Niat nak pergi Taman Negara untuk pelancong. Sekali 96 orang pelancong terkandas dalam tu gara gara banjir. Tak sangka sampai macam ni sekali yang jadi dalam tu.

Berita

Jerantut: Seramai 96 pelancong yang mengunjungi Taman Negara, Kuala Tahan sejak Jumaat lalu terkandas di pusat pelancongan itu berikutan dua laluan keluar masuk utama dinaiki air. Jalan Padang Piol – Sungai Retang dekat Paya Garuk dinaiki air sedalam tiga meter di sepanjang 80 meter laluan itu dan 50 meter laluan ke selekoh Sawmill Jerantut Feri ditenggelami air satu meter.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejahteraan Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Abdul Jalil Abdul Rahman berkata, semua pelancong itu menginap di Mutiara Taman Negara Resort membabitkan 41 orang, Xcape resort (16), Liana Hostel (17) dan selebihnya di Danz Eco, Delimah Guest House dan Abot Guest House.

Selain itu, katanya, terdapat tujuh pekerja kontrak membaiki titian kanopi yang terkandas dan tinggal di Zamri Guest House. Menurutnya, pelancong berkenaan memilih untuk kekal di rumah penginapan dan resort sementara menunggu banjir surut dan tidak mahu menanggung risiko meredah banjir.

“Semua pengusaha penginapan sudah diminta menyediakan senarai lengkap nama pelancong serta maklumat peribadi bagi memudahkan berhubung jika banjir bertambah buruk,” katanya di sini, hari ini. Sementara itu, Pengurus Pelanggan Mutiara Taman Negara Resort, Sabri Abdullah berkata,

kebanyakan pelancong di situ datang dari Kuala Lumpur yang maklum mengenai risiko banjir ketika musim ini tetapi tidak menjangkakan situasi buruk. “Ketika mereka tiba pada Jumaat, cuaca panas dan hanya hujan lebat pada Sabtu yang membawa kepada banjir besar,” katanya.

Ada Yang Pertikaikan Bila Tok Ti Letak Wajah Sendiri Pada Kotak Sumbangan Banjir. Sekali Ini Respon Warganet Buat Ramai Yang Terkedu.

Pada ketika ini, ramai rakyat Malaysia yang prihatin telah menghulurkan bantuan kepada banjir di negeri yang terjejas. Antara individu berpengaruh yang meghulurkan bantuan ialah barisan selebriti termasuk penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang merupakan anak jati Kuala Lipis, Pahang.

Sebagai penduduk asal Pahang, Siti atau mesra disapa dengan panggilan Tok Ti terpanggil untuk memberi bantuan kepada penduduk di sana ditambah pula dengan keadaan yang semakin teruk. Dalam masa yang sama, Tok Ti turut berasa bimbang kerana ibunya, yang dikenali sebagai Mak Salmah turut terperngkap di kediamannya di Kuala Lipis.

Disebabkan keadaannya yang kini sedang hamil lima bulan, Tok Ti tidak dapat turun ke kawasan yang terjejas dan disebabkan itu beliau meminta kakak iparnya, Rozi Abdul Razak untuk mewakilkan dirinya untuk memberi bantuan kepada penduduk tempatan.

Namun ada pula segelintir warganet mengkritik tindakan Tok Ti meletakkan sticker wajahnya pada kotak bantuan yang diberikan kepada penduduk kampung. Menurut mereka, sticker itu tidak seharusnya diletakkan pada kotak tersebut kerana dianggap bantuan yang dihulurkan itu tidak ikhlas.

Tetapi ada juga yang bersetuju dengan tindakan pihak Tok Ti meletakkan sticker tersebut kerana bantuan yang diberikan itu merupakan wang persendirian Tok Ti sendiri dan itu merupakan bukti beliau prihatin terhadap penduduk kampungnya di Kuala Lipis.

Apa pun, tak kisah la ada sticker atau tidak, asalkan bantuan itu sampai kepada mereka yang sepatutnya. Sama-sama kita doakan semoga keadaan banjir di kawasan terjej4s akan pulih dengan secepat mungkin. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber foto: Instagram Siti Nurhaliza

Sumber: HOTFM

Tular Video Ustaz Ebit Lew Bantu Orang Yang Terlibat Dengan Banjir Mndatangkan Rasa Sebak Pada Warganet. Ustaz Ebit Lew Juga Akui Buatkan Dia Rasa Rindu Pada Seseorang Ini.

Susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia sejak awal Januari 2021, banyak kawasan terjejas dan dinaiki air sehingga memutvskan jalan utama. Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew merupakan antara individu yang aktif menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama. Terbaharu, pendakwah berkenaan telah memuat naik satu video menerusi laman Instagram miliknya memaparkan beliau mengangkat seorang warga emas dengan tujuan membantunya.

“Sayu hati tadi masa dalam perjalanan ke Kampung Mambang Pahang ada bot tahan saya minta bantuan tanya bagaimana nak bawa keluarga ke hospital Kuantan. Sakit tua dan parkinson. Kena naik bot dan kereta. Sebab rumah air dah naik dan jalan semua dah berair,” tulisnya. Menurutnya, ramai yang berulang ke hospital dengan menaiki bot malah, kebanyakan klinik di sekitar Kampung Paloh Hinai Pahang turut ditenggelami air.

“Baik makcik ini. Sempat minta doa makcik ini buat saya. Macam dukung mak sendiri. Rindu mak,” Pada akhir kapsyen yang ditulis, Ustaz Ebit Lew turut sempat mendoakan agar semua dalam keadaan selamat. Tinjauan pada komen yang ditinggalkan, ramai turut ikut sedih dan seb4k sejurus menonton video berkenaan selain mendoakan kesejahteraan buat pendakwah itu.

Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew

Sudah 2 Hari Di Kuala Lipis Bersama 10 Biji Bot Dari KL. Ebit Lew Bawa Dan Beri Seribu Helai T Shirt Dan Telung Serta Duit Belanja Kepada Yang Memerlukan

Bila disebut nama Ebit Lew, ramai mengenali insan hebat ini yang tidak pernah kenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan walau di mana ceruk sekalipun.Bantuan yang dikirimkan tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu ‘hero’ ini akan turun membantu.

Menerusi perkongsian terbaharu, kali ini Ebit Lew tampil meredah banjir untuk membantu kesemua mangsa di Kuala Lipis, Pahang.Ya Allah sayunya hati. Dah 2 hari di Kuala Lipis bersama 10 biji 4×4 dan bot kami dari KL. Sampai sini banyak jalan putus.Setiap kali sampai ada lori atau motor dah 24 jam tunggu sebab nak undur tak boleh ke depan tak boleh. Syukur Allah permudahkan perjalanan kami.

Bawa seribu t-shirt dan telekung 1000 t-shirt. 1000 telekung. Makanan dan setiap yang terlibat banjir saya beri sedikit duit belanja tunai.Paling sayu tengok sekolah, balai polis, surau, kuil, kereta, motor, TNB, dan rumah-rumah. Bila tengok semua tnggelam ada yang tinggal bumbung jer.Ya Allah berat ujian orang Pahang kali ini. Ada tempat tak pernah banjir puluh tahun kali ini banjir teruk. Syukur dapat beri bantuan di tiga Pusat Pemindahan Banjir. Bagi semangat dan doa.

Tadi sempat juga lihat orang yang terkena banjir ibu dan anak yang hilang. Tadi ibunya yang sudah tiada telah ditemui. Semoga Allah hadiahkan keampunan dan syurga Firdaus buatnya. Polis, JPAM,JKM, Bomba, Tentera semua bersama-sama menyelamatkan dan membantu orang yang terlibat banjir.Sedih tengok ada nenek tua dah terbaring sakit tua. Baring jer dah tak nampak. Tiada sesiapa dah dalam hidupnya. Orang kampung khidmat untuk nenek tadi.Semua berebut nak bergambar tadi. Semua kata tengok ustaz pun dah rasa tenang. Syukur semuanya dari Allah. Ya Allah selamatkanlah negeri Pahang, Johor, dan semua negeri yang banjir – ebitlew.

Ustaz Ebit Lew Sanggup Cari Dan Bayarkan Rumah Sewa. UEL Kongsi Serba Sedikit Kisah Lima Beranak Makan Tidur Dalam Kereta

Pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew baru sahaja menziarahi seorang mgsa lnggar lari di Johor Bahru yang terpaksa dipotng tangannya semalam.Belum sempat ‘berehat’, pada hari cuti umum Krismas hari ini beliau terus ‘memecut’ dari Johor ke Pulau Pinang untuk menziarahi sebuah keluarga kaum India yang tinggal berhmpit di dalam kereta.

Katanya, kes sayu keluarga tersebut sampai ke pengetahuannya ketika berada di Johor semalam hingga membuatkan air matanya tertumpah.“Sedihnya lapan bulan makan tidur dalam kereta. Mandi di tandas awam. Kerja pengawal keselamatan (shift) malam bawa keluarga tidur dalam kereta.

“Rumah mereka dijilat api bulan empat. Semua musnh. Sedihnya rasa. Saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta,” jelasnya sayu menerusi satu hantaran di Faceboook hari ini.Akibat dihmpit kekangan, difahamkan Parameswari (isteri) pernah terpaksa menjalani tempoh berpantang selepas bersalin hanya di dalam kereta itu sahaja.

Dalam pada itu, walaupun sekadar sebuah ‘rumah’ kecil yang smpit, kedatangan Ustaz Ebit ke sana disambut meriah dengan gelak tawa si anak kecil.“Sampai saja tengok muka anak comel sangat. Ceria saja masa belikan kek, makan dengan mereka,” katanya.Difahamkan, kediaman asal mereka sebelum ini msnah dalam kebakaran dan sejak itu, sudah dua kali permohonan rumah baharu telah dibuat.

Bertindak atas rasa simpati, Ustaz Ebit menyediakan sebuah rumah sewa sebagai tempat tinggal mereka sekeluarga, manakala kosnya akan ditanggung buat sementara waktu.“Saya sewakan rumah cantik, selesa, ada tiga bilik. Saya akan bayar sewa rumah untuk sebulan sementara mereka dapat rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Sudah dua kali mohon semenjak rumah dijilat api. Tapi jika mereka terus ingin terus (tinggal) di situ (rumah sewa) pun saya akan terus bayarkan dengan gembira,” tambahnya.Seperti biasa, bukan sahaja sebuah rumah yang selesa ‘dihadiahkan’ buat mereka, malah kelengkapannya juga turut sama diberikan.

“Saya hadiahkan peti ais, mesin basuh, televisyen, pemasak nasi, dapur, kipas, katil saiz Queen satu, katil bujang dua, barang dapur dan duit belanja.“Tak berhenti Ganesh dan isteri cakap terima kasih. Mereka menangis terharu. Katanya kenapa banyak sangat ustaz. Mereka suka sangat tengok rumah baru, cantik dan selesa.“Gembira dapat tengok senyuman anak-anak. Doakan perjalanan nak balik ke Kuala Lumpur. Sudah empat hari di luar,” katanya lagi.Sumber: Ustaz Ebit Lew

Tak Dapat Menahan Sebak Lepas Dihadiahkan Gerai Mudah Alih. Ebit Lew Kongsi Kisah Peniaga Istimewa Ini Dalam Mencari Rezeki

NAMA pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam lapangan kerja kebajikan di negara ini.Terbaharu, perkongsian Ebit di Facebook mengenai bantuan yang dihulurkan kepada seorang peniaga Orang Kelainan Upaya (OKU) turut mendapat perhatian ramai.

Menurut Ebit, pertemuan dengan ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu di Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur menimbulkan rasa hiba dalam hatinya.”Tiada dua tangan dan tiada dua kaki. Kakak ini besarkan dua anak dengan berniaga kuih tepung pelita.

“Hantar ke sana sini. Tiada kedai. Sedap kuih pelita kakak ni buat. Kakak ini rajin sangat. Masa saya sampai kakak ni siapkan makanan nasi penyet ikan keli.”Sebak pula rasa bila dilayan begitu. Laju kakak ini ke sana sini,” ujarnya di Facebook.Dedah Ebit, wanita itu merupakan penerima bantuan duit bulanan zakat dan turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ebit turut sebak sewaktu bertemu wanita ini.Namun, atas inisiatif sendiri dia tetap mahu membantu dengan menghadiahkan gerai mudah alik untuk wanita itu.Sewaktu menyampaikan bantuan berkenaan, wanita itu juga gagal menahan air mata seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dihadiahkan kepadanya.”Saya terus belikan awning stall bergerak. Cantik. Bila saya bawa pada kakak ni dia terus menangis. Kuat juga menangis.

Ya Allah, ustaz… mahal, cantik sangat. Tak mimpi dapat begini. Tak sampai sejam kami dapatkan stall ini,” imbas Ebit lagi.Ujarnya, wanita itu akan berniaga di hadapan tasik di Sri Rampai.Selain kuih tepung pelita sebagai menu utama, wanita itu juga akan menawarkan juadah ayam penyet untuk pelanggannya.

Selain tepung pelita, wanita itu juga akan menjual ayam penyet tidak lama lagi.“Doakan buat akak ni ya. Jika siapa berdekatan bolehlah membeli dengan kakak ini,” ujar Ebit lagi.Posting yang disertakan dengan beberapa foto itu sehingga kini menerima lebih 200,000 tanda suka dan dihujani lebih 6,000 komen.Rata-rata warganet turut meluahkan rasa gembira atas bantuan yang disampaikan dan mendoakan kesejahteraan wanita itu serta Ebit sendiri

Tular Video Geng Berbasikal Ini Lalu Di Kawasan Banjir Sehinggakan Ada Warganet Yang Memberi Komen Negatif. Sekali Rupanya Mereka Ini Adalah Seseorang Ini.

Nasrul dan rakan atlet melalui di kawasan air banjir di Kuala Berang, Terengganu pada Disember lalu. Latihan berbasikal sekumpulan atlet di Terengganu berjalan dalam keadaan luar biasa apabila mereka terpaksa meredah banjir.

Video yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok oleh Muhammad Nasrullah Zakaria itu sehingga kini meraih hampir 200,000 tontonan. Menurut atlet berbasikal berusia 21 tahun itu, video berkenaan sebenarnya dirakam sewaktu negeri itu dilanda banjir pada penghujung tahun 2020.

“Itu sebenarnya video ketika banjir di Terengganu pada bulan Disember tahun lepas. Kami sedang training di kawasan Kuala Berang. Tak tahu pula kampung tu sedang banjir. Kami kena redah dalam dua ke tiga kilometer (km) juga.

Video dirakam pada Disember lalu kini tular di TikTok.

“Ada yang kayuh dalam air, ada juga yang angkat basikal masing-masing. Ada bahagian paras lutut, ada juga sampai paras dada,” ujarnya kepada mStar. Mesra disapa Nasrul, dia berkata latihan itu disertai 14 atlet bersama pegawai pengiring dan beberapa individu lain yang turut sama berkayuh pada hari kejadian.

Tak risau nak redah banjir hari tu sebab kami pun dah terbiasa training masa musim banjir.

Ujarnya, mereka mengambil risiko untuk meredah air kerana enggan berpatah balik bagi mengelak perjalanan kayuhan lebih jauh. “Ada van yang iringi kami, tapi ia patah balik. Kami dengan basikal rentas je sebab dekat. Nak pusing balik, lagi jauh. Ambil masa dalam 15 minit meredah air tu. Kalau kayuh mungkin dalam enam minit je,” ujarnya. Dalam pada itu, Nasrul yang sudah hampir lapan tahun bergelar atlet mengakui kejadian itu langsung tidak mematahkan semangatnya.

Nasrul pernah menjalani latihan dan bertanding sehingga ke China, Thailand, Indonesia dan Perancis.

Malah kata Nasrul, dia juga sudah terbiasa menjalani latihan yang sukar dalam jarak perjalanan melibatkan ratusan kilometer. Paling teruk saya pernah berbasikal ke Cameron Highlands. Pernah juga dari Mersing sampai ke Port Dickson, dekat 300km. “Tak risau nak lalu di kawasan banjir hari tu sebab kami pun dah terbiasa training masa musim banjir sebelum ni. Nak tak nak kena training juga,” ujarnya.

Paparan skrin rakaman tular itu.

Menurut Nasrul, dia sebelum ini pernah menjalani latihan dan bertanding sehingga ke China, Thailand, Indonesia dan Perancis. Mengulas video tular di TikTok, Nasrul mengakui turut menerima komen negatif termasuklah yang mempersoalkan risiko mereka meredah banjir beramai-ramai. Namun katanya, dia enggan ambil pusing dan tidak berkecil hati dengan apa jua komen yang ditinggalkan di ruangan komen aplikasi itu.

Pemuda Ini Kantoi Dengan Isteri Beli Basikal Cecah Harga RM45k. Sekali Ini Respon Pengguna Twitter Untuk Backup Suaminya.

Memang tak dapat dinafikan, sejak kebelakangan ini, sukan berbasikal seakan sudah menjadi satu trend dalam kalangan rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, golongan ini juga sanggup berbelanja besar sehingga puluhan ribu ringgit semata-mata untuk memiliki basikal yang berkualiti. Tetapi kali ini lain pula yang jadinya apabila seorang wanita seakan ‘terkejvt’ dengan harga basikal yang telah dibeli oleh suaminya.

Suami tak bagi tahu harga basikal

Seorang wanita yang dikenali dengan nama Cik Nils ada memuat naik satu ‘screenshot’ di Twitternya yang memaparkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia iaitu YB Khairy Jamaluddin bersama basikalnya yang berjenama Pinarello. Dalam kenyataan itu, pihak Pinarello telah menawarkan untuk membuat penggantian semula basikal KJ yang bernilai RM45,000. Difahamkan, penggantian itu dilakukan selepas KJ terjatvh dari basikal akibat melangg4r lub4ng.

Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila Cik Nils seakan ‘terkejvt’ melihat basikal yang digunakan oleh KJ adalah sama seperti basikal yang dimiliki oleh suaminya. Apa yang lebih mengejvtkan lagi adalah harga basikal tersebut mencec4h RM45,000 sedangkan wanita ini memaklumkan bahawa sebelum ini suaminya itu tidak pernah memberitahunya mengenai harga basikal tersebut.

‘Copy ori tu’

Lebih menarik perhatian adalah respon yang ditinggalkan oleh golongan lelaki di ruangan komen tersebut. Mereka dilihat menggunakan hashtag #brocode dan #donebackup sebagai tanda ‘sokongan’ buat suami Cik Nils.

Malah mereka juga dengan nada bergurau kononnya memberitahu harga basikal itu tidaklah semahal harga basikal KJ kerana basikal suami Cik Nils adalah copy ori. Memang ‘brotherhood’ sungguh ye korang!

Beli dekat Shopee 12.12

Tidak terhenti di situ, ada juga yang berseloroh memberitahu suami Cik Nils telah membeli basikal itu semasa jualan 12.12 di Shopee jadi sudah pasti harganya sangat murah selepas diskaun. Perkongsian itu telah mendapat 16.6k Retweets dan 17.2 Likes

Suami Sengaja Kononnya Lupa Birthday Isteri Sebab Nak Buat Prank. Sekali Tak Sangka Ini Reaksi Isteri.

Walaupun sibuk dengan tuntutan tugas sehingga tengah malam, tidak bermakna hari istimewa yang dinanti-nantikan seorang isteri dilupakan oleh suaminya. Begitulah yang dialami seorang lelaki yang sebenarnya telah merancang kejutan demi kejutan sempena hari ulang tahun isteri tersayang. Menerusi video yang dikongsi di laman sosial, lelaki berkenaan membuat kejutan dengan menghadiahkan telefon bimbit tetapi selepas kotak dibuka, ‘isi’ di dalamnya hanyalah fon telinga dan pengecas. Isteri yang begitu teruja membuka kotak tersebut kemudian menitiskan air mata, tanpa mengetahui hadiah sebenar telah disembunyikan di bawah katil di bilik tidur oleh suaminya.

Muhammad Syahmi Azhari berkata, prank itu dirancang sempena hari ulang tahun isterinya ke-25 pada 18 Disember (Jumaat). Lebih dikenali sebagai Syahmi, katanya, menjelang sambutan hari jadi isterinya, dia berpura-pura lupa, seolah-olah tidak mengingati tarikh istimewa tersebut. “Sehari sebelum hari jadi isteri memang saya sibuk dengan kerja sampai lewat malam. Sepanjang minggu tu saya langsung tak sebut pasal rancangan untuk sambut hari jadi dia. Tapi kira-kira seminggu sebelum tu, saya terlebih dahulu belikan hadiah telefon bimbit untuk dia dan disembunyikan di bawah katil untuk buat kejutan,” katanya kepada mStar.

Dalam kesibukan kerja, Syahmi yang berusia 25 tahun juga sempat membuat pesanan kek hari jadi menerusi khidmat penghantaran ke lokasi tempat dia bekerja. “Bila saya sampai rumah kira-kira pukul 12.30 tengah malam, saya buat surprise kek hari jadi. Isteri memang tak sangka ada kejutan untuk dia. Itulah kejutan yang pertama. Yang kedua pula prank… bila saya bagi kotak telefon tapi tiada telefon di dalamnya. Bila saya keluarkan hadiah yang sebenar dari bawah katil, dia lagi tak sangka betul-betul hadiah telefon sampai menangis,” ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada awal tahun ini.

Menurut pemuda berasal dari Alor Setar, Kedah itu, telefon bimbit isterinya mengalami masalah sehingga banyak fungsi tidak dapat digunakan. “Saya sendiri berkebolehan untuk membaiki telefon tapi telefon isteri ni memang tak boleh baiki kecuali tukar motherboard (papan induk) tapi kosnya mahal.

Isteri marah sebab telefon tu harganya mahal. Dia okay saja kalau saya beli telefon murah asalkan boleh guna macam biasa.

“Pasal hadiah, isteri sebenarnya tak marah terkena prank tapi dia marah sebab lain… isteri marah sebab telefon yang saya beli tu harganya mahal. Sedangkan dia okay saja kalau saya beli telefon murah asalkan boleh guna macam biasa,” katanya. Syahmi yang merupakan seorang jurugambar memberitahu, sambutan ulang tahun disusuli dengan makan malam bersama isteri pada hari yang sama.

“Antara masalah telefon isteri sebelum ini adalah pengimbas cap jari dan kamera. Bila kamera bermasalah, isteri tak boleh scan (imbas) kod MySejahtera dan terpaksa mendaftar secara manual kalau nak masuk mana-mana premis. Sekarang ni isteri dah boleh scan kod MySejahtera,” katanya yang merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) untuk memasuki premis berikutan pandemik Covid-19.