Walaupun terpaksa tahan panas tapi puas. Sekali pasangan ini dedah hampir Rm2k beli kostum ini untuk ke vksin.

Viral

Pasangan ini tampil ke temu janji vksin mereka dengan kostum Power Ranges. Pelbagai kostum dan pakaian unik dapat dilihat di media sosial ketika rakyat Malaysia hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Seperti mana tular di laman TikTok, pasangan ini tampil dengan memakai kostum Power Rangers sekali gus membawa orang ramai mengimbau kembali memori sewaktu zaman kanak-kanak.

Rakaman video itu dimuat naik oleh seorang wanita dan setakat ini meraih hampir 600,000 tontonan di platform tersebut. Berkongsi cerita, Nurul Jannah Yusof, 25, berkata dia dan suaminya Nor Rahemy Abdul Razak, 33, memakai kostum Power Rangers untuk mengambil vaksin di PPV Hotel Vangohh Eminent, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Katanya, sebaik tiba di PPV tersebut, ramai yang teruja melihat mereka yang hadir untuk mengambil dos kedua vaksin Pfizer yang dijadualkan pada Rabu jam 11 pagi.

“Semua ni idea suami saya, dia dah order baju tu pada Ogos lalu dan ambil masa sebulan jugalah nak sampai. Sebelum gerak ke PPV tu rasa malulah juga, tapi bila dah sampai dah tak rasa apa-apa. Cuma enjoy the moment sebab bila pakai helmet orang tak nampak muka kita. Lepas keluar je dari kereta terus semua orang pandang dan kemudian rekod. Bila masuk ke PPV pula, petugas-petugas di situ semua ajak kami berdua bergambar,” katanya yang menetap di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Anna dan suaminya menjad perhatian ramai di PPV Hotel Vangohh Eminent, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Mesra disapa Anna, katanya, suaminya membeli kostum untuk mereka berdua yang bernilai hampir RM2,000 itu secara online. Walaupun kostum Power Rangers itu agak panas ketika dipakai, tetapi dia tidak berdepan dengan sebarang masalah atau kesukaran sewaktu menyarung pakaian tersebut.

Anna gembira apabila melihat kostum yang dibeli oleh suaminya.

“Kostum tu suami beli dari Shopee, sebab dia terjumpa ada satu kedai yang menjual baju Power Rangers. Waktu dia tunjuk nak belikan baju rangers pink tu, saya rasa macam wow cantiknya! Memang saya rasa seronok dan tak sabar sangat nak pakai. Harga kostum saya RM800 dan suami punya pula RM1,000. Tak susah pun nak pakai kostum tu tapi memang panaslah, lebih-lebih lagi kalau tak duduk dalam tempat yang ada penghawa dingin,” katanya yang bekerja di sebuah kilang di Perai, Pulau Pinang.

Menurut anak sulung daripada dua beradik yang berasal dari Pulau Pinang itu, suaminya merupakan peminat Power Rangers sejak kecil. Anna berkata Rahemy kini berjaya mengumpul pelbagai barang berkaitan kartun kegemarannya dan menjual sebahagian daripada koleksinya kerana ia mempunyai nilai yang tinggi.

“Suami saya yang sangat minat dengan cosplay ni semua, lebih-lebih lagi Power Rangers. Sejak kecil lagi dia suka sangat dengan Power Rangers, bila dah besar ni barulah mampu nak beli guna duit sendiri. Dia mula mengumpul barang-barang berkaitan Power Rangers seperti figura, Funko Pop, dan helmet rangers sejak tahun 2020.

Kalau ada duit lebih, boleh je beli untuk kepuasan diri masing-masing.

“Separuh daripada koleksinya sudah dijual kepada peminat Power Rangers lain sebagai salah satu sumber pendapatan suami,” ujarnya. Anna berpendapat bahawa tidak salah jika seseorang itu mahu melakukan perkara yang mereka minat untuk kepuasan diri sendiri. Kerana ia secara tidak langsung dapat menggembirakan hati sendiri dan mungkin juga orang di sekeliling.

“Kepada semua yang mempunyai minat sama seperti saya dan suami, jangan malu untuk lakukan apa yang anda minat. Kalau ada duit lebih, boleh je beli untuk kepuasan diri masing-masing. Tak salah pun kalau sekali-sekala belanja diri sendiri. Kadang-kadang kepuasan diri kita adalah kebahagiaan untuk orang lain teruja apabila melihat kami memakai kostum,” katanya. Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.