Nyanyian live Cik B teruk dikritik. Rupanya ini yang berlaku ketika Separuh Akhir Vokal Mania sehinggakan warganet sanggup kritik nyanyian Cik B

Artis

Program realiti nyanyian terbaru TV3, Vokal Mania telah sampai ke peringkat separuh akhir Sabtu lepas. Rookie yang melangkah ke peringkat ini berjaya membuat persembahan yang memukau semasa persembahan melawan idol mereka.

Bermula dengan 24 rookie, hanya 8 yang bertanding iaitu, Afieq Shazwan, Danial Chuer, Alif Kadim, Yuveena, Aisha Retno, Eranzz Lambert, Daus Husny dan Fatin Afeefa. Bagaimanapun atas faktor kesihatan, Fatin telah mengundur diri dan sekaligus memberi ruang buat Aedy Kama mara bersama yang lain.

Bertanding lagu solo.Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz itu menyaksikan 8 orang rookie menyampaikan sebuah lagu solo bagi merebut tempat ke peringkat akhir.Eranzz Lambert yang membawa lagu ‘I Don’t Want to Miss a Thing’ telah menerima pujian hebat daripada kedua-dua juri tetap iaitu Misha Omar dan Yusri Abdul Halim. Tidak ketinggalan Afieq Shazwan dengan lagu Kau Pun Sama, Yuveena dengan Sampai Bila, Danial Chuer dengan lagu Sumpah dan Aedy Kama dengan lagu medley Bohemian Rhapsody dan Joget Angan Tak Sudah juga diberi pujian atas persembahan mereka.

Manakala Aisha Retno dengan lagu Hurt, Daus Husny dengan Purnama dan Alif Kadim dengan lagu Seniman Menangis masing-masing menerima beberapa tips dan nasihat untuk menjadi yang lebih baik.Persembahan Cik B Terima Kritikan.Selain persembahan rookie, antara yang mendapat perhatian ketika separuh akhir ialah persembahan oleh Cik B! Sebut je nama Cik B sudah pasti ramai yang mengenalinya. Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin juga telah tampil dengan sebuah single berjudul Tolonglah di mana tontonan di Youtube telah mencecah hampir 4 million views!

Cik B yang tampil membuat persembahan secara langsung untuk pertama kali di Vokal Mania itu bagaimanapun telah mengundang pelbagai kritikan warganet. Rata -rata warganet mempertikaikan kebolehan remaja 15 tahun itu untuk menjadi seorang penyanyi dan ada yang menyatakan bakat terpendam Cik B itu biarlah ‘disimpan’ sahaja.

Cik B tampil menyatakan bahawa dia nervous kerana kali pertama beraksi di atas pentas dan mengakibatkan mulutnya kering. Dia juga kecewa dengan kritikan warganet yang sering mempersoalkan kebolehannya dan menggunakan kekayaan ibunya untuk popular secara pantas.

Bagi mereka yang terlepas dengan apa yang berlaku ketika pusingan separuh akhir Vokal Mania itu boleh menyaksikan siaran ulangan di laman Youtube. Jangan lupa juga untuk saksikan pusingan akhir Vokal Mania, Sabtu jam 9 malam hanya di Tv3, laman YouTube TV3 Malaysia dan Tonton!

Lagu Terbaru Cik B Dikatakan Guna Suara Yonnyboii. Akhirnya Cik B Tampil Bagi Respon Padu Buat Warganet Tergamam.

Baru-baru ini Cik B ada mengeluarkan single pertamanya. Pasti ramai yang terkejut kerana semuanya tiba-tiba. Namun ada juga yang memberi reaksi postif malah ada juga sebaliknya. Terbaru, ada juga yang mendakwa suara yang digunakan dalam viddeo tersebut adalah suara Yonnyboii bukan suara Cik B. Dakwaan tersebut dinafikan oleh Cik B sendiri.

“Itu suara sayalah”. Demikian kata penyanyi dan pelakon, Cik B ketika ditanya mengenai single pertamanya, Tolonglah yang didakwa menggunakan suara penyanyI rap popular, Yonnyboii oleh warganet. Cik B, 15, atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, Yonnyboii yang juga rakannya turut menafiikan suara mereka ada persamaan.

“Saya memang berkawan dengan Yonnyboii dan dia sendiri pun cakap suara kami tak sama.” “Mungkin cara nyanyian dan rap yang saya sampaikan lebih kurang sama dengan Yonnyboii, ditambah pula dengan suara serak saya kedengaran seperti suara lelaki.”

“Jadi, ramai menyangka itu suara Yonnyboii,” katanya yang juga pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta yang ditayangkan di TV3, baru-baru ini. Tolonglah adalah ciptaan sepenuhnya Cik B bersama ibunya yang juga usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida yang mengisahkan mengenai masa silamnya yang hidup dalam keluarga berpecah-belah.

KOMEN WARGANET:

Video muzik Tolonglah dilancarkan di YouTube sejak dua hari lalu dan kini berada di tangga pertama sohor kini di Malaysia. Sehingga kini, ia mencatat lebih 1.2 juta tontonan di laman penstriman video itu. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : HM via DiariDunia

Megharapkan Ds Vida Tak Bertemu Jodoh Lain. Mengejutkan Ini Punca Cik B Tak Perlukan Ayah. Rupa Rupanya Benda Ni Yang Pernah Terjadi.

Tidak melihat figura bapa sebagai individu yang diperlukan dalam kehidupannya kini, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkata dia tidak rasa cemburu meskipun tidak mempunyai ayah.

Ujarnya, selama ini ibunya bersendirian yang berperanan sebagai bapa dan juga ketua keluarga sepanjang tempoh dia membesar. Katanya lagi, dia lebih selesa tiada bapa kerana boleh bermanja dengan ibunya. “Saya tak rasa pun tak ada ayah ni membuatkan saya cemburu dengan orang lain. Saya rasa lebih bagus tak ada ayah, saya boleh tidur dengan mama, boleh manja-manja dengan mama.

“Saya lebih selesa kalau tak ada ayah, sebabnya mama adalah mak, ayah, kakak dan kawan saya. Semua mama!” katanya kepada Gempak. Meskipun pernah mempunyai dua bapa tiri sebelum ini, namun Cik B tidak menganggap mampu memberikan kebahgiaan dalam keluarganya. Malah, Cik B berharap ibunya tidak akan bertemu jodoh lain.

“Bila ada bapa tiri, saya dah rasa saya tak perlukan ayah. Saya tak boleh tidur dengan mama. Mama kurang bagi perhatian kepada saya dan lebihkan ayah tiri saya. Bercuti pun mereka berdua. “Dengan usia mama sekarang, saaya harap mama tidak bertemu jodoh lain. Teman hidup mama adalah saya. Tambah pula berdasarkan pengalaman sebelum ini, mama dah lalu macam-macam. Full stoplah!” katanya.

DSV sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Fairuz Ahmad Zainuddin selama tiga tahun namun berpisa pada April 2017. Vida juga pernah dua kali berkahwin sebelum itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: rotikaya

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Kecoh Tentang Cik B Tergedik Gedik Nak Kan Lelaki Kacak. Sekali Cik B Tampil Bagi Respon Win Buat Warganet Terkedu. Selamba Je Dia Boleh Bagi Respon Macam Ni.

“Tak mungkin Aniq mahukan saya, mesti dia pilih teman wanita yang cantik,” demikian pengakuan jujur anak jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B berhubung gosip yang mendakwanya menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Aniq Suhair.

Aniq, 20, dan Cik B, 15, menjadi tumpuan bergandingan sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta terbitan Zeel Production hingga menimbulkan andaian menjalin hubungan cinta. Cik B berkata, dia sedar diri dan berpijak kepada bumi nyata pada saat dikaitkan dengan finalis Hero Remaja 2020 itu.

“Hakikatnya, tiada apa-apa yang berlaku antara kami. Saya menganggap Aniq lebih kepada rakan kerja dalam arena seni. Lagipun, kami baru bertatih dalam dunia lakonan. “Secara kebetulan, kami menjadi pasangan kekasih dalam drama arahan Emi Suffian itu. Jadi, tak salah kami saling mengusik dalam media sosial. Hubungan tak lebih daripada seorang kawan.

“Bagaimanapun, ada yang menganggap kami menjalin hubungan serius,” katanya kepada BH Online. Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia juga mendapat kritikan apabila gosip berkenaan bertebaran.

“Jujurnya, saya sudah terbiasa berdepan dengan kritikan sejak dahulu lagi. Sebelum ini, fizikal dan warna kulit saya pernah dipersendakan. Inikan pula digosip dengan pelakon berwajah jambu seperti Aniq. “Warganet mengkritik saya ‘feeling’ dan tergedik-gedik mahukan lelaki kacak. Malah, ada yang hina saya tak layak menerima cinta atau bercinta dengan lelaki tampan.

“Saya sedar diri ini, saya bukannya datang dengan pakej cantik. Saya tak pernah fikir soal perasaan, selama ini. Saya pernah merasakan tak perlu lelaki dalam hidup. Mama pun sudah membuktikan boleh hidup selepas dikecewakan lelaki,” katanya.

Bagaimanapun, Cik B berkata, dia masih sedar fitrah hidup memerlukan pasangan, cuma terlalu muda untuk bercinta. Baru-baru ini hangat diperkatakan gosip mengenai anak jutawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B dikatakan sudah mempunyai kekasih, pelakon baru, Aniq Suhair mengakui hubungan mereka rapat sejak berlakon bersama.

“Cik B Seorang Yang Sweet, Baik Hati & Sopan Santun”

Menurut pelakon berusia 20 tahun yang juga pelakon Lelaki Lingkungan Cinta, dia selesa berkawan dengan Cik B kerana keikhlasan yang ditunjukkan oleh gadis berusia 15 tahun itu. Malah, Aniq menyifatkan Cik B seorang yang baik hati dan sopan santun.

“Kamu mula kenal dan berkawan sejak penggambaran drama Lelaki Lingkungan Cinta. Memandangkan kami banyak babak bersama, jadi daripada situlah kami mula berkawan rapat. “Walaupun Cik B nampak pendiam tapi sebenarnya di set penggambaran dia suka bergurau. Contohnya dia pick up line dan saya suka berbalas pick up line dengan dia.

“Sejujurnya saya selesa berkawan dengan Cik B kerana dia seorang gadis yang sweet, baik hati, sopan santun dan mudah bergaul,” katanya. Mengulas mengenai stataus Cik B memberitahu dia sudah berpunya dan berkongsi beberapa gambar bersama, Aniq minta peminat tidak ambil serius kerana ia hanyalah gurauan sesama teman.

“Saya harap orang luar tidak lihat perkongsian itu secara serius. Semua tahu Cik B masih lagi belajar dan saya pun baru melangkah masuk dalam industri ini. “Posting di laman sosial itu hanya gurauan sahaja, tapi tak sangka pula ramai yang ambil serius sehingga ada yang tuduh saya bukan-bukan. Sejujurnya kami memang selalu bergurau dan berborak macam-macam topik,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Sekali Lagi Cik B Diperlekehkan Oleh Warganet Gara Gara Bentuk Badan. Akhirnya Cik B Tampil Bagi Komen Padu Buat Warganet Terkedu.

Pelakon muda Cik B tampil menempelak tindakan segelintir warganet yang agresif di media sosial. Baru-baru ini, Cik B sekali lagi mendapat komen berbaur sinis yang memperlekehkan bentuk badan dan paras rupanya. Malah, pengguna terbabit turut mengaitkan kekayaan keluarga Cik B dengan memintanya untuk menguruskan badan dan mencantikkan wajah.

Tulis pengguna berkenaan; “Duit banyak, pergilah kuruskan badan, cantikkan muka. Itu pun nak ajar. B*d*h.” Bagaimanapun, Cik B tampil menjawab ciapan berkenaan dengan menjelaskan dia selesa dengan tubuh badannya sekarang.

“Cik B suka muka dan badan Cik B yang sekarang,” jawabnya ringkas. Kematangan Cik B itu meraih pujian warganet dan menganggap tidak perlu untuk menghakimi bentuk badan dan paras rupa seseorang. “Muka dah manis dan badan kalau Cik B sihat tak da apa-apa penyakit okey, as long as Cik B happy thats good.. Dont listen or pay attention to negative talk, unless advice by professional,” tulis seorang pengguna.

“Kalau ikutkan kekayaan Cik B dgn Dato Vida ni, setakat nak kuruskan badan cantikkan muka macam si bdh tu cakap, sebelah mata ja bro. tapi sebab dia ada kecantikan dia sendiri, tak perlu pun dia nak buat semua tu,” tambah pengguna lain pula. Warganet lain juga menyokong pendirian Cik B dan meminta agar tidak melayan komen sebegitu lagi.

Sumber : GEMPAK

Tergamam Bila Cik B Muat Naik Foto Tengah Bersanding. Baru Kecoh Cik B Ada Kekasih Tapi Kali Ini Warganet Terkedu Bila Tengok Cik B Dah Kahwin Dengan Lelaki Kacak.

Baru-baru ini hangat diperkatakan gosip mengenai anak jutawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B dikatakan sudah mempunyai kekasih, pelakon baru, Aniq Suhair mengakui hubungan mereka rapat sejak berlakon bersama.

Menurut pelakon berusia 20 tahun yang juga pelakon Lelaki Lingkungan Cinta, dia selesa berkawan dengan Cik B kerana keikhlasan yang ditunjukkan oleh gadis berusia 15 tahun itu. Malah, Aniq menyifatkan Cik B seorang yang baik hati dan sopan santun.

“Kamu mula kenal dan berkawan sejak penggambaran drama Lelaki Lingkungan Cinta. Memandangkan kami banyak babak bersama, jadi daripada situlah kami mula berkawan rapat. “Walaupun Cik B nampak pendiam tapi sebenarnya di set penggambaran dia suka bergurau. Contohnya dia pick up line dan saya suka berbalas pick up line dengan dia.

“Sejujurnya saya selesa berkawan dengan Cik B kerana dia seorang gadis yang sweet, baik hati, sopan santun dan mudah bergaul,” katanya. Mengulas mengenai stataus Cik B memberitahu dia sudah berpunya dan berkongsi beberapa gambar bersama, Aniq minta peminat tidak ambil serius kerana ia hanyalah gurauan sesama teman.

“Saya harap orang luar tidak lihat perkongsian itu secara serius. Semua tahu Cik B masih lagi belajar dan saya pun baru melangkah masuk dalam industri ini. “Posting di laman sosial itu hanya gurauan sahaja, tapi tak sangka pula ramai yang ambil serius sehingga ada yang tduh saya bukan-bukan. Sejujurnya kami memang selalu bergurau dan berborak macam-macam topik,” katanya.

Sejak akhir-akhir ini, anak perempuan kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B terus menjadi bualan hangat warganet selepas bergelar pelakon. Terdahulu, dikatakan Cik B kini sudah mempunyai teman lelaki, iaitu seorang jejaka kacak apabila dia memuat naik gambar kekasih hatinya menerusi Insta Story berserta kapsyen ‘with my fav person’.

Cik B dah kahwin?

Terbaru, kecoh lagi apabila Cik B memuat naik foto bersama jejaka yang didakwa sebagai kekasih hatinya di Instagram, mengenakan busana pengantin. Bagaimanapun, gambar tersebut mungkin sedutan daripada babak drama yang sedang dilakonkan oleh Cik B, iaitu Lelaki Lingkungan Cinta yang ditayangkan di TV3.

Sweetnya Cik B dan pasangan. Namun, foto Cik B sedang bersanding itu telah menarik perhatian ramai, dan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang teruja melihat anak usahawan kosmetik itu ‘berkahwin’. Apa kata anda?Kongsikan bersma kami

Lepas Kecoh Tentang Ds Vida Dan Bekas Suami Kali Ni Giliran Cik B Pula Bersuara. Katanya Tak Kisah Kalau Abah Nak Jumpa Tapi Dengan Syarat. Rupa Rupanya Ini Syarat Yang Cik B Tetapkan.

Anak kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida (DSV), Cik B tidak mempunyai masalah untuk bertemu dengan bapa kandungnya, Mohd Amin Yasin. Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, 15, berkata, dia cuma berharap bapanya yang dipanggil ‘abah’ itu benar-benar sudah berubah.

“Saya tak ada masalah nak jumpa abah, tapi untuk bermalam macam yang dinyatakan dalam tuntutan Hadhanah tu, mungkin tidak kot. “Sebab saya akan rasa awkward kalau bermalam dengan abah, sebab tak biasa kan…Insya-Allah, kalau abah nak berjumpa saya okay sahaja.

“Cuma satu, saya harap sangat abah benar-benar sudah berubah dan kalau dia dah berubah, buktikanlah kepada saya dahulu. “Tak mahulah macam dulu, jumpa saya tapi lepas tu suruh minta duit kat mama,” katanya.
Tambah Cik B lagi, dia hanya mengetahui mengenai tuntutan dibuat bapanya selepas diberitahu oleh salah seorang kakitangan DSV.

“Memang staff mama yang beritahu dan reaksi saya masa tu macam blur dan tanya kat mama. Mama pula memang sangat tenang mengenai berita tersebut. “Bila tengok mama tenang, saya pun tak tertekan. Asalkan mama happy, saya dan Kacak pun happy. Saya tengok mama tak fikir sangat tentang benda tu, lagi pun dia sibuk dengan kerja sampai tak ada masa nak fikir benda-benda lain,” kata Cik B positif.

Mengulas mengenai kritikan warganet terhadap bapanya, Cik B berkata dia tidak marah kerana tidak membaca komen negatif. “Saya tak marah sebab saya tak baca komen negatif, saya just let it be. Cuma mungkin saya rasa marah pada diri sendiri sebab pernah tulis dekat Twitter tentang masalah keluarga yang sepatutnya menjadi privasi.

“Disebabkan itu ramai yang mengungkit dan korek balik kisah lalu. Saya tak ada rasa apa-apa pun, tapi warganet yang tertekan. “Mereka ambil berat tentang saya, tak apalah…Saya okay tak ada trauma, cuma mungkin kesan tersebut lebih kepada diri mama.

“Mama yang lalui kisah perit dalam hidupnya dulu,” katanya ketika dihubungi Gempak. Dalam perkembangan lain, Cik B baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk telemovie Puteri Felora yang bakal ditayangkan di Astro Ceria pada Januari 2021.

Pada Selasa lalu, Mohd Amin yang diwakili peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) bersama anak-anak di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan.

Takut Untuk Jumpa Ayah. Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Cik B Tampil Bongkarkan Kisah Hidup Dia Masa Kecik. Rupa Rupanya Ini Punca Nya.

Kalau sebut sahaja nama usahawan terkenal Dato Seri Vida (DSV) pasti ramai yang tahu DSV ada dua orang anak Cik B dan Kacak yang sering dibawa ke mana sahaja sehingga dikenali oleh warganet. Salah seorang anak DSV yang lebih mesra dipanggil Cik B pernah membuat pengkongsian di laman Twitter mengenai kisah hidup dia semasa kecil.

CiK B atau nama sebenar Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 14, telah menceritakan kisah hidup dia semasa kecil dan secara tidak langsung membuatkan warganet sebak. Cik B menceritakan bahawa masa kecil dia pernah di kasari dan di dra oleh pembantu rumahnya. Dia pernah di kasari dengan menggunakan buluh.

Namun begitu, dia tidak mengadu akan perbuatan pembantu rumah tersebut kepada ibunya kerana bimbang akan dimarahi. Namun, bagai tupai jatuh ke tanah. Kelakuan pembantu rumah tersebut kantoi apabila DSV melihat rakaman cctv dimana dia sedang mengasari Cik B. Terkejut dengan pebuatannya itu, lantas DSV memecat pembantu rumah tersebut.

Lebih menyedihkan apabila Cik B ada menceritakan tentang sisi gelap ayahnya sendiri. Dia mengatakan bahawa ayahnya sering mengasari DSV meminta wang. Jika tidak diberi, Cik B pula yang di ugt untuk di ptg tangannya.

Tambahnya lagi, ayahnya pernah mengugr untuk mmbkr rumah mereka jika tidak di berikan duit. Rata-rata warganet terharu apabila membawa thread yang ditulis oleh Cik B ini. Sebelum tragedi hitam menimpa DSV apabila dua orang puteranya pergi menghadap illahi disebabkan rumah terlibat dalam kejadian tak diingini. Eddie Zuhdi Mohd Amin, 11, dan adiknya Edrie Zikrie, 10, ditemui di bilik mandi. Kej4dian berlaku sekitar 7 tahun yang lalu.

Tidak di nyatakan dengan jelas Bapa yang mana sanggup berbuat demikian kepada Cik B dan DSV. Tapi dalam kes terkini melibatkan DSV dan bekas Suami pertama, DSV ada menyebut yang Cik B dan Kacak sendiri takut untuk berjumpa dengan bapa mereka

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida tidak pernah menghalang dua anaknya, Edlynn Zamilleen, 15, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,13, atau lebih dikenali sebagai Kacak untuk bertemu bapa mereka.

Vida ketika dihubungi berkata, bagaimanapun Cik B dan Kacak yang tidak mahu berjumpa dengan bapa mereka kerana takut. “Saya tak pernah halang, tapi mereka yang tak mahu berjumpa kerana takut. Buat masa ini, untuk keselamatan Cik B dan Kacak, lebih baiklah tak payah jumpa,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya kenapa Cik B dan Kacak takut berjumpa bapa mereka, Vida enggan mengulas lanjut. “Saya tak mahu besarkan cerita, lebih baik saya diam saja. Selama ini pun, dia ada menghubungi pembantu peribadi saya meminta wang,” katanya.

Terdahulu, bekas suami Vida iaitu Mohd Amin Yasin, 42, menerusi peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) dengan dua anak, Cik B dan Kacak di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Vida berkata, dia hanya mengetahui tuntutan bekas suaminya itu menerusi media, hari ini. Mengulas mengenai sebutan semula kes yang ditetapkan mahkamah pada 25 November ini, Vida berkata, dia perlu berbincang dengan peguamnya dulu.

Mohd Amin mendakwa kali terakhir dia bertemu dua anaknya itu pada Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu hanya 15 minit sahaja. Katanya, dia amat merindui dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen.

Mohd Amin berkahwin dengan Vida pada 2000 dan mereka dikurniakan empat anak iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan. Namun, dua daripada anak mereka pergi menghadap illahi pada 2013. Mohd Amin dan Vida berpisah pada 2008 selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Diharapkan Cik B bila sudah besar akan menjadi sekuat ibunya DSV. Berikut sedikit info mengenai Cik B Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau nama popularnya, Cik B merupakan anak kepada pengasas produk kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV).

Beliau menempa populariti kerana sering menghasilkan video-video kreatif hingga mengumpul peminat yang tersendiri di laman sosial Instagram miliknya, @cikb_havoc66. 1. Nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen bin Muhammad Amin.

2. Lebih mesra disapa dengan nama panggilannya, Cik B. 3. Lahir pada 19 Mei 2005. Kini berumur 15 tahun (2020). 4. Anak kepada pasangan Muhammad Amin (bapa) dan Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (ibu).

5. Menggunakan media sosial Instagram atas nama @cikb_havoc66 yang sehingga kini sudah mencatatkan lebih 470,000 pengikut. Diminati ramai kerana perwatakan dan gaya hidupnya yang ‘sempoi’. Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang peramah. Suka mendengar muzik, menyanyi rap dan membuat magik. Meminati bidang kreatif. Penyokong kelab bola sepak, Real Madrid. Gemar melayan para peminat di laman sosial. Tidak gemar bersolek walaupun sering dipaksa ibu! Menggalas peranan sebagai CEO seawal usia 14 tahun.

Sumber: Lobak Merah, Cikb Havoc

Cik B Muat Naik Foto Ootd Terbaru. Kali Ni Cik B Berjaya Buat Orang Ramai Tergamam Bia Tahu Harga Barang Yang Dia Pakai Tu.

Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau nama popularnya, Cik B berjaya membuat orang ramai tergamam dengan outfit of the day yang bernilai lebih RM100,000 – daripada topi yang berharga RM100.00 lebih kepada jam tangan yang menyamai harga sebuah kereta.

Pada 2 November lalu, Cik B telah berkongsi gambarnya bergaya dengan baju kemeja warna biru di laman Twitter dan Instagram miliknya. Sejak itu, warganet tampil berteka teki dengan harga dan nilai setiap barangan yang diperagakan oleh Cik B.

Tidak mahu warganet terus tertanya-tanya, Cik B tampil menjelaskan nilai setiap barangan yang dipakai olehnya di laman Twitter – Topi TNTCO bernilai RM160.00, cincin berjenama Gucci bernilai RM5,500, jam tangan Omega bernilai RM85,000, beg tangan berjenama Louis Vuitton berharga RM13,000, kasut Nike Air bernilai RM1,300 dan cincin emas bernilai RM13,500. Jika dicampur, ia mencecah sehingga RM118,460.

Kebanyakan warganet tergamam dengan pendedahan Cik B, ada sebahagian daripada mereka yang menyatakan bahawa harga cincin Cik B menyamai harga motosikal mereka. Manakala yang lain pula bergurau dengan meminta untuk bekerja dengan Cik B.

Terdahulu, Cik B dikritik oleh orang ramai apabila mengenakan fesyen yang pelik, namun dakwaan itu ditepis oleh ibunya, Dato Vida. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: TheVocket.com

Like Page Kami Juga Di Facebook @Apam Pink Media

Sedih Sebab Ayah Kandung Tak Dapat Jumpa Cik B Dan Kacak. Individu Ini Sampai Sanggup Pergi Mahkamah. Tergamam Hanya Permintaan Ini Yang Beliau Harapkan Dari Ds Vida.

KOTA BHARU – Bekas suami pertama usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida mengatakan dia dihalang berjumpa dua anaknya, Edlynn Zamilleen, 15, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,13, atau lebih dikenali sebagai Kacak.

Mohd. Amin Yasin, 42, mendkwa, kali terakhir dia bertemu dua orang anaknya itu pada bulan Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn. Bhd. di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu berlangsung hanya selama 15 minit. Menurutnya, dia mengakui bahawa amat merindui kedua-dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen.

“Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka. Saya tidak mahu hak penjagaan. Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua dalam tempoh yang slngkat. “Sebelum ini, saya ada menghubungi Cik B dan Kacak, namun tidak berjawab. Saya tidak pasti sama ada mereka sudah menukar nombor telefon atau sengaja tidak mahu mengangkat panggilan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Syarlah di sini hari ini.

Susulan daripada itu, Mohd. Amin selaku plaintif telah memfailkan tuntutan hadhanah iaitu hak lawatan, bermesra dan dan bermalam untuk bertemu kedua-dua anaknya itu daripada Datuk Seri Vida sebagai dfendan dua minggu lalu di Mhkamah Syarlah di sini. Mohd. Amin diwakili oleh Peguam Mohd. Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah.

Bagaimanapun, Datuk Seri Vida,49, tidak hadir dalam prosiding hari ini. Mohd. Amin dalam llnangan air mata turut mendkwa, sebelum ini, dia hanya bertemu kedua-dua anaknya itu di kawasan pagar rumah Datuk Seri Vida di Meru, Ipoh atau di pusat beli-belah beberapa bulan sekali jika rindukan Cik B dan Kacak.

“Dalam pengetahuan saya, mereka (Cik B dan Kacak) masih mengenali saya. Dalam pertemuan sebelum ini, mereka akan memeluk saya dan masih mengenali bapa kandung mereka. “Itu sudah cukup buat saya. Bertemu dengan mereka sudah membuatkan saya gembira. Jika teringatkan mereka, hanya linangan air mata dan kenangan-kenangan lama kami bersama sebagai pengubat rindu,” ujarnya sebak.

Mohd. Amin berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan. Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie,11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, pergi menghadap illahi dalam kejadlan tak diingini di rumah Datuk Seri Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.

Mohd. Amin sah berpisah dengan usahawan kosmetik itu pada tahun 2008 iaitu kira-kira lapan tahun mendirikan rumah tangga. Dia yang kini seorang peniaga gerai makan di Kampung Pasir Senor, Machang sudah berkahwin dengan Wan Rahimah Wan Abd Rahman,53, pada bulan November dua tahun lalu.

Sementara itu, Hakim Mhkamah Tinggi Syarle, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty dalam prosiding pengurusan kes menetapkan 25 November ini sebagai sebutan semula kess. Menurut Abu Bakar, beliau tidak akan membuat sebarang keputusan hari ini sehingga mendengar dan dihadiri kedua-dua belah pihak. Tambahnya, beliau juga mengarahkan kedua-dua anak plalntif dan defendan turut hadir dalam prosiding tersebut.

Sumber : KosmoOnline/IGDSVida