Pakwe bangga dapat hantar makwe dia pergi Gym. Bila dah pergi gym dapat body pun cunnnn. Satu hari makwe dia ckp dah tak tahan. Akhirnya ini yang berlaku.

Kehidupan

Kau okay ke?” Aku menyapa sepupuku. Seorang pomen. Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut,,, “Tak lama lagi dah nak nikah. Persiapan semua dah buat. Kad pun dah tempah…Tapi, beberapa hari ni aku sedih sangat. Kadang-kadang, macam nak lari jauh jauh pun ada rasanya. Kerja apa pun tak boleh buat. Bengkel terpaksa tutup selama dua hari.

Fikiran entah ke mana…Tunang aku minta putus. Dia dah ada orang lain.”… Aku terkejut….!!! “Biar betul? Kan dah 3 tahun kau kenal dia? Takkan senang-senang saja dia tinggalkan kau.” “Betullah ni. Aku pun tak percaya dia tergamak buat aku macam ni.” Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah berlaku. Dari awal sampai akhir.

Pada mulanya dia agak berat hati, tak nak nanti disangka memburukkan tunangnya sendiri. Tapi, akhirnya dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi… “Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa-biasa saja. Berbadan gempal tak macam orang lain. Taklah lawa macam orang lain.

Aku bukannya memilih. Aku sedar diri aku siapa, kerja apa. Dia terima aku senang hati masa tu. Aku pun terima dia seadanya dia. Dia pun orang miskin macam aku. Jiwa yang sama… Masuk tahun kedua, dia selalu mengadu kawan-kawan tempat kerja dan orang sekeliling prejudis padanya. Selalu mengata obesiti dia. Selalu kritik tubuh badannya.

Aku suruh dia bersabar. Jangan peduli kata orang. Bagi dia kata-kata semangat. Buat apa dengar cakap orang, aku kan ada selalu sayangi dirinya. Sekurang-kurangnya dia ada aku… Lama-lama, aku rasa tercabar. Aku niat nak transform dia jadi macam wanita lain juga.

Cantik macam orang lain. Dari saat tu, aku kerja rajin-rajin siang malam. Tak banyak pun aku dapat kerja pomen. Untung kadang-kadang atas barang, selebihnya atas perkhidmatan. Kalau dengan geng-geng datang repair, tak bolehlah nak caj banyak. Harga sedarra-mara je lah.

Akhirnya, selepas 3 bulan bertungkus lumus, dah macam orang minyak dah siang malam tangan dan muka penuh minyak hitam, cukuplah bajet aku… Aku hantar dia pusat kecantikan. Khas untuk kuruskan badan. Beribu jugalah habis untuk set kecantikan hujung rambut sampai hujung kaki. Kos untuk gym dan lain-lain…Aku buat semua ni sebab aku sayang. Aku taknak dia terhina dan rasa rendah diri. Kalau dia happy, aku pun happy…

Hasilnya, lepas enam bulan, aku pun tak sangka. Dia akhirnya berjaya kurus slim dan cantik menawan. Dah macam model. Cantik sangat. Siapa kata perempuan gemuk tak boleh cantik? Sekarang, yang mengutuk tiada lagi, diganti dengan pujian. Dia pun tambah sayang dekat aku.

Kemudian, kitorang bertunang. Masa bertunang, aku kerja makin rajin. Aku nak beli kereta untuk dia. Wira je pun. Senang dia nak pergi kerja. Awal tahun ni, aku pun berjaya belikan kereta. Atas nama dia. Second hand je pun. Tapi, aku dah repair semua macam baru. Modified full set…

Tapi minggu lepas, dia datang ke bengkel aku. Betul-betul buat hati aku hancur berkecai. Dia nak putus. Dia pulangkan balik cincin tunang… Aku merayu dia semampu hati. Tapi, lagi mencalarkan hati aku. Dia bukan datang sendirian. Dia datang dengan teman lelaki baru. Segak bergaya. Nampak macam orang kerja pejabat. Aku tak mampu kawal kemarahan aku, aku terajang lelaki tu.

Dasar lelaki tak boleh tengok perempuan cantik sikit! Tak fikir ke perempuan tu tunang orang. Last2, aku gak yang dimarahi perempuan tu. Aku gak yang disalahkan.”.. Dia dah menitiskan air mata lelakinya. Aku cuba menenangkannya.

Tapi, dia menyambung kata, “Minggu ni, aku suruh dia kembalikan kereta yang aku bagi. Buat apa kereta tu lagi, dah ada kereta yang lagi mewah, kan? Dia tak nak bagi. Dia kata, kereta tu atas nama dia. Dia marah aku mengungkit jasa dan pengorbanan. Dia marah aku cukup-cukup…

Dia lupa ke, selama ni aku yang berdiri di belakang dia support segala-galanya? Lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk dia?” Aku terdiam. Tak sangka dalam dunia ni, manusia boleh berubah 360 darjah sekelip mata… “Kau nanti berhati-hatilah. Jangan jadi macam aku, tak perlulah kau berkorban harta dan segalanya untuk orang yang belum sah jadi isteri kau.

Pesanlah pada semua baik laki atau perempuan. Jangan kerana sayang, segalanya sanggup. Tak perlu berhabis untuk awek atau pakwe. Manusia masa susah, cari kita. Bila senang, tinggalkan kita…Aku pun terfikir, kenapa aku tak berhabis untuk masjid ke, untuk agama ke.

Untuk Allah, tak pula aku sanggup berkorban apa saja. Untuk Allah yang lebih patut aku cinta, aku tak buat begitu pula. Tapi, untuk orang yang aku cinta, sebaliknya. Patutlah Allah duga aku macam ni. Supaya aku ingat balik dekat Dia. Malunya aku. Alhamdulillah. Aku reda segalanya walaupun hati aku sedih.”

Aku pun sebak dengar ceritanya… Dua tahun kemudian, Allah hadirkan pengganti padanya. Benarlah, bila kita kembali pada Allah, dia akan datangkan yang lebih baik. Lebih cantik, solehah dan boleh hidup susah dan senang bersama. Dah kahwin pun akhirnya. Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah melainkan untuk hikmah. Kita saja yang selalu salah buat pilihan…

Waktu Malam Pertama Masa Untuk Bersama Dgn Suami Bini Keluar Check In Dengan Pakwe. Bini Taknak Hamil Ank Suami. Dia Sanggup Tinggalkan Suami Dia Hanya Untuk Hamilkan Ank Pakwe. Akhirnya Ini Yang Terjadi.

Di sini ingin berkongsi masalah saya dan dapatkan pandangan dari pihak tuan/puan. Saya seorang isteri, berusia 24 tahun dan baru berkahwin bulan Julai 2014 yang lalu. Sebelum berkahwin saya telah jatuh cinta dengan suami orang yang berusia 39 tahun. Dia juga telah mempunyai 4 orang anak.

Isterinya mengandung, kami berkenalan. Semasa isteri nya mengandungkan anak ke 4, kami mula berkenalan melalui aplikasi WeChat. Semasa berkenalan, secara jujur, dia mengakui bahawa dia adalah suami orang dan bapa kepada anak-anak kesayangan. Memang saya tiada masalah, kerana sekadar kawan-kawan biasa sahaja…

Dia terus menerus menghubungi saya sehingga saya jatuh cinta padanya dalam masa tidak sampai 2 bulan. Bermula dari situ kami saling mencintai dan menyayangi. Dia kerja offshore dan cuma balik darat setiap 2 bulan. Masa dia nak balik, kami telah atur pertemuan sulung kami di sebuah hotel.

Hati sungguh berdebar-debar kerana itu adalah kali pertama kami bersemuka. Sebelum ini kami hanya video call sahaja sepanjang dia berada di laut… Terlanjur jua akhirnya… Kali pertama dating saya telah kalah dengan dia. Saya terlanjur dengan dia.

Dia adalah lelaki kedua yang penah saya terlanjur. Sebelum ini, saya pernah terlanjur dengan bekas teman lelaki semasa menjadi pelajar di universiti. Kami terlanjur di hotel itu, atas kehendak masing-masing, tiada paksaan…

Seterusnya, begitulah setiap kali balik ke darat, kami telah atur pertemuan untuk pergi honeymoon. Dia sanggup menipu isterinya untuk pergi honeymoon dengan saya. Kasih sayang dan cinta kami makin erat dan sukar untuk saya lupakan dia.

Saya cuba lupakan dia, tetapi saya tidak dapat bohong perasaan saya sendiri. Saya cintakan dia sangat-sangat. Kenapa sanggup selingkuh? Saya ada bertanya, kenapa dia selingkuh dengan isteri. Katanya, “Abang takkan selingkuh kalau isteri tiada masalah. Kehendak batin abang selalu tidak dipenuhi”.

Itu sahaja alasannya… Saya pun terdetik, “Adakah aku ini hanya pemuas nafsu untuk dia?”. Saya cuba bencikan dia dan tidak berhubungan dengan dia, tetapi gagal. Sayang saya pada dia sangat kuat… Dalam masa kami bercinta, pernah isteri dia baca mesej kami.

Bila isterinya tanya, dia jawab cuma kawan sahaja. Saya keliru dengan cinta kami… Terima lamaran… Dalam masa bercinta dengan suami orang itu, tiba-tiba kawan lama saya masa kanak-kanak dahulu datang melamar… Saya menerima lamaran itu dengan harapan inilah cara terbaik untuk saya berpisah dan melupakan suami orang itu.

Setelah tarikh kahwin ditetapkan, saya beritahu dia, “Abang, ayang dah nak berkahwin”. Dia benar-benar terperanjat dan menangis. Dia ada nyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya. Namun, saya sendiri takut untuk beritahu keluarga kerana status dia sebagai suami orang.

Jarak umur kami juga jauh, dan saya adalah anak bongsu. Keluarga mengharapkan yang terbaik untuk saya…. Saya suruh dia jumpa kelurga saya kalau betul mahu kahwin dengan saya. Dia kata, “Abang akan cari masa yang sesuai”..

Setelah memberitahu dia yang saya akan berkahwin, saya fikir ini akan buatkan hubungan kami terputus. Sebaliknya, ia jadi semakin galak dan masing-masing tidak dapat kawal diri. Kami sangat sayang antara satu sama lain.

Sehinggakan, dia sanggup berikan duit untuk saya, sponsor semua barang hantaran perkahwinan dan baju kahwin saya. Barang hantaran dan baju kahwin, kami pergi shopping bersama-sama. Sampai macam itu sekali dia sanggup layan saya. Kadang-kadang terfikir, patutlah dia boleh belanja saya kerana bergaji besar.

Hubungan terlarang dengan saya dia dapat, jadi apalah sangat dengan duit itu. Kadang-kadang terfikir, betapa bongoknya saya…. Hari ijabkabul… Tanggal hari perkahwinan saya, dia menangis lagi. Setelah sebulan kahwin, kami masih tidak berjumpa.

Kami masih tidak dapat kawal diri kami. Kami terlanjur lagi, walaupun selepas saya kahwin. Ia berlanjutan sehingga ke hari ini. Saya buntu bagaimana mahu berpisah dengan dia. Saya ada beritahu, saya tidak mahu berkawan lagi dengan dia.

Dia hanya cakap, “Abang tetap sayang dan cintakan ayang macam dulu-dulu. Abang akan tunggu ayang selamanya”. Dia masih tidak mahu lepaskan saya… Saya tidak dapat elak dari dia. Saya sayang dia sangat-sangat. Kadangkala, terfikir mahu beritahu isterinya, bahawa suaminya selingkuh dengan saya.

Namun, saya terfikir pula kerana faham perasaan lembut perempuan. Mesti isteri dia sedih bila tahu suaminya selingkuh dengan saya. Sebelum ini, dia juga pernah terlanjur dengan perempuan lain. Pernah bawa berjumpa dengan isterinya untuk minta izin berkahwin lagi. Isterinya tidak izinkan. Kini, saya pula menghadapi situasi ini…

Hubungan jarak jauh Saya tinggal jauh dari suami. Sebab itulah saya ada masa untuk layan suami orang itu bila dia balik ke darat. Sudahlah jauh, suami saya pula sibuk dengan kerja. Isteri kekasih saya juga sibuk dengan kerja. Jadi, selama ini, sayalah yang melayan suami orang itu…. Kalau boleh saya tak mahu mengandungkan anak suami, saya mahu mengandungkan anak kekasih saya iaitu suami orang..

13 ​Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Bercinta Dengan Suami Orang!

1. Masa Bersama Si Dia Terbatas :Tengah syok makan kat restoran siap candle light dinner lagi tiba-tiba isteri si dia telefon suruh balik. Nak tak nak anda terpaksa akur sebab andalah yang mengambil masanya. Sepatutnya time-time macam ni si dia meluangkan masa dengan isterinya bukan dengan anda. Bukan setakat itu sahaja, bila anda keluar shopping beli kasut, tengok wayang dan sebagainya anda sering di tinggalkan saat akhir kerana sebagai suami orang tanggungjawabnya lebih berbanding single.

2. Perlu Berhati-Hati Ketika Keluar :Part ni paling susah dan leceh! Bila berhubung secara rahsia inilah masalah utama. Anda dan pasangan nak berjalan kat taman petang-petang pun rasa diperhatikan. Anda mungkin rasa biasa tapi kekasih yang rasa lebih-lebih sebab takut kantoi yang dia selingkuh. Si dia juga akan mengelak tempat-tempat yang isterinya selalu pergi supaya tak bertembung. Cukup bulan si dia boleh jadi paranoid dan takut dengan dengan isteri sendiri walau satu rumah! Huhu.

3. Sering Memberi Arahan :Boyfriend anda selalu bagi arahan untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh isterinya. Sebagai contoh anda hanya boleh call si dia selepas jam 12 malam sewaktu isteri dan anak-anaknya dah tidur. Anda tak boleh sesuka hati pergi ke rumah dan pejabat dia. Anda juga dilarang untuk berteman rapat dengan rakan-rakannya bimbang rahsianya diketahui.

4. Rasa Tak Selamat :Bercinta dan jatuh hati dengan suami orang risikonya tinggi. Kalau isteri kekasih anda dapat tahu, silap-silap anda boleh masuk hospital kena belasah. Lagi power kalau dia bawak geng! Jangan main-main dengan isteri yang di rampas suaminya, hilang emas pun tak mengamuk macam tu.

5. Makan Hati :Apa boleh buat, nak juga suami orang kena lah berkongsi kasih. Sebelum ni sedap makan jantung pisang masak lemak, sekarang makan hati sendiri. Hah tu maknanya anda terpaksa memendam rasa kerana di duakan oleh si dia. Anda tahu cemburu, bagaimana pula dengan isterinya yang mempunyai ikatan sah kalau dia dapat tahu? Cemburunya tentu lebih hebat.

6. Sering Menerima Alasan :Anda sering menerima pelbagai alasan darinya saban hari. Si dia perlu menjaga hati anda dan juga isterinya. Natijahnya, dia bagi alasan tak dapat keluar dengan anda hujung minggu ini kerana outstation tapi sebaliknya dia pulang ke kampung isterinya. Dia juga bagi alasan penat bekerja jika anda mesej tetapi sebenarnya dia tak balas sebab isterinya ada di sebelah.

7. Di Pandang Negatif :Jika hubungan anda di uji dengan si dia, persepsi masyarakat adalah ujian sebenar. Bayangkan jika anda mempunyai masalah dengan boyfriend anda dan luahkannya pada kawan, anda akan di persalahkan kembali kerana andalah punca kepada masalah itu.

Belum lagi dengan keluarga, tak semua boleh terima kalau dapat tahu salah seorang dari ahli keluarga mereka jalinkan hubungan dengan suami orang tanpa pengetahuan isterinya. Masyarakat tak payah cakap, lagi hebat mengutuk.

8. Rasa Bersalah :Hati anda rasa tak tenteram. Lagi anda teruskan hubungan itu lagi anda rasa bersalah. Anda cintakan dia tetapi bagaimana dengan perasaan isterinya? Anda tersepit dalam situasi yang sukar. Apabila cinta di pertaruhkan sesetengah orang sanggup bina kebahagiaan diri sendiri atas derita orang lain.

9. Cenderung Untuk Ditinggalkan :Anda perlu ingat bahawa boyfriend anda mungkin hanya gunakan anda untuk melupakan masalahnya dengan keluarga. Bila bosan si dia akan jumpa anda. Bila sedih si dia akan meluahkan masalahnya.

Tapi bila si dia tak perlukan anda, dia bahagia dengan keluarganya, anda tak dilayannya. Sebenarnya dia tak berniat pun nak jadikan anda sebagai isterinya. Kalau dia pernah berjanji berkahwin dengan anda sekalipun, tindakannya tak menggambarkan percakapannya.

10. Suami Akan Menipu Isterinya :Biasalah dah nama pun selingkuh, penipuan dah jadi makanan. Dia perlu menipu isterinya untuk luangkan masa lebih untuk anda. Dia perlu ciptakan alasan untuk keluar dengan anda malam-malam. Menipu adalah perkara yang sukar dan perlu bekerja keras untuk bagi isterinya percaya. Jika dia boleh tipu isterinya, maka dengan anda lagilah!

11. Menyumbang Kepada Keruntuhan Rumah Tangga :Bagi para isteri, suami yang selingkuh adalah mimpi terburuk dalam institusi rumah tangga. Tidak ada isteri yang boleh terima tingkah laku si suami yang dulu bersungguh sungguh untuk dapatkannya tetapi akhirnya dibiarkan hancur begitu sahaja. Andalah puncanya! Anda perlu ingat, lelaki sememangnya akan ambil kesempatan jika anda memberi peluang. Itulah kelemahannya yang terbesar!

12. Menggalakkan Suami Lari Dari Tanggungjawab :Kalau dahulu, si suami luangkan banyak masanya dengan isteri dan anak-anak. Kini masanya diberikan pada anda. Anak-anak terabai dari mendapat didikan sempurna.

Masalah kewangan mula memberi kesan dan membuatkan suami tak memberi nafkah kepada keluarga kerana banyak berbelanja untuk anda. Si dia pun tidak lagi berminat untuk bermesra dengan isteri kerana asyik teringatkan anda.

13. Bahagia Sukar Dikecapi :Menjadi orang ketiga dalam hubungan orang lain sememangnya perlukan usaha keras dan berterusan untuk dapatkan kebahagian. Anda perlu buat itu buat ini, pergi sana sini sebelum anda dapat apa yang anda nak.

Tetapi itu bukan persoalannya. Anda perlu tanya diri anda adakah anda bahagia merampas hak orang lain? Adakah anda boleh berpura-pura seperti tidak ada apa-apa berlaku jika anda jumpa isteri pertama, kalau anda berkahwin dengan suaminya?

Bagaimana Kalau Dah Jodoh?Itu soalan yang selalu kita dengar kalau dah malas nak bertekak. Benar jodoh itu ditetapkan oleh Allah, tetapi kita perlu usaha terlebih dulu untuk elakkan diri kita dengan laki orang. Jika hubungan anda baru di peringkat permulaan, sebaiknya anda selidik dulu latar belakang dan perhatikan sikapnya supaya anda tidak mudah terjebak dalam cinta suami orang. Ingat! Jangan jadikan diri anda terlalu mudah untuk di dekati!

Pelik Gadis Ni Selalu Sangat Muat Naik Foto Bercuti Dengan Pakwe Pergi Thai Balik Hari. Mengejutkan Rupa Rupanya Dia Ada Buat Benda Tak Elok Yang Buat Semua Orang Cair Bila Tengok.

Saya nak cerita pasal salah satu member saya dekat tempat kerja saya. Saya bekerja sebagai seorang executive dekat syarikat marketing. Dah 3 tahun kat sini. Rezeki saya kot, lepas grad je saya terus dapat keje ni.Honestly saya suka keje dekat sini sebab environment dia best, bos memahami, jarak 5 km je dari rumah saya.

Paling best sebab ada colleagues yang kaki gelak sama2 dengan saya and we treat each other macam kawan baik instead of just colleagues. Tapi dalam banyak2 colleagues yang best tu, ada satu yang agak “unik”. Saya namakan dia A. Waktu saya mula2 masuk kerje situ ada seorang kakak tu penah cakap kt saya, dia jealous ( bukan iri hati ye ) tengok A ni.

Duit gaji dia cuma guna untuk belanja dia je sebab family dia kaya. Saya pun iyekan aje sbb sy tak kenal dia sgt masa tu. Ok sikit intro pasal A, dia punya appearance biasa2 je. Bertudung, berisi, pakaian pun biasa2 je. Takde menunjukkan dia ni someone kaya or kuat berparty. Bukan kat tempat keje je, kat luar pun sama. Berapa lama saya kenal si A ni, saya perasan dia selalu update whatsapp story pergi melancong sana sini over the weekend.

Kira macam short getaway lah.Tapi dia punya getaway ni bukan biasa2 tau. Pegi singapore, indonesia, sabah, pegi balik macam tiket harga 10 ringgit je. And dia selalu flex pasal harta yang dia ada. Ayah dia pakai kereta bmw sekali dengan driver, rumah dia ada orang gaji, makan tempat high class, macam2 lagi lah.

Semua ni dia cerita melalui whatsapp story dia. Dan ada jugak dia post dia pegi concert kat luar negara and penah post video pegi kelab jugak. And yang paling penting, dia selalu post gambar boyfriend dia tapi dia tutup muka boyfriend dia pakai sticker hahaha.

And dalam semua story dia tu, takde satu pun yang menunjukkan dia ada dekat situ. Sebabkan A ni takde lesen, saya selalu je kena hantar dia balik walaupun tak sehala dengan rumah saya bila family dia takboleh ambik dia. Rumah dia teres biasa je.

Berapa puluh kali saya hantar dia sampai rumah (tanpa upah sebab dia takde common sense haha) tak pernah sekali pun saya nampak BMW ayah dia tu.Saya sebenarnya hairan, kenapa driver dia tu tak penah ambik dia. And kalau dia kaaaya sangat macam yang dia claim, kenapa dia tak grab aje? Rumah dia bukan jauh pun?

Takat nak hantar sekali dua takpe jugak. Ini mcm rutin pulak nak hantar dia balik rumah.Nak dijadikan cerita, pada satu public holiday yang panjang, dia post story pegi negara jiran dengan boyfriend dia. Macam biasa, takde pun gambar dia. Cuma ada gambar boyfriend dia yang ditutup dengan sticker.

And dia ada attend satu concert international dan ada 4 artist yang berbeza. Artist tu semua saya kenal walaupun tak famous and saya suka lagu mereka. Masa tu saya agak excited nak tanya experience dia sebab saya memang peminat 4 artist tu. Tapiii. Saya tergerak hati nak pegi instagram artist2 tu. Yang buat saya shocked ialah, 4 orang tu takde pun dekat negara yang dia pegi tu.

And semua ada dekat negara yang berbeza. Something was definitely fishy. So saya search lagi persamaan 4 artist tu. Rupanya diorang penah perform dekat satu event space dekat negara tu. Tapi, tarikh performance diorang berbeza2.

And yang lagi pelik, 4 tarikh yang berbeza tu, 4 artist tu semua pakai baju yang sama dengan video yang A post tu. Bingo. Sah dia menipu.Ini satu titik permulaan saya jadi penyiasat terhebat. Setelah saya kaji, rupanya semua gambar dan video yang dia post, 90% dia ambik dari insta orang lain. Segala percutian dia, semua adalah penipuan semata2.

And dia ada tunjuk yang dia ada sebijik rumah yang sebesar banglo kat kawasan elit. Pernah dia sakit, masuk hospital pun dia post dia pegi hospital private yang banyak artis malaysia pegi sebab nak menunjuk diri tu kaya. Tapi itu semua pun dia ambik dari insta orang lain.

And yang lagi hebat, boyfriend dia yang katanya kaya, mixed, pakai kereta tukar2, selalu bawak dia pegi melancong tu pun tak wujud. Hahaha.Tapi dia selalu post screensht conversation dengan boyfriend dia. Sanggup fake kan conversation sebab nak menipu punya pasal. Apa yang dia gain dari situ pun saya tak sure.Kalau korang nak tahu, bila kami colleagues sembang waktu lunch, dia boleh cerita macam2 dengan muka yang convincing.

Pengalaman dia bercuti, cerita pasal boyfriend dia, semua macam real. Padahal tak wujud pun semua tu. And sekarang dah nak masuk 2 tahun saya tahu semua ni tapi saya tak penah bagi tau siapa2.Saya tak boleh bayangkan macam mana reaction dia kalau dia tahu yang saya dah tahu. So saya diam jelah.

Saya ada jugak bagi dia hint supaya dia stop, tapi mungkin dia terlalu syok menipu or dia still nak yakinkan saya and colleagues lain or she is just plain stupid to get my hints. Kesimpulannya kat sini, tak perlu nak bagi tau semua orang yang kau tu kaya.

Kalau kau betul2 kaya, orang tengok pun dah tahu. Dengan menipu, kau takkan dapat apa selain malu yang besar kalau kantoi.Personally A ni baik je. Tapi tulah, saya tak boleh brain habit menipu dia. Sampai sekarang, apa pun yang dia cerita saya takkan pernah percaya sampai bila2. Ok guys. Sampai disini saja. Thanks baca.