Niat nak bantu keluarga susah ni. Tergamam gadis ini bila sampai rumah tu tengok suami sendiri tengah bermesara dengan wanita lain. Rupa rupanya ini yang terjadi.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan.

Hai.. Nama aku Piya, umur 30-an, dah berkahwin dan ada anak seorang. Terima kasih kalau Admin siarkan cerita aku dan aku bagi warning. Cerita ini memang sangat panjang. Sebab aku ni memang banyak mulut. Haha. Tak syok la pulak kalau cerita sikit sikit. Alhamdulillah musim PKP ni aku takdelah bosan sangat duduk rumah, sebab memang dari bulan januari aritu aku diwajibkan duduk rumah je sebab baru lepas bersalin anak sulung.

Huhu. So sehingga sekarang la aku memang duduk rumah je, hanya keluar pergi klinik untuk appointment baby. Oleh sebab ada baby yang banyak ragam untuk diurus, so aku akan rasa kejap je masa berlalu. Haha..oh ye, suami aku kerja hospital. So baby memang mostly aku yang handle, sebab yelah. Faham faham jelah musim c0vid ni, tak dapat nak cantas kerisauan aku especially suami aku keje kat hospital.

Kisah sepupuku, Kak Ana

By the way, kisah ini aku bukan mengenai aku. Tapi ia bermula dengan “trip” aku temankan sepupu aku, Kak Ana untuk beri bantuan kepada orang orang miskin yang memerlukan. Sebab lately ni kan banyak agensi agensi atau orang perseorangan yang rasa terpanggil untuk membantu golongan yang memerlukan kan.

Alhamdulillah.. Rata rata aku tengok, dorang indeed memang memerlukan dan sangat appreciate dengan pertolongan yang diberi. Namun apa yang aku nak kongsi ni, kisah benar yang berlaku, 5 6 tahun lepas. Baiklah, aku mulakan ya. Kak Ana ni, sepupu aku yang jarak umur dia dengan aku, dalam 15 tahun macamtula. Jadi, sewaktu kejadian, umur Kak Ana dalam 40an. Kak Ana ni, dia asalnya ialah seorang lecturer untuk satu universiti swasta kat KL.

Tapi oleh sebab husband dia beria sangat nak pindah Pahang, Kak Ana terpaksa quit dan ikut suami dia. Husband Kak Ana ni pulak takde kerja tetap, lebih kepada freelance untuk buat wiring kat rumah/ pejabat bila dipanggil. Kak Ana bila dah pindah Pahang, dia tak dapat nak continue kerja as lecturer sebab kat area tempat tinggal dorang ni agak pedalaman sikit. So takde universiti atau kolej yang berdekatan. Kalau ada pon, agak jauh dari rumah dorang.

Kak Ana ok je kalau nak travel ulang alik, tapi husband dia tak bagi. Risau katanya. Macam takde kaitan kan dengan tajuk. Haha. Sabar, nanti lama lama korang akan tahu kenapa aku cerita pasal background family kecil Kak Ana. Dorang ni takde anak lagi walaupun dah berbelas tahun kahwin tau. So bila Kak Ana duduk rumah sorang sorang, dia cepat bosan. Fast forward, Kak Ana join satu persatuan.

Persatuan ni macam akan kutip sumbangan dan akan cari keluarga keluarga susah untuk dibantu. Then, setiap ahli dalam persatuan ni akan diberi “keluarga angkat” untuk dijaga. Maksudnya once bantuan dah diagihkan, dorang kena sentiasa pantau dan kena top up bantuan jika perlu, bergantung pada dana persatuan.

Nak dijadikan cerita, aku masa ni baru abis belajar dan since aku agak rapat dengan Kak Ana, dia ajak aku untuk teman dia pergi hantar bantuan kat keluarga angkat dia ni. First time nak pergi, itu yang Kak Ana nervous sikit.

Aku pulak memang free, so aku setuju je la dengan permintaan Kak Ana. Keluarga ni tinggal kat satu unit rumah flat kos rendah, di mana sewa rumah tu ditanggung oleh zakat. Kiranya, zakat akan bank-in bayaran sewa terus kat owner rumah tanpa melaui dorang.

Rumah kotor, berbau dan bersepah

Pertama kali aku jejak kaki kat rumah ni, seriously aku bukan niat nak menghina ke apa. Tapi.. memang KOTOR, BERBAU, BERSEPAH. Aku kalau ikutkan hati nak je tutup hidung tapi macam rude la pulak kan. Lagi satu sebab dua-dua tangan aku tengah bawak satu kotak besar yang penuh dengan makanan. So nak tak nak kena la tahan. Aku tengok Kak Ana selamba je tersenyum, masuk rumah lepas bagi salam.

Keluarga ni ada 3 orang. Sorang makcik, sorang anak lelaki umur belasan tahun dan sorang anak perempuan lebih kurang baya aku. Aku tengok makcik ni memang mulut manis, dia kata, “Maaf, rumah bersepah sikit (sikit?) makcik tak berapa sihat. Sara (anak perempuan dia) tengah sakit perut datang bulan. Itu yang tak mengemas tu…”

Aik. Aku macam pelik. Tadi elok je aku tengok si Sara tu mengadap phone, terguling guling tergelak gelak kat atas toto, kat ruang tamu tu. Nampak kitorang je terus lari masuk bilik. Tak pandang, tak salam pon. Lama jugak Kak Ana bersembang dengan makcik tu. Aku malas nak amik port, so aku scan la keadaan rumah tu.

Aku tengok ada berlonggok longgok baju kat sana-sini. Tak tahu la bersih ke tak, dah dibasuh ke belum. Aku tengok sama je keadaannya. Dengan lantai penuh dengan rambut, habuk.. ada area yang aku pijak macam berlendir. Erkk.. So sampai masa, kami pon hulurkan la kotak bantuan tu. Ada beras, mihun, tepung, telur, ikan bilis, biskut, milo etc.. Kira macam bahan asas untuk memasak la. Aku macam expect la makcik tu terharu cakap terima kasih ke, tersenyum sampai ke telinga ke.. tapi korang nak tau, apa dia cakap?

Mulut manis dia terus mt, mencebik pulak. Dia dengan muka kecewanya cakap kat Kak Ana,“Laa.. ingatkan kamu telefon kata nak bagi bantuan tu, nak bagi duit. Bagi benda benda ni rupanya. Yelah, terima kasih la ye” Time ni aku dah menyirap dah. Kak Ana punya la bersusah payah pergi beli makanan tu semua. Semua yang ada jenama bagus tau. Bukan yang cap ayam punya. Siap Kak Ana guna duit sendiri lagi, tambah sikit sikit. Aku tengok Kak Ana macam speechless, mungkin terkejut dengan apa yang makcik tu cakap.

Aku tanya la, ”Kenapa ya makcik? Kan lagi senang kalau kami beri terus bahan bahan untuk masak ni. Makcik takyah susah payah turun bawah pergi beli.” (Rumah flat tu selalunya lif rosak ye kawan-kawan. Tapi mujurlah masa kitorang pergi tu, lif ok) Makcik tu jawab, “Yelah. makcik mana ada peralatan nak memasak. Ala dik, kalau kamu bagi duit je kan senang.”

Ceh, nak duit rupanya makcik ni, kata aku dalam hati sambil jeling dapur dia. Patutlah ada banyak sampah macam plastik tapau, polisterin tu.. Dengan plastik air ikat tepi yang masih bersisa, digantung kat tingkap tingkap. Euu.. zaman bila punya entah. Aku tengok ada je periuk nasi, kuali semua tu. Bila aku tanye, dia cakap dah lama tak guna lah, dah rosak lah, tong gas takde gas lah. Banyak sangat alasan!

So akhirnya bila kitorang nak bawak balik je kotak tu semula, makcik tu terus pegang kotak tu. Dengan rakusnya, dia belek belek makanan yang kitorang bawak. Dia ambil wehh.. sambil kata “Takpelah.. makcik ambil jela ye. Nanti orang lain pula yang dapat. Tengoklah mana mana yang makcik boleh guna”

Eii.. Ada gak kena tangan dengan aku kang. Sorilah kawan kawan, aku ni baran sikit. Haha. Makcik tu punya tamak dan dengki tu, haihh. Boleh kalah dengan Kassim Baba (yang faham, faham la ye). So hari tu, aku balik dengan hati yang marah dan sebal dengan makcik tu. Kak Ana aku tengok, bertenang je.

Alahai kak, bagusnya kau kak. Tapi Kak Ana memang orangnya lembut, baik, sopan, senyuuum je. Macam tak terkesan pon dengan perangai makcik tu yang entah apa apa. Aku yang ter emo lebih, membebel bebel dari dalam kereta sampai lah dah masuk dalam rumah Kak Ana. Aku tido satu malam je, esoknya aku balik rumah ibu aku dah.

Lepas “trip” tu, aku tak tahu dah apa-apa pasal makcik pka tu. Taknak tahu pon, buat sakit hati je. Aku lepas tu dapat tawaran bekerja dekat Terengganu. Memang sangat busy sampai Kak Ana pon aku tak sempat nak jumpa. Just call, bertanya khabar camtu jelah.

Terkejut jumpa Kak Ana dah cengkung, tak ceria

Pastu nak dijadikan cerita, awal tahun lepas (2019), aku jumpa Kak Ana kat satu kenduri kawen sedara kitorang. Kiranya kali terakhir aku jumpa Kak Ana ialah masa “trip” makcik tu. Dan ini pertemuan selepas bertahun tahun aku tak jumpa dia. Aku terkejut sangat wehh! Kak Ana sangat cengkung, gloomy. Walaupun orang ramai tengah kecoh kecoh dengan kenduri, dia hanya termenung kosong je. Dah takde senyuman macam selalu. Pastu aku jeling jeling sekeliling, husband dia takde.

Aku seret adik dia, Ira masuk bilik. Aku ugut dia cepat bagitau apa yang jadi 5 6 tahun ni. Apesal Kak Ana jadi macam tu. Kenapa Kak Ana sorang sorang, mana husband dia? Ira takut takut nak cakap sebab dah janji dengan Kak Ana untuk tak cerita apa apa dekat orang lain? Dah tu, aku ni orang lain ke? Haishh. Aku cakap aku tak peduli, aku nak tahu jugak apa yang dah jadi. Ira cerita semua kat aku. Guess what guyssss..!

Rupanya suami Kak Ana bernikah dengan Sara, anak makcik tu

Husband Kak Ana dah kahwin lain, gantung Kak Ana tak bertali. Duduk sama pon tidak, dilepaskan pon tidak. Korang nak tahu dia kahwin dengan siapa?? Haha. Betul. Dengan anak makcik tu. Bukan dengan makcik eh. Jangan risau. Huh. Rupa rupanya lepas kejadian “trip” aku tu, Kak Ana selalu visit famili tu. Ha amek kau. Naik taraf satu family. Kalau ikut SOP persatuan tu, tiada paksaan pun bagi mana mana ahli untuk keep on lawat rumah family angkat.

Kiranya kalau ada komitmen lain, boleh je inform dorang. Nanti dorang akan pass kat ahli lain. Ha camtula lebih kurang. Kak Ana asalnya dah taknak terlibat dah dengan family tu. Sebab dorang terlampau banyak cengkadak! Nak bantuan, dalam bentuk duit je. Bahan makanan tak nak. Alasannya tak boleh nak masak sebab peralatan rosak. Pastu Kak Ana kesian, dia bagi rice cooker hadiah kahwin dia dulu. 2 minggu camtu je masak. Lepas tu, dah malas. Hari hari nak tapau makanan je.

Katanya alah tinggal bertiga je. Buat penat je masak. Baik beli. Tapi tiap kali kalau tapau tu lauk mahal mahal, amende? Pastu siap demand, nak duit tiap tiap bulan minima RM1000. Alasan satu, sebab anak lelaki dia ade sakit ekzema, kena ambil ubat tiap-tiap bulan. Bila Kak Ana suruh ambil ubat kat klinik kerajaan, dia kata leceh.nanti penat menunggu.

Alasan kedua, sebab nak bayar upah bibik indon untuk mengemas rumah dorang tiap tiap minggu. Setiap kali datang, RM70. Bila Kak Ana suruh kemas sendiri, makcik tu kata dia tak sihat. Bila minta anak perempuan untuk tolong, kata tak boleh kena habuk nanti resdung lah, migrain lah. Nak harap anak lelaki dia, lagi lah ke laut. Pastu banyak lagi la alasan dia. Yang dua tu je aku ingat, sebab 2 point ni yang aku dok menyirap sangat. Dorang ni asyik mesej, push push Kak Ana mintak itu ini sampai Kak Ana kerap dah kena sakit kepala, migrain.

Aku rasa masa ni sebenarnya tahap awal depression Kak Ana. Bila Kak Ana dah kerap sakit kepala, kadang kadang Kak Ana akan minta husband dia teman, drivekan dia untuk visit rumah family tu. Mula mula just temankan Kak Ana, lama lama husband dia visit sendiri, konon tak bagi Kak Ana keluar rumah dengan alasan risaukan kesihatan Kak Ana. Kak Ana innocently rasa lega la sebab ada orang tolong dia tengok tengokkan family angkat dia.

Tapi, lama lama, jadi pelik. Sebab dah kerap sangat husband dia keluar kerja tapi tak balik rumah. Bila call, kata, “Ni kat rumah/pejabat sekian.. sekian. Banyak lagi kerja.. Mungkin tak balik rumah sebab nak kena siapkan cepat”, yada.. yada. Tapi pelik-pelik pun, Kak Ana tak syak wasangka apa pun kat husband dia weh. Dia percaya je apa husband dia cakap.

Sampai satu masa, entah macam mana Kak Ana tergerak hati nak visit family tu., siap bawak macam macam lagi. Yelah, sebab dah lama tak ziarah kan. Sampai sampai je, Kak Ana bagi salam tapi tak terjawab. Dia pun masuk jelah sebab pintu tak berkunci. Masuk masuk je ada 2 ketul makhluk yang hanya berselimut sahaja tengah terbaring kat ruang tamu tu. Korang dah tahu siapa kan.. Yes… Sara dan husband dia.

Kak Ana terus jerit masa tu jugak sambil marah marah, tinggikan suara kat dua ketul tu. Sara menangis. Makcik keluar dari bilik dan pujuk anak dia. Dan husband Kak Ana? melutut dan meminta maaf? Oh tidak ye kawan kawan, dia tengking Kak Ana semula. Kata jangan menyibuk hal dia. Kak Ana campak kotak makanan yang dia bawak dan terus berambus dari situ.

Sampai rumah je Kak Ana menangis tak henti henti dan tetap menunggu husband dia balik. (Ini aku sangat tak puas hati, kalau aku, dah lama aku angkat kaki). Si isteri setia menunggu, padahal sang suami diam diam pergi kahwin lain kat Siam. Beberapa minggu lepas tu, husband dia memang balik rumah Kak Ana. Tapi bukan balik sorang sorang. Balik bersama sama family . Haha.

Semua orang tak tahu pasal ni. Kak Ana dah takde mak ayah. Tinggal dia dengan Ira je 2 beradik. Ira pun masa tu belajar kat oversea mana entah aku tak ingat, tak jumpa Kak Ana sangat. Last last rahsia pecah sebab dalam 2 tahun lepas, Ira balik malaysia. Ira beria ia nak jumpa Kak Ana tapi Kak Ana selalu mengelak. Dah tu, Ira pakat dengan boyfriend dia untuk pergi je terus rumah Kak Ana kat Pahang tu.

Sampai sampai je Ira kat rumah tu, dia terus menangis. Terkejut tengok kakak dia yang dah kurus melidi, cengkung, selekeh tengah sapu laman sambil gendong anak kecik. Terus dia peluk Kak Ana yang terkejut dengan kedatangan Ira yang tiba tiba tu. Kak Ana suruh Ira dan boyfriend dia masuk dalam, dia nak buatkan air. Ira tengok kat dalam rumah tu ada banyak frame gambar cantik cantik. Semuanya gambar husband Kak Ana dengan family. Takde satu pun gamba Kak Ana.

Kak Ana ceritakan hal sebenar

Ira terus desak Kak Ana untuk cerita hal sebenar. Rupa rupanya dalam 3 tahun tu Kak Ana dijadikan orang gaji dalam rumah sendiri. Masak, kemas rumah, basuh baju, cuci toilet hatta period Sara yang bocor kat cadar pon Kak Ana yang sental. Semua Kak Ana buat.

Family tu hanya goyang kaki sahaja, langsung tak membantu. Siap arah arahkan lagi Kak Ana buat itu ini. Husband dia tahu je pasal ni, tapi dia buat tak tahu je. Kak Ana takde bilik sendiri, kalau nak tukar baju ke apa, terpaksa tukar dalam toilet. Baju/ beg/ barang kemas Kak Ana, dah dirampas dan diberi pada family tu.

Ira tanya Kak Ana, kenapa sampai boleh jadi macam tu sekali? Apa salah Kak Ana? Semua sebab budak kecik tadi. Yup. Itu bukan anak Kak Ana. Tapi anak si Sara. Husband dia konon bangga dah hamilkan si Sara. Dia selalu hina Kak Ana yang tak dapat bagi dia zuriat. So dia paksa Kak Ana untuk “jaga” zuriat tu.

Sara hanya pegang budak tu masa berpantang je. Selebihnya, semua Kak Ana yang uruskan sampai la budak tu umur 2 tahun lebih masa tu. Tu, masa Ira datang sana tu, husband Kak Ana dan family P tengah bersuka ria pergi holiday kat Singapore. Anak tinggal. Suruh Kak Ana jaga.

Paksa Kak Ana ikut pulang

Ira paksa Kak Ana ikut dorang balik time tu jugak. Dah tak sanggup tengok Kak Ana menderita macam tu. Tapi ofkosla mula mula Kak Ana taknak. Takut dilabel isteri mendrhaka. Ira merayu rayu kat Kak Ana suruh ikut juga balik, sampaikan Ira terpaksa buat cerita yang Maksu kitorang konon tengah sakit tenat. Takkan taknak jumpa?

Alhamdulillah taktik itu berjaya. Kak Ana kemas baju budak tu, dan barang barang peribadi dia yang hanya tinggal beberapa je tu, terus ikut Ira dan tinggal dengan Ira sampai sekarang. Dah lebih setahun jugakla lepas kejadian Kak Ana ikut Ira, tapi Kak Ana macam tu juga kata Ira. Hmm. kesian Kak Ana. Dengan kisah budak tu “dirampas” oleh family. Memang la bukan anak sendiri, tapi kalau Kak Ana lah yang dok jaga dari baby, mestila sayang kan.

Fuh, aku rasa cukuplah sampai sini aku cerita, kalau nak cerita semua.. sampai esok pun tak habis. Bab kisah berebut budak, berebut harta Kak Ana.. kalau korang nak tahu, aku cerita la kat entri yang lain ya. Yang penting, korang tolong doakan Kak Ana cepat cepat sembuh dan kembali jadi macam dulu. Aamiin…

Sumber – Piya (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Lepas Kahwin Suami Tak Pernah Langsung Sentuh Isteri Dan Asyik Berkepit Je Dengan Telepon. Sekali Bila Isteri Tengok Telepon Suami Terkejut Tengok Banyak Aplikas Dating Dalam Tu. Tergamam Bila Isteri Buka Semua Aplikasi Dan Tengok Apa Yang Berlaku Dalam Tu.

Gambar sekadar hiasan

Salam min, saya mohon sangat2 tolong hide profil saya min. Saya cuma ingin doa daripada kalian sahaja. Semoga berkat hari Jumaat ini doa2 kita diangkat Allah SWT. In Shaa Allah.. Aaminn. Saya sudah bernikah hampir 8 bulan. Tapi sepanjang pernikahan saya, suami tak pernah sentuh saya. Saya bekerja dan saya sentiasa jaga penampilan saya, saya suka nampak kemas bila depan suami.

Suami saya tak pernah culas nafkah zahir seperti makan dan tempat tinggal. Krisis rumahtangga kami dah berlarutan sejak dua bulan pernikahan lagi sebenarnya. Suami bagaikan jauhkan diri daripada saya. Saya sayang suami saya. Sebelum2 ini (ketika awal pernikahan) sebelum dia pergi kerja dia akan cium dahi dan pipi saya. Sekarang tidak lagi. Kalau dulu dia akan peluk saya (walaupun sekejap).

Setiap malam saya akan salam dan minta maaf kat suami sebelum tidur. Tidur pun dah tak nak sekatil dengan saya. Dia akan lari tidur di lantai, dan saya pula di katil. Tapi jika suami dah tidur saya akan dalam diam tidur di lantai dan cuba memeluk suami walaupun dia tepis saya tidur ja dengan dia. Saya rindu sangat dengan sentuhan dan pelukan dia. Cuma itulah, tiada sentuhan, pelukan, kalau saya nak peluk dia pun dia akan jauhkan diri daripada saya.

Saya sentiasa memakai wangian yang dia suka, sebab kalau macam basuh baju pun kalau bau sabun yg dia tak suka dia akan bagitau dan saya tak akan pakai bau yg dia tak suka. Saya selalu je pakai menjolok mata kat rumah dan hari2 saya cuba goda dia, tapi tak jalan. Saya masih masak untuk suami lepas saya balik kerja, cuma kadang termiss sebab penat sangat, suami pun pernah cakap kalau dia balik kerja lewat malam saya tak payah masak, sebab dia dah makan,

Kalau nak masak pun dia minta saya masak untuk diri saya sendiri, tapi kadang dia makan juga ikut mood dia sebab dia jenis tak suka makan.
Suami saya lock password fon dia. Saya pernah tanya kenapa kena ada password sedangkan dah jadi suami isteri. Suami jawab, “sebab privacy, walaupun husband wife tetap kena ada privacy” dia cakap. Saya hormat privacy dia. Tapi mana2 dia pergi memang dia akan bawak dan bersama dengan fon dia.

Tidur pun genggam atau sorok bawah bantal. Masuk toilet pun bawa fon tapi dia pasang lagu masa dalam toilet. Saya ni jadi makin nak tahu apa benda la yg ada dlm fon dia sampai tak nak lepas daripada tangan. Kalau saya nak pinjam pun dia akan tunggu dan tengok saya tekan apa. Baru2 ni suami tertidur dan fon terbuka masa dia tengah buka ig cerita kartun. Kebetulan saya baru balik kerja dan ternampak fon dia depan mata saya terus ambil fon dia dan bawa lari masuk bilik lain.

Saya cek fon dia. Apps omi, michat, grinder dan macam2 apps dating lain semua ada. Saya buka wasap dia. Allahu pedih hati saya bila buka satu2 chat suami wasap dengan lelaki tapi butiran dan chat wasap2 semua ke arah yg tak sepatutnya. Ada video lelaki2 tu dengan dia tengah kiss pelk dalam keadaan tidak berpakaian. Luluh hati saya min. Menggeletar jari2 saya, menangiis saya.

Lepas tu dia ketuk pintu bilik. Dia ketuk kuat sangat banyak kali suruh pulangkan fon dia. Saya buka pintu dan saya bagi semula fon dia. Dia mrah sangat kat saya. Lepas tu dia tanya saya. “Awak dah tahu kan semua sekarang! So awak nak apa??!” Saya menangis.. saya cakap, “awak yg buat slah kenapa nak marh saya..? Saya minta maaf saya cuma nak awak.

Saya nak suami saya, saya tak nak berpisah, saya sayang awak” Saya cakap camtu. Tapi sumpah min, saya betul2 sayangkan suami saya Lillahitaala. Walaupun saya dah tahu dia macam tu, saya masih sayangkan dia, tak berkurangpun kasih sayang saya kat dia. Makin saya rasa nak tolong dia. Makin besar rasa kasih dan sayang saya kat dia. Saya tanya, “kenapa nikah kalau tahu awak macam tu?“

dia cakap, “Saya ingat saya boleh berubah lepas kahwin, awak ingat saya nak ke jadi macam ni, saya cuba untuk berprng dengan diri saya, saya benci diri saya kenapa saya jadi macam ni..!” Lepas tu dia ambil wudhuk, saya cuba peluk dia. Dia cakap “aku nak solat ni! Ada aku tak solat kang..!” Saya pun bagi dia waktu untuk solat. Lepas solat dia terus lari keluar rumah tanpa sempat untuk saya halang, dia start enjin kereta terus keluar.

Saya menangiis meraung, lepas tu saya terus ambil wudhuk dan solat maghrib terus zikir sampai solat isyak baru tenang setenangnya min. Saya buat solat taubat, solat hajat, solat istikharah mohon petunjuk. Saya baca al-quran untuk tenangkan hati yg remuk. Saya sayang rumahtangga saya min. Dah berbelas tahun saya kenal dan bercinta dengan suami sebelum kami mengambil keputusan untuk bernikah dan saya tak tahu sejak bila dia berubah jadi macam tu.

Saya ingat saya dah cukup kenal dia Sungguh demi Allah saya amat menyayangi suami saya. Sekarang suami minta saya ambil cuti dan pulang ke kampung dan beri dia masa untuk tenangkan diri dia. Dia juga seperti tak nak berpisah, tapi dalam masa yg sama dia takut buat jahat pada saya jika kami meneruskan pernikahan ini.

Tapi saya redho min. Kalau ini takdir Allah, biarlah tanpa sentuhan sekalipun, saya redho asalkan saya masih bersama dengan suami. Saya faham suami tengah dalam masalah besar seperti ini, saya tak nak rungsingkan fikiran dia. Saya nak bantu dia. Saya nak kami sama2 masuk syuga..

Saya doakan suami berubah ke arah lebih baik dan tinggalkan segala perkara buruk kemungkaran yang dia lakukan. Mohon semua doakan suami saya juga ya. Doakan saya dan suami dapat meneruskan pernikahan ini dalam keharmonian, rahmat kasih sayang dan keredhaan Allah. Aamiin

Sumber : kisahrumahtangga

Isteri Tengah Tunggu Hari Nak Bersalin. Terperanjat Isteri Bila Tetiba Je Dpt Gambar Suami Dia Tgh Akad Nikah Dgn Wanita Lain. Akhirnya Ini Yg Terjadi Pada Dia Sampai Suami Dia Rasa Menyesal.

Foto sekadar hiasan. Tergamak seorang suami lepaskan isteri disaat isteri sedang mengndungkan zuriat sendiri. Inilah yang dikatakan habis madu sepah dibuang. SegaIa pengorbanan selama ni sekelip mata dilupakan setelah kehadiran orang ketiga. Sudahlah berkahwin senyap-senyap dan menghilangkan diri, malah isteri pertama dilepaskan hanya kerana mencari suami untuk menuntut nafkah anak-anak.

Nasib malang menimpa puan ini setelah suami berkahwin lain dengan pilihan keluarga. Anak didalam rahim juga tidak diendahkan. Aku seorang isteri yang mempunyai seorang anak berusia 6 bulan dan sedang hamiI. Kehidupan aku sebagai isteri bahagia sehingga hari raya tahun lepas aku mendapat tahu suami bernikah dengan orang lain yang ternyata pilihan keluarganya. Walaupun aku bukan pilihan keluarga tapi kedua belah keluarga merestui.

Pada raya kedua suami beritahu pada aku dia harus pulang ke kampung untuk menguruskan urusan harta dan tidak mmbenarkan aku ikut kerana aku 7 bulan mengndung. Kampungnya di seberang jadi doktor pun menasihati untuk tidak menaiki kapal terbang. Dua minggu suami di sana. Satu hari kawan aku pm (private message) memberitahu melihat gambar suami aku sedang bernikah. Bila aku melihat sendiri gambar itu, betapa sedihnya hati aku melihat suami aku dengan isteri barunya bersama mak mertua, kakak dan adik ipar aku.

Setelah suami pulang aku minta suami untuk menerangkan segalanya dan suami minta maaf dan berjanji untuk menjadi suami yang lebih adil dengan syarat aku merahsiakan perkahwinan aku dengan suami daripada isteri barunya. Aku maafkan dan terima kerana anak yang sedang aku kndungan dan jugak dia terpaksa akur kata-kata ibunya yang sakit.

Sepanjang dua bulan selepas suami aku menikah, dia jarang pulang kerana untuk menjaga rahsia itu. Walaupun begitu suami aku adil sehinggalah perangai suami mulai berubah. Suami menjadi mrah dengan kerap dan aku mendapati suami aku menipu. Kadang kala aku dan suami brbalah hanya kerana aku minta berjumpa dia. Aku sedih kenapa dia berubah.

Sampai satu saat dia hilang selama dua minggu lalu aku mencari dia dan kerana itu aku dilepaskan secara tergantung. Hanya kerana aku mencari dan menghubungi lantas dia tinggalkan aku. Sekarang sudah tiga bulan suami tinggalkan aku tanpa sebarang nafkah. Dan ternyata isteri baru juga sedang hamiI dan sudah tahu mengenai aku. Aku dicacii semua. Aku sebatang kara dan suami tinggalkan aku tergantung

Sekarang kndungan aku mengalami msalah dan doktor mencadangkan untuk ggurkan demi nywa aku. Aku cuma mahu jumpa suami dan mengubah dia kembali kerana masa kami kenal sehingga berkawin dia tak macam sekarang. Aku yakin dia berubah kerana perempuan itu. Geram dengan perangai lelaki yang macam ni. Anak didalam kndungan tu zuriat sendiri kenapa sanggup abaikan. Anak adalah refleksi kepada sikap kita, jangan terkejut bila dah tua anak tak mengaku sebagai bapa pula.

Reaksi warganet. Perkongsian dari ibu hamil ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Sri Mewangi –Begitulah nasib wanita. Pandai2lah bawa diri jika kena pisah. Kalau masih ada keluarga haraplah keluarga beri sokongan moral. Siti Mariam Abdul Kadir –Suami tak guna. Kalau dia sanggup nikah lain disaat kau mengandungkan anak dia. You better let him go. He is not worth your tears.

Sharifah Nor Al Baity –Teringat kawan saya. Suaminya nikah lain di saat2 dia sedang menanti hari. Cuma bezanya suami berterus terang dia nak nikah lain tapi kawan tak bole nk buat apa sebab sglanya tlh di atur. Hncur lebur perasaan kawan saya ni.

Seminggu lepas suami dia nikah, dia sakit nk bersalin. Tapi malangnya dia macam takde semangat lansung. Dia tak nak teran dalam labour room. Nyawa dia masa tu. Trpksa operasi. Sekarang suami dia dah lepaskan istri kedua atas sebab apa saya tak pst.

Rohana Ayong –Hari2 duk lalu kesah laki org kawin baru alahai. Takut nya dengan dunia pligami yang kunun depa ikot sunnah nabi hat tue ikot la 100% hat lain ikot dak??haish Sumber : Sehinggit via malaysiaunited.my Kami doakan moga wanita ini dipermudahkan segala urusannya. Apa pula kata anda.

Saat Isteri Tengah Tahan Sakit Nak Bersalin Suami Selamba Je Boleh Mengorat Jururawat. Lepas Je Isteri Bersalin Suami Terus Jatuhkan Talak Hanya Kerana Geli Nak Uruskan Isteri.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

SUDAH menjadi lumrah dalam rumah tangga, pasti ada pasang surutnya. Namun pasangan suami isteri harus bertolak-ansur antara satu sama lain dan duduk menyelesaikan masalah dihadapi dari hati ke hati. Jika masing-masing ego, nescaya kemelut itu akan berlarutan sehingga membawa kepada perpisahan dan keretakan rumah tangga.

Menerusi perkongsian seorang peguam, dia mendedahkan realiti sebenar yang dihadapi pasangan suami isteri sehingga membawa kepada perpisahan. Menurut Sheikh Muadz, perkahwinan memang sesuatu yang indah tetapi pelbagai perkara perlu diambil kira jika mahu rumah tangga kekal hingga hujung nyawa.

“Berkahwin memang indah. Tapi perlu difikirkan banyak perkara. Aku ni yang pernah bekerja di firma guaman tahu sangat kes perpisahan di Malaysia ni. Pasal ubat gigi pun boleh pisah,” katanya dalam satu posting di Instagram. Namun Sheikh Muadz terpanggil untuk berkongsi pengalaman seorang jururawat ketika bertugas mengenai gelagat lelaki bergelar suami yang pastinya amat mengejutkan.

Berdasarkan postingnya itu, dia menceritakan bagaimana ada suami yang tergamak mengorat jururawat ketika isterinya bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka. “Di wad, isteri tak sedar diri, sempat mengorat staf yang bertugas. Kat labour room isteri nak bersalin, call suami suruh masuk tengok… suami reply ‘OK selamat berjaya’,” katanya.

Ceritanya lagi, lebih menyedihkan ada isteri dijatuhkan talak oleh suami gara-gara mengalami kecctan. Malah lelaki tersebut juga enggan menguruskan persalinan isterinya yang kini terlantar lemah di katil kerana alasan menyusahkan.

“Kat wad suami geli dengan najis isteri, tak nak tukar pampers atau tolong staf tukarkan pun. “Di wad, jatuh talak sebab isteri dah cacat,” katanya. Jelas Sheikh Muadz lagi, terdapat suami yang membiarkan isteri mereka berpantang seorang diri dalam keadaan bayi kena jaundis.

“Kat rumah pesakit (melawat rumah ke rumah postnatal) suami biar isteri sorang-sorang berpantang dengan anak jaundice. “Dia relax tengok TV. Alasan anak ketiga so pandai-pandailah si isteri,” katanya. Menerusi pendedahan jururawat tersebut, Sheikh Muadz turut kecewa apabila ada suami yang sanggup memaksa isteri melayan nafsu mereka selepas bersalin.

“Kat klinik ibu dan anak, episiotomy (jahitan di alat sulit selepas melahirkan) terbuka sebab… suami… hmmm tak tahan,” ceritanya. Tegas Sheikh Muadz, perkongsian tersebut bukan untuk menakut-nakutkan mereka yang bakal mendirikan rumah tangga tetapi membuka mata orang ramai mengenai realiti yang berlaku hari ini.

“Tujuan post ini bukan untuk menakutkan cuma untuk membuka mata masyarakat bahawa perkahwinan itu bukan hanya terhad pada malam pertama sahaja. “Kepada yang belum ada calon, usah terburu. Kenal hati budi dahulu. Jangan hanya kerana konon mahu terlalu ikut Islam, pasangan dipilih secara membuta tuli.

“Islam juga suruh kita siasat latar belakang mereka melalui orang tengah. Bukan kenal satu dua hari terus nikah atas alasan jaga ikhtilat. Itu Islam ikut pemahaman kamu sendiri. Fikir-fikirkan,” katanya. Posting Sheikh Muadz menjadi tular di media sosial.

Perkongsian tersebut yang turut tular di Twitter mendapat pelbagai respons dalam kalangan warganet. “Kesian kan. Perempuan bila dah kahwin umpama hidup dia dijadikan taruhan. Tengoklah kalau nasib baik Alhamdulillah, kalau tak? Dianiaya… dapat lelaki baran tak ada sifat kesian semua benda nak kena hadap nanti,” kata Sha.

“Jenis masa bujang pinggan makan mak basuhkan, baju kotor campak, lepak hari-hari tak ada tanggungjawab, si ibu cakap laki kahwin takut bini nak beli PS5. Kalau kahwin, main game anak nangis berak nak makan buat pekak. Marriage come with responsibility, ada duit rupa tak ke mana. Emo pulak sis,” kata Atia.

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Bakal Suami Gades Ni Tanya Gades Ni Tadi Bawakkkkk Jantan Mana Masuk Dlm Rumah. Siap Ketawa Ketawa Pulak Tu. Terperanjat Gades Ni Bila Kena Tanya Dgn Bakal Suami Dia Sampai Mcm Tu Sekali. Terkejut Rupanya Ini Punca Bakal Suami Dia Tanya Mcm Tu.

Assalamualaikum. Hye semua.Nama aku naz.wanita berumur 22. Baru bertunang 3 bulan. Majlis inshaaAllah hujung tahun ni. Aku cuma nak minta pendapat para pembaca semua. Maaf penulisan agak serabut. Buntu dan stress.

“Bawak jantan mana masuk rumah tu ?” – Sedangkan tengah tidur baru lepas shift malam. “Gelak kenapa ? Sape jantan kat belakang tu ? ” – Aku kat bilik sorang-sorang masani. Gelak pon tak. “Hati hati tu berjalan dengan sidia” – Ya Allah aku tengah kerja masa ni.

“Buat ape nak tanye abg kat mana. Awak baru je kan lalu” – ni pon masa ni aku kat tempat kerja. Sekali dua mungkin boleh tepis rasa geram dari hamun . Yelah, benda kita tak buat . Orang tuduh tuduh. Paling paling stres bila kau penat baru balik kerja. Sampai satu tahap melibatkan mak dan adik beradik dia. Aku tengah kerja si abang abang mesej cakap si adik ngadu nampak aku dengan lelaki lain. Sampai kan 1 tahap aku tak tahan , aku ckp nak report polis, baru si abang mintak maaf.

Tak berhenti kat situ. Rupanya cik tunang ni pon ada mengadu dekat mak abah dia. “mak kenapa dia tak angkat adik call ni ?” -sambil menangis depan si emak. “mak betul adik nampak dia dengan lelaki lain”- ini pon mak dia mengadu kat aku sambil perli “naz lepas ni nak buat pape inform adik. nak mandi nak makan nak kerja nak tidur berapa jam, bagitahu je adik. mak rimas lah dia nangis je”. Aku stress.

Tahu tak ape paling sedih ? Dia mengadu pada ibu ayah aku yang kat kampung, yang aku ni bawak masuk jantan lain dalam rumah. Allah. Alhamdulillah ibu ayah masih percaya pada anak diaorang ni. Ibu pon faham life anak dia ni tak tentu arah kadang haha. Kerja shift yang tak menentu , bila penat sangat shift malam siang memang waktu yang terbaik untuk berehat, balik tak on time , kadang terpaksa out station.

Bulan kedua bertunang , setiap hari tunang akan mengadu pada family dia macam macam sambil menangis. Aku itu aku ini. Dan hampir setiap hari tuduhan makin menjadi-jadi tanpa sebarang bukti. Sampai satu hari , depan mata family dia sendiri , dia lari ke loji air untuk kejar aku , sedangkan semua orang nampak memang kelibat aku pon takde kat situ. Start dari tu , mak dia terus bawak dia jumpa sorang pakcik ni.

Tahu tak ape pakcik tu cakap ? Pakcik tu cakap semua ni punca dari saka keturunan family aku. Kononnya saka ni taknak aku kahwin. Sedih. Sebak. Yang betul betul buat mak tunang percaya , kerja tunang tunggang langgang, setiap hari mesti sodok kereta orang . Mak dia terus mintak air penawar kat pakcik tu.Bawak aku sekali. Ayat paling aku ingat ”ni air biar dia dijauhkan ape ape dari perempuan ni ye wak” .

Tak tunggu lama , masatu jugak aku jumpa pakcik tu , tanya , kenapa tuduh aku macam ni. Jawapan pakcik tu ” esok datang bawak belut hidup lepaskan kat sungai berserta bunga melor . Lepastu buang 25 sen dekat simpang empat” . Dan aku tak buat pon semua tu. Aku berani cakap semua ni fitnah sebab lepas je pakcik tu cakap aku ada saka, aku terus call ayah ibu nangis nangis.Esoknya terus ibu ayah bawak pergi jumpa ustaz dekat darul syifaa. Ustaz tu sendiri cakap ni semua fitnah.

Sejak kejadian jumpa pakcik tu, keadaan tegang. Tunang nangis2 call / jumpa cakap taknak putus. Mak abang abang suruh putus. Taknak ada keturunan saka macam aku. Tapi bila aku call mak and tanya betul ke mak suruh putus , ni jawapan mak “Adik yang nangis2 nak putus. Mak ikut je mana terbaik”

Jujur aku cakap, hati ibu ayah dah tawar untuk terima bakal menantu macam ni. Bakal menantu yang banyak memfitnah , banyak pusing cerita. Seolah perjalanan nak halalkan hubungan ni Allah sulitkan. Aku boleh redha boleh terima andai tiada jodoh , tapi macam mana nak hadap mulut mulut rakan sekerja dan saudara mara. Dahlah diaorang semua bawangrians, haha.

Mungkin dia memang psycho. Mungkin dia sayang sangat. Mungkin family dia yang sayang nak lepaskan dia. Mungkin ada rahsia sebalik semua ni. Sambungan pasal cite tunang aku ni,aku akan letakkan di ruang komen untuk mengetahui adakah aku masih teruskan atau putuskan pertunangan ni?.Aku pon lama2 boleh jadi pshyco juga.

Dia pernah try nak bahayakan nyawa sendiri hampir 2/3 kali. ada sekali tu naz tengah tidur , tiba tiba dia video call letak tali kat leher.

Assalamualaikum semua. Naz kembali, haha.kalini naz nak jawab semua soalan dan nak cerita lebih detail pasal tunang naz ni.Naz ni lelaki ke perempuan ? Naz perempuan, umur 22, tunang lelaki. Umur tunang berapa, kenapa nangis nangis macam budak-budak? Umur dia 27, dah boleh jadi bapak budak haha.

Sepanjang kenal kalau brbalah memang dia yang nangis tak sudah haha Kenal berapa lama? Kami kenal tak lama, bulan 1 kenal, bulan 3 merisik, raya bertunang. Jujur naz cakap, sebelom bertunang semuanya ok-ok saja. Attitude dia, gaya dia, serba serbi terbaik.

Semua family besar naz memang sangat sangat berkenan dengan dia. Dia punya sweet tu, fuh haha. Tapi tak sangka lepas tunang 1 demi 1 Allah tunjuk. So korang yang belom berjodoh tu, hati-hati. Ada yang sarankan naz bawa dia refer psychiatrist untuk dapatkan black and white diagnose mental health dia just in case jadi pape kat naz or difitnah lagi , terima kasih atas nasihat. Sebelum ni naz dah pujuk , hundred times. Sekerasnya dia tak nak and deny yang dia tak skit. Sangat susah.

Ada juga yang sarankan naz untuk pindah tempat kerja , no fon and tempat tinggal, tak boleh awak , huhu saya staff kerajaan yang baru sahaja berkhidmat , so nak transfer memang tak boleh melainkan dengan alasan mengikut suami.

Dia pernah try nak bahayakan nyawa sendiri hampir 2/3 kali. Ada sekali tu naz tengah tidur , tiba tiba dia video call , naz tengok dia tengah letak tali kat leher. Ya Allah. Punca sebab naz nak tidur awal and taknak jumpa taknak gayut sebab esok morning shift.

Ya lagi sekali dia try nak terjun dari kereta dekat hiway masa naz tengah drive. Punca kawan naz mesej , naz save nama dia “mira’’ , sungguh sungguh cik tunang cakap nama tu “amir’’, halah halah. Malam sebelum majlis tunang , dia ada datang rumah untuk tolong prepare , naz kerja malam time tu. Sungguh2 dia cakap, perjalanan dari rumah dia sampai la ke rumah ibu ayah naz malam tu , ada kereta follow dari belakang. Time tengah merewang tu pon dia cakap ada orang ‘usha’ dia dari jauh. Dia cakap ni semua sebab ada yang tak suka kami nak tunang.

Setiap kali kerja , dia cakap mesti ada orang follow. Dia cakap naz ni ha tak percayakan dia sampai nak hantar orang ikut dia. Lol , daripada hantar orang , baik duit tu buat simpan nak kahwin kan ? Ada 1 hari tu naz bawak dia g majlis kahwin kawan 1 tempat kerja naz, lelaki. Itu pun cik tunang ni cakap sekumpulan yang selalu ikut dia, ada kat majlis tu. Dia cakap tu orang suruhan kawan naz tu. Stres ya amat tahu tak.

Stres sebab naz tak nampak pon siapa yang follow and siapa yang perhatikan kami dari jauh. Sepanjang perjalanan balik kami tak bercakap. Seboleh2 dia nak cakap naz and pengantin tu ada affair. Baru baru ni , kami tengah oncall , berbincang pasal hubungan kami ni. Naz nangis. Automatik dia mengamok then dia cakap “kau watpe hah, isap batu ea,jangan sampai aku call polis serbu rumah kau!”. Dari rasa sedih terus rasa benci.

Tu jelah kot yang naz boleh cerita kan. Banyak sangat situasi tapi naz tak ingat haha. Terima kasih reader and komen komen yang membina. Senang untuk putus tapi tak senang untuk move on , cewah. Segala komen dan nasihat kalian naz simpan untuk penguat semangat.

Oh ya , sesiapa yang ada number contact careline atau mana mana sumber untuk naz bawak cik tunang kaunseling , tinggalkan kat komen ya. Even dah putus nanti,kesian tetap kesian. Sebab family dia takkan bawak dia pergi jumpa doctor , tapi bomoh. Sampai ke harini , dah 4 bomoh family dia jumpa.

Kami belum lagi putus secara rasmi.Tapi dah lost contact. hampir sebulan dah tak jumpa.Naz dah sediakan fizikal and mental if apa apa terjadi lepas putus nanti (andai difitnah lagi) And lagi sekali, komen komen kalian sangat membantu naz. Terima kasih.