Nenek masih hidup lagi ank ank dah sibuk nak berebut harta tapi semua tak nak jaga nenek. Terkedu bila mak dah jaga nenek tiba tiba abg sulung pula datang untuk tuntut ini.

categorized

Assalamualaikum W.B.T kepada semua pembaca tegar. Terima kasih diucapkan kepada pihak admin seandainya luahan hati aku ni dapat dipamerkan untuk bacaan orang ramai. Acap kali juga aku berfikir, betulkah tindakan aku dengan menghantar luahan ini untuk bacaan khalayak awam sedangkan ini bersangkutan aib keluarga aku sendiri.

Tapi akhirnya aku ambil keputusan dan mengambil masa untuk meluahkan isi hati yang terbuku selama ini. Semoga cerita ini dapat membuka mata-mata kalian di luar sana. Segala yang baik, jadikan tauladan. Yang buruk dijadikan sempandan.

Bismillah. Sedikit latar belakang, kisah ini bukanlah kisah aku. Ini kisah mak aku, dan aku sebagai anak saban hari semakin menipis kesabarannya. Aku tak mampu lakukan apa-apa untuk melindungi mak aku. Mak aku adalah anak perempuan ke-dua tertua dalam adik-beradiknya yang seramai sebelas orang. Ya, Sebelas orang.

Tiga lelaki dan selebihnya perempuan. Benarlah orang kata, kerana harta mampu membtakan mata sesiapa. Memutuskan tali persaudaraan walaupun dari drh daging yang sama. Nenek dan atuk memang orang berharta. Atuk dah bertahun bertemu Penciptanya. Tinggallah nenek yang kini uzur, sudah tak mampu berjalan dan lemah. Cuma, mulut dia masih berbisa seperti tak ingat tnah prsemadian.

Sewaktu hayat nenek, tiada satu pun kenangan indah yang aku boleh ingatkan kepada dia. Yang aku ingat hanyalah seorang nenek yang acuh tak acuh pada cucu, sukakan harta dunia dan bermulut jahat. Aku memang tak sukakan nenek aku, masa kecil pun dia mana suka aku. Sikap dia yang pilih kasih tu buat aku rasa neutral je pasal dia. Nak kata sayang pun tidak, nak kata benci pun tidak.

Mak ada seorang adik perempuan aku berikan nama cik Peah. Dulu hubungan kami sekeluarga sangat rapat. Mak dan Cik Peah aku tu boleh dikatakan ‘bestfriend’ walaupun ‘sisters’. Semua benda buat bersama. Tapi tak taulah di mana salahnya, hubungan itu merenggang sehingga membuatkan permusuhan antara mak dan si Peah tadi.

Tak cukup itu, si Peah siap menjaja cerita bukan-bukan kepada adik beradik lain konon-kononnya mak suka harta. Sumpah, wallahi, Mak aku bukan macam tu. Rumah sewa nenek memang banyak. Sebelum ni adik bongsu mak, aku namakan Kiah yang kutip duit sewa sebab dia yang jaga nenek. Mereka pun dah bersetuju siapa jaga nenek, duit itu milik mereka sebab itulah duit nak digunakan buat perbelanjaan nenek.

Lagipun nenek walaupun sakit, dia masih minta duit. Dia akan mengmuk kalau dia tak dapat pegang duit. Tapi Peah macam gelap mata pasal duit, dia tak kasi Kiah kutip lagi. Kemuncak semua ni, apabila Kiah tengah mengandung, si Peah dan adik-beradik yang dah termakan hasutan halau Kiah dari rumah pusaka (Yang diwariskan kepada KIAH ye kawan-kawan).

Kiah mengadu pada mak dan mak cadangkan si Kiah duduk di rumah sendiri yang dia sewakan pada orang lain sebelum ni. Maka usailah masalah. Nenek? Si peah hulur kat adik beradik lain yang jaga dan dia kutip duit sewa. Dia Cuma bagi RM300 kepada pak sedara aku sedangkan pak sedara aku tu bukannya orang senang.

Lampin pakai buang orang tua mahal ye kawan-kawan. Kesian Pak sedara aku. Rupanya orang yang disokong adalah duri dalam daging. Peah juga beli tanah pusaka yang diwariskan buat pakcik dengan harga yang rendah. Pakcik memang orang susah, kerana nak sebuah rumah, pakcik ambil juga dan bina rumah guna duit tadi.

Kalau korang ingat masalah dah selesai, ternyata belum. Akhirnya tiada satu pun yang mampu tahan menjaga nenek. Nenek kan dah seperti kanak-kanak pemikirannya. Asyik mengamuk, mulutnya tak sakit pulak, itu yang aku pelik tu. Akhirnya nenek diserahkan semula pada Mak. Mak pun jagalah nenek, tapi kali ni perjanjiannya dah lain.

Duit sewa rumah tu dibagi-bagi ikut rumah sewa di atas tanah masing-masing. (ikut perjanjian, selagi nenek hidup selagi tu semua tanah dan rumah sewa adalah milik nenek. Tapi tuhlah, masing-masing dah kelabu mata dengan $$). Dengan duit sewa rumah kat tanah mak, mak hantar nenek ke rumah penjagaan daily care.

Petang je mak ambil. Makan pakai nenek pun guna duit tu. Malas dah nak bergduh antara adik beradik. Dia buat hal dia je. Mak aku tak kerja. Ayah pun tak kerja, hanya sewakan bot pada orang lain. Kami duduk berjauhan, kadang-kadang ayah balik kampung untuk lawat mak. Ayah pun dah redhakan mak jaga nenek nun di utara sedangkan kami di selatan.

Tadi, aku terbaca status whatsapp kakak aku. Ada lagi yang datang mengganggu kami. Kali ni abang sulung mak pula. Rasa kecewa pun ada. Selama ni mana Pak Long untuk jaga nenek? Merajuk sebab harta tak diberikan mengikut faraid. Tetapi kenapa tanggungjawab tak nak pulak ikut Islam?

Sedangkan syurga mak aku di sisi ayah aku, tapi mak aku yang jaga nenek. Pak long lelaki kan? Syurga paklong adalah Nenek. Kenapa pak long tak jaga nenek barang sehari? Selama ni pak long diamkan diri je. Duduk dalam negeri yang sama pun jarang-jarang nak melawat nenek. Aku tak taulah korang puas ke baca cerita yang macam tak berapa nak sampai ni. Sebenarnya banyak lagi kejadian yang aku tak sebut. Sebab aku terlalu malu dengan apa yang menimpa keluarga aku. Tapi ada beberapa perkara yang aku nak highlight kat sini.

Mak ayah, silalah hibahkan harta sebelum pergi menghadap illahi. Kerana harta, anak-anak bergaduh. Institusi kekeluargaan pecah. Nenek aku pernah ckp “Selagi aku hidup, korang tak payah sibuk-sibuk pasal harta aku”. Tengok apa dah jadi? Takdir Tuhan, Allah dah tarik nikmat akal rasional untuk berfikir. Akhirnya diri dijadikan bola oleh anak-anak. Semua berkira untuk menjaga ibu seorang sebab rasa diri tak mendapat keuntungan.

Sepanjang hayat kita, jangan hambakan diri pada harta. Aku rasa ini kifarah untuk nenek aku. Sepanjang dia hidup, dia bertuankan duit. Sampai umur dah senja pun masih fikir duit. Itu aja meniti di mulut walaupun dah sakit. Anak-anak jangan pernah lupa tanggungjawab terhadap ibu. Terutamanya bagi anak lelaki. Mereka kunci ke syurga kalian. Benarlah kata orang, sepuluh anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.

Ibu jangan pernah bersikap pilih kasih dengan anak-anak. Nenek aku, memang ada anak favourite. Aku rasa si Peah tu makan hati sepanjang membesar. (sebenarnya mak pun sama. Mak ckp perkara yg sampai sekarang buat dia terkilan adalah bila nenek taknak support dia masuk UM tapi nenek tak kesah keluar duit untuk anak-anak lelaki). Tapi akhirnya anak favourite tu tak menjaga dia pun.

Kepada lelaki bergelar suami, InshaAllah ada pahala menanti kalian sekiranya kalian redha jika isteri kalian ingin menjaga ibu dan bapanya, Terima kasih ayah, ayah permudahkan urusan mak. Aku harap perkongsian aku ni tak terlalu membosankan para pembaca.

Doakan mak aku dapat syurga yang indah atas setiap kebaikan dia lakukan sebagai anak. Dan doakan aku adik beradik tak bergduh kerana harta. Doakan kami sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain, Dan juga, doakan aku jadi anak yang berbakti. Amin.