidap knser, jadi apabila sebut knser agak berat untuk kita sebab ianya bukan sakit biasa… sekarang dia sedang tunggu doktor mengesahkan tentang kesihatan dia.“Hal-hal lain saya okay sahaja tapi apabila membabitkan kesihatan keluarga saya rasa berat. Susah nak cerita mengenai perkara ini dekat orang lain… sebab orang selalu ingat kita pelawak nak bergurau saja kan?” katanya.-msta

Tiba Tiba Sahaja Rasa Sakit Semasa Melakonkan Watak. Zizan Dedahkan Punca Sakit Yang Dialaminya Dan Dia Beritahu Akan Bertemu Dengan Pakar Untuk Tahu Lebih Lanjut Dan Dia Harap Semua Doakan Dia Untuk Cepat Sembuh

Pelawak, pelakon dan penyanyi Zizan Razak mengalami luka pada bahagian kaki ketika melakukan babak aksi untuk filem terbaharunya, Baik Punya Ahlong. Ketika dihubungi Gempak, Zizan menyatakan rawatan telah diberikan namun rasa sakit itu masih ada.“Semalam masa tengah scene berbalah tiba tiba rasa sakit. Tak tahu apa punca.

Medic ada bantu letak ubat. Abang yang buat stunt pun ada juga tolong tapi sekejap saja hilang rasa sakit. “Masa penggambaran rasa sakit tu datang balik. Insya-Allah takda apa-apa. Kalau sakit lagi saya terus jumpa pakar,” katanya.Sementara itu, Zizan juga mengaku terpaksa berjalan dalam keadaan terhncut-hncut dan meneruskan penggambaran seperti biasa.

“Saya boleh berjalan tapi terhincut-hincut sikit. Masa buat action memang macam orang tak sakit. Begitulah pengrbanan pelakon filem aksi,” katanya mengakhiri perbualan. Semalam, Zizan ada berkongsi beberapa keping foto terbaring sakit ketika di set penggambaran.“Jackie Chan atau Jacky Sting aku yahoo mesti melalui proses seperti ini. Demi filem yang yang penuh dengan aksi untuk kepuasan anda. Semoga cepat sembuh Zizan Razak,” tulisnya di Instagram (IG).Dalam perkembangan lain, Zizan juga merupakan salah seorang juri di program terbaharu Astro Warna, The Masked Singer Malaysia.

Zizan bersama Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Nabila Huda, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak diberi penghormatan untuk menduduki kerusi juri tetap.Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral.Sumber: GEMPAK

Takut Bila Kes Covid 19 Makin Meningkat. Mengejutkan Bila Zizan Dedahkan Sesuatu Yang Terjadi Masa Pkp. Rupa Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Jadi Pada Zizan Razak.

Jumlah penularan Covid 19 di Malaysia yang dilihat kembali naik dengan mencecah tiga angka  membuat banyak yang bimbang. Salah satu yang ikut meluahkan kebimbangannya setelah kes Covid 19 di negara merekodkan 150 kes baharu semalam dengan kes dikesan dari beberapa pusat beli belah terkenal di ibu kota, adalah aktor Zizan Razak.“Kebelakangan ini sejak kerajaan mula memberi sedikit kebebasan semua boleh keluar atau melakukan aktiviti seperti biasa, kita lihat kes Covid 19 kembali naik. “Buat saya secara peribadi, ini adalah satu hal yang membimbangkan,” kata Zizan kepada Gempak.

Malah aktor itu mengatakan kebimbangannya terhadap musuh yang tidak kita nampak ini sempat membuat dia berasa tertekan saat perintah kawalan pergerakan atau PKP dilaksanakan kerajaan beberapa bulan lalu. “PKP yang berlaku tempoh hari buat saya tertekan. Ia membuat saya banyak berfikir tentang kehidupan.“Jadi saya harap kepada rakyat Malaysia, apabila sudah diberi kebebasan sedikit ini, ikutlah SOP, pakai pelitup muka dan cuci tangan.  “Kita jaga kita, kita kawal balik keadaan. Jadikan Malaysia kembali kepada negara yang berzon hijau,” katanya.

Meski bimbang melihat angka kes Covid 19 yang kembali naik, Zizan kini tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelaku seni. Dia kini sibuk menjalani penggambaran filem terbaharunya, yang disutradarai oleh Afdlin Shauki, Baik Punya Ahlong.Membawa watak sebagai Aloy, Zizan memberitahu penggambaran filem yang turut dibintangi oleh Adlin Aman Ramli dan sahabatnya, Johan ini masih dalam proses. “Setakat ini kami sudah melangsaikan sekitar 60 peratus penggambaran dan dijangka habis pada pertengahan bulan Oktober ini.

“Pengalaman bekerja di filem ini memang mengujakan, apa lagi saya memperoleh banyak ilmu dari aktor Adlin Aman Ramli dan Afdlin Shauki sendiri,” kata Zizan. Selain Baik Punya Ahlong, Zizan turut mempersiapkan diri untuk memasuki set penggambaran filem berjudul Juang.Instagram: @zizanrazak869

‘Tak takut ke?’ – Zizan Razak

PELAWAK popular, Zizan Razak mempersoalkan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil dan ‘cuba-cuba’ pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri walaupun kerajaan melarang perjalanan merentas negeri bagi membendung penularan Covid-19.Zizan berkata, rakyat Malaysia sepatutnya mengambil iktibar daripada pengalaman sebelum ini yang mana berpusu-pusu pulang kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru dilaksanakan. “Selepas terbaca petikan berita semalam dengan menyaksikan peningkatan kes baharu, adakah anda rasa berkeinginan untuk balik beraya di kampung lagi? Bukankah kita sudah diajar dari pengalaman lalu ketika mula-mula PKP dijalankan?

“Selepas ramai pulang ke kampung dan seluruh negeri di Malaysia terkena Covid-19, adakah ingin mengulangi kesilapan sama? Adakah anda mahu menjadi pembawa? Walaupun tidak pulang kampung kita masih lagi boleh beraya,” katanya. Zizan yang juga pelakon filem Polis Evo berkata, selain perlu memikirkan soal keselamatan diri sendiri dan keluarga, masyarakat juga perlu mengambil kira penat lelah petugas barisan hadapan.

“Fikirkanlah sekejap pada petugas barisan hadapan, polis dan tentera yang membuat sekatan jalan raya dan tak kira siapa yang bertugas ketika anda sibuk beraya. Tidakah berasa bersalah pada mereka? Tidakkah berasa akan membebankan diri dan negara ini lagi?

“Sudah lebih dua bulan kita bertahan dan penurunan kes nampak sangat bagus. Pujian diberikan dari negara luar buat kita sangat membanggakan dalam menangani penularan wabak ini. Adakah kita sendiri akan rosakan prestasi kita selama ini?” katanya.-ctto

Tiga Artis Wanita Yang Pernah Digosipkan Sudah Bahagia Bersama Orang Lain. Warganet Luah Rasa Simpati Dengan Nasib Zizan Dan Ada Juga Warganet Yang Membahan

Baru-baru ini, terdapat seorang individu yang mengimbau kembali foto pelakon dan pelawak Zizan Razak yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon, Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah.Apa yang menyedihkan, foto berkenaan telah menjadi bahan jenaka warganet selepas foto perkahwinan Mira Filzah memenuhi ruang media sosial sejak Khamis lalu.

“If u want to get married, take a picture with zizan,” tulisnya menerusi laman media sosial Twitter.Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa simpati terhadap pelawak kelahiran Terengganu itu.“Sian zizan. orang buat bahan of his past failed relationships. Nak buat macam mana dah takda jodoh. its not like he didnt try. urghh,” tulisnya.

Terdahulu, Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak pernah menjalinkan hubungan percintaan bersama Juliana Evans dan Emma Maembong.Bukan itu sahaja, Mira Filzah juga pernah dikaitkan bersama pelawak berusia 36 tahun itu sebelum ini.-mh

Dapat Tahu Nenek Sakit Di Kampung. Zizan Tanpa Ragu Terus Bergegas Pulang Ke Kampung Dan Ini Perkongsian Zizan Untuk Mendoakan Yang Terbaik Buat Neneknya

Zizan mohon semua orang mendoakan keadaan neneknya.PELAKON dan pelawak terkenal Zizan Razak memberitahu neneknya kini dalam keadaan tidak stabil dan mengharapkan doa orang ramai.Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, berkata dia dan keluarga bergegas pulang ke Terengganu sebaik sahaja mengetahui berita itu.

“Assalammulaikum buat semua. Dengan rasa rendah diri Zizan ingin memohon semua supaya sama-sama mendoakan kesihatan nenek Zizan kembali sihat seperti sedia kala. Zizan berkongsi perkara itu di laman sosialnya.

“Kerana Zizan baru sahaja dapat berita keadaan nenek Zizan tidak berapa stabil. Dan sekarang Zizan terpaksa bergegas pulang ke Terengganu.”Doa juga perjalanan Zizan dan keluarga selamat pergi dan pulang. Bismillah. Amin Ya Rabbal Alamin,” kata Zizan.Pelakon filem Abang Long Fadil itu berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Doa juga perjalanan Zizan dan keluarga selamat pergi dan pulang.

Bagaimanapun Zizan tidak memberi maklumat lebih lanjut mengenai penyakit yang dialami neneknya.Dalam pada itu, ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan doa daripada warganet dan rakan selebriti antaranya Anuar Zain, Datuk Aznil Nawawi, Ummi Nazeera, Shiha Zikir, Johan dan Nabil Ahmad.”Walaikumsalam Zizan. Semoga Allah SWT kurniakan kesembuhan buat nenek Zizan… safe journey to Terengganu bro,” tulis Anuar Zain.

“Semoga Allah permudahkan segalanya dan memberi kesembuhan pada nenek,” komen Johan.Pelakon Ramona Zamzam turut meluahkan rasa simpati kepada Zizan yang terpaksa bergegas pulang ke kampung dalam keadaan keletihan selepas tamat penggambaran pada malam, Jumaat.”Kesiannya ya Allah dah la kita habis shoot lambar g1la semalam. Lepas itu you terus gerak Terengganu. Semoga nenek you cepat sembuh Zan! Be safe and see you on second episode,” katanya-mstar

Satu Tweet Tular Ini Bukan Sahaja Menarik Perhatian Warganet Malah Juga Selebriti Tanah Air. Lagi Meriah Bila Zizan Buat Satu Pernyataan Ini

Akaun Instagram Meletop ada memuat naik sebuah tweet tular daripada seorang individu menjelaskan bahawa wanita cantik di Malaysia ini kebanyakannya berasal dari negeri Perak, Selangor, Johor dan Sabah. Kenyataan tersebut bukan sahaja mendapat reaksi pelbagai warganet, malah para selebriti turut memberikan pendapat mereka.

Antaranya termasuklah Siti Nordiana, Nabil Ahmad, Alvin Chong dan juga Zizan Razak.Dalam pada itu, Zizan secara berseloroh memberitahu, kebanyakan perempuan cantik di luar sana biasanya tertarik dengan jejaka berasal dari Terengganu.Bagaimanapun, kesemuanya dikatakan putvs di tengah jalan.

“Lelaki yang hansome dan memiliki awek yang cantik majority Terengganu.“Dan mereka kebanyakkan baik hati kerana menjaga jodoh orang,” selorohnya.Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet terkedu malah turut terhibur melihat reaksi daripada pelawak tersebut.Sementara itu, para peminat turut menitipkan doa agar Zizan cepat dipertemukan jodoh.Terdahulu, Zizan baru sahaja mengumumkan trilogi filem Abang Long Fadil 3 bakal mula ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.Sumber: Instagram Meletop

Zizan Razak pernah fikir diri bermasalah, punca hubungan cinta tak menjadi – “Tunggu mak paksa baru saya cari pasangan”

Zizan menerima ketentuan dan perancangan Allah untuk dirinya.PELAKON dan pelakon Zizan Razak mengakui dia pernah menganggap dirinya bermasalah apabila sering gagal dalam setiap hubungan percintaan.Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, berkata dia kini lebih matang dalam soal cinta dan mengambil perkara yang berlaku secara positif.

“Memang pernah terfikir saya sendiri bermasalah ke tapi kini, saya lebih matang bila bercerita mengenai soal cinta. Bila fikir balik, Allah tahu yang terbaik untuk kita.Zizan pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Juliana dan Emma.“Jadi, saya perlu fikir positif. Kita hidup di muka bumi ini bukan hanya untuk diri kita saja tapi untukNya. Apa yang berlaku, bukan kehendak kita tapi semuanya perancangan daripada Allah.

“Dia yang di atas menentukan dengan siapa kita layak bersama,” kata Zizan kepada mStar.Sebelum ini, Zizan pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Juliana Evans sekitar tahun 2012.Manakala sekitar 2013, Zizan mula bercinta dengan pelakon Emma Maembong namun percintaan itu hanya bertahan selama dua tahun.

Juliana dan Emma kini sudah berkahwin dan menjalani kehidupan bahagia bersama suami masing-masing.Dalam pada itu, Pelakon Polis Evo ini memberitahu dia pernah mencuba untuk mendirikan rumah tangga namun tiada jodoh.Zizan mahu melihat kesungguhan ibunya untuk dia berkahwin.

“Buat masa sekarang saya ada juga terfikir soal kahwin. Saya pernah mencuba untuk ke arah itu tapi apabila rezeki lain datang, saya fokus pada kerja dahulu.”Lagipun, saya nak tengok kesungguhan mak nak saya kahwin itu macam mana. Kalau dia dah paksa, baru saya akan mencari pasangan.”Sekarang ini, mak saya masih tenang saja dan keputusan untuk berkahwin itu bergantung pada saya,” ujarnya. -mstar

Zizan Razak kesal sikap ‘pentingkan diri’ balik kampung jejas prestasi Malaysia di mata dunia – “Dua bulan kita bertahan penurunan kes sangat bagus”

Zizan tidak mahu rakyat Malaysia ingkar arahan kerajaan demi kepentingan diri.SUSULAN laporan jumlah kes baharu dan krban wabak Covid-19, pelakon Zizan Razak tampil menyuarakan pandangan terhadap sikap rakyat Malaysia yang masih cuba merentas negeri dan pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 35, rakyat Malaysia perlu belajar dari pengalaman lalu di mana keputusan mereka untuk pulang ke kampung dalam tempoh PKP memberi impak yang ketara terhadap kes baharu di Malaysia.”Selepas terbaca petikan berita ini adakah anda rasa berkeinginan balik beraya di kampung lagi?

“Tidakkah anda rasa kita sudah diajar dari pengalaman lalu ketika mula-mula PKP dijalankan, selepas ramai pulang ke kampung dan seluruh negeri di Malaysia terkena wabak Covid-19,” jelasnya.Zizan Razak menyuarakan pandangan terhadap sikap rakyat Malaysia menangani wabak Covid-19 menerusi laman Instagram.

Pelakon filem Polis Evo itu meminta orang ramai memikirkan keadaan petugas-petugas barisan hadapan (frontliner) yang terpaksa berkrban demi keselamatan rakyat.Katanya, akibat sikap mementingkan diri itu hanya akan memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara.

“Adakah anda ingin mengulangi kesilapan lalu? Adakah anda mahu jadi pembawa? Walau tidak pulang ke kampung anda masih lagi boleh beraya. Tetapi fikirkanlah sekejap pada petugas barisan hadapan, abang polis dan askar di sekatan jalan raya.”Dan tak kira siapa yang bertugas ketika anda sibuk beraya. Tidakkah anda merasa bersalah pada mereka? Dan tidakkah anda akan membebankan diri anda lagi?” soal Zizan.

Dalam pada itu, Zizan berharap rakyat Malaysia memberi kerjasama bagi mengekalkan penurunan wabak tersebut.”Sudah lebih dua bulan kita bertahan dan penurunan kes nampak sangat bagus. Pujian diberikan dari negara-negara luar kepada Malaysia sangat membanggakan.”Dan adakah kita sendiri akan rosakkan prestasi kita selama ini? Renungkanlah,” tulisnya.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!