Pandai lelaki ni ambil hati sampai dah nak kawin. Mengejutkan bila nak kawin tiba tiba lelaki ni bagi tahu sesuatu buat wanita ini terduduk.

Kehidupan

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Salam semua, just nak share cerita je nih. Jangan kritik tau. Umur aku dah 27 tahun nih, baru memasuki fasa andartu. Sebenarnya bab jodoh nih aku takde lah nak kisah sangat. Tapi yang membuatkan aku terpikir bila ada org sekeliling aku nih yg pergi bujang bila dah tua, takda org nak jaga dan uruskan.

Belum masuk siapa yang nak tolong beramal dengan kita bila dah pergi nanti. Jadi dulu orang kata cari jodoh masa belajar, nanti dah kerja surrounding semua org dah kawen. So, ade laa sangkut dengan someone masa tahun last but at the same time ada jugak kawan-kawan dengan org lain.

Tapi jodoh tak panjang, bercinta dengan kawan baik nih tak seindah mana bilamana kau dah putus hubungan dah tak boleh kembali mcm dulu termasuk dengan geng-geng dia sekali. Then, alhamdulillah rezeki kerja aku tak pernah culas lepas habis belajar. Aku mmg banyak pergi travel sbb kerja stress, itu je laa cara untuk release. Dan bila orang tanya bila nak kawen, aku boleh jawab tak puas lagi nak travel. Padahal dalam hati ada jugak rasa jeles tgk kawan-kawan ada yang kawen awal lepas belajar.

Aku nih dah umur mcm dorang masih sibuk nak travel sana sini, dorang dah anak, laki dia dah boleh jaga dah. Tapi lain pulak kawan-kawan aku yg kawen awal, dorang yg jeles dengan aku sbb aku boleh pegi travel dan buat ape yang aku suka. Biasalah manusia mana pernah puas kan.

Tetibe masa umur 25, ada sorang kawan aku nih tetibe contact dengan aku, ajak aku kawen. Padahal aku dah sedia maklum dengan perangan dia yang suka play around. Tp things happen kan, dia buat sampai aku suka dgn dia dan ada harapan untuk kawen semua, tetibe dia ckp aku gurau jee, aku dah nak tunang dan kawen.

Masa tu sumpah aku rasa down sangat, dah laa berbunga orang ajak kawen tetiba kene game pulak. Ape salah aku sampai org buat mcm ni, aku tak kacau orang pon weyh. Masa tu aku mmg istiqamah solat istikharah, tahajud semua untuk hilangkan rasa loser dan mintak Allah temukan orang yg jauh lagi baik dari budak tu.

Lepas tu, Allah temukan someone thru online. Tak tau laa tak pernah kenal, tp aku tertarik dengan dia. Kenal sekejap pastu terus cakap pasal kawen. Excited lagi ! Tapi tu laa again jodoh tak panjang, dia ada masalah besar yang dia kene tanggung dan ktrg decide untuk tak teruskan relationship ni.

Plus family aku pon tak setuju sbb entah dengan sapa-sapa je laa aku nak kawen. Berpisah cara baik kadang-kadang memang ambil masa untuk move on. Kadang-kadang aku pikir bukan takda orang yang nak, tapi ada masa aku belom bersedia, ada yang aku taknak rosakkan hubungan persahabatan, ada yang tak menepati ciri-ciri, ada yang mmg hati aku cakap tak nak. So, buat apa aku nak menyiksa orang lain kan kalau aku sendiri tak ikhlas berkawen.

Bila dah umur 27 nih aku giatkan usaha aku sebab orang dah mula cakap aku nih memilih laa, bakal perampas suami orang laa(nih terpengaruh drama), tak berusaha cari jodoh laa. Skrg jodoh pon dah limited, kena kenal baik-baik. At least kalau umur 27 tahun kenal, 28 plan kawen, 29 baru boleh dirikan rumah tangga.

Tapi nih kalau aku kenal umur 27, kalau umur 30 baru jumpa yang sesuai, lambat lagi la prosesnya. Step by step sbb orang skrg bukan boleh dipercayai sangat, ada yg laki orang, ade yg gy, perangai entah apa2 lepas kawen. Perangai aku pon dah tak se pemalu dan se ego dulu, sekarang kalau aku suka aku yang akan approach lelaki tu.

Kalau suka terus cakap. Aku ada jugak buat amalan permudahkan jodoh mcm bila orang pergi umrah semua aku mintak doakan permudah jodoh, solat istikharah kadang-kadang, menderma, belanja kawan-kawan mintak dorang doakan, join mcm baitulmuslim dan tilljannah.

Tapi tu laa jodoh belom sampai kan, bukan tak berusaha. Orang pon jangan lah tuduh macam-macam, family dan kawan-kawan aku ramai je senasib macam aku, jadi janganlah pandang kiteorang nih mcm tak nak amalkan sunnah nabi. Banyak lagi bende yang kita boleh aim dalam hidup nih(ayat sedapkan hati), kadang-kadang parents kita nih tak puas lagi kita jaga dorang, so beramallah selagi boleh.

Banyak je yg kawen muda nih gagal, dan ramai je yg survive. Yang penting buat ape yang kita suka dan jangan menyesal. The best thing bila kau bujang nih kan, ramai je yang nak tolong masa kau susah berbanding kalau kau dah kawen, so appreciate this time guys.

Jadi, aku doakan semoga orang-orang yang belom berkahwin nih akan jumpa jodoh yang baik-baik. Allah save us for the best, ingat tu. Makcik dan pakcik bawang zaman sekarang pon kene lah paham ea, Allah bagi rezeki lain-lain. Cuma orang tak persoalkan jee.